Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

PAMERAN INOVASI DIGITAL UNTUK


PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

TARIKH:
25 APRIL 2019

TEMPAT:
BALAI KERAPATAN IPGKRM

ANJURAN:
JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

1.0 NAMA PROGRAM


Pameran inovasi digital untuk pendidikan peringkat IPGKRM
2.0 PENGENALAN

Seorang guru mestilah berinovatif dalam pembelajaran mereka bagi menghasilkan


Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) yang lebih menarik dan berkesan
dengan menghasilkan dan menggunakan inovasi digital. Ciri-ciri guru inovatif
Pemikiran strategik membantu kurikulum kreatif mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan gaya imaginasi yang tinggi untuk mengenali diri pelajar. Guru juga perlu
mempunyai unsur kreatif dalam menilai keberhasilan yang ingin dicapai. Perlu juga
dapat mentransformasikan proses PdPc bagi melahirkan murid yang berdaya saing,
berakhlak mulia dan bersemangat waja. Dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi
matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan. Sentiasa
memikirkan cabaran yang dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari
sekolah. Menguasai dan peka terhadap perkembangan dalam bidang pedagogi
peranan guru Inovatif Strategi Pengajaran Inovatif Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2010 memberikan penekanan untuk membangunkan modal insan
yang kreatif dan inovatif begi memenuhi keperluan Negara di abad ke-21. Salah satu
inovasi ialah inovasi digital.
Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan akan meningkatkan
agenda transformasi Negara. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling
bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc). Strategi pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih
berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga dapat
mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus belajar
dan juga dapat menambahbaik apa yang sedia ada pada pelajar. Kaedah dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi
amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat
mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar.
Pendekatan pengajaran yang menggunakan inovasi digital juga perlu menarik,
menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah
kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan
pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari. Kreativiti dan inovasi juga
dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Pelajar juga
bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental.  

3.0 MAKLUMAT TAMBAHAN


Penyelaras : Jabatan Teknologi Pendidikan
Kursus : XXXX3152 Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Jenis Kursus : Teras
Bilangan Pelajar : 239

4.0 JUSTIFIKASI

4.1 Menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi


memperkasakan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
melalui pembinaan dan permodelan inovasi menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi.
4.2 Memenuhi keperluan kursus teras XXXX3152 Inovasi Digital dalam Pengajaran dan
Pembelajaran bagi tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran.
Rujukan- Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) XXXX3152, Hasil Pembelajaran
Program (PLO7)- Keusahawanan dan Pengurusan.
4.3 Untuk mencapai Hasil Pembelajaran Kursus XXXX3152 bagi menghasilkan inovasi
berasaskan masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan pemasaran.
Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) XXXX3152, pemetaan Hasil Pembelajaran Kursus
(CLO3) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO7).

5.0 OBJEKTIF

5.1 Meningkatkan pengetahuan tatacara penggunaan inovasi digital untuk tujuan


pengajaran dan pembelajaran.
5.2 Memberi pendedahan tentang kepentingan penggunaan inovasi digital dalam
pengajaran dan pembelajaran kepada guru pelatih serta tenaga pengajar.
5.3 Meningkatkan pengetahuan tentang kepelbagaian produk inovasi digital yang
dihasilkan untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing pada peringkat global.
5.4 Mempromosikan produk inovasi digital pelajar.

6.0 SASARAN PENGUNJUNG

6.1 Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar


6.2 Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
6.3 Guru-guru Sekolah di Negeri Sembilan
6.4 Masyarakat

7.0 PAMERAN DAN PROMOSI


Pameran dan promosi inovasi digital memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah
IPGKRM untuk mempamerkan hasil projek inovasi pendidikan khasnya
mengintergrasikan TMK dalam kemahiran pembelajaran. Senarai peserta pameran
adalah seperti dalam Lampiran I.

