Anda di halaman 1dari 20

MPU33032 ILMU WAHYU DAN KEMASYARAKATAN

KUMPULAN 9
(IMPAK INFLASI PADA INSTITUSI KEKELUARGAAN)

SEMESTER 3 SESI 2023/2024

PENSYARAH
DR. WAN NUR IZZATI BINTI WAN NOR ANAS

NAMA PELAJAR NO MATRIKS

MUHAMAD HAFIZ AIZAT BIN ZAINUDIN 073205


NUR ISKANDAR ZULKARNAIN BIN NOR HAMZAH 072260
MUHAMAD AFZAL DANISH BIN MOHD FUAD 072264
ARIFFUDDIN
MUHAMMAD IZZUDDIN BIN BADRULNIZAM 072852
HASIF MIRZA BIN RIDZWAN 072363
IMRAN NAJWAN BIN MOHD SHAH 074631
AHMAD AIMAN IDHAM BIN ANUAR 073556
AHMAD ZAID BIN ROZEDIN 061466
IMPAK INFLASI PADA INSTITUSI KEKELUARGAAN

ABSTRAK

Inflasi dalam kalangan rakyat Malaysia bukan topik yang asing di telinga kita. Seringkali

dipaparkan di kaca televisyen mahupun media sosial yang memaparkan keadaan ekonomi

semakin merundum dek keadaan semasa seperti peperangan antara Ukraine dan Rusia dan isu

terbaru iaitu krisis kemanusiaan di Gaza yang semakin parah. Ditambah lagi dengan isu dalam

negara iaitu krisis barang keperluan harian seperti kekurangan beras tempatan di dalam pasaran

menyebabkan harga makanan ruji itu melonjak ke tahap tertinggi sejak akhir-akhir ini. Perkara

tersebut menyebabkan matawang kita semakin melemah ke tahap terendah dalam beberapa

dekad yang secara langsung menyebabkan beban terutama kepada institusi keluarga yang mana

terpaksa berbelanja lebih banyak akibat kenaikan harga barang untuk melangsungkan hidup.

Justeru itu, topik ini akan membincangkan tentang kesan inflasi terhadap institusi kekeluargaan

dan cara untuk mengatasi masalah ini oleh institusi kekeluargaan.


PENDAHULUAN

Inflasi merupakan permasalahan ekonomi yang sering berlaku dalam sesebuah negara

terutamanya ketika seluruh dunia mengalami wabak penyakit Covid-19 sejak awal tahun 2020

dahulu. Menurut Mansor Jusoh (1990), inflasi hanya berlaku apabila berlaku kenaikan harga

secara menyeluruh dan berterusan hingga beberapa suku tahun. Bernstein (1968), inflasi

bermaksud kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di sesebuah negara dalam tempoh

masa tertentu atau kenaikan berterusan tingkat harga umum (James 1986). Manakala Jefferson

(1977) mentakrifkan inflasi sebagai kenaikan tingkat harga umum akibat daripada

ketidakseimbangan antara pergerakan barangan dan pergerakan wang. Dimana Harriss (1975)

mendefinisikan inflasi sebagai:

“The sense of a rise in the general level of prices has occurred time and again, all over the

world. Inflation deals not with particular prices or the relations among prices but with the

general price level, a drop in the purchasing power of the dollar. The general price level goes

up when money demand rises more than the goods and services available for buying. Money

demand goes up when the quantity of money rises or when velocity, the rate of turnover, rises-

or some combination of the two”.

Dalam istilah Arab, Jarwan al-Sabiq, (1970) mentakrifkan inflasi sebagai bertambahnya

permintaan wang terhadap penawaran barang dengan pertambahan yang tidak terduga.

Kemudian ianya bukan hanya kenaikan yang bersifat sementara, tetapi kenaikan yang

berterusan dan sentiasa bertambah. MA. Mannan, (1970) pula menyatakan bahawa, inflasi

bermaksud kenaikan dalam tingkat harga umum yang biasanya diakibatkan oleh pertambahan

dalam penawaran wang yang tidak diikuti oleh pertambahan dalam permintaan. Menurut

Professor Pigou, “Inflasi wujud apabila pendapatan wang bertambah melebihi kadar aktiviti

yang menghasilkan pendapatan” dan ini mengakibatkan kenaikan harga. Apabila kenaikan
harga disebabkan oleh pertambahan dalam bekalan emas, kita dapati inflasi emas, jika ia

disebabkan oleh matawang, wujud inflasi matawang, dan apabila berpunca daripada

pengembangan kredit yang berlebihan, istilah inflasi kredit digunakan. Secara ringkasnya,

inflasi boleh ditakrifkan sebagai peningkatan tingkat harga umum secara berterusan.

Peningkatan ini disebabkan oleh perubahan dalam faktor-faktor ekonomi yang mengakibatkan

kejatuhan nilai kuasa beli wang. Oleh itu, berlaku lebihan wang dalam pasaran yang

mengundang kepada wujudnya masalah sosial seperti peningkatan kadar pengangguran,

penurunan pertumbuhan ekonomi dan pelbagai masalah lagi yang mengundang kepada suasana

ekonomi yang negatif.

Masalah ini merupakan cabaran yang serius terutamanya bagi sesebuah institusi kekeluargaan.

Menurut Osman Bakar, kekeluargaan dalam falsafah melayu membawa maksud hubungan

yang erat antara ahli keluarga yang membentuk satu kesatuan yang utuh dan harmoni.

Kekeluargaan ini meliputi hubungan antara suami, isteri, ibu bapa dan anak. Ini termasuk

hubungan antara ahli keluarga dengan keluarga besar dan masyarakat. Institusi kekeluargaan

merupakan asas yang berfungsi sebagai unit terkecil dalam membentuk struktur sosial dalam

kehidupan masyarakat majmuk. Pada hari ini kita dapat lihat, majoriti keluarga di Malaysia

amat terkesan dengan masalah inflasi yang berlaku di negara kita. Inflasi berlaku atas beberapa

faktor antaranya kuantiti permintaan di pasaran yang melebihi penawaran, peningkatan kos

pengeluaran dan matawang sesebuah negara yang lemah juga memainkan peranan dalam

menyumbang kepada inflasi. Selain itu, konflik antarabangsa juga menyumbang kepada

berlakunya inflasi, contohnya peperangan yang berlaku antara Russia dan Ukraine. Umum

mengetahui bahawa, Malaysia mengimport gandum dan bijirin daripada Ukraine, sumber

terbesar petroleum dan arang batu juga negara kita import daripada Russia. Peperangan ini

menyebabkan kedua-dua negara tidak dapat mengeksport bahan mentah tersebut ke pasaran
dunia sekaligus menyebabkan kekurangan bekalan yang membawa kepada berlakunya masalah

inflasi.

MASALAH KAJIAN

Seperti yang kita ketahui, ketidakstabilan ekonomi dunia menyumbang masalah kepada

ekonomi negara. Ia diburukkan lagi dengan nilai mata wang semakin jatuh yang seterusnya

menekan kewangan isi rumah terutamanya kepada keluarga golongan B40 dan sebahagian

M40. Inflasi Malaysia pada 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus pada 2021,

dengan mata indeks mencatatkan 127.2 tahun lepas berbanding 123.1 pada 2021, kata Jabatan

Perangkaan Malaysia (DOSM). Dalam pada itu, Datuk Seri Mohd Uzir menjelaskan bahawa

kesemua negeri menunjukkan peningkatan dalam inflasi di mana tiga negeri menunjukkan

peningkatan melepasi paras inflasi nasional 3.3 peratus pada 2022. Beliau berkata peningkatan

tertinggi dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya (7.3 peratus), Selangor (4.2 peratus)

dan Johor (3.4 peratus), manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan peningkatan

terendah iaitu 2.4 peratus. Berdasarkan pernyataan yang dikeluarkan, menunjukkan bahawa

harga barang meningkat dengan sangat membimbangkan dan secara tidak langsung

membebankan pihak keluarga terutamanya yang mendiami kawasan bandar utama di Malaysia.

Kenaikan kos hidup yang dikaitkan dengan inflasi boleh memberi tekanan kepada isi rumah.

Peningkatan ini mempengaruhi kebolehan keluarga memenuhi keperluan asas dan kualiti hidup

mereka kerana apabila inflasi meningkat secara automatik harga barangan keperluan asas juga

meningkat. Sebagai contohnya, kerajaan telah menyelaraskan gaji sektor awam iaitu RM 1,500

sebulan. Walau bagaimanapun, gaji tersebut masih tidak mencukupi bagi sesetengah isi rumah

kerana kebanyakan mereka adalah suri rumah di mana hanya mengharapkan gaji yang
diperuntukkan kepada suami. Kesannya, mereka terpaksa mencatu barangan keperluan asas

berbanding sebelum berlakunya inflasi.

Dengan berlakunya inflasi di pasaran, akan berlakunya penurunan kuasa beli. Terdapat kesan

ketara yang dirasai akibat inflasi dan yang paling utama ialah perubahan kuasa beli yang

sebelum ini berbeza dengan situasi ketika inflasi. Kesan paling ketara ialah perubahan kuasa

beli matawang kita, khususnya pada pasaran semasa. Penurunan kuasa beli mengakibatkan

kenaikan harga barangan kegunaan semasa sehingga menyebabkan pengguna tidak lagi mampu

membelinya. Jika dibandingkan dengan situasi inflasi pada paras biasa, mungkin barangan

berkenaan boleh dibeli namun apabila menghadapi inflasi seperti sekarang, barangan tersebut

tidak lagi mampu dimiliki. Hal ini demikian, mengakibatkan rata-rata penurunan kualiti gaya

hidup orang awam, terutama kepada golongan B40 dan M40. Jika menyentuh soal inflasi,

golongan paling terkesan tentulah B40, waktu sebelum inflasi pun mereka sudah terkesan,

apatah lagi ketika inflasi. Golongan lain yang turut merasai kesan ini ialah M40.

Di samping itu, kenaikan kadar inflasi turut mengganggu tahap kelangsungan hidup penduduk.

Mereka terpaksa beradaptasi dengan situasi ini bagi meneruskan kelangsungan hidup. Sebagai

contoh, dahulunya mereka dapat berbelanja secara berlebihan tetapi kini hanya terhad kepada

perbelanjaan yang penting sahaja. Selain itu, mereka juga tidak mampu untuk melakukan

aktiviti tabungan. Pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk kegunaan harian mereka

sahaja. Keadaan ini secara langsung menjejaskan kualiti hidup golongan B40 dan sebahagian

M40. Peningkatan harga barangan juga telah menyebabkan amalan berhutang di kalangan B40

dan M40 meningkat. Kadar upah dan gaji yang mereka terima secara relatifnya agak kecil atau

terlalu rendah (Dicky et al., 2019). Perkara ini telah memaksa mereka untuk melakukan

pinjaman sebagai alternatif dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Maka, apabila
hutang bertambah, secara langsung akan menyebabkan tabungan berkurangan. Oleh sebab itu,

kami akan mengkaji terutamanya dari kesan yang menimpa kepada golongan berkeluarga kelas

B40 dan M40 yang mana terkesan dengan inflasi dan seterusnya mencadangkan langkah dalam

mengurangkan kesan isu inflasi.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk mengkaji impak inflasi kepada institusi kekeluargaan

merangkumi beberapa aspek seperti berikut:

● Mengkaji kesan inflasi terhadap simpanan keluarga dan perancangan kewangan jangka

panjang menurut perspektif Islam.

● Menilai bagaimana inflasi mempengaruhi kuasa beli isi rumah dan perbelanjaan harian

keluarga.

● Menentukan kesan inflasi terhadap pemenuhan keperluan asas keluarga seperti

makanan, perubatan, pendidikan, dan perumahan.

Objektif ini akan membantu memahami impak inflasi terhadap institusi kekeluargaan dan

membantu dalam pembangunan dasar dan strategi kewangan yang lebih baik untuk keluarga

dalam menghadapi inflasi.

DAPATAN

Artikel ini mengenai kajian kesan inflasi terhadap simpanan keluarga dan perancangan

kewangan jangka panjang menurut perspektif Islam yang merangkumi beberapa aspek penting

dalam merangka strategi kewangan. Penurunan nilai simpanan telah menunjukkan bahawa

inflasi menyebabkan penurunan nilai sebenar simpanan. Jika kadar inflasi melebihi kadar

faedah simpanan, maka nilai wang dalam akaun simpanan yang telah disimpan akan

berkurangan mengikut pasaran semasa.

Selain itu, bagaimana inflasi mempengaruhi kuasa beli isi rumah dan perbelanjaan harian

keluarga telah menghasilkan beberapa dapatan yang penting dalam isu inflasi. Peningkatan kos

hidup menunjukkan bahawa inflasi memberi kesan langsung kepada peningkatan kos hidup.

Ini termasuk kenaikan harga makanan, pakaian, perkhidmatan, dan barang keperluan harian

lain. Selain itu, inflasi juga telah mempengaruhi kuasa beli isi rumah dan perbelanjaan harian
keluarga yang telah mengakibatkan pengurangan kuasa beli. Kenaikan harga barang

menyebabkan isi rumah tidak dapat membeli jumlah barang dan perkhidmatan yang sama

dengan jumlah wang yang sama. Bukan itu sahaja, inflasi juga memberikan kesan terhadap

perubahan corak perbelanjaan. Di mana, dapatan kajian menunjukkan bahawa isi rumah

merespon kepada inflasi dengan mengubah corak perbelanjaan mereka. Mereka mungkin

beralih kepada produk yang lebih murah atau menunda pembelian besar-besaran. Seterusnya,

inflasi juga membawa kesan yang negatif pada keperluan asas sesebuah keluarga meliputi

aspek perubatan, pendidikan dan perumahan. Inflasi menyebabkan kenaikan kos perkhidmatan

kesihatan dan ubat-ubatan yang akan menyukarkan keluarga untuk mendapatkan penjagaan

kesihatan yang berkualiti. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius jika

akses kepada perubatan terhad. Agama Islam amat menekankan penyediaan kesihatan yang

baik kepada umatnya dan kegagalan menyediakannya dianggap bertentangan dengan nilai-nilai

kemanusiaan dan keadilan. Dari segi pendidikan, inflasi menyebabkan kenaikan kos kos seperti

yuran sekolah, yuran buku,yuran PIBG dan sebagainya. Hal ini dapat memberi tekanan

tambahan kepada keluarga yang berusaha memberikan pendidikan yang berkualiti kepada

anak-anak mereka.Dalam Islam, pendidikan dianggap sebagai hak asasi setiap individu.

Kenaikan kos pendidikan akan menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah sukar

untuk menerima pendidikan yang berkualiti dan sama rata dengan golongan-golongan yang

lain. Inflasi juga menyebabkan kenaikan kos perumahan baik pun melalui sewa atau belian.

Kesannya, ketua keluarga akan menghadapi kesukaran untuk menunaikan nafkah kepada

keluarganya iaitu menyediakan tempat perlindungan yang selesa dan selamat.

