Anda di halaman 1dari 5

1

KERTAS KERJA
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS
SAINS SUKAN SPM
2023
KERTAS KERJA
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS SUKAN SPM ANJURAN SMK GADONG
DENGAN KERJASAMA SEKTOR PEMBELAJARAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
BEAUFORT TAHUN 2023

1.0 PENGENALAN

Bengkel Teknik Menjawab Kertas Sains Sukan SPM merupakan satu kaedah untuk
menyampaikan pelbagai teknik pengajaran pembelajaran dalam mendekati pemahaman pelajar
untuk menguasai mata pelajaran sains sukan di peringkat SPM. Melalui bengkel ini, pelajar
dapat memperbaiki teknik pembelajaran mereka dan dapat menguasai teknik untuk lebih
memahami kehendak soalan. Pelajar dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang
berulang khususnya semasa menjawab soalan. Hasrat ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti
pencapaian keseluruhan Mata Pelajaran Sains Sukan sekolah-sekolah di daerah Beaufort.
Usaha bersama PPD Beaufort dan sekolah-sekolah yang menawarkan mata pelajaran Sains
Sukan SPM adalah usaha yang murni demi kebaikan para pelajar dan meningkatkan prestasi
SPM daerah Beaufort.

2.0 OBJEKTIF

1. Mempraktikkan semua kaedah pengajaran dan pembelajaran sains sukan yang


dikongsikan untuk menambah baik PDPc semua guru-guru sains sukan.
2. Menguasai teknik dan kemahiran mendekati semua bentuk soalan dalan sains sukan.
3. Menguasai cara untuk menjawab soalan sains sukan SPM sama ada dikalangan guru
dan pelajar.
4. Menyuntik motivasi para pelajar untuk terus berusaha semaksimum mungkin dalam
peperiksaan khususnya SPM.

4.0 TARIKH/HARI
 5 OKT 2023 (Khamis)
2

5.0 TEMPAT

 BILIK SRI PERMATA SMKB III

6.0 SASARAN PESERTA

 Guru- guru Sains sukan Smk Weston - 2 guru


 Pelajar Tingkatan 5 Sains Sukan Smk Weston – 24 pelajar

7.0 BELANJAWAN

Bil Perkara Jumlah


1 Sumbangan dari setiap sekolah RM 100

2 Makanan pelajar – RM 10 X 24 RM 240

Pengangkutan RM300
3
JUMLAH RM 640

7.0 STUKTUR ORGANISASI

(Sila Rujuk Lampiran A)

8.0 TENTATIF PROGRAM

(Sila Rujuk Lampiran B)


3

9.0 PENUTUP

Dengan terlaksananya Bengkel Teknik Menjawab Mata Pelajaran Sains Sukan ini
adalah diharapkan dapat memenuhi objektif bengkel dan dapat memberikan pengalaman dan
kemahiran kepada guru dan pelajar tentang amalan baik dalam sains sukan dan seterusnya
dapat memperbaiki mutu pdpc dan cara mendekati dan memahami kehendak soalan dan
menjawab dengan cemerlang. Di samping itu juga dapat memberikan suntikan motivasi ke arah
kecemerlangan mata pelajaran sains sukan daerah Beaufort.

ULASAN PPD
......................................................................................................................................
. ..................................................................................................................
..................................................................................................................

ULASAN PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB


..................................................................................................................
..................................................................................................................
...................................................................................................................
..................................................................................................................

Disediakan oleh Disahkan oleh,

OLIVIA JUNE@ NURLIYANA


MOHD RAFIZ BIN ZAHARI ROBIN ABDULLAH
Penyelaras Program, Pegawai SISC+ Sains Sosial
Guru Sains Sukan. PPD Beaufort.
SMK Gadong.
4

LAMPIRAN A
5

Tentatif Program Bengkel Teknik Menjawab Mata Pelajaran Sains sukan

Anda mungkin juga menyukai