Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG BOH 1,

39200 RINGLET, CAMERON HIGHLANDS,


PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
PROGRAM KARYA SENI
TAHUN 2O22/2023

TARIKH
15 FEBRUARI 2023

TEMPAT
SJK(T) LADANG BOH 1

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL & PANITIA MUZIK

1.0 PENDAHULUAN
Program Karya Seni ini dirancang dan dijalankan untuk memenuhi aktiviti sekolah bagi
tahun 2022/2023 yang akan berlangsung pada 15 Februari 2023. Projek ini merupakan
aktiviti bagi mempamerkan hasil karya seni murid-murid SJKT Ladang Boh 1. Ia
dirancang untuk mewujudkan kerjasama pihak sekolah dan persatuan akademik ke
atas perkara-perkara berikut:

 Mewujudkan pemantapan mata pelajaran Pendidikan Kesenian dan sensitiviti


terhadap alam sekeliling serta amalan-amalan positif yang harus diterapkan
dalam diri murid-murid.
 Mempamerkan hasil karya murid-murid sebagai satu tujuan apresiasi.
 Mewujudkan kerjasama antara guru-guru Pendidikan Kesenian ketika berada di
sekolah dalam melaksanakan aktiviti bersama-sama di sekolah
 Mengukur tahap perkembangan murid Pendidikan Kesenian ketika berada dalam
sekolah
 Mewujudkan semangat kerjasama antara para murid dan guru.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama Pameran Karya Seni adalah untuk memberi peluang kepada murid-
murid menambahkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam Pendidikan Kesenian dan
pada masa yang sama dapat membina serta meningkatkan lagi bakat seni lukis
mereka. Pameran ini juga untuk memperagakan karya dan melunaskan tanggungjawab
soial dalam mendidik masyarakat untuk menghargai dan mencintai seni.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Pameran Karya Seni ini adalah untuk :


 Menjadikan aktiviti-aktiviti berkaitan seni visual sebagai sebahagian daripada
aktiviti Pendidikan.
 Membuka minda berfikir secara kreatif dan memupuk daya kreativiti dalam
penghasilan karya menerusi pendekatan eksplorasi
 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dalam perancangan,
pengurusan dan membuat keputusan.
 Memperkembangkan minat dan kebolehan dalam bidang kraf seni visual.

4.0 TARIKH

15 Februari 2023
5.0 TEMPAT

SJK(T) LADANG BOH 1

6.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua warga SJK(T) Ladang Boh 1.

WARGA SJK(T) LADANG BOH 1


GURU
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA
PEKERJA SEKOLAH
MURID

7.0 JAWANTANKUASA INDUK

Pengerusi : PN NAVAMANI A/P PATCHAIPAN


(GURU BESAR)
Naib Pengerusi I : CIK PAVITHIRA A/P SIVASUBRAMANIAM
(GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
Naib Pengerusi II : CIK THARISHINI A/P ANBALAKAN
(GPK HEM)
Naib Pengerusi III : CIK DARSHNI A/P JAYABALAN
(GPK KOKURIKULUM)
Penyelaras Program : PN NARMATHA MANI MARAN
(KETUA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL)

8.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi.
Oleh itu, penganjuran Pameran Karya Seni berharap dapat memberi manfaat kepada
murid-murid dan guru-guru serta pembantu dan pekerja sekolah khususnya dalam
meningkatkan semangat kesenian. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat
pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

...............................................

(NARMATHA MANI MARAN)


KETUA PANITIA PSV & MUZIK
SJKT LADANG BOH 1

Disemak oleh,

.............................................................

Diluluskan oleh,

.............................................................

Anda mungkin juga menyukai