KESAN

Impak inflasi kepada institusi kekeluargaan yang dapat dilihat pada hari ini ialah kenaikan kos

sara hidup. Kenaikan kos sara hidup merupakan igauan ngeri yang perlu dilalui oleh sesebuah

institusi keluargaan kerana ia mampu menggugat keharmonian sesebuah rumah tangga.


Pertama sekali, inflasi mempunyai kuasa yang amat tinggi untuk mempengaruhi keupayaan

membeli dalam sebuah institusi kekeluargaan. Dalam konteks ekonomi, sudah jelas

peningkatan harga barang secara berterusan iaitu inflasi akan menyebabkan penurunan kuasa

beli pengguna yang amat drastik. Hal ini kerana kebanyakan institusi kekeluargaan mempunyai

pendapatan tetap yang terhad dalam menjalani kehidupan seharian mereka seperti golongan

B40. Jika harga barangan dan perkhidmatan ini meningkat secara drastik, maka majoriti

keluarga akan menyekat perbelanjaan harian mereka bagi mengelakkan masalah kekangan

kewangan akibat perbelanjaan yang berlebihan. Hal ini jelas memberikan impak yang negatif

kepada sesebuah institusi kekeluargaan kerana inflasi menyebabkan berlakunya tekanan

kewangan yang ketara dan menjurus kepada penurunan taraf hidup dan keperluan asas mereka.

Impak negatif lain yang turut boleh terjadi adalah golongan ini berkemungkinan menghadapi

kesukaran dalam mengakses pendidikan yang berkualiti.

Selain itu, dalam konteks psikologi pula, inflasi turut memberikan implikasi yang negatif

terhadap sesebuah institusi kekeluargaan. Kegawatan ekonomi dalam sesebuah keluarga

menyebabkan wujudnya kebimbangan serta keresahan dalam kalangan ahli keluarga masing-

masing. Hal ini kerana ketidakstabilan ekonomi serta inflasi memberikan tekanan kewangan

yang drastik dan tinggi terutamanya terhadap ketua keluarga. Ketua keluarga -terpaksa kerja

lebih masa dan perlu mencari kerja sampingan demi menyara ahli keluarga yang lain

terumatanya bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang besar dan ramai untuk

ditanggung. Hal ini menyumbang kepada berlakunya konflik dalam rumah tangga apabila

terlalu bertungkus-lumus mencari wang sehingga menyebabkan stres, masalah kesihatan akibat

keletihan kesan kekurangan waktu rehat dan menjurus kepada gangguan perhubungan

kekeluargaan mereka.
Dalam konteks pendidikan keluarga, inflasi turut memainkan peranan penting dalam

membentuk persepsi dan nilai dalam kalangan generasi muda. Anak-anak yang membesar

dalam persekitaran yang diwarnai oleh ketidakstabilan ekonomi mungkin mempunyai

pandangan yang berbeza terhadap nilai kewangan dan kestabilan keluarga. Ini boleh memberi

impak kepada kefahaman mereka tentang tanggungjawab kewangan dan keperluan untuk

bersedia menghadapi cabaran ekonomi yang mungkin timbul pada masa hadapan.

Kajian ini juga tidak boleh mengabaikan kesan jangka panjang inflasi terhadap perancangan

kewangan jangka panjang institusi kekeluargaan. Peningkatan kos hidup boleh menjejaskan

kemampuan keluarga untuk menyimpan dan melabur untuk masa depan. Keutamaan seperti

perancangan persaraan, pendidikan anak-anak, dan pembelian harta boleh terjejas akibat

penurunan kuasa beli. Hal ini boleh mencetuskan kitaran kemiskinan yang sulit untuk diatasi,

terutamanya di kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.

