Anda di halaman 1dari 4

PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN

Menganalisis secara
mendalam mengenai sesuatu
perkara sebelum membuat
keputusan

Kenal pasti matlamat


organisasi dan alternatif yang
ada

Menilai dengan teliti kebaikan


dan keburukan setiap
alternatif yang ada

Memilih alternatif yang terbaik


berdasarkan maklumat yang
tepat dan lengkap

Membuat kesimpulan secara


munasabah, realistik dan
boleh dilaksanakan

PERBANDINGAN ANTARA RUMUSAN DARI BAHAN BACAAN


DENGAN AMALAN SEDIA ADA DI SEKOLAH

MEMIMPIN PERUBAHAN

 Sepertimana yang diperkatakan oleh Puan Pengetua SMK La Salle,aset paling


penting dalam sesebuah sekolah adalah manusia.Hala tuju pemimpin mesti jelas
untuk membangunkan sumber manusia itu sendiri yang terdiri daripada barisan
guru,staf dan juga pelajar.Melakukan penanda aras serta belajar sesuatu dari sekolah
lain, menyediakan dokumentasi yang lengkap dan terkini, meraikan setiap
kemenangan mahupun kecil dan sentiasa berfikiran positif.
 Hampir sama juga halnya situasi di SK Perempuan,setiap kejayaan yang dikecapi
kami tetap raikan biarpun kecil.Daripada kosong, Alhamdulillah dalam tempoh 3 tahun
terkemudian kami telah mampu menaikkan nama SK Perempuan hingga ke peringkat
Kebangsaan dalam bidang kokurikulum serta capaian GPS KURIKULUM dan
KOKURIKULUM dalam lingkungan 1.0 -1.9 dalam tempoh 3 tahun.

MEMBUAT KEPUTUSAN

 Antara salah satu ethos di SMK La Salle ialah muafakat alumni yang sangat
baik.Kerjasama baik antara pengurusan sekolah dengan PIBG menjadi faktor utama
kekuatan kecemerlangan sekolah.
 Sedikit berbeza dengan SK Perempuan ,muafakat alumni kami agak kurang
memuaskan.Begitu juga dengan kerjasama PIBG, kami menghadapi masalah
sokongan moral PIBG barangkali disebabkan oleh hampir 80% ibupaba di sini terdiri
dari kalangan warga pendidik sendiri. Masing-masing sebok dengan urusan sekolah
sendiri,tetapi dari sudut kewangan kami kurang menghadapi masalah. Walau
bagaimanapun , InsyaAllah dengan kewibawaan Guru Besar yang baharu datang
kami yakin ,perkara ini akan dapat kami atasi demi kecemerlangan berterusan SK
Perempuan.

MENYELESAIKAN MASALAH

 Berdasarkan bahan bacaan,SMK La Salle merancang hala tuju sekolah bersama


seluruh warga sekolah di mana perkara pertama yang dilakukan ialah menyatukan
dua kumpulan guru untuk membentuk satu pasukan yang kuat.Shabas dan tahniah.
 Berbeza dengan SK Perempuan,kami sememangnya telah pun mempunyai satu
pasukan yang memainkan peranan penting dalam bidang masing-masing, dan kami
teruskan dengan hala tuju yang telah dirancang di susuli dengan penambah baikkan
yang dibuat oleh Guru Besar baharu yang datang silih berganti. InsyaAllah kami
yakin,SK Perempuan mampu mengekalkan kegemilangannya dan seimbang dari
sudut pencapaian kurikulum, kemenjadian murid, kokurikulum dan sahsiah
terpuji.Meletakkan nama SK Perempuan pada tangga teratas di PPD Kuala
Kangsar,Perak.
PENAMBAH BAIKKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN DI
SEKOLAH SAYA

Menekankan secara
berterusan amalan
pengukuhan ke arah
kemenjadian murid
sama ada dalam Melakukan lawatan
bidang akademik penanda aras ke
sekolah-sekolah
mahupun
terpilih sekurang-
kokurikulum serta kurangnya sekali
meraikan setiap dalam setahun.
kemenangan yang
diperolehi biarpun
dalam skala yang PENAMBAH
kecil. BAIKKAN YANG
PERLU
DILAKSANAKAN DI
SEKOLAH SAYA

Memantapkan
budaya PLC di Memperkemaskan
kalangan guru-guru
serta menyambut
muafakat alumni
baik semua idea sekolah serta
yang sarana PIBG
diketengahkan.
BAGAIMANA PENAMBAHBAIKKAN BOLEH DI LAKUKAN
DI SEKOLAH SAYA

KERJA BERPASUKAN
Meneruskan amalan budaya kerja berpasukan.
Semua warga sekolah mempunyai kelebihan dan kekuatan masing- masing,maka
kesemuanya memainkan peranan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

HUBUNGAN BAIK PENTADBIR DAN STAF


Pentadbir,guru,staf, murid dan seluruh warga sekolah sama- sama berganding bahu
menjaga prestasi dekolah agar sentiasa maju ke hadapan dan mencapai sasaran
yang ditetapkan.

KERJASAMA PIBG DAN ALUMNI


Muafakat antara alumni dan PIBG mencari dana untuk keceriaan prasarana sekolah
agar lebih kondusif untuk anak-anak belajar.
Menambah lagi kemudahan alat telekomunikasi canggih seperti TV pendidikan dan
sebagainya.
Membayar kepada jurulatih luar untuk aktiviti ko-akademik,sukan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai