Anda di halaman 1dari 296

V \

1
Gabenor Pertama Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah dilantik pada
tahun 1881 untuk mentadbir Borneo Utara, yang kini dikenali sebagai Negeri
Sabah. Sejak itu, lebih daripada 30 pegawai telah dilantik menyandang
jawatan Gabenor dan juga Pemangku Gabenor. Mereka adalah Ketua-ketua
Eksekutif pada ketika itu dan keputusan mereka amat penting dalam
membangunkan negeri ini dari tahun 1881 hingga 1942 dan dari tahun 1946
hingga 1963. Mengimbas kembali tempoh 77 tahun yang lalu, adalah jelas
bahawa Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan Kerajaan Kolonial
British memainkan peranan penting dalam mengasaskan struktur masyarakat
dan prasarana negeri Sabah.

Kita merakamkan setinggi penghargaan kepada mereka yang telah disenaraikan


namanya dalam buku ini atas sumbangan mereka membawa permodenan
yang berterusan bagi negeri Sabah. Adalah benar bahawa kebanyakan daripada
apa yang kita nikmati pada hari ini berkait rapat dengan dasar-dasar awal
yang diperkenalkan dan dikuatkuasakan oleh Gabenor-Gabenor Syarikat
Berpiagam Borneo Utara.

Apabila Sabah mencapai kemerdekaan pada 1963, jawatan Gabenor telah


dipinda gelarannya kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sabah. Sejajar dengan perubahan itu, kebanyakan daripada kuasa-kuasa
eksekutif yang dahulunya dipegang oleh pejabat Gabenor telah dipindahkan
kepada Jabatan Ketua Menteri. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sabah dikekalkan sebagai Ketua Negeri dengan diberi portfolio mengurus
adat istiadat dan hak-hak yang terbabit dengan kuasa seperti yang termaktub
menunaikan kewajipan sebagai Yang di-Pertua Negeri dan dengan demikian
menjadikan jawatan tersebut sebagai yang paling istimewa.

Saya percaya, walaupun kita maju ke hadapan sebagai sebuah negeri, namun
faktor sejarah tetap memainkan peranan yang penting bagi kita. Buku yang
mencatatkan Sejarah Gabenor dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Sabah ini sangat berguna untuk dijadikan rujukan dalam membentuk
masa depan kita.

Saya mengalu-alukan usaha menerbitkan buku ini dan mengucapkan tahniah


kepada Perpustakaan Negeri Sabah atas usaha yang cemerlang ini.
Sambil kita bergerak ke arah mencapai taraf sebuah negara maju, adalah
juga tepat pada masanya buku ini diterbitkan untuk kita mengimbas kembali
sejarah hidup dan sumbangan yang pernah dicurahkan oleh pemimpin-pemimpin
kita yang terdahulu.

Buku ini diilhamkan hasil daripada kajian terhadap sejarah hidup Gabenor-
Gabenor dan Tuan Yang Terutama-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Sabah, melalui projek Pusat Kecemerlangan Sumber Ilmu Negeri
yang diusahakan oleh Perpustakaan Negeri Sabah dengan biayaan Perpustakaan
Negara Malaysia.

Kebelakangan ini, didapati banyak diterbitkan buku-buku baru mengenai


sejarah negeri Sabah. Namun demikian, belum ada lagi usaha dilakukan
untuk membukukan data biografi Gabenor-Gabenor Borneo Utara dan Tuan
Yang Terutama-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Justeru
itu, lahirnya buku ini disifatkan sebagai pelengkap kepada buku-buku sejarah
yang diterbitkan lebih awal, di samping boleh digunakan sebagai bahan
rujukan utama berkaitan tokoh-tokoh penting dalam sejarah negeri kita.

Penerbitan buku ini adalah merupakan projek yang julung kalinya diusahakan
oleh Perpustakaan Negeri Sabah. Saya mengucapkan syabas kepada Pengarah
serta pegawai-pegawainya yang telah bekerja bertungkus lumus bagi
memastikan Perpustakaan terus menjalankan kajian dan membekalkan
maklumat berguna untuk rakyat negeri Sabah.
Saya berharap Perpustakaan Negeri Sabah akan terus berusaha bagi menambah
koleksi bahan rujukan serta meningkatkan khidmat nasihat dan maklumat
bagi faedah masyarakat. Usaha Perpustakaan untuk terus mengumpul maklumat
mengenai berbagai perkara berkaitan negeri Sabah, pastinya akan dapat
membantu kerajaan dalam mencapai hasratnya mewujudkan masyarakat
yang berilmu.
Projek penyelidikan sejarah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sabah dan Gabenor Borneo Utara telah bermula pada tahun 2002. Ia diusahakan
oleh Jawatankuasa Penerbitan dan Penyelidikan, Perpustakaan Negeri Sabah.
Sepanjang tempoh penyiapan buku ini, beberapa cabaran telah dihadapi
dalam memperoleh maklumat yang dikehendaki untuk menghasilkan dokumen
yang tepat agar ia dapat menarik perhatian sarjana dan penyelidik dari
dalam dan luar negara. Namun cabaran ini telah memberi peluang keemasan
kepada semua ahli Jawatankuasa dalam menjejaki ahli-ahli keluarga dan
kenalan rapat tokoh-tokoh yang menjadi tumpuan buku ini. Walau bagaimana-
pun cabaran ini telah menjadi kebanggaan apabila melihat penghasilan buku
dan Digital Video Disc (DVD) hasil daripada usaha yang tidak pernah
mengenal penat lelah, rasa sayang kepada sejarah dan penghormatan tinggi
kepada tokoh yang berkenaan. Ingin dijelaskan di sini bahawa maklumat
dalam DVD adalah rakaman khas temu bual tambahan dengan T.Y.T. Yang
di-Pertua Negeri Sabah bersama ahli keluarga mereka serta orang perseorangan
yang lain.
Penerbitan buku oleh Perpustakaan Negeri Sabah ini telah dijayakan dengan
bantuan dan sokongan padu dari pelbagai pihak sejak projek ini bermula.
Perpustakaan Negeri Sabah dengan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri
Sabah Tun Datuk Seri Panglima Hj. Ahmadshah bin Abdullah dan Y.A.Bhg.
Toh Puan Datin Seri Panglima Hjh. Dayang Masuyah binti Awang Japar,
Y.A.Bhg. Tun Datuk Seri Panglima Hj. Sakaran bin Dandai dan Y.A.Bhg.
Toh Puan Datin Seri Panglima Hjh. Siti Rukaiyah binti Datuk Panglima
Abdullah, ahli-ahli keluarga T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Sabah dan orang
perseorangan yang lain. Kesemua mereka telah memberi sokongan padu dan
kerjasama dalam penghasilan buku ini.
Perpustakaan Negeri Sabah amat berterima kasih kepada Setiausaha Kerajaan
Negeri Sabah, Y.B. Datuk K. Y. Mustafa atas segala nasihat dan sokongan
yang telah beliau hulurkan. Ucapan terima kasih khas juga diberi kepada
Profesor Madya Dr. Danny Wong Tze-Ken dari Universiti Malaya kerana
membantu Jawatankuasa kami dalam menyemak teks manuskrip buku ini.
Syabas dan tahniah juga dinobatkan kepada semua Ahli Jawatankuasa
Penerbitan dan Penyelidikan kerana kegigihan mereka berusaha bagi
menyiapkan buku dan DVD ini.
Sejak bermulanya pentadbiran awam moden di Sabah pada tahun 1881,
Sabah telah ditadbir oleh 20 orang Gabenor di bawah pentadbiran Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (North Borneo Chartered Company); empat orang
Gabenor semasa pemerintahan kerajaan Kolonial, dan sembilan orang Tuan
Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah (T.Y.T.) setelah Sabah mencapai
kemerdekaan melalui penyertaannya dalam Persekutuan Malaysia. Selain
itu, terdapat tidak kurang dari lapan orang pegawai yang telah memangku
jawatan Gabenor di sepanjang pentadbiran Syarikat Berpiagam ini. Siapakah
para Gabenor dan T.Y.T. ini? Adakah mereka ini berkuasa eksekutif atau
lebih merupakan simbol kuasa yang bersifat istiadat semata-mata?
Pada asasnya, Gabenor yang dilantik semasa zaman Syarikat Berpiagam dan
zaman Kolonial adalah Gabenor yang mempunyai kuasa eksekutif, sementara
fungsi T.Y.T. lebih bersifat istiadat. Walau bagaimanapun, T.Y.T. tetap
mempunyai kuasa-kuasa tertentu sebagai mana yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Negeri Sabah.
Apabila Syarikat Berpiagam Borneo Utara mula mentadbir Sabah pada
tahun 1881, kuasa untuk membuat keputusan muktamad berada dalam tangan
para pengarah syarikat tersebut yang merupakan ahli Lembaga Pengarah
Gabenor merupakan wakil utama Syarikat Berpiagam di Sabah. Gabenor
dilantik oleh Lembaga Pengarah dan diberi kuasa eksekutif untuk menjalankan
pentadbiran di Sabah. Selain itu, beliau juga merupakan panglima tertinggi
bagi angkatan pertahanan. Dalam menjalankan tugasnya, para Gabenor
dipertanggungjawabkan untuk memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan
licin dan kedaulatan undang-undang dipatuhi. Selain itu, melalui Majlis
Perundangan Negeri (State Legislative Council), Gabenor bertanggungjawab
untuk menggubal dan meminda rang undang-undang. Pentadbiran seharian
biasanya dikendalikan oleh Setiausaha Kerajaan (Government Secretary) di
ibu pejabat Borneo Utara dan para Residen (Residents) untuk Residensi-
Residensi sementara para Pegawai Daerah (District Officers) bertanggungjawab
mentadbir kawasan luar dari ibu negeri.

Selain itu, pada masa-masa tertentu, Pentadbiran Syarikat Berpiagam telah


melantik beberapa Timbalan Gabenor yang diamanahkan mentadbir kerajaan
semasa ketiadaan Gabenor kerana bercuti atau telah bersara meninggalkan
Sabah. Biasanya mereka yang diberi kepercayaan sedemikian merupakan
pegawai terkanan dalam pentadbiran.

Pelantikan Gabenor biasanya dilakukan melalui beberapa cara dan bergantung


kepada keadaan. Pada peringkat awal, para Gabenor merupakan mereka
yang dipinjam atau dilantik daripada pelantikan perkhidmatan Kolonial
Britain. William Treacher yang merupakan Gabenor pertama pernah berkhidmat
sebagai Leftenan Gabenor Pulau Labuan dan Konsul Jeneral Britain ke
Kesultanan Brunei. Setelah meninggalkan Sabah pada 1887, beliau telah
dilantik sebagai Residen British di Selangor. Pemangku Gabenor William
Crocker yang menggantikan Treacher pernah berkhidmat sebagai pegawai
tadbir di Sarawak, manakala Gabenor Charles V. Creagh pula juga merupakan
pegawai tadbir dalam perkhidmatan Kolonial British. Gabenor lain yang
berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam perkhidmatan Kolonial British
ialah Hugh Clifford, Ernest W. Birch, F.R. Ellis, J. Scott Mason, C.W.C.
Parr, J. Humphreys, Arthur Richards, dan Douglas Jardine.
merupakan kawan karib kepada Pengerusi Syarikat Berpiagam. Antara Gabenor
yang berada dalam kategori ini ialah William Crocker yang merupakan
Bendahari Syarikat dan L.P. Beaufort, seorang peguam yang pada mulanya
dilantik sebagai penasihat undang-undang kepada Gabenor Creagh. Major
General Sir William Rycroft yang dilantik sebagai Gabenor pada tahun 1922,
merupakan sahabat karib kepada Sir J. West Ridgeway, Pengerusi Syarikat
di London. Pelantikannya sebagai Gabenor Sabah dipercayai dilakukan atas
dasar persahabatan tersebut. Pelantikan Sir West Ridgeway sebagai Pemangku
Gabenor pada 1913 bersifat sementara kerana kematian Gabenor J. Scott
Mason secara tiba-tiba dan menyebabkan pelantikan Gabenor baru tidak
sempat dilakukan secara serta merta ketika itu.

Apabila terdapatnya keperluan untuk melantik seorang Gabenor baru,


lazimnya Lembaga Pengarah akan mengiklankan jawatan tersebut dalam
media akhbar di London. Namun, ada kalanya pendekatan alternatif telah
diambil oleh Lembaga Syarikat dengan memohon Pejabat Tanah Jajahan
(Colonial Office) supaya mencadangkan calon yang sesuai untuk menyandang
jawatan Gabenor. Antara mereka yang melalui pelantikan sedemikian ialah
Hugh Clifford, E.W. Birch, J.S. Mason, C.W.C. Parr, J. Humphreys, Arthur
Richards dan Douglas Jardine. Sebahagian besar daripada mereka yang
dilantik ini amatlah berpengalaman dalam mentadbir tanah jajahan, apatah
lagi mereka juga pernah berkhidmat sebagai Residen atau Penasihat di
Tanah Melayu sebelum bertugas di Sabah.

Sebagai Gabenor yang mempunyai kuasa eksekutif, para Gabenor dan


Pemangku Gabenor mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam
memastikan negeri yang di bawah bidang kuasa mereka diperintah dengan
adil dan saksama. Pada masa yang sama, mereka juga harus memastikan
langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan menyumbang ke arah
kepentingan Syarikat Berpiagam tidak terjejas dan sebaliknya mendatangkan
keuntungan kepada para pemegang saham syarikat tersebut. Di antara isu-
isu yang sentiasa dihadapi oleh seorang Gabenor ialah masalah mengimbangkan
pengurangan kos pentadbiran dan pengurusan dan pada masa yang sama
memastikan pentadbiran dilaksanakan dengan berkesan sekali. Masalah
kewangan ini juga menghantui mereka yang memegang jawatan Gabenor
sepanjang Pemberontakan Mat Salleh pada penghujung abad ke-19 dan
kemudian disusuli dengan era kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku
pada tahun-tahun awal 1930-an.
berada di Labuan bagi memastikan pulau tersebut ditadbir dengan baik, di
samping mengawas dan memantau pemberontakan Mat Salleh yang sedang
berleluasa semasa pemerintahan beliau. Labuan merupakan markas pergerakan
utama pihak Syarikat Berpiagam dan menyebabkan Gabenor Beaufort perlu
memberi tumpuan yang lebih lama di Labuan. Apabila pentadbiran Labuan
diletakkan di bawah Pentadbiran Negeri-Negeri Selat, gelaran Gabenor Labuan
dengan sendirinya dibatalkan.

Dalam keadaan apabila seseorang Gabenor terpaksa meninggalkan jawatannya


buat seketika, misalnya untuk tujuan bercuti rehat atau cuti sakit, maka
Pemangku Gabenor akan dilantik. Mereka yang dilantik untuk memangku
biasanya terdiri daripada pegawai yang paling kanan, khususnya mereka
yang sedang memegang jawatan Setiausaha Kerajaan. Pemangku Gabenor
juga dilantik bagi tempoh peralihan iaitu dari masa selepas pemergiannya
seseorang Gabenor dan bagi tempoh menanti Gabenor baru ke Borneo
Utara.

Semua pegawai yang memangku jawatan Gabenor atau Pegawai Mentadbir


Kerajaan (Officer Administering Government/O.A.G.) berasal dari
perkhidmatan awam Syarikat Berpiagam. Mereka yang pernah diberi
kepercayaan untuk memegang jawatan O.A.G. dan Pemangku Gabenor ialah
Alex Cook (1907), A.C. Pearson (1910), H.W.L. Bunbury (1922), F.W.
Fraser (1912-1926), D.R. Maxwell (1927-1934), C.F.C. Macaskie (1930-1937),
E.W. Morrell (1934) dan C.D. Martyn (1938). Di antara mereka yang paling
kerap sekali memangku jawatan Gabenor ialah F.W. Fraser yang telah dilantik
sebagai O.A.G. sebanyak tujuh kali. Fraser yang mula berkhidmat dengan
Syarikat Berpiagam sejak 1896 tidak pernah dilantik sebagai Gabenor secara
rasmi. Pelantikan terakhir Fraser ialah sebagai Pemangku Gabenor ketika
menanti ketibaan Gabenor Humphreys yang menggantikan Gabenor Pearson.

Selain itu, Syarikat Berpiagam pernah menghantar pegawai Syarikat dari


ibu pejabat Syarikat tersebut di London untuk memegang jawatan Pemangku
untuk memegang jawatan Pemangku Gabenor. Ridgeway telah berada di
Borneo selama hampir setahun sebeluin gabenor yang baru, C.W.C. Parr
tiba untuk mengambil alih tampuk pentadbiran.

Semasa Syarikat Berpiagam menguasai Sabah, Gabenor mendiami Rumah


Kerajaan di Sandakan. Selain itu, terdapat sebuah lagi Rumah Kerajaan
yang dibina di Batu Tiga, Jesselton atau kini Kota Kinabalu. Rumah Kerajaan
ini digunakan oleh para Gabenor ketika berada di Jesselton. Semasa Labuan
berada di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam (1890-1906), Rumah Kerajaan
yang dibina pada tahun 1852 di pulau tersebut turut digunakan oleh Gabenor
Borneo Utara sebagai kediaman rasmi.

Gabenor Syarikat Berpiagam yang terakhir ialah C.R. Smith. Beliau telah
menyertai perkhidmatan Syarikat Berpiagam pada tahun 1913. Antara
tanggungjawab Smith pada bulan-bulan sebelum tentera Jepun menyerang
Borneo Utara adalah untuk memastikan agar Borneo Utara mempunyai
bekalan makanan yang mencukupi dan pada masa yang sama, mengambil
langkah untuk merosakkan infrastruktur agar tidak dapat digunakan oleh
tentera Jepun. Setelah Jepun mengambil alih Sabah, Gabenor Smith telah
dihantar ke kem tahanan di Pulau Berhala dan kemudiannya ke sebuah lagi
kem tahanan di Taiwan sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua.

Apabila Jepun menyerah kalah, Syarikat Berpiagam telah mengambil keputusan


untuk memindahkan pentadbiran ke atas Sabah kepada penguasaan Pejabat
Tanah Jajahan British. Di bawah pentadbiran baru ini, Sabah bertukar status
sebagai sebuah Tanah Jajahan.

Di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan, seramai empat orang Gabenor


telah dilantik untuk mentadbir Borneo Utara dari tahun 1946 sehingga
Borneo Utara mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963.
Sama seperti para Gabenor yang dilantik semasa era Syarikat Berpiagam,
Gabenor yang baru juga mempunyai kuasa eksekutif. Tumpuan tugas mereka
tergambar melalui peristiwa-peristiwa utama yang telah atau akan berlaku.
Misalnya, zaman pentadbiran Gabenor Twining, fokus pentadbiran adalah
untuk memulihkan keadaan sosioekonomi tempatan selepas hampir empat
tahun dilanda kemusnahan perang. Di bawah pentadbiran Gabenor Hone,
Di bawah pentadbiran Tumbull, beliau memberi tumpuan kepada persediaan
untuk pemerintahan sendiri dengan melatih dan menyediakan tenaga
pentadbiran yang berpengalaman dari golongan rakyat tempatan ke arah
persediaan pemerintahan sendiri. Era pentadbiran Gabenor Goode pula terpaksa
berhadapan dengan perkembangan awal politik tempatan dan politik negeri.
Ini berikutan pengumuman Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaya
berkenaan dengan hasratnya untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan
Sabah dan Sarawak.

Selepas Borneo Utara (Sabah) menyertai Malaysia pada tahun 1963, struktur
kerajaan telah mengalami perubahan. Jika para Gabenor berkuasa eksekutif
semasa zaman Kolonial, orang yang kini menerajui tanggungjawab tersebut
adalah Ketua Menteri. Jawatan Gabenor yang mula dikenali sebagai Tuan
Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah (kemudiannya Tuan Yang
Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah), tidak mempunyai kuasa eksekutif.
Jawatan tersebut lebih bersifat istiadat, dan di antara tanggungjawabnya
termasuklah melantik Ketua Menteri, Menteri Kabinet, Speaker Dewan
Undangan Negeri serta pelantikan wakil ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Selain itu, Tuan Yang Terutama juga mempunyai kuasa untuk membubarkan
Dewan Undangan Negeri. Jadi, walaupun tidak mempunyai kuasa eksekutif,
Tuan Yang Terutama masih mempunyai tugas dan tanggungjawab yang
berat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri.

Biasanya Tuan Yang Terutama dilantik dari kalangan bekas pemimpin tempatan
atau bekas pegawai kanan dalam perkhidmatan awam. Daripada sembilan
Tuan Yang Terutama sejak 1963, terdapat empat orang yang pernah berkhidmat
dalam perkhidmatan awam. Mereka ialah Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae,
Tun Ahmad Koroh, Tun Mohamad Adnan Robert dan Tuan Yang Terutama
sekarang Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah. Sementara
itu, lima orang yang lain merupakan bekas pemimpin politik tempatan.
Mereka terdiri daripada Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, Tun
Datuk Haji Mohammad Fuad Stephens, Tun Datuk Mohamad Hamdan bin
Abdullah, Tun Datuk Mohd. Said Keruak dan Tun Datuk Seri Panglima Haji
Sakaran Dandai.
LATAR BELAKANG

Sebelum abad ke-16, kawasan yang kini kita kenali sebagai Sabah, Sarawak
dan negara Brunei berada di bawah penjajahan dalam lingkungan kuasa
Kesultanan Brunei yang berpusat di Brunei. Sebelum ini, pada masa-masa
yang berlainan, kawasan ini pernah dikuasai oleh dua buah empayar yang
besar iaitu pertama oleh Srivijaya, sebuah empayar yang berpusat di Sumatera,
dan kemudian oleh Majapahit dan Jawa. Pada awal abad ke-15, Empayar
Melaka telah mengembangkan pengaruhnya dan mengambil alih perdagangan
di Brunei. Pada akhir kurun ke-15, Islam telah berkembang ke Brunei
melalui para pedagang. Pucuk kepimpinan Islam kemudiannya telah berpindah
kepada Sultan Brunei selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun
1511. Di bawah pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah
mengembangkan pengaruhnya ke Luzon dan Sulu, dan ke barat dan ke
selatan Borneo. Pada masa ini Brunei juga berdagang dengan Negeri China.

Selain orang Eropah, warga asing lain yang pernah berurusan di Sabah atau
Borneo tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis mengenai aktiviti-aktiviti
mereka di kawasan ini. Penduduk asli Borneo juga tidak mempunyai sebarang
rekod bertulis kecuali tradisi lisan mereka.
KEDATANGAN ORANG-ORANG EROPAH

1521 : Pigafetta, periwayat Ferdinand Magellan tiba di Brunei dan


telah disambut secara gilang-gemilang dan penuh istiadat.

1526 : Rombongan Portugis yang diketuai oleh Menezes melawat


Brunei.

1577 : Sepanyol menawan Filipina dan menyerang Brunei; kesultanan


Sulu telah diserang oleh kumpulan Sepanyol.

1609 : Belanda telah menubuhkan pusat perdagangan di Selatan


Borneo.

1619 : Belanda menubuhkan pusat perdagangan di Batavia (Jakarta)


di Jawa.

1658 : Sultan Brunei menghadiahkan Pantai Timur Laut Borneo


kepada Sultan Sulu sebagai balasan di atas pertolongan
menyelesaikan perbalahan antara Sultan Abdul Mubin dan
Pangeran Bongsu. Perbalahan sesama sendiri dalam Kesultanan
Brunei adalah salah satu faktor yang menyumbang ke arah
kejatuhan empayar tersebut.

1665 : Orang Inggeris yang pertama melawat Borneo ialah Kapten


Cowley.

1758 : Penemuan oleh pihak British^ pada tahun 1758 mendapati


bahawa adalah tidak mustahil untuk kapal belayar ke Canton
(Guangzhou) dari India dengan melawan monsun Timur
Laut apabila belayar dari timur ke barat melalui gugusan
kepulauan Pasifik. Kesedaran ini membawa kepada usaha
Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company)
mencari kemudahan pelabuhan sama ada di Kepulauan Sulu
1762 : Angkatan bersenjata British di bawah Draper telah menawan
Manila. Dalrymple yang turut menyertai ekspedisi tersebut
telah menemui Sultan Sulu yang sah, iaitu Alimud Din yang
telah menjadi tawanan orang Sepanyol di sana. Seterusnya
Dalrymple sedar bahawaPerjanjian 1761 dan 1762telah dibuat
dengan pihak pemberontak. Alimud Din berasa gembira
kerana dibebaskan oleh British, dan takhtanya dikembalikan
semula kepada beliau oleh Dalrymple. Alimud Din telah
menandatangani perjanjian yang menyerahkan bukan sahaja
Balambangan tetapi juga wilayah yang diperoleh oleh Sultan
Sulu daripada Sultan Brunei kepada British.

Pada mulanya Syarikat Hindia Timur Inggeris memutuskan


tidak akan mengambil kesempatan daripada urusan Dalrymple
dengan Sultan Sulu, tetapi apabila mereka mengambil keputusan
untuk membuka kilang dan penempatan di Balambangan,
permintaan Dalrymple dikatakan keterlaluan. Dengan yang
demikian, pada tahun 1771 Syarikat telah menyingkirkannya.

1763 : Dalrymple menaikkan bendera British di Balambangan dan


menamakan pulau itu sebagai "Felicia".

1764 : Perjanjian antara Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan


Sultan Sulu telah d i t a n d a t a n g a n i . Sultan Sulu telah
menyerahkan semua bahagian utara Borneo, dari Kimanis
hingga ke Kinabatangan (Trusan Abai), dan tiga buah pulau
iaitu Banggi, Palawan dan Labuan.

1773 : John Herbert tiba untuk memulakan pembangunan penempatan


di Balambangan.

1775 : Salah tadbiran Herbert telah mengakibatkan penempatan itu


diserang oleh orang-orang Sulu dan Marudu. Rekod awal
Syarikat Hindia Timur Inggeris melaporkan bahawa penempatan
di Balambangan telah diserang oleh lanun. Penempatan tersebut
telah dibakar sehingga musnah.
1 8 1 1 - 1 8 1 6 : Pada tahun 1811, apabila British menguasai Batavia,
Sir Stamford Raffles sebagai Gabenor Jawa telah mewarisi
Kilang Belanda di Palembang, Timor, Makasar dan Madura
serta stesen Borneo Selatan di Banjarmasin dan Soekadana,
di mana pihak British telah menjalankan perdagangan buat
sementara sehingga abad ke-17. Walau bagaimanapun,
kehadiran British di Borneo Selatan hanya bertahan hingga
tahun 1816 apabila jajahan Belanda dikembalikan.
1845 - 1865 : Pedagang Amerika telah bergiat aktif di perairan Borneo
sebagai pembekal senjata api yang tidak bermutu tinggi
(atau inferiorfirearms) kepada pihak lanun sejak akhir kurun
yang ke-18. Kerajaan Amerika ketika itu berminat untuk
menjalin hubungan perdagangan dan diplomatik dengan negara-
negara Asia. Sementara itu lawatan rombongan rasmi Amerika
ke Brunei pada tahun 1845 telah menemui kegagalan akibat
angkara jurubahasa yang disediakan oleh Brooke merupakan
seorang pemabuk. Namun yang demikian, pada tahun 1850
Sultan Brunei menganugerahi Amerika status negara keutamaan
dalam perdagangan. Untuk beberapa waktu Amerika kehilangan
minat, tetapi dalam tahun 1865, British mula khuatir apabila
Konsul Amerika muncul di Brunei, dan mereka berasa bimbang
yang dasar perluasan kuasa Brooke kini mungkin gagal.

1870 - 1876 : Dalam tahun 1870, Itali telah mempertimbangkan kemungkinan


memperoleh sebuah tanah jajahan untuk penempatan banduan
di Pulau Banggi. Walau bagaimanapun pada tahun 1878,
apabila konsesi lama yang diberikan kepada Syarikat
Perdagangan Amerika hampir tamat, Torrey salah seorang
pengarah yang masih hidup pada ketika itu telah berjaya
menarik minat Baron Overbeck dari Austria untuk bersama-
sama membangunkan kawasan konsesi di Borneo Utara.
Overbeck telah menyediakan dana untuk menyokong rancangan
tersebut. Sementara itu W.C. Cowie, seorang warga Scotland
yang bertugas dengan firma perdagangan di Singapura itu
pula terlibat dengan penyeludupan senjata api kepada
Kesultanan Sulu yang ketika itu sedang menentang kemaraan
kuasa Sepanyol ke atas pulau tersebut. Cowie telah memperoleh
keizinan daripada Sultan Sulu untuk bertapak di Teluk Sandakan
daripada Sultan Sulu sendiri. Sultan Sulu kemudiannya menjadi
rakan kongsi Cowie.

1877 : Dengan sokongan kewangan daripada Dent Bersaudara di


London, serta sokongan pentadbir British di Labuan, Overbeck
dan Torrey telah menemui Sultan Brunei bagi pihak Syarikat
Borneo Utara. Pada tahun 1877 mereka diberikan tanah jajahan
dari Teluk Gaya ke Sungai Sibuco daripada Sultan. Overbeck
juga diberi gelaran Maharaja. Seterusnya mereka memperoleh
kawasan Kimanis dan Sungai Benoni dari Pangeran
Tumonggong. Menyedari bahawa bahagian timur laut Borneo
sebenarnya dikuasai oleh Sultan Sulu, Overbeck kemudian
belayar ke Sulu dan memperoleh penyerahan pemajakan untuk
selama-lamanya wilayah di utara Borneo Utara. Syarikat Borneo
Utara juga membayar bayaran konsesi tahunan kepada Sultan
Sulu. Walau pun Sultan mendakwa bahawa kawasan tersebut
berlanjutan sehingga ke Sungai Balik Papan di Selatan, namun,
Overbeck tidak berhasrat untuk menimbulkan persengketaan
dengan pihak Belanda dan menetapkan Sungai Sibuco sebagai
sempadan paling selatan dalam penyerahan konsesi tersebut.

Sebaik sahaja konsesi ini diperoleh, Syarikat Borneo Utara


telah membuka stesen di Sandakan, Tempasuk, dan Papar.
Langkah ini mendapat bantahan langsung daripada pihak
Sepanyol dan Belanda serta daripada Pemerintahan Rajah
Brooke di Sarawak. Untuk beberapa waktu Syarikat juga
telah ditentang oleh Cowie yang membangkitkan semangat
pahlawan Sulu untuk menentang usaha Syarikat tersebut. Di
bawah William Pryer, stesen di Sandakan menjadi maju,
sementara kegiatan lanun dan persengketaan dapat dikurangkan.
Akibatnya, perdagangan telah meningkat, orang Cina dan
orang tempatan mula tinggal di sekitar bandar baru Elopura
(nama baru Sandakan di bawah Pryer). Di bahagian pantai
barat, perkembangannya agak lambat, tetapi secara beransur-
ansur undang-undang dan peraturan-peraturan pentadbiran
diperkenalkan ke seluruh kawasan yang diperoleh Syarikat.

1881 : Pada November 1881, Syarikat Borneo Utara menerima Piagaia


Diraja yang mensyaratkan bahawa Syarikat tersebut adala
milik British; ia tidak boleh memindahkan jajahannya tanps
kebenaran Kerajaan British; ia hendaklah menghapuskan
perhambaan; ia tidak akan campur tangan dalam urusati
keagamaan atau adat resam penduduk tempatan lain; dan ia
hendaklah mematuhi nasihat kerajaan British apabila d ^ ^ ^ j p
FOUNOATtOH
1 2 y a y a s a h
tEPIMPlHAN
p e r o a n a
JAJAHAN LABUAN
1844 : James Brooke telah menghadap Sultan Brunei berhubung
dengan penyerahan Labuan. Pulau tersebut akan digunakan
oleh British sebagai pangkalan pembekal arang batu bagi
Kapal Tentera Laut Britain yang bertindak menentang kegiatan
lanun dan mempertingkatkan perdagangan.
1846 : Sultan menyerahkan Labuan dan pulau-pulau kecil di sekitarnya
kepada kerajaan British untuk selama-lamanya. Perjanjian
itu telah ditandatangani pada 18 Disember, 1846.
1847 : Sir James Brooke menjadi Gabenor pertama Labuan dan
Konsul Jeneral Kerajaan British di Borneo, William Napier
sebagai Leftenan Gabenor, Hugh Low sebagai Setiausaha
Koloni, dan Spencer St. John sebagai Setiausaha Sulit Brooke.
1890 : Pentadbiran Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Syarikat
Berpiagam Borneo Utara.
1907 : Labuan diletakkan di bawah kerajaan Negeri-Negeri Selat
(Straits Settlements).
1942 : Labuan telah diberi nama "Pulau Maida" oleh pihak Jepun
semasa perang dunia kedua bagi memperingati komander
tertinggi Jepun Marquis Maida yang terkorban dalam nahas
kapal terbang.
1946 : Labuan menjadi sebahagian daripada koloni Borneo Utara.
1963 : Labuan menjadi sebahagian dari Negeri Sabah dalam
Persekutuan Malaysia.
1984 : Labuan diisytihar sebagai Wilayah Persekutuan.

PERMULAAN SYARIKAT BERPIAGAM


Latar Belakang
1865 : Konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses memperoleh
Borneo Utara daripada Sultan Brunei secara pajakan untuk
tempoh 10 tahun; menjualnya kepada Syarikat Perdagangan
Amerika yang dimiliki oleh J.W. Torrey, T.B. Harris dan
1875 : Memandangkan tempoh pajakan wilayah konsesi yang akan
berakhir, Torrey berjaya menjual konsesi tersebut kepada
Konsul Austria di Hong Kong, Baron Von Overbeck. Overbeck
walau bagaimanapun berjaya menyambung jangka pajakan
tersebut bagi tempoh 10 tahun lagi. Bagi membiayai
rancangannya untuk membangunkan Borneo Utara, Overbeck
telah mendapat sokongan kewangan daripada Dent Bersaudara.

1877 : Overbeck dan Alfred Dent menandatangani empat perjanjian


pajakan tanah baru dengan Sultan Brunei di mana kedua-dua
pihak berkongsi kawasan sepanjang 28,000 batu sementara
kawasan persisiran pantai Borneo Utara sepanjang 900 batu
telah dipajakkan kepada mereka. Satu lagi perjanjian dengan
Sultan Sulu juga telah termeterai. Menerusi perjanjian tersebut
beberapa bahagian besar kawasan diserahkan kepada Overbeck
dan Dent.

1880 : Overbeck berserta dengan Count Montglas dari kedutaan


Austro-Hungarian di London dan A.B. Mitford (kemudian
Lord Redesdale), seorang ahli politik telah memindahkan
hak milik kawasan mereka kepada Alfred Dent.

1881 : Penubuhan British North Borneo Provisional Association


Limited. Persatuan ini telah mengambil alih semua hak milik
Dent ke atas Borneo Utara. Pada 1 November 1881, kerajaan
British secara rasminya telah menganugerahkan Piagam
Diraja atau "Royal Charter" kepada Persatuan ini.

1882 : Penubuhan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Syarikat


ini telah mengambil alih semua hak pemilikan sementara.
Presidennya ialah Sir Rutherford Alcock, sementara Alfred
Dent adalah pengarah urusan.
Penentangan Penduduk Tempatan Terhadap Pemerintah Syarikat

1894 - 1900 : Pemberontakan Mat Salleh: Penentangan penduduk tempatan


yang paling menonjol.

1915 : Pemberontakan Rundum oleh orang Murut.

Kemajuan

1885 : Baron de Lissa, berbangsa Austria memulakan industri


pembalakan.

1887 : Sekolah St. Mary di Sandakan telah dibina oleh Mubaligh


Kristian.

1897 : Talian telegraf telah diwujudkan antara Kota Kinabalu dan


Sandakan; dan semua pekan utama hingga tahun 1914.

1900 : Landasan kereta api yang menghubungkan Beaufort dan Weston


telah dibina.

1902 : Landasan kereta api yang menghubungkan Kota Kinabalu


dan Beaufort telah disiapkan.

1905 : Undang-undang baru buruh diperkenalkan bagi melindungi


kemasukan buruh (yang berhijrah) ke Sabah.

1915 : Sekolah kerajaan pertama dibina di Jesselton, Sabah.

Perkembangan Pertanian

Tembakau

1881 : Tembakau merupakan tanaman komersial pertama yang


diperkenalkan di tapak semaian kerajaan di pantai timur
Borneo Utara di Silam.
1891 - 1901 : Tarif Mackinon yang diperkenalkan oleh pihak Amerika
telah menjejas harga tembakau di pasaran antarabangsa dan
menyebabkan industri ini mengalami kemerosotan.

1902 : Kadar nilai eksport tembakau berada di tahap tertinggi sehingga


kini. Walaupun zaman kegemilangan tiba-tiba menurun dan
zaman kemelesetan menimpa pasaran tembakau namun produk
ini masih merupakan hasil pendapatan utama pada tahun-
tahun terakhir abad ke-19. Sejak itu pemasaran produk ini
tidak lagi mencapai kegemilangan seperti sebelum ini.

Getah
1884 : Getah mula ditanam secara percubaan di stesen pertanian
kerajaan di Sandakan.

1892 : Tanaman percubaan komersial seluas 75 ekar diusahakan di


Bongaya di Sungai Labuk.

1899 : Getah diperkenalkan di Pantai Barat. Semasa zaman Syarikat


Berpiagam Borneo Utara, getah merupakan hasil utama dan
sehingga kini ia masih merupakan salah satu tanaman komersial
utama selain kelapa sawit dan koko.

Perkembangan Pekan Utama


Sandakan
1878 : William B. Pryer mula berkhidmat sebagai Residen Sandakan
di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan membuka
penempatan di Kampung Jerman di Teluk Sandakan.
1879 : Penempatan Kampung Jerman telah terbakar. Pryer
memindahkan penempatan ke Buli Sim-Sim dan dengan itu
Sandakan mula wujud. Pryer menamakan penempatan itu
Elopura bererti "Kota yang cantik" tetapi beberapa. tahun
kemudian nama ini telah diganti dengan perkataan Sulu lama
1979 : Kota Kinabalu telah dinaik taraf kepada kawasan perbandaran
pada 1 Januari, 1979.

2000 : Kota Kinabalu diberi status bandar raya pada 2 Februari, 2000.

PENDUDUKAN JEPUN
1942 : Tentera Jepun telah mendarat di Labuan pada 1 Januari dan
menakluki Borneo Utara sehingga dibebaskan oleh tentera
Australia daripada 9th Division pada Jun-Ogos 1945. Semasa
perang, kumpulan Gerila Kinabalu di bawah pimpinan Albert
Kwok bangkit menentang tentera Jepun pada malam 9 Oktober
1943. Antara ahli gerila yang terkenal ialah Jules Stephens
(ayah kepada Allahyarham Tun Fuad Stephens), Li Tet Phui,
O.T. Panglima Ali, Lim Keng Fatt dan banyak lagi. Albert
Kwok dan ramai lagi telah ditangkap dan dihukum mati pada
21 Januari 1944 di Petagas.

1945 : The Ranau Death March - Tawanan perang Tentera Berikat


yang terdiri dari tentera Australia dan British telah didera
berjalan kaki dari khemah tawanan perang di Sandakan hingga
ke Ranau. Daripada lebih kurang 2,000 tawanan, hanya enam
orang yang terselamat.

JAJAHAN BRITISH
1946 : Pada bulan Jun, Borneo Utara telah menjadi sebuah jajahan
British kerana Syarikat Berpiagam tidak lagi mampu untuk
memulihkan dan membangunkan negeri ini semula selepas
perang.

PERKEMBANGAN PERLEMBAGAAN DAN POLITIK


1883 : Majlis Penasihat telah ditubuhkan untuk memberi nasihat
kepada Gabenor mengenai semua perkara pentadbiran berkaitan
pelbagai kaum dan kumpulan etnik di Borneo Utara.
Majlis Perundangan dibentuk dengan 10 orang ahli yang
dilantik.

1960 : Majlis Eksekutif telah melantik sebahagian besar dari ahli


Majlis Perundangan, baik ahli rasmi atau tidak rasmi.
Peruntukan telah dibuat untuk menambahkan pelantikan ahli
tidak rasmi ke Majlis Perundangan dengan nisbah 12:7 iaitu
seramai 12 orang berbanding 7 orang ahli rasmi. Masyarakat
tempatan diberi peluang untuk menamakan calon-calon ke
Majlis Perundangan.

1961 : Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaya mengutarakan


cadangan membentuk gagasan Persekutuan Malaysia.

Penubuhan empat buah parti politik di Sabah: The United


National Kadazan Organization (UNKO), The United
Sabah National Organization (USNO), Parti Demokratik atau
The Democratic Party (DP), dan Parti Bersatu atau The
United Party (UP). Parti Demokratik dan Parti Bersatu
kemudian telah bergabung dan membentuk parti Borneo
Utara National Party atau SANAP. SANAP kemudiannya
dibubarkan dan diganti dengan Persatuan Cina Sabah atau
Sabah Chinese Association (SCA).

Pada bulan Ogos, USNO, UNKO dan SANAP bergabung


untuk membentuk Parti Perikatan Sabah.

Dua lagi parti politik telah ditubuhkan: The United Pasok


Momogun Party dan The Sabah Indian Congress (SIC).

1962 : Jawatankuasa Perpaduan Malaysia yang dipimpin oleh Donald


Stephens (Tun Hj. Mohammad Fuad Stephens) ditubuhkan
untuk meneliti kes menyokong dan menentang kemasukan
Sabah dalam Malaysia.

Suruhanjaya Cobbold, yang diketuai oleh Lord Cobbold dari


Britain telah menjalankan pungutan suara rakyat di Sabah
dan Sarawak mengenai pendapat menyertai Malaysia.
Dalam pilihan raya Kerajaan Tempatan, Parti Perikatan Sabah
telah memenangi 131 kerusi daripada sejumlah 137 kerusi
yang dipertandingkan.

1963 : Pada pilihan raya bulan Jun, Parti Perikatan telah memenangi
kesemua 17 kerusi dalam Majlis Perundangan. Datu Mustapha
bin Datu Harun menjadi Pengerusi Majlis Perundangan,
sementara Donald Stephens dilantik sebagai Pengerusi Majlis
Eksekutif.
Pada 31 Ogos, Sabah memperoleh kemerdekaan daripada
British; Sistem Ahli telah ditukarkan kepada Sistem Menteri.
Ketua Menteri: Donald Stephens
Ketua Negeri: Datu Mustapha bin Datu Harun
Pada 16 September, Sabah telah memasuki Malaysia.

PEMBENTUKAN MALAYSIA DAN KEMASUKAN SABAH


DALAM MALAYSIA
Malaysia telah diisytiharkan sebagai sebuah negara baru pada 16 September
1963, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Idea untuk menyatukan negeri-negeri serantau dengan Tanah Melayu telah
ditimbulkan beberapa kali. Idea percantuman pernah disuarakan oleh David
Marshall (1955), Ghazali Shafie (1954), dan Tan Cheng Lock (1955). Pada
tahun 1959, Lee Kuan Yew menyuarakan agar Singapura dan Malaya patut
bercantum. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah menyuarakan
pembentukan Malaysia dalam satu majlis dengan wartawan Asia Tenggara
di Singapura. Cadangan Tunku Abdul Rahman telah disambut baik oleh
Reaksi dan Sambutan
Pada umumnya, rancangan penubuhan Malaysia mendapat sambutan baik
daripada parti-parti politik di Tanah Melayu. Kesemua parti politik sccara
prinsipnya bersetuju dan menerima cadangan penubuhan Malaysia walaupun
wujudnya perbezaan pendapat dalam melaksanakannya. Misalnya Parti PAS,
menyambut baik cadangan tersebut tetapi mempersoalkan tindakan Tunku
kerana tidak berunding dengan pemimpin politik sewaktu mengumumkan
pembentukan Malaysia. Di wilayah Borneo (Sabah) cadangan penubuhan
Malaysia telah memeranjatkan para pemimpin dan parti-parti politik. Ada
dalam kalangan pemimpin politik di Borneo melahirkan keinginan untuk
mendapatkan kemerdekaan negeri masing-masing secara berasingan atau
membentuk sebuah Kesatuan Negeri-negeri Borneo yang merdeka. Ada juga
pemimpin menganggap rancangan Malaysia sebagai satu helah untuk meluaskan
Tanah Melayu bagi menggantikan penjajah British. Oleh sebab kebimbangan
itu, para pemimpin politik di Borneo telah membentuk satu Barisan Bersatu
(United Front) pada 9 Ogos 1961 untuk mencabar rancangan Malaysia.
Barisan Bersatu ini dianggotai oleh Ong Kee Hui (Pengerusi Parti Rakyat
Bersatu Sarawak/SUPP), A.M. Azahari (Parti Rakyat Brunei) dan Donald
Stephens (United National Kadazan Organisation/UNKO).

Proses Pembentukan Malaysia


Pada Julai 1961, Kerajaan British menghantar beberapa orang wakil dari
Sabah dan Sarawak untuk menghadiri Persidangan Persatuan Parlimen
Komanwel (Commonwealth Parliamentary Association atau CPA) yang
diadakan di Singapura. Tujuan persidangan ini adalah untuk memberi peluang
kepada perwakilan dari Borneo bertemu dengan wakil-wakil dari Tanah
Melayu dan Singapura bagi membincangkan persoalan yang timbul dalam
pembentukan Malaysia. Susulan daripada persidangan tersebut, sebuah
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia yang dianggotai oleh wakil-
wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Sabah telah
ditubuhkan. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Donald Stephens
dari Sabah.
Cobbold telah memutuskan bahawa:
1. Lebih kurang satu pertiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong
sepenuhnya pembentukan Malaysia.
2. Satu pertiga lagi, walaupun bersetuju, tetapi meminta diadakan pelbagai
syarat dan jaminan. Mereka memberikan sokongan kuat terhadap rancangan
Malaysia jika percantuman itu mendatangkan faedah kepada kedua-dua
buah negeri.
3. Baki satu pertiga lagi terbahagi kepada dua golongan, iaitu pihak yang
mahukan supaya kedua-dua negeri merdeka terlebih dahulu, sebelum
menyertai Malaysia dan pihak yang mahu pemerintahan British dikekalkan.

Berasaskan laporan di atas, Suruhanjaya Cobbold menyokong penubuhan


Malaysia dan mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957, dijadikan asas Perlembagaan Persekutuan yang baru. Suruhanjaya
Cobbold juga mencadangkan agar diberi kuasa autonomi dan jaminan khas
kepada kerajaan Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan
oleh Kerajaan Persekutuan, tanpa mendapat persetujuan daripada Kerajaan
Negeri berkenaan. Perkara lain yang dicadangkan ialah:

1. Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan "Malaysia".


2. Sabah dan Sarawak akan mempunyai ketua negeri masing-masing.
3. Kuasa imigresen dan agama masih di bawah kawalan Majlis Perundangan
Negeri di Sabah dan Sarawak.
4. Peraturan kewangan akan diwujudkan bagi tujuan pembangunan ekonomi
di Sabah dan Sarawak.

Susulan daripada itu, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju


memberikan beberapa konsesi kepada Sabah dan Sarawak, iaitu:

1. Sabah dan Sarawak diberi kuasa imigresen termasuk melibatkan kemasukan


penduduk dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.
Melayu.

5. Sabah dan Sarawak diberi bantuan kewangan bagi pembangunan ekonomi


untuk tempoh lima tahun pertama selepas menyertai Malaysia.
6. Sabah mendapat 16 kerusi dalam Dewan Rakyat Persekutuan Malaysia.

7. Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi Sabah dan Sarawak akan


ditubuhkan supaya para pegawai boleh dikekalkan untuk tempoh masa
tertentu sehingga tugas tersebut diambil alih oleh para pegawai tempatan.

Setelah beberapa rundingan diadakan, termasuk Jawatankuasa Antara Kerajaan


(JAK), Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 8 Julai 1963 di Marlborough
House, London antara Kerajaan Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,
Sabah dan Sarawak. Perjanjian ini membenarkan pemindahan kedaulatan
Sabah, Sarawak dan Singapura daripada Kerajaan Britain kepada kerajaan
Malaysia. Pengisytiharan Malaysia dibuat pada 16 September 1963 secara
serentak di seluruh negara, iaitu di Kuala Lumpur, Singapura, Jesselton dan
Kuching.

Faktor-faktor Penyertaan
Faktor umum yang mendorong penyertaan Sabah (termasuk Sarawak,
Persekutuan Tanah Melayu, Brunei dan Singapura) dalam Malaysia ialah:

1. Cadangan penyertaan Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu (serta


Brunei dan Singapura) membentuk sebuah negara adalah supaya wilayah-
wilayah ini dapat bersatu dalam mempercepatkan pelbagai bidang
pembangunan. Persekutuan Tanah Melayu sanggup mendapatkan kerjasama
dengan Kerajaan British bagi mewujudkan sebuah gagasan politik yang
baru di Asia Tenggara.

2. Mengelakkan ancaman daripada Parti Komunis Kalimantan Utara yang


bergiat cergas di Sarawak.

3. Membangunkan kaum peribumi di Sabah dan Sarawak yang jauh


ketinggalan. Kaum peribumi berharap taraf kehidupan mereka akan
maju. Mereka juga mengharapkan pembangunan infrastruktur, sosial
serta perkembangan ekonomi yang pesat setelah menyertai Malaysia.
Jawatan
Gabenor pertama Borneo Utara (1881 - 1887)

Biodata
Sir William Hood Treacher telah dilahirkan pada 1 Disember 1849 di
Wellington, Somerset, England. Beliau pernah mendapat pendidikan di
Oxford University. Bapanya ialah Reverend J.S. Treacher, paderi dalam
Gereja Church of England.

Sir William Hood Treacher telah berkahwin dengan Cornellia Rumsey pada
tahun 1881. Cornellia merupakan anak perempuan kepada Reverend J. Rumsey.
Hasil daripada perkahwinan ini, mereka telah dikurniakan dua orang anak
perempuan.

Treacher memulakan kerjayanya dengan bertugas selama lima tahun di


Pejabat Tanah Jajahan (Colonial OJfice) di London sebelum dilantik sebagai
Setiausaha Kolonial di Labuan pada tahun 1871. Beliau memegang jawatan
tersebut sehingga tahun 1881. Pada masa yang sama, beliau juga memangku
jawatan Konsul Jeneral Britain di Brunei.
Sir William Hood Treacher pandai bertutur dalam bahasa Melayu. Sebagai
Setiausaha Kolonial di Labuan, William Hood Treacher pernah melawat
kepulauan Sulu pada tahun 1877 dan 1878 bersama dengan Baron Von
Overbeck bertujuan untuk berusaha meletakkan Borneo Utara di bawi h
kawalan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (North Borneo Charten
Company). Beliau menyelia prosedur untuk memajak Borneo Utara dan
juga Padas-Klias (tahun 1884).

Pada tahun 1881, Treacher selaku Konsul-Jeneral di Borneo dan Gabenor


Labuan, telah dilantik oleh kerajaan British sebagai Gabenor pertamp |b@gJAN a
LEAOERSHIP
31 POUNDATtON
y a y a s a n
t e p i m p i n Ati
p e r o a n a
Borneo Utara. Selaku Gabenor, Treacher merupakan pegawai tertinggi dalam
pentadbiran yang dimulakan di Borneo Utara. Beliau juga merupakan wakil
rasmi Syarikat tersebut di Borneo Utara. Setelah mengambil alih jawatan
tersebut beliau memulakan pentadbirannya dengan menubuhkan ibu pejabat
sementara di Labuan.
Sebagai permulaan, beliau telah melantik beberapa pegawai utama dalam
pentadbiran, di antaranya, seorang Commandant bagi pasukan Armed
Constanbulary (pasukan polis), seorang juruaudit awam, seorang Superintenden
Pertanian, seorang pengkaji sumber galian, seorang pegawai perubatan,
Penolong Residen dan pegawai-pegawai lain sebagai barisan asas pentadbiran
awal Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara. Selepas itu, kira-
kira 100 orang Sikhs, Somalis dan Iban telah diambil sebagai polis biasa
dan penempatan baru telah dibuka di Gaya, di Silam (sekarang Lahad Datu)
dan Kudat. Buat seketika, Kudat telah dijadikan ibu negeri Borneo Utara
selepas Treacher berpindah dari Labuan. Pada tahun 1883, Treacher memilih
Sandakan sebagai ibu negeri Borneo Utara sehingga 1946.
Semasa pentadbiran beliau sebagai Gabenor, Treacher telah memperkenalkan
beberapa langkah untuk meletakkan asas pentadbiran di wilayah yang masih
baru untuk bersemuka dengan penjajah barat. Selain itu, langkah-langkah
tertentu telah diambil untuk melicinkan jentera pentadbiran. Antara polisi
baru yang diperkenalkan oleh Treacher ialah pembentukan North Borneo
Council (Majlis Borneo Utara) yang terdiri daripada pegawai-pegawai Eropah
dan peribumi serta mengenalkan sistem pembayaran gaji untuk Ketua Kampung
di Borneo Utara. Beliau juga memperkenalkan pelbagai polisi berhubung
dengan bidang pendidikan, kewangan, dan bidang-bidang yang lain di Borneo
Utara. Kebanyakan ordinan atau undang-undang negeri yang dirangka oleh
beliau masih diguna pakai sebagai asas untuk melindungi keselamatan dan
hak pemilikan individu.
Treacher juga telah bertindak untuk menghapuskan sistem perhambaan.
Hasil dari tindakan ini maka di antara tahun 1881 dan 1883 termaktublah
perundangan yang mengharamkan perdagangan hamba abdi dan juga sistem
hamba yang diwarisi (hereditary slavery). Sebenarnya sejak kedatangannya
ke Borneo Utara pada tahun 1881, Treacher telah diarahkan oleh pihak
pengurusan Syarikat Berpiagam Borneo Utara supaya menamatkan perhambaan
di Borneo Utara dengan serta-merta. Beliau sedar dan memahami akan
keadaan rumit yang dihadapinya dalam menghapuskan amalan perhambaan
khususnya dalam membincangkan perkara ini dengan masyarakat Islam.
Sesungguhnya dari perspektif sosial orang Eropah tindakan menangani perkara
ini amatlah berbeza. Oleh yang demikian, Treacher terpaksa mengambil langkah
berhati-hati untuk mengelakkan tentangan dari masyarakat tempatan.
Berbanding dengan kejayaan Treacher dalam pembasmian sistem perhambaan,
polisi pentadbiran tanahnya adalah biasa sahaja. Namun begitu pada tahun
1881, beliau pernah juga mengarahkan supaya semua tanah milikan peribumi
perlu disemak terlebih dahulu sebelum penghijrahan orang Cina secara
beramai-ramai ke Borneo Utara.
Pada tahun 1883, Sir William Treacher hampir terpaksa melepaskan jawatannya
akibat kecuaian dalam menyimpan rekod kewangan Syarikat di beberapa
kawasan. Walau bagaimanapun Pengerusi syarikat, Alfred Dent yang sedang
melawat Borneo Utara selama enam bulan pada masa itu, telah memberi
sokongan penuh terhadap pelaksanaan tugas Treacher. Berikutnya, Treacher
dan Dent telah mencapai persetujuan dengan pihak Syarikat supaya
peruntukan belanjawan pengurusan dikurangkan kepada sebanyak £35,000
setahun. Selepas itu, Treacher terpaksa mengawasi pentadbirannya dengan
menubuhkan sebuah muzium peringatan tetapi rancangan ini terpaksa dibatalkan
sebab dana yang terkumpul tidak mencukupi. Selaku Gabenor, Treacher
telah mencadangkan tindakan alternatif dengan mendirikan sebuah Menara
Jam Jubilee di Sandakan.
Treacher menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Gabenor Borneo Utara
pada Julai 1887. Berikutnya, beliau telah dilantik ke jawatan Setiausaha
Kerajaan di negeri Perak pada 1888. Beliau dianugerahkan C.M.G. (Com-
mander Order of British Empire) pada tahun 1890. Pada tahun 1892, beliau
dilantik sebagai Residen British di Selangor sehingga tahun 1896. Beliau
kemudiannya dipindah balik ke Perak, kali ini sebagai Residen dan beliau
memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1902. Di antara tahun 1897 dan
1901, Treacher juga pernah memangku jawatan Residen Jeneral bagi
Persekutuan Negeri-Negeri Melayu. Pada tahun 1902, beliau telah dilantik
dengan rasminya sebagai Residen Jeneral Persekutuan Negeri-Negeri Melayu
bagi menggantikan Sir Frank Swettenham.

Sir William Hood Treacher telah bersara pada tahun 1904 dan beliau
dianugerahkan K.C.M.G. (Knight Grand Cross of St. Michael and St. George).
Beliau meninggal dunia pada 3 Mei 1919 semasa berusia 69 tahun.
Penerbitan/Karya
"Genealogy of the Royal Family of Brunei",
Journal of Straits Branch ofthe Royal Asiatic Society, Jun 1885 (No. 15)

Pada tahun 1884 dan 1885, beliau telah menterjemahkan teks "Salasilah
Brunei" ke bahasa Inggeris dalam tiga bahagian yang diterbitkan dalam
British North Borneo Herald.

"Notes on Gutta Percha" bersama dengan F.W. Burbidge dan H.J. Murton,
Journal of Straits Branch ofThe Royal Asiatic Society, Julai 1879 (No. 3)

"British Borneo: Sketches ofBrunei, Sarawak, Labuan and North Borneo",


Journal of Straits Branch ofThe Royal Asiatic Society, Jun 1890 (No. 21)
Jawatan
Pemangku Gabenor Borneo Utara (Pegawai Pentadbir Kerajaan) (April
1887-Mac 1888)

Biodata
William Maunder Crocker berasal dari Devonshire, England. Beliau menerima
pendidikan di sebuah sekolah persendirian yang terletak di Plymouth,
England. Crocker melangsungkan perkahwinan pada tahun 1878 dengan
Eleanor Jane Burton, iaitu anak perempuan sulung kepada Captain Peter
Gapper. Mereka dikurniakan lima orang anak lelaki. Crocker gemar menembak.

Pada awal tahun 1864, Crocker telah berkenalan dengan Sir James Brooke
yang membawanya menyertai pentadbiran awam Sarawak. Beliau kemudiannya
telah menjadi salah seorang kakitangan Sir Charles Brooke yang paling
berpengalaman dan amat dipercayai. Sepanjang 17 tahun perkhidmatannya
di Sarawak, beliau pernah memegang jawatan seperti Akauntan, Juruaudit,
Majistret Polis dan Residen Division Pertama. Di antara tahun 1879-1880,
selaku pegawai terkanan, beliau telah diamanahkan supaya mentadbir Kerajaan
Sarawak semasa ketiadaan Rajah Brooke.

Crocker menyertai Syarikat Berpiagam Borneo Utara sejak penubuhannya


pada tahun 1881 dan merupakan pengurus perniagaan di pejabat London.
Semasa Crocker memangku jawatan Gabenor Borneo Utara, beliau selalu
berhati-hati dengan isu tentangan dari penduduk tempatan. Beliau juga
berusaha untuk menyelesaikan masalah kegiatan melanun di Semporna,
Darvel Bay agar keselamatan persekitaran terjamin dan lidak menjejaskan
aktiviti perdagangan.

Dalam tempoh perkhidmatan Crocker yang pendek di Borneo Utara, beliau


pernah menjemput Pesuruhjaya China, Jeneral Wong Yung Ho dan U Tsing
untuk melawat ke Sandakan pada tahun 1888. Mereka berpuas hati dengan
kebajikan imigran Cina di Borneo Utara dan mencapai persetujuan dengan
Crocker dan pihak Syarikat untuk terus membekalkan buruh Cina ke Borneo
Utara.

Sumbangan terbesar Crocker semasa beliau memangku jawatan Gabenor di


Borneo Utara ialah kejayaannya dalam membawa masuk modal asing dan
pelaburan dari Eropah. Penggalakan penanaman tanaman komersial yang
berorientasikan eksport seperti tembakau juga memajukan ekonomi di
Borneo Utara. Dalam tempoh pentadbirannya, Crocker telah membantu
melipatgandakan pendapatan keraiaan Borneo Utara. Selepas meninggalkan
Jawatan
Gabenor Borneo Uta?a (1888-1890)
Gabenor Borneo Utara dan Labuan (1890-1895)

Biodata
Charles Vandeleur Creagh yang dilahirkan pada tahun 1842 merupakan
anak sulung kepada Captain James Creagh, seorang pegawai Royal Navy
yang berasal dari Cahirbane, County Clare, England. Ibunya ialah Grace
Emily, anak perempuan 0'Moore dari Cloghan Castle, King's County. Creagh
berkahwin pada tahun 1892 derigan anak perempuan sulung Captain F.A.
Edwardes, seorang pegawai dalam Rejimen ke-30, yang berasal dari Rhydgors,
Carmarthenshire, Wales.

Creagh menerima pendidikan di Royal Naval School, New Cross. Selepas


itu, beliau melanjutkan pelajarannya di Eastman's di Southsea. Beliau
kemudiannya mendapat latihan guaman sebagai Barrister di Middle Temple.
Selepas menamatkan latihannya, Creagh menyertai perkhidmatan Pejabat
Tanah Jajahan British dan dihantar untuk berkhidmat di Asia di bawah
perkhidmatan Imperial Government of Indian Government Service. Sebab
itulah Creagh pandai bertutur dalam bahasa Hindi, Cina dan Melayu.
bawah Residen Sir Hugh Low. Selepas lima tahun, iaitu pada tahun 1888,
beliau telah dipinjamkan berkhidmat di Syarikat Berpiagam Borneo Utara
sebagai Gabenor dan Ketua Pegawai Kehakiman Borneo Utara. Apabila
Syarikat Berpiagam Borneo Utara mengambil alih pentadbiran Labuan,
Creagh turut dilantik menjadi Gabenor dan Ketua Komander di Labuan
secara rasminya pada 17 Disember 1889.

Semasa Creagh menjawat jawatan Gabenor Borneo Utara, beliau selalu


memberi tumpuan kepada isu tanah dengan berpandukan pengalaman beliau
semasa berkhidmat di Hong Kong dan juga di Perak. Creagh amat prihatin
terhadap pelaksanaan dan penyelarasan pentadbiran tanah yang mantap.
Bersama-sama dengan penolong barunya, L.P. Beaufort, seorang peguam
yang telah menyertai pentadbiran pada tahun 1889, Creagh telah mengawal
pendaftaran, pemilikan dan penjualan tanah dengan lebih ketat. Beliau juga
menyaran akan perlunya melindungi hak pemilikan tanah peribumi (In-
digenous Land Rights). Undang-undang seperti " T h e Village Adminis-
tration Proclamation of 1891" kemudiannya telah diwujudkan sebagai
pelaksanaan polisinya. Namun begitu, sebulan setelum Creagh bersara, isu
tentangan Mat Salleh merupakan satu-satunya titik hitam dalam usahanya
melaksanakan pentadbiran tanah peribumi. Perkara ini bermula apabila Creagh
membuka penempatan baru di Pulau Jamboangan di Pantai Timur yang
mengakibatkan pertembungan antara pihak Syarikat dengan masyarakat
tempatan sehingga tercetus pemberontakan yang diketuai oleh Mat Salleh.
Kerajaan Borneo Utara kemudiannya menghabiskan masa selama enam
tahun untuk meredakan pemberontakan tersebut.

Dalam sektor ekonomi, pentadbiran Creagh memberi tumpuan kepada


penanaman tembakau. Pembukaan estet tembakau telah bertambah dengan
pesatnya pada penghujung dekad 1880-an. Selain itu, Creagh juga telah
memberi perhatian penuh ke atas pentadbiran yang tidak tersusun dan kesan
buruk yang timbul akibat masalah ini.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Creagh pernah memohon cuti selama


16bulanbermuladariApril 1891 sehingga Ogos 1892. Semasa ketiadaannya,
L.P. Beaufort telah memangku jawatan Gabenor dan Alexander Cook selaku
Bendahari Awam pula mengambil alih pentadbiran Sekretariat Kerajaan.
Pada tahun 1892, Creagh telah mengumpul spesis bunga Myrtaceae (Eugenia
Grandis Wight) dari Sabah dan sampelnya telah dihantar ke New York
Botanical Garden (Spc. Id.: 415152).

Creagh terus berkhidmat di Borneo Utara sehingga persaraan beliau pada


tahun 1895. Beliau meninggal dunia pada 18 November 1917 ketika berusia
75 tahun di kediamannya yang terletak di Charlton Road, Blackheath di
England.
Jawatan
Gabenor Borneo Utara dan Labuan (1895-1900)

Biodata
Sir Leicester Paul Beaufort merupakan anak kedua kepada Reverend D.A.
Beaufort dan Emily Nowell. Datuknya ialah Admiral Sir Francis Beaufort
K.C.B., F.R.S. yang merupakan seorang juruhidrografi dalam tentera laut
British. Ibunya, Emily Nowell ialah anak perempuan Sir John F. Davis,
K.C.B., D.C.L., Plenipotentiary (Wakil penuh Britain) di China dan Gabenor
Hong Kong.

Beaufort menerima pendidikan di Westminster dan Queen's College,


Oxford University di England di mana beliau memperoleh Master of Arts
dan Bachelor of Civil Law. Beliau kemudiannya diterima menjadi peguam
dan seterusnya dilantik sebagai Ahli Lembaga London School.

Beaufort telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1883 dengan Edith M.
Griffith, anak perempuan Reverend C.H. Griffith, B.A., F.R.M.S., dari
Strathfield Turgis, Hants. Beliau suka menembak, memancing dan bermain
golf.
perkhidmatan Gabenor Vandeleur Creagh tamat, Beaufort telah dilantik
sebagai Gabenor Borneo Utara dan Labuan.
Sepanjang perkhidmatannya di Borneo Utara, Beaufort sering mengkritik
ketidaksesuaian polisi Syarikat Berpiagam, di antaranya termasuk isu
pengutipan cukai daripada penduduk tempatan. Beliau berpendapat bahawa
pihak Syarikat tidak harus memungut cukai daripada komuniti Borneo Utara
sebelum dapat menjamin perlindungan penduduk. Beaufort juga menerima
Medal Jubilee pada tahun 1887.
Pada tahun 1898, William Clarke Cowie selaku Pengurus Pemasaran Syarikat
Berpiagam Borneo Utara telah membawa sekumpulan penduduk peribumi
dari Long Bawang ke sebidang tanah yang berdekatan dengan Sungai Padas
untuk membuka sebuah penempatan baru. Penempatan tersebut yang terletak
di bahagian Selatan Pantai Barat, Borneo Utara mempunyai keluasan lebih
kurang 1,735 kilometer persegi. Cowie menamakan kawasan ini "Beaufort"
bagi memperingati persahabatan beliau dengan Gabenor L.P. Beaufort. "Beaufort"
masih kekal sehingga hari ini dan ia merupakan salah sebuah daerah yang
terpenting di Sabah.
Cabaran utama yang terpaksa diatasi Beaufort semasa menjadi Gabenor
Borneo Utara ialah masalah pemberontakan Mat Salleh. Pelbagai percubaan
telah dilakukan oleh Beaufort dan pegawainya untuk cuba menawan Mat
Salleh tetapi semuanya gagal.
Pada 19 April 1898, W.C. Cowie bertemu dengan Mat Salleh dan bersetuju
untuk berjumpa dengannya pada hari berikutnya bersama Gabenor di kampung
halaman Pengiran Kahar di Sungai Menggatal, sebuah daerah yang belum
diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Justeru itu, Cowie,
Beaufort bersama-sama A.C. Pearson dan P. Wise pergi berjumpa dengan
Mat Salleh di Menggatal tanpa membawa senjata. Susulan kepada perjanjian
damai tersebut, Syarikat ini berjaya memperoleh kawasan baru yang diserah
oleh Sultan Brunei sebagai ganti rugi kerana bantuannya kepada Pemberontakan
Mat Salleh. Kawasan baru yang dimaksudkan adalah Mengkabong, Menggatal,
Inanam, Api-Api (sekarang Kota Kinabalu), Kuala Lama dan semua bahagian
sungai ke utara Padas kepada Syarikat Borneo Utara.
Bendera Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah dikibarkan di Menggatal
pada 22 April 1898. Selepas upacara tersebut, Mat Salleh muncul dengan
bendera putih dan menyerah diri kepada pihak kerajaan di depan khalayak
Walau bagaimanapun, masalah Pemberontakan Mat Salleh terus berlarutan
manakala keadaan ekonomi makin merunsing. Beaufort dikecam hebat di
atas kegagalannya menangani keadaan tersebut lalu meletakkan jawatan
Gabenor pada 7 Ogos 1899.
Selepas meninggalkan Borneo Utara, Beaufort telah dilantik pada tahun
1901 sebagai Hakim Besar Timur Utara Rhodesia. Pada tahun 1911 beliau
dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Rhodesia Utara selepas
penggabungan Timur Laut dan Barat Laut Rhodesia.

Pada tahun 1918 apabila beliau bersara, Beaufort telah dikurniakan anugerah
K.C.M.G. (Knight Grand Cross of St. Michael and St. George) yang
membawa gelaran "Sir". Beliau terus tinggal di Africa dengan menetap di
Wynberg, Cape Colony dan meninggal dunia di situ pada 13 Ogos 1926
semasa berusia 73 tahun.
Jawatan

Gabenor Borneo Utara dan Labuan (Disember 1899-Mac 1901)

Biodata

Sir Hugh Charles Clifford dilahirkan pada 5 Mac 1866. Beliau ialah anak
lelaki sulung kepada General The Hon. Sir Henry Clifford, V.C., C.B.,
K.C.M.G.

Clifford telah berkahwin dengan anak perempuan kepada Gilbert a' Beckette
pada tahun 1896 tetapi isterinya telah meninggal dunia pada tahun 1907.
Clifford kemudiannya berkahwin dengan Lady Clifford (C.B.E., 1918)
pada tahun 1910. Lady Clifford merupakan seorang pengarang drama dan
buku yang agak terkenal. Sebahagian besar karyanya telah dihasilkan antara
tahun 1894-1910.

Clifford telah tiba di Tanah Melayu pada tahun 1883 ketika beliau berusia
17 tahun dan menyertai Perkhidmatan Awam Perak di bawah Sir Hugh Low.
Beliau dilantik sebagai Pemungut Hasil Tanah di Kuala Kangsar, Perak
pada tahun 1885. Pada tahun 1887-1888, beliau ditugaskan sebagai Ejen
Kerajaan Pahang dan pada tahun 1889, beliau dinaikkan pangkat sebagai
Superintenden Ulu Pahang. Clifford pernah memangku jawatan Pemungut
Atas sanjungan daripada pelbagai pihak dan rekod gemilang yang tercatat di .
Pejabat Tanah Jajahan, Clifford telah dipinjam dan dilantik oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara sebagai Gabenor British Borneo Utara dan Labuan
pada Disember 1899. Beliau dikenali sebagai seorang yang sungguli beremosi,
dan pentadbirannya di Borneo Utara dikatakan berbentuk reformasi.

Peristiwa yang paling penting sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai


Gabenor ialah kejayaannya mengalahkan Mat Salleh dan kebakaran yang
berlaku ke atas kubu pertahanan Mat Salleh pada 3 Februari 1900. Langkah
ini berikutan dengan kematian Mat Salleh dan sekali gus menamatkan
penentangan Mat Salleh terhadap Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Dengan
mengimbas kembali kepada masalah yang dihadapi oleh Syarikat Berpiagam
Borneo Utara, Clifford berpendapat bahawa pegawai-pegawai Syarikat perlu
dilatih untuk bertutur dalam bahasa tempatan khususnya bahasa Dusun dan
bahasa Bajau demi memahami keadaan masyarakat setempat. Clifford juga
selalu mengesyorkan agar Syarikat dapat membantu dalam pembangunan
penempatan orang Bajau dan perkembangan kegiatan pertanian seperti
penanaman padi. Beliau juga mengambil berat terhadap isu penyalahgunaan
arak dan isu-isu lain dalam kehidupan harian orang tempatan.
Walau bagaimanapun, berikutan dengan lemparan kritikan terhadap langkah
yang diambil oleh Clifford dalam menangani kes Pemberontakan Mat Salleh,
ditambah pula dengan bantahan beliau terhadap rancangan William Cowie
(Pengarah Syarikat) untuk membina landasan kereta api yang memakan kos
yang terlalu tinggi, Clifford telah meletak jawatan sebagai Gabenor Borneo
Utara pada bulan Mac 1901.

Antara April tahun 1901 dan September tahun 1904, Clifford sekali lagi
dilantik menjadi Residen Pahang. Kemudian pada tahun 1904, beliau telah
dan kemahiran mengenai bahasa, kebudayaan dan cara hidup orang Melayu
yang begitu mengkagumkan. Clifford banyak mengarang. Pengalaman dan
cabaran yang dilalui sepanjang tempoh perkhidmatannya, telah memberi
beliau idea dalam penulisan buku mengenai Tanah Melayu. Antara karya
yang terkenal ialah seperti In Days That Are Dead. Beliau juga mengarang
novel yang berjudul Sally, A study, Salleh dan A Sequel. Kadang-kala karya
Salleh disalah faham apabila ceritanya dikaitkan dengan Pemberontakan
Mat Salleh.

Pada Mac 1927, Clifford telah dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri


Selat dan juga Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di
Malaya untuk menggantikan Sir Laurence Guillemard. Clifford terpaksa
meletakkan jawatannya pada tahun 1929, kerana Lady Clifford sedang sakit
tenat dan peraturan pentadbiran melarang seorang pegawai Kolonial
mengambil cuti yang terlalu lama.

Clifford pernah dianugerahkan K.C.M.G. (Knight Commander ofSt. Michael


and St. George) pada tahun 1909 dan G.C.M.G. (Knight Grand Cross of
St. Michael and St. George) pada tahun 1921. Beliau meninggal dunia pada
tahun 1941.
Jawatan

Gabenor Borneo Utara dan Labuan (1901-1904)

Biodata
Sir Ernest Woodford Birch dilahirkan pada 29 April tahun 1857. Beliau
merupakan anak kepada J.W.W. Birch, Setiausaha Kolonial Negeri-Negeri
Selat dan Residen British Perak yang telah dibunuh oleh penduduk Pasir
Salak, Perak pada bulan November 1875. E.W. Birch telah mendapat pendidikan
di Sekolah Elstree, Harrow.
Pada tahun 1882, Birch telah berkahwin dengan Margaret Niven, iaitu anak
perempuan kepada Laurence Niven. Mereka dikurniakan dua orang anak
lelaki dan empat orang anak perempuan. Birch suka bermain kriket dan
beberapa jenis sukan yang lain.
Birch menyertai perkhidmatan Kolonial di Negeri-Negeri Selat sebagai pegawai
kadet pada tahun 1876. Pada tahun 1879, beliau berkhidmat dalam pentadbiran
awam Pejabat Tanah Jajahan (Colonial Office) dan selepas lulus Peperiksaan
Bahasa Melayu, Birch seterusnya berkhidmat dalam pelbagai kapasiti di
Singapura dan Melaka sehingga tahun 1882. Antarajawatan yang dipegangnya
adalah sebagai Majistret, Pemungut Hasil dan Ketua Jabatan Tanah. •
tahun 1904. Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Gabenor di Borneo
Utara, Birch memainkan peranan yang penting dalam membangunkan
perkhidmatan kereta api khususnya menghubungkan kawasan pedalaman
dari Sungai Padas sampai ke Jesselton. Antara sumbangan utama Gabenor
Birch ialah membangunkan kawasan Pantai Barat Sabah. Bcrpandukan
perkembangan sistem kereta api yang sedang dibangunkan, Birch menggalakkan
para pemodal Eropah untuk membuka estet bagi penanaman getah di kawasan
sepanjang landasan kereta api.

Birch juga telah menyusun semula sistem kehakiman dengan menyediakan


Mahkamah Tinggi (Mahkamah Rayuan tertinggi), Mahkamah Sesyen dan
Mahkamah Majistret Kelas Tiga. Beliau juga telah melaksanakan pembaharuan
dalam sistem cukai tennasuk memperkenalkan lesen peniaga dan Iesen
anjing yang dibela serta menyelaraskan sistem pengutipan cukai.
Birch mengambil perhatian berat terhadap isu tanggungan hutang yang tinggi
di kalangan masyarakat peribumi di Ulu Kinabatangan. Beliau mengambil
langkah menghantar Setiausaha Kerajaan untuk menyelia perniagaan di
tamu bagi mengawal penawaran pinjaman. Justeru beliau mengarahkan supaya
lesen perniagaan dikuatkuasakan untuk para peniaga dan semua rekod transaksi
perniagaan perlu dicatat. Birch juga terkenal dengan pembaharuan dalam
sistem pentadbiran tanah. Sistem merekod tanah milikan peribumi (Native)
juga diperkenalkan. Pada tahun 1903, beliau memperkenalkan Land Procla-
mation 1903 supaya dapat merekod saiz ukuran atau keluasan tanah serta
mewujudkan proses melulus pemilikan tanah. Maka bermulalah reformasi
penting dalam pentadbiran tanah di Borneo Utara.

Birch juga disenangi oleh masyarakat tempatan Borneo Utara. Beliau mempunyai
hubungan erat dengan masyarakat Cina. Apabila pengusaha utama Cina,
Chee Swee Cheng membuka sebuah estet baru di Beaufort untuk penanaman
keladi, beliau telah menamakan estet tersebut Woodford Estate sempena
nama tengah Gabenor Birch.

Setelah meninggalkan perkhidmatan Syarikat Berpiagam Borneo Utara, Birch


seterusnya ditugaskan semula sebagai Residen di Perak sehingga tahun
1910. Pada tahun 1927, beliau dilantik menjadi Pengerusi Liga Seberang
Laut; pada masa itu, Birch juga merupakan Datuk Bandar Bexhill, East
Sussex, England.

Birch meninggal dunia pada tahun 1929 ketika berusia 72 tahun.


Jawatan

Gabenor Borneo Utara dan Labuan (1904-1906)


Gabenor Borneo Utara (1907-1911)

Biodata

Edward Peregrine Gueritz dilahirkan pada 18 Disember 1855. Beliau merupakan


anak lelaki kepada Reverend M. Gueritz dan Anne Derby. Beliau mendapat
pendidikan secara persendirian di St. Andrew's Collegiate School, Stoke
Newington.

Gueritz berkahwin dengan isteri pertamanya, Annie Maria Cole yang merupakan
anak perempuan kepada Maurice Cole dari Paston Hall, Peterborough pada
tahun 1886. Annie Maria telah meninggal dunia pada tahun 1930 dan mereka
mempunyai seorang anak perempuan bernama Violet (yang kemudiannya
telah berkahwin dengan A.C. Pearson, Gabenor Borneo Utara dari tahun
1915-1922 dan dari tahun 1925-1926). Gueritz kemudiannya telah berkahwin
sekali lagi dengan Louisa iaitu balu kepada Dr. R.T. Finch pada tahun 1931.

Gueritz mula menyertai perkhidmatan awam di Sarawak antara tahun 1874-


1877, beliau dikatakan dipengaruhi oleh abang sulungnya, George Gueritz
yang menyertai perkhidmatan awam di Sarawak sejak tahun 1870 lagi. Pada
pada tahun 1884 sebab polisi kerajaan yang ingin mengurangkan kakitangan
pengurusan. Beliau kemudiannya bertukar untuk menyertai pentadbiran awam
Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan berjawatan sebagai Pemungut
Hasil Tanah dan Majistret di Sungai Ujong dan Jelebu, Negeri Sembilan.
Sekali lagi beliau kembali ke Borneo Utara untuk bertugas pada tahun 1885.
Sepanjang tempoh sebelum beliau dilantik secara formal sebagai Setiausaha
Kerajaan pada tahun 1898, beliau pernah ditugaskan dengan jawatan yang
berlainan seperti Pegawai Kerajaan, Majistret Daerah, Residen, Ketua Pos
Besar, Ahli Majlis Perundangan Negeri, Ahli Mahkamah Tinggi, Hakim
Mahkamah Sesyen, Pemangku Setiausaha Gabenor, Timbalan Gabenor, Penguat
kuasa Jabatan Kerja Raya dan lain-lainnya. Beliau kemudiannya dilantik
sebagai Pesuruhjaya Kerajaan pada tahun 1899 manakala pada 1901, beliau
telah menjadi Pesuruhjaya Kehakiman. Semasa beliau dilantik Pesuruhjaya
Kehakiman, beliau telah menyusun dan mengeluarkan kompilasi pertama
mengenai Undang-undang Negeri berjudul "Proclamations and Notifica-
tion of the State of North Borneo, 1883-1902".

Pada tahun 1902, Gueritz telah dilantik menjadi Timbalan Gabenor British
North Borneo dan Labuan. Pada tahun 1904, beliau dinaikkan pangkat
menjadi Pemangku Gabenor dan seterusnya Gabenor dan Pegawai Pemerintah
Borneo Utara dan Labuan secara rasmi pada 6 Disember 1904. Pada
penghujung tahun 1910 semasa beliau bercuti, Gueritz telah mengambil
keputusan untuk tidak kembali ke Borneo Utara lagi. Menantunya, A.C.
Pearson telah memangku jawatan Gabenor pada masa itu. Beliau mengumumkan
keputusannya untuk bersara pada 1 Januari 1911 dan terus menerima pencen
£500 setiap tahun. Beliau kemudiannya digantikan oleh F.R. Ellis sebagai
Gabenor.

Gueritz dikatakan sebagai seorang yang konservatif, serius, pendiam dan


penyabar. Beliau tekun bekerja sehingga pernah jatuh sakit akibat terlalu
letih pada tahun 1905. Beliau berpendapat bahawa perkembangan ekonomi
yang terlalu cepat memerlukan pembaharuan dalam sistem pentadbiran
kerajaan supaya ia dikendalikan dengan lebih berkesan.

Semasa Gueritz dilantik menjadi Gabenor di Borneo Utara, kedudukan kewangan


negeri tidak stabil dan keadaan ini memaksa beliau mengurus pentadbiran
Sepanjang tempoh perkhidmatan Gueritz di Borneo Utara, beliau telah
mewujudkan muzium pertama Negeri Sabah. Minat beliau dalam mengumpul
maklumat, etnografi, pakaian dan pelbagai jenis senjata yang digunakan oleh
penduduk etnik Borneo serta barangan bernilai sejarah membantu mewujudkan
muzium tersebut. Kediaman peribadinya, yang dinamakan "Sabah", terletak
di ByAeet, Surrey, England telah menjadi muzium untuk menyimpan koleksi
sejarah Sabah. Selain itu, Gueritz suka mengarang dan mencatat nota,
sehingga menghasilkan beratus-ratus artikel yang mencatatkan cerita sepanjang
37 tahun beliau berada di luar England. Namun, "Sabah" telah mengalami
kebakaran yang serius pada 5 Mei 1916 dan hampir semua koleksinya yang
bernilai telah musnah.

Gueritz gemar menembak dan bermain tenis. Terdapat satu pertandingan


menembak dinamakan "Gueritz Rifle Shooting Shield". Beliau juga suka
menanam pokok bunga untuk menghiaskan ruangan di depan rumah kerajaan
di Sandakan.

Gueritz meninggal dunia pada 3 Ogos 1938 di kediamannya "Labuan" yang


terletak di Seaton, Devon, England semasa berusia 84 tahun.
COOK, Alexander
Jawatan

Pemangku Gabenor Borneo Utara [Pegawai Pentadbir Kerajaan] (1907).

Biodata
Alexander Cook telah dilahirkan di Scotland. Beliau merupakan antara
pegawai Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang paling awal berkhidmat di
Borneo Utara. Beliau memulakan kerjayanya pada 15 Oktober 1880 sebagai
Penolong Juruaudit kepada "Provisional Association of North Borneo",
iaitu badan yang berfungsi sebelum tertubuhnya Syarikat Berpiagam Borneo
Utara (SBBU) pada tahun 1881. Sejak 1881, Cook telah dilantik sebagai
bendahari dan pegawai kewangan, merangkap juruaudit kepada Pentadbiran
Syarikat Berpiagam Borneo Utara sehingga persaraan beliau pada tahun
1908.

Pada tahun 1881, Cook bertugas sebagai setiausaha peribadi kepada Gabenor
William Treacher yang merupakan Gabenor pertama di Borneo Utara. Selain
itu beliau juga pernah menyandang jawatan Majistret, Pegawai Daerah,
Pegawai Kastam dan pegawai pengawas sistem pajak gadai (Revenue
Farm) di Sandakan. Pada tahun 1892, beliau telah memangku jawatan
Setiausaha Kerajaan. Pada penghujung perkhidmatan beliau, Cook dilantik
menjadi Timbalan Gabenor semasa jawatan tersebut baru sahaja diwujudkan.
Cook memangku jawatan Gabenor di antara bulan Mac hingga Mei 1'Wl
semasa keberangkatan pulang Gabenor Hugh Clifford, dan sekali lagi p!
13 Februari hingga April 1905 dan di antara bulan Mac hingga Novgjnber'
1907 semasa ketiadaan Gabenor E.P. Gueritz.

Pada tahun 1893, semasa beliau masih memegang jawatan sebagai Bendahari,
Cook turut dilantik sebagai Pegawai Daerah dan pegawai yang mengei{^y§^HiP
hal-ehwal peribumi di Sandakan. Melalui pelantikan ini, CocflPM&ttiON
Ya RA s A M
66 r.EPIMPINAN
P E R O A N A
berkesempatan untuk berkenalan dengan ramai orang tempatan. Semasa
memegang jawatan ini, Cook telah cuba mewujudkan suatu peraturan
pelaksanaan sistem perkahwinan peribumi beragama Islam di Pantai Timur.

Ketika menyandang jawatan sebagai Bendahari Syarikat Berpiagam Bomeo


Utara, Cook telah melibatkan dirinya dalam perniagaan tempatan dan telah
sempat memperoleh hartanah dan bangunan yang agak bernilai di Sandakan
serta ladang kelapa yang terletak di Bokhara. Penglibatan Cook dalam
perniagaan sememangnya melanggar peraturan pentadbiran dan telah membawa
kepada beberapa persoalan konflik kepentingan atau 'conflict of interests'.
Di antara pegawai yang mengambil berat dan mengkritik penglibatan Cook
dalam perniagaan ialah E.P. Gueritz. Akibatnya persengketaan telah tercetus
di antara kedua-dua tokoh ini yang merupakan perintis dalam pentadbiran
awal Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Seorang lagi pengkritik kuat terhadap
aktiviti perniagaan Cook ialah William Pryer, Pengasas Sandakan.
Cook juga dikritik keras oleh para pegawai Eropah yang lain atas kegagalannya
menghalang kemaraan Mat Salleh dan pengikutnya memasuki Sandakan
pada tahun 1894. Pada masa tersebut, Gabenor Beaufort tidak berada di
Sandakan dan Cook adalah pegawai tadbir paling kanan di Sandakan. Ada
Pryer, isteri kepada William Pryer, dan seorang pengarang, menyifatkan
tindakan Cook ketika itu sebagai seorang pengecut.
Sebagai Pemangku Gabenor dalam tahun 1907, Cook telah melawat kawasan
di Pantai Barat dan juga Pantai Timur, termasuk ke lombong arang batu di
Silimponpon, Tawau.
Ketika Cook menjawat jawatan Bendahari, tandatangannya tertera di atas
muka wang kertas yang dikeluarkan oleh Kerajaan Borneo Utara.
Setelah berkhidmat selama 28 tahun, Cook bersara pada 16 November 1908.
Cook sakit tenat semasa beliau bersara dan ramai yang beranggapan bahawa
beliau tidak akan sempat kembali ke England. Walau bagaimanapun, Alexander
Cook bukan sahaja sempat kembali ke England tetapi terus hidup sehingga
30 tahun lagi. Beliau telah meninggal dunia pada 16 Jun 1938 di Bedford,
England.
Jawatan
Gabenor Borneo Utara (1915-1922; 1925-1926)

Biodata
Alymer Cavendish Pearson dilahirkan pada 5 Ogos 1876. Beliau merupakan
anak lelaki kedua kepada Colonel Hugh Pearson, C.B., dan Ellen Thomas.
Pearson mendapat pendidikan di Felsted School, Trinity College di Dublin.
Beliau berminat memasuki bidang ketenteraan dan lulus dengan cemerlang
bagi kemasukan Akademi Tentera Diraja Woolwich, tetapi malangnya beliau
telah gagal dalam pemeriksaan mata. Pearson merupakan pegawai kadet
Syarikat Berpiagam Borneo Utara pertama yang sempat menjadi Gabenor.
Beliau juga sering kali dikenal sebagai seorang yang pemalu dan pendiam.

Pearson telah berkahwin pada tahun 1907 dengan Violet, iaitu anak perempuan
kepada Edward Peregrine Gueritz, Gabenor Borneo Utara pada masa tersebut.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Pearson memasuki perkhidmatan Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada
tahun 1897 bermula dengan jawatan sebagai kadet di Pejabat Bendahari di
Sandakan. Seterusnya beliau ditugaskan di Semenanjung Keppel sebagai
Majistret Kelas Tiga. Selepas lulus Peperiksaan Rendah dan Tinggi Bahasa
Melayu, Pearson ditugaskan di Jabatan Bendahari dan seterusnya dinaikkan
pangkat sebagai Penolong Bendahari dan kemudiannya Pegawai Penguasa
di Kudat pada tahun 1901. Beliau terus bertugas di Marudu, Beaufort, Ki <lat
dan Pantai Dalam dalam portfolio yang berlainan seperti sebagai MajisL, at
Kelas Dua, Bendahari, Pegawai Daerah, Ahli Majlis Perundangan, H ml
Mahkamah Sesyen, Pemangku Pesuruhjaya Kehakiman, Setiausaha kepada
Gabenor di sepanj ang tahun 1901-1909.

Pada tahun 1910, Pearson buat pertama kalinya bertugas sebagai PepjaPg^mn a
Gabenor Borneo Utara setelah persaraan Gabenor E.P. Gueritz. Setdrfen|a;
yn YAYASAU
KEP1MPINAH
PEROANA
pada tahun 1911, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan. Beliau
juga pernah menjadi Ahli Rasmi Majlis Perundangan Negeri yang telah
ditubuhkan pada tahun 1912. Pada tahun yang sama, Pearson telah dihantar
ke Pejabat Tanah Jajahan untuk dilatih menyediakan laporan bagi tugas
Gabenor. Beliau telah melawat Hong Kong, Tanah Melayu dan Ceylon
untuk meneliti pentadbiran Kolonial di tempat-tempat tersebut.

Pada tahun 1908, Pearson bertanggungjawab menghasilkan sebuah laporan


yang amat kritikal mengenai sistem pemungutan cukai tanah daripada
masyarakat peribumi. Beliau mendapati bahawa masyarakat peribumi tidak
puas hati ke atas pembayaran cukai atau sewa tanah.
Jawatan
Gabenor Borneo Utara (1911-1912)

Biodata
Francis Robert Ellis telah dilahirkan di Ireland pada 5 Mei 1849. Beliau telah
menghabiskan masa awalnya di Ceylon (Sri Lanka) sebelum menyertai
perkhidmatan awam di Ceylon pada 2 September 1871. Pada tahun 1876,
Ellis dilantik menjadi Pegawai Kelas IV dan kemudiannya menjadi Majistret
dan Assistant Government Agentship sehingga tahun 1882.

Pada tahun 1891, Ellis telah dilantik menjadi pegawai yang bertanggungjawab
ke atas pasukan polis dan penjara Ceylon. Pada masa yang sama, beliau
juga memegang jawatan sebagai Principal Collector of Customs. Ketika
itulah Ellis sempat berkenalan dengan Sir West Ridgeway yang turut berkhidmat
di Ceylon. Beliau telah menjadi Pembantu Kanan kepada Sir West Ridgeway
yang kemudiannya menjadi Pengerusi Syarikat Berpiagam Borneo Utara di
London. Pada tahun 1897, Ellis dilantik ke jawatan Pegawai Tadbir Kelas
Satu dan dipertanggungjawabkan mentadbir suatu wilayah. Ellis telah dikurniakan
anugerah C.M.G. (Companion of the Most Distinguished Order of St.
Michael and St. George) pada tahun 1906 bagi mengiktiraf jasanya dalam
perkhidmatan Koloni British selama 33 tahun.
langkah memperkenalkan cukai ke atas pembuatan dan penggunaan atau
pengambilan arak tempatan termasuk tapai. Langkah yang tidak popular ini
telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dan merupakan salah satu faktor
yang menyumbang kepada tercetusnya pemberontakan Murut di Rundum
pada tahun 1915.
Selain itu, Ellis telah mengarahkan pemindahan tanah perkuburan orang
Bajau yang terletak di kawasan berdekatan dengan Rumah Kerajaan (Kediaman
Rasmi Gabenor) di Jesselton. Tindakan ini bertujuan untuk membina jalan
laluan baru ke Rumah Kerajaan tersebut. Mengikut kepercayaan, akibat
tindakan beliau, jalan baru berkenaan dan rumah Gabenor telah diganggu
hantu. Apabila Gabenor J.S. Mason yang menggantikan Ellis meninggal
dunia akibat terjatuh dari kuda di jalan yang sama, maka kepercayaan
terhadap sumpah tersebut tidak boleh diketepikan.
Langkah Ellis yang agak "eccentric" dan keras telah menimbulkan perasaan
tidak puas hati di kalangan pegawai Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan
membawa kepada beberapa bantahan dihantar kepada Pengerusi Syarikat
Berpiagam Borneo Utara. Selain itu, Ellis juga didapati bercanggah pendapat
dengan Sir West Ridgeway, yang menyebabkan beliau meletakkan jawatan
pada Julai 1912.
Ellis dikatakan sebagai seorang yang pendiam dan tidak suka aktiviti sosial
seperti berucap di khalayak ramai dan menghadiri jamuan. Beliau juga
dikenali sebagai seorang yang gemar aktiviti sukan, khasnya menembak.

F.R. Ellis meninggal dunia pada November 1916 semasa berusia 66 tahun.
Jawatan
Pemangku Gabenor Borneo Utara (Pegawai Pentadbir Kerajaan)
(1912-13; 1915-16; 1919; 1922; 1924; 1925-1926)

Biodata
Frederick William Fraser telah dilahirkan pada 28 November 1870. Beliau
merupakan anak lelaki kepada James C. Fraser dan mendapat pendidikan di
Sherborne dan Freiburg. Pada mulanya, Fraser berniat untuk memasuki
kerjaya ketenteraan.

Fraser memasuki perkhidmatan awam Syarikat Berpiagam Borneo Utara


pada Julai 1896 sebagai Kadet di Semenanjung Dent (Klias-Padas) dan
seterusnya sebagai Majistret Kelas Tiga. Selepas lulus peperiksaan bahasa
Melayu pada tahun 1898, beliau memangku jawatan Pegawai Daerah Keningau
dan dinaikkan pangkat sebagai Majistret Kelas Dua. Dalam tempoh tahun
1899-1902, Fraser terus berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di daerah
Keningau, Tambunan dan Province Clarke.

Selepas tahun 1903, Fraser mulai menceburi pentadbiran perundangan dengan


bertugas sebagai Hakim Mahkamah Sesyen. Di samping itu, beliau juga
menyandang jawatan Residen Pedalaman dan seterusnya Residen Pantai
Timur pada tahun 1909 serta Pemangku Residen Pantai Barat pada tahun
dari tahun 1912-13, seterusnya pada tahun 1915-16; tahun 1919, tahun 1922,
1924, 1925 dan tahun 1926.

F.W. Fraser diberikan penghormatan sebagai orang yang paling kerap memangku
jawatan Gabenor Borneo Utara. Namun beliau tidak pernah dilantik dengan
sepenuhnya sebagai Gabenor. Fraser dianugerahkan Commander of the Most
Excellent Order ofBritish Empire (C.B.E.) pada tahun 1923 dan beliau ialah
pegawai pertama dalam perkhidmatan awam Borneo Utara yang menerima
anugerah tersebut.

Fraser telah diutus supaya mewakili pihak Syarikat Berpiagam untuk


menghadiri Konvensyen Liga Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu "Opium
Conference" di Geneva pada tahun 1923 dan sekali lagi pada tahun 1924.

Pada 22 Januari 1927, Fraser telah menamatkan perkhidmatan awamnya di


Borneo Utara selepas berkhidmat selama 31 tahun. Selepas persaraan beliau,
Fraser pernah melawat Amerika Syarikat sebagai wakil Lembaga Pengarah
Syarikat Berpiagam Borneo Utara bagi membincangkan Perjanjian
Persempadanan bersama Amerika (Boundary Delimitation Treaty).
Fraser adalah di antara pegawai yang paling banyak berjasa dalam
memperluaskan pengaruh SBBU di kawasan pedalaman, khususnya di daerah
Keningau-Sook dan Tambunan. Melalui kedudukannya sebagai pegawai
SBBU di Keningau, Fraser berkesempatan untuk berjumpa dan mengenali
Mat Salleh, penentang SBBU yang utama pada penghujung abad ke-19.
Fraser telah ditugaskan oleh SBBU untuk berunding dengan Mat Salleh dan
pada masa yang sama, cuba mempertahankan kedudukan SBBU di kawasan
pedalaman. Apabila perundingan terbantut, SBBU telah membuat keputusan
untuk menghapuskan pemberontakan Mat Salleh.

Fraser meninggal dunia di London pada Jun 1936 ketika berusia 66 tahun.
Biodata
James Scott Mason telah menggantikan F.R. Ellis sebagai Gabenor dan
Ketua Komander Borneo Utara pada tahun 1912. Sebelum ini, Mason pernah
berkhidmat dengan pentadbiran awam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(FederatedMalay States). Jawatan beliau yang terakhir ialah sebagai Penasihat
kepada Sultan Kelantan, Tanah Melayu pada tahun 1909-1912.

Mason telah menyertai perkhidmatan awam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu


dan pernah menjawat jawatan Pemangku Pegawai Daerah Klang sebelum
dipilih untuk menjadi Penasihat British kepada Sultan Kelantan. Mason
telah tiba di Kota Bharu pada 15 Julai 1909 dan merupakan Penasihat
British yang pertama kepada Sultan Kelantan selepas negeri tersebut diserahkan
kepada British melalui Perjanjian Bangkok, Mac 1909.

Mason telah dilantik sebagai Gabenor Borneo Utara pada tahun 1912. Ma-
son hanya sempat menjawat jawatan Gabenor Borneo Utara selama lima
minggu sahaja sebab beliau meninggal dunia selepas terjatuh semasa
memperkenalkan suatu polisi pembangunan yang baru sebaik sahaja beliau
dilantik sebagai Gabenor Borneo Utara. Kematian beliau amat dirasai oleh
pegawai British Malaya dan Borneo Utara dan bagi memperingati jasa
beliau komuniti Eropah di Borneo Utara telah menghadiahkan sebuah Lactern
(tetingkat atau tempat letak Bible) yang diletakkan di Gereja All Saints' di
Jesselton.

Kematian Gabenor Mason pernah dikaitkan dengan kepercayaan suku kaum


Bajau, kononnya kuda yang ditunggangnya telah "diganggu hantu". Mengikut
cerita Gabenor sebelum Mason, iaitu Gabenor F.R. Ellis telah mengarahkan
supaya tanah perkuburan masyarakat Bajau yang berada berdekatan dengan
Rumah Kerajaan (Kediaman Rasmi Gabenor) di Jesselton dipindahkan untuk
membolehkan sebatang jalan dibina bagi menghubungkan Rumah Kerajaan
dengan Jalan Besar. Adalah dipercayai bahawa akibat tindakan Ellis, jalan
baru dan Rumah Kerajaan telah "diganggu hantu". Pada 6 Disember 1912,
Gabenor Mason sepatutnya memeriksa perbarisan pasukan Armed Con-
stabulary (Polis) di padang perbarisan di Victoria Barracks di Batu Tiga
(dekat Maktab Sabah). Mason sepatutnya datang dengan menunggang kudanya
tetapi beliau tidak sempat tiba ke Victoria Barracks kerana telah meninggal
dunia akibat terjatuh dari kudanya.
Biodata

Sir Joseph West Ridgeway dilahirkan pada tahun 1844. Beliau ialah anak
lelaki kepada Reverend Joseph Ridgeway dari Turnbridge Wells.

Ridgeway berkahwin pada tahun 1881 dengan Lina, iaitu anak perempuan
kepada Reverend Calverly Bewickem, J.R, D.L., dari Coulby Manor, York-
shire. Lina telah meninggal dunia pada tahun 1907 dan mereka mempunyai
seorang anak sahaja.

Ridgeway bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti dan merupakan ahli Kelab
Athenaeum, Boodle's Naval and Military Club dan Royal St. George's
Yacht Club. Beliau juga pernah memegang jawatan Naib Presiden Royal
Geographical Society dan Honorary Colonel, Ceylon Planters Rifle
Corps.

Ridgeway memulakan kerjayanya dalam tentera. Semasa Perang Afghanistan


pada tahun 1879-1880, Ridgeway merupakan Setiausaha Politik kepada
Ridgeway terlibat dalam perkhidmatan diplomatik dan di antara tahun 1886-
1887, beliau diarah menjalankan Tugas Khas Diplomatik di St. Petersburg,
Russia. Atas perkhidmatannya yang cemerlang, Ridgeway telah dinaikkan
pangkat menjadi Kolonel pada tahun 1887. Di antara tahun 1887-1893.
beliau adalah Duta Khas (Envoy Extraordinaire) ke Maghribi (Morocco).
Beliau juga berkhidmat dalam perkhidmatan tentera dan pentadbiran tli
India.

RIDGEWAY, Riglit Honorablc Sir


Joseph West Riglit,
P.C., G.C.B., GC.M.G,. K.C.S.l.
Gabenor Sementara Borneo Utara
(1913)

PEtrDANA
Sir West Ridgeway ketika melawat Sabah. IEADERSHIP
FOUNDATtON
TATAiAN
89 KEPIMPINAN
FEROKHA
Dari tahun 1893 dan 1895, Ridgeway telah dilantik sebagai Lieutenant
Governor di Isle of Man. Kemudian pada tahun 1896-1903, beliau telah
dilantik sebagai Gabenor dan Ketua Komander Tentera di Ceylon (Sri Lanka).

Ridgeway menyertai Lembaga Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara


pada tahun 1906 dan telah menjadi Pengerusi Syarikat Berpiagam Borneo
Utara pada tahun 1910, menggantikan Cowie yang baru meninggal dunia.
Beliau memegang jawatan tersebut hingga tahun 1926. Berbeza dengan
Cowie, Ridgeway mengamalkan dasar yang lebih tertumpu kepada pengawasan
perkembangan di Borneo Utara.

Ridgeway telah datang ke Borneo Utara pada tahun 1913 untuk mengambil
alih jawatan Gabenor Sementara berikutan kematian Gabenor J.S. Mason
secara tiba-tiba pada 6 Disember 1912. Sebelum ketibaan beliau di Borneo
Utara, A.C. Pearson adalah pegawai Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang
telah dihantar untuk latihan di bawah Pejabat Tanah Jajahan sebagai persediaan
bagi mengambil alih jawatan Gabenor suatu hari kelak. Pearson menawarkan
dirinya berhenti dari latihan tersebut dan kembali berkhidmat di Borneo
Utara. Namun pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah membuat
keputusan agar beliau meneruskan latihan dahulu. Oleh yang demikian,
Ridgeway, selaku pengerusi Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah diutus
ke Borneo Utara dan dipertanggungjawabkan ke atas pembangunan dan
kebajikan penduduk secara berterusan. Sementara Syarikat Berpiagam Borneo
Utara cuba mendapatkan pengganti yang sesuai kepada J.S. Mason.

Semasa Ridgeway berjawatan Gabenor Sementara, beliau telah cuba menyusun


semula struktur pentadbiran Ketua Anak Negeri di Borneo Utara dengan
membahagikannya kepada dua kelas (kemudian tiga) dalam pemberian surat
kuasa untuk mentadbir daerah yang berada di bawah pentadbiran Ketua
Anak Negeri.

Ridgeway pernah menerima beberapa anugerah sepanjang hayatnya. Antaranya


ialah Knight Commander of the Star of India (K.C.S.I.) pada tahun 1885,
Knight Commander of the Bath (K.C.B.) pada tahun 1891 Knight Grand
Cross ofSt. Michael & St. George (G.C.M.G.) pada tahun 1900 dan Knight
I

Jawatan
• Pemangku Gabenor Borneo Utara (Pegawai Pentadbir Kerajaan)
(1922)

Biodata
Henry William Lisbrian Bunbury telah dilahirkan pada 18 September 1876.
Beliau pernah mengambil cuti pada tahun 1921 untuk berkahwin semasa
beliau bertugas sebagai Pemangku Residen. Isteri beliau telah meninggal
dunia secara tragik disebabkan penyakit malaria pada tahun 1928 semasa
Bunbury menjadi Residen Sandakan. Bunbury kemudian bersara dan membawa
anak-anaknya pulang ke England.

Bunbury telah mula berkhidmat di Borneo Utara pada tahun 1900 sebagai
Kadet. Pada tahap awal, beliau bertugas di Sekretariat di bawah pentadbiran
Sir Hugh Clifford. Bunbury kemudian ditugaskan di Jesselton sebagai Penolong
Pegawai Daerah pada tahun 1901 dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai
Majistret Kelas Tiga. Selepas lulus peperiksaan Bahasa Melayu tahap rendah
dan tinggi, Bunbury telah dilantik sebagai Setiausaha kepada Gabenor.
Kerjaya pentadbiran awam Bunbury disambung dengan pelantikan beliau
sebagai Majistret Kelas Dua, Pemangku Pegawai Daerah, Penolong Pegawai
Daerah dan kemudiannya Majistret Kelas Satu di pelbagai daerah seperti
Jesselton, Lahad Datu, Sandakan, Beaufort, Pegalan Tambunan dan Keningau.
Sebagai Residen Pedalaman, Bunbury hadapi Pemberontakan Rundum yang
tercetus pada tahun 1915. Insiden ini bermula apabila Beloyong, seorang
ketua Murut, membina sebuah kubu di Sungai Tagul, sebagai bantahan
terhadap arahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara untuk membina laluan
'bridle'. Beloyong telah membuat bantahan kepada Bunbury. Namun beliau
tidak mengambil perhatian ke atas bantahan tersebut. Puak Murut kemudiannya,
telah menyerang pegawai daerah, N.P. Baboneau dan Superintenden Polis,
C.H. Pearson serta satu pasukan polis. Bunbury telah mengarah pasukan
yang lebih besar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selepas mengepung
kubu suku kaum Murut di Rundum, pasukan polis (Armed Constabulary)
telah berjaya menamatkan pemberontakan tersebut. Bunbury kemudiannya
telah dianugerahkan pingat "Rundum" oleh Kerajaan Syarikat Berpiagam
Borneo Utara pada tahun 1915.
Pada tahun 1922, Bunbury dilantik sebagai Timbalan Gabenor dan disusuli
dengan pelantikannya sebagai Pegawai Pentadbir Kerajaan dan Pemangku
Gabenor. Seterusnya beliau menjalankan semula tugas sebagai Pemangku
Setiausaha Kerajaan pada bulan Oktober dan kemudiannya sebagai Residen
Sandakan.
Pada tahun 1928, Bunbury telah bersara daripada jawatannya di Borneo
Utara. Bunbury boleh bertutur dalam bahasa Dusun dengan fasih dan
mempunyai pengetahuan yang amat luas khususnya tentang kawasan
pedalaman. Beliau bukan sahaja mengenali penduduk dan nama-nama mereka
malah sejarah dan susur galur keluarga mereka. Melalui hubungan yang
amat rapat ini, pentadbiran beliau disenangi rakyat tempatan dan dipercayai
tanpa menimbulkan rasa keraguan di kalangan mereka. Beliau menampilkan
ciri-ciri kepimpinan berhemah tinggi dan berbudi bahasa. Beliau juga bersikap
adil dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru sepanjang tempoh
perkhidmatannya.
Jawatan
Gabenor Borneo Utara (1913-1915)

Biodata
Cecil William Chase Parr telah dilantik sebagai Penasihat kepada Sultan
Kelantan dengan mengambil alih tugas J.S. Mason yang telah dilantik menjadi
Gabenor Borneo Utara pada tahun 1912. Kematian tragik Mason telah
mengejutkan pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) yang juga
menghadapi masalah mencari penggantinya. Ketika itu A.C. Pearson, calon
ke jawatan tersebut yang pernah memangku jawatan Gabenor masih mengikuti
latihan pentadbiran di Pejabat Tanah Jajahan. SBBU kemudian menawarkan
jawatan ini kepada Parr untuk menggantikan Mason. Sementara menunggu
ketibaan Parr ke Borneo Utara, Sir Joseph West Ridgeway selaku Pengerusi
Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menjalankan tugas sebagai Gabenor
Sementara.

Gabenor Parr tiba di Borneo Utara pada 10 April 1913. Kebetulan di masa
yang sama Sir West Ridgeway telah merombak dan memperkenalkan dasar
pengurusan dan pentadbiran yang baru demi menjamin pembangunan Borneo
Utara yang lebih pesat.

Parr pula memberi keutamaan terhadap polisi pentadbiran tanah dan pelaksanaan
Ordinan Tanah (Land Ordinance) yang diperkenalkannya pada tahun 1913,
Ordinan tersebut merangkumi pendaftaran tanah milikan peribumi, pengukuran
bahawa isu mabuk di kalangan penduduk tempatan perlu dikawal. Walau
bagaimanapun, usahanya dalam pemungutan cukai ini tidak berjalan dengan
lancar dan isu cukai ini telah bertambah runcing pada tahun 1915.

Parr juga merupakan orang yang pertama memperkenalkan idea untuk


membenarkan pegawai tempatan yang terdiri dari kaum Cina dan peribumi
memegang jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah atau Deputy Assis-
tant District Ojjicer (D.A.D.O.). Parr telah mula memberi tumpuan ke atas
isu perwakilan kaum peribumi dalam pentadbiran. Beliau mcmandang berat
terhadap perkara ini kerana Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mempunyai
pegawai Eropah yang mencukupi bagi mentadbir semua kawasan. Parr membuat
keputusan untuk melantik Timbalan Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun
yang sama, Parr telah menubuhkan Advisory Council for Native AJfairs
(Majlis Penasihat Hal-Ehwal Peribumi) sebagai salah satu cara untuk
menentukan penglibatan para Ketua Anak Negeri (Native Chiefs) dalam
pentadbiran. Penubuhan majlis ini merupakan satu langkah yang penting
dalam sejarah Sabah khususnya dalam memperkasakan kaum peribumi agar
mempunyai suara dan hak menjaga kebajikan kaum mereka sendiri.
Akibat daripada langkah-langkah tegas yang diperkenalkan oleh Parr, luahan
perasaan tidak puas hati makin bertambah. Pada tahun 1915, suku kaum
Murut telah memberontak di Rundum. Pemberontakan Rundum ini telah
merebak ke beberapa kawasan yang lain. Kerajaan Syarikat Berpiagam
Borneo Utara terpaksa bertindak dengan tegas terhadap pemberontak dan
ini membawa kepada pengepungan kubu Murut di Rundum dan akhirnya
menamatkan pemberontakan pada tahun 1915.

Parr akhirnya meletakkan jawatan sebagai Gabenor Borneo Utara pada


tahun 1915 kerana percanggahan pendapat dengan Lembaga Pengarah Syarikat
Berpiagam Borneo Utara. Seterusnya beliau menyertai semula Malayan
Civil Service.

Selepas meninggalkan Borneo Utara, Parr telah dilantik sebagai Residen


Pahang, suatu jawatan yang beliau pegang sehingga Julai 1921.

Parr meninggal dunia pada tahun 1943.


Jawatan
Gabenor Borneo Utara (1921 - 1925)

Biodata
Mejar-Jeneral Sir William Henry Rycroft telah dilahirkan pada 17 Februari
1861. Beliau ialah anak lelaki kedua kepada Sir Nelson Rycroft, 4th Bart.,
Kempshott Park, Basingstoke. Rycroft berkahwin pada tahun 1887 dengan
Grace Ronald, iaitu anak perempuan kepada F.N. Menzies dan mereka
dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Rycroft mendapat pendidikan di Eton dan Royal Military Academy di Sandhurst.


Setelah tamat latihan di Sandhurst, Rycroft ditauliahkan menyertai 71st
H.L.I. (Highland Light lnjantry) dan berkhidmat dalam pelbagai jawatan
termasuk Ekspedisi Nil, menyertai pasukan 7th Dragoon Guards dan dilantik
Deputy Assistant Adjutant General, York. Beliau juga menyertai 11 th Hussars
dan pernah berkhidmat di Afrika Selatan sebagai Pegawai Turus (Staff
Officer). Beliau kemudiannya menyertai Kempen Somaliland pada tahun
1902-1903 dan sebagai Komander kepada llth Hussars antara tahun 1904-
1908. Pada tahun 1911-1912, beliau memegang jawatan sebagai Pegawai
Turus di Afrika Selatan. Pada tahun 1913, Rycroft telah dilantik sebagai
Assistant Quarter Master General (A.Q.M.G.), Southern Command.
Pada 23 Oktober 1921, Rycroft telah dilantik menjadi Gabenor dan Pegawai
Pemerintah Borneo Utara dan beliau memulakan tugasnya pada tahun berikut.
Sejurus selepas ketibaan Rycroft di Borneo Utara, beliau telah memberi
tumpuan penuh dalam menjalankan tugas-tugasnya dan berusaha memahami
masalah yang dihadapi dalam negeri. Beliau membuat lawatan ke setiap
pelosok negeri dan berjumpa serta berkenalan dengan penduduk tempatan.
Beliau berjaya membuat lawatan yang lebih kerap berbanding dengan gabenor-
gabenor lain selepas Gabenor Gueritz (1903-1911).

Malangnya, Rycroft terpaksa meninggalkan tugasnya pada bulan April 1924


atas sebab kesihatan dan pulang ke England. Walaupun telah dinasihatkan
agar tidak kembali ke Borneo, pada September tahun yang sama, namun
Rycroft kembali semula ke Borneo Utara untuk meneruskan tugasnya.
Malangnya pada tahun 1925, beliau diserang penyakit lama sehingga terpaksa
berhenti daripada tugasnya untuk menerima rawatan di Singapura. Rycroft
terpaksa meletakkan jawatan pada bulan Mei 1925. Sekembalinya ke
England, beliau telah menjalani pembedahan dan menunjukkan perkembangan
yang positif. Walau bagaimanapun penyakitnya bertambah serius dan Rycroft
telah meninggal dunia pada November 1925.

Semasa perkhidmatan Rycroft sebagai Gabenor, beliau telah membawa isterinya


ke Borneo Utara pada tahun 1925. Lady Rycroft bersama sepupunya, Lady
Marjorie Dalrymple, yang merupakan Assistant Commander di Aryshire
dalam pertubuhan Pandu Puteri (Girl Guide) bertanggungjawab menubuhkan
pasukan Pandu Puteri yang pertama di Borneo Utara pada 2 April 1925
berpusat di Sandakan.
Jawatan
Gabenor Borneo Utara (1926-1929)

Biodata
John Lisseter Humphreys dilahirkan pada 21 September 1881. Beliau ialah
anak lelaki kepada John Humphreys, M.A., F.S.A., F.L.S.

Humphreys mendapat pendidikan di Sekolah Broomsgroove dan seterusnya


di Brasenose College, Oxford sebagai seorang Senior Classical Scholar.
Beliau menamatkan pengajian dengan memperoleh Kelas Pertama dalam
jurusan Classical Moderations pada tahun 1902 dan dikenali sebagai seorang
sarjana dalam bidang klasik sejak tahun 1900.

Humphreys suka membaca dan menembak. Beliau terkenal sebagai seorang


yang pandai bermain golf sejak beliau masih belajar dan merupakan kapten
Kelab Golf di Oxford University. Humphreys sempat memenangi juara
pertandingan golf di Shanghai, China apabila mengambil bahagian dalam
Open Amateur Golf Championship of China semasa beliau singgah di sana
dalam perjalanannya balik ke England.

Humphreys menyertai Malayan Civil Service pada tahun 1905 dan memulakan
perkhidmatan di Negeri-Negeri Selat sebagai Pegawai Kadet. Pada tahun
Penolong Superintenden yang bertanggungjawab ke atas penghijrahan buruh
India ke Malaya.

Pada tahun 1915, Humphreys telah dilantik sebagai Pemangku Ejen British
di Terengganu, sebelum dilantik sebagai Penasihat British Terengganu pada
tahun 1919. Selepas berkhidmat selama 10 tahun di Terengganu, Humphreys
dilantik sebagai Penasihat British di Kedah pada tahun 1925.

Sepanjang 10 tahun berkhidmat di Terengganu, Humphreys telah dianggap


sebagai seorang pentadbir yang cekap dan prihatin dengan masalah yang
dihadapi oleh penduduk tempatan. Jasa-jasa beliau telah direkodkan dalam
sebuah syair yang berjudul "Syair Tuan Hampris " yang diterbitkan di Kuala
Terengganu pada tahun 1928. Penyairnya ialah seorang wanita bernama
Hajah Wok Aisyah. Dalam syair yang mempunyai 232 rangkap ini, Humphreys
telah disifatkan sebagai: sangatlah arif, pemudayang handal, halus bahasanya
tiada terperi, lemah-lembut barang katanya, halus manis tutur katanya,
cantik menjelis, bijak laksana dan akalnya arif

Humphreys kemudiannya dilantik sebagai Gabenor dan Pegawai Pemerintah


Borneo Utara pada 10 September 1926. Beliau tiba di Borneo Utara dan
memulakan tugas pada 1 Oktober 1926. Beliau terkenal melalui polisinya
yang mengenakan lesen ke atas perjudian dan juga memulakan skim persaraan
pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan awam. Humphreys juga
memperkenalkan beberapa peraturan dan kemajuan dalam pelbagai bidang
pentadbiran.

Salah satu pencapaian Humphreys yang terpenting semasa tempoh


perkhidmatannya di Borneo Utara ialah usahanya untuk mengemaskinikan
sistem pengangkutan jalan dan memulakan pembinaan jalan baru. Seperti
William Cowie, beliau juga percaya bahawa pembangunan perlu bermula
dengan sistem pengangkutan dan komunikasi yang berkesan. Oleh itu, beliau
bermula dengan membuat kajian dengan teliti pada tahun 1926 dan seterusnya
memperkenalkan rancangan 10 tahun pembinaan jalan. Projek ini tertumpu
pada pembinaan jalan-jalan utama dan sekundar sepanjang 130 batu, 80
batu "earth roads" dan 290 batu "bridle paths". Anggaran kos projek ini
adalah sebanyak £25,000. Humphreys menyifatkan projek ini sebagai sederhana
dan dilaksanakan secara lestari yang bertujuan untuk membolehkan semua
Humphreys juga terkenal dengan kepakarannya dalam bahasa Melayu. Semasa
beliau berkhidmat di Terengganu, beliau pernah menterjemahkan Ordinan
Perundangan dalam Bahasa Melayu dan seterusnya menulisnya dalam tulisan
Jawi. Beliau juga menghasilkan karya kesusasteraan yang diterbitkan dalam
Journcil of Royal Asiatic Society.

Humphreys telah dianugerahkan Commander ofthe British Empire (C.B.E.)


pada tahun 1925 dan Companion of St. Michael & St. George (C.M.G.) pada
tahun 1928.

Humphreys meninggal dunia pada 16 Disember 1929 di Tientsin, China


ketika beliau berusia 48 tahun akibat serangan penyakit pneumonia. Humphreys
merupakan satu-satunya Gabenor Borneo Utara yang tidak pernah berkahwin.
Jawatan
Pemangku Gabenor Borneo Utara (Pegawai Pentadbir Kerajaan 1927-1934)

Biodata
Douglas Rider Maxwell dilahirkan pada 22 Julai 1885. Beliau ialah anak
lelaki kepada John Maxwell dan Alice Marcella Wyndham. Maxwell pernah
menerima pendidikan di Marlborough dan Keble College, Oxford University.
Maxwell telah berkahwin dengan Gladys Maude, anak perempuan Reverend
Canon William Gardiner.

Maxwell telah menyertai Perkhidmatan Awam British Borneo Utara sebagai


Kadet pada tahun 1906, dan bertugas di Sekretariat. Selepas itu, beliau
ditugaskan di Jabatan Pos dan Telegraf, Sandakan pada tahun 1907. Apabila
lulus dalam Peperiksaan Bahasa Melayu tahap rendah, Maxwell telah dinaikkan
pangkat menjadi Majistret Kelas Tiga dan Penolong Pegawai Daerah Kota
Belud. Pada tahun 1908, beliau lulus Peperiksaan Bahasa Melayu tahap
tinggi. Pada tahun berikutnya, beliau dinaikkan pangkat sekali lagi sebagai
Majistret Kelas Dua. Seterusnya, Maxwell bertugas sebagai Pegawai Daerah
di daerah-daerah seperti Papar, Kota Belud dan Teluk Marudu.

Pada tahun 1911, beliau dinaikkan pangkat ke Majistret Kelas Satu dan
memegang pelbagai jawatan kanan termasuk Pemangku Residen Pedalaman,
Penguasa Banci, Superintenden Jabatan Cetak Kerajaan dan Editor Bri ^
North Borneo Herald, Superintenden Imigresen, Pelindung Buruh, Nazir
Sekolah, Pembantu Setiausaha Kerajaan di daerah-daerah Jesselton, Keppel
Selatan, Beaufort dan Tambunan. Selain itu, beliau pernah memegang
jawatan sebagai Residen Pantai Timur, Residen Kudat, dan Pemangku Residen
Sandakan dalam tempoh tahun 1923-1927. Beliau juga pernah menjadp^l0Ri N A
Tambahan Mahkamah Sesyen dan Ahli Rasmi Majlis Perundangan
1f)q YAYASAM
tEP<MPINAN
P E R OA N A
Maxwell dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan pada tahun 1927 dan seterusnya,
beliau ditugaskan sebagai Pegawai Pentadbir Kerajaan atau Pemangku Gabenor
sebanyak sepuluh kali di antara Mac 1927 sehinggalah persaraannya pada
tahun 1934. Beliau telah dianugerahkan C.B.E. (Commander of the
Most Excellent Officer of the British Empire) pada 1 Januari 1934 bagi
mengiktiraf jasanya dalam pentadbiran awam tanah jajahan British.

Maxwell dikatakan seorang yang rajin dan amat berjasa terhadap Kerajaan
Borneo Utara. Beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pegawai
pentadbiran dengan mencatat rekod pentadbiran yang cemerlang. Antara
sumbangan utama Maxwell adalah peranannya sebagai Penguasa Banci.
Beliau telah diberi tanggungjawab mengendalikan banci penduduk Borneo
Utara pada tahun 1921. Hasilnya ialah Laporan Banci 1921 (Census of
North Borneo, 1921) yang dianggap sebagai model laporan banci yang
paling berjaya dan berkesan, dan seterusnya diguna-pakai untuk tujuan
perbancian negeri ini.
Jawatan
Pemangku Gabenor Borneo Utara (Pegawai Pentadbir Kerajaan) (1930-
1937)

Biodata
Charles Frederick Cunningham Macaskie dilahirkan pada 26 Mac 1888 di
Ilkley, Yorkshire. Macaskie menerima pendidikan di Uppingham dan
kemudiannya di Grays's Inn. Macaskie berkahwin pada tahun 1946 dengan
D. Cole-Adams Legg, anak perempuan kepada W.H. Legg.

Macaskie menyertai Perkhidmatan Awam Borneo Utara sebagai pegawai di


Sekretariat pada tahun 1910. Selepas lulus peperiksaan Bahasa Melayu,
beliau dinaikkan pangkat menjadi Majistret Kelas Dua dan bertugas di
Residensi Pedalaman dan seterusnya di Tambunan. Beliau menjadi Majistret
Kelas Satu pada tahun 1913.

Semasa Perang Dunia Pertama, Macaskie telah memohon cuti pada tahun
1916 untuk balik ke England bagi menyertai perkhidmatan tentera. Pada
mulanya, beliau dilantik sebagai Kadet, No. 1 Cavalry Squadron dan seterusnya
pada tahun 1917, beliau telah dinaikkan pangkat kepada Leftenan Muda,
pada tahun 1923. Macaskie juga dilantik sebagai Pelindung Buruh, Setiausaha
Hal-Ehwal Cina dan Nazir Sekolah-sekolah. Beliau kemudiannya memangku
jawatan seperti Pesuruhjaya Tanah dan Residen Pantai Barat pada tahun
seterusnya. Macaskie dinaikkan pangkat ke Pegawai Kelas 1A dan Residen
Pantai Barat pada tahun 1929.

Pada tahun 1930, Macaskie telah dilantik sebagai Pemangku Setiausaha


Kerajaan. Beliau juga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen dan Hakim
Mahkamah Tinggi. Pada tahun 1931, beliau dilantik sebagai Residen Sandakan
dan Kudat.
Macaskie kemudiannya dipinjam oleh Kerajaan Sarawak sebagai Setiausaha
Kerajaan pada September tahun 1932. Sekembalinya ke Borneo Utara pada
tahunl934, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Gabenor. Macaskie pernah
menjadi Pegawai Pentadbir Kerajaan Borneo Utara (Pemangku Gabenor)
sebanyak tiga kali di antara tahun 1930-1936. Beliau telah dilantik sebagai
Ketua Hakim Borneo Utara pada tahun 1935.
Jawatan
Gabenor Borneo Utara (1930-1933)

Biodata

Arthur Frederick Richards telah dilahirkan pada 21 Februari 1885 di Bedminster,


Bristol. Beliau merupakan anak lelaki kedua kepada William Richards,
seorang pedagang balak dan Amelia Sophia Elizabeth Orchard. Richards
menerima pendidikan di Kolej Clifton dan Christ Church, Universiti Oxford.

Beliau telah mendirikan rumah tangga pada 6 September 1927 dengan Noelle
Benda Whitehead di St. Mary's Church, Kuala Lumpur. Mereka mempunyai
dua orang anak lelaki masing-masing bernama Fraser Richards dan Michael
Richards, dan seorang anak perempuan yang bernama Diana Richards.

Richards menyertai Malayan Civil Service pada tahun 1908 sebagai seorang
Kadet yang ditugaskan di Urus Setia Negeri Selangor. Pada April 1910,
beliau telah ditugaskan sebagai Penolong Pegawai Daerah di Port Dickson.
Sepanjang tempoh dari 1910-1920, Richards memegang beberapa jawatan
sebagai pegawai daerah di Kelantan dan Kedah di bawah pentadbiran Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Pada tahun 1923, Richards telah dilantik sebagai Pemangku Setiausaha
kepada Pesuruhjaya Tinggi British ke Negeri-Negeri Tanah Melayu dan juga
menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Pameran British Malaya atau
British Empire Exhibition. Beliau juga memegang jawatan Setiausaha
Jawatankuasa Candu, British Malaya (atau Opium Committee of British
Malaya).

Pada tahun 1924, Richards dilantik sebagai Setiausaha Committee to Enquire


Into Organisation of Postal Services bagi Negeri-Negeri Selat, Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Richards terus menjadi Pemangku Setiausaha kepada Pesuruhjaya Tinggi


Tanah Melayu dari tahun 1925 dan seterusnya dilantik Penolong Setiausaha
kepada Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1926. Pada
tahun 1927 beliau dilantik dengan rasminya sebagai Setiausaha kepada
Pesuruhjaya Tinggi ke Tanah Melayu dan memangku jawatan Penasihat
kepada Kerajaan Johor, pada tahun 1929.

Pada tahun 1930, Richards dilantik sebagai Gabenor Borneo Utara dan
beliau berkhidmat dalam jawatan itu hingga tahun 1933. Pentadbiran Richards
di Borneo Utara juga merupakan tahun-tahun yang paling sukar dan mencabar
memandangkan ekonomi dunia telah menghadapi kemelesetan yang paling
teruk. Tugas utama Richards adalah memastikan dampak kemelesetan ekonomi
ke atas Borneo Utara dapat dikurangkan. Antaranya, Richards terpaksa
mengatasi masalah kekurangan buruh akibat pengurangan dalam pengeluaran
getah. Jumlah buruh Cina dan Jawa telah dikurangkan dan ramai yang telah
dihantar balik ke negeri masing-masing. Menjelang tahun 1931, jumlah
tenaga buruh telah merosot kepada kurang daripada 10,000 orang. Namun
Richards perlu memastikan agar jumlah penawaran buruh di Borneo Utara
masih mencukupi.

Selepas meninggalkan Borneo Utara, Richards telah dilantik sebagai Gabenor


dan Ketua Komander kepada Pentadbiran Kolonial di Gambia. Pada tahun
1936, Richards ditugaskan sebagai Gabenor dan Ketua Komander Fiji. Pada
masa yang sama, beliau juga menjalankan tugas Pesuruhjaya Tinggi British
ke Western Pacific hingga tahun 1938. Richards dilantik sebagai Kapten-
Jeneral dan Ketua Gabenor di Jamaica pada tahun 1938 dan berkhidmat di
sana sehingga tahun 1943 sebelum beliau dilantik sebagai Gabenor dan
Richards pernah dianugerahkan C.M.G. (Companion of Sl. Michacl aiul Si.
George) pada tahun 1933, K.C.M.G. (Kniglil Commaiulcr of St. Micluwl aiul
St. George) pada tahun 1935, G.C.M.G. (Kniglii Graiul Cross oJ Sl. Michacl
and St. George) pada tahun 1942 dan K. St.J. (Kniglii of Order of St. Jolin of
Jerusalem) pada tahun 1945. Beliau juga dianugerahkan Frecdom Medal
dari Amerika Syarikat pada tahun 1946.

Richards suka belayar dan bermain golf sebagai aktiviti rekreasinya. Pada
tahun 1975 beliau telah jatuh dari tangga semasa kembali ke rumahnya dan
sejak itu ingatan beliau telah terjejas. Beliau meninggal dunia pada 27
Oktober 1978 di Maidenhead, England.
Jawatan

Pemangku Gabenor Borneo Utara (Pegawai Pentadbir Kerajaan) (1934)

Biodata

Edward William Morrel dilahirkan pada 22 Februari 1887. Beliau menyertai


Perkhidmatan Awam Borneo Utara pada tahun 1909. Selepas lulus Peperiksaan
Tinggi Bahasa Melayu, Morrel dinaikkan pangkat menjadi Majistret Kelas
III dan pada masa yang sama, beliau memangku jawatan Pegawai Daerah
dan Majistret Jesselton, Beaufort dan Province Clarke.

Pada tahun 1914 Morrel telah dilantik menjadi Pegawai Kelas II dan beliau
bertugas di Rundum, Keppel Utara dan Keppel Selatan. Pada tahun 1922,
beliau menjawat Tugas Khas dan kemudiannya dilantik sebagai Residen
Kudat. Pada tahun 1924, Morrel ditugaskan di Sekretariat sebagai Penolong
Setiausaha Kerajaan dan dilantik sebagai Ahli Rasmi Majlis Perundangan
Negeri pada tahun 1926.

Pada tahun 1927, Morrel dilantik sebagai Residen Kudat dan kemudiannya
Residen Tawau pada tahun 1930. Morrel dilantik sebagai Residen Sandakan
pada tahun 1933 dan pada tahun 1934, beliau dilantik sebagai Pegawai
Pentadbir Kerajaan untuk memangku jawatan Gabenor Borneo Utara.

Morrel terus berkhidmat sebagai Residen Sandakan sehingga persaraan beliau


pada tahun 1937.
Jawatan
Gabenor Borneo Utara (1934-1937)

Biodata
Sir Douglas James Jardine telah datang ke Borneo Utara pada tahun 1934
untuk menjawat jawatan Gabenor. Dalam tempoh perkhidmatannya, beliau
telah bertanggungjawab mewujudkan kembali Majlis Penasihat Ketua-ketua
Anak Negeri atau 'Native Chiefs' Advisory Council.

Sebelum datang ke Borneo Utara, Jardine pernah bertugas sebagai Ketua


Setiausaha di Tanganyika. Semasa beliau tiba dan memegang jawatan Gabenor
di Borneo Utara, industri penanaman getah sedang mengalami perkembangan
yang pesat. Beliau mengambil keputusan untuk meningkatkan kuota eksport
hasil tanaman ini. Tindakan ini dilihat sebagai langkah yang tepat, khususnya
apabila ekonomi Borneo Utara sedang membangun semula selepas beberapa
tahun berada dalam keadaan kemelesetan.

Jardine merupakan seorang yang sangat prihatin dalam isu kebajikan penduduk
peribumi, khususnya yang berkaitan dengan bidang pentadbiran, pendidikan
dan juga kesihatan. Beliau mula membawa perubahan dalam sistem pentadbiran
yang menggalak masyarakat peribumi terlibat dalam pentadbiran kerajaan.
Kejayaan Pusat Pentadbiran Peribumi atau Native Administration Centre di-
Bingkor, Keningau sebagai pusat melatih rakyat tempatan adalah bukti
daripada lapan buah kepada 16 buah, dan jumlah pelajar bertambah daripada
400 orang kepada 1,016 orang.

Pada tahun 1937, beliau pernah menulis suatu memorandum bertajuk


"Indirect Rule and the System of Administration of the Natives of Borneo".
Memorandum ini bertujuan untuk memberi lebih banyak hak kepada kaum
peribumi untuk mentadbir hal-ehwal mereka. Memorandum ini ditulis
berlandaskan pengalaman perkhidmatannya di Afrika Timur. Walau
bagaimanapun, cadangan Jardine tidak dapat diterima oleh sebahagian besar
pegawai tadbir Eropah kerana mereka masih berpendapat bahawa kaum
peribumi belum bersedia untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran.

Jardine telah bersara daripada jawatan Gabenor Borneo Utara pada Mei
1937 dan telah dilantik sebagai Gabenor Sierra Leone di Afrika Barat.

Pada tahun 1938, Jardine telah dianugerahkan K.C.M.G. (Knight Commander


ofSt. John and St. George) yang membawa gelaran "Sir".
Jawatan
Gabenor Borneo Utara (1937-1946)

Biodata
Sir Charles Robert Smith telah dilahirkan pada 13 November 1887. Beliau
ialah anak lelaki Kapten C.V. Smith, C.B.E., seorang pegawai dalam tentera
laut British. Smith mendapat pendidikan di Hospital Christ.

Smith telah berkahwin dengan isteri pertamanya, Violet Mure Slight pada
tahun 1920, dan mereka mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak
perempuan. Smith kemudiannya berkahwin dengan isteri keduanya,
Gwendoline Jessie Holdcroft.

Pada 7 Ogos 1913, Smith buat pertama kalinya tiba di Borneo Utara dan
memulakan perkhidmatannya dalam pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo
Utara sebagai Kadet yang ditugaskan di Pejabat Pos Residensi Sandakan.
Selepas beliau lulus dalam Peperiksaan Rendah Bahasa Melayu pada tahun
1914, beliau telah dilantik sebagai Penguasa Wireless Station di Sandakan.
Beliau seterusnya memangku jawatan Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan
dan dilantik sebagai Majistret Kelas Dua.

Smith seterusnya bertugas di Residensi .Pedalaman sebagai Kadet pada


tahun 1915. Selepas lulus dalam Peperiksaan Menengah Bahasa MeU
beliau ditugaskan sebagai Pemangku Penolong Pegawai Daerah Rundum.„
Pada tahun yang berikutnya, beliau telah menjalankan tugas rasmi sebagai
Penolong Pegawai Daerah Keppel Selatan dan juga layak menjawat jawaian
Majistret Kelas Satu.
p £ da n a
Di antara tahun 1916-1930, Smith telah menjawat beberapa jawataajHiP
pentadbiran termasuk sebagai Penolong Pegawai Daerah, Pegawai^M^KW 1,0 ^
y a y a s a n
131 k.epimpi N a n
p e r o a n a
dan Pegawai Penguasa Residensi di Keningau, Tenom, Beaufort, Keppel
Utara, Keppel Selatan dan Lahad Datu. Beliau juga pernah menjadi Penguasa
Jabatan Cetak, Editor British North Borneo Herald dan juga Penolong
Setiausaha Kerajaan.

Pada tahun 1933, Smith bertugas di Sekretariat pada tahun 1934, beliau
memangku jawatan Setiausaha Kerajaan. Di tahun yang sama, Smith telah
dilantik sebagai Hakim tambahan di Mahkamah Sesyen di Sandakan dan
Pemangku Hakim Mahkamah Tinggi. Smith telah dilantik sebagai Residen
Pantai Barat pada tahun 1936 dan merupakan Hakim Mahkamah Tinggi.

Pada tahun 1937, selepas pemergian Gabenor Jardine, Smith telah dilantik
sebagai Gabenor dan Pegawai Pemerintah Borneo Utara. Semasa Perang
Dunia Kedua, Smith telah ditahan oleh pihak Jepun, pada mulanya di Pulau
Berhala, kemudiannya di Kuching dan akhir sekali, di Taiwan. Beliau hanya
dibebaskan pada bulan Ogos 1945, iaitu selepas Jepun menyerah kalah.
Beliau kemudiannya bersara pada tahun 1946. Smith telah dianugerahkan
C.M.G. (Companion of St. Michael & St. George) pada tahun 1941 dan
K.B.E. (Knight Commander Order of the British Empire) pada tahun 1947.
Jawatan
Pemangku Gabenor Borneo Utara (Pegawai Pentadbir Kerajaan) - (1938)

Biodata
Charles Darke Martyn telah dilahirkan pada 2 April 1889. Beliau menyertai
Perkhidmatan Awam Borneo Utara pada tahun 1912 sebagai Kadet dengan
ditempatkan di Jabatan Kastam, Sandakan. Beliau kemudiannya ditugaskan
sebagai Pemangku Penolong Pegawai Daerah Mempakul.

Pada November 1913, Martyn telah dihantar ke China untuk mempelajari


Bahasa Cina. Selepas memperoleh kelulusan tahap tinggi Bahasa Cina pada
tahun 1916, beliau kembali berkhidmat di Borneo Utara. Martyn dilantik
sebagai Penolong Pegawai Daerah Keppel Selatan, Special Magistrate with
powers to pass sentence under the Labour Ordinance dan Penolong
Superintendent of Constabulary, Sandakan pada tahun tersebut.

Martyn telah dilantik dan ditugaskan menjawat jawatan Pegawai Daerah di


pelbagai daerah antara tahun 1916-1922. Selepas lulus peperiksaan Melayu
Tinggi, Martyn dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Kelas II.

Selain itu, di antara tahun 1923-1931 beliau sering dilantik menjalankan


tugas Protector of Labour, Secretary for Chinese Ajfairs dan Inspector af
Schools untuk memantau kebajikan buruh, mengawas hal-ehwal orang Cina
Jawatan
Pemangku Gabenor Borneo Utara (Pegawai Pentadbir Kerajaan pada masa-
masa tertentu sepanjang 1946-1952)

Biodata
Colonel James Calder dilahirkan pada 8 Jun 1888 di Glasgow, Scotland.
Beliau mendapat pendidikan di University Glasgow dan mendapat Ijazah
Master of Arts pada tahun 1921. Calder berkahwin pada tahun 1921 dengan
Emma Elvira Jacqueline de Weerdt yang berasal dari Michelen, Belgium.

Semasa Perang Dunia Pertama, Calder berkhidmat dalam pasukan tentera.


Beliau pernah berkhidmat di Belgium, Perancis dan Jerman. Pada tahun
1917, beliau ditempatkan dalam Regimen Argyll & Sutherland Highlanders.
Pada tahun 1918, beliau ditempatkan di Highlands Light Infantry dan 1919
di Durham Light Infantry.

Pada tahun 1921, Calder telah menyertai perkhidmatan awam British di


Malaya. Pada tahun 1923, beliau telah dilantik sebagai Residen Labuan.
Beliau berkhidmat di Labuan sehingga tahun 1925. Pada tahun 1935, Calder
telah dilantik sebagai Majistret di Seremban dan Kuala Lumpur. Kemudiannya
pada tahun 1938-1939, beliau merupakan Penasihat Undang-undang di
Padatahun 1946hingga 1953, Calder telah ditugaskan sebagai Ketua Setiausaha
Kerajaan Borneo Utara. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pegawai
Pentadbir Kerajaan dan memangku jawatan Gabenor pada masa-masa tcrtentu
antara tahun 1946-1952.

Pada tahun 1958, Calder telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Penguasa
Pegawai Perbekalan Tentera di New Zealand.
TWINING, Baron Lord Edward Francis,
G.C.M.G., K.C.M.G., C.M.G., M.B.E.
Jawatan
Gabenor Borneo Utara (1946-1949)

Biodata
Baron Edward Francis Twining telah dilahirkan pada tahun 1899. Beliau
ialah anak lelaki kepada Reverend W.H.G. Twining, yang mengendalikan
gereja St. Stephen's Westminster. Twining pernah mendapat pendidikan di
Lancing College & Royal Military Academy, Sandhurst. Beliau mendirikan
rumah tangga dengan Helen Mary DuBuission, yang merupakan anak
perempuan kepada A.E. DuBuission dari Glynhir, Carms. Helen Mary
DuBuission sendiri merupakan Officer of the Order of the British Empire
(1944). Beliau juga merupakan Ahli Royal College of Surgeons, dan
memperoleh Diploma Kesihatan Umum, serta anugerah Commander of the
Order of St. John of Jerusalem. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki.

Seperti kebanyakan Gabenor Borneo Utara yang lain, Twining juga memulakan
khidmatnya dengan perkhidmatan Tentera British sebelum menyertai
perkhidmatan awam. Pada tahun 1918, beliau berkhidmat sebagai pegawai
dalam Worcester Regiment. Pada tahun 1923-1928, Twining telah ditukar
kepada4thKing'sAfricanRifles. Beliau kemudiannya menyertai perkhidmatan
pengurusan Kolonial di Uganda pada tahun 1929. Pada tahun 1930, Twining
telah bersara daripada tentera.

Twining menyertai bidang perkhidmatan awam pada tahun 1939, bexmula


dengan jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Buruh di Mauriti dan
seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Buruh, Mauritjjjs
hingga tahun 1943. Pada tahun 1944-1946, beliau dilantik sebagai Pcntadbir
St. Lucia di Pulau Windward.

Twining telah dilantik menjadi Gabenor dan Panglima Tertinggi Borneo


Utara pada tahun 1946 hingga 1949. Semasa di Borneo Utara, tuglgi®#Lttji
yang paling utama adalah untuk memulihkan ekonomi nege^yrtBATO^
YA YA S A W
144 KEPIMPINAN
P E R O A N A
membangunkannya semula setelah mengalami kerosakan yang teruk dalam
Perang Dunia II. Selepas tugasan di Borneo Utara tamat, beliau dilantik ke
jawatan Gabenor dan Pegawai Pemerintah Tanganyika hingga tahun 1958.
Beliau bersara pada tahun 1958.

Pada tahun 1955-1958, Twining dilantik sebagai Kolonel Kehormat dalam


6th King's African Rifles. Pada tahun 1958, Twining telah dilantik sebagai
Lord Twining of Tanganyika and of Goldaming. Beliau meninggal dunia
pada tahun 1967.

Twining telah menerima banyak anugerah. Antaranya, ialah anugerah M.B.E.


(Member of Order British Empire) C.M.G. (Companion ofSt. Michael & St.
George) pada tahun 1943, K.C.M.G. (Knight Commander of St. Michael &
St. George) pada tahun 1949, K.St.J. (Knight of Order ofSt. John of Jerusa-
lem) pada tahun 1950. G.C.M.G. (Knight Grand Cross of St. Michael & St.
George) pada tahun 1953 dan juga Life Peer of Tanganyika & of Godalming
pada tahun 1958.
Jawatan
Gabenor Borneo Utara (1949-1954)

Biodata
Mejar-Jeneral Sir Herbert Ralph Hone dilahirkan pada 3 Mei 1896. Beliau
ialah anak lelaki kepada Herbert Hone dan Miriam Grace (nee Dracott).
Hone mendapat pendidikan di Veandean Grammar School, Brington dan
kemudiannya di London University dalam jurusan undang-undang. Beliau
menjalani latihan Barrister-at-Law di Middle Temple Inn of Court. Beliau
kemudiannya dilantik Peguam Diraja atau Queen's Counsel (Q.C.) bagi
Gibraltar dan Uganda pada tahun 1934.

Pada tahun 1918, Hone berkahwin dengan isteri pertamanya, Elizabeth


Daisy Matthews, iaitu anak perempuan kepada James Matthews. Mereka
bercerai pada tahun 1944 dan mempunyai seorang anak lelaki dan anak
perempuan. Hone kemudian berkahwin dengan Sybil Mary balu kepada
Wing Commander G. Simond pada tahun 1954. Mereka mempunyai seorang
anak lelaki.

Hone menyertai perkhidmatan tentera pada tahun 1915 dan berkhidmat


dengan London Irish Rifles. Semasa Perang Dunia Pertama berlaku, beliau
tahun 1925. Seterusnya, beliau ditugaskan sebagai Majistret Zanzibar pada
tahun 1927 dan selepas itu sebagai Crown Counsel di Wilayah Tanganyika
dari tahun 1929 - 1932.

Pada tahun 1933, Hone memangku jawatan Penolong Penasihat Undang-


undang Pejabat Kolonial dan Dominion. Beliau kemudiannya dilantik sebagai
Peguam Negara Gibraltar. Beliau terus memegang jawatan tersebut hingga
tahun 1936.

Pada tahun 1935, Hone dianugerahkan King's Jubilee Medal. Ketika berkhidmat
sebagai Peguam Negara Gibraltar, Hone menekankan peri pentingnya menjaga
kebersihan kawasan yang sesak.

Pada tahun 1940, Hone dilantik sebagai Komandan Pasukan Pertahanan


Uganda. Pada tahun 1941, beliau menjadi Ketua Penasihat Undang-undang,
di Bahagian Politik, Ibu Pejabat Am di Tenggara England. Semasa Perang
Dunia Kedua (1943-1945), Hone berkhidmat di Pejabat Perang (War Ojjice)
sebagai Pegawai Staf. Selepas perang tamat, beliau ditugaskan sebagai
Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Malaya.

Dari tahun 1946 hingga 1948, Hone dilantik sebagai Setiausaha Agung
kepada Gabenor-Jeneral Tanah Melayu. Seterusnya, beliau telah memegang
jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Asia Tenggara, dan diikuti
dengan pelantikannya sebagai Gabenor dan Ketua Pemerintah Borneo Utara
pada tahun 1949 hingga tahun 1954.

Semasa beliau menjadi Gabenor Borneo Utara, Hone bertanggungjawab


untuk memulakan proses Bomeonisation di mana penduduk tempatan mula
diberi latihan dalam bidang pentadbiran dan proses perundangan. Tindakan
ini merupakan permulaan suatu proses penting dalam menyediakan penduduk
Borneo Utara ke arah membentuk kerajaan sendiri. Selain itu, Gabenor
Hone juga memainkan peranan utama dalam memupuk semangat perpaduan
dan persahabatan antara penduduk Pantai Barat dan Pantai Timur Borneo
Utara dengan memperkenalkan Piala Hone (Hone Cup) yang merupakan
piala kejohanan temasya sukan antara kedua wilayah ini. Melalui pertandingan
sedemikian maka wujudlah lebih banyak ruang perhubungan dan interakSi
Hone kemudian berkhidmat di Kenya sebagai Penasihat Perlembagaan kepada
Kerajaan Kenya dari tahun 1961-1962. Pada Julai 1962, beliau telah diupah
menjadi Penasihat Perlembagaan kepada Richard Austen Butler dari Airika
Tengah.

Di antara tahun 1965 hingga 1966. Hone menjadi Penasihat Perlembagaan


kepada Kerajaan Arab Selatan dan pada tahun 1966, beliau dilantik pula
sebagai Penasihat Perlembagaan kepada Kerajaan Bermuda. Hone juga pernah
menjadi Naib Presiden Commonwealth Society.

Hone telah dianugerahkan beberapa kehormatan, di antaranya anugerah T.D.


(Territorial Decoration), M.C. (Military Cross), C.B.E. (Commander Or-
der of the British Empire) pada tahun 1943, K.C.M.G. (Knight Commander
ofSt. Michael & St. George) pada tahun 1951 dan juga G.C. St. ./. (Knight
Grand Cross of St. John of Jerusalem) pada tahun 1973.

Hone meninggal dunia pada 28 November 1992 pada usia 96 tahun.


Jawatan
Gabenor Borneo Utara (1954-1960)

Biodata
Sir Roland Evelyn Turnbull dilahirkan pada 9 Jun 1905. Beliau ialah anak
George Turnbull dari Berwick-on-Tweed. Turnbull pernah mendapat pendidikan
di King's College dan St. John's College di Universiti Oxford. Turnbull
telah berkahwin dengan Sylvia, anak perempuan kepada Sir Richard Woodman
Burbidge.
Turnbull menyertai Perkhidmatan Awam Malayan Civil Service pada tahun
1929, dan berkhidmat di Terengganu, salah sebuah Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Residen British di
Brunei selama tiga tahun dari tahun 1934-1937. Pada tahun 1939, Turnbull
ditugaskan sebagai Pengawal Pertukaran Asing di Malaya. Seterusnya pada
tahun 1940, beliau dihantar ke British Honduras sebagai Setiausaha Kolonial.
Beliau bertugas di Honduras sehingga tahun 1943 sebelum dilantik sebagai
Kolonel di Pejabat Perang (War Office).

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Turnbull dianugerahkan C.M.G.


(Companion of St. Michael & St. George) dan dilantik sebagai Setiausaha .
Kolonial di Cyprus. Beliau terus berkhidmat dalam jawatan tersebut sehingga
Utara, supaya diselaraskan dengan polisi pendidikan pusat (di Pejabat
Kolonial). Ke arah matlamat ini Turnbull tubuhkan North Borneo State
Education Board. Lembaga Pendidikan ini telah berjaya menyebarkan
pendidikan secara meluasnya di seluruh Borneo Utara. Kejayaan Lembaga
Pendidikan ini yang paling ketara ialah pengukuhan Unified Teacher's
Scheme (UTS) dan polisi mengumpul secara "dollar-for-dollar" untuk koleksi
dana pembangunan bagi pendidikan sekolah mubaligh. Turnbull juga telah
merasmikan pembukaan hotel yang terkenal iaitu Jesselton Hotel pada 12
Mac 1954.

Turnbull telah dianugerahkan K.C.M.G. (Knight Commander of St. Michael


& St. George) pada tahun 1956. Beliau meninggal dunia pada 23 Disember
1960 semasa beliau berusia 55 tahun. Pada masa itu, beliau baru sahaja
bersara dari Borneo Utara.
Jawatan
Pemangku Gabenor Borneo Utara (Pegawai Pentadbir Kerajaan pada masa-
masa tertentu antara 1957-1960)

Biodata
Robert Noel Turner dilahirkan pada 28 Disember 1912. Beliau merupakan
anak lelaki kepada Rear-Admiral A.Turner dan Puan V.E.Turner. Turner
telah berkahwin dengan Evelyn Heynes Dupree pada tahun 1946 dan mereka
mempunyai dua orang anak lelaki. Turner memperoleh pendidikan di Kolej
Dover dan Kolej Wadham, Universiti Oxford. Beliau memperoleh First
Class Honours dalam jurusan Sejarah Moden.

Turner telah memulakan perkhidmatannya dengan Malayan Civil Service


sebagai Kadet pada tahun 1935. Pada tahun 1938, beliau ialah Penolong
Setiausaha Ketiga dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Beliau dilantik sebagai Pegawai dengan Supernumerary Duty di
Hilir Perak pada tahun 1939.

Turner telah dipinjamkan ke Brunei sebagai Penolong Residen pada tahun


1940. Apabila Perang Dunia Kedua berlaku, beliau menyertai perkhidmatan
tentera dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Pada Disember 1941,
beliau telah ditahan oleh tentera Jepun semasa serangan mereka ke atas •
Borneo. Turner dibebaskan apabila Perang Dunia Kedua tamat pada Sep-
Turner bertugas sebagai Ketua Setiausaha Barbados (gclaran bertukar menjadi
Setiausaha Kolonial pada tahun 1954) dari 1956. beliau juga memangku
jawatan Gabenor Barbados dari tahun 1952-1953 dan sekali lagi pada tahun
1955.

Turner dianugerahkan C.M.G. (Companion of St. Michael & St. George)


pada tahun 1955. Beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Borneo Utara
pada tahun 1956-1960. Sepanjuang tempoh tersebut, Turner juga telah beberapa
kali memangku jawatan Gabenor Borneo Utara.
Jawatan
Gabenor Borneo Utara (1960-1963)

Biodata
Sir William Goode telah dilahirkan pada 8 Jun 1907. Beliau ialah anak
lelaki sulung kepada Sir Richard Goode, (C.M.G. & Commander Order of
British Empire), Gabenor Rhodesia Utara. Goode menerima pendidikan di
Oakham School dan Worcester College, Oxford University dalam jurusan
Classical Exhibitioner. Pada tahun 1931, beliau telah menyertai Malayan
Civil Service. Goode telah belajar undang-undang pada masa lapang. Ketika
beliau bercuti di England pada tahun 1926, beliau telah diterima oleh Badan
Peguam Inggeris di Gray 's Inn.

Goode telah mendirikan rumah tangga dengan Mary Amstrong Harding


pada tahun 1938 dan isterinya telah meninggal dunia pada tahun 1947.
Beliau kemudiannya berkahwin dengan Ena Marcy McLaren pada tahun
1950. Kegemaran aktiviti rekreasi Goode ialah pelayaran dan beliau adalah
ahli Union Club, East India Club dan Sports Club.
Selepas tamatnya perang, Goode masih tinggal di Tanah Melayu. Pada
tahun 1948, beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Ekonomi Persekutuan
Tanah Melayu. Pada tahun 1949, Goode ditugaskan di Aden sebagai Ketua
Setiausaha. Di sana beliau juga memangku jawatan Gabenor antara tahun
1950-1951.

Goode kembali ke Singapura pada tahun 1953 dan bertugas sebagai Ketua
Setiausaha; beliau menjadi Gabenor Kolonial British yang terakhir pada
Disember 1957. Pada tahun 1959, beliau menjadi Yang di-Pertua Negara
Singapura dan Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Singapura.
Dari tahun 1960-1963, Goode dilantik sebagai Gabenor dan Ketua Komander
Borneo Utara. Dalam tempoh Borneo Utara menuju ke arah kemerdekaan
dan berkerajaan sendiri, Goode telah memainkan peranan yang penting
untuk menggalakkan perkembangan politik berparti dan mengawal keadaan
agar tidak berlakunya politik yang berhaluan dan berfahaman kiri atau
bersifat ekstrem. Sir William Goode juga telah memainkan peranan dalam
menyatukan Borneo Utara dengan Sarawak bersama-sama Tanah Melayu
untuk membentuk persekutuan baru Malaysia.

William Goode dianugerahkan C.M.G. (Companion of St. Michael & St.


George) pada tahun 1952 dan k e m u d i a n n y a K.C.M.G. (Knight Commander
Jawatan
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri yang Pertama (16 September
1963-15 September 1965)

Biodata:
Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun dilahirkan pada 31 Julai 1918 di
Kampung Limau-Limauan, Kudat. Nama asalnya ialah Datu Badiozaman,
ditukarkan kerana sering sakit semasa kecil. Tun Datu Haji Mustapha juga
mempunyai nama timangan yang dikenali sebagai Jaman.
Bapa Tun Mustapha ialah Datu Harun bin Datu Nasaruddin dan ibunya ialah
Norani Hj. Abdul Rahim. Beliau merupakan anak keempat dari sembilan
orang adik-beradik yang terdiri daripada enam orang perempuan dan tiga
orang lelaki yang masing-masing bernama Dayang Lana, Dayang Hjh. Bidari,
Dayang Siti Sarah (Dayang Pindau), Dayang Hjh. Harum, Datu Muhammad,
Dayang Tahiran, Datu Hj. Aliuddin dan Dayang Hjh. Hadijah.

Tun berkahwin dengan Toh Puan Rahmah Hj. Zulkanian dan mereka mempunyai
sembilan orang anak, iaitu Datu Abdul Hamid (Allahyarham), Dayang
Maimunah, Datuk Amir Kahar, Datu Hj. Badaruddin, Datu Kamaruddin,
tahun 1959, beliau telah ditaja oleh kerajaan British untuk mengikuti kursus
bahasa Inggeris dan Politik di Britain.
?

Tun Mustapha suka menggesek biola, berjoget, berjenaka dan mendengar


muzik irama keroncong. Beliau juga gemar bermain golf dan telah mengasaskan
Kinabalu Golf Club di Tanjung Aru dan Kudat Golf Club di Kudat ketika
memegang jawatan Ketua Menteri Sabah. Selain itu, Tun Mustapha juga
suka memancing, membaca buku dan menyaksikan perlumbaan kuda. Beliau
gemar memakan masakan Melayu. London ialah tempat paling gemar
dilawatinya.

Pada tahun 1928, semasa Tun Mustapha berumur 10 tahun, beliau bekerja
sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo
Utara, E.W. Morrel. Beliau kemudian menjadi "Office Orderly" di Pejabat
Daerah Kudat pada tahun 1934. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik
sebagai Ketua Anak Negeri (Native Chief) dan Pemungut Cukai Candu.

Semasa J e p u n m e n d u d u k i B o r n e o Utara, Tun M u s t a p h a telah


memperjuangkan pembebasan Borneo Utara daripada tentera Jepun. Pada
tahun 1944, beliau telah lari ke Filipina untuk menyertai gerakan gerila.
Beliau bermula sebagai prebet dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai
Sarjan dalam tentera tetap di Bahagian Perkhidmatan (Perisikan) Rahsia.
Seterusnya beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan pada 5 April 1945. Pada
masa yang sama sekali lagi beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Kapten
dalam Pertubuhan Gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan
Kolonel R.G.P.N. Combe, seorang bekas Pegawai Daerah di Kota Belud.
Pada masa itu Kolonel R.G.P.N. Combe merupakan seorang pegawai dalam
Service Reconnaissance Detachment (SRD), yang bertanggungjawab untuk
menubuhkan pasukan gerila di bahagian utara Borneo Utara. Penyertaan
Tun Mustapha dalam pergerakan anti-Jepun pernah menyebabkannya menjadi
buruan tentera Jepun sama ada hidup atau mati dengan tawaran bayaran
50,000 Yen. Akibat penglibatannya dalam kempen perang ini, Tun telah
dianugerahkan empat pingat.

Sekembalinya British selepas Perang Dunia Kedua, Tun Mustapha dilantik


sebagai Ketua Anak Negeri Kelas Satu (Native Chief Grade 1) dengan'
Pada tahun 1961, Tun Mustapha telah mengasaskan dan menjadi presiden
pertama (United Sabah National Organization) USNO ketika konsep gagasan
Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Pada masa yang sama,
beliau juga adalah Ahli Majlis Perundangan (Legislative and the Executive
Councils), Ahli Kerajaan Tempatan (Local Government) apabila Sabah diberi
hak pemerintahan sendiri (self-government) dan juga Ahli Perundingan
Perpaduan Malaysia (Malaysia Solidarity Consultative Committee).

Tun Mustapha telah berusaha untuk membentuk sebuah parti gabungan


yang terdiri daripada United Pasok-Momogun Kadazan Organization (UPKO)
dengan USNO. Kemudian pada tahun 1968, UPKO dimansuhkan dan semua
parti peribumi bersatu di bawah USNO.
Tun Mustapha meletakkan jawatannya dalam USNO pada tahun 1963 apabila
beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri yang pertama semasa
pembentukan Malaysia. Pada tahun 1965, beliau telah meletakkan jawatan
sebagai Yang di-Pertua Negeri kerana ingin memimpin USNO semula.
Pada tahun 1967, Tun Mustapha mulai bertanding dalam pilihan raya bagi
kerusi Dewan Undangan Negeri Bengkoka-Banggi. Dengan kemenangan
ini, beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Persekutuan
Sabah dan Pertahanan Awam (Federal Minister of Sabah Ajfairs and Civil
Defence) pada 19 April 1967. Pada 11 Mei 1967, Tun Mustapha telah
dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang ketiga. Pada tahun 1969, beliau
memenangi kerusi kawasan Marudu tanpa bertanding. Tun Mustapha
memenangi semula pilihan raya Dewan Undangan Negeri tanpa bertanding
pada tahun 1971.
Pada Oktober 1971, Tun Mustapha mengetuai Parti Perikatan Sabah yang
terdiri daripada gabungan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO),
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Borneo (USNO), PASOK serta dua parti
Cina, Parti Bersatu (UP) dan Parti Demokrat (DP). Dalam pilihan raya
Negeri yang kedua, kesemua 32 calon Parti Perikatan telah menang tanpa
bertanding.
Pada tahun 1976, Tun Mustapha telah memenangi kerusi ADUN Banggi di
bawah USNO. Beliau memenangi kerusi tersebut sekali lagi pada tahun
1985 di mana beliau memenangi kerusi ADUN dengan mengalahkan wakil
Lebanon" (K.C.R.L.) oleh Presiden Lebanon pada tahun 1972; Seri Darjah
Paduka Chura Si-Maharaja (S.P.C.M.) dengan gelaran "Dato Seri" pada
15 September 1971 sempena hari keputeraan Sultan Perak; Seri Paduka
Mahkota Perlis (S.P.M.P.) pada 29 Mac 1971, dari Raja Perlis; Seri Paduka
Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada 27 Oktober 1971, dari Sultan Johor; Panglima
Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) pada 20 Ogos 1971 daripada Tuan Yang
Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak; Seri Indera Mahkota Pahang
(S.I.M.P.) daripada Sultan Pahang, 20 September 1969; Seri Panglima Darjah
Kinabalu (S.P.D.K.) dengan gelaran "Datuk Seri Panglima"; dan Seri Maha-
raja Mangku Negara (S.M.N.) - anugerah tertinggi di Malaysia dengan
gelaran "Tun" pada 26 November 1964.
Tun Mustapha juga seorang yang bergiat aktif dalam persatuan. Beliau
pernah memegang jawatan Presiden dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah
(USIA: UnitedSabah Islamic Association) dan PERKIM (sesi 1977/1979).
Beliau juga merupakan Ketua Persatuan Pengakap Sabah (Sabah Chief
Scout) dan telah menerima pingat "Semangat Padi" pertama di Sabah pada
21 Jun 1974. Selain itu, Tun Mustapha ialah Ahli Royal Commonwealth
Society dan ahli seumur hidup Commonwealth Parliamentary Associa-
tion. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan
Peladang Kebangsaan pada tahun 1972. Beliau juga merupakan Pro-Canselor
bagi Universiti Pertanian Malaysia dari November 1973 hingga Februari
1990.

Tun Mustapha telah meninggal dunia pada 2 Januari, 1995.


Jawatan
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Kedua (1965-1973)

Biodata
Tun Datuk Pengiran Hj. Ahmad Raffae dilahirkan pada 4 November 1908 di
Sipitang, Daerah Beaufort. Beliau merupakan anak keempat kepada O.K.K.
Pengiran Haji Omar, bekas Tim^balan Penolong Pegawai Daerah (D.A.D.O. -
Deputy Assistant District Ojjicer) Putatan. Pengiran Haji Omar merupakan
orang tempatan yang paling awal dilantik ke jawatan D.A.D.O. dari tahun
1915-1922. Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah berkahwin dengan Toh
Puan Dayang Hajah Kusnah binti Enche Sian. Mereka mempunyai lima orang
anak. Beliau mempunyai isteri kedua bernama Dayang Supinah binti Abdullah.

Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae gemar memancing, bermain golf, memburu,
bersukan, mendengar muzik dan menunggang kuda pada masa lapangnya.
Beliau menerima pendidikan di Sekolah Khas Inggeris di Putatan, kemudiannya
di sebuah sekolah yang terletak di Papar (1918-1922) dan seterusnya di
Sekolah Rendah Melayu Sipitang hingga tahun 1924.
Beaufort dan Kota Belud. Selepas Perang Dunia Kedua tamat, beliau telah
meninggalkan Kota Belud dan berjalan kaki ke Tuaran untuk menyambut
kedatangan Tentera Pembebasan. Dari Tuaran, beliau menaiki perahu menuju
ke Papar, dan dari Papar, beliau berlepas ke Tenom dan melaporkan dirinya
untuk bekerja sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah Tenom pada 1
Julai 1946.

Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah dinaikkan pangkat menjadi Pemangku
Pegawai Daerah Beaufort selama sebulan pada tahun 1946 dan kemudian
ditukar menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah (D.A.D.O.) Mempakul,
Sipitang. Selepas itu, beliau ditugaskan di Kuala Penyu dan Beaufort.
Pada tahun 1954, Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae dilantik menjadi Timbalan
Penolong Pegawai Daerah Labuan dan Penampang. Beliau kemudiannya
memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah Penampang selama lapan
bulan pada tahun 1955 sebelum ditukar ke Beluran, Sandakan. Pada
September 1957, beliau ditukar ke Beaufort sebagai Penolong Pegawai
Daerah.

Pada tahun 1958-1963, Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae memegang jawatan
Penolong Pegawai Daerah di Kuala Penyu, Ranau dan juga Pensiangan.

Pada tahun 1962, Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah bersara setelah
berkhidmat selama 32 tahun dalam perkhidmatan awam Borneo Utara; beliau
telah mencapai tingkatan gaji kerajaan skel Cl, C2, C3 dalam Bahagian II
sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae adalah seorang yang peramah, berdisiplin
tinggi dan mempunyai pegangan agama yang kuat. Oleh hal yang demikian,
beliau dihormati dan disanjung oleh segenap lapisan penduduk Sabah.

Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah menerima beberapa anugerah, antaranya
ialah: Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) pada 31 Ogos 1963, Seri
Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran "Tun" pada Jun
1967 dan juga P.D.K. serta P.P.M.

Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae telah meninggal dunia pada bulan Mac 1995
ketika berusia 87 tahun.
Jawatan
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Ketiga (16 September
1973- Julai 1975)

Biodata
Tun Datuk Hj. M o h a m m a d Fuad Stephens telah dilahirkan pada
14 September 1920. Beliau merupakan anak kepada Jules Stephen Pavitt
dan Edith Cope. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik.

Tun Hj. Mohammad Fuad berkahwin pada tahun 1950 dengan Ida (meninggal
dunia pada April 1957) dan dikurniakan seorang anak bernama John Benedict
(Johari) yang dilahirkan pada tahun 1952. Beliau kemudiannya berkahwin
dengan Toh Puan Rahimah (Cecilia June Lutter) pada 8 Februari 1958.
Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Affandy (Richard Bernard-
1958), Asgari (James Denis-1960), Faridah (Jean Heather-1962) dan Fauziah
(Aimah Eluk-1964).

Tun Fuad pernah menerima pendidikan di St. Mary's Boys School, Sandakan;
Sekolah St. James di Kudat; Sekolah Yernakular di Keningau dan Sekolah
beliau memasuki Pasukan Pertahanan Singapura (Volunteer Force) dan bekerja
di sebuah Restoran Jepun di Singapura sehinggalah penaklukan Jepun ke
atas Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.
Selepas Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Tun Fuad bekerja
sebagai kontraktor membekalkan kayu balak untuk kerja-kerja pembangunan
kepada Jabatan Kerja Raya. Selepas itu, beliau telah menjadi pemberita
bagi North Bomeo News (NBN) di Daerah Pantai Barat, Borneo Utara.
Pada tahun 1953, Tun Fuad menubuhkan The Sabah Times. Beliau telah
menggabungkan North Bomeo News dengan The Sabah Times beberapa
• bulan kemudian dan menamakannya sebagai North Bomeo News and Sabah
Times. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri pada
tahun 1955.
Tun Fuad adalah salah seorang yang memainkan peranan penting dalam
membawa Sabah menyertai Malaysia. Beliau merupakan salah seorang daripada
ahli yang terlibat dalam perbincangan tersebut termasuk Tunku Abdul Rahman,
Ong Kee Hui, iaitu Pengasas Sarawak United People's Party (SUPP); Lee
Kuan Yew, Ghani Gilong dan lain-lain lagi.

Pada tahun 1958, beliau memegang jawatan Pengerusi Persatuan Kadazan


dan beliau merupakan Pengasas dan Presiden United National Kadazan
Organization (UNKO). Beliau juga menjawat beberapa jawatan dalam Majlis
Perpaduan Malaysia seperti Pengerusi Bersama Jawatankuasa Antara-Kerajaan
Malaysia (Inter-Governmental Committee of Malaysia) pada tahun 1959.

Pada Oktober 1959, Tun Fuad telah mengetuai perwakilan Borneo Utara ke
Persidangan Rancangan Colombo (Colombo Plan Conference) di Jogjakarta.
Pada tahun 1960, beliau mengetuai perwakilan Borneo Utara ke Persidangan
Rancangan Colombo di Tokyo dan seterusnya pada tahun 1961, beliau
sekali lagi mengetuai perwakilan Borneo Utara ke Persidangan Rancangan
Colombo di Kuala Lumpur. Selain itu, Tun Fuad juga mengetuai perwakilan
Borneo Utara ke Persidangan Persatuan Ahli-Ahli Parlimen Komanwel di
London.

Pada tahun 1962, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Bandaran
Jesselton. Apabila Parti Perikatan Sabah ditubuhkan, beliau adalah Pengerusi
Majlis Tertingginya. Pada tahun 1963, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis
Lembaga Perundangan Negeri (Legislative Council) dan seterusnya Ketua
Menteri Sabah selepas tertubuhnya Malaysia. Semasa Sabah menyertai
Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, Tun Fuad merupakan orang
yang mengisytiharkan kemerdekaan Sabah melalui Malaysia.

Pada tahun 1964, Tun Fuad menjadi Presiden Bersama Pertubuhan Pasok-
Momogun Kadazan bersama Datuk G. S. Sundang apabila UNKO dan Pasok
Momogun bergabung. Walau bagaimanapun, beliau telah meletakkan
jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah pada 31 Disember pada tahun
yang sama.

Pada tahun 1965, Tun Fuad pernah memegang jawatan Menteri Hal Ehwal
Sabah dan Pertahanan Awam (Minister of Sabah Affairs and Civil Defence)
mengambil alih daripada Tun Pengiran Hj. Ahmad Raffae yang bersara
selepas dua penggal pada 16 September 1973.

Pada Julai 1975, Tun Fuad telah meletakkan jawatan Yang di-Pertua Negeri
Sabah untuk menceburi semula arena politik apabila dilantik sebagai Presiden
BERJAYA, sebuah parti politik baru. Pada 15 April 1976, beliau telah
memenangi pilihan raya umum Negeri dengan memperoleh 28 daripada 48
kerusi yang dipertandingkan di bawah Parti BERJAYA dan dilantik sebagai
Ketua Menteri Sabah yang kelima.
Tun Fuad dikenali sebagai seorang yang aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.
Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Kelab Rekreasi Jesselton dan
Presiden Kelab Mencegah PenyakitTibi Borneo Utara. Beliau juga menyertai
Kelab Sukan Jesselton, Persatuan Bola Sepak Amatur Borneo Utara,
Persatuan Badminton Jesselton dan pernah menjadi Pengerusi Sukan
Borneo Utara.

Pada 6 Jun 1976, kira-kira pukul 3 petang, kapal terbang yang dinaiki oleh
Tun Fuad dari Labuan ke Kota Kinabalu telah terhempas di tepi laut Sembulan.
Tun Fuad telah terkorban dalam tragedi tersebut. Turut terkorban ialah
anaknya Johari, bersama dengan beberapa orang menteri dan timbalan menteri
kabinetnya.
Tun Datuk Mohd. Hamdan bin Abdullah,
S.M.N., P.G.D.K.

Jawatan
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Keempat (28 Julai
1975 - 1977)

Biodata

Tun Datuk Mohd. Hamdan bin Abdullah dilahirkan pada 22 Februari 1922
di Kampung Labuaya, Tuaran kira-kira 34km dari Bandar Kota Kinabalu.
Semasa lahir beliau diberi nama Indan bin Kari, satu nama yang indah dan
manis mengikut sebutan suku kaum Dusun Lotud. Beliau merupakan Anak
kepada O.K.K. Kari bin Angur, seorang bekas anggota polis yang pernah
berkhidmat di Pulau Gaya. Ibu beliau bernama Boyod binti Umpun, seorang
suri rumah yang juga merupakan seorang petani yang mengusahakan sawah
padi dan menanam tanaman lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Walau bagaimanapun, ayah Tun Hamdan meninggal dunia ketika beliau
hanya tiga bulan di dalam kandungan ibunya dan beliau merupakan anak
kedua daripada tiga orang adik-beradiknya.

Tun Hamdan dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya O.K.K. Anggor
sehingga tamat darjah lima di Sekolah St. John, Tuaran. Kemudiannya se-
panjang tahun 1935-1940, beliau menerima pendidikan di Sekolah Yernakular
Kerajaan (Government Vernacular School), Tuaran.

Tun Hamdan telah dijodohkan oleh ahli keluarganya dengan seorang gadis •*
dari suku kaum yang sama dengannya iaitu Datin Selisir binti Judi. Hasii
dari perkahwinan ini mereka dikurniakan sepasang cahaya mata masing-
masing bernama Lintang dan Tahira. Selain daripada itu Tun Hamda
mengambil beberapa orang anak angkat yang mempunyai ikatan kekelu ^
tetap kekal menjadi isteri Tun Hamdan sehingga beliau meninggal dunia
pada 10 Oktober 1977. Datin Selisir binti Judi menghembuskan nafas terakhir
di rumahnya di Kampung Selupuh Tuaran pada tahun 2003.

Pada tahun 1962, Tun Hamdan telah berkahwin untuk kedua kalinya dengan
gadis pilihan hati beliau yang ketika itu baru berusia 18 tahun bernama Toh
Puan Dulimah binti Ampit. Beliau berasal dari Kampung Bantayan, Tamparuli
juga dari suku kaum Dusun Lotud. Perkahwinan ini juga kekal sehingga ke
akhir hayat Tun Hamdan. Mereka dikurniakan dengan empat orang cahaya
mata iaitu tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Tun Hamdan mula berkhidmat di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara
sebagai Kerani Anak Negeri (Native Clerk) di beberapa daerah seperti
Papar, Penampang, Pensiangan dan Tambunan pada tahun 1941. Pada tahun
1947, beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Anak Negeri Kelas II (Native
Chief Class II) di Tuaran. Pada tahun 1958, Tun Mohd. Hamdan telah
dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah (District Chief).

Pada awal 1961, Tun Hamdan bersama-sama Tun Datu Hj. Mustapha Datu
Harun dan beberapa orang tokoh yang lain telah mengasaskan USNO (United
Sabah National Organization) dengan tujuan untuk membebaskan Sabah
Tun Mohd. Hamdan dipilih menjadi calon USNO untuk menentang parti
UPKO bagi kerusi Sulaman dalam pilihan raya Kerajaan Tempatan pertama
pada tahun 1963. Beliau telah memenangi kerusi tersebut.
Pada tahun 1968, Tun telah memegang portfolio sebagai Setiausaha Politik
kepada Menteri Kewangan sehingga beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga
Padi Sabah pada Disember 1971. Semasa tempoh perkhidmatannya, beliau
telah melakukan beberapa pembaharuan termasuk membaiki sistem saliran
dan perparitan untuk meningkatkan hasil keluaran padi. Tun telah meletakkan
jawatan Timbalan Pengerusi USNO pada 26 Julai 1975.

Pada 28 Julai 1975, Tun Hamdan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri
Sabah yang keempat menggantikan Tun Fuad Stephens yang meletakkan
jawatan untuk melibatkan diri secara langsung di dalam arena politik dengan
menyertai parti BERJAYA. Tun Hamdan merupakan anak suku kaum Dusun
Lotud yang pertama dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Sabah. Pelantikan ini amat menggembirakan hati semua pihak terutama
keluarga beliau sendiri. Selaku Ketua Negeri Sabah, Tun Hamdan telah
berusaha sedaya upaya untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk Sabah.
Tun sering menghadiri Majlis-majlis rasmi kerajaan dan di samping itu
tidak lupa untuk mengunjungi daerah-daerah dan kampung bagi menanyakan
khabar mereka dan meninjau sendiri keadaan hidup rakyat.

Tun Mohd. Hamdan sememangnya dikenali sebagai seorang pemimpin yang


berjiwa rakyat. Beliau sering membuat Iawatan rasmi ke seluruh negeri Sabah.
Selain itu, Tun juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan berusaha memajukan
rakyat terutama golongan petani dan penduduk di luar bandar. Beliau sering
kali mengadakan upacara "mikorot" (blood brothers) untuk mempererat
perhubungan dengan masyarakat tempatan. Beliau juga gemar mengadakan
majlis keramaian di rumah beliau di Sri Sulaman agar beliau dapat berjumpa
dengan masyarakat setempat untuk memantau hal kemajuan dan masalah
mereka. Dari segi pembangunan pula, beliau sering memberi penekanan
terhadap pembangunan projek bukan sahaja di bandar-bandar tetapi juga di
kawasan luar bandar. Ini adalah berdasarkan kepada pengalaman secara
langsung, pemerhatian serta pengetahuan luas yang beliau miliki sepanjang
tempoh bertugas dari peringkat bawah sebagai Kerani Anak Negeri sehinggalah
Tun Mohd. Hamdan telah dianugerahkan P.G.D.K. (Panglima Gemilang
D a r j a h Kinabalu) yang m e m b a w a gelaran " D a t u k " pada tahun 1963
dan beliau merupakan antara orang pertama yang menerima anugerah
ini. Beliau kemudiannya dianugerahkan Seri Maharaja Mangku Negara
(S.M.N.) yang m e m b a w a gelaran "Tun" daripada Yang di-Pertuan
Agong Malaysia.

Peristiwa yang beliau tidak boleh lupa berlaku semasa p e n d u d u k a n


tentera Jepun di Borneo Utara. Tun Hamdan yang pada masa itu
sedang bertugas di Pensiangan telah ditangkap dan diikat oleh tentera
Jepun pada sebatang pokok untuk m e n e r i m a h u k u m a n p a n c u n g pada
keesokan harinya. Walau b a g a i m a n a p u n , beliau b e r s y u k u r kerana
seorang tentera Jepun telah m e m b e b a s k a n n y a dan beliau b e r j a y a
melepaskan diri. Kemudian semasa lawatan beliau ke Tokyo, Jepun,
beliau sangat gembira apabila dapat ditemukan semula dengan ahli tentera
Jepun yang telah m e n y e l a m a t k a n n y a .
Jawatan
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Kelima (1977-1978)

Biodata
Tun Datuk Haji Ahmad Koroh telah dilahirkan di Kampung Limbawan,
daerah Keningau pada 1 Januari 1925. Bapanya, O.K.K. Koroh bin Santulan
pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Pensiangan semasa
pemerintahan British. Ibunya, Isah Maria binti Santul ialah adik kepada G. S.
Sundang dan O.K.K. Sedomon Gunsanad*. Tun Ahmad dilahirkan dalam
keluarga yang sederhana dan merupakan anak kedua dari lapan orang adik-
beradik iaitu Daisy, Juliana, Tan Sri Suffian, Agnes, Angeline, Agnetius dan
Benedict. Nama Tun yang asal ialah Thomas Koroh.

Ketika berusia tujuh tahun, beliau mula bersekolah di Sekolah Kerajaan


Vernakular Melayu (Government Vernacular School), Keningau. Tun
kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah All Saint's pada tahun 1939.
Pada tahun 1961, Tun Ahmad telah melanjutkan pelajaran dalam bidang
Kerajaan Tempatan dan Awam (Public and Local Administration) di Austra-
lia di bawah Biasiswa Rancangan Colombo. Pada tahun 1964, Tun memperoleh
Diploma Pentadbiran Awam dan Sosial dari Torquay, England.
kerani stor, jurutaip dan jurubahasa dalam Pemerintahan Tentera British
(British Military Administration) di Borneo Utara.

Pada tahun 1963, semasa proses pembentukan Malaysia sedang berjalan,


Tun Ahmad telah mengikuti rombongan Parti Pasok Momogun ke Kuala
Lumpur atas undangan Kerajaan Malaya. Tun juga bertindak sebagai jurubahasa
kepada Suruhanjaya Cobbold kerana beliau fasih berbahasa Melayu,
Kadazandusun, Inggeris dan Murut.
Pada tahun yang sama, Tun Ahmad Koroh juga telah dilantik sebagai Penolong
Pegawai Daerah Kunak selama tiga tahun. Pada tahun 1966, beliau telah
dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Tenom sehingga beliau bersara
dari Perkhidmatan Awam pada tahun 1971. Selepas bersara, Tun Ahmad
telah terlibat dalam bidang perniagaan.
Pada tahun 1977, Tun Ahmad Koroh telah dilantik menjadi Yang di-Pertua
Negeri Sabah yang Kelima bagi menggantikan Tun Hamdan Abdullah yang
meninggal dunia pada tahun yang sama.

Jawatan lain yang pernah dijawat oleh Tun Ahmad Koroh ialah Majistret,
Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Penaung Pengakap dan Persatuan
Perubatan Sabah serta Presiden Kelab Kinabalu dan Kelab Rotary.

Kegemaran Tun Ahmad ialah bermain golf, mengembara, memancing,


menunggang kuda, membaca buku dan menangkap burung.

Tun telah meninggal dunia pada 25 Jun 1978 iaitu hanya setahun selepas
dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Jawatau
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Keenam (27 Jun 1978-
1987)

Biodata

Tun Datuk Haji Mohammad Adnan Robert dilahirkan pada 10 September


1917 di Kota Kinabalu. Nama asal Tun ialah Mickey Robert. Beliau berumah
tangga pada tahun 1942 dengan Datin Mariam Tseu dan mereka mempunyai
tiga orang anak lelaki: Jonathan, Napier, James serta tiga orang anak perempuan:
Ainslie, Janny, dan Arlene. Tun pandai bertutur dalam beberapa bahasa,
seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Cina, Murut dan Kadazandusun.

Tun Mohammad Adnan memulakan kerjayanya pada tahun 1937, sebagai


Pembantu Hospital (Probationary Dresser) di Sandakan, Ranau, Keningau
dan Kota Kinabalu (Jesselton). Beliau kemudiannya menyertai perkhidmatan
awam pada tahun 1949 dengan bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah
di Pensiangan selama setahun. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai
Penolong Pegawai Daerah di beberapa kawasan pedalaman, misalnya
Pensiangan (1951), Beaufort (1954), Ranau (1956), Penampang (1960) dan
Lamag, Kinabatangan (1961).
dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Tun Adnan telali
bersara pada tahun 1972 dan beliau diambil semula untuk. bekerja selama
enam bulan di Kementerian Pembangunan Perindustrian.

Tun Adnan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah keenam pada
27 Jun 1978. Beliau dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat, sering
membuat kunjungan lawatan ke seluruh negeri Sabah. Pada 5 Oktober 1980,
Tun Adnan bersama Toh Puan telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan
fardu Haji.

Hobi Tun Mohammad Adnan pada masa lapang termasuk menunggang kuda,
bermain bola tampar, bola sepak dan badminton. Beliau juga merupakan
Penaung kepada Persatuan Bulan Sabit Merah, Cawangan Sabah.
Di antara anugerah yang Tun Adnan telah terima adalah: Seri Panglima
Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran "Datuk Seri Panglima";
Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang membawa gelaran "Datuk Patinggi"
(D.P.) pada 1980; Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) daripada Tuan
Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran
"Dato' Seri" pada 1980; Setia Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) yang membawa
gelaran "Dato"' pada tahun 1978 dan Seri MaharajaMangku Negara (S.M.N.)
yang membawa gelaran "Tun" pada tahun 1979.

Tun Mohamad Adnan terus berkhidmat sebagai Tuan Yang Terutama Yang
di-Pertua Negeri Sabah untuk dua penggal dan bersara pada tahun 1987.
Tun Mohamad Adnan meninggal dunia pada tahun 2003.
Jawatan
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Ketujuh (1 Januari 1987-
1995)

Biodata
Tun Datuk Haji Mohd. Said bin Keruak telah dilahirkan pada 15 November 1926
di Kampung Pirasan, Kota Belud. Ayahnya ialah O.K.K. Keruak bin Beruk,
iaitu Ketua Anak Negeri. O.K.K. Keruak telah meninggal dunia ketika Tun
Said hanya berumur empat tahun. Ibunya bernama Dampok binti Andarsi.

Tun Said mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Hjh. Bandong Hasbollah,
iaitu anak perempuan O.K.K. Hasbollah dari Kota Belud. Hasil perkahwinan
ini, mereka dikurniakan lima orang anak yang terdiri daripada empat orang
perempuan dan seorang lelaki. Anak pertama ialah Datin Jahah Saidatul
Badru, kedua ialah Datin Sandralilah, anak ketiga ialah Datuk Mohd Salleh,
anak keempat ialah Puan Saidatul Badariah dan anak bongsu Hajah Zainoriah.
Tun Said adalah seorang suami dan ayah yang penyayang. Walaupun sibuk
dengan tugas rasmi, beliau akan membahagikan masanya bersama-sama
dengan keluarga tercinta.

Tun Said mempunyai nama panggilan mesra dalam keluarga, iaitu "Sitam"
dan ini merupakan panggilan mesra dari arwah emaknya. Tun Said juga
dengan fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Bajau, serta berbahasa
Dusun, Jepun, Hokkien dan Hakka.
Tun Said telah mula bersekolah ketika berusia tujuh tahun. Beliau menghadiri
Sekolah Rendah Kerajaan Kota Belud sehingga darjah lima pada tahun
1941. Ini merupakan kelulusan akademik tertinggi dalam sistem persekolahan
vernakular di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di
Kota Belud. Pada tahun 1941, Tun Said mendapat tawaran melanjutkan
pelajaran dalam bidang pertanian di Maktab Pertanian Kuching. Tun Said
juga menghadiri kelas malam untuk mempelajari bahasa Inggeris pada
tahun 1947 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di London selama setahun
dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

Tun Said mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1941 di bawah
pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Jawatan pertamanya adalah
sebagai Kerani Percubaan di Pejabat Daerah Papar. Semasa pendudukan
tentera Jepun ke atas Borneo Utara, beliau telah menjadi Penolong Bendahari
di Jesselton di bawah Kerajaan Tentera Jepun. Selepas tamatnya Perang
Dunia Kedua, Tun Said telah kembali bertugas sebagai kerani di Pejabat
Daerah Kota Belud. Pada 1960-an, beliau dinaikkan pangkat menjadi
Setiausaha Majlis Tempatan Daerah Kota Belud dan juga dilantik sebagai
Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri (Unofficial Member of the
Legislative Council). Beliau terkenal dengan sifat bertanggungjawab semasa
menjalankan tugasnya. Beliau sentiasa memastikan kerja-kerja diuruskan
dengan baik dan bersedia membuat tinjauan ke kampung-kampung semasa
menjalankan tugas.

Pada November 1960, Tun Haji Mohd. Said telah dilantik sebagai Ketua
Perwakilan Kongres USNO (United Sabah National Organization) untuk
menggantikan O.K.K. Anuar Hj. Arshad yang gagal menghadiri perwakilan
tersebut. Kemudiannya pada tahun 1961, beliau telah menang dalam pemilihan
Ahli Majlis Tertinggi USNO dan dilantik Naib Presiden, di bawah pimpinan
Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun selaku presiden parti.

Pada tahun 1963, Tun Said dipilih menjadi calon USNO bagi pilihan raya Kerajaan
Tempatan kawasan Usukan dan beliau berjaya menjadi Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) dan dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.
Semasa tempoh perkhidmatan sebagai Menteri, tahap pembangunan dalam
Presiden USNO. Pada tahun 1969, beliau telah memenangi kerusi Parlimen
Kota Belud. Tun Mohd. Said merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) untuk kawasan Kota Belud sehingga tahun 1976 (ADUN) dan Ahli
Parlimen kawasan Kota Belud sehingga tahun 1982.

Pada tahun 1975, Tun Said telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dan
bersara dari arena politik pada Ogos 1982. Sepanjang hayat politiknya,
USNO merupakan satu-satunya parti politik yang dianggotainya.
Tun Said telah dianugerahkan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.)
yang membawa gelaran "Tun", Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang
membawa gelaran "Tan Sri" dan juga Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.)
yang membawa gelaran "Datuk Seri Panglima".

Tun Said telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sabah yang ketujuh pada tahun 1987 dan bersara pada tahun 1995.
Tun meninggal dunia pada November tahun yang sama.
Jawatan
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Kelapan (1 Januari 1995,
1 Januari 1 9 9 9 - 3 1 Disember 2002).

Biodata

Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai dilahirkan pada 15 April
1930 di Kampung Air, yang terletak di pesisiran pantai Daerah Semporna,
iaitu sebuah perkampungan orang Bajau. Nama asal Tun Sakaran ialah
Hashim (kemudian dinamakan Sakiaran). Ayah beliau ialah Dandai bin
Ajibuddin bin Jamaluddin, keturunan Bajau . Tun mempunyai sembilan
orang adik-beradik iaitu dua orang lelaki dan tujuh orang perempuan.

Tun Sakaran telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Hajah Siti
Rukaiyah binti Datuk Panglima Abdullah. Mereka dikurniakan dua belas
orang anak termasuk tujuh orang anak daripada perkahwinan pertamanya,
(isteri pertamanya bernama Halimah meninggal dunia pada tahun 1964.)
Anak-anak mereka bernama Asiah, Asmah. Nasir, Aisah, Hj. Omar, Hj.
Tun Sakaran memulakan tugas dalam perkhidmatan awam sebagai Kerani
Anak Negeri (Native Clerk) di Pejabat Daerah Semporna pada 31 Ogos
1948. Pada tahun 1950, Tun Sakaran telah ditukarkan oleh Kerajaan British
• untuk bertugas di Pulau Tambisan, Lahad Datu. Beliau kemudiannya ditukar
ke Semporna dan pada tahun 1958 telah sekali lagi ditukarkan ke Pejabat
Daerah Tuaran (Pejabat Tanah). Pada awal tahun 1959, beliau ditukar kembali
ke Semporna dan menjawat jawatan Pemangku Kerani Besar.

Pada awal tahun 1960, Tun Sakaran telah dilantik menjadi Ketua Anak
Negeri (Native Chief) di Semporna. Jawatan ini merupakan salah satu daripada
jawatan tertinggi yang dapat dicapai oleh kalangan peribumi semasa
pemerintahan British di Sabah. Tun Sakaran merupakan Ketua Anak Negeri
yang paling muda pada masa itu. Beliau selalu memberi perhatian terhadap
pembangunan pendidikan di Semporna, khasnya kerana pada masa itu hanya
35% kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah dihantar ke sekolah.
Beliau kemudiannya telah membantu dalam mendirikan lebih banyak Sekolah
Rakyat untuk meningkatkan taraf pendidikan penduduk Semporna. Tun Sakaran
juga amat berjasa dalam mengasaskan pembukaan Rancangan Pulau Semporna,
Mentaritip Pegagau dan Lihak-Lihak. Dalam kesempatan inilah beliau banyak
menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai pentadbir dan pemimpin.
Beliau terus berkhidmat sehingga bersara daripada perkhidmatan awam
pada tahun 1967.

Tun Sakaran mula bergiat dalam bidang politik seawal tahun 1960-an,
khususnya semasa bermulanya rundingan mengenai Pembentukan Persekutuan
Malaysia. Pada tahun 1964, beliau telah dipilih sebagai Ketua Pemuda
USNO Bahagian Semporna dan menjawat jawatan tersebut hingga tahun
1969. Pada tahun 1967, Tun Sakaran telah dipilih sebagai calon USNO
dalam Pilihan Raya Umum Negeri untuk bertanding di kawasan Dewan
Undangan Negeri Semporna dan memperoleh kemenangan. Tun Sakaran
merupakan satu-satunya calon ADUN yang memenangi kerusi DUN Semporna
selama lapan penggal berturut-turut dari tahun 1967-1994. Beliau juga
memenangi pilihan raya umum kawasan parlimen Silam bagi tahun 1978
hingga 1990.

Pada Julai 1984, Tun- Sakaran telah dilantik menjadi Timbalan Presiden
selama empat tahun. Tun Sakaran mengakhiri kerjaya politiknya sebagai
Ketua Menteri Sabah pada 27 Disember 1994 selepas menjawat jawatan
tersebut dari 17 Mei 1994.

Tun Sakaran pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam Pertubuhan


Islam Seluruh Sabah (USIA). Beliau turut melibatkan diri dalam khidmat
kebajikan dan telah mengilhamkan penubuhan Yayasan SABDI. Matlamat
utama penubuhan Yayasan SABDI adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat,
khususnya masyarakat Islam demi meningkatkan taraf sosioekonomi dan
pendidikan serta menyebar kesusasteraan Islam khususnya di Semporna dan
amnya keseluruh negeri.
Pada 1 Januari 1995, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai
telah dilantik sebagai T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Sabah Kelapan dan
perkhidmatannya untuk penggal kedua telah disambung berkuat kuasa dari
.1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 2002.
Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah
bin Abdullah,
S.M.N., S.P.D.K., D.P., P.G.D.K., A.S.D.K.,
K.M.N., J.P.
Jawatan
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Kesembilan (2003- ).
Biodata
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah
telah dilahirkan pada 9 Disember 1946 di Kampung Inanam, Kota Kinabalu.
Beliau ialah anak keenam (bongsu) daripada enam orang adik-beradik.

Tun Ahmadshah memulakan persekolahan di Government Primary School


Darau, Menggatal pada tahun 1952 dan menamatkan sekolah menengah
pada tahun 1967 di Sekolah Menengah La Salle, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Beliau memperoleh Diploma in Deyelopment Administration dari South
Devon College, England dan Sarjana Muda Sains (Jurusan Sains Politik)
dari Indiana State University, Amerika Syarikat.

Tun Ahmadshah telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Datin
Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah binti Awang Japar dan telah dikurniakan
tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Tun Ahmadshah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Kastam di Jabatan


Kastam dan Eksais DiRaja, Kota Kinabalu pada 1 Mac 1968. Beliau dilantik
sebagai Pegawai Kerja (Luar Bandar) dan ditukar ke Pejabat Daerah
Beaufort sebagai Penolong Pegawai Daerah (Luar Bandar) pada 10 Nov -n-
ber 1969. Beliau pernah dipinjamkan ke Lembaga Padi dan Beras N e | %
(LPN) sebagai KetuaPegawai LPN dari 14 April 1979 hingga Julai 198.3. 1

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan


Awam Negeri ( 1 9 8 3 ) , Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (Januari 1 9 8 8
hingga Jun 1 9 9 4 ) , Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidik:wH(FIG94N A
hingga 1995) dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
257 YATASAH
KEP<MPINAN
P E R O A N A
Beliau menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran)
mulai 21 Mac 1998 hingga persaraannya pada 8 Disember 2002.
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah telah
dianugerahkan bintang kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.),
Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.), Datuk Patinggi Bintang Kenyalang
(D.P.), Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.), Ahli Setia Darjah
Kinabalu (A.S.D.K.), Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) dan Jaksa Pendamai
(J.P).
Tun Ahmadshah telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah kesembilan
pada 1 Januari 2003.

Anda mungkin juga menyukai