Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI:
PENGURUSAN DAN JATI DIRI PELAJAR ASRAMA

PENDAHULUAN

Pengurusan dan jati diri merupakan elemen penting untuk kejayaan setiap pelajar. Jati
diri serta disiplin merupakan jantung serta kunci sesebuah kejayaan bagi pelajar. Kebanyakkan
pelajar khususnya pelajar yang tinggal di asrama masih belum dapat menguasai dengan
sebaiknya dari sudut pengurusan diri.

Pendedahan kepada pelajar bahawa setiap daripada mereka adalah pemimpin sama
ada memimpin orang lain ataupun memimpin diri sendiri akan diterapkan menerusi program
yang dijalankan. Nilai-nilai murni ini juga dapat dipupuk bagi meningkatkan kefahaman dan
keperihatinan mereka dlam terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka.

RASIONAL

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dari setiap
sudut sama ada dari segi sahsiah, akademik, dan sebagainya, maka jati diri serta pengurusan
disiplin diri pelajar perlu dipertingkatkan. Oleh yang demikian Unit bimbingan & Kaunseling SSN
SMK Seberang Temerloh bersama dengan JK Pengurusan Asrama mengambil inisiatif untuk
mengadakan Program motivasi khusus untuk pelajar asrama.

Program ini memberi berfokus kepada pembinaan jati diri yang mantap dalam diri
pelajar. Ini kerana, tanpa jati diri yang mantap, para pelajar tidak mampu menangkis anasir-
anasir yang kurang sihat dan sekaligus membantutkan hasrat kerajaan melahirkan modal insan
berkualiti.

MATLAMAT

Melalui program ini ini diharap pelajar asrama SSN SMK Seberang Temerloh yang
terlibat akan menunjukkan ciri-ciri positif terhadap pengurangan statistik pelanggaran disiplin
sekolah seterusnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain.

OBJEKTIF

1. Membina jati diri pelajar serta mampu menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan di
asrama.
2. Menanamkan rasa kekitaan dan sikap tanggungjawab yang tinggi di kalangan
pelajar asrama serta mencegah salah laku seperti buli di asrama
3. Dapat mengurus diri dan orang lain dengan baik semasa berada di asrama.
4. Menyemai rasa cinta terhadap asrama dengan menjaga serta memelihara fasiliti
yang telah disediakan dengan baik.
5. Meningkatkan pencapaian akademik murid di asrama
PELAKSANAAN

Tarikh program

25 Julai 2020 (Sabtu)


9.00 pagi – 12.00 tengah hari

TEMPAT

Dewan makan SSN SMK Seberang Temerloh

KUMPULAN SASARAN

Bilangan Peserta
91 orang murid (70 lelaki, 21 perempuan)

Bilangan Guru
20 orang guru

JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk lampiran 1

PENGISIAN PROGRAM

7.30 – 8.30 pagi Pengurusan diri, sarapan pagi


8.30 – 9.00 pagi Pendaftaran peserta
9.00 – 11.00 pagi Ceramah motivasi: Pengurusan serta Jati Diri Pelajar Asrama
11.00 – 12.00 tgh hari Ujian Personaliti Warna
12.00 – 12.30 tgh hari Refleksi.
12.30 tgh hari Makan tengah hari, Tamat Program
ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah Jumlah Bil Perkara Jumlah Jumlah (RM)


(Sumber (unit) x (RM) (Perbelanjaan) (unit)
Kewangan) RM x RM
1. Sumbangan RM750.00 1. Makan 111 x rm 5 555.00
Asrama Rm 555
2. Bayaran Penceramah RM 200 200.00

JUMLAH RM755.00 JUMLAH RM755.00

PENUTUP

Adalah besar harapan kami agar program yang dirancang ini akan dapat memberi
manfaat kepada semua pelajar yang terlibat dapat meningkatkan sahsiah diri dan berubah
menjadi pelajar yang berdisiplin.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh:

…………………………………… ……………………………..
(AZALI BIN MAT PIAH ) (RIDHUAN BIN MAHUSSIN)
GBKSM PENGETUA
SSN SMK Seberang Temerloh SSN SMK Seberang Temerloh
Pahang. Pahang.

Anda mungkin juga menyukai