Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS KONTIJEN SMK BUNDU TUHAN

TAHUN 2020 PERINGKAT DAERAH RANAU

1. PENDAHULUAN

Aktiviti kokurikulum Pasukan Kadet Polis (PKP) sekolah perlu mengikut sukatan dan
skim latihan yang ditetapkan Ketua Polis Negara di mana ia merangkumi pengetahuan am
kepolisian, bina diri dan kreativiti, khidmat masyarakat, ketahanan diri serta kepemimpinan.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan am kepolisian meliputi kawad,
syarahan undang-undang, latihan menembak, perkhemahan dan sebagainya. Semua pegawai
kanan dan pegawai rendah Kadet Polis hendaklah dilatih dalam aspek kepemimpinan,
pengurusan platun dan motivasi agar mereka mempunyai daya kepemimpinan terhadap
anggota bawahan dengan lebih baik. Latihan ketahanan diri dilakukan dalam bentuk
mengembara, ekspidisi, berkayak, berbasikal, merentas halangan, jalan lasak, seni
mempertahankan diri, pandu arah dan sebagainya yang boleh dilaksanakan semasa
perkhemahan tahunan.

2. OBJEKTIF
Berikut merupakan objektif perkhemahan tersebut:
2.1. Melahirkan ahli yang berdisiplin dan berdikari
2.2. Memupuk semangat kerjasama berpasukan dan seterusnya mengeratkan silaturahim
sesama ahli pasukan
2.3. Mengukuhkan kemahiran kawad kaki
2.4. Menambah pengetahuan am kepolisian

3. SASARAN
Seramai 34orang anggota Kadet Polis yang akan menyertai perkhemahan ini dengan bayaran
yuran penyertaan sebanyak RM20.00 seorang.

4. TARIKH
Perkhemahan ini dicadangkan diadakan bermula 28 febuary 2020 (Jumaat) sehingga 1 mac
2020 (Ahad).

5. TEMPAT
Damai eco rench, lohan, ranau

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2020 1
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS KONTIJEN SMK BUNDU TUHAN
TAHUN 2020 PERINGKAT DAERAH RANAU

6. AKTIVITI
6.1. Latihan kawad
6.2. Mara lasak
6.3. Larian berhalangan
6.4. Ujian Kemahiran Kawad

7. JADUAL PERKHEMAHAN

- rujuk pada lampiran- ( disediakan oleh pihak penganjur IPD ranau)

8. PENGANGKUTAN
Menggunakan bas yang disewakan oleh sekolah.

9. PROSEDUR SEBELUM MENYERTAI AKTIVITI

9.1. Pelajar diminta mengisi borang kebenaran ibu bapa dan borang tersebut hendaklah
diserahkan kepada pihak sekolah/guru selewat-lewatnya sehari sebelum bertolak ke
tempat perkhemahan.
9.2. Menyediakan peti pertolongan cemas dengan selengkapnya.
9.3. Memberi taklimat tentang objektif dan keselamatan pelajar semasa dalam perjalanan
pergi dan balik ke tempat perkhemahan.

10. JAWATANKUASA PENGURUSAN ( penyelarasan kontijen SMKBTR)

Penasihat : Pn. Patricia Sinion ( Pengetua SMK Bundu Tuhan)

Pengerusi : En. Jolitty Bollah ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Naib Pengerusi : Pn. Lyanah Gumbaris

Penyelaras : IPD Ranau.

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2020 2
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS KONTIJEN SMK BUNDU TUHAN
TAHUN 2020 PERINGKAT DAERAH RANAU

Setiausaha : Pn. Siti Julizah Binti Sani

Bendahari : Pn. Patricia Apin

11. JAWATANKUASA PELAKSANA ( semasa perkhemahan dijalankan)

Kem Komandan :

Timbalan Kem Komandan :

Setiausaha : Pn. Siti Julizah Binti Sani

AJK dukumantasi : Pn. Lyanah Gumbaris

AJK Pengangkutan : En. Ronney Matiu

AJK Makanan & Minuman : Pn. Siti Julizah Binti Sani

AJK Keselamatan : En. Ahmad Rauf Bin Jautin

AJK Pendaftaran : Pn. Patricia Apin

12. SESARAN PERSERTA

12.1. murid tingkatan 3 - tingkatan 5.

12.2. Terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan.

12.3. Sihat tubuh badan dan mendapat kebenaran ibubapa sahaja.

12.4. Lampiran 2 - senarai nama peserta.

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2020 3
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS KONTIJEN SMK BUNDU TUHAN
TAHUN 2020 PERINGKAT DAERAH RANAU

13. ANGGARAN PERBELANJAAN

Jumlah
Bil Perkara Anggaran Kos
(RM)

1. Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam RM20.00 x 34 org Rm 680.00

2. Makan dan Minum RM15.00 x 34org X 3hari RM 1530.00

3. Bas

4. First add RM50.00 RM50.00

5. Hal-hal kecemasan RM150.00 RM150.00

JUMLAH KESELURUHAN .00

14. SUMBER KEWANGAN

Jumlah
Bil Perkara
(RM)

1. Peruntukkan sekolah RM 680.00

2. Peruntukan dewan makan

3. Tabung Kadet ( kutipan dari setiap peserta rm10x34 orang) RM340.00

JUMLAH .00

15. PENUTUP
Diharap aktiviti perkhemahan ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya dengan
sokongan pelbagai pihak. Semoga para peserta memperoleh manfaat dari aktiviti ini dan
akan meningkatkan semangat berpasukan serta komitmen mereka dalam bidang
kokurikulum.

Disediakan oleh,

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2020 4
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS KONTIJEN SMK BUNDU TUHAN
TAHUN 2020 PERINGKAT DAERAH RANAU

LYANAH GUMBARIS
Ketua Guru Penasihat Kor Kadet Polis
SMK BUNDU TUHAN,RANAU

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2020 5

Anda mungkin juga menyukai