Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM PENDIDIKAN MORAL


SMK SERI MULIA

1.0 PENDAHULUAN

Kejayaan yang cemerlang tidak akan datang bergolek sebaliknya semua pelajar hendaklah berusaha
secara konsisten dan berterusan untuk memastikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi,
pelajar perlu mengaplikasikan kemahiran belajar yang betul dan mempunyai motivasi serta keazaman
yang tinggi untuk berjaya dalam peperiksaan SPM. Bengkel teknik menjawab soalan ini diadakan adalah
bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran teknik menjawab soalan peperiksaan sebagai persediaan
untuk menghadapi cabaran terbesar dalam kehidupan mereka sebagai pelajar iaitu peperiksaan SPM.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Melahirkan calon yang berkeyakinan dan berkebolehan mencapai sasaran dalam SPM
2.2 Memberikan pendedahan tentang teknik menjawab soalan yang betul dan tepat.
2.3 Memupuk pelajar agar mengamalkan situasi pembelajaran yang berteraskan peperiksaan.
2.4 Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka
menjelang waktu peperiksaan
2.5 Untuk mencapai sasaran Gred Purata Sekolah (GPS) dan peratus lulus yang telah ditetapkan
oleh sekolah seiring dengan matlamat pendidikan nasional.
2.6 Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.0 TARIKH
8 November 2019

4.0 MASA
7.30 – 9.30 pagi

5.0 TEMPAT
Pusat Sumber, SMK Seri Mulia

6.0 SASARAN
Pelajar Moral Tingkatan 4 dan 5, SMK Seri Mulia

7.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : En. Mustafa Kamal bin Musa (Pengetua)
Timb. Pengerusi : En. Mohd Jaffri bin Mohd Yusof (PK Pentadbiran & Kurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Rosmiyati binti Abdullah Shukor (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : En. Shaharuddin bin Yusof (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Rohazlina binti Othman (GK Kemanusiaan)
Setiausaha : Pn. Rozana Binti Masrom (Ketua Panitia Pend. Moral)
Bendahari : Pn. Ramlah Binti Ali
8.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
7.20 AM Pelajar berkumpul di Perpustakaan
7.30 AM Bengkel Teknik menjawab soalan SPM Pendidikan Moral
9.30 AM Bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
.
1. Bayaran Penceramah 1 Sesi (2 jam) x rm250 RM 250.00
JUMLAH RM 250.00

10.0 SUMBER KEWANGAN


BIL. PERKARA JUMLAH
1. Duit PCG (Panitia Pendidikan Moral) RM 250.00
JUMLAH RM 250.00

11.0 PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan lancar dan seterusnya dapat membantu
semua pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan lulus dengan cemerlang dalam SPM 2019.
Kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan program ini amatlah diperlukan

Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________________ ___________________________
(ROZANA BINTI MASROM) (ROHAZLINA BINTI OTHMAN)
Setiausaha Teknik menjawab soalan SPM Penyelaras Teknik menjawab soalan SPM Pend
Pend Moral Moral
SMK Seri Mulia SMK Seri Mulia

Disahkan oleh:

_____________________________
(MUSTAFA KAMAL BIN MUSA)
Pengetua
SMK Seri Mulia

Anda mungkin juga menyukai