Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MENALUN

KERTAS KERJA
PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA
(DWEN) 2019

TEMPAT :
RUMAH MURAN, SUNGAI POI

TARIKH :
12 FEBRUARI 2019

ANJURAN :
UNIT HAL EHWAL MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MENALUN
1.0 PENDAHULUAN

Pada 5 Januari 2011, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Warga
Emas Negara (DWEN) yang telah digubal oleh Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Dasar ini adalah merupakan satu
penilaian semula dan merupakan penambahbaikan kepada Dasar Warga Tua
Negara sebelumnya.
Sehubungan itu, untuk memastikan pelaksanaan Dasar Warga Emas
Negara dapat direalisasikan secara berkesan KPWKM serta ahli panel yang
melibatkan kementerian lain yang berkaitan telah menggubal Pelan Tindakan
Warga Emas Negara (PTWEN). Di samping itu juga, satu badan yang bertindak
sebagai pemantau kepada pelaksanaan program-program di bawah Pelan
Tindakan Dasar Warga Emas iaitu Majlis Penasihat dan Perundingan Dasar
Warga Emas Negara (MPPWEN) telah ditubuhkan.
Warga Emas merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi
60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam Inited Nations World
Tahun Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-
negara ASEAN.

2.0 MATLAMAT
Program Pendidikan dan Kerohanian Dasar Warga Emas ini dilaksanakan bagi
melaksanakan dasar Warga Emas Negara (DWEN). Disamping mendidik dan
membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta
menyayangi sesama insan.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi kesedaran awal kepada warga sekolah terutamanya murid-murid


terhadap kepentingan menghargai dan menyayangi warga emas.

3.2 Memperaktikkan nilai dan amalam saling menghormati dan menyayangi


sesama insan dalam kalangan murid dan guru-guru.

3.3 Meningkatkan kesedaran kepentingan warga tua terhadap masyarakat.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


Tarikh : 12 Februari 2019 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi – 12.00 Tengahari

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

5.1 Semua guru & staf Sk Ng. Menalun.


5.2 Para ibu bapa murid.
5.3 Penghuni rumah panjang RH Muran dan penduduk kawasan
setempat.

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : En. Saiful Eskandar Bin Hapni (Guru Besar)


Pengerusi : En. Remond Lang (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : En. Mohd Zul Fadhli Bin Hashim
Bendahari : En. Fadhirul Bin Anuar
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Perasmian / Penangguhan : En. Remond Ak Lang


En. Richard Ak Leopold

Peralatan : Encik Mohd Zul Fadhli Bin Hashim


Encik Fadhirul Bin Anuar

Makanan : Puan Zauyah Binti Metamin


Puan Lucy Ak Limin
Puan Remy Ak Unsen
Puan Winnie David Belayong
Encik David Pang Anak Balai

AJK Dokumentasi : En. Muhammad Irwan Affendy Bin


Suharsono

AJK Jurukamera : En. Alan Bin Di

AJK Buku Program : Pn. Kong Mee Wang

Keselamatan : Guru & Warden bertugas


Kakitangan Keselamatan

Kebersihan : Pekerja Pembersihan Swasta


7.0 JADUAL / ATURCARA PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.30 pagi Ketibaan para guru dan staf dari SK NG Menalun

Upacara Miring
Nyanyian lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku
8.00 pagi Ucapan YDP PIBG, Puan Roslin Linyah Ak Ringkai
Ucapan & Perasmian oleh Guru Besar SK Ng. Menalun,
Encik Saiful Eskandar Bin Hapni
9.00 Perkongsian mengenai Dasar Warga Emas
pagi Negara(DWEN) oleh Puan Winnie Ak David Belayong

10.00 pagi Minum Pagi


Sesi bersalaman dan pemberian cenderahati kepada
10.30 pagi
penghuni Rumah Muran
11.00 pagi Sesi fotografi bersama penghuni Rumah Muran
12.00 Penangguhan Program
Tengah hari Bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah (RM)


1 Air minuman berkotak 48.00
2 kotak
2 x RM24
2. Cenderahati kepada penghuni Rumah Muran 100.00
“Mug”
25 x RM4
Jumlah 148.00
10.0 PENUTUP
Warga emas merupakan insan yang sangat bermakna kepada kehidupan
manusia sejagat. Jasa dan peranan dalam membangunkan institusi keluarga,
masyarakat dan kemajuan negara amat besar serta perlu dihargai oleh semua
lapisan masyarakat di Malaysia.
Justeru, diharapkan agar segala aktiviti yang dirancang ini dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga aktiviti ini berupaya
menghasilkan murid yang bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama
sekaligus mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan warga sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. ....................................................
(En. Mohd Zul Fadhli Bin Hashim) (Pn. Winnie Ak David Belayong)
Setiausaha DWEN Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK NANGA MENALUN SK NANGA MENALUN

Diluluskan oleh,

.........................................................
(En. Saiful Eskandar Bin Hapni)
Guru Besar
SK NANGA MENALUN

Anda mungkin juga menyukai