Akhir sekali, penting untuk memahami bahawa kesan inflasi terhadap institusi kekeluargaan

adalah dinamik dan kompleks. Setiap keluarga mempunyai keperluan dan keadaan yang unik,

oleh itu, impak inflasi mungkin berbeza-beza. Walau bagaimanapun, pemahaman mendalam

terhadap cabaran ini ialah kunci untuk membentuk dasar ekonomi yang lebih inklusif dan

memastikan kestabilan serta kesejahteraan institusi kekeluargaan dalam menghadapi cabaran

ekonomi yang berterusan. Dengan memahami kesan inflasi secara menyeluruh, masyarakat dan

pihak berkuasa boleh bekerjasama untuk mencari penyelesaian yang berkesan dan merancang

strategi untuk melindungi keluarga daripada impak negatif ini.


CADANGAN BAGI MENGATASI CABARAN

Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya. Suami selaku ketua keluarga seharusnya tahu

cara untuk menyelesaikan sebarang permasalahan dalam rumah tangga. Demi memastikan

keluarga berada dalam keadaan stabil dan anak-anak membesar dengan baik, suami seharusnya

memiliki perancangan kekeluargaan yang mantap. Para suami boleh membuat pelaburan sama

ada pelaburan hartanah atau emas. Setakat hari ini, jenis pelaburan yang boleh diklasifikasikan

sebagai kalis inflasi adalah emas dan hartanah (Mehmed, 2020). Oleh kerana inflasi

meningkatkan nilai barang, akhirnya harga hartanah akan meningkat (RMTB, UTHM).

Dengan mempunyai aset yang bernilai, sekurang-kurangnya sesebuah keluarga itu tidak akan

terlalu terbeban dengan kemelesetan ekonomi. Hal ini demikian kerana, nilai aset yang ada

boleh ditukarkan kepada nilai wang yang dapat digunakan pada waktu genting ketika inflasi

(JL, 2016).

Selain itu, suami selaku ketua keluarga harus bijak mengambil segala peluang yang ada. Pihak

kerajaan sendiri banyak memberikan insentif kepada rakyat dari sudut bantuan kewangan, skim

pelaburan, program bakul rahmah, insurans, dan sebagainya (admin, 2023). Segala kemudahan

ini harus bijak diambil dan diuruskan agar tidak berlaku pembaziran atau keciciran. Hal ini

demikian dapat meringankan beban rakyat terutama sekali golongan berpendapatan rendah

dalam menghadapi kemelesetan ekonomi ketika ini.

Di samping itu, pihak suami juga seharusnya mendidik seluruh isi keluarga erti kesyukuran.

Tidaklah hina untuk hidup bersederhana, malah turut dianjurkan oleh Rasulullah sendiri agar

tidak berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara (HR An-Nasa'i, Ibnu Majah, dan Ahmad).

Cukuplah untuk hidup sekadarnya sahaja dan tidak perlu terlalu bermewah. Sesebuah keluarga

perlu mengutamakan keperluan berbanding kehendak dan tidak seharusnya terlalu mengikut
nafsu atau mengejar pujian dari masyarakat sekeliling. Apabila seisi keluarga memahami

konsep syukur, segalanya akan terasa cukup. Firman Allah dalam (Surah Ibrahim, 14:7) yang

bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memperingatkan “Sesungguhnya jika kamu

bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari

(nikmat-Ku) pasti azab-Ku sangat pedih.”


KESIMPULAN

Inflasi yang berlaku membuatkan ramai pihak merasa tertekan akibat peningkatan harga barang

terutamanya kepada sebahagian pihak yang sudah berumah tangga kerana bagi mereka, perkara

seperti ini serba sedikit dapat memberikan kesan kepada rumah tangga yang telah dibina.

Perbelanjaan seharian juga mungkin terpaksa dicatu disebabkan oleh gaji si suami yang rendah

ditambah pula dengan kos barang yang melambung tinggi. Pihak berautoriti seperti

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

sememangnya harus memainkan peranan sehabis baik untuk meringankan beban yang

ditanggung oleh rakyat terutama sekali golongan berpendapatan rendah, B40 dengan

memastikan harga barang keperluan asas stabil dan mengenakan tindakan kepada peniaga yang

mengambil kesempatan dengan menaikan harga barang keperluan asas ke atas pengguna

seperti beras dan gula. Umat Islam seharusnya meletakkan sepenuhnya pengharapan kepada

Allah dan mengimani konsep rezeki agar tidak mudah berputus asa dan bersangka baik dengan

segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Pemberi Rezeki.
Rujukan

1. Mansor Jusoh. (1990). Siri Teks Ekonomi Dewan (Inflasi).Dewan Bahasa dan

Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur , 1-140.

2. Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja (KWSP). (2013). ukm.my. Retrieved December 15, 2023, from

https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_3B5.pdf

PROSIDING PERKEM VIII, JILID 2 (2013) 661 - 672 ISSN: 2231-962X

3. Hassan, M. S. (2022, July 24). Kuasa beli menurun, harga barang naik.

Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/utama/2022/07/864528/kuasa-beli-

menurun-harga-barang-naik

4. (2023). Astroawani.com. Inflasi Malaysia naik kepada 3.3 peratus pada 2022

-Perangkaan

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inflasi-malaysia-naik-

kepada-33-peratus-pada-2022-perangkaan-419936

5. Ramadanti, F. (2023, Mei 19). Hadits Tentang Larangan Sikap

Berlebih-lebihan, Hindari Agar Tak Terjerumus. Detikhikmah. Retrieved

December 26, 2023, from https://www.detik.com/hikmah/doa-dan-

hadits/d-6728372/hadits-tentang-larangan-sikap-berlebih-lebihan-

hindari-agar-tak-terjerumus
6. Saari, N. H. (2014). Tangani Institusi Keluarga Elak Keruntuhan Akhlak

Remaja. Institut Kefahaman Islam Malaysia.

https://www.ikim.gov.my/index.php/2014/12/24/tangani-institusi-

keluarga-elak-keruntuhan-akhlak-remaja/

7. Jamil Hair, N. A., Md. Yassin, A., Masram, H., & Omar, A. J. (2022, June 25).

Kesan Pencemaran Bunyi terhadap Harga Harta Tanah Kediaman

[Review of Kesan Pencemaran Bunyi terhadap Harga Harta Tanah

Kediaman]. Publisher.uthm.edu.my; UTHM.

https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/7

198/2186

8. admin. (2023, July 14). Senarai Bantuan & Inisiatif Kerajaan Bagi Bulan Julai

2023. Info Terkini Bantuan.

https://bantuanrakyat.my/bantuan-julai-2023/

9. Aezhad, M. (2020, August 24). Nak Beli Rumah Yang Kalis Inflasi?

Ini Rahsianya. Majalah Labur.

https://www.majalahlabur.com/pelaburan-hartanah/nak-beli-rumah-

yang-kalis-inflasi-ini-rahsianya/

10. JL, A. (2016, August 10). Rahsia Pelaburan Dalam Bidang Hartanah.

Akademi JL. https://www.akademijl.com/2016/08/10/rahsia-pelaburan-

dalam-bidang-hartana
Minit Mesyuarat Pertama

Tarikh : 8 / 11 / 2023

Hari : Rabu

Masa : 4:00 p.m.

Tempat : Blok Akademik

Kehadiran : 1) Muhammad Hafiz Aizat Bin Zainudin


2) Ahmad Aiman Idham Bin Anuar
3) Nur Iskandar Zulkarnain Bin Nor Hamzah
4) Muhamad Afzal Danish Bin Mohd Fuad Ariffuddin
5) Muhammad Izzuddin Bin BadrulNizam
6) Hasif Mirza Bin Ridzwan
7) Imran Najwan Bin Mohd Shah
8) Ahmad Zaid Bin Rozedin

Bil Agenda Tindakan

1. Ucapan dari ketua kumpulan Ketua kumpulan

Ketua kumpulan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli


kumpulan atas kehadiran mereka ke mesyuarat.

