Anda di halaman 1dari 15

ASAS-ASAS ISLAM

Abul Ala Al-Maududi

mengapa agama ini dinamai Islam erti perkataan Islam


Kebanyakan agama di muka bumi ini mendapat nama daripada individu yang menyuburkan agama berkenaan. Sbg contoh : Agama Budha (Gautama Budha) Agama Islam tidak diberi nama khas kepada kaum tertentu. Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan.

Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya yaitu seorang lelaki di antara manusia. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang Muslim

Hakikat islam
Semua makhluk mengikut kaedah tetap . Cth : matahari,bulan,bintang,bumi,manusia. kerana adanya undang-undang inilah, dengan sendirinya hati manusia terpandu dalam gerak-gerinya, dalam peredaran darahnya, dalam keluar masuk nafasnya. nyata bahawa Islam itu adalah agama sejagat alam semesta, kerana Islam bermakna takluk dan mengikut segala perintah Maha Pemerintah dan menjauhi laranganNya tanpa bantahan .

Adakah mereka mahu yang lain dari agama Allah, padahal apa-apa yang dilangit dan dibumi telah menyerah diri (tunduk) dengan suka dan paksa, dan kepada Ia lah mereka akan dikembalikan- Surah Ali-Imran:83 Hakikat Islam dalam diri manusia ada 2 jenis iaitu Islam terpaksa dan Islam pilihan. Manusia yang tergolong dalam kategori Islam pilihan pula terbahagi kepada 2 iaitu manusia beriman (mukmin) dan manusia ingkar (kafir).

Ciri-ciri manusia beriman (mukmin)


Ia telah menundukkan diri secara gemar dan taat Dan jadilah ilmunya itu benar, kerana ia mengenal Allah penciptanya dan Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan ilmu dan belajar. jadilah akalnya matang dan pandangannya kemas, kerana dia mengamalkan fikirannya. menetapkan hukum bahawa ia tidak akan mengabdikan dirinya melainkan kepada Allah yang telah memberinya kemuliaan dengan kebijakan lidahnya benar, memperkatakan yang hak, kerana ia sekarang tidak berikrar melainkan kepada Tuhan yang esa, ialah Allah yang maha tinggi yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan berucap dan berkata

Tiadalah yang tinggal lagi sekarang di dalam kehidupannya melainkan kebenaran, kerana ia terikat kepada undang-undang Allah, kerana ia telah memilihnya di dalam urusannya.

Hakikat kufur
Ia dilahirkan Muslim, hidup muslimsepanjang hayatnya, yang kelslamannya tidak diketahui atau disedarinya. erti kufur ialah tutup, dinding dan terlindung. tidakmenggunakan kekuatan ilmu dan akalnya untuk mengetahui siapa yang menciptakannya, siapa yang membukakan pendengaran dan penglihatannya. Ia merasa bongkak untuk memperhambakan din kepada Tuhan. Ia mengingkari wujudnya Tuhan.

menyekutukan Tuhan dengan yang lain. Ia enggan mengikatkan dirinya kepada undang-undang syara dalam menggunakan haknya untuk berbelanja Ia enggan beriman kepada ayat-ayat yang menunjukkan kemahaesaan Tuhan.

Kemudaratan kufur
Kufur itu adalah jahil bahkan jahil yang hakiki itu adalah kufur. Ertinya: Kejahilan manakah yang lebih besar dan lebih hina daripada kejahilan orang yang tidak mengenal Tuhannya? Orang seperti ini, meskipun telah sampai kepadanya pemikiran, namun mereka tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan yang lurus dan benar yang menyampaikannya kepada ilmu yang benar. Kerana mereka telah berada dalam kegelapan sejak dari awalnya.

kezaliman yang paling besar dan paling jahat adalah kufur. makna kezaliman ialah anda letakkan sesuatu pada bukan tempatnya yang layak, dan anda gunakan dia secara paksa untuk sesuatu yang tidak wajar mengikut fitrahnya. orang yang kafir kepada Allah menggunakan anggota tubuhnya itu tanpa bersesuaian dengan fitrahnya ia memenuhi hatinya dengan kegelapan, membesarkan yang lain daripada Allah, cinta dan gemar kepada yang lain daripada Allah, sedangkan fitrah yang difitrahkan dalam kalbunya menuntutnya supaya memenuhinya dengan cahaya membesarkan Allah, cinta dan gemar kepadaNya, Allah tempat bergantung

Kufur juga merupakan suatu pemesongan, suatu penentangan, pengingkaran dan kekejian yang dilakukan terhadap peraturan Allah. dia memaksa lidahnya, dua matanya, dua tangannya dan dua kakinya untuk beramal dengan perbuatan yang menafikan hukumhukum Allah dan titah perintahNya? Manusia ialah makhluk yang lemah dan hina, yang tidak dapat mendatangkan sesuatu mudrat kepada Allah meski ia kafir kepadaNya. Sesungguhnya, jika ia beriman, itu adalah untuk kepentingannya; dan jika ia kafir, kesannya akan tertimpa kepadanya.

Faedah islam
menggunakan fikirannya mengambil faedah yang betul daripada ilmu dan akal yang dikurniakan kepadanya. mengenal penciptanya dan beriman kepadaNya meskipun ia tidak dipaksa untuk berbuat demikian. Tidak tersalah dalam membezakan yang baik dengan yang buruk. Ia memilih yang baik dengan kebebasan fikirannya, meskipun di hadapannya tiada sesuatu yang menghalanginya daripada cenderung ke arah kejahatan jika ia mahu.

Ia menjadi bijak kerana fitrahnya. Ia mengenal Tuhannya. Ia melakukan taat setia meskipun ia boleh memilih di antara patuh dan derhaka. Dari segi ilmu : Ia menggunakan ilmu pengetahuan sains untuk mengenal undangundang tabii. Taqwanya kepada Allah dan gentarnya akan berdiri di hadapan Tuhan pada hari Qiamat kelak mencegahnya daripada menggunakan ilmunya ke jalan yang salah pada setiap langkahnya.

Dari segi undang-undang: pandangannya tertuju kepada penetapan hak dan kewajipan seluruh manusia dengan matlamat menegakkan keadilan, kejujuran dan seorangpun tidak akan dizalimi dengan sesuatu cara. Benar, jujur, memelihara diri dan kecemaran, takut akan Allah dan mengikut yang hak

Anda mungkin juga menyukai