Anda di halaman 1dari 2

Karangan 4 : Makanan segera seperti pizza, burger, dan mi segera menjadi kegemaran dan trend

dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. Tuliskan sebuah rencana yang bertajuk
‘Kesan-kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera’

Kesan-kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera

oleh Thomas Edison

Dalam era globalisasi dan modenisasi yang serba mencabar akal dan minda ini, sering meniti dari
bibir ke bibir insan sejagat tentang trend masyarakat tempatan yang mengambil makanan segera
secara berlebihan sehingga mendatangkan pelbagai kesan yang memudaratkan. Masalah yang
membelenggu seluruh masyarakat ini semakin hari semakin parah ibarat retak menanti belah.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membendung masalah ini, namun usaha-usaha ini masih belum
mampu membuahkan hasil yang memberangsangkan. Aforisme di mana cendawan tumbuh, di situ
tembilang terentak mengungkapkan betapa pentingnya peranan ahli masyarakat untuk mengenal
pasti punca-punca yang menyebabkan mereka bergantung kepada makanan segera dan seterusnya
mencetuskan langkah untuk mangurangkan kebergantungan terhadap makanan segera. Umumnya,
pengambilan makanan segera secara tidak terkawal akan mendatangkan pelbagai kesan buruk.

Sehubungan dengan itu, salah satu perkara yang amat membimbangkan kesan daripada
pengambilan makanan segera seperti mi segera dan burger ialah masalah kegendutan ataupun obesiti
khususnya dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana makanan segera merupakan
makanan pilihan utama para remaja. Kesannya, remaja dibelenggu masalah obesiti yang bukan sahaja
meningkatkan berat badan sehinggan tahap yang mengejutkan malah pasti akan menjejaskan
kesihatan mereka. Lazimnya, makanan segera merupakan makanan yang kurang berkhasiat dan pada
masa yang sama sarat dengan kandungan karbohidrat dan gula yang tinggi. Hal ini berpunca daripada
sikap para pengilang bermata duitan yang hanya mengutamakan kelazatan makanan yang mampu
menjadi umpan tekak, iaitu makanan yang membangkitkan selera makanan kepada para remaja
apabila mengeluarkan makanan segera. Dalam usaha mengaut keuntungan ini, makanan segera yang
dihasilkan pada hakikatnya melebihkan kandungan tenaga yang diperlukan oleh seseorang remaja.

Jika dilihat dari sudut yang berlainan, dahulunya penyakit kronik seperti kencing manis biasanya
dihidapi oleh individu yang sudah berusia dan kebanyakannya berpunca daripada kemerosotan organ
badan. Kini, perangkaan yang terbaru menunjukkan bahawa remaja era ini sudah mula diancam oleh
penyakit kronik seperti kencing manis. Baru-baru ini dilaporkan tentang kes seorang kanak-kanak
semuda 10 tahun dihantar ke hospital kerana menghidapi penyakit kencing manis. Hal ini berpunca
daripada pengambilan makanan segera yang mempunyai kandungan gula yang tinggi secara tidak
terkawal. Bayangkan, kanak-kanak ini terpaksa berdepan dengan penyakit kencing manis yang tidak
ada penawarnya untuk sepanjang hayatnya. Oleh itu, ahli masyarakat khususnya ibu bapa seharusnya
bertindak bijak bagai menghela rambut dalam tepung apabila berdepan dengan makanan segera,
iaitu diambil secara berpada-pada secara tidak berlebihan agar tidak merosakkan kehidupan
anak-anak.

Jika dikaji dengan lebih mendalami, pengambilan makanan segera yang berlebihan akan
merosakkan gaya hidup seseorang individu. Sudah terang lagi bersuluh, amalan pengambilan
makanan yang sihat berpandukan piramid makanan dengan pengambilan makanan segera diibaratkan
bagai bumi dengan langit iaitu mempunyai perbezaan dan jurang yang amat besar. Piramid makanan
menuntut agar setiap kelas makanan diambil mengikut nisbah yang betul manakala sikap mengambil
makanan segera pula pasti akan merosakkan nisbah ini memandangkan kandungan zat dalam
makanan segera tidak mengikut nisbah tersebut. Kesannya, badan individu yang banyak mengambil
makanan segera mungkin menghidapi penyakit yang berpunca daripada kekurangan zat seperti
sembelit. Gaya hidupnya yang dahulunya sihat pula kini telah kehilangan keseimbangannya akibat
pengambilan makanan segera secara tidak terkawal.

Satu lagi hakikat yang tidak boleh ialah pengambilan makanan segera juga membawa kepada
komplikasi seperti penyakit jantung. Kandungan lemak tepu yang tinggi dalam makanan segera akan
menyebabkan kandungan kolesterol dalam badan kita meningkatkan. Kesannya, apabila kolesterol ini
mula meningkat sehingga tahap yang berbahaya, iaitu mula terkumpul pada dinding-dinding salur
darah menyebabkan salur darah menyempit. Implikasinya, tekanan darah akan meningkat dan
seterusnya membawa kepada masalah kepada penyakit seperti tekanan darah tinggi. Malangnya,
masih terdapat ahli masyarakat yang enggan mengubah cara hidup mereka dan terus-menerus
mengambil makanan segera sehingga menyebabkan masalah seperti penyakit jantung. Kehidupannya
mereka pastinya hidup segan mati tak mahu iaitu hidup melarat kerana akibat penyakit. Yang paling
membimbangkan ialah remaja di negara kita berisiko menghidapi penyakit jantung akibat
pengambilan makanan segera yang mempunyai lemak tepu yang berlebihan.

Jika skop perbincangan kita dicapahkan, pengambilan makanan yang berlebihan juga akan
menyebabkan peningkatan beban kewangan. Makanan segera pada hakikatnya dicipta dan
dikeluarkan secara besar-besaran dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada individu yang
terlalu sibuk dengan pekerjaan masing-masing mendapatkan makanan dengan mudah dan segera.
Oleh itu, makanan segera mempunyai dua kriteria umum iaitu kandungannya yang sedikit dan
harganya yang lebih mahal. Hal ini dikatakan demikian kerana makanan segera seharusnya digunakan
untuk mengurangkan kelaparan ketika bekerja. Dalam konteks ini makanan segera tidak sesuai dan
tidak harus sama sekali dihidangkan sebagai makanan utama di atas meja makan. Jadi, apabila
makanan asasi seperti nasi dan lauk-pauk seperti ikan, daging dan sayur diganti dengan makanan
segera, kos penyediaan akan meningkat berlipat ganda. Kesannya, perbelanjaan yang berlebihan
diperlukan. Perbuatan menjadikan makanan segera sebagai makanan utama dianggap bagai nakhoda
kasap, hujung hilang pangkal lesap, iaitu membuat pekerjaan yang membawa kerugian kerana
menggunakan perbelanjaan yang berlebih-lebihan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan pengambilan makanan
segera di negara kita dikawal sebelum mendatangkan kerosakan yang berkekalan. Ibu bapa pula mesti
bersikap proaktif 自动自发 seperti yang terkandung dalam peribahasa sediakan payung sebelum
hujan bagi memastikan anak-anak mereka tidak terlalu taasub dengan pengambilan makanan segera.
Umumnya, anak-anak muda merupakan bakal pemimpin dan barisan 一群 pelapis 接班人 yang
menakhodai 带领一个船 bahtera 船 pemerintahan dan pentadbiran 管理 negara kita di samudera
yang tak bersempadan pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai