Anda di halaman 1dari 3

1.

Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-
warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di
negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk
………………………………?

2. semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya ‘generasi Y’ ini dapat
diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah
diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan
dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari
sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama

3. Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa
sakit. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalam kehidupan kita.
Kesihatan merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita
menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan
kesihatan dalam kehidupan? Lantaran itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup
dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan

4. Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah menghimpunkan
madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk
menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.

5. Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak
mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam diri
seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi
nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia yang
menyatakan bahawa kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru
semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam
aforisme yang berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang
melayang. Tanpa disiplin diri maka tempanglah kehidupan.

6. Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan media
massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat
harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020.
Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang
mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil
kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk
menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.

7. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya
kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja
semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi
sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan
kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah
menyukarkan modus operandi untuk menyuburkan semangat perpaduan atau nasionalisme yang
semakin sirna .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai
perpaduan dan kesyukuran yang begitu syumul pada suatu masa dahulu. Sebagai warganegara
yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip di mana bumi dipijak, di
situ langit dijunjung.

8. Remaja kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup
melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi anasir
peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai
tekanan emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga menimbulkan kesan kemurungan dan
halunisasi. Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam kesejahteraan komuniti, heterogen
sinergi menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang tua-tua api kecil baik
dipadam.

PENGGUNAAN PERIBAHASA / UNGKAPAN / KOSA KATADALAM KARANGAN DIMENSI KELUARGA

Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana
pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan
keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.

Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak
mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa; anak kera di hutan disusukan, anak di
rumah mati kelaparan

Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa
bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar
anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.

Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persis kata
orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan
penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.

Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni
ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam
kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik
Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk
membezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi keluarga
merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.

Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai melepaskan
batuk di tangga.

Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan
menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara

Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar
materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat
dalam kemelut sosial.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah
meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu
mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.

Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai agen
pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari
muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang sempurna amat didambakan.

Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit
dengan pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.

Anda mungkin juga menyukai