Anda di halaman 1dari 6

SJKT LADANG SUNGAI RAYA

07000 JALAN AYER HANGAT,


LANGKAWI, KEDAH.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

TARIKH

22 JANUARI 2024 ( ISNIN )

TEMPAT

UNDERWATER WORLD
PULAU LANGKAWI,
KEDAH DARUL AMAN

ANJURAN
PANITIAN SEJARAH

DENGAN KERJASAMA

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

&

PUSAT SUMBER SJKT LADANG SUNGAI RAYA


KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PANITIA SEJARAH
DENGAN KERJASAMA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
&
PUSAT SUMBER SJKT LADANG SUNGAI RAYA

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan daripada Tuan Guru Besar SJKT Ladang Sungai Raya bagi mengadakan
lawatan sambil belajar serta kertas kerja ini juga dikemukakan untuk memohon
peruntukan kewangan bagi pelaksanaan program ini.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Lawatan yang akan dilaksanakan ini merupakan satu program tahunan yang
dilaksanakan oleh Panitia Sejarah. Panitia Sejarah telah memilih tempat menarik untuk
dilawati di Langkawi, Kedah. Projek lawatan sambil belajar ini bertujuan membuka
minda para murid dengan mendapat pengalaman baharu serta memperlihatkan
keprihatinan tentang proses pendidikan besifat dalaman dan luaran. Melalui lawatan ini
para peserta diberi peluang meneroka dan mengenali kehidupan akuatik secara
terdekat dan meneliti cara kehidupan akuatik dasar laut dengan lebih mendalam lagi.

3.0 RASIONAL

Rasionalnya lawatan ini adalah memberi peluang kepada para pelajar untuk melawat
tempat yang dapat menimba ilmu secara berkoloboratif dibawah kawalan pihak sekolah
disamping kadar tambang dengan nilai kos yang minimum.Hasil lawatan akan
membolehkan para peserta memperolehi ilmu pengetahuan tentang kehidupan akuatik
serta memupuk nilai cinta akan alam sekitar dan kepentingan dunia sains dan teknologi
pada masa kini.

4.0 MATLAMAT

Untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenali serta memahami persekitaran,


pemandangan dasar laut serta kehidupan akuatik yang berwarna – warni di
UNDERWATER WOLD Langkawi, Kedah.

1
5.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada peserta untuk menyaksikan sendiri perkembangan dan
kepesatan negara yang kaya dengan tamadun dan tempat-tempat bersejarah yang
cukup membanggakan.

4.2 Menambah kecenderungan peserta dalam usaha mempertingkatkan ilmu


pengetahuan berdasarkan pengalaman yang bakal diperolehi dan menghubungkannya
dengan pengajaran di sekolah.

4.3 Memperlihatkan kepada masyarakat bahawa murid – murid zxcnmSekolah Jenis


Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Raya juga mementingkan kualiti pendidikan bertaraf
tinggi dan komited terhadap pembangunan kendiri, yang akan diterokai melalui aktiviti
kembara seperti ini.

6.0 TEMA

”PENEROKAAN ALAM AKUATIK UNTUK MENJANA ILMU’’

7.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 22 JANUARI 2024


Hari : ISNIN
Tempat : UNDERWATER WOLD, LANGKAWI

8.0 PENGANJUR
Panitia Sejarah bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pusat Sumber SJKT
Ladang Sungai Raya.

9.0 PENYERTAAN
Murid Tahun 6 ( 16 orang murid )

10.0 GURU PENGIRING

1. Cik Saraswathy Jayasankaran


2. Pn. P.Tharhani Perumal
3. Pn.K. Bavani

11.0 PENGISIAN/ AKTIVITI:

Pelajar diminta untuk mencatat pengalaman yang diperoleh serta memberikan


pandangan, pendapat, komen terhadap alam akuatik.

12.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA LOKASI / AKTIVITI

22 Januari 2024 8.00 pagi 12.00 t/hari UNDERWATER WORLD, LANGKAWI

2
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

13.1) PENDAPATAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)

KWK- BANTUAN PER KAPITA MATA


1. 250.00
PELAJARAN SEJARAH

KWK- BANTUAN PER KAPITA UNIT


2. 149.00
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

JUMLAH 399.00

13.2) PERBELANJAAN
JUMLAH
BIL PERKARA CATATAN
(RM)
MAKANAN RM 3 orang X 16 orang murid
2. RM 57.00
(termasuk 3 orang guru pengiring)
3. URUSAN TIKET RM 342.00 Anggaran
JUMLAH 399.00 Anggaran***

14.0 AHLI JAWATAN KUASA

Pengerusi En. N. Kunalan (Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 Cik S. Kameene ( PK HEM )

Naib Pengerusi 2 En. M. Anandraj ( Penolong Kanan

Pentadbiran )

Naib Pengerusi 3 Cik S.Kesavi Indraa ( PK KOKO )

Setiausaha Cik J.Saraswathy

Bendahari Pn. P. Tharhani

AJK Dokumentasi Cik J.Saraswathy

AJK Pengangkutan Pn. K. Bavani

AJK Makanan dan Minuman Pn. Tharani

3
15.0 PENUTUP

Adalah diharapkan kertas kerja lawatan sambil belajar Panitia Sejarah bersama unit
Bimbingan dan Kaunseling ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan daripada
pihak Tuan Guru Besar. Segala kerjasama daripada pihak Tuan Guru Besar amatlah
dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Kami juga sangat
berharap agar program ini akan berjaya mencapai matlamat dan objektifnya dan
seterusnya memberikan pengalaman serta pendedahan yang bernilai kepada para
murid yang menyertai lawatan ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

....................................... ......................................
(SARASWATHY JAYASANKARAN) ( KAMEENE A/P SAMARASAM )
Setiausaha Lawatan, PENOLONG KANAN HEM
SJKT Ladang Sungai Raya. SJKT LADANG SUNGAI RAYA.

4
KERTAS KERJA : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
UNDERWATER WORLD LANGKAWI
______________________________________________________________

KEPUTUSAN GURU BESAR

Meluluskan Kertas Kerja : Lawatan Sambil Belajar

atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja : Lawatan Sambil Belajar

Ulasan :

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

…………………………………..
(Tandatangan dan Cop Jawatan)

Tarikh: ____________

Anda mungkin juga menyukai