2. Perkara - perkara berbangkit Semua ahli

2.1 Membuat keputusan tentang pemilihan tajuk yang diberikan kumpulan


oleh pensyarah
2.2 Mengagihkan tugas masing-masing kepada setiap ahli
kumpulan setelah mendapat persetujuan pensyarah

3. Ucapan penangguhan Ketua kumpulan

3.1 mesyuarat ditangguhkan oleh ketua kumpulan Hafiz Aizat


pada pukul 5:00 p.m.

Disediakan oleh Disemak Oleh

Aiman ISKANDAR
Minit Mesyuarat Kedua

Tarikh : 16 / 11 / 2023

Hari : Khamis

Masa : 2:00 p.m.

Tempat : Blok Khadijah

Kehadiran : 1) Muhammad Hafiz Aizat Bin Zainudin


2) Ahmad Aiman Idham Bin Anuar
3) Nur Iskandar Zulkarnain Bin Nor Hamzah
4) Muhamad Afzal Danish Bin Mohd Fuad Ariffuddin
5) Muhammad Izzuddin Bin BadrulNizam
6) Hasif Mirza Bin Ridzwan
7) Imran Najwan Bin Mohd Shah
8) Ahmad Zaid Bin Rozedin

Bil Agenda Tindakan

1. Ucapan dari ketua kumpulan Ketua kumpulan

Ketua kumpulan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli


kumpulan atas kehadiran mereka ke mesyuarat.

2. Perkara - perkara berbangkit Semua ahli

2.1 Membincangkan tentang gerangan yang akan ditemu bual dan kumpulan
mendapatkan nasihat dari pensyarah lain.
2.2 Memperbaiki laporan tugasan sesama ahli kumpulan setelah
disemak oleh pensyarah.

3. Ucapan penangguhan Ketua kumpulan

3.1 mesyuarat ditangguhkan oleh ketua kumpulan Hafiz Aizat


pada pukul 3:30 p.m.

Disediakan oleh Disemak Oleh

Aiman ISKANDAR
Minit Mesyuarat Ketiga

Tarikh : 9 / 12 / 2023

Hari : Sabtu

Masa : 9:30 p.m.

Tempat : Secara atas talian (Whatsapp & Webex)

Kehadiran : 1) Muhammad Hafiz Aizat Bin Zainudin


2) Ahmad Aiman Idham Bin Anuar
3) Nur Iskandar Zulkarnain Bin Nor Hamzah
4) Muhamad Afzal Danish Bin Mohd Fuad Ariffuddin
5) Muhammad Izzuddin Bin BadrulNizam
6) Hasif Mirza Bin Ridzwan
7) Imran Najwan Bin Mohd Shah
8) Ahmad Zaid Bin Rozedin

Bil Agenda Tindakan

1. Ucapan dari ketua kumpulan Ketua kumpulan

Ketua kumpulan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli


kumpulan atas kehadiran mereka ke mesyuarat.

2. Perkara - perkara berbangkit Semua ahli

2.1 Menyunting video laporan dan bertukar pandangan idea kumpulan


mengenai kreativiti video tersebut.
2.2 Menyemak laporan bertulis setelah lengkap ditulis dan
memastikan semua maklumat mengikut format ditetapkan
sebelum dihantar kepada pensyarah.

3. Ucapan penutup Ketua kumpulan

3.1 Mesyuarat diakhiri oleh ketua kumpulan Hafiz Aizat pada


pukul 11:30 p.m. setelah siap semua perbincangan bersama.

Disediakan oleh Disemak Oleh

Aiman ISKANDAR
Appendix minit mesyuarat ketiga (atas talian)

Rajah 1

Mesyuarat kali ketiga dilakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi WhatsApp

dan Webex sebagai platform untuk berbincang bersama ahli-ahli kumpulan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai