Anda di halaman 1dari 3

CONTOH KARANGAN JENIS RENCANA

TAJUK &
NAMA
‘’Kesan-kesan buruk Pengambilan Makanan Segera Secara Berlebihan’’
PENULIS

Oleh : Siti Amiirah Amirullah

Kebiasaan mengambil makanan segera seperti burger, piza,dan mi segera sudah


menjadi suatu trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi sedarkah kita bahawa
negara kita Malaysia terkenal dengan keunikan pelbagai makanan tradisional yang
sangat membuka selera? Namun, mengapa lebih ramai yang gemar menghabiskan
wang ringgit untuk makanan yang hanya nikmat sesaat tetapi menanggung
sengsara berpanjangan? Inilah fenomena yang amat menggusarkan. Media-media
massa dan corong-corong radio juga telah memainkan peranan mereka dengan
cukup baik sekali namun inilah gaya hidup rakyat negara kita sehingga kita masih
PENGENA
dibelenggu dan mengamalkan budaya hidup negara yang pernah menjajah kita.
Sikap sambil lewa yang hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri menjadi
LAN
kerisauan kepada pemimpin negara kita yang ingin melihat rakyatnya hidup dalam
keadaan yang sihat dan mengamalkan pemakanan seimbang serta tidak
memudaratkan. Lebih-lebih lagi, jika kita nilai dari sudut ekonomi, restoran-restoran
segera ini mengancam ekonomi para pengusaha restoran tempatan. Tidakkah
ekonomi negara akan merudum dan rakyat negara kita tanpa disedari sedang
meningkatkan ekonomi negara luar. Oleh itu,kita haruslah tahu akan kesan-kesan
pengambilan makanan segera secara berlebihan.

Sebagai seorang kanak-kanak, selera makan mereka pastinya tertumpu


kepada makanan yang lazat dan menggiurkan sahaja. Mereka akan makan
makanan yang mereka suka tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku kepada
mereka nanti. Di sini, ibu bapalah yang harus memainkan peranan untuk mengawal
pengambilan makanan segera bagi kanak-kanak . Jangan menjadikan rasa sayang
kepada anak-anak sebagai satu alasan untuk memberi mereka makanan yang tidak
sesuai yang mana akan mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak. Sayang bukanlah
bermaksud hanya memberi kepuasan kepada mereka tetapi sayang adalah apabila
kita menjaga seseorang dengan baik dalam jangka masa yang panjang. Nyawa
tidak bisa dijual beli. Janganlah apabila nasi sudah menjadi bubur baru hendak
menyesal tidak berkesudahan. Sedarlah bahawa sesal dahulu pendapatan,sesal
kemudian tiada guna. Justeru, adalah baiknya sebagai seorang yang makan garam
terlebih dahulu, ibu bapa menasihati dan mengawal pengambilan makanan segera
kanak-kanak. Sebagai contohnya, ibu bapa menghidangkan sayuran di dalam
sarapan pagi ataupun menyediakan salad untuk anak-anak mereka. Justeru,
diharapkan bahawa pihak ibu bapa sedar akan kesan buruk pengambilan makanan
segera bagi kanak-kanak.

