Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PAMERAN MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

(MPED) 2017
DI BENGKEL SMK PAKA
JUN 2017

1.0 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara. Pembangunan sahsiah murid merupakan satu elemen penting yang menyumbang
kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.
Pameran ini merupakan satu proses interaksi antara individu atau kumpulan dan interaksi
itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Pelbagai
ilmu baharu dalam subjek MPED dan nilai –nilai murni dapat diserapkan dalam diri para pelajar
yang menyertai pameran ini. Antaranya bekerjasama, hormat menghormati dan yakin pada diri
sendiri. Pameran ini juga dapat menarik minat pelajar bukan aliran MV untuk mengetahui
tentang aliran vokasional.

2.0 KONSEP
Membangun sahsiah diri dan kecemerlangan pelajar dalam subjek MPED.

3.0 RASIONAL

3.1 Setiap pelajar mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan
pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan guru.
3.2 Pelajar masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan
remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan
perhatian bagi membolehkan mereka menikmati gaya pembelajaran dengan lebih
optimis dan menyeronokkan.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati
antara pelajar MV dan guru-guru.
4.2 Meningkatkan kesedaran dan minat untuk terus belajar bagi memperbaiki
kelemahan subjek yang dipelajari.
4.3 Mengamalkan budaya penyayang dan saling bekerjasama antara satu sama lain.
4.4 Menyuburkan budaya sihat dalam kalangan pelajar dan guru yang boleh membantu
meningkatkan pencapaian sahsiah unggul.
5.0 KUMPULAN SASARAN

PELAJAR
JUMLAH GURU STAFF JUMLAH
PELAJAR LELAKI PEREMPUAN

4MV 10 3 13 1 1 2

5MV 14 7 21 1 0 1

JUMLAH 24 10 34 2 1 3

6.0 TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN

JUN 2017 : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari.

7.0 TEMPAT
Bengkel MPED, SMK Paka

8.0. KEWANGAN.

8.1 Sumber Kewangan

BIL PERKARA Kos Jumlah


1. Panitia MPED RM 500.00 RM 500.00
JUMLAH RM 500.00

8.2 Kos Perbelanjaan

BIL PERKARA Kos Jumlah


1. Bahan Pameran RM 100 RM 100.00

2. Sarapan/ Makan tengahari RM 5 x 40 orang RM 200.00


peserta
3. Cenderahati Peserta (10 Kumpulan) RM 20 X 10 RM 200.00
Jumlah RM 500.00
9.0 AKTIVITI

BOOTH AKTIVITI
BOOTH 1 Pameran Keselamatan di Bengkel
BOOTH 2 Pameran Komponen Elektronik
- Pertandingan mengira nilai Perintang
BOOTH 3 Demonstrasi Pemasangan Kord Penyambung
BOOTH 4 Demonstrasi Penyambungan Litar Lampu ( 1 hala 2 1 lampu, 1 hala 2 lampu dan 2 hala 1 lampu)
BOOTH 5 Demonstrasi Pemasangan Lampu Pendaflour
BOOTH 6 Demonstrasi Penggunaan Peralatan Elektrik Domestik
- Jualan Roti Bakar dan Air Kopi
BOOTH 7 Pameran Peralatan Elektrik Domestik
BOOTH 8 Demonstrasi kaedah mengesan dan membaikpulih peralatan elektrik domestik
BOOTH 9 Pameran Kelengkapan Komputer
BOOTH 10 Pameran Buku Skrap Keusahawan

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan melalui pameran yang dirancang akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara para
pelajar dan guru serta mempertingkatkan kefahaman pelajar dalam subjek yang dipelajari. Semoga melalui program
ini juga, menjadi titik tolak kepada kesungguhan pelajar untuk fokus meneruskan perjuangan ke arah kecemerlangan
duniawi dan ukhrawi. Insyaallah.

Disediakan oleh; Disemak dan disahkan oleh;

……………………………………….… …………………………………

(PN. SITI MARDHIAH BINTI MOHMAD NASIR) (PN.HJH. ROSMANI BINTI BESAR)
Ketua Panitia MPED , Pengetua,
SMK. Paka, SMK Paka,
23100 Dungun, Terengganu. 23100 Dungun, Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai