Anda di halaman 1dari 7

CONTOH KARANGAN JENIS RENCANA

‘’Kesan-kesan buruk Pengambilan


Makanan Segera Secara Berlebihan’’

Oleh : Siti Amiirah Amirullah

Kebiasaan mengambil makanan segera


seperti burger, piza,dan mi segera sudah
menjadi suatu trend dalam kalangan rakyat
Malaysia. Tapi sedarkah kita bahawa negara
kita Malaysia terkenal dengan keunikan
pelbagai makanan tradisional yang sangat
membuka selera? Namun, mengapa lebih
ramai yang gemar menghabiskan wang
ringgit untuk makanan yang hanya nikmat
sesaat tetapi menanggung sengsara
berpanjangan? Inilah fenomena yang amat
menggusarkan. Media-media massa dan
corong-corong radio juga telah memainkan
peranan mereka dengan cukup baik sekali
namun inilah gaya hidup rakyat negara kita
sehingga kita masih dibelenggu dan
mengamalkan budaya hidup negara yang
pernah menjajah kita. Sikap sambil lewa yang
hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
menjadi kerisauan kepada pemimpin negara
kita yang ingin melihat rakyatnya hidup
dalam keadaan yang sihat dan mengamalkan
pemakanan seimbang serta tidak
memudaratkan. Lebih-lebih lagi, jika kita nilai
dari sudut ekonomi, restoran-restoran segera
ini mengancam ekonomi para pengusaha
restoran tempatan. Tidakkah ekonomi negara
akan merudum dan rakyat negara kita tanpa
disedari sedang meningkatkan ekonomi
negara luar. Oleh itu,kita haruslah tahu akan
kesan-kesan pengambilan makanan segera
secara berlebihan.

Sebagai seorang kanak-kanak, selera


makan mereka pastinya tertumpu kepada
makanan yang lazat dan menggiurkan sahaja.
Mereka akan makan makanan yang mereka
suka tanpa memikirkan kesan yang akan
berlaku kepada mereka nanti. Di sini, ibu
bapalah yang harus memainkan peranan
untuk mengawal pengambilan makanan
segera bagi kanak-kanak . Jangan menjadikan
rasa sayang kepada anak-anak sebagai satu
alasan untuk memberi mereka makanan
yang tidak sesuai yang mana akan
mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak.
Sayang bukanlah bermaksud hanya memberi
kepuasan kepada mereka tetapi sayang
adalah apabila kita menjaga seseorang
dengan baik dalam jangka masa yang
panjang. Nyawa tidak bisa dijual beli.
Janganlah apabila nasi sudah menjadi bubur
baru hendak menyesal tidak berkesudahan.
Sedarlah bahawa sesal dahulu
pendapatan,sesal kemudian tiada guna.
Justeru, adalah baiknya sebagai seorang yang
makan garam terlebih dahulu, ibu bapa
menasihati dan mengawal pengambilan
makanan segera kanak-kanak. Sebagai
contohnya, ibu bapa menghidangkan sayuran
di dalam sarapan pagi ataupun menyediakan
salad untuk anak-anak mereka. Justeru,
diharapkan bahawa pihak ibu bapa sedar
akan kesan buruk pengambilan makanan
segera bagi kanak-kanak.

Seperti yang kita semua sedia maklum,


peningkatan harga minyak sudah menjadi
bualan ramai pihak khususnya golongan yang
berpendapatan rendah. Dengan ini, sudah
semestinya perancangan keluarga akan
terjejas. Jika kita sering mengamalkan
pengambilan makanan yang menjadi punca
tegar kepada penyakit-penyakit yang bisa
membawa kepada peperangan ajal dan maut
ini, bukankah terjadi sedikit pemborosan yang
sia-sia di situ? Adalah lebih molek jika kita
memasak sendiri di rumah. Namun,
kesibukan bekerja pula dilihat menjadi punca
utama seperti yang menymbang peningkatan
permintaan terhadap makanan segera.
Malaysia juga terkenal dengan pelbagai
restoran yang menghidangkan makanan
berkhasiat di negara kita. Justeru, mengapa
harus membazir wang di restoran makan
segera seperti KFC, Pizza Hut, Mc Donald dan
lain-lain sedangkan makanan di restoran
tersebut jauh lebih berkhasiat dan seimbang.
Tambahan lagi, kasih sayang juga pastinya
akan dapat terjalin antara keluarga jika kita
mengamalkan masak makanan di rumah
daripada di luar ataupun mana-mana
makanan segera ini khususnya. Maka
cantiklah jika kita sebagai seorang yang
berfikiran jauh untuk menyimpan duit
tersebut daripada membelanjakannya untuk
perkara yang hanya akan mendatangkan
kemudaratan kepada diri kita kelak. Meskipun
nilainya hanya sedikit, namun lama kelamaan
pasti menjadi bukit daripada tidak ada sama
sekali. Di sini, dapatlah disimpulkan bahawa
sesungguhnya, pengambilan makanan segera
hanyalah akan menyebabkan pembaziran
yang sia-sia.

Selanjutnya, makanan berkolestrol, gula


yang tidak terkawal serta garam yang
berlebihan banyak terdapat dalam makanan
segera. Dengan kandungan kolestrol yang
tidak terkawal, penyakit mudah untuk datang
bertandang. Bagaikan hujan yang tidak
diundang, dan ribut yang tidak dijemput. Gula
yang berlebihan pula menyebabkan segelintir
masyarakat kehilangan kaki kerana kencing
manis. Malah yang lebih merisaukan lagi,
hospital kerajaan di kota raya semakin penuh
dengan para pesakit yang menghidap
penyakit darah tinggi kerana terlebih garam.
Walaupun pada dasarnya, itu adalah satu
kebaikan kepada para doktor yang dapat
memantapkan kemahiran merawat pesakit
mereka ke tahap yang lebihbaiki ,namun
tidakkah kita sedih melihat banyak nadi yang
harus terhenti dengan sia-sia? Maka, haruslah
rakyat Malaysia sedar akan banyaknya
keburukan yang datang dari pengambilan
makanan segera yang hanya merugikan
ramai pihak tersebut dan menguntungkan
pihak yang tidak sepatutnya .

Selain itu, masalah kenaikan berat badan


yang berlebihan, iaitu obesiti juga merupakan
salah satu penyumbang keburukan kepada
pengambilan makanan segera. Wanita
khusunya menjadi contoh yang tepat masa
kini. Wanita yang sudah mendirikan rumah
tangga pastinya akan lebih tertumpu kepada
suami, rumah dan anak-anak. Dengan ini,
mereka akan lebih tertarik untuk mengambil
jalan mudah selepas lelah seharian bekerja
sebagai suri rumah. Mereka akan lebih gemar
memesan makan di luar daripada memasak
sendiri. Tidakkah ini merugikan? Obesiti
bukanlah sesuatu yang boleh dipandang
sebelah mata sahaja. Jantung juga akan
mudah sesak dan kita akan tercungap-
cungap. Hal ini dapat mengganggu rutin
harian kita. Maka, sudah terang lagi bersuluh
sememangnya obesiti juga adalah kesan
buruk pengambilan makanan segera.

Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia


yang mengamalkan gaya hidup sihat, kita
wajar meneruskan pengambilan makanan
yang seimbang dan tidak menjadikan
makanan segera sebagai makanan wajib
dalam hidup seharian. Sesungguhnya, otak
yang cerdas adalah apabila badan kita cergas.
Sebagai pilihan, para suri rumah, ibu-ibu dan
wanita yang bekerjaya wajar memasak di
rumah sebagai alternatif mengelakkan
pengambilan makanan segera yang
berlebihan. Mencegah lebih baik daripada
merawat dan janganlah sudah terhantuk baru
hendak terngadah. Sesungguhnya apa yang
ditelan, itulah yang akan dihadam oleh perut.
Jika makanan yang mengandungi kolestrol,
gula, garam dan lemak yang berlebihan
masuk ke dalam perut, maka badanlah yang
akan menanggung akibatnya. Tepuk dada
tanya selera kerana di mana ada kemahuan di
situ ada jalan.

Anda mungkin juga menyukai