Anda di halaman 1dari 9

“SMKPO BAGIKU YANG TERBAIK”

KERTAS KERJA
LAWATAN BERMAKLUMAT
KE PESTA BUKU
ANTARABANGSA
KUALA LUMPUR
DAN
SEMINAR
PENGAWAS PUSAT
SUMBER PERINGKAT
KEBANGSAAN

PUSAT SUMBER
SMK PENGIRAN OMAR

ANJURAN BERSAMA KELAB


PENCINTA BUKU SMKPO
Lawatan Bermaklumat Ke Pesta Buku Antarabangsa Dan Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2020

1.0 PENDAHULUAN

“Yang bulat tidak datang bergolek, Yang pipih tidak datang melayang” menjadi pegangan
Unit Pusat Sumber SMK Pengiran Omar, maka untuk memperoleh sesuatu hasil, kami
perlu berusaha mendapatkannya. Oleh yang demikian, Unit Pusat Sumber Sekolah SMK
Pengiran Omar bercadang untuk mengadakan Lawatan Bermaklumat ke Kuala Lumpur
sempena Pesta Buku Antarabangsa dan mengahdiri Kursus Pengurusan Pengawas Pusat
Sumber Peringkat Kebangsaan 2020. Selain menjadi titik pertama lawatan keluar dari
negeri Sabah, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk
memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar SMK
Pengiran Omar.

2.0 MATLAMAT

Selaras dengan hasrat Negara untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan
murid-murid di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara
langsung kepada mereka. Melalui aktiviti seperti ini, minat mereka untuk membaca akan
dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu peningkatan insaniah
yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk
meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF

 Sebagai landasan kepada murid-murid untuk membina minat membaca melalui aktivti
lawatan.
 Dapat membuka minda murid-murid dengan suasana dan pengalaman yang sertai
merasai suasana pembelajaran di luar bilik darjah.
 Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar
dan masyarakat.
 Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran.
 Pelajar dapat meningkatkan motivasi diri untuk menjadi Pengerusi dan AJK Tertinggi.
 Meningkatkan keyakinan diri dan bertanggungjawab.
 Membentuk disiplin kerana pelajar perlu mematuhi masa dan peraturan lawatan.

4.0 SASARAN

 7 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang juga merupakan ahli Kelab Pencinta
Buku
 2 orang guru

5.0 NAMA PROGRAM

Lawatan Bermaklumat Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

1
Lawatan Bermaklumat Ke Pesta Buku Antarabangsa Dan Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2020

6.0 TARIKH DAN TEMPAT

 Tarikh : 27 - 28hb Mac 2020 (Jumaat,Sabtu,Ahad))


 Tempat : 1. Pesta Buku Antarabangsa
2. Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan
3. Pasar Seni dan Dataran Merdeka
4. Pusat Sains Negara

7.0 PENGANGKUTAN

 1 buah kereta
 Kapal terbang
 Pengangkutan awam (LRT dan bas)

8.0 TENTATIF PROGRAM

 Rujuk Lampiran 1

9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG :

PENASIHAT :

PENGERUSI :

NAIB PENGERUSI :

PENYELARAS :

SETIAUSAHA :

BENDAHARI :

AJK MAKANAN & :


DISIPLIN

GURU PENGIRING :

2
Lawatan Bermaklumat Ke Pesta Buku Antarabangsa Dan Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2020

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Anggaran perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


1 Tiket Kapal Terbang 9 RM 400.00 RM 3,600.00
2 Kenderaan ke Lapangan Terbang 1 RM 450.00 RM 450.00
3 Penginapan peserta 1 RM 600.00 RM 600.00
4 Makan peserta 6x 9 RM 120.00 RM 1,080.00
5 Yuran Kursus 7 RM 60.00 RM 420.00
6 Pengangkutan di Kuala Lumpur 1 RM 400.00 RM 400.00
7 Tiket masuk Pusat Sains Negara 9 RM 20.00 RM 180.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 6,730.00

2. Sumber kewangan

BIL PERKARA JUMLAH


1. Kutipan yuran penyertaan pelajar – RM300 seorang RM 2,100.00
2. Kutipan yuran penyertaan guru – RM500.00 seorang RM 1,000.00
2. PIBG RM 500.00
3. PCG Kokurikulum RM 500.00
4. PCG Pusat Sumber RM 500.00
5. Sekolah RM 500.00
5. Sumbangan luar RM 1,630.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 6,730.00

3
Lawatan Bermaklumat Ke Pesta Buku Antarabangsa Dan Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2020

11.0 PENUTUP

Semoga Program Lawatan Bermaklumat yang telah dirancang dapat mencapai objektifnya
dan memberi manfaat kepada para pelajar yang terpilih. Sokongan padu daripada semua
pihak yang terlibat diharapkan agar dapat menjayakan program ini.

