Anda di halaman 1dari 5

Perbezaan antara Imbuhan "beR-...-an" dengan "beR-...

-kan"
INFORMASI BAHASA
10.8.2018
Perbezaan antara Imbuhan "beR-...-an" dengan "beR-...-kan"

NOTA:
Frasa kerja tak transitif beR-...-an lazimnya diikuti oleh kata sendi nama, bukannya kata nama.
Frasa kerja tak transitif beR - . ..-kan haruslah diikuti oleh kata nama, bukannya kata sendi nama.

KESALAHAN:
1. Panglima yang gagah berani bertikaman ketua lanun untuk mendapatkan harta karun. ❌
1. Gerai Pak Salim berhampiran rumah Tuan Haji Gullaam Rasul. ❌
2. Sherry pergi ke pejabat pendaftaran negara berkaitan urusan kelahiran anaknya. ❌
3. Tembakan meriam berentetan Laut Merah menandakan pasukan Liu Bei telah kalah. ❌
4. Buku ayah bertaburan ruang tamu setelah rumah dimasuki oleh pencuri. ❌
5. Pasangan suami isteri itu melancong ke Korea berpandukan pada peta sahaja. ❌
6. Parang buatan kaum Iban berhulukan dengan tanduk rusa.❌
7. Pemuda itu tidak bersalah berdasarkan pada hujah yang dibentangkan oleh pendakwa raya.❌
8. Sebuah karya Inggeris yang berorientasikan pada tradisi Parsi telah dihasilkan oleh Farouk.❌
9. Rumah panjang itu berdindingkan akan kayu cengal yang berusia puluhan tahun.❌

PEMBETULAN
1. Panglima yang gagah berani bertikaman dengan ketua lanun untuk mendapatkan harta karun. ✅
1. Gerai Pak Salim berhampiran dengan rumah Tuan Haji Gullaam Rasul. ✅
2. Sherry pergi ke pejabat pendaftaran negara berkaitan dengan urusan kelahiran anaknya. ✅
3. Tembakan meriam berentetan di Laut Merah menandakan pasukan Liu Bei telah kalah. ✅
4. Buku ayah bertaburan di ruang tamu setelah rumah dimasuki oleh pencuri. ✅
5. Pasangan suami isteri itu melancong ke Korea berpandukan peta sahaja. ✅
6. Parang buatan kaum Iban berhulukan tanduk rusa.✅
7. Pemuda itu tidak bersalah berdasarkan hujah yang dibentangkan oleh pendakwa raya. ✅
8. Sebuah karya Inggeris yang berorientasikan tradisi Parsi telah dihasilkan oleh Farouk.✅
9. Rumah panjang itu berdindingkan kayu cengal yang berusia puluhan tahun.✅

Latihan Tubi
Tandakan (✔️) jika ayat tersebut betul dan tandakan (❌) jika ayat tersebut salah.

1. Rakyat Kedah sangat setuju untuk berajakan kepada putera bongsu itu.
2. Dia mengambil golok yang bersarungkan dengan upih itu di atas para-para.
3. Kami berkhemah di tepi sungai bertemankan akan nyamuk dan agas-agas.
4. Bandar raya bersejarah itu bermandikan darah setelah peperangan berlaku.
5. Mereka yang sedang solat berjemaah di Surau Andalas itu berimamkan kepada Haji Musa.
6. Kebanyakan karya beliau bertemakan akan percintaan dan unsur romantik.
7. Shafiqah menghadapi masalah ketika hendak berkahwin kerana berbintikan bapa angkatnya.
8. Mega memulakan perniagaan dalam bidang kasut dengan bermodalkan wang sebanyak RM10 ribu.
9. Penolong Kanan Akademik SMK Padang Polo bersalaman dengan pegawai kanan wakil rakyat.
10. Jaafar meneliti cek yang ditulisnya berpandu pada invois yang diterimanya.

PEMBINAAN AYAT DENGAN PERIBAHASA


PEMBINAAN AYAT DENGAN PERIBAHASA
FORMULA A
Siapa + buat apa + peribahasa
contoh: Murid-murid kelas 5A bekerjasama membersihkan kelas bagai aur dengan tebing.

FORMULA B
Oleh sebab + peribahasa + siapa + buat apa
Contoh: Oleh sebab di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, Ali telah berusaha dengan bersungguh-
sungguh dalam pelajaran untuk mencapai keputusan SPM yang cemerlang.

FORMULA C
Siapa + berpegang pada prinsip + peribahasa + telah + buat apa
Contoh: Fauzi yang berpegang pada prinsip biar putih tulang, jangan putih mata telah menyertai pasukan
tentera demi mempertahankan kedaulatan negara.

FORMULA D
Kita mestilah + buat apa + kerana + peribahasa
Contoh: Kita mestilah makan makanan yang seimbang untuk mengelakkan penyakit berbahaya kerana
mencegah lebih baik daripada mengubati.

IMBUHAN ME-N- DAN ME-N KAN


Pengguna bahasa Melayu tidak menghormati peranan imbuhan dalam bahasa Melayu. Oleh
sebab itu, berlakulah kesilapan dan kekhilafan dalam penggunaan imbuhan. Yang berikut ialah
beberapa petua penggunaan imbuhan yang dapat dijadikan panduan.
KATA KERJA (AKTIF)
1. memberi/memberikan
(siapa) memberi (siapa) (apa)
(siapa) memberikan (apa) kepada (siapa)
2. menghadiahi / menghadiahkan
(siapa) menghadiahi (siapa) (apa)
(siapa) menghadiahkan (apa) kepada (siapa)
3. menganugerahi / menganugerahkan
(siapa) menganugerahi (siapa) (apa)
(siapa) menganugerahkan (apa) kepada (siapa)
4. mengurniai / mengurniakan
(siapa) mengurniai (siapa) (apa)
(siapa) mengurniakan (apa) kepada (siapa)
5. membaca / membacakan
(siapa) membacakan (siapa) (apa)
(siapa) membaca (apa) kepada (siapa)
KATA KERJA (PASIF)
1. diberi / diberikan
(siapa) diberi (apa) oleh (siapa)
(apa) diberikan oleh (siapa) kepada (siapa)
2. dihadiahi / dihadiahkan
(siapa) dihadiahi (apa) oleh (siapa)
(apa) dihadiahkan oleh (siapa) kepada (siapa)
3. dianugerahi / dianugerahkan
(siapa) dianugerahi (apa) oleh (siapa)
(apa) dianugerahkan oleh (siapa) kepada (siapa)
4. dikurniai / dikurniakan
(siapa) dikurniai (apa) oleh (siapa)
(apa) dikurniakan oleh (siapa) kepada (siapa)
5. dibaca / dibacakan
(siapa) dibacakan (apa) oleh (siapa)
(apa) dibaca oleh (siapa) kepada (siapa)
INFORMASI BAHASA
Kekeliruan antara Kata Sendi Nama "tentang" dengan "terhadap"

Kata sendi nama "terhadap" sepatutnya diikuti oleh kata nama konkrit manakala kata sendi nama
"tentang" pula perlu diikuti oleh kata nama abstrak. Apakah maksudnya konkrit dan abstrak?
Konkrit ialah sesuatu yang kita sentuh dan lihat. Abstrak ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau
dirasa dengan pancaindera.

PRINSIP:
📌tentang 👉 diikuti kata nama abstrak📌
📌terhadap 👉 diikuti kata nama konkrit📌

Lihat contoh di bawah:


1. Aisyah dan Puan Sharifah berbincang terhadap ❌konflik politik di negara itu.
2. Puan Maimunah sentiasa curiga terhadap ❌ kejujuran suaminya.
3. Noorazman amat cakna terhadap ❌ kebajikan keluarganya.
4. Hakim menjatuhkan hukuman penjara dua bulan tentang ❌ pencuri itu.
5. Penentangan tentang ❌ pihak berhaluan kiri berlaku akibat daripada semangat nasionalisme.

Pembetulannya:
1. Aisyah dan Puan Sharifah berbincang tentang ✅konflik politik di negara itu.
2. Puan Maimunah sentiasa curiga tentang ✅ kejujuran suaminya.
3. Noorazman amat cakna tentang ✅ kebajikan keluarganya.
4. Hakim menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap ✅ pencuri itu.
5. Penentangan terhadap ✅ pihak berhaluan kiri berlaku akibat daripada semangat nasionalisme.

UJI BAHASA 1
Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

1. Peristiwa 13 Mei haruslah menjadi peringatan _____ tiada kesepakatan antara pelbagai kaum.
2. Pensyarah dari Jepun bertukar-tukar pendapat _____ kebudayaan dalam seminar itu.
3. Keunikan seni bina bangunan itu benar-benar mencabar persepsi para arkitek _____ struktur
bangunan yang memiliki kekreatifan tersendiri.
4. Pungutan suara _____ penyatuan negeri tersebut diadakan di Itali pada 16 Jun 2017.
5. Sebagai ketua yang bersikap adil _____ anak buahnya, Encik Azizi sentiasa memberikan kerja
yang sama rata.
6. Kerajaan Malaysia mengutuk keganasan negara itu yang menjadi ancaman _____ keselamatan
rantau dan pencabulan persempadanan.
7. Kehadiran staf syarikat ke hospital untuk menyampaikan rasa simpati _____ pengarah berikutan
kemalangan yang hampir meragut nyawanya.
8. Jabatan yang bertanggungjawab diminta untuk segera bertindak _____ kesilapan yang berlaku
dalam projek lebuh raya itu.
INFORMASI BAHASA
Pasangan Kata Sendi Nama "ke" dan "kepada"

✍️Kata sendi nama "ke" yang digunakan untuk sesuatu tempat atau masa perlu berpasangan dengan
kata sendi nama "dari" yang digunakan untuk maksud arah. Kata sendi nama "kepada" tidak boleh
digunakan bagi merujuk tempat. Sebaliknya, kata sendi nama "kepada" berpasangan dengan kata
sendi nama "daripada".

PRINSIP:
📌ke 👉 boleh dipasangkan dengan "dari"📌
📌kepada 👉 boleh dipasangkan dengan "daripada"📌

Lihat contoh di bawah:


1. Bungkusan ini dari ❌Cikgu Faiz ke ❌Puan Nasifah.
2. Harga beras semakin meningkat dari ❌RM25 ke ❌RM40.
3. Cikgu Mat telah bertukar bidang dari ❌ahli politik pada ❌penulis buku.
4. Mereka perlu berubah dari ❌tabiat buruk ke ❌berakhlak mulia.
5. Nilai mata wang makin menurun dari ❌90 sen ke ❌ 50 sen untuk satu dolar.
6. Motosikal yang dilanggar oleh kereta itu dari Taiping kepada ❌ Kota Kemuning.
7. Daniel meneliti ayat dari perenggan kepada ❌ perenggan yang lain.
8. Hutangnya semakin meningkat dari bulan kepada ❌bulan.
9. Zalipah berbasikal daripada ❌rumahnya ke Taman Tengku Anis.
10. Haji Saiful baru berpindah dari Kluang kepada ❌Machang.

Pembetulannya:
1. Bungkusan ini daripada✅ Cikgu Faiz kepada ✅Puan Nasifah.
2. Harga beras semakin meningkat daripada RM25 kepada ✅RM40.
3. Cikgu Mat telah bertukar bidang daripada ✅ahli politik kepada ✅ penulis buku.
4. Mereka perlu berubah daripada ✅tabiat buruk kepada✅ berakhlak mulia.
5. Nilai mata wang makin menurun daripada ✅90 sen kepada ✅ 50 sen untuk satu dolar.
6. Motosikal yang dilanggar oleh kereta itu dari Taiping ke ✅Kota Kemuning.
7. Daniel meneliti ayat dari perenggan ke ✅ perenggan yang lain.
8. Hutangnya semakin meningkat dari bulan ke ✅ bulan.
9. Zalipah berbasikal dari ✅ rumahnya ke Taman Tengku Anis.
10. Haji Saiful baru berpindah dari Kluang ke ✅ Machang.

UJI BAHASA 1
Nyatakan penggunaan kata sendi nama atau frasa sendi nama dalam ayat yang berikut, sama ada
betul (✔️) ataupun salah (❌).
1. Aku sempat memandang ke halaman belakang rumahku dari pintu belakang yang terbuka.
(_____)
2. Fazri mengelakkan tikaman keris itu dari kiri kepada kanan dengan cepatnya. (_____)
3. Puak Han bergerak dari satu tempat kepada satu tempat untuk mencari sumber makanan.
(_____)
4. Daripada Timur ke Barat, cerita tentang kehebatan Raja Monyet itu tersebar dengan luasnya.
(_____)
5. Mereka diajar oleh Haji Zakaria cara ukiran awan larat dari cara tradisi kepada moden. (_____)
6. Harga minyak dalam pasaran semakin turun dari RM90 setong RM50 setong pada tahun ini.
(_____)
7. Saintis yang mengkaji pergerakan bulan sentiasa memerhatikan fenomena yang ganjil itu
daripada masa ke masa. (_____)
8. Encik Abdul Hasleem dari Arab Saudi itu menjadi ketua pengurus projek kepada mereka yang
lebih berusia darinya. (_____)

UJI BAHASA 2
Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

1. Kami telah berpindah pada tahun 2010 ______ Kuala Kangsar ______ Bintulu.
2. Hutang Ameng yang berjumlah RM90 ribu itu akan ditambah masa bayarannya ______ lima tahun
______ 10 tahun.
3. Surat itu ______ Pejabat Perdana Menteri yang menyokong usaha pendamaian ______ pihak
editor syarikat itu.
4. Cincin berusia 100 tahun itu berpindah tangan ______ Haji Mat Sabu ______ pemilik baharu, iaitu
Mohd Imran.
5. Negara itu mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk sebagai akibat ______ serangan
spekulator saham itu yang harus diseret ______ kerajaan untuk diadili.
6. Kaedah pemberitahuan ______ sistem aplikasi Internet itu akan diperluas ______ agensi lain.
7. Jumlah pendatang asing ke Malaysia semakin bertambah ______ masa ______ masa berikutan
pembangunan yang pesat di beberapa buah negeri khususnya.
8. Konsep pembelajaran terancang ini adalah ______ yang paling mudah ______ yang paling sukar.

Anda mungkin juga menyukai