Anda di halaman 1dari 6

HARI ELEKTIF TERBUKA JABATAN PENGAJIAN MELAYU 2018

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA BENDAHARI DAN TEKNIKAL


HARI ELEKTIF TERBUKA
1.0 PENGENALAN
Pada 26 Julai 2018, Hari Elektif Terbuka telah dijalankan di Balai Kerapatan Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar oleh siswa pendidik yang mengambil kursus
Pengurusan Acara, PACK 3013 pada pukul 2 petang hingga 5 petang. Empat Elektif
Terbuka dibawah Jabatan Pengajian Melayu iaitu Kursus Pengurusan Acara (PACK 3013),
Kursus Kewartawanan (KWTK 3015), Kursus Bahasa Melayu Lestari (BMLB 3013) dan
Kursus Kesenian Melayu (KSMK 3013) bergabung membuat persembahan dan pameran
pada hari tersebut dan pelajar Kursus Pengurusan Acaralah yang akan menguruskan
perjalanan hari tersebut. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk mendedahkan guru
pelatih tentang pengurusan acara selaras dengan RMK. Bukan itu sahaja, program ini juga
membolehkan guru pelatih mengendalikan majlis berdasarkan garis panduan dan tatacara
secara berkesan. Dengan menjalani program ini juga, penilaian keberkesanan penyampaian
ilmu berkaitan aspek pengurusan acara, kewartawanan, penerokaan kesenian dan budaya
Melayu dalam bentuk persembahan.

2.0 PERISTIWA SEPANJANG PELAKSANAAN PROGRAM

2.1 Sebelum Pelaksanaan Program

Perbincangan kali pertama telah dilakukan secara kasual dengan masing-masing


mengutarakan pendapat dan pengalaman membuat program. Kebanyakkan ahli kumpulan
menyatakan pernah melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam beberapa
program yang telah diadakan di IPGK Raja Melewar sebelum itu. Seterusnya, pemilihan ahli
jawatankuasa telah diadakan dengan bimbingan pensyarah-pensyarah. Saya telah terpilih
sebagai bendahari dan juga AJK teknikal.

Perbincangan yang seteruanya telah diadakan tanpa bimbingan pensyarah. Pada


hari itulah, kutipan duit sebanyak RM 20.00 daripada setiap guru pelatih kursus Pengurusan
Acara telah ditetapkan setelah mendapat persetujuan daripada semua guru pelatih. Saya
telah memulakan kutipan duit mulai hari yang sama juga.

Mulai 23 Julai 2018, raptai telah diadakan di Balai Kerapatan pada pukul 9 malam.
Semasa raptai, pensyarah kursus PACK, memberi bimbingan yang secukupnya. Raptai
penuh yang bermula daripada sambutan hingga menjemput tetamu kehormat untuk jamuan
telah diadakan. Kami sebagai AJK teknikal diberi bimbingan oleh Dato Alias tentang cara
penyusunan barang-barang atas pentas dengan lebih cekap dan kemas. Kami juga
diarahkan untuk menguruskan pengedaran pembesar suara dengan cekap. Kami

2
HARI ELEKTIF TERBUKA JABATAN PENGAJIAN MELAYU 2018

ditugaskan untuk mengedarkan pembesar suara daripada suatu pihak kepada pihak lain
dengan kadar yang segera.

Gambar 1 : Raptai hari pertama Gambar 2 : Raptai hari kedua

Saya sebagai bendahari mengumpul duit daripada siswa pendidik PACK sebanyak
RM 20.00 untuk menguruskan keseluruhan program dan juga daripada siswa pendidik
daripada kursus Drama dan Teater Kanak-Kanak sebanyak RM 5.00 sebagai bayaran
makanan sahaja. Pada hari 23 Julai 2018 AJK baner telah menuntut duit sebanyak RM 75
daripada saya untuk membuat baner. Seterusnya, pada hari 20 Julai 2018 AJK
cenderamata menuntut RM 30 dan pada 24 Julai 2018 pula AJK cenderamata juga
menuntut RM 328. AJK perhiasan pula menuntut RM 77 pada 20 Julai 2018 dan RM 212
pada 24 Julai 2018. Pada 24 Julai Puan Maniseh pula menuntut RM 400 untuk membayar
bagi makanan yang ditempah. Pada 25 Julai 2018 Puan Amanah menuntut RM 80 untuk
membayar dobi. Pada 26 Julai Puan Maniseh menuntut RM 150 bagi tujuan membelikan
cenderamata kepada tetamu kehormat.

2.2 Semasa Pelaksanaan Program

.Semasa pengacara majlis mempersilakan pembaca doa ke atas pentas, AJK


teknikal menggerakkan Rostrum dari belakang pentas ke hadapan. Semasa persembahan
multimedia, lampu di pentas ditutup oleh AJK teknikal. Selepas itu, apabila pengacara majlis
mengumumkan persembahan yang pertama iaitu persembahan muzik gamelan, AJK
teknikal menyimpan rostrum di belakang pentas. Sebagai persembahan yang kedua, Lagu
Lemak Manis telah dipersembahkan oleh guru pelatih kursus Kesenian Melayu. AJK teknik
telah bertindak dengan kadar yang segera untuk mengedarkan pembesar suara daripada
pengacara majlis kepada guru pelatih yang membuat persembahan dan juga mereka
menyusun peralatan yang diperlukan untuk persembahan di atas pentas dalam beberapa
saat. Setelah tamat Lagu Lemak Manis, persembahan sketsa oleh guru pelatih kursus
Kewartawanan telah dipersembahkan dan AJK teknikal mengedarkan pembesar suara

3
HARI ELEKTIF TERBUKA JABATAN PENGAJIAN MELAYU 2018

kepada pelakon-pelakon utama. Persembahan biola telah dipersembahan dan untuk itu,
AJK teknikal menyusun peralatan yang diperlukan oleh pemain biola di atas pentas.

Gambar 3 : AJK teknikal menyusun peralatan di atas pentas

Selepas sahaja berakhir persembahan, acara penyampaian cenderamata diteruskan


dan AJK cenderamata mula bergerak untuk membawa cenderamata ke pentas. Disini, AJK
teknikal menolong AJK cenderamata untuk mengangkat dan menyusun cenderamata di atas
diulang. AJK teknikal yang mengendalikan audio pula memainkan muzik latar yang sesuai
dengan acara tersebut. Sebagai persembahan terakhir, kesemua guru pelatih yang
membuat persembahan dan beberapa AJK teknikal naik ke atas pentas satu demi satu dan
memberi salam kepada semua para penonton. Selepas lawatan tersebut, tetamu kehormat,
pensyarah-pensyarah dan AJK dijemput untuk makan. Disini, saya telah membantu AJK
jamuan untuk menghidangkan makanan kepada tetamu kehormat disebabkan AJK jamuan
dan kebersihan tidak cukup kakitangan.

2.3 Selepas Pelaksanaan Program

Selepas tamat program Hari Elektif Terbuka, saya bersama guru pelatih PACK telah
membersihkan balai kerapatan. Saya menolong untuk mencabutkan bunga perhiasan yang
dilekatkan pada papan di atas pentas. Pada masa itu juga AJK buku program menuntut RM
20.00, AJK Teknikal menuntut RM 16, AJK sambutan menuntut RM 3.00 dan AJK makanan
menuntut RM 10 untuk tujuan membersihkan alas meja makanan.

Selepas itu, saya sebagai bendahari diarahkan untuk berbincang dengan pengarah
projek dan mengambil keputusan bagi menguruskan duit baki. Pada malam itu, saya
berjumpa dengan pengarah projek dan berbincang serta kami mengambil keputusan untuk
membayar En. Mani sebanyak RM 39 daripada duit guru pelatih yang akan ditambahkan
lagi oleh pensyarah PACK sebagai tanda penghargaan bagi pengorbanan masa beliau dan
juga memulangkan duit baki sebanyak RM 14 kepada setiap guru pelatih. Setelah mendapat
kebenaran daripada AJK tajaan dan pensyarah, kami memuktamatkan keputusan tersebut.

4
HARI ELEKTIF TERBUKA JABATAN PENGAJIAN MELAYU 2018

3.0 PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI

Semasa pelaksanaan program ini, pelbagai perkara telah saya pelajari. Antaranya,
saya mempelajari cara menguruskan sesebuah program dengan lebih teratur dan kemas.
Perjalanan sesebuah program haruslah lancar agar masalah-masalah yang tidak diingini
dapat dielakkan. Daripada ini, saya telah mampu untuk memperbaiki diri dalam hal-hal
berkaitan pengurusan program. Selain daripada itu, saya juga mempelajari bagaimana untuk
bekerjasama dalam sebuah kumpulan. Disebabkan wujudnya kerjasama antara ahli
kumpulan, kami dapat mengendalikan program Hari Elektif terbuka ini dengan lancar dan
tepat pada waktu yang ditetapkan.

Disamping itu, saya juga belajar untuk menguruskan duit dengan lebih teratur dan
sistematik. Saya belajar untuk menyediakan rekod keluar masuk duit dan juga belajar untuk
menyediakan borang yang akan ditandatangani oleh penuntut duit daripada saya. Saya juga
sebagai AJK teknikal belajar cara menyusun barangan di atas pentas dengan lebih cekap
dan cepat. Bukan itu sahaja, saya juga memahami betapa pentingnya AJK teknikal bagi
sesuatu program. Saya juga belajar bahawa AJK teknikal seharusnya berbaju seragam
supaya dapat mengenal pasti ahli kumpulannya untuk meminta tolong menguruskan
sesuatu perkara di belakang pentas. Saya juga membantu AJK makanan dan daripada itu,
saya mempelajari cara untuk menjemput tetamu kehormat untuk makan, cara
menghidangkan makanan dan menuangkan air. Saya juga belajar bahawa AJK makanan
perlu sentiasa dengan muka yang manis. Begitulah antara pengalaman pembelajaran yang
telah kami perolehi sepanjang kami melaksanakan program ini.

4.0 KELEMAHAN SEMASA PELAKSANAAN PROGRAM

Sepanjang pelaksanaan program, saya telah mengenalpasti kelemahan yang


terdapat dalam kumpulan saya. Kelemahan yang paling utama adalah kurangnya kesedaran
mengenai tanggungjawab masing-masing. Kekurangan ini kebanyakannya adalah berpunca
daripada kecuaian diri sendiri. Kami, AJK Teknikal menganggap yang kami mempunyai
banyak masa dimna terdapat lebih kurang 4 minggu lebih. Oleh yang demikian, kami gagal
untuk membuat kerja-kerja dengan lebih cepat dan efisien. Kebanyakan gerak kerja hanya
dilakukan setelah diingatkan oleh pensyarah semasa dalam kuliah.

Saya sebagai bendahari pula mula-mula tidak menyediakan rekod keluar masuk duit
sehinggakan pada satu tahap saya sudah keliru dengan jumlah duit yang saya pegang.
Saya juga mengalami masalah dimana guru pelatih menuntut duit yang lebih seperti duit
minyak untuk keluar membeli barangan. Duit minyak yang diminta pula merupakan jumlah
yang tidak sepatutnya dituntut untuk mengunjungi ke tempat yang tidak jauh daripada IPG
kita.

5
HARI ELEKTIF TERBUKA JABATAN PENGAJIAN MELAYU 2018

Semasa saya membantu AJK makanan, saya mendapati bahawa minuman yang
disediakan untuk ketiga-tiga meja makan tetamu adalah berbeza sehinggakan ada
pensyarah yang meminta minuman daripada meja yang lain. Disitu saya berasa agak
kurang selesa untuk mengambil minuman daripada meja lain.

5.0 LANGKAH-LANGKAH DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Sebagai langkah penambah baikkan, saya telah mengenal pasti kelemahan-


kelemahan yang terdapat pada saya sendiri agar ia dapat dijadikan pengajaran supaya tidak
lagi diulangi pada masa depan. Saya sepatutnya menyediakan kalendar yang membolehkan
saya merancang kerja saya terutamanya sebagai AJK teknikal. Bukan itu sahaja, saya juga
seharusnya sedar tentang beban dan tanggungjawab saya sejak awal supaya dapat
merancang masa saya. Saya sedar bahawa untuk memperolehi kerjasama semua pihak
dalam sesuatu perkara dicapai dengan usaha yang sungguh.

Saya sebagai bendahari banyak bersabar semasa menguruskan duit dan saya juga
membantu AJK perhiasan mengunjungi ke tempat membuat banting untuk mengambil
banting tanpa menuntut duit minyak. Daripada pengalaman saya menolong AJK Jamuan
saya bercadang agar menyediakan minuman yang sama jenis di semua meja makan
tetamu.

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, program yang telah dikendalikan oleh kami banyak membantu saya
dalam melengkapkan diri sebagai seorang guru pelatih yang mampu bekerja dalam satu
kumpulan. Segala usaha kami dalam menyempurnakan tugasan ini mendatangkan hasil
yang sangat memuaskan. Selain itu, pertolongan dan bimbingan daripada pensyarah juga
tidak dapat dilupakan. Segala ilmu yang diajar dalam waktu kuliah sangat membantu kami
dalam menyiapkan tugasan ini mengikut kehendak pensyarah. Ulasan serta kritikan yang
diberikan oleh pensyarah semasa raptai kami jadikan sebagai garis panduan dalam
mengendalikan program Hari Elektif Terbuka. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
kesemua pihak yang membantu kami dalam menjayakan program ini.

Yang menjalankan tugas,

…………………………………………..

(KAUSHALYA A/P DHAYALAN)


Bendahari,
Hari Elektif Terbuka Jabatan Pengajian Melayu 2018,

6
HARI ELEKTIF TERBUKA JABATAN PENGAJIAN MELAYU 2018

IPG Kampus Raja Melewar.

Anda mungkin juga menyukai