Anda di halaman 1dari 2

SJKT St Mary telah mengadakan Hari Keluarga pada di kawasan

sekolah. Program ini telah dianjur oleh organisasi Kelab Cinta Sayang SJK T St Mary.
Hari Keluarga ini diadakan bagi mengumpulkan dan mengeratkan silaturahim
serta hubungan kekeluargaan antara semua ahli-ahli bersama-sama keluarga masing-
masing. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap,
nilai murni, dan integriti seseorang individu,dalam melahirkan sebuah masyarakat yang
harmoni dan dinamik.
Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu cara untuk untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan
dan guru-guru. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini adalah dirancang bagi
menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga SJK T
St Mary. Antara pengisian ini meliputi aspek kerohanian dan sukan.
Tujuan diadakan Hari Keluarga ini adalah untuk memupuk semangat
kekeluargaan dan saling kenal mengenali di antara sesama warga sekolah dan
keluarga masing-masing.
Progaram ini juga mewujudkan Persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan
kondusif. Selaras dengan konsep Sekolah Selamat dan Sekolah Penyayang yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Happy School Campus
bermatlamat untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dan
mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah yang kondusif
juga dapat membantu murid mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar.
Program ini mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung
masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui
umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng
sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk
menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk
meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.
Sehubungan itu, konsep program ini bermatlamat untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya
semasa. Ia juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah
dan tingkah laku.
Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan
datang dan semoga perjalanan program yang seterusnya dapat berjalan dengan lebih
lancar.

Anda mungkin juga menyukai