Anda di halaman 1dari 3

Kertas kerja kitar semula

1. SJK (T) LADANG BULUH AKAR PROJEK JOM KITAR SEMULA


TEMPAT SJKT LADANG BULUH AKAR
TARIKH PELANCARAN 23 MEI 2014
ANJURAN: Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, SJKT Ladang Buluh
Akar KERTAS KERJA
1.  PRAKATA
Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pentadbiran SJK (T) Ladang Buluh
Akar bagi mendapatkan kebenaran dan kelulusan untuk menjalankan Program
”Jom Kitar Semula” anjuran Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
SJK (T) Ladang Buluh Akar.

1 LATAR BELAKANG
Kertas kerja ini adalah sebagai satu pergerakan asas aktiviti yang
akan dijalankan oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
SJK (T) Ladang Buluh Akar. Oleh itu, segala perancangan yang teliti
telah dijalankan sebagai panduan asas untuk menghasilkan satu
program yang berjaya. Sehubungan itu, segala butiran dan maklumat
perancangan yang diperlukan telah dicatatkan dalam kertas kerja ini.

2.0 ASAS PERTIMBANGAN Saya sebagai seorang guru di SJKT Ladang Buluh Akar
berhasrat untuk melaksanakan Program Kitar Semula atas kesedaran bahawa
kapasiti tapak pelupusan sampah kita yang semakin terhad. Lebih membimbangkan
lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam
sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Proses mengitar
semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-
bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap. Sebagai permulaan,
cadangannya ialah untuk mengumpul bahan-bahan yang mudah didapati di sekitar
sekolah seperti kertas putih, kertas berwarna, surat khabar dan kadbod. Bahan-
bahan yang berasaskan plastik dan kaca juga akan dikumpul.

2. 3. 3.0 RASIONAL Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan


memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi
menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta
keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004,
program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program
berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif
Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K
meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta
Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K
dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang
dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan Program Peningkatan
Keselamatan Sekolah. Menyedari hakikat itu, Panitia Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan SJK (T) Ladang Buluh Akar mengadakan pelbagai aktiviti di
sekolah khususnya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kebersihan.

4.0 Objektif
4.1 Melatih murid-murid untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam
kehidupan seharian.
4.2 Memupuk semangat cintaakan alam sekitar dalam diri setiap murid.
4.3 Mengurangkan pembuangan sampah di dalam kawasan sekolah.

5.0 Matlamat
5.1 Melahirkan generasi masa hadapan yang cintakan alam sekitar dengan
mempraktikkan amalan kitar semula untuk mengurangkan pencemaran,
menjimatkan kos, tenaga dan menjimatkan sumber kita.

6.0 Sasaran Seluruh warga SJKT LADANG BULUH AKAR, PARIT.


3. 4. 7.0 TENTATIF PROGRAM TARIKH: 23 MEI 2014 (JUMAAT) TEMPAT: SJKT
LADANG BULUH AKAR Pelancaran Program Kitar Semula 23 MEI 2014 (7.45
pagi) Dewan sekolah Persembahan dan perasmian oleh Guru Besar. 8.0
PENGANJUR Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, SJKT Ladang
Buluh Akar, Parit. 9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK  PENAUNG
:PN.PON.MARIAMAH (Guru Besar)  PENASIHAT :CIK N.KUNASUNDARI (GK.
Kurikulum)  PENYELARAS / SETIAUSAHA : CIK M.MAHADEVI (Ketua Panitia
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)  BENDAHARI : PUAN M.NIRMALA
DEVI  AJK : SEMUA GURU
4. 5. 10.0 AJK PELAKSANA Ajk Nama Tugas Peralatan/Aktiviti Cik M.Mahadevi
-Menyediakan peralatan yang diperlukan seperti tong kitar semula.
Dokumentasi Cik M.Anurada -Menyediakan gambar dan dokumentasi
sepanjang perjalanan program. 11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil
Perbelanjaan Harga(RM) Kuantiti Jumlah(RM) 1 Kos Tong Kitar Semula 20.00 3
unit 60.00 2 Bunting 50.00 1 unit 50.00 Jumlah 110.00 12.0 Penutup Kejayaan
pelaksanaan Program Kitar Semula ini bergantung kepada kerjasama dan
komitmen yang tinggi daripada seluruh warga SJKTLBA terutama guru dan
pelajar. Melalui program ini, diharapkan perasaan cintakan alam sekitar dapat
disemai di dalam diri setiap warga sekolah, menjadikan persekitaran sekolah
lebih bersih dan kondusifdan seterusnya mengurangkan masalah pencemaran
yang semakin membimbangkan kini. Semoga usaha murni ini mendapat
kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak untuk
memastikan kesejahteraan semua pihak.
5. 6. 13.0 PENGESAHAN KERTAS KERJA, SEMAKAN DAN KELULUSAN Disediakan
oleh, ......................................................... (Mahadevi A/P Murgaya) Penyelaras
Program Kitar Semula Tarikh : 14 Mei 2014 Diluluskan / Tidak diluluskan oleh :
........................................................... (Mariamah A/P S.Ponniah) Guru Besar
SJKT Ladang Buluh Akar 32810 parit, Perak
Recommended

Anda mungkin juga menyukai