8.0 AKTIVITI
8.1 Pameran
8.1.1 Inovasi Pelajar IPGKRM

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

No Perkara Bilangan Kos/Unit Jumlah


(RM) (RM)
9.1 Peralatan Pameran
9.1.1 Papan panel pameran 8’ x 4’ (sewa) 30 20.00 600.00
9.1.2 Banner promosi bagi setiap unit 8’ x 4’ 15 50.00 750.00
9.1.3 Alatulis: 150 1.00 150.00
Kertas Mahjong (10 helai x 15 unit)
Pen Marker (10 batang x 15 unit) 150 3.00 450.00

Riben (1 gulung x 15 unit) 15 5.00 75.00

Paku tekan (1 kotak x15 unit) 15 2.00 30.00

9.1.4 Power Extension 10m (1 unit x 15 unit) 15 70.00 1,050.00

9.2 Promosi
9.2.1 Banner 12’ x 4’ 2 70.00 140.00
9.2.2 Bunting 2’ x 6’ 6 20.00 120.00
9.2.3 DVDR 250 2.00 500.00

9.3 Makan dan Minum


9.3.1 Pelajar
Sarapan 239 6.00 1,434.00
Makan Tengahari 239 10.00 2,390.00
9.3.2 Pensyarah
Sarapan 18 6.00 108.00
Makan Tengahari 18 10.00 180.00

JUMLAH KESELURUHAN 7,977.00

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : Dr.Hj. Nizam bin Abd Latib


Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Penasihat : Pn. Azlina binti Ahmad


Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Pengerusi : Poo Jing Yi
Unit Matematik
Sem 6
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Setiausaha I : Menaha A/P Kalianan


Unit Matematik
Sem 6
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Setiausaha II : Sharin Raj A/L Mohan Raw
Unit Matematik
Sem 6
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Bendahari : Christina Chieng Su Yee
Unit Matematik
Sem 6
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Jawatankuasa Perhubungan : Unit Bahasa Melayu
Jawatankuasa Protokol : Unit Pengajian Bahasa Tamil
Jawatankuasa Promosi dan Publisiti : Unit Bahasa Arab
Jawatankuasa Siaraya dan Multimedia : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Jawatankuasa Fotografi dan : Unit PKB2
Dokumentasi
Jawatankuasa Tempat : Unit Tesl
Jawatankuasa Pameran : Unit PKP1
Jawatankuasa Cenderahati dan Sijil : Unit PKB1
Jawatankuasa Aturcara dan Jemputan : Unit PAKK & PJM
Jawatankuasa Jamuan : Unit Sains
Jawatankuasa Teknikal : Unit PKP2
Jawatankuasa Kebersihan : Unit Sejarah
Jawatankuasa Keselamatan : Unit Bahasa Cina

11.0 ATURCARA PROGRAM

8.00 pg - Ketibaan dan pendaftaran jemputan (Pensyarah/Siswa guru/Staf pelaksana)


9:00 pg - Ketibaan Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGKRM
9:05 pg - Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Persembahan Multimedia
9:15 pg - Ucapan Aluan Penyelaras Pameran Inovasi Digital
9:20 pg - Ucapan Aluan Tuan Pengarah IPGKRM
9:30 pg - Perasmian Pameran Inovasi Digital
9:35 pg - Lawatan ke tapak Inovasi Digital
10:35 pg - Penyampaian hadiah Inovasi Digital
10:45 pg - Jamuan makan tengahari
12:00 ptg - Bersurai

12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan, permohonan cadangan pameran inovasi digital untuk pendidikan
peringkat IPGKRM ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan.

Disediakan oleh

..........................................
(MENAHA A/P KALIANAN)
Setiausaha,
Unit Matematik,
IPG Kampus Raja Melewar.

Disahkan oleh

...........................................

(YEFRIZAL BIN NADZIR)


Pensyarah,
Jabatan Teknologi Pendidikan,
IPG Kampus Raja Melewar.

Anda mungkin juga menyukai