Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT PULAU TIKUS

1A, LORONG MAKTAB, 10250 PULAU PINANG

KERTAS KERJA

PROGRAM INOVASI SEKOLAH 2017

‘ROBOT PINTAR’

Tarikh
31 Oktober 2017

Tempat
SK Convent Pulau Tikus

Anjuran
Panitia Rekabentuk dan Teknologi,
Panitia Sains dan Kelab Alam Sekiar
SK Convent Pulau TIkus

Dengan Kerjasama
Universiti Sains Malaysia
Kampus Kejuruteraan
1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era yang kian mencabar ini.
beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan aleh warga pendidik, Tujuan utama
inovasi ini agar praduk yang kita hasilkan ( murid ) adalah sesuai dengan keperluan dan
aspirasi negara. Justeru, keberhasilan sebuah proses pendidikan sedikit sebanyak
dipengaruhi oleh sejauhmana kampetensi dan profesianalisme guru. Oleh itu, untuk
menjadikan proses pendidikan itu tidak layu dan kaku, maka guru sebagai antara agen
pembaharuan perlu menghasilkan idea yamg kreatif dan membuat beberapa inovasi
yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Demi merealisasikan hasrat ini,
program inovasi mencipta robot pintar diwujudkan oleh murid dengan bantuan
Mahasiswa-mahasiswa dari Universiti Sains Malaysia sebagai tenaga pengajar.

2.0 RASIONAL

Sekolah sebagai medium untuk menterjemahkan hasrat kepimpinan nasional bagi


melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan. Justeru, guru yang menjadi
penggerak kelancaran prajek ini melqhirkan murid-murid yang berinovasi dan
Kemenjadian murid bukan sahaja untuk kejayaan sekolah malah untuk Negara.

3.0 TEMA

“ SMART ROBOT – ROBOT PINTAR “

4.0 MATLAMAT AM PROGRAM

Projek Robot Pintar ini diharap dapat menggerakkan tenaga guru-guru dan murid-
murid yang menjadi inpuf kepada sekolah supaya segala idea yang diilhamkan oleh
mereka dapat diguna pakai oleh seluruh warga di SK. Convent Pulau Tikus.
5.0 OBJEKTIF

 Melahirkan guru dan murid yang berketrampilan, berinovasi dan kreatif.


 Membantu murid mempelajari bahasa pergaturcaraan robotik dengun lebih baik.
 Membantu murid menggunakan kreativiti dan strategi untuk membina robot.
 Memupuk semangat Cintakan Sains dan Teknologi dalam kalangan murid
 Melahirkan guru dan murid yang berdaya saing dan berbudaya cemerlang.
 Meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah dalam segenap aspek.

6.0 CADANGAN TARIKH


31 Oktober 2017 (Selasa)

7.0 TEMPAT
SK. Convent Pulau Tikus, Pulau Pinang.

8.0 KUMPULAN SASARAN


Semua Murid Tahap 2 : Tahun 4,5 dan 6

9.0 KEWANGAN

Sumbangan Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah, kewangan sekolah serta
sumbangan pihak luar.
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perbelanjaan Kos (RM)

Makanan – Semua Murid Tahap 2


1 RM 745.00
 149 murid x RM 5.00

Hadiah
2 RM 300.00
 10 kumpulan x RM 300

Jumlah RM 1045.00

11.0 TENTATIF PROGRAM

 8.00 pagi - Taklimat Ringkas

 8.30 pagi - LDK 1 : Berkumpulan

 Teori – Pengenalan Komponen Elektronik


 Teori – Fungsi dan Kegunaan

 10.00 pagi - Rehat

 10.30 pagi - LDK 2 : Berkumpulan

 Bengkel – Proses Pembinaan Robot


 Bengkel – Proses Pengaktifan Robot

 1.30 t/hari - Penyampaian Hadiah bagi Kumpulan Terbaik dan Saguhati


12.0 PENUTUP

Sebenarnya projek pembinaan robot pintar ini banyak membantu pihak sekolah lagi
kemenjadian murid ke arah berintelek dan berteknologi. Harapan Guru Besar untuk
melahirkan ramai guru-guru serta murid-murid yang kreatif dan berinovasi bagi
meningkatkan lagi nama sekolah di persada antarabangsa akan tercapai sekiranya
projek seperti ini banyak dilakukan di sekolah. Selain itu, diharap juga agar semua
pihak dapat turut menyumbangkan idea bagi menjalankan program-program inovasi
dalam kalangan guru serta staf di SK. Convent Pulau Tikus.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………………….

( )

Penyelaras Projek Robot Pintar,

SK. Convent Pulau Tikus.

Disahkan oleh,

……………………………………..

(Pn.Norul Huda bt. Mohammad Yunus)

Guru Besar, SK. Convent Pulau Tikus, Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai