Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM

KERTAS CADANGAN
BENGKEL PENGHASILAN VIDEO SOFT SKILLS
SBP/SBT ZON UTARA 2018
DENGAN KERJASAMA
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pertandingan Video Soft Skills diadakan setiap tahun oleh Bahagian Pengurusan
Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) khususnya
melibatkan Sekolah Berprestasi Tinggi. Pertandingan ini memberi peluang kepada
132 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menghasilkan karya masing-masing berdasarkan
13 kemahiran soft skill yang telah digariskan.

1.2 Gabungan 13 kemahiran soft skills yang telah digariskan adalah :

i. Kemahiran tanggungjawab sosial


ii. Kemahiran menghargai alam sekitar
iii. Kemahiran etika, moral dan profesionalisme
iv. Kemahiran spiritual
v. Kemahiran komunikasi
vi. Kemahiran kerja berkumpulan
vii. Kemahiran kepimpinan
viii. Kemahiran berfikiran kritikal dan menyelesaikan masalah
ix. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
x. Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat
xi. Kemahiran globalisasi
xii. Kemahiran keusahawanan
xiii. Kemahiran pengurusan

1.3 Pada tahun 2017, video yang dihasilkan adalah berbentuk pengkisahan sebenar atau
VIDEO DOKUMENTASI. Video ini perlu dihasilkan selama 15 minit (Definisi dan
pelaksanaan video)

OBJEKTIF
1. Bengkel ini dilaksanakan sebagai platform bagi usaha melahirkan modal insan dan
murid yang holistik sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Dengan adanya bengkel ini dilihat dapat membantu memberikan pendedahan awal
bagi meningkatkan kemahiran murid dalam menghasilkan video

3. Peserta bengkel dapat bertukar-tukar idea dan berkongsi kemahiran yang dimiliki.

PELAKSANAAN
Tarikh : 23 – 26 April 2018
Tempat : SM Sultan Abdul Halim

SASARAN
2 orang murid dari 16 buah SBP Zon Utara dan seorang guru pengiring

PENGINAPAN
Asrama SM Sultan Abdul Halim

TEMPAT
Bahagian Teknologi Pendidikan, JPN Kedah

FASILITATOR
Pegawai-pegawai BTPN Kedah
Guru-guru pengiring

BAYARAN
RM200.00 setiap sekolah
TENTATIF PROGRAM

Tarikh / 8.30 -10.30 pg 11.00 -1.00 tgh 2.30 -5.00 ptg 8.00-10.00 mlm
Masa
Pendaftaran dan
23 April 2018 Perjalanan penginapan Taklimat dan Suai
kenal

24 April 2018 Membuat story Teknik Teknik Latihan dalam


board mengambil mengambil kumpulan
gambar video gambar video

25 April 2018 Pengenalan s/w Editing Editing Editing


Vegas Pro menggunakan menggunakan menggunakan
Vegas Pro Vegas Pro Vegas Pro

26 April 2018 Editing Sesi Perjalanan pulang


menggunakan pembentangan
Vegas Pro dan majlis
penutup

Peralatan yang perlu dibawa :

1. Kamera DSLR
2. Handy cam
3. Cadar
4. Sarung bantal
5. Pakaian secukupnya

CATATAN : Pihak penganjur akan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan,


Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bagi menjayakan bengkel ini.

Disediakan oleh,

NURMA BINTI KOMIZA


Penolong Kanan Kokurikulum
SM Sultan Abdul Halim
SENARAI JAWATANKUASA
BENGKEL PENGHASILAN VIDEO SOFT SKILLS
SBP/SBT ZON UTARA 2018
DENGAN KERJASAMA
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI

Pengerusi : Pengetua

Timbalan Pengerusi : Pn Nurma bt Komiza


(Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 1 : En Wan Mohd Sopi bin Wan Muda


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn Sholehah binti Abdullah


(Guru Kanan Bahasa,Pemangku Penolong Kanan HEM)

Setiausaha : En Abdull Rahman bin Wahab

Penolong Setiausaha : Cik Siti Nadiahayuni binti Omar

Pendaftaran Peserta : Pn Mariani binti Long


: Pn Rafizah binti Abd Rahman

Penginapan dan Makanan : Pn Syazwani binti Safri


En Mohd Zawizaz bin Yahaya

Pengangkutan : En Abdull Rahman bin Wahab

Laporan dan Dokumentasi : Cik Siti Nadiahayuni binti Omar

Anda mungkin juga menyukai