Anda di halaman 1dari 92

SEJARAH ADAT PERTANIAN MASYARAKAT

DUSUN DI TAMBUNAN
(2006-2008)

NOR RASHEEQA BINTI MD ZAKIR

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2021
SEJARAH ADAT PERTANIAN MASYARAKAT
DUSUN DI TAMBUNAN
(2006-2008)

NOR RASHEEQA BINTI MD ZAKIR

TESIS INI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI


KEPERLUAN PENGIJAZAHAN IJAZAH
SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN
KEPUJIAN SEJARAH

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2021

i
PENGAKUAN

Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

15 Ogos 2021
(Tarikh Viva Dijalankan) ____________________

Nor Rasheeqa Binti

Md Zakir

BA18110336

ii
PENGESAHAN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : SEJARAH ADAT PERTANIAN MASYARAKAT


DUSUN DI TAMBUNAN (2006-
2008)

IJAZAH : SARJANA MUDA

BIDANG : SAINS SOSIAL (SEJARAH)

Saya NOR RASHEEQA BINTI MD ZAKIR sesi 2018-2021 mengaku


membenarkan tesis Sarjana Muda ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia
Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: -
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah
2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat Salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat Salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. Sila tandakan (/):

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan


atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah


ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

NOR RASHEEQA BINTI MD (Dr Dayang Junaidah Binti


ZAKIR Awang Jambol)

BA18110336 Penyelia

Tarikh:

iii
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas
limpah dan kurnia-Nya maka Latihan ilmiah ini dapat disiapkan dengan tepat pada
waktunya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan
sepanjang prosespenulisan Latihan ilmiah ini. Tujuan penulisan ini adalah untuk
memenuhi syarat-syarat sebagai pelajar tahun akhir untuk bergraduasi. Penulisan ini
yang dihasilkan ini juga diharapkan dapat memberi manfaat pada masa akan datang
terutamanya untuk para pelajar yang mengambil program Sejarah di Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih dan memberikan sekalung penghargaan kepada Dr. Dayang Junaidah
Binti Awang Jambol selaku penyelia yang telah banyak membimbing, memberikan
kata semangat dan mencurahkan idea-idea yang bernas kepada saya sehingga saya
mampu menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Walaupun terikat dengan komitmen
yang lain, beliau tetap sudi meluangkan masa dalam memperbetulkan kesalahan
yang saya lakukan sepanjang proses menyiapkan baki penulisan yang ada.

Terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah program Sejarah


Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan atas sokongan dan dorangan yang diberikan.
Penghargaan ini juga dititipkan buat rakan-rakan seperjuangan saya yang turut
berhempas pulas menyiapkan latihan ilmiah ini. Walaupun masing-masing
mempunyai kekangan yang dihadapi, namun sokongan dan kata-kata semangat
terus diucapkan sehinggalah saya akhirnya Berjaya menyiapkan Latihan ilmiah ini.

Yang terakhir, jutaan terima kasih ini turut dititpkan buat keluarga tercinta
yang sentiasa memberikan sokongan tatkala diri ini berada di ambang kejatuhan dan
tekanan walaupun masing-masing berada jauh dari mata ekoran pandemik yang
melanda. Tanpa sokongan mereka, sudah pastinya saya tidak dapat menyiapkan
penulisan ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

NOR RASHEEQA BINTI MD ZAKIR

iv
ABSTRAK

Latihan ilmiah ini bertujuan untuk mengkaji tentang sejarah adat pertanian
masyarakat Dusun di Tambunan bermula dari tahun 2006 hingga 2008. Penulisan
mengenai tajuk ini amat sesuai untuk diberi perhatian secara jelas. Justeru itu, kajian
ini dilakukan untuk menjelaskan asal usul masyarakat Dusun, untuk mengenalpasti
adat-adat pertanian yang dilaksanakan oleh masyarakat Dusun dan adakah
berlakunya perubahan terhadap adat pertanian dalam kalangan masyarakat Dusun
di Tambunan. Perederan zaman menyebabkan beberapa aspek dalam adat pertanian
masyarakat ini semakin berubah. Oleh yang demikian, latihan ilmiah ini dijalankan
berdasarkan carian sumber sekunder seperti rujukan buku, artikel, akhbar, jurnal
serta kaedah temu bual. Carian internet juga digunakan untuk mencari bahan
rujukan dalam kajian ini. Kajian ini mengandungi lima buah bab iaitu bab pertama
mengenai proposal kajian di mana bab ini merangkumi latar belakang kajian,
permasalahan kajian, objektif kajian, sorotan literatur, skop kajian, metodologi kajian
dan pembahagian bab. Seterusnya bab kedua iaitu berkenaan dengan Sejarah dan
asal-usul masyarakat Dusun. Bab ketiga akan menjelaskan tentang adat-adat
pertanian masyarakat Dusun di Tambunan dan bab keempat pula akan
menghuraikan perubahan yang berlaku terhadap adat pertanian dalam kalangan
masyarakat Dusun di Tambunan. Akhir sekali, bab kelima merupakan penutup dan
rumusan keseluruhan bagi kajian ini.

Kata kunci: - Dusun, Tambunan, adat pertanian, perubahan

v
ABSTRACT

The History of Agricultural Customs of Dusun people in Tambunan (2006-


2008)

This research aims to study the history of agricultural customs of the Dusun
community in Tambunan starting from 2006 to 2008. This writing is very suitable to
be given clear attention. Therefore, this study was conducted to explain the origins
of the Dusun community, to identify the agricultural customs implemented by the
Dusun community and to find whether there is a change in agricultural customs
among the Dusun community in Tambunan. The passage of time has caused some
aspects of the agricultural customs of this society to change. Therefore, this scientific
training is conducted based on the search of secondary sources such as reference
books, articles, newspapers, journals, and interview methods. Internet search was
also used to find reference material in this study. This study contains five chapters,
namely the first chapter on the research proposal where this chapter covers the
background of the study, research problems, research objectives, literature
highlights, scope of the study, research methodology and chapter division. Next is
the second chapter which is about the history and origins of the Dusun community.
The third chapter will explain about the agricultural customs of the Dusun community
in Tambunan and the fourth chapter will describe the changes that have taken place
in the agricultural customs among the Dusun community in Tambunan. Finally, the
fifth chapter is the overall conclusion and summary of this study.

Keywords: - Dusun, Tambunan, agricultural customs, changes.

vi
ISI KANDUNGAN

Halaman

TAJUK i

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI FOTO x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI GLOSARI xiii

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Objektif Kajian 2

1.3 Permasalahan Kajia 3

1.4 kepentingan Kajian 4

1.5 Sorotan Kajian 4

1.6 Skop Kajian 11

1.7 Metodologi Kajian 12

vii
1.8 Pembahagian Bab 13

1.9 Kesimpulan 14

BAB DUA: ASAL USUL MASYARAKAT DUSUN DI TAMBUNAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kisah Nunuk Ragang 16

2.3 Asal usul Nama Dusun 18

2.4 Kewujudan Masyarakat Dusun di Tambunan 19

2.5 Bahasa dan Dialek Masyarakat Dusun di Tambunan 23

2.6 Sosioekonomi Masyarakat Dusun di Tambunan 27

2.7 Kesimpulan 29

BAB TIGA: ADAT-ADAT PERTANIAN MASYARAKAT DUSUN DI


TAMBUNAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Adat Permulaan Menanam 32

3.3 Adat Permulaan Menuai 38

3.4 Adat Pembersihan Kawasan Pertanian 40

3.5 Adat Pembakaran Tanah Kawasan Pertanian 43

3.6 Amalan Menjaga Tanah Pertanian 44

3.7 Adat Selepas Musim Menuai 45

3.8 Kesimpulan 48

viii
BAB EMPAT: PERUBAHAN ADAT PERTANIAN DALAM
KALANGAN MASYARAKAT DUSUN DI
TAMBUNAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Perubahan Amalan Pertanian Masyarakat Dusun 50

4.3 Faktor-faktor Perubahan Amalan Pertanian Masyarakat Dusun 51

4.3.1 Perkembangan Teknologi 51

4.3.2 Pengaruh Agama 55

4.3.3 Faktor Pendidikan 57

4.3.4 Kekurangan Pakar Mahir 58

4.3.5 Pelan Pembangunan Sabah 59

4.4 Kesimpulan 62

BAB LIMA: KESIMPULAN

5.1: Rumusan 63

RUJUKAN 66

LAMPIRAN 69

ix
SENARAI FOTO

Halaman

Foto 2.1: Gambar Pohon Ara di Nunuk Ragang 17

Foto 2.2: Suasana Kampung Solibog, Tambunan 27

Foto 3.1: Sawah Padi di Tambunan 33

Foto 3.2: Ritual Memanggil Semangat Padi 38

Foto 3.3: Bacaan Rinait oleh Bobolian 38

Foto 3.4: Adat Mamahui Pogun 40

Foto 3.5: Adat Selepas Musim Menuai 46

Foto 3.6: Hinava (Kerabu Ikan) 47

Foto 3.7: Pinasakan (Sejenis Hidangan Tradisi) 48

Foto 4.1: Jentera Pembajak Sawah 51

Foto 4.2: Penggunaan Jentera Pembajak Sawah 53

Foto 4.3: Proses membajak Sawah Padi 54

Foto 4.4: Encik Aldrin Peter, Informen yang Ditemu Bual 75

Foto 4.5: Encik Lester Linus, Informen yang Ditemu Bual 75

Foto 4.6: Puan Norika Tajin, Informen yang Ditemu Bual 76

x
SENARAI RAJAH

Halaman

Rajah 1.1: Peta Sabah 12

xi
SENARAI SINGKATAN

KDCA Kadazan Dusun Cultural Association

SBBU Syarikat Berpiagam Borneo Utara

xii
SENARAI GLOSARI

Bambazaon Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu semangat padi

Bobolian Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu ketua ritual

Bosou Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu jeruk ikan

Gilingan Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu pembersihan benih padi

Gumamas Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu merumput

Gontolobon Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu semangat padi yang memberi beras

Hinava Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu kerabu ikan

Huminodun Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu anak kepada Kinorohingan dan Sumundu

Kinorohingan Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu Tuhan Pencipta

Linopot Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu sejenis nasi yang dibalut daun

Magabor Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu menyemai biji benih

xiii
Mamahui Pogun Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu
iaitu pembersihan Kawasan pertanian

Mananom Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu menanam

Mananom Parai Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu memindah biji benih

Manaso Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu menyediakan sulap

Manawah Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu meneutralkan

Mangalit Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu menjaga

Mangasas Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu mengangin

Mangarangkat Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu memindah

Moginakan Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu makan

Moginum Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu minum

Mangogik Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu pengasingan biji benih

xiv
Mongomot Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu
iaitu menuai

Mongulat Do Tumo Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu pembakaran Kawasan pertanian

Monumbui Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu muara

Ohinopot Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu semangat padi yang menjaga hasil tuaian

Opidot Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu semangat padi yang memberi kesuburan

Pinasakan Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu sejenis jeruk ikan

Rumilik Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu pembersihan Kawasan

Sombilod Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu semangat padi yang melihat hasil tuaian rosak

Tantagas Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu ketua masyarakat

Tuhau Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu sejenis rebung hutan

Turugan Terjemahan daripada Bahasa Dusun ke Bahasa Melayu


iaitu ritual.

xv
BAB 1
PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa dahulu, kebanyakan pulau di Asia termasuklah Pulau Borneo yang
dikenali sebagai pentas Sunda atau Sundaland dipercayai bersambung dengan
tanah besar Asia dan tidak dipisahkan oleh lautan. Namun begitu, keadaan
tersebut telah berubah selepas berlakunya evolusi awal manusia di Asia
Tenggara. Dalam hal ini, negeri Sabah yang terletak di hujung atau utara Pulau
Borneo ini merupakan tempat terakhir yang menerima penghijrahan manusia
pada masa itu. Perkara ini berlaku kerana keadaan fizikal tanah besar yang
bersambung dengan Pulau Borneo membolehkan berlakunya penghijrahan
manusia ke Pulau Borneo. Oleh itu, Pulau Borneo dipercayai telah didiami
manusia sejak dahulu lagi berdasarkan penemuan tinggalan manusia yang
hidup pada zaman tersebut di Borneo.

Kebanyakan suku kaum di Sabah merupakan penduduk yang bukan


berasal dari Sabah tetapi berasal dari tempat lain yang terdapat di sekitar Asia
Tenggara. Sebagai contoh, Owen Rutter mengatakan bahawa mereka berasal
dari rumpun Mongoloid yang tiba di Borneo ataupun Brunei dari Indo-China
melalui Filipina atau datang terus ke tanah besar Asia. Selain itu, Thomas Rhys
William pula mengatakan bahawa manusia moden pertama sampai di Asia
Tenggara dan ke kepulauan Borneo ialah “Negrito”. Mereka telah keluar dari
China Selatan lalu berhijrah ke Asia Tenggara dan pulau-pulau berhampiran
termasuklah Borneo.

Walau bagaimanapun, kepelbagaian pendapat serta kajian daripada


pengkaji-pengkaji terdahulu ini tidak dapat dijadikan bukti bahawa etnik Dusun
serta etnik-etnik lain merupakan antara etnik terawal yang mendiami Sabah.
Namun begitu, menurut Hose, McDougall dan Thomas Rhys Wiliiam, orang
Negrito pernah sampai dan menetap di Sabah kira-kira 40,000 tahun yang lalu.
Dalam hal ini, mereka berpendapat bahawa daratan di rantau ini yang
bersambung pada masa dahulu telah memungkinkan penghijrahan orang

1
Negrito ke Sabah kerana wujud Negrito di Pulau Palawan yang berhampiran
dengan negeri Sabah.

Kumpulan orang Melayu Proto ataupun dikenali sebagai “Indonesia”


atau “Indo-Malayan” dipercayai merupakan kumpulan manusia terakhir yang
mengalami penghjrahan di rantau ini pada zaman prasejarah dahulu.
Kumpulan ini berhijrah dari tanah besar ke Kepulauan Asia termasuklah Pulau
Borneo dan seterusnya ke Sabah. Dalam hal ini, banyak persamaan yang dapat
dikenalpasti tidak kira samada dari segi ras, fizikal, budaya mahupun bahasa
dengan penduduk di kepulauan Borneo tersebut. Lantaran itu, kumpulan
Melayu Proto tersebut dipercayai orang asli negeri Sabah dan merupakan
nenek moyang masyarakat peribumi rumpun Dusun termasuk juga orang
Murut dan Bajau. Dari sini lah bermulanya bermula kedatangan kelompok kaum
ini ke negeri Sabah dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian etnik kerana dari
kelompok ini wujud subetnik yang lain seperti Lotud, Dupas, Tatana,
Tambanuo, Kadazan, Bajau Sama, Bajau Laut dan banyak lagi subetnik lain.

Oleh itu, penyelidikan ini akan cuba untuk mengkaji asal-usul


masyarakat Dusun di Tambunan, Sabah serta adat pertanian yang diamalkan
oleh masyarakat ini dalam usaha untuk mengetahui pengaruh atau impak
disebabkan oleh amalan ritual masyarakat Dusun ini terhadap perkembangan
kegiatan sosio-ekonomi mereka.

1.2 Objektif kajian

Dalam konteks ini, objektif kajian yang utama adalah untuk menjelaskan
pengaruh amalan ritual masyarakat Dusun Lotud ini terhadap perkembangan
sosio-ekonomi masyarakat Dusun Lotud, Kampung Solibug di Tambunan,
Sabah. Oleh yang demikian, penulis telah menetapkan sebanyak tiga objektif
kajian bagi mencapai objektif utama tersebut.

Objektif kajian yang pertama ialah menjelaskan asal usul masyarakat


Dusun Lotud di Sabah. Dalam konteks ini, penulis memilih untuk menjelaskan
terlebih dahulu asal usul masyarakat Dusun di Tambunan, di Sabah kerana

2
masyarakat ini merupakan subjek utama dalam kajian pengkaji. Oleh yang
demikian, penjelasan berkenaan dengan asal usul masyarakat Dusun di
Tambunan akan menjadi intipati pertama dalam kajian.

Seterusnya, objektif kajian yang kedua adalah untuk mengenalpasti


adat pertanian masyarakat Dusun dan penjagaan alam sekitar. Dalam konteks
ini, masyarakat Dusun di Tambunan, Sabah merupakan salah satu etnik yang
mempunyai pelbagai adat pertanian. Oleh yang demikian, pengkaji akan
memberi penjelasan berkenaan dengan adat-adat pertanian masyarakat Dusun
Tambunan yang berkaitan dengan ilmu pertanian dan penjagaan alam sekitar.

Objektif yang terakhir ialah mendedahkan perubahan adat pertanian


yang berlaku dalam kalangan masyarakat Dusun di Tambunan.

1.3 Permasalahan Kajian

Masyarakat Dusun merupakan masyarakat bumiputera terbesar di Sabah.


Masyarakat ini terkenal sebagai petani dan semasa Kesultanan Brunei
menguasai Sabah, mereka seringkali dirujuk sebagai masyarakat yang aktif
dalam penanaman padi di Sabah. Hal ini amat bersesuaian dengan kawasan
petempatan mereka iaitu di lembah sungai yang rata dan di kawasan
pergunungan. Penempatan mereka ini sering dinyatakan dalam catatan-
catatan Barat sebagai Dusun in the plains dan Dusun in the interior. Oleh yang
demikian, terdapat persoalan berkenaan dengan masyarakat Dusun ini.
Persoalan yang pertama ialah dari manakah asal usul masyarakat Dusun ini?
Persoalan ini cuba untuk mencari jawapan bagaimana etnik ini muncul di
Sabah.

Persoalan yang kedua pula ialah apakah adat-adat pertanian yang


diamalkan oleh masyarakat ini dan perkaitannya dengan penjagaan alam
sekitar. Dalam konteks ini, masyarakat Dusun mempunyai pengetahuan dan
ilmu dalam bidang pertanian. Selain itu, mereka juga mempunyai adat yang
diwarisi secara turun temurun. Persoalan ini mempunyai hubungan rapat
dengan persoalan yang ketiga iaitu sejauhmanakah berlakunya perubahan

3
dalam adat pertanian masyarakat Dusun di Tambunan. Persoalan ini cuba
menjawab tentang perubahan amalan ritual dalam adat pertanian serta evolusi
kegiatan pertanian masyarakat Dusun di Tambunan.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian dan penulisan berkenaan dengan adat pertanian masyarakat Dusun di


Tambunan amat kurang dilakukan oleh para sejarawan. Walaupun terdapat
beberapa karya yang ditulis berkaitan dengan adat-adat pertanian masyarakat
ini, namun ia dilakukan secara umum dan tidak begitu mendalam. Oleh yang
demikian, kajian ini penting bagi memperkenalkan asal-usul masyarakat Dusun
di Tambunan ini kepada generasi muda yang akan datang serta memberikan
pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan adat-adat pertanian
masyarakat ini. Selain itu, kajian ini juga akan memfokuskan kepada
peningkatan kesedaran untuk lebih menghargai adat-adat pertanian
masyarakat Dusun di Tambunan dan mengetahui tujuan di sebalik adat
tersebut terutamanya kepada golongan generasi muda masyarakat itu sendiri.

1.5 Sorotan Literatur

Dalam konteks ini, kebanyakan sumber yang digunakan oleh pengkaji adalah
melalui artikel serta jurnal secara atas talian. Bagi aspek asal usul masyarakat
Dusun, pengkaji telah menggunakan karya Yunus Sauman Sabin (2000). Dalam
karya beliau yang bertajuk Masyarakat Bajau dan Dusun di Sabah sebelum
Tahun 1900, beliau mengutarakan tentang kepelbagaian subetnik yang ada di
Sabah. Beliau turut menyatakan dengan jelas menggunakan data dan nombor
bahawa masyarakat Dusun adalah penduduk yang paling ramai di Sabah.1
Dalam artikel beliau juga, beliau menyatakan bahawa Orang Dusun membawa

1 Yunus Sauman Sabin, Masyarakat Bajau dan Dusun Di Sabah Sebelum Tahun 1990, Jurnal
Malaysia dari Segi Sejarah, Malaysia: Persatuan Sejarah Malaysia, 2000, hlm. 23.

4
maksud Peoples of The Orchards. Istilah Dusun merujuk kepada nama yang
dipercayai telah digunakan oleh orang Bajau untuk merujuk kepada kumpulan
masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman serta mengamalkan cara hidup
bertani ataupun berkebun bagi menyara kehidupan mereka. Perkataan atau
nama 'Dusun' itu juga dihubungkan dengan nama seorang ketua atau
pemimpin satu kumpulan imigran orang Cina iaitu Lo Sun yang tiba di Sabah
atas arahan Maharaja Cina iaitu Maharaja Yung Lo antara tahun 1403 hingga
1424 Masihi.2

Karya Topin Benedict (1981), iaitu Some Aspects of the Kadazan Dusun
Culture: Kadazan Cultural Association 2nd Delegates Conference menjelaskan
bahawa teori berkenaan asal usul keturunan Dusun selama ini telah dibentuk
oleh saintis sosial. Pengkaji antropologi manusia melaporkan bahawa bukti
pertama kehadiran manusia di Borneo berkait rapat dengan tengkorak manusia
berusia kira-kira 35, 000 tahun dahulu yang dijumpai di Gua Niah, Sarawak.
Manusia awal di Gua Niah dikenali sebagai Niahian man dan mereka
mempunyai persamaan dengan kepada Dayak yang berada di Sarawak pada
masa kini. Berdasarkan penemuan arkeologi ini, terdapat pengkaji antropologi
manusia yang membuat andaian bahawa terdapat kemungkinan Gua Madai
yang terletak di Sabah telah dijadikan tempat perlindungan untuk pemburu
awal di rantau ini. Namun begitu, sehingga kini para pengkaji masih belum
menemui bukti yang kukuh untuk menjelaskan tentang manusia terawal yang
tinggal di Gua Madai. Selain itu, Topin turut menjelaskan tentang penghijrah
Indo-Malayan di mana mereka mampu menyesuaikan diri dengan keadaan
cuaca dan bentuk muka bumi di Borneo yang bergunung-ganang. Beliau juga
mengandaikan bahawa kemungkinan nenek moyang orang Dusun terdiri
daripada kumpulan penghijrah Indo-Malayan.3

Seterusnya, pengkaji turut merujuk kepada artikel Noor Aina Binti Dani
(1996). Di dalam artikel beliau iaitu Pemindahan Bahasa dalam Proses
Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar-pelajar Dusun, beliau ada menyatakan

2 Ibid, Hlm 49

3 Topin Benedict, Some Aspect of KadazanDusun Culture, Kota Kinabalu: KadazanDusun


Cultural Association, 1981, hlm. 14.

5
tentang asal usul masyarakat Dusun di Sabah. Noor Aina Binti Dani menyatakan
tentang teori bahawa orang-orang Eropah yang mula-mula menggelar
segelintir penduduk asli di Borneo itu sebagai 'Orang Dusun' adalah tidak benar.
Dalam konteks ini, bangsa Eropah telah mendatangi Pulau Borneo hampir 200
tahun yang lalu. Namun kedatangan mereka itu tidak banyak merubah budaya
masyarakat tempatan di Sabah. Tambahan pula, pada masa itu tidak ramai
orang Eropah yang berminat dalam mempelajari bahasa masyarakat tempatan
kerana mereka tidak berkunjung ke Kawasan pedalaman. Oleh yang demikian,
hubungan interaksi serta hubungan sosial di antara bangsa Eropah dan
masyarakat tempatan sangat terbatas. Di dalam artikel beliau juga, beliau turut
memetik soal maksud perkataan Dusun dari beberapa penulis lain.4

Seterusnya, karya daripada Jacqueline Pugh Kitingan (2010) iaitu The


Cultural and Religious Diversity in Sabah with Surrounding Areas menjelaskan
tentang Masyarakat Dusun yang kebanyakannya tinggal di bahagian utara,
barat dan pedalaman Sabah. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa etnik
ini turut mendiami kawasan sepanjang sungai Kinabantangan. Seterusnya,
artikel ini turut menjelaskan tentang pecahan bahasa yang terdapat dalam
keluarga Murut. Dalam konteks ini, keluarga Murut merupakan pecahan
daripada keluarga Dusun. Keluarga ini mempunyai dua belas bahasa iaitu
termasuklah Tahol ataupun Tagal, Timugon, Paluan, Keningau, Kalabakan,
Bookan, Gana dan lain-lain. Keluarga Murut dikatakan menduduki seluruh
wilayah selatan Sabah dan bahagian utara Kalimantan, namun mereka berbeza
dengan keluarga Murut yang terdapat d Sarawak. Sub-bahasa Tidong yang
merupakan keluarga Bahasa terasing dikatakan mempunyai kaitan dengan
kaum Murut di Sabah. J. Pugh Kitingan juga menjelaskan bahawa penturu
Bahasa Paitan merangkumi Tombonuo, bangsa Kinabatangan Atas, Lobudan
Sungai Abai. Mereka ini dikatakan bangsa Sungai yang mendiami kawasan
sepanjang sungai timur di Sabah. Ida'an dan Bega'ak pula majoriti mendiami

4 Noor Aina Dani, Pemindahan Bahasa dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar
PelajarDusun, Latihan Ilmiah, Universiti Pertanian Malaysia, 1961, hlm. 23.

6
daerah Lahad Datu dan juga disebut sebagai "Dusun Segama”. Kesemua
keluarga yang telah disebutkan ialah terdiri daripada keluarga Dusun.5

Selain itu, penulis turut menggunakan buku yang dihasilkan oleh Dayu
Sansalu iaitu Warisan Sejarah Dusun yang diterbitkan pada tahun 2017. Dalam
konteks ini, saudara Dayu Bin Sansalu menjelaskan tentang asal usul
masyarakat Dusun yang bermula di sebuah kawasan bernama Nunuk Ragang.
Monograf yang dihasilkan oleh beliau ini juga turut menjelaskan secara
terperinci mengenai penghijrahan etnik ini dari Nunuk Ragang ke seluruh
negeri Sabah. Selain itu, beliau turut menjelaskan pelbagai pendapat mengenai
asal-usul bangsa dan bahasa yang dituturkan oleh etnik Dusun. Salah satu isi
yang diketengahkan oleh Dayu Bin Sansalu ialah berkenaan dengan isu identiti
masyarakat Dusun dan dilemma Sino-Dusun di antara Sino-Kadazan, usaha
untuk memperkasa etnik Dusun, kegiatan mereka semasa zaman tradisional
dan semasa pemerintahan kesultanan Brunei. Buku ini merupakan bahan
bacaan yang sangat ringan dan bahasa yang digunakan oleh Dayu Bin Sansalu
mudah difahami oleh semua golongan.6

Bagi aspek ritual masyarakat Dusun pula, penulis turut menggunakan


beberapa karya daripada para pengkaji terdahulu. Penulis menggunakan artikel
kepunyaan Norisah Binti Kirin (2017) iaitu Perkembangan Adat Memuja
Semangat Padi Masyarakat Dusun di Membakut 1960-2010. Di dalam artikel
beliau, Norisah Binti Kirin menjelaskan tentang amalan memuja semangat padi
dalam kalangann masyarakat Dusun di Membakut. Amalan ini dikatakan satu
amalan yang telah lama di amalkan oleh masyarakat Dusun di Membakut. Adat
memuja semangat padi ini bertujuan untuk mendapatkan keberkatan dalam
usaha penanaman padi. Dalam artikel ini, penulis dapat mengetahui bahawa
adat memuja semangat padi ini dilaksanakan secara berbeza mengikut
kawasan. Sebagai contoh, terdapat perbezaan dalam melaksanakan adat ini di

5 Jaquelin Pugh Kitingan, The Cultural and Religious Diversity in Sabah with Surrounding Areas.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2010, hlm. 13.

6 Dayu Bin Sansalu, Warisan Sejarah Kadazandusun, Kota Kinabalu: Kadazandusun Cultural
Association, 2017, hlm. 14.

7
kampung Kedamaian, Kampung Piasau dan Kampung Toburon. Namun begitu,
tujuan amalan ini dijalankan tetap sama walaupun berbeza dari segi ritualnya.7

Seterusnya, penulis juga turut memetik sebuah artikel daripada Dayu


Sansalu (2008) iaitu Dusun di Sabah Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-
1967. Dalam karya beliau, Dayu Sansalu mengatakan bahawa masyarakat
Dusun telah lama mengamalkan budaya memelihara alam sekitar. Masyarakat
ini menterjemahkan pemeliharaan alam sekitar melalui kepercayaan mereka
iaitu animisme. Anak masyarakat Dusun sejak kecil lagi telah dididik secara
tidak formal tentang kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada kuasa
luar biasa yang dimiliki oleh tumbuh-tumbuhan, sungai, laut, gunung, gua,
banir, pokok, batu-batu, tanah dan haiwan yang dinamai penunggu. Mereka
diajar bahawa alam ini turut didiami oleh pelbagai semangat sama ada yang
baik ataupun yang jahat. Semangat ini berkeliaran dan menunggu masa yang
sesuai untuk mempengaruhi manusia dengan cara mendatangkan penyakit,
kecelakaan, malapetaka atau sebaliknya. Ajaran yang diamalkan ini membantu
masyarakat Dusun untuk menjaga alamsekitar dengan baik kerana ia akan
mendatangkan kebaikan kepada mereka. Untuk membuka tanah baharu,
masyarakat ini diajar untuk mengambil isi sungai, laut, hutan dan
seumpamanya serta mengadakan ritual yang melibatkan bacaan rinait iaitu
mantera. Selain itu, penjaga alam semesta ataupun alam semulajadi harus
disanjung dan dihormati serta disajikan dengan makanan agar mereka tidak
mengganggu kehidupan manusia. Antara kepercayaan dan amalan masyarakat
Dusun dalam memelihara alam sekitar ialah amalan patod, mamahui pogun,
mongulat dan monutud do tumo, mangalit, bombon atau tagal, momirot serta
mononduk.8

Penulis turut menggunakan artikel daripada Minah Binti Sintian (2013)


iaitu Kepercayaan dan Amalan Masyarakat Dusun dalam Pemeliharaan Alam
Sekitar. Dalam artikel ini, Minah Binti Sintian menjelaskan bahawa masyarakat

7 Norisah Binti Pirin, Perkembangan Adat Memuja Semangat Padi Masyarakat Dusun di Membakut
Sabah, Latihan Ilmiah, Universiti Sains Malaysia: Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, 2017, hlm. 27.

8 Dayu Sansalu, Dusun di Sabah Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008, hlm 332.

8
Dusun telah lama mempraktikkan dan mengamalkan kepercayaan ini dalam
kehidupan mereka khususnya dalam pertaniaan serta pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar. Masyarakat ini percaya bahawa melalui
kepercayaan dan ritual budaya tradisional yang diwarisi turun-temurun seperti
amalan patod, labol, mongungkias do rinda, manalob dan mamahui pogun
dapat mengimbangi kelestarian alam. Selain itu, saudari Minah Binti Sintian
turut menjelaskan tentang masyarakat Dusun di Sabah yang percaya bahawa
sesuatu yang terjadi contonhya bencana alam, penyakit dan ketidaksuburan
tanaman mempunyai kaitan dengan kuasa luar biasa yang mana akan terjadi
sekiranya penduduk kawasan berkenaan tidak mematuhi larangan-larangan
dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kinorohingan iaitu Tuhan
mereka. Kepercayaan ini telah lama wujud dalam masyarakat Dusun sejak dari
zaman dahulu lagi.9

Karya Gidah (2001) iaitu Archetypes in the Cosmogonic Myths of the


Australian Aboriginal People and the Dusuns of Sabah menjelaskan tentang
Kepercayaan terhadap bambarayon ataupun semangat padi dalam kalangan
orang Dusun dapat dikesan melalui mitos dan legenda pelbagai subkumpulan
Dusun. Secara umumnya, mereka percaya bahawa setelah Kinorohingan dan
pasangannya dicipta untuk hidup di dunia, manusia telah mengalami
kesusahan hidup. Oleh yang demikian, Kinorohingan dan isterinya mengambil
keputusan untuk mengorbankan mereka anak perempuan mereka bagi
menyelamatkan manusia daripada kebuluran. Legenda mengatakan mereka
memotong tubuh badan anak perempuannya menjadi kepingan kecil dari
bahagian tubuhnya yang berbeza. Hasilnya, bahagian tubuhnya tumbuh
menjadi makanan. Legenda ini menjelaskan bahawa kepalanya tumbuh
sebagai kelapa, tulang lengannya menjadi tebu dan jarinya menjadi pokok
pisang. Seterusnya, darah anak mereka, mengalir ke tanaman padi pertama.
Oleh itu, masyarakat Dusun percaya terhadap pengorbanan anak perempuan
Kinorohingan. Kepercayaan ini seterusnya menjadi satu amalan yang

Minah Sintian, Kearifan Lokal Masyarakat Dusun dalam Pertanian membantu Pelestarian Alam,
e-Prosiding Persidangan Antarabngsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. No.3, 2018, Hlm,
143-161.

9
diamalkan oleh masyarakat tersebut. Mereka mula memuja semangat padi
dikenali sebagai bambarayon.10

Seterusnya, pengkaji turut merujuk kepada karya yang dihasilkan oleh


Constant Vianney Cyril Chin pada tahun 2020 iaitu faktor Perubahan Amalan
Adat Tradisi Dalam Proses Penanaman Padi Sawah Tradisional Masyarakat
Dusun Kuruyou di Kampung Liau Darat, Bingkor Sabah. Dalam konteks ini,
Constant Vianney Cyril Chin telah menjalankan kajian ke atas penduduk
Kampung dusun Kuruyou di Bingkor, Sabah. Kajian beliau menyasarkan
tentang perubahan yang berlaku terhadap adat pertanian masyarakat Dusun
Kuruyou di Bingkor. Beliau telah melakukan beberapa kaedah untuk
mendapatkan hasil kajian mengikut objektif yang ditetapkan beliau. Beliau
telah menjalankan kaedah temu bual dan juga kaedah soal selidik. Hasil kajan
yang dilakukan telah mendapati bahawa berlaku perubahan dalam adat
pertanian masyarakat Dusun Kuruyou di Bingkor. Hal tersebut adalah
disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan juga faktor luaran. Menurut
Constant Vianney, faktor tersebut merangkumi faktor perkembangan teknologi
dan juga agama.11

Pengkaji turut menggunakan karya Maine Suadik dan Yusten Karulus yang
diterbitkan pada tahun 2010. Teknologi, perubahan amalan pertanian dan isu
rasionaliti masyarakat petani di Sabah menjelaskan soal perubahan amalan
pertanian masyarakat di Sabah. Dalam artikel ini, penulis turut menjelaskan
tentang faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pertanian masyarakat di
Sabah. Kaedah soal selidik digunakan oleh penulis bagi mendapatkan hasil
kajian daripada penduduk di sekitar Sabah. Secara keseluruhannya, penulis
merumuskan bahawa bidang pertanian di Sabah masih ketinggalan jauh
berbanding dengan negeri lain di Malaysia. Selain itu, penulis turut menjelaskan
faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pertanian para petani di negeri

10 Gidah M.E, Archetypes in the Cosmogonic Myths of the Australian Aboriginal People and the
Dusuns of Sabah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2001, hlm. 24.
11
Constant Vianney Cyril Chin, Faktor Perubahan Amalan Adat Tradisi Dalam Proses Penanaman
Padi Sawah Tradisional Masyarakat Dusun Kuruyou di Kampung Liau Darat,
Bingkor Sabah, Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS ), Vol.6,
No.1, Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2020, hlm,
87-100.

10
Sabah. Antaranya ialah perkembangan teknologi, perkembangan agama,
pengaruh pasaran, faktor Pendidikan dan kekurangan pakar yang mahir dalam
menjalankan adat dan amalan pertanian.12

Akhir sekali, pengkaji menggunakan karya daripada Hanafi Hussin yang


diterbitkan pada tahun 2005. Artikel beliau yang bertajuk ritual padi komuniti
Kadazan di Dataran Penampang banyak menjelaskan tentang asal-usul serta
kegiatan masyarakat Kadazan dan Dusun di Sabah khusunya Penampang dan
Papar. Dalam konteks ini, Hanafi Hussin menjelaskan tentang kegiatan
ekonomi masyarakat Kadazan dan Dusun sejak pemerintahan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah dan bagaimana kegiatan ini mempu
berkembang hingga menjadi kegiatan ekonomi utama bagi masyarakat ini di
daerah Penampang. Melalui artikel ini juga, penulis turut menjelaskan tentang
beberapa amalan ritual yang dijalankan oleh masyarakat Kadazan bagi
memberkati ushaa mereka dalam menghasilkan padi agar mampu menampung
kehidupan seharian mereka suatu Ketika dahulu.

1.6 Skop Kajian


Skop kajian dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu bidang kajian dalam
penyelidikan, lokasi dan tahun penyelidikan. Dalam konteks ini, tajuk yang
dipilih oleh penulis ialah Sejarah Perubahan Adat Pertanian Masyarakat Dusun
Lotud di Tambunan, Sabah (1983-2008) Berdasarkan tajuk ini, bidang kajian
yang dipilih adalah mengenai adat yang diamalkan serta kegiatan ekonomi
masyarakat Dusun di Tambunan, Sabah. Lokasi kajian yang dipilih ialah daerah
Tambunan, Sabah sebagai kawasan kajian. Hal ini kerana majoriti masyarakat
Dusun Lotud di Tambunan masih mengamalkan adat pertanian khususnya
dalam penanaman padi. Akhir sekali, tempoh masa yang dipilih oleh pengkaji
bagi menjalankan penulisan ilmiah ini adalah bermula dari tahun 2006 hingga
tahun 2008. Pengkaji memilih tempoh masa ini kerana pada tahun awal 2006,
pelan pembangunan pertanian di bawah RMK9 telah dilaksanakan di Sabah dan

12 Maine Suadik & Yusten Karulus, Teknologi, Perubahan Amalan Pertanian dan Isu Rasionaliti
Masyarakat Petani di Sabah, Jurnal Sosiohumanika, Vol. 3 (1), Universiti Malaysia
Sabah: Sekolah Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2010, hlm. 41-51.

11
ia bermula secara langsung pada tahun 2008. Hal ini secara tidak langsung
telah memberikan perubahan terhadap adat pertanian masyarakat Dusun di
Sabah.

Rajah 1.1: Peta Sabah


Sumber: www.sabah.gov.my

1.7 Metodologi Kajian


Penyelidikan ini akan menggunakan metod kajian yang berdasarkan disiplin
ilmu sejarah. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif
bagi menggumpulkan dan menganalisis data. Sumber sekunder akan banyak
digunakan dalam menjalankan kajian ini seperti bahan-bahan arkib dan juga
penulisan karya-karya lama. Di samping itu, pengkaji juga akan menggunakan
laman web rasmi untuk mendapatkan risalah, buku-buku atau keratan akhbar
yang diiktiraf dan berkaitan dengan tajuk yang telah dibuat oleh penulis.

Bagi memperoleh data dan maklumat yang diperlukan untuk sokongan,


penulis akan mendapatkan bahan rujukan daripada Arkib Negara Malaysia,
Cawangan Negeri Sabah. Selain itu, bahan-bahan rujukan juga akan diperoleh
di Perpustakaan cawangan Kuala Penyu dan Perpustakaan Universiti Malaysia
Sabah. Sumber yang lain seperti jurnal dan latihan ilmiah lepas juga akan
digunakan bagi membantu penulisan ini. Kajian ini akan dijalankan dengan
mencari dan mengumpul maklumat daripada sumber-sumber berkaitan dan
dikaji untuk dianalisis serta dinilai sehingga penulis mendapatkan kesimpulan
bagi menjawab objektif yang telah dinyatakan.
12
Akhir sekali, penulis juga akan menggunakan kaedah lisan bagi
mendapatkan maklumat dengan lebih tepat memandangkan kajian ini
berasaskan adat resam masyarakat yang memerlukan maklumat secara terus
daripada orang-orang terdahulu untuk kesahihan sumber. Oleh yang demikian,
penulis akan menemu bual individu yang berkaitan ataupun informen bagi
melengkapkan maklumat mengenai kajian yang ingin dijalankan oleh penulis.

1.8 Pembahagian Bab


Penulisan ilmiah ini akan dibahagikan kepada lima bab utama. Setiap bab akan
membincangkan topik yang berlainan mengikut objektif yang ditetapkan
namun masih berada di dalam lingkungan tajuk utama yang sama. Dalam
konteks ini, bab pertama akan menyentuh tentang pengenalan kepada tajuk
penulisan ini secara khusus mengenai apa yang dikaji. Dalam bab pertama ini
juga, penulis akan membincangkan pengenalan kajian secara ringkas, objektif
kajian, sorotan literatur, kepentingan kajian, metodologi kajian, skop kajian,
pembahagian bab dan kesimpulan. Bab pertama ini merupakan panduan dan
pendedahan tentang tajuk yang akan dikaji dalam penulisan ilmiah ini.

Bab kedua pula akan menerangkan tentang latar belakang serta asal usul
kedatangan masyarakat Dusun di Sabah. Melalui bab ini, penulis akan
menerangkan secara lebih terperinci dan mengikut kronologi masa yang lebih
teratur mengenai asal usul masyarakat Dusun ini.

Dalam bab ketiga pula, penulis akan menjelaskan tentang jenis-jenis adat
pertanian masyarakat Dusun yang berkaitan dengan pertanian dan alam sekitar
ini secara lebih terperinci agar lebih mudah difahami. Di dalam bab ini juga
penulis akan menjelaskan kegiatan ekonomi masyarakat Dusun Lotud

Seterusnya dalam bab keempat, penulis akan menganalisis perubahan


yang berlaku terhadap adat pertanian masyarakat Dusun di Tambunan ini
terhadap perkembangan kegiatan sosio-ekonomi masyarakat Dusun di
Tambunan ini.

13
Bab kelima iaitu bab terakhir merupakan rumusan atas keseluruhan kajian
yang telah dilakukan bermula dari bab kedua sehinggalah bab keempat. Bab
ini juga akan meringkaskan penjelasan daripada setiap bab bagi memudahkan
pengkaji atau penulis akan datang menjadikan penulisan ini sebagai rujukan
mereka.

1.9 Kesimpulan

Kesimpulannya, keseluruhan kajian ini akan memfokuskan asal usul


masyarakat Dusun serta perubahan yang berlaku terhadap adat pertanian
dalam kalangan masyarakat Dusun di Tambunan, Sabah yang mana ia telah
menjadi kawasan pertanian sejak zaman awal penempatan masyarakat ini di
Sabah.

14
BAB 2

ASAL USUL MASYARAKAT DUSUN DI TAMBUNAN

2.1 Pengenalan
Masyarakat Dusun merupakan sebuah kumpulan etnik bumiputera yang
terbesar di Negeri Sabah. Masyarakat ini pada mulanya sangat mahir dalam
bidang pertanian. Namun begitu, perkembangan sosio-ekonomi yang telah
berjaya dicapai oleh negara telah menjadikan masyarakat ini beransur-ansur
beralih ke bidang perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden. Dalam
konteks ini, banci penduduk yang telah dijalankan pada tahun 2014
menunjukkan bahawa kaum ini merupakan kaum majoriti yang menduduki
Sabah.13 Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat seramai 37,2089 orang
Dusun dari jumlah 1.8 juta orang penduduk Sabah.

Seterusnya, anggaran jumlah penduduk Dusun pada tahun 1994


dilaporkan bertambah menjadi 433,600. Sebilangan besar dari mereka
menduduki daerah Penampang, Putatan, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan,
Beaufort, Kuala penyu, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat,
Pitas, Labuk Sugut, Paitan, Telupid, Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom,
Sook, Pensiangan dan Ulu Kinabatangan.14 Selain itu, melalui karya Yunus
Sauman Sabin (2000) yang bertajuk Masyarakat Bajau dan Dusun di Sabah
sebelum Tahun 1900, beliau mengutarakan tentang kepelbagaian subetnik
yang ada di Sabah. Beliau turut menyatakan dengan jelas menggunakan data

13 Jabatan Perangkaan Negeri Sabah, Buku Tahunan Perangkaan Sabah, 2015, Dipetik daripada
http://www.malaysiaeconomy.net/download/18072016_1.pdf, Diakses pada 20
November 2020, hlm. 14.

14 Ibid., hlm. 15.

15
dan nombor bahawa masyarakat Dusun adalah penduduk yang paling ramai di
Sabah.15

Menurut Persatuan Kebudayaan KadazanDusun Sabah ataupun


KadazanDusun Cultural Association (KDCA), etnik Dusun merujuk kepada
empat puluh pecahan subetnik iaitu etnik Bonggi, etnik Lingkabau, etnik Nabai,
etnik Tatana, etnik Bundu, etnik Liwan, etnik Paitan, etnik Tanggara, etnik
Dumpas, etnik Lobu, etnik Pingas, etnik Tidong, etnik Gana, etnik Lotud, etnik
Rumanau, etnik Tindal, etnik Garo, etnik Lundayeh, etnik Rungus, etnik
Tobilung, etnik Idaan, etnik Makiang, etnik Sinobu, etnik Tolinting, etnik
Kadayan, etnik Malapi, etnik Sinorupu, etnik Tombonuo, etnik Kimaragang,
etnik Mangkaak, etnik Sukang, etnik Tutung, etnik Kuijau, etnik Murut, etnik
Sungai dan Bisaya. Kesemua etnik ini dipercayai berasal dari Nunuk ragang
iaitu sebuah penempatan terawal bagi masyarakat Dusun. Kawasan ini terletak
di sebuah perkampungan di bahagian Ranau iaitu Tompios.16

Dalam konteks ini, masyarakat Dusun di Tambunan merupakan intipati


utama dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Hal ini dikatakan demikian
kerana masyarakat dusun di Tambunan majoritinya masih mengamalkan
kegiatan pertanian sebagai punca pendapatan utama mereka. Pengkaji akan
mengenalpasti terlebih daulu tentang asal usul kewujudan etnik Dusun di
Sabah sebelum memberikan penerangan berkenaan tentang kewujudan
masyarakat Dusun di Tambunan. Oleh yang demikian