Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERMOHONAN SUMBANGAN PERUNTUKAN 1 UNIT KOMPUTER


PERIBADI UNTUK UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK BUKIT
MERCHU, 33000 KUALA KANGSAR

1.0 Pendahuluan

Sejajar dengan arus kemajuan dan pembangunan negara, peranan


pembangunan kemanusiaan adalah amat penting di dalam mengimbangi kehidupan
khususnya di peringkat alam persekolahan. Justeru, perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling sekolah yang merupakan tonggak di dalam memberikan perkhidmatan
pembangunan kemanusiaan seperti kesihatan mental, kerjaya, psikososial dan
kesejahteraan mental, pembangunan diri murid dan keibubapaan telah menjadi
sebahagian tuntutan di dalam bidang pendidikan Negara serta relevan di dalam
pembentukan rakyat yang harmoni dan berdaya maju. Oleh itu, pada hakikatnya
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling haruslah tidak dipandang ringan khususnya di
sekolah, tambahan pula sejak akhir-akhir ini pelbagai gejala yang tidak sihat telah dengan
terbuka dilakukan oleh rakyat yang pada zahirnya tidak memiliki kesihatan mental yang
baik dan seimbang. Ini sudah barang pasti dapat dikatakan bahawa individu yang terlibat
tidak dibangunkan aspek kemanusiaannya dengan sempurna. Sehubungan dengan itu,
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dapat memberikan impak kepada
masyarakat di sekolah hanya dapat diwujudkan dengan adanya sumber-sumber yang
mencukupi khususnya dari segi alat atau bahan utama iaitu komputer peribadi yang
asas agar perkhidmatan kaunseling dapat dikemaskinikan dari segala aspek. Maka, kertas
kerja ini secara umumnya adalah luahan hati pihak sekolah kepada Yang Berhormat,
Dato’ Hj Jamal Nasir Bin Hj. Rasdi, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, bagi maksud
memohon 1 unit Komputer Peribadi untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Bukit
Merchu, Kuala Kangsar.

2.0 Rasional

Pihak sekolah telah menyediakan prasarana asas untuk bilik kaunseling


yang baru di SMK Bukit Merchu, sejajar dengan tuntutan dan kepentingannya pada masa
kini. Bilik baru yang disediakan agak selesa dari segi saiznya (29 kaki x 25 kaki persegi)
di mana ia terbahagi kepada 2 bilik kaunseling individu dan ruang yang kondusif untuk
merancang segala aktiviti dan input kepada para pelajar dan masyarakat. Oleh itu,
permohonan ini dimajukan berasaskan rasionalnya bahawa komputer peribadi amat
penting di dalam penyediaan segala aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling, sebagai
media maklumat dan penyimpanan rekod dan ini sekali gus akan dapat meningkatkan
keberkesanan dan keupayaan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bukit Merchu ke
tahap maksimum dan impak yang paling bermakna serta akan mampu menjadi contoh
kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling seluruh negeri Perak khususnya dan Malaysia
amnya.
3.0 Objektif

Objektif permohonan Komputer Peribadi ini adalah seperti berikut:-

3.1 Meningkatkan mutu perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK


Bukit Merchu ke tahap maksimum dan berasaskan teknologi terkini.
3.2 Meningkatkan keberkesanan penyimpanan rekod-rekod Unit Bimbingan
dan Kaunseling kerana pada masa kini penyimpanan rekod hanyalah
secara manual dan terpaksa berkongsi komputer dengan pejabat sekolah.
3.3 Unit Bimbingan dan Kaunseling juga tidak terhad perkhidmatannya
kepada sekolah sahaja bahkan ianya juga meliputi masyarakat dan ibu
bapa. Justeru, ia memerlukan kaedah kerja yang pantas dan cekap serta
lebih efektif sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.
3.4 Permohonan dibuat setelah perbincangan secara telus dan menyeluruh
dilakukan dengan pelbagai pihak dan ditambah pula peruntukan yang
tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan di sekolah.
3.5 Permohonan dibuat berasaskan kepada keprihatinan dan kewibawaan
kepimpinan tempatan yang telah menunjukkan “track record” yang
cemerlang dan mampu memberikan kemajuan dalam segala bidang.
3.6 Membangunkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang benar-
benar dapat memberikan impak kepada generasi pelajar dan masyarakat.
3.7 Bilik kaunseling juga memberikan perkhidmatan keibubapaan dan
kemasyarakat maka ianya perlu kepada teknik dan alat yang berkesan
untuk menyediakan rangka kerja dan penyimpanan maklumat.
3.8 Unit Bimbingan dan Kaunseling juga merupakan bilik gerakan asas di
dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program di sekolah dan ianya
perlulah lengkap dari segi prasarana serta kemudahan khususnya untuk
menaip.

4.0 Kumpulan Sasaran Unit Bimbingan dan Kaunseling

Kumpulan sasaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah kepada


semua murid, semua guru dan seluruh ibu bapa. Perkhidmatan ini juga ditujukan kepada
masyarakat setempat di mana program-program yang dijalankan banyak melibatkan
masyarakat setempat seperti program keibubapaan, program kecemerlangan,
pembangunan diri murid dan sebagainya. Selain itu, terdapat banyak program yang diatur
untuk masyarakat setempat dan melibatkan perasmian oleh pemimpin-pemimpin
tempatan. Juga, bilik kaunseling adalah tempat yang dianggap amat penting dan tapak di
dalam mewujudkan pelbagai program di sekolah dan luar sekolah. Bahkan kaunselor
sekolah adalah ibarat Pegawai Perhubungan Sekolah atau “man about the school”.
5.0 Bidang tugas dan Alat Bantuan

Secara umumnya, bidang tugas kaunselor di sekolah adalah pembangunan


kemanusiaan di mana bidang-bidang yang terlibat adalah seperti berikut:-

5.1 Pembangunan Diri Murid


5.2 Psikososial dan Kesejahteraan Mental
5.3 Keibubapaan
5.4 Pendidikan Pencegahan Dadah
5.5 Program Sokongan Akademik
5.6 Kepimpinan
5.7 Kerjaya
5.8 Kaunseling Individu dan Kelompok termasuk kaunseling HIV/Aids.

Tegasnya, bidang atau skop yang mesti diterokai dan dilaksanakan oleh
kaunselor kebanyakannya adalah dalam bentuk menyediakan input kepada kelompok-
kelompok atau semua pelajar dan tempat perlaksanaannya selain bilik kaunseling adalah
di dewan sekolah atau dewan asrama. Justeru, keadaan ini amat bergantung kepada bahan
Bantu atau komputer yang amat perlu untuk menyediakan kertas kerja, menyediakan
surat-menyurat dan penyimpanan rekod.

6.0 Anggaran Kos

Anggaran kos bagi satu unit Komputer Peribadi adalah seperti di


bawah:-

Bil. Perkara Harga Seunit (RM) Jumlah Harga


(RM)
1. Komputer Peribadi (Pentium 4) RM 1,799.00 RM 1,799.00 *

JUMLAH RM 1,799.00

*Harga berdasarkan Bits & Bytes Computer, Kuala Kangsar


7.0 Penutup

Sesungguhnya pihak sekolah amat mengharapkan permohonan ini


mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Yang Berhormat Dato’ bagi
merealisasikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah yang efektif dan nampak
impaknya kepada generasi pemimpin yang akan dilahirkan. Sehubungan dengan itu juga,
saya selaku Pengetua SMK Bukit Merchu, memberi jaminan bahawa pihak Unit
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini akan berusaha menjadi unit yang paling aktif
dan berdaya maju selaras dengan kehendak dan objektif yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh:-

………………………………………………….
HAJAH WAN ZALEHA BINTI MEOR ZAKARIA
Pengetua,
SMK Bukit Merchu,
Kuala Kangsar

Tarikh: 8 Julai 2004

Anda mungkin juga menyukai