DISEDIAKAN OLEH; DISEMAK OLEH;

………………………………………………….. ………………………………………….
() ( )
Penyelaras Program, GPK Kurikulum,

DISAHKAN OLEH;

………………………………………..
()
Pengetua,

4
Lawatan Bermaklumat Ke Pesta Buku Antarabangsa Dan Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2020

LAMPIRAN 1
TENTATIF PROGRAM
LAWATAN BERMAKLUMAT KE PESTA BUKU ANTARABANGSA
DAN SEMINAR PENGAWAS PUSAT SUMBER PERINGKAT KEBANGSAAN
27 MAC – 29 MAC 2020
(PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, SMK PENGIRAN OMAR, SIPITANG)

Tarikh Masa Tempat Dilawati Nama & Alamat


(Catatkan nama tempat Penuh Tempat
& negeri berkenaan) Bermalam
27 Mac 6.00 Smk Pengiran Omar IMTIAZ HOMESTAY
2020 pagi  Berkumpul di SMK Pengiran Omar, Sipitang. Residensi Sentulmas
 Taklimat Tingkat 21,
Unit 01 (21-01)
6.30 Bertolak ke lapangan terbang Bandar Baru Sentul,
pagi Kuala Lumpur
10.30 Bertolak ke Kuala Lumpur
tghri
1.30  Dijangka tiba di Kuala Lumpur
petang  Makan tengahari

3.00  Tiba di Imtiaz Homestay, Sentul


petang  Taklimat

7.00 Berjaya Time Square Theme Park


malam  Makan malam dan rehat minda
 Catatan Diari PSS Bahagian I

10.00 Imtiaz Homestay, Sentul


malam  Solat Jama’ dan Qasar
 Rehat Minda

28 Mac Imtiaz Homestay, Sentul


5.30
2020  Persiapan diri
pagi
 Solat Subuh

8.30 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,


pagi PWTC
 Sarapan pagi
 Literasi maklumat di pesta buku

10.00 Bengkel “IFLA Junior Library Prefects


pagi 2020” Peringkat Kebangsaan (Lampiran 2)
 Bengkel
 Seminar

5
Lawatan Bermaklumat Ke Pesta Buku Antarabangsa Dan Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2020

4.00 Pasar Seni dan Dataran Merdeka


petang  Rehat Minda
 Makan malam
 Catatan Diari PSS Bahagian II

10.00 Imtiaz Homestay, Sentul


malam  Solat Jama’ dan Qasar
 Rehat Minda

29 Mac Imtiaz Homestay, Sentul


5.30
2020  Persiapan diri
pagi
 Solat Subuh
 Persiapan pulang (mendaftar keluar dari
kediaman di Imtiaz Homestay, Sentul)

8.30 Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur


Pagi  Lawatan Bermaklumat
 Catatan Diari PSS Bahagian III

12.30  Makan tengah hari


tgh hari  Solat Jama’ dan Qasar

2.00 Bertolak ke KLIA


petang
5.30 Bertolak ke Kota Kinabalu
petang
8.00 Dijangka tiba di Kota Kinabalu
malam
11.00 Dijangka tiba di SMK Pengiran Omar
malam

6
Lawatan Bermaklumat Ke Pesta Buku Antarabangsa Dan Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2020

NAMA DAN BILANGAN AHLI-AHLI YANG MEMBUAT PELANCONGAN


TERMASUK GURU

BIL. NAMA PENUH TINGKATAN UMUR NO. KP ALAMAT RUMAH

2.

3.

7
Lawatan Bermaklumat Ke Pesta Buku Antarabangsa Dan Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2020

LAMPIRAN 2

Anda mungkin juga menyukai