Anda di halaman 1dari 4

PERSATUAN PENDUDUK RESIDENSI PR1MA SEGARI FASA 2

NO 288 JALAN RPS 7,


RESIDENSI PR1MA SEGARI,
32200 LUMUT, PERAK,
MALAYSIA. (PPM-024-08-16112022)

Ruj. Kami : PPRPSF2.PRK.LMT/001/12-(01)


Tarikh : 11 Februari 2023
Kepada,

Semua Penduduk Prima Fasa 2


Residensi Pr1ma Segari Fasa 2,
32200 Lumut,
PERAK.

Tuan/ Puan,

NOTIS PEMBERITAHUAN KUTIPAN BAYARAN BULANAN YURAN


SELENGGARAAN (MAINTENANCE FEES) PENDUDUK PRIMA FASA 2

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Pihak Prima akan membuat penyerahan hak kepada


Persatuan Penduduk Residensi Pr1ma Segari Fasa 2 Lumut, Perak yang akan
diadakan pada 21 Februari 2023 bertempat di Pejabat Pengurusan Prima
Segari.

3. Sehubungan itu, kos senggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh semua


penduduk Fasa 2 keseluruhannya dan WAJIB DIBAYAR samada telah didiami
atau belum didiami oleh pemilik rumah memandangkan unit rumah berada di
dalam pagar pengawasan keselamatan Fasa 2. Pihak AJK persatuan telah
diberikan amanah serta tanggungjawab untuk mengambil alih pengurusan
termasuk seliaan bagi mewakili semua penduduk Fasa 2.

1
4. Oleh yang demikian, sebagai makluman kos senggaraan adalah seperti
berikut:

4.1 Perbelanjaan pengawal keselamatan;


4.2 Senggaraan pondok pengawal/ palang;
4.3 Cukai tahunan pondok pengawal;
4.4 Senggaraan surau dan dewan serbaguna;
4.5 Cukai tahunan surau dan dewan serbaguna;
4.6 Senggaraan pagar sekeliling Fasa 2 & pemotongan rumput;
4.7 Senggaraan taman permainan;
4.8 Kos alat tulis pengurusan persatuan; dan
4.9 Lain-lain sekiranya perlu.

5. Disamping itu, kadar bayaran bulanan yang telah dipersetujui semasa


Mesyuarat Agung Persatuan Kali Pertama adalah sebanyak RM50/rumah setiap
bulan. Untuk makluman juga, kadar senggaraan bulanan ini telah dikurangkan
sepertimana ditetapkan oleh pihak Prima sebelum ini sebanyak RM70/rumah
setiap bulan.

6. Bayaran bulanan yuran senggaraan boleh dibuat seperti berikut :

6.1 ONLINE BANKING


6.2 Nombor Akaun Persatuan :
MAYBANK 5582 9367 9560
6.3 Penama Akaun :
PERSATUAN PENDUDUK RESIDENSI PR1MA SEGARI F2
(PPRPSF2)
6.4 Transaksi slip/ BANK IN SLIP perlu dihantar kepada bendahari
persatuan/ penolong bendahari persatuan menerusi Whatsapp
ke:
a) 011-1680 0712 (Bendahari) atau 013-594 8711
(Penolong Bendahari) atau;
b) Email ke persatuanpr1masegari.fasa2@gmail.com

2
 SILA NYATAKAN BUTIRAN BERIKUT :
 Nama Penuh Pembayar/ Pemilik Rumah
 No.Telefon yang mudah dihubungi
 No. Unit kediaman

7. Justeru itu, kutipan PERTAMA bulanan yuran senggaraan bermula pada


Mac 2023. Tarikh kutipan yuran senggaraan juga telah dipersetujui semasa
mesyuarat ajk dan perlu dibayar selewat-lewatnya pada 7 haribulan pada setiap
bulan. Sebagai contoh, tarikh akhir bayaran yuran senggaraan bulan Mac
2023 adalah pada 7 April 2023, manakala bayaran yuran senggaraan bagi
bulan April pula perlu dibayar selewat-lewatanya pada 7 Mei 2023 dan
seterusnya bagi yuran berikutnya. Jadual bayaran yuran senggaraan juga boleh
dirujuk seperti di Lampiran A.

8. Segala perhatian, kerjasama dan sokongan pihak tuan/ puan untuk


mengambil tindakan serta patuh dalam menjelaskan yuran senggaraan pada
tarikh yang ditetapkan amatlah dihargai demi kepentingan, keharmonian dan
kesejahteraan penduduk Residensi Pr1ma Segari Fasa 2 dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

“PEMBAYARAN YURAN SENGGARAAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA


BERSAMA”

Saya yang menjalankan tugas,

….……………………………………..
(Mohamad Muslimi Bin Mustapha)
Bendahari
Persatuan Penduduk Residensi Pr1ma Segari Fasa 2

3
Lampiran A

Jadual Pembayaran Yuran Bulanan Senggaraan Penduduk Pr1ma Fasa 2


Bagi Tahun 2023
Bil. Bulan Kutipan Tarikh Akhir Bayaran

1. Mac 7 April 2023

2. April 7 Mei2023

3. Mei 7 Jun 2023

4. Jun 7 Julai 2023

5. Julai 7 Ogos 2023

6. Ogos 7 September 2023

7. September 7 Oktober 2023

8. Oktober 7 November 2023

9. November 7 Disember 2023

10. Disember 7 JanuariI 2024

Anda mungkin juga menyukai