Anda di halaman 1dari 2

Soo Chia Meng (35)

JM3 Xiao
Karangan 1: Karangan Perbincangan
Punca-punca Obesiti
Apakah definisi obesiti? Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Edisi Keempat, obesiti bermaksud terlalu banyak lemak dalam tubuh
badan. Kini, banyak remaja dan kanak-kanak mengalami masalah
obesiti. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti
jantung sakit, darah tinggi, strok dan sebagainya. Mereka yang obesiti
juga akan mengalami kurang keyakinan diri. Persoalannya, apakah
punca-punca obesiti?
Salah satu punca berlakunya masalah obesiti dalam kalangan remaja
iallah mereka makan makanan yang tidak seimbang. Hal ini dikatakan
demikian kerana remaja makan makanan secara berlebihan atau
tindak mengambil makan yang berkhasiat merujuk piramid makanan.
Sebagai contohnya, banyak remaja makan makanan yang
mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan bermingyak seperti
ayam goreng, nasi lemak, hamburger dan sebagainya. Dengan ini,
remaja perlu makan makanan yang mengandungi serat dan vitamin
yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran supaya kesihatan
dapat terjamin.
Selain itu, sebab remaja mengalami masalah obesiti ialah mereka
malas bersenam. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja kini leka
dengan hiburan daripada kaca televisyen dan permainan komputer dan
seterusnya lemak akan terus terkumpul dalam badan mereka.
Misalnya, remaja mesti melakukan senaman seperti berjoging,
berenang, bermain badminton dan sebagainya sekuran-kurangnya 3
kali seminggu selama 30 minit. Dengan ini, remaja mesti rajin
bersenam agar masalah obesiti dapat diatasi.
Soo Chia Meng (35)
JM3 Xiao
Di samping itu, faktor lain yang menyumbang kepada masalah
obesiti ialah penambahan bilangan restoran makanan segera di negara
kita. Hal ini dikatakan demikian kerana restoran makanan segera
menyediakan makanan yang berkalori tinggi serta berlemak tinggi.
Iklan makanan segera restoran juga menarik remaja pergi ke restoran.
Dengan ini, ibu bapa perlu mengawal anak-anak mereka supaya dapat
mengurangkan remaja mengambil makanan segera.
Akhir sekali, masalah stres atau tekanan yang dihadapi oleh remaja
turut menjadi punca kepada masalah obesiti. Hal ini dikatakan
demikian kerana remaja beranggapan bahawa makan secara
berlebihan dapat mengurangkan stres ketika mereka menghadapi
tekanan yang diberikan oleh ibu bapa dna pihak sekolah. Sebagai
contoh, remaja yang mempunyai stres akan makan secara berlebihan
dan tanpa kawalan bagi melupakan masalah dan tekanan yang
dihadapi. Dengan ini, remaja seharusnya melakukan aktiviti riadah
yang dapat mengurangkan tekanan mereka dan bukannya makan
secara berlebihan.
Kesimpulannya, masalah obesiti kian serius. Oleh itu, semua pihak
harus bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah
obesiti. Pihak berkuasa juga harus mengadakan kempen secara besar-
besaran mengenai keburukan obesiti ini. Masalah ini perlulah diatasi
dengan segara supaya dapat melahirkan rakyat Malaysia yang sihat
dan sejahtera.
(368 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai