Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

LAWATAN MUHIBBAH KE
RUMAH SERI KENANGAN CHENG, MELAKA

ANJURAN:
PERTUBUHAN SKUAD CAKNA INSANIAH

1.0 PENGENALAN

Dasar Warga Emas Negara merupakan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan


warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan
mengoptimumkan potensi diri melalui proses penuaan yang sihat, positif, aktif,
produktif serta menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam
pembangunan negara.
Program lawatan dan khidmat sosial warga emas secara kolaborasi diantara
Pertubuhan Skuad Cakna Insaniah dan Kelab Permotoran Shafie Motor Club
(SMC) merupakan diantara program yang menyokong dasar warga emas negara
(DWEN). Memandangkan warga emas adalah golongan yang mesti dihargai,
disayangi dan dibantu, apatah lagi yang kurang berupaya. Program ini juga
bertujuan untuk menyantuni dan mengiktiraf warga emas sebagai warganegara
yang terdiri daripada pelbagai pengalaman dan latar belakang. Mereka juga
mempunyai hak untuk menikmati kehidupan sejahtera, dihormati serta mampu
menyumbangkan idea kepada pembangunan negara. Sebagai generasi muda
program DWEN ini merupakan peluang keemasan untuk mereka melahirkan
sokongan terhadap program ini dengan bersama – sama menjalankan aktiviti
seperti beramah mesra, bergotong royong membersihkan tempat tinggal warga
emas dan menggembirakan jiwa warga emas yang kekosongan.
Oleh itu, diharapkan pendedahan aktiviti dan hebahan seperti ini dapat
membantu generasi muda, memahami betapa pentingnya menanamkan nilai-
nilai murni, agar mampu berinteraksi dan menyantuni warga emas dengan adab
sopan yang disanjung tinggi kerana setiap individu juga bakal menjadi warga
emas melalui roda kehidupan pada suatu masa nanti.

2.0 RASIONAL

1.1 Pendedahan kepada peserta program mengenai aktiviti yang


dijalankan oleh warga tua sepanjang di rumah orang-orang tua
1.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan penghuni
warga rumah seri kenangan cheng dengan lebih dekat lagi.
1.3 Memberi kesedaran kepada peserta program tentang tingginya
komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan modal insan
yang berkualiti dan bebas daripada masalah sosial.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan masyarakat dan generasi muda yang mampu


merealisasikan tanggung jawab sosial mereka dengan nilai-nilai
murni terhadap warga emas seperti berinteraksi dengan nada yang
betul, mengingati dan menghargai jasa, berbudi bahasa, bersopan
santun, mengambil berat dan sebagainya. Seterusnya warga emas
pula dapat merasakan diri mereka disantuni dan dihargai

3.2 Melatih peserta program bekerjasama dalam satu pasukan untuk


mengendalikan kerja-kerja gotong-royong dan kebajikan.

3.3 Mempraktikkan ‘Komunikasi Interpesonal’ dalam suasana yang


mencabar di mana kumpulan sasaran praktikal adalah warga emas
yang terputus hubungan kasih sayang dengan keluarga masing-
masing.

3.4 Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan


kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir.

3.5 Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang
telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang
bernasib baik.
3.6 Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan
banyak faedah kepada peserta program.

3.7 Mengembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang


menceriakan.

4.0 SASARAN

50 orang penghuni rumah seri kenangan cheng, Melaka.

5.0 BILANGAN PESERTA

Seramai 40 orang peserta program akan mengikuti lawatan ini yang terdiri
daripada 30 orang dewasa dan 10 orang kanak-kanak.

6.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 16 Ogos 2023 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat Lawatan : Rumah Seri Kenangan Cheng,
Km 12, Paya Rumput,Cheng, 76450 Melaka.

7.0 AJK INDUK

Pengerusi : Pn. Nur Filzah Binti Saran


(Pengerusi)
Naib Pengerusi : En. Mohd Rozi bin Mohammad
(Timbalan Pengerusi)
Setiausaha : Pn. Darliz Martiani Binti Malek
Bendahari : En. Omar Bukhari bin Mohd Nor
Ajk : En. Nazri bin Halim
En. Norman bin Sudirman
8.0 AJK KERJA

Ketua Rombongan : Pn. Nur Filzah Binti Saran


Aktiviti : En. Mohd Rozi bin Mohammad
Kecemasan : En. Mohd Isa bin Ismail
Makanan : Pn. Darliz Martiani Binti Malek
Pengangkutan : En. Ahmad Syahrul Azree bin Ghairah

9.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
7.45 pagi - Berkumpul di halaman hotel / pendaftaran.
8.00 pagi - Bertolak ke Rumah Seri Kenangan Cheng.
8.30 pagi - Tiba di Rumah Seri Kenangan Cheng.
- Taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.
9.00 pagi - Aktiviti Senaman dan gotong-royong.
10.00 pagi - Rehat & Minum pagi
- Melawat sekitar kawasan Rumah Seri
Kenangan Cheng dan beramah mesra bersama
penghuni.
11.00 pagi - Penyampaian cenderahati / penutup.
11.30 pagi - Bertolak balik ke tempat penginapan.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN
10.1 Bayaran Pengangkutan RM 1000.00
10.2 Bayaran Penginapan RM 2000.00
10.3 Makan minum peserta (RM 12 X 40 orang) RM 480.00
10.4 Makan minum penghuni (RM 12 X 50) RM 600.00
10.5 Cenderahati barangan RM 500.00
10.6 Alat/bahan gotong-royang RM 200.00
10.7 Kontigensi RM 100.00
Jumlah RM 4880.00

11.0 PENUTUP

Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda peserta


program disamping memberi peluang kepada peserta program untuk
melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan warga emas selain
menghargai peranan warga emas dalam masyarakat.

Disediakan oleh,

……………………………………………..
(PN. DARLIZ MARTIANI BINTI MALEK)
Setiausaha
Pertubuhan Skuad Cakna Insaniah

Disahkan oleh,

……………………………………….
(PN. NUR FILZAH BINTI SARAN)
Pengerusi
Pertubuhan Skuad Cakna Insaniah

Anda mungkin juga menyukai