Anda di halaman 1dari 23

DEFINISI

Konfusianisme merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik dan tidak dianggap sebagai agama.
Konfusianisme berasaskan ajaran Kung Fu Zi dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang
menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Makna
perikemanusiaan ialah kebolehan mengamalkan 5 kebaikan di merata dunia. Kebaikan itu
termasuk perikemanusiaan (ren), kesusilaan/upacara(Li), keadilan(Yi), kebijaksanaan(Zhi), layak
dipercayai(Xin).
Ren/Jen (Peri Kemanusiaan). Timbul dalam hubungan manusia dan manusia. Antara sifat
asas yang ada dalam ren ialah kebaikan (benovelence), kemurnian (virtue), kasih sayang (love)
dan kemanusiaan. Nilai Ren ini membezakan manusia dengan haiwan kerana akan mengahsilkan
perasaan baik hati, belas kasihan, bertanggungjawab dan seumpamanya. Ren menjadi asas
kepada sistem etika dalam Konfusianisme.

Li (Kesusilaan /Upacara). Li adalah merujuk kepada kepentingan upacara dan kelakuan berbudi
bahasa. Ini bermaksud Li ialah peraturan-peraturan bagi tingkah laku yang betul. Li adalah satu
set nilai-nilai yang telah diajarkan oleh orang-orang terdahulu bagi menghasilkan masyarakat
yang teratur dan harmoni.

Menurut Kung, Li adalah kayu ukur teragung bagi semua perkara politik, sosial dan individu. Li
bermaksud kesopanan, budi pekerti dan pelaksanaan upacara-upacara. Bagi Kung segala sesuatu
yang berhubungan antara manusia dan manusia yang lain harus diatur menurut Li. Pentingnya
sikap Li ini digambarkan dengan gambaran bahawa setiap manusia harus dianggap sebagai
seorang tetamu yang sangat penting, oleh itu kita harus bertindak berbudi bahasa tanpa mengira
dari peringkat apa seseorang itu.

Yi (Keadilan). Dimaksudkan sebagai menjunjung tinggi kebenaran, keadilan, kewajipan dan
kekuatan. Menurut Fung Yu Lan, Yi bererti keadaan yang seharusnya terjadi tanpa syarat. Setiap
orang mempunyai perkara serta tugas tertentu yang seharusnya dilakukan dan dari sudut etika ia
merupakan hal yang harus dilaksanakan karena kebenaran. Raja hendaklah bersifat seperti raja,
pembesar hendaklah bersikap seperti pembesar, ayah hendaklah bersikap seperti ayah, anak
hendaklah bersikap seperti anak.

Zhi (Kebijaksanaan). Zhi secara literal bermaksud kearifan atau kebijaksanaan, kecerdasan atau
kepandaian. Zhi merupakan gabungan kata-kata yang bermaksud mengetahui atau menyedari
dan juga bermaksud hari, matahari, atau setiap hari. Maka setiap manusia dikatakan bijaksana
jika setiap hari memiliki kesedaran. Ia menjadi sifat paling penting untuk memenuhi sifat-sifat
Chun Tze/Junzi Xin (Layak dipercayai). Seseorang manusia itu harus memiliki sifat layak
dipercayai. Ini kerana, dengan memiliki sifat layak dipercayai barulah seorang manusia akan
mendapat kepercayaan dari orang lain dan masyarakat. Sifat layak dipercayai adalah landasan
utama dari semua hubungan manusia di dunia. Demikian juga pemerintah yang baik adalah yang
mendapat kepercayaan dari rakyatnya. Maka untuk mendapatkan kepercayaan dari rakyatnya
tentu pemerintahan tersebut harus memiliki kriteria dan sifat yang layak dipercayai. Manusia
bersandar kepada kata-kata yang mempunyai maksud tersendiri. Jika manusia taat dengan kata-
katanya maka ia layak dipercayai.

Konfusianisme diasaskan oleh Kung Fu Zi yang dilahirkan pada tahun 551 S.M. di Tsou dan
berasal dari keturunan bangsawan. Beliau menerima pendidikan dalam bidang muzik, penulisan
dan ritual. Sewaktu berumur 20 tahun beliau menjadi seorang guru dan mengajar murid-murid
cara berkelakuan baik. Beliau dan murid-muridnya sering mengembara dari wilayah ke satu
wilayah yang lain. Beliau yakin melalui sistem pendidikan akan wujudnya kesetaraan sejati
antara manusia. Beliau merupakan orang pertama dalam sejarah China yang mengajar jumlah
pelajar yang ramai iaitu 7000 orang dan 10 orang dari mereka menjadi pemikir dan sarjana yang
terkenal. Beliau merupakan seorang ahli pendidik yang mahukan pengikut-pengikutnya menjadi
rounded man yang boleh digunakan oleh negara dan masyarakat.




PENGARUH AJARAN KOFUNIANISME TERHADAP SOSIAL DI CHINA
Konfunianisme juga mempunyai pengaruhnya dari aspek sosial di China. Menurut C. Alexender
Simpkins dan Annelen Simpkins, ajaran asal Konfusian sebenarnya berkait antara cara
kehidupan serta cara untuk berhubung yang kita boleh lihat bahawa fokus ajaran ini berkaitan
dengan kehidupan seharian kita. Ia mengajar kita bagaimana untuk menjadi lebih baik daripada
yang terbaik. Daripada lima prinsip ajaran konfusius, setiap satu prinsip tersebut memberi
pengaruh yang besar terhadap sosial di China.
Prinsip yang pertama ialah ren ataupun jen. Ren adalah prinsip yang muncul dalam
hubungan antara manusia. Ren adalah asas utama yang melibatkan kebaikan (benovelence),
kasih sayang (love), kemanusiaan dan kemurnian (virtue).
Ajaran konfusianisme mempunyai lima teori hubungan yang dianggap sebagai garis
panduan dalam sesuatu perhubungan. Teori ini dikatakan boleh membawa kepada keharmonian
serta kebahagiaan keluarga dan ia juga boleh menjurus kepada keamanan, kestabilan dan
keharmonian sesebuah negara yang diimpikan oleh semua manusia di dunia ini. Hubungan yang
berkaitan dengan teori yang dinamakan sebagai teori hubungan sosial (wu lun) ini ialah
hubungan antara kerajaan dan rakyat (juncheng), hubungan antara suami dan isteri atau ibu dan
bapa (fuqi), hubungan antara ibu bapa dan anak-anak (fuzi), hubungan antara orang tua dan muda
(xiongdi), dan terakhir sekali ialah hubungan antara kawan dan kawan (pengyou).
i. Hubungan antara kerajaan dan rakyat atau raja dan pembesar
Untuk menjadikan sesebuah kerajaan itu mempunyai keamanan serta kesejahteraan
yang diimpikan, para pentadbir negara mestilah memastikan kebajikan rakyat negeri
mereka serta rakyat negeri lain yang menetap atau berlindung di negerinya sentiasa
terpelihara dan mereka mestilah memantau perkembangan anak-anak buahnya dengan
berinteraksi dengan mereka secara lemah lembut dan memenuhi keperluan mereka
selagi ia tidak melanggar hukum alam. Selain itu, rakyat serta para pembesar juga
mestilah memberi kesetiaan mereka kepada pemimpin mereka untuk memastikan
kebahagian negara dapat dicapai.
Kung pernah menjawab pertanyaan Lu Ting Gong yang bertanya, Bagaimanakah
seharusnya Raja menggunakan pembesarnya, dan bagaimanakah seharusnya
pembesar berkhidmat untuk raja?
Maka Kung menjawab, Raja mesti mengikut adat untuk menggunakan pembesar dan
pembesar seharusnya memberi ketaatan dalam perkhidmatannya untuk raja.
Sebagai contoh, ketua bagi kerajaan pusat di China maharaja atau Huang Ti. Jika kita
lihat daripada mata kasar, kita boleh mengatakan bahawa maharaja mempunyai kuasa
yang mutlak. Tetapi, secara praktikalnya, kuasa raja adalah terhad kerana segala
perbuatan raja ini dihadkan oleh undang-undang moral yang terdapat alam karya-
karya klasik Confucius, iaitu kod undang-undang yang telah zaman-berzaman
diwarisi serta anggota Majlis Tertinggi. Undang-undang ini ditetapkan supaya
pemerintah mentabir rakyatnya dengan sifat perikemanusiaan supaya rakyatnya akan
terus taat kepada pemerintah mereka.
ii. Hubungan antara suami dan isteri atau ibu dan bapa
Ajaran Confucius telah banyak mempengaruhi kedudukan sosial wanita di China
kerana ajaran ini mengatakan bahawa wanita ialah kaum yang tidak berupaya ataupun
lemah dan mereka ini mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam masyarakat
berbanding kaum lelaki. Oleh itu, dalam adat masyarakat Cina, isteri sering kali
dilabelkan sebagai kedudukan yang bertaraf rendah berbanding suami. Oleh yang
demikian, seseorang isteri itu perlulah mentaati dan mematuhi suami mereka serta
menjalankan tugas untuk melahirkan zuriat lelaki untuk mewarisi tradisi cina bagi
menjaga keharmonian rumah tangga mereka supaya kekal berpanjangan.
Namun begitu, wanita diberi kehormatan dan kuasa sebagai ib dan ibu mentua alam
keluarga mereka.
iii. Hubungan antara bapa dan anak atau ibu bapa dan anak-anak.
Suami dan isteri yang telah bergelar ibu dan bapa setelah mereka mempunyai anak
perlulah bekerjasama untuk membimbing anak-anak mereka supaya anak tersebut
dapat membesar alam persekitaran yang baik. Menurut adat masyarakat cina yang
mementingkan zuriat lelaki dalam keturnan mereka, anak yang dilahirkan itu akan
dididik dengan baik oleh ibu bapa mereka supaya anak tersebut dapat mengekalkan
legasi dan tradisi mereka daripada luput di bumi ini.
Sifat yang lembut (chi) ini lumrahnya wujud dalam diri ibu sementara sifat yang tegas
(yen) ini lumrahnya wujud dalam diri bapa. Kung telah mengilustrasikan diri seorang
bapa ini sebagai,
Seorang bapa janganlah menjadi seseorang yang menyusahkan anak-anak tetapi
jadilah seperti penjaga garisan dalam permainan poker.
Tegas yang dikatakan wujud dalam diri bapa ini bukanlah bererti tegas yang
diklasifikasikan sebagai sesuatu sifat yang negatif. Tegas yang dimaksudkan bahawa
bapa inilah yang akan menjaga keselamatan dan keharmonian rumah tangganya yang
terdiri daripada isteri dan anak-anak daripada sebarang ancaman yang menggugat
keselamatan mereka.
Jika anak tersebut degil untuk melakukan apa yang diperintahkan oleh bapa,
janganlah terus dihukum mereka kerana perbuatan tersebut akan menimbulkan rasa
benci terhadap bapa dan ini akan menjejaskan hubungan kekeluargaan serta
menjatuhkan maruah seorang ketua keluarga. Cara yang terbaik adalah dengan
menasihati serta menegur anak tersebut dengan bersungguh-sungguh dan bukannya
secara melepaskan batuk di tangga. Kung mengatakan bahawa jika anak itu tidak
dapat diajar atau dididik dengan sempurna, maka itu adalah kesalahan bapa.
Ajaran Kung juga menyatakan bahawa tugas anak-anak bukan sahaja untuk mentaati
dan menghormati ibu bapa mereka, malah merka haruslah membalas jasa dengan
berbakti kepada mereka. Jika anak tersebut menurut perintah ibu bapanya, itu
dimaksudkan bahawa anak tersebut telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
anak dengan baik. Selepas itu, sekiranya ibu bapa berbuat salah, anak mestilah
menegur ibu bapa mereka dengan suara yang rendah dan lembut. Jika ibu bapa
tersebut masih tidak mahu mendengar nasihat anak mereka, anak tersebut mestilah
terus menghormati kedua orang tuanya.
iv. Hubungan antara orang tua dan orang muda
Menurut adab kebiasaan, kita selalu mendengar yang muda haruslah menghormati
yang tua dan yang tua haruslah menyayangi yang muda. Ajaran Konfunianisme juga
tidak lari daripada adat-istiadat ini. Namun begitu, menghormati yang lebih tua
menjadi keutamaan bagi golongan muda dan ia amat dituntut dalam Konfunianisme.
Kung ada menjelaskan mengenai sifat-sifat orang muda:
Orang muda sewaktu di rumah taat kepada ibu bapa. Orang muda tidak banyak
bercakap. Apabila bercakap, dia bercakap yang bernas serta boleh dipercayai. Orang
muda mengasihi orang ramai dan berdamping mesra dengan orang
berperikemanusiaan. Setelah itu, sisa tenaga mereka harus ditumpukan mempelajari
kesusteraan.
Masyarakat cina lazimnya apabila mereka makan bersama-sama dengan keluarga
mereka, mereka akan menunggu orang yang lebih tua dalam keluarga mereka untuk
duduk bersama-sama mereka dan menikmati hidangan mereka.
v. Hubungan antara kawan dan kawan
Asas dalam hubungan persahabatan adalah keseimbangan dan keikhlasan. Seorang
manusia perlulah memilih rakan yang akan membawa mereka ke arah kebaikan dan
bukanlah ke arah kejahatan. Itulah keseimbangan yang dimaksudkan. Langkah yang
seterusnya ialah keihlasan dalam berkawan. Janganlah memilih kawan itu kerana rupa
paras, harta benda, pangkat serta unsur-unsur kebendaan kerana perkara ini tersasar
jauh dari konsep persahabatan. Keiklasan yang dimaksudkan ialah hubungan yang
dilakukan berdasarkan budi pekerti dan akhlak seseorang.
Layanan terhadap kawan juga mestilah dilakukan dengan bijaksana seperti ketika
ingin menegur rakan yang berbuat salah, tegurlah mereka dengan berhikmah untuk
mengelakkan masing-masing bermasam muka lalu merosakkan hubungan
persahabatan.
Dalam masyarakat cina, ajaran ini diguna pakai oleh mereka untuk memastikan
hubungan sosial mereka bersama orang-orang yang tidak mempunyai pertalian darah
dengan mereka kekal berkekalan dan hati mereka akan kekal bersatu walaupun tiada
tali kekeluargaan.
Kung menjelaskan bahawa:
Terdapat tiga jenis kawan yang mendatangkan kebaikan. Begitu juga terdapat tiga
jenis kawan yang mendatangkan kemusnahan. Berkawan dengan orang yang tulus
ikhlas, amanah dan berpengalaman luas akan mendatangkan kebaikan. Berkawan
dengan orang yang sering mengangkat bulu kening mempersetujui sesuatu tindakan
(lepas tangan), berkawan dengan orang yang menghormati kita di hadapan tetapi
memfitnah kita di belakang (suka mengampu) serta berkawan dengan orang yang
suka membesar-besarkan percakapannya akan mendatangkan kemusnahan.
Kung turut menjelaskan cara melayan seorang kawan iaitu:
Nasihati dia dengan hati yang ikhlas, bimbingilah dia dengan baik, jika dia tidak
mendengar, biarkanlah jangan sampai menerima maki hamun".
Pada peringkat awal, konfunianisme ini bertujuan untuk membentuk ajaran yang
dipengaruhi oleh keinginan untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika (akhlak) manusia.


Chun Tze/Junzi (Manusia Agung/Budiman)

Manusia agung mestilah mempunyai sifat yang tetap penuh dengan perasaan kasih sayang,
segala pergerakannya bebas dari penyelewengan dan sifat kekerasan. Mereka yang mempunyai
sikap sedemikian ini dianggap sebagai seseorang yang mempunyai peribadi agung dan budiman
serta dikenali sebagai Chun Tze. Chun Tze merupakan matlamat utama dalam ideologi
kemanusiaan Konfusianisme.

Semua manusia berpotensi untuk menjadi Chun Tze iaitu orang berpendidikan tinggi. Dalam
karya Lun Yu (Analects) turut menjelaskan bahawa, kelas Chun Tze tidak dianggap sebagai satu
kelas yang boleh diwarisi. Seseorang manusia itu tidak lahir sebagai seorang yang Chun Tze,
akan terapi seseorang itu mesti berusaha untuk mencapai kelas Chun Tze. Maka setiap orang
perlu dan boleh mencuba untuk mencapai kelas Chun Tze.

Jalan orang budiman ada tiga aspek dan aku tidak berupaya melakukannya. Dengan
kemurahan tiada kebimbangan, dengan kebijaksanaan tiada penipuan diri sendiri, dengan
keberanian tiada ketakutan. Tsu Kung berkata: Tuan Guru berkata tentang dirinya sendiri.

Seorang Chun Tze tidak bercakap banyak, tidak suka menonjolkan diri, tidak bersikap bongkak
dan sombong serta tidak mementingkan diri sendiri. Dia tidak mempersoalkan Apa yang akan
aku dapat dari mereka tetapi apa yang ditekankan adalah Apa yang aku dapat buat untuk
menampung atau membantu mereka?. Dia tidak menunjukkan atau mengangkat muka apabila
memperoleh kejayaan dan tidak juga menundukkan kepala apabila kecewa.

Ketaatan (Fillial Piety)

1) Ketaatan kepada nenek moyang

Kepatuhan dan ketaatan kepada nenek moyang ini menjadi satu asas kepada sifat dan peraturan
untuk berakhlak baik (Wu Chang)yang menjadi ajaran Kung. Dalam hal ini, persoalan
kepercayaan kepada benda ghaib atau roh-roh itu bukan menjadi tumpuan utama, sebaliknya
penghormatan dan ketaatan kepada nenek moyang ini membawa maksud kepada ketaatan kepada
adat-adat, upacara, peraturan dan nasihat yang telah ditinggalkan oleh orang-orang bijaksana
(nenek moyang) terdahulu.

2) Ketaatan kepada ibu bapa

Ketaatan kepada ibu bapa sangat berkait rapat dengan ketaatan kepada nenek moyang. Ini
kerana, ketaatan seorang anak kepada ibu bapa itu berlaku secara berterusan sama ada ketika ibu
bapa itu hidup sehingga mereka mati. Ketaatan yang dimaksudkan oleh Kung bukan sahaja takut
semata-mata kepada ibu bapa, tetapi hormat dan membahagiakan ibu bapa itu adalah ketaatan
yang sempurna. Antaranya beliau berkata bahawa Kewajipan dan ketaatan anak-anak kepada
orang tua merupakan sumber seluruh kebajikan

LIMA SIFAT KEBAIKAN (WU CHANG): (REN, YI, LI, ZHIN, XSIN/XIAO)

1) Ren/Jen (Peri Kemanusiaan)


Timbul dalam hubungan manusia dan manusia.Antara sifat asas yang ada dalam ren ialah
kebaikan (benovelence), kemurnian (virtue), kasih sayang (love) dan kemanusiaan. Nilai Ren ini
membezakan manusia dengan haiwan kerana akan mengahsilkan perasaan baik hati, belas
kasihan, bertanggungjawab dan seumpamanya. Ren menjadi asas kepada sistem etika dalam
Konfusianisme.

Ketika Fan Chi (murid Kung Fu Tze) bertanya tentang Ren, Kung menjawab:


"Cintailah manusia".


Di samping itu Kung pernah berkata kepada Zi Zhang:


"Sekiranya seseorang mempunyai lima jenis nilai dan menggunakannya dengan sepenuhnya
maka itu dinamakan perikemanusiaan. Lima nilai itu ialah kehormatan, kelembutan hati,
kepercayaan, kerajinan, belas kasihan".

Bila orang yang bersifat Ren ini menghadapi penyelewengan dalam hak kemanusiaan, mereka
akan menentang secara aman. Orang yang berperikemanusiaan berani berkorban untuk mencapai
kesempurnaan akhlak perikemanusiaan

Perkara yang tidak digemari kita jangan dilaksanakan kepada orang lain".


2) Li (Kesusilaan /Upacara)

Li adalah merujuk kepada kepentingan upacara dan kelakuan berbudi bahasa. Ini bermaksud Li
ialah peraturan-peraturan bagi tingkah laku yang betul.li adalah satu set nilai-nilai yang telah
diajarkan oleh orang-orang terdahulu bagi menghasilkan masyarakat yang teratur dan harmoni.

Menurut Kung, Li adalah kayu ukur teragung bagi semua perkara politik, sosial dan individu. Li
bermaksud kesopanan, budi pekerti dan perlaksanaan upacara-upacara Bagi Kung segala sesuatu
yang berhubungan antara manusia dan manusia yang lain harus diatur menurut Li.

Pentingnya sikap Li ini digambarkan dengan gambaran bahawa setiap manusia harus dianggap
sebagai seorang tetamu yang sangat penting, oleh itu kita harus bertindak berbudi bahasa tanpa
mengira dari peringkat apa seseorang itu. Kung berkata:


"Hormat tanpa mengenal kesusilaan akan merupakan pekerjaan yang sia-sia. Berhati-hati tanpa
kesusilaan akan menimbulkan perasaan serba takut. Keberanian tanpa kesusilaan akan
menimbulkan kecelakaan. Kejujuran tanpa kesusilaan akan melukakan hati orang".


3) Yi (Keadilan)

Dimaksudkan sebagai menjunjung tinggi kebenaran, keadilan, kewajipan dan kekuatan. Menurut
Fung Yu Lan, Yi bererti keadaan yang seharusnya terjadi tanpa syarat. Setiap orang mempunyai
perkara serta tugas tertentu yang seharusnya dilakukan dan dari sudut etika ia merupakan hal
yang harus dilaksanakan karena kebenaran. Raja hendaklah bersifat seperti raja, pembesar
hendaklah bersikap seperti pembesar, ayah hendaklah bersikap seperti ayah, anak hendaklah
bersikap seperti anak.

4) Zhi (Kebijaksanaan)

Zhi secara literal bermaksud kearifan atau kebijaksanaan, kecerdasan atau kepandaian. Zhi
merupakan gabungan kata-kata yang bermaksud mengetahui atau menyedari dan juga bermaksud
hari, matahari, atau setiap hari. Maka setiap manusia dikatakan bijaksana jika setiap hari
memiliki kesedaran. Ia menjadi sifat paling penting untuk memenuhi sifat-sifat Chun Tze/Junzi.

Kung berkata bahawa :


"Apabila melihat seorang yang bijaksana, kita mesti menghormatinya dan apabila melihat
seorang yang tidak bijaksana, kita mesti menyedari diri sendiri (sama ada kita mempunyai
kelemahan sepertinya".

"Orang yang suka nilai kemanusiaan (Ren) tetapi tidak suka ilmu pengetahuan maka anda akan
mudah dipermainkan orang. Orang yang suka kebijaksanaan (Zhi) tetapi tidak suka ilmu
pengetahuan maka akan terbiar tanpa asas".


5) Xin (Layak dipercayai)

Seseorang manusia itu harus memiliki sifat layak dipercayai. Ini kerana, dengan memiliki sifat
layak dipercayai barulah seorang manusia akan mendapat kepercayaan dari orang lain dan
masyarakat.

Sifat layak dipercayai adalah landasan utama dari semua hubungan manusia di dunia. Demikian
juga pemerintah yang baik adalah yang mendapat kepercayaan dari rakyatnya. Maka untuk
mendapatkan kepercayaan dari rakyatnya tentu pemerintahan tersebut harus memiliki kriteria
dan sifat yang layak dipercayai.

Manusia bersandar kepada kata-kata yang mempunyai maksud tersendiri. Jika manusia taat
dengan kata-katanya maka ia layak dipercayai. Ianya diibaratkan melalui falsafah:

"Manusia yang tidak bercakap benar tidak boleh dipercayai. Manusia yang tidak boleh
dipercayai ibarat itu diibaratkan seperti kereta besar yang tidak mempunyai sepasang roda atau
seumpama kereta kecil yang tidak mempunyai sebuah roda, jadi bagaimana ia boleh bergerak?



Sesi pengajaran tradisi dan etika kod pakaian dalam Konfusianisme


LIMA HUBUNGAN SOSIAL (WU LUN): (JUNCHENG, FUQI, FUZI, XIONG DI,
PENGYOU)

Dalam ajaran Konfusianisme, teori lima hubungan dianggap asas atau panduan kepada sesuatu
perhubungan yang akan membawa kepada kebahagiaaan keluarga dan seterusnya menyumbang
kepada kestabilan dan keharmonian sesebuah negara. Melibatkan hubungan dari pemerintah dan
rakyat,suami dan isteri, ibu bapa dan anak, abang dan adik/orang tua dan orang muda serta
hubungan sahabat dan sahabat. Hubungan ini berkait rapat dengan nilai-nilai dalam Wu Chang
dan setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing yang berbeza setiap satunya.

1) Hubungan Raja dan Pembesar atau Kerajaan dan Rakyat (Juncheng)

Sesuatu kerajaan yang baik boleh didefinisikan sebagai satu kerajaan yang berfungsi untuk
menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk. Semua keputusan dan perkara yang
dilakukan mestilah memenuhi kemaslahatan umum, bersikap lemah lembut terhadap rakyat
negaranya dan rakyat negara-negara lain yang tinggal di negerinya, mewujudkan perhubungan
yang baik serta kemakmuran di antara gabenor-gabenor daerah serta masyarakat awam.

Lu ting Gong pernah bertanya kepada Kung:


"Bagaimanakah seharusnya Raja menggunakan pembesarnya, dan bagaimanakah seharusnya
pembesar berkhidmat untuk raja?".



Maka Kung menjawab:


"Raja mesti mengikut adat untuk menggunakan pembesar dan pembesar seharusnya memberi
ketaatan dalam perkhidmatannya untuk raja".


2) Hubungan Antara Suami dan Isteri atau Ibu dan Bapa (Fuqi)

IBUBAPA: Kuasa Ibu dan Bapa sama dalam membimbing anak. Malah, jika kematian
suami/bapa, ibu yang paling berkuasa terhadap anak. SUAMI&ISTERI:dalam masyarakat Cina,
kedudukan isteri diletakkan lebih rendah dari suami iaitu seorang isteri mestilah taat dan patuh
terhadap suami.

Menurut Mang Tzu (Mencius):

LELAKI/SUAMI: Semasa masih kecil pemikirannya tertumpu kepada ibu dan bapanya, apabila
dia mula berminat kepada perkara yang cantik maka pemikirannya akan memberi perhatian
mencari kecantikan, apabila dia telah berkahwin dan mempunyai anak-anak maka pemikirannya
akan tertumpu kepada isteri dan anak-anak. Namun, bagi seorang lelaki yang mempunyai rasa
ketaatan dan kepatuhan (filial piety) yang tinggi, dia tetap akan memberi perhatian dan patuh
kepada ibu bapanya sepanjang hayat).

Kung menuntut para suami untuk lebih menyebelahi ibu dan bapa serta memaksa atau
mendorong isteri untuk melakukan perkara yang sama. Jika hubungan antara suami dan ibu
bapanya berkonflik dengan hubungan antara suami dan isteri, maka hubungan suami dan isteri
ini perlu mengalah.

Perempuan/Isteri: semasa kecil dan sebelum berkahwin dia hendaklah mematuhi ayahnya, jika
ayahnya telah mati hendaklah mematuhi abangnya, selepas berkahwin hendaklah mematuhi
suami dan apabila sudah kematian suami hendaklah mematuhi anak lelakinya.


Seorang isteri pula haruslah mematuhi dan menghormati keluarga mentuanya sama seperti
ketaatan dan hormat kepada suaminya. Maka, kewajipan para isteri hendaklah berkhidmat
kepada mentuanya sebagaimana mereka berkhidmat kepada suami dan ayah mereka sendiri.

Namun Kung turut menekankan bahawa suami juga harus menghormati pengorbanan dan
ketaatan yang diberikan oleh para isteri. Keharmonian dengan isteri dan anak-anak adalah satu
kemanisan yang rapat seperti muzik dan tali kecapi. Bimbing lah keluarga anda dan
bergembiralah bersama anak-anak dan isteri (Books of odes). Kung juga pernah menjawab
kepada pemerintah kerajaannya iaitu:


Rajaraja dahulu menjadikan perkara ini sebagai satu undang-undang kerajaan iaitu untuk
menghormati isteri-isteri dan anak-anak mereka. Ini merupakan alasan yang baik, kerana sorang
isteri mempunyai peranan utama berhubung dengan hubungan keibubapaan (parental relation)
manakala anak-anak pula menjayakan hubungan ini.


3) Hubungan Antara Bapa dan Anak atau Ibu Bapa dan Anak-Anak (Fuzi)

Ibu terkenal dengan sifat lembut (Chi), manakala bapa pula dengan sifat tegas (Yen). Kung
menggambarkan sifat seorang bapa:


Seorang bapa janganlah menjadi seseorang yang telah menyusahkan anak-anak tetapi jadilah
seperti penjaga garisan dalam permainan poker".



Ini bermaksud sikap tegas bapa ini tidak bermaksud menganggap atau menjadikan bapa seorang
yang tidak baik, garang atau pemarah, tetapi ia merujuk kepada sikap bapa untuk melindungi
anak-anak dan isteri serta membebaskan daripada kecederaan atau bahaya.

Jika seorang anak itu tidak mahu melaksanakan apa yang disuruh oleh bapa, maka bapa
hendaklah menegur anaknya dengan nasihat dan pujukan yang bersungguh-sungguh dahulu.
Seorang bapa tidak berhak bertindak untuk terus memukul anak yang tidak mematuhinya kerana
perbuatan ini secara tidak langsung akan menambahkan rasa kebencian anak terhadap bapa,
mengurangkan rasa hormat anak terhadapnya serta menjatuhkan maruah dirinya sebagai seorang
bapa.

Kung pernah menjelaskan bahawa sekiranya seorang anak itu tidak dapat dididik dengan baik
maka bapa lah yang bersalah. Menurut ajaran Kung, anak-anak pula bukan sahaja disuruh taat
semata-mata kepada ibu bapa malah mereka juga hendaklah berbakti kepada ibu bapa. Berbakti
kepada ibu bapa bermaksud sekiranya ibu bapa melakukan perkara yang salah, maka anak
perlulah memberitahu dan menegur akan kesilapan itu dengan lembut dan nada suara yang
rendah. Sekiranya keinginan anak itu tidak didengar atau tidak dipenuhi, ibu bapa mesti terus
dihormati.

Sekiranya seseorang anak itu tidak mengubah perkara yang bersesuaian dengan bapa (menurut
perintah bapa), maka boleh dikatakan dia telah menunaikan tanggungjawabnya berbakti kepada
bapanya.

4) Hubungan Antara Orang Tua dan Orang Muda (Xiongdi).

Menurut istiadat, orang tua harus melayan orang muda dengan penuh kasih sayang dan orang
muda harus melayan orang tua dengan hormat. Asas ini perlu diterapkan dalam semua hubungan
yang melibatkan orang tua dan orang muda serta menjadi kunci utama dalam perhubungan.
Namun begitu, dalam hubungan ini kepatuhan dari orang Muda lebih dituntut oleh
Konfusianisme.

Kung telah menerangkan sifat-sifat orang muda antaranya ialah:


Orang Muda sewaktu di rumah taat kepada ibu bapa. Orang Muda tidak banyak bercakap.
Apabila bercakap, dia bercakap yang bernas serta boleh dipercayai. Orang Muda mengasihi
orang ramai dan berdamping mesra dengan orang berperikemanusiaan. Setelah itu, sisa tenaga
mereka harus ditumpukan mempelajari kesusasteraan".


Apabila orang muda ini makan bersama-sama orang-orang tua maka hendaklah menunggu orang
tua keluar dahulu.

5) Hubungan Antara Kawan dan Kawan (Pengyou).

Hubungan kawan dengan kawan ditandai dengan keihklasan dan keseimbangan. Kawan yang
baik dapat menambahkan kebaikan dalam diri seseorang. Seorang manusia tidak boleh memilih
sahabat berdasarkan kepada paras rupa, harta benda, kedudukan, pangkat, keturunan dan unsur-
unsur kebendaan kerana perkara-perkara ini tidak dapat menjamin keikhlasan dalam sesuatu
persahabatan.

Satu hubungan persahabatan yang baik dan ikhlas hanya dapat dinilai atau dipilih berdasarkan
budi pekerti dan akhlak. Sesorang kawan juga haruslah dilayan dengan bijaksana.Teguran
terhadap kesalahan kawan adalah perbuatan bijaksana. Namun, teguran ini mempunyai batasan.
Tidak bijaksana orang itu jika menegur kawan yang sememangnya tidak mahu menerima
nasihat. Tingalkan-elak pergaduhan.

Kung menjelaskan bahawa:


Terdapat tiga jenis kawan yang mendatangkan kebaikan. Begitu juga terdapat tiga jenis kawan
yang mendatangkan kemusnahan. Berkawan dengan orang yang tulus ikhlas, amanah dan
berpengalaman luas akan mendatangkan kebaikan. Berkawan dengan orang yang sering
mengangkat bulu kening mempersetujui sesuatu tindakan (lepas tangan), berkawan dengan orang
yang menghormati kita di hadapan tetapi memfitnah kita di belakang (suka mengampu) serta
berkawan dengan orang yang suka membesar-besarkan percakapannya akan mendatangkan
kemusnahan.


Kung turut menjelaskan cara melayan seorang kawan iaitu:


Nasihati dia dengan hati yang ikhlas, bimbingilah dia dengan baik, jika dia tidak mendengar,
biarkanlah jangan sampai menerima maki hamun".


Unsur-Unsur Agama Dalam Konfusianisme

Unsur agama wujud dalam Konfusianime selepas berkurun abad kematian Kung Fu Tze itu
sendiri. Pada waktu Kung ia lebih kepada satu aliran akhlak.Apabila ditanya mengenai
ketuhanan atau perkara ghaib atau kehidupan selepas mati, Kung menjawab:


Kita belum sempurna mempelajari kehidupan ini jadi bagaimana kita boleh mengetahui tentang
kematian dan kehidupan di sebalik dunia.



Ditandai dengan kemunculan upacara penyembahan terhadap Kung Fu Tze khususnya dalam
sambutan hari lahir Kung. Kung dianggap sebagai nabi pertama dan Mang (Mencius) sebagai
nabi kedua.




Sambutan Hari Lahir Kung Fu Tze


Selain daripada itu, wujudnya tempat pemujaan dan kuil-kuil Konfusius.



Kuil-kuil yang dibina sebagai bukti aliran Konfusianisme bertukar kepada satu bentuk agama

Wujudnya pesta memberikan dewa-dewa dan hantu-hantu sebagai tanda penghormatan kepada
nenek moyang dan usaha menyelamatkan dunia dari serangan roh jahat.




Pemujaan yang dilakukan terhadap dewa-dewa terutamanya pada hari Pesta Qing Ming


Maka, dengan wujudnya hari-hari mulia, makam dan tempat-tempat pemujaan untuk Kung,
pesta-pesta yang berkaitan dan amalan meditasi yang tertentu maka ajaran Konfusianisme yang
bermula sebagai satu bentuk ajaran moral bertukar kepada satu ajaran agama yang mempunyai
penganut yang ramai khususnya berkembang luas di Taiwan, Hong Kong, Tanah Besar China,
Vietnam, Korea Selatan dan sebahagian kecil negara Asia selatan yang mempunyai masyarakat
China yang ramai seperti di Singapura dan Malaysia.


Terdapat 5 buah kitab utama Kung Fu Tze yang dikenali sebagai (Wu Ching) iaitu:


1) The Book of Changes / Buku Perubahan (Yijingi) yang merupakan sebuah karya mengenai
ramalan.


2) The Classic of History / Buku Sejarah (Shujing), sebuah koleksi rekod, ucapan dan kertas
kerajaan yang bertarikh kira-kira 2, 000 tahun SM.


3) The Classic of Songs / Poetry/ Buku Sajak (Shjing) iaitu sebuah koleksi puisi berjumlah 305
dan lagu-lagu rakyat bertarikh dari abad ke-11 SM hingga abad ke-6 SM.


4) The Record of Rites / Buku Upacara (Liji), sebuah buku catatan tentang peraturan upacara
istiadat di tempat awam dan peribadi yang banyak di ambil semasa dinasi Chou.


5) Spring and Autumm Annalst (Chunqui) iaitu sebuah rentetan peristiwa yang berlaku di negeri
Lu dari tahun 722 tahun 466 SM.

Anda mungkin juga menyukai