Anda di halaman 1dari 3

SJK (T) LADANG

SUNGAI KRUIT, 35600


SUNGKAI, PERAK

KERTAS KERJA PROGRAM ORIENTASI PUSAT


SUMBER SEKOLAH
2019

ANJURAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH SJKT LADANG SUNGAI KRUIT
1.0 PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin
keberhasilan murid dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan
Pusat Sumber Sekolah yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami
perubahan dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam
membantu proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain mewujudkan
prasarana Pusat Sumber Sekolah yang sesuai dan menarik, minat para murid untuk
mengunjungi Pusat Sumber Sekolah juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari
semasa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat
Sumber sendiri untuk menarik minat murid mengunjungi Pusat Sumber Sekolah
seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu sumber ilmu.

2.0 NAMA PROGRAM


Program Orientasi Pusat Sumber Sekolah SJKT Ladang Sungai Kruit

3.0 MATLAMAT
Menarik minat para murid untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat
Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

4.0 OBJEKTpelajarIF
i.Menambahkan pengetahuan murid mengenai Pusat Sumber Sekolah
ii.Menarik minat muriduntuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber
Sekolah dengan berkesan
iii.Menjadikan Pusat Sumber sekolah sebagai Pusat Penyebaran ilmu dan maklumat.
iv.Memupuk sikap minat membaca

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


09.01.2019
6.0 TEMPAT
Pusat Sumber Sekolah

7.0 MASA
1.15pm-2.15pm

8.0 SASARAN PESERTA


i. Semua Murid SJKT Ladang Sungai Kruit
ii. Semua Guru SJKT Ladang Sungai Kruit

9.0 ATURCARA PROGRAM

1.15-1.20pm Ucapan Aluan


1.20-1.25pm Ucapan Guru Besar
1.25-1.30pm Ucapan Guru Pusat Sumber
1.30-2.05pm Taklimat Penggunaan Pusat Sumber
2.05-2.10pm Pemberian Cenderahati
10.0 ANGGARAN BERBELANJAAN
Tiada Implikasi Wang

11.0 PENUTUP
Diharap program ini dapat menyemai semangat suka membaca dan cintakan ilmu
dalam kalangan warga SJK(T) Ladang Sungai Kruit.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

________________________ ____________________________
(CIK.VASANTHAKUMARI MUNIANDY)
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (PUAN.M.JOTHY)
SJKT LADANG SUNGAI KRUIT, GURU BESAR,
PERAK. SJKT LADANG SUNGAI KRUIT,
PERAK.

Anda mungkin juga menyukai