Seperti yang kita semua sedia maklum, peningkatan harga minyak sudah
menjadi bualan ramai pihak khususnya golongan yang berpendapatan rendah.
Dengan ini, sudah semestinya perancangan keluarga akan terjejas. Jika kita sering
mengamalkan pengambilan makanan yang menjadi punca tegar kepada penyakit-
penyakit yang bisa membawa kepada peperangan ajal dan maut ini, bukankah
terjadi sedikit pemborosan yang sia-sia di situ? Adalah lebih molek jika kita
memasak sendiri di rumah. Namun, kesibukan bekerja pula dilihat menjadi punca
utama seperti yang menymbang peningkatan permintaan terhadap makanan
segera. Malaysia juga terkenal dengan pelbagai restoran yang menghidangkan
makanan berkhasiat di negara kita. Justeru, mengapa harus membazir wang di
restoran makan segera seperti KFC, Pizza Hut, Mc Donald dan lain-lain sedangkan
makanan di restoran tersebut jauh lebih berkhasiat dan seimbang. Tambahan lagi,
kasih sayang juga pastinya akan dapat terjalin antara keluarga jika kita
mengamalkan masak makanan di rumah daripada di luar ataupun mana-mana
makanan segera ini khususnya. Maka cantiklah jika kita sebagai seorang yang
berfikiran jauh untuk menyimpan duit tersebut daripada membelanjakannya untuk
perkara yang hanya akan mendatangkan kemudaratan kepada diri kita kelak.
Meskipun nilainya hanya sedikit, namun lama kelamaan pasti menjadi bukit
daripada tidak ada sama sekali. Di sini, dapatlah disimpulkan bahawa
sesungguhnya, pengambilan makanan segera hanyalah akan menyebabkan
pembaziran yang sia-sia.

Selanjutnya, makanan berkolestrol, gula yang tidak terkawal serta garam


yang berlebihan banyak terdapat dalam makanan segera. Dengan kandungan
kolestrol yang tidak terkawal, penyakit mudah untuk datang bertandang. Bagaikan
hujan yang tidak diundang, dan ribut yang tidak dijemput. Gula yang berlebihan
pula menyebabkan segelintir masyarakat kehilangan kaki kerana kencing manis.
Malah yang lebih merisaukan lagi, hospital kerajaan di kota raya semakin penuh
dengan para pesakit yang menghidap penyakit darah tinggi kerana terlebih garam.
Walaupun pada dasarnya, itu adalah satu kebaikan kepada para doktor yang dapat
memantapkan kemahiran merawat pesakit mereka ke tahap yang lebihbaiki ,namun
tidakkah kita sedih melihat banyak nadi yang harus terhenti dengan sia-sia? Maka,
haruslah rakyat Malaysia sedar akan banyaknya keburukan yang datang dari
pengambilan makanan segera yang hanya merugikan ramai pihak tersebut dan
menguntungkan pihak yang tidak sepatutnya .

Selain itu, masalah kenaikan berat badan yang berlebihan, iaitu obesiti juga
merupakan salah satu penyumbang keburukan kepada pengambilan makanan
segera. Wanita khusunya menjadi contoh yang tepat masa kini. Wanita yang sudah
mendirikan rumah tangga pastinya akan lebih tertumpu kepada suami, rumah dan
anak-anak. Dengan ini, mereka akan lebih tertarik untuk mengambil jalan mudah
selepas lelah seharian bekerja sebagai suri rumah. Mereka akan lebih gemar
memesan makan di luar daripada memasak sendiri. Tidakkah ini merugikan?
Obesiti bukanlah sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata sahaja. Jantung juga
akan mudah sesak dan kita akan tercungap-cungap. Hal ini dapat mengganggu
rutin harian kita. Maka, sudah terang lagi bersuluh sememangnya obesiti juga
adalah kesan buruk pengambilan makanan segera.

Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat,


kita wajar meneruskan pengambilan makanan yang seimbang dan tidak menjadikan

RUMUSA
makanan segera sebagai makanan wajib dalam hidup seharian. Sesungguhnya,
otak yang cerdas adalah apabila badan kita cergas. Sebagai pilihan, para suri

N
rumah, ibu-ibu dan wanita yang bekerjaya wajar memasak di rumah sebagai
alternatif mengelakkan pengambilan makanan segera yang berlebihan. Mencegah
lebih baik daripada merawat dan janganlah sudah terhantuk baru hendak
terngadah. Sesungguhnya apa yang ditelan, itulah yang akan dihadam oleh perut.
Jika makanan yang mengandungi kolestrol, gula, garam dan lemak yang berlebihan
masuk ke dalam perut, maka badanlah yang akan menanggung akibatnya. Tepuk
dada tanya selera kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Anda mungkin juga menyukai