Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM

LAWATAN APRESIASI KOKURIKULUM


SK PENGKALAN NYIREH,
BESUT, TERENGGANU.

1.0         PENDAHULUAN
   Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak
pengalaman’, maka Unit KOKURIKULUM, SK PENGKALAN NYIREH telah
bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Dabong, kelantan.
Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang
amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara
langsung kepada pelajar-pelajar . Melalui program ini juga, diharapkan guru-
guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan
dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat pelajar.

2.0      RASIONAL
      Program ini diadakan untuk memberi penghargaan dan pendedahan secara
langsung kepada pelajar-pelajar aktif dalam kokurikulum. Melalui aktiviti seperti
ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat
dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial
yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada
pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0     OBJEKTIF
     1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada 
         pelajar aktif dalam kokurikulum. membina keyakinan diri melalui aktivti 
         sosial yang bersesuaian.
     2. Dapat membuka minda pelajar aktif dalam kokurikulum dengan
         suasana dan pengalaman yang baru.
     3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
         dengan dunia luar dan masyarakat.
     4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
         pengajaran dan pembelajaran untuk aktif dalam kokurikulum.

4.0       DESTINASI

            Dabong, kelantan.


           
5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN
           
            Tarikh              : 28 Ogos 2022
            Hari                 : Sabtu
            Masa               : 7.00 pagi – bertolak
                                    
6.0       KUMPULAN SASARAN
Program ini disasarkan kepada murid – murid dan guru-guru
kokurikulum SK PENGKALAN NYIREH.

SENARAI NAMA MURID TERLIBAT.


BIL NAMA NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
42.

SENARAI NAMA GURU

BIL. NAMA NO. KAD PEN NO.TEL


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH


Bas   1 x RM 1200.00 RM   1200.00
Pakej ke Dabong, 40 x RM 50 (murid) RM   2000.00
kelantan.(Tanggungan 10 x RM 60 (guru) RM   600.00
Sendiri)
Jumlah RM 3800.00

7.1       AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : PN. WAN NOR HAWATI BT WAN


ALI
(GURU BESAR SK PENGKALAN
NYIREH)

Naib Pengerusi : En. Jasmi Bin Mat Jusoh


(Pen. Kanan Kokurikulum, SK
PENGKALAN NYIREH)
Setiausaha : Pn.DKPZ Nurul Huda
Bendahari :
AJK Pengangkutan         :
AJK :
Dokumentari/Dokumentasi
AJK Makanan dan Minuman :
AJK Disiplin :
AJK Keselamatan/kebersihan :
    
7.2    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

      1. Setiausaha       :
          Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat   
          dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib
          Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat
          follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

      2. Bendahari                     :
          Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
          perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

      3. AJK Pengangkutan :


          Menghubungi pihak bas – sebuah bas, bayaran,  memastikan
bas                
          mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar   
          semasa di dalam bas.

      4. AJK Makanan & Minuman :


          Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

      5. AJK Dokumentasi/dokumentari          :


          Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-
          cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

      6. AJK Disiplin      :


          Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.

      7. AJK Keselamatan & Kebersihan :


          Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan. 
          Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan
          kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan.

7.3    TENTATIF LAWATAN

         HARI PERTAMA
7.00 AM       BERTOLAK KE KTMB TANAH MERAH
9.00 PAGI    BERTOLAK KE DABONG
10.00 PM     SAMPAI DI KTMB DABONG
7.4    PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan
baru kepada pelajar aktif dalam kokurikulum SK PENGKALAN NYIREH. Melalui
program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya
boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini
juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga
lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh :        Disemak oleh :

…………………………………….. ……………………………      
() ( JASMI BIN MAT JUSOH )
Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum,
PROGRAM LAWATAN APRESIASI SK PENGKALAN
KOKURIKULUM NYIREH                                            
SK PENGKALAN NYIREH                             

*(Boleh ditukar kepada Setiausaha


Program Lawatan)                        
 

Disahkan oleh :

……………………………

(PN.WAN NOR HAWATI BT WAN


ALI)
Guru Besar,
SK PENGKALAN NYIREH.

Anda mungkin juga menyukai