Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN

TUANKU ABDUL RAHMAN

KERTAS KERJA
KARNIVAL BADMINTON
TEMPAT:
DEWAN SMKTAR GEMAS

TARIKH :

ANJURAN:
KELAB BADMINTON
KARNIVAL BADMINTON
SK TUANKU ABDUL RAHMAN

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Badminton ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang


dianjurkan oleh Kelab Badmnton SK Tuanku Abdul Rahman. Program ini boleh
disertai oleh murid-murid lelaki dan perempuan, tahap dua, SK Tuanku Abdul
Rahman. Ia akan diadakan di Dewan SMKTAR pada 27 Jun 2018. Aktiviti ini
dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang
ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu
wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka
dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang
ditimba melalui aktiviti permainan badminton ini bakal diaplikasikan oleh mereka
apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan peraturan


dan teknik permainan badminton. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri
serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pertandingan ini juga
dapat membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk
modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang
mampan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam


Pertandingan Badminton.
3.2 Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan
diri dalam pelbagai situasi.
3.3 Melatih murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai kesihatan tubuh badan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
pertandingan yang disediakan.
3.5 Melahirkan murid yang berpengetahuan dalam sukan badminton.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri ( acara bergu ).
3.7 Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah pada .


4.2 Dilaksanakan pada hari Rabu waktu Kokurikulum dari pukul 2.30
hingga 5.30 petang
4.3 Aturcara pertandingan adalah seperti dalam Lampiran 1.

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Terbuka kepada semua murid lelaki dan perempuan dari tahun 3
hingga 6 SK Tuanku Abdul Rahman

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : Pn Hamimi bt Abdullah (Guru Besar)


Pengerusi : En Mohd Khairul Hafizan bin Dollah
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Pn Tah Bee Chu.
AHLI JAWATANKUASA

Ketua Teknik Pertandingan : Pn Tah Bee Chu.


Ketua Pengadil : En. Omar bin Hassan.
Buku Program : Pn Nazurah bt Anuar.
Persediaan Tempat dan
Siaraya : Pn Zuraina bt Ahmad.
AJK Hadiah dan Sijil : Pn Safarina bt Arshad

7.0 AJK INDUK DAN PELAKSANA


Rujuk lampiran 2

8.0 SUMBER KEWANGAN


Sumbangan unit Kokurikulum SKTAR/PIBG/Ibu bapa

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Bulu Tangkis 2 balang X RM25 50.00
2 Cenderamata Pengadil 2 orang X RM30 60.00
3 Hadiah :
a) Perseorangan Lelaki 3 pemenang X RM 5 15.00
b) Perseorangan Perempuan 3 pemenang X RM 5 15.00
c) Bergu Lelaki 6 pemenang X RM 5 30.00
d) Bergu Perempuan 6 pemenang X RM 5 30.00

6 Rencam (belanja tak terduga) 30 orang X RM1 30.00


Jumlah 200.00

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam
aktiviti pertandingan badminton ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian
mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................
(PN TAH BEE CHU)
KETUA PENASIHAT,
KELAB BADMINTON,
Sk Tuanku Abdul Rahman
LAMPIRAN 1

ATURCARA
KARNIVAL BADMINTON
SK TUANKU ABDUL RAHMAN

2.00 Petang : Pendaftaran peserta.

2.30 petang : Taklimat kepada peserta.

2.40 petang : Pertandingan di mulakan :

a) Perseorangan Lelaki - Gelanggang A


b) Perseorangan perempuan - Gelanggang B

3.40 petang : Pertandingan disambung :

a) Bergu Lelaki - Gelanggang A

b) Bergu perempuan - Gelanggang B

5.00 petang : Penyampaian hadiah dan cenderamata.

5.30 petang : Bersurai.


AJK INDUK DAN PELAKSANA

Anda mungkin juga menyukai