Anda di halaman 1dari 2

Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau

istilah atau kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan


betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

1. Ketika kami melalui di kawasan yang gelap lagi sunyi itu bulu roma kami mulai
menegang lalu menyebabkan kami mempercepat langkahan kaki.
2. Longgokan kayu-kayu yang belum diangkat lagi itu mengganggu kenderaan
yang bermundar-mandir dari kampung itu ke pekan.
3. Pada masa inilah kita harus buktikan kemampuan kita merealisasikan niat
menjadi negara maju.
4. Pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan diminta melihat kegiatan penjual
cakera padat haram yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
5. Ulasan saya tentang kesilapan tatabahasa itu tidak bertujuan untuk menghina
penulis tetapi sekadar memberikan pandangan personaliti.
6. Kerajaan telah beberapa kali menjalankan program pemasukan nilai-nilai
murni selain mengingatkan para pelajar di negara ini supaya menjauhi diri
daripada bahaya dadah .
7. Pegawai istana memberitahu kepada saya bahawa seluruh kaum kerabat turut
serta mengiringi jenazah almarhum untuk dikebumikan.
8. Ramai rupa baharu telah diperkenalkan oleh parti-parti yang bertanding di
dalam pilihan raya kali ini bagi menggantikan mereka yang telah digugurkan.
9. Encik Ujang memperisteri anaknya dengan seorang budayawan yang terkenal
dalam arena politik negara.
10.Golongan pemulihara alam menentang pengeluaran pakaian yang diperbuat
dari bulu binatang.
11.Ketika berkhemah bersama anggota kadet di kawasan hutan itu, hanya
telefon tangan yang menjadi penghubung antara dia dengan keluarganya.
12.Yang Berusaha wakil rakyat itu sudi merakamkan kata aluan dalam buku
cenderamata sempena program Kembara Bahasa.
13. Keluarga David tidak boleh mendiami di rumah itu lagi setelah rumahnya
hancur akibat ribut.
14. Demi untuk menegakkan keadilan, Noor Linda telah membawa kes kecurian
kepada pemberitahuan Tok Penghulu.
15. Walau apa rintangan, saya tetap akan menggandingkan anak saya dengan
wanita itu.

16. Orang yang rajin berusaha kebanyakannya merupakan orang yang tidak
memahami erti kecewa dan hampa di dalam mencapai segala khayalannya.
17. Bapa dia seorang pakar masakan yang terkenal di luar negara dan kini telah
kembali ke tanah air untuk berkhidmat ke sebuah hotel terkenal sebagai
pengurus makanan.
18. Kebanyakan pelajar-pelajar 5 Bestari bukan menyiapkan latihan yang
diberikan oleh Cikgu Halim.
19. Ibu menyediakan abang sarapan pagi dan makan tengah hari setiap hari oleh
kerana di tempat kerja abang tidak ada kedai minum.
20. Semasa mereka berkelah di Tasik Kenyir seminggu yang lalu, mereka
terpaksa duduk berlapikkan dengan tikar plastik kerana tiada bangku disediakan
untuk kemudahan ramai orang yang datang berkunjung ke tasik tersebut.
21.Daripada sini kamu hendaklah memusing ke kiri atau kanan untuk mencari
nota rahsia, seterusnya ikutlah arahan yang diberikan sehinggalah kamu sampai
di destinasi yang dicurahkan.
22. Penggunaan kad kredit yang tidak terjaga akan mendatangkan pelbagai
masalah pada pemiliknya.
23. Aplikasi komputer telah memudahkan urusan di bidang pentadbiran dan
penyelerasan mata wang.
24. Pihak polis diarahkan agar supaya tidak memberikan muka kepada pemandupemandu yang melanggar sekatan jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai