Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

PEMBELIAN PERALATAN 2021


KERTAS CADANGAN PERMOHONAN PEMBELIAN
BARANGAN HOKI PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN
SEKOLAH (PPSS) MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PASIR
GUDANG

1.0 PENDAHULUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon peruntukan bagi membeli peralatan
dan kelengkapan bagi melaksanakan Program Pembangunan Sukan Hoki di Peringkat
Pasir Gudang.

2.0 LATAR BELAKANG

1.1 Pelaksanaan program pembangunan sukan di setiap sekolah merupakan inisiatif


yang perlu diberi perhatian disemua peringkat dalam memastikan bakat murid dalam
sukan dapat dikembangkan dengan kaedah yang lebih terancang.

1.2 Program – program yang berterusan haruslah sentiasa diberi keutamaan dalam
memastikan bakat murid dapat dikenalpasti dan seterusnya penekanan kearah
kecemerlangan diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak.

1.3 Pelaksanaan program sukan di sekolah sepanjang tahun sering dilihat sebagai
keutamaan dalam usaha mengoptimumkan potensi dan seterusnya memaksimumkan
keberhasilan dalam pencapaian sukan.

3.0 PENGENALAN

3.1 PPSS MSSD ini merupakan program pembangunan dan kecemerlangan


sukan secara berterusan dan berfokus yang dilaksanakan di sekolah sekolah yang telah
dikenalpasti dan mempunyai potensi dalam sukan.

3.2 Kecemerlangan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan juga Majlis
Sukan Sekolah Johor (MSSJ) pada asasnya adalah melalui program pembangunan dan
kecemerlangan sukan yang bermula di Sekolahsekolah yang mempunyai program yang
berterusan.
3.3 Tiga aspek utama dalam menggerakkan program pembangunan sukan
sekolah adalah sebagaimana berikut ;

3.3.1 Guru yang komited dan bertindak sebagai jurulatih.

3.3.2 Murid yang berpotensi dan berdisiplin tinggi.

3.3.3 Peralatan dan kelengkapan sukan yang lengkap dan berdasarkan


keperluan semasa.

3.4 Dalam memastikan semua aspek ini dapat digerakkan tentunya ia


memerlukan peruntukan yang boleh meningkatkan kualiti program pembangunan
sukan yang dijalankan di sekolah.

4.0 MATLAMAT
Matlamat utama pembelian peralatan ini adalah untuk memantapkan fasiliti Unit
Pembangunan Hoki Sekolah Menengah sebagai satu badan yang membantu Majlis Sukan
Daerah Pasir Gudang untuk sentiasa menggilap bakat cemerlang dalam sukan hoki dan
seterusnya mengharumkan nama negara.

5.0 OBJEKTIF
1. Memantapkan lagi aktiviti tahunan Program Pembangunan Sukan Hoki.
2. Sebagai satu suntikan motivasi kepada pelajar untuk menjadi contoh kepada
sekolah-sekolah lain.
3. Memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi diri dan memperkukuh
bakat sinar kejayaan dalam diri

6.0 SASARAN
Pusat Pembangunan Sukan Hoki – SMK Taman Daya 2.

7.0 PENYIMPANAN

Keperluan ini akan menjadi hak milik Unit Program Kecemerlangan Hoki di bawah
penyelenggaraan Penyelaras Teknik dan Pengetua yang akan digunakan oleh semua
pelajar ketika menjalankan aktiviti mahupun majlis rasmi Sukan Sekolah Sekolah dibawah
Daerah Pasir Gudang dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
8.0 ANGGARAN PERUNTUKAN
Sila Rujuk Lampiran A

9.0 AHLI JAWATANKUASA UNIT PJPK TAHUN 2021


Sila Rujuk Lampiran B

10.0 GAMBAR BARANGAN


Sila Rujuk Lampiran C

Disediakan oleh,

……………………………….
(En. Muhammad Faris Bin Nasir)
Penyelaras PPSS MSSD Pasir Gudang

Disahkan oleh,

…………………………………….
(Pn. Hjh. Salwana Bt Mohd Noor)
Pengetua
SMK Taman Daya 2
Lampiran A

PPSS MSSD, SMK TAMAN DAYA 2


ANGGARAN PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN

SUMBER KEWANGAN

BIL. PERKARA KOS (RM)


1. PPSS MSSD PASIR GUDANG FASA 2 PPDPG.PM/700
3,000
5/1 24 OGOS 2021
2. SUMBANGAN SEKOLAH 500

Jumlah RM3,000

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI KOS


1. TEAM JERSEY MEN SET 10 800
2. TEAM JERSEY WOMEN SET 10 800
3. TRAINING BALL 60 600
4. EPSON PRINTER INKJET 1 300
5. CANOPY 1 100
6. MARKER CON 100 100
7. BIB JERSEY 3 300
8. HOCKEY PLANNER BOARD 2 400

JUMLAH 3000
Lampiran B

PUSAT PEMBANGUNAN HOKI ,SMK TAMAN DAYA 2, PASIR GUDANG


SENARAI DAN JAWATAN UNIT PPSS

TAHUN 2021

PENAUNG : PN SALWANA BINTI MOHAMED NOR

GURU PENASIHAT : PN SUMILA A/P RAMAN

PENYELARAS : MUHAMMAD FARIS BIN NASIR

KETUA JURULATIH : PN NOR ILI BTE JAINAL

PEN. JURULATIH : PN. AIDA BT NORHIZAN

SETIAUSAHA : PN. HASLI BT DISEKELI

BENDAHARI : CIK SITI MELISSA BT CHE HUSSIN

PEN BENDAHARI : PN. NUR IFFA BT MUSA

AJK TEKNIKAL

GURU TING 1 : EN. MUHD KHAIRY B. ABD RAZAK

GURU TING 2 : EN. BAIHAQI BIN CHE SOH

GURU TING 3 : PN. NURUL AIDA BT NORHIZAN

GURU TING 4 : PN FARAHANA BT ADNAN

GURU TING 5 : EN. MOJAHID B. ABD LATIF

PERALATAN

EN. SAFWAN BIN MOHD NASIR


Lampiran
C

Anda mungkin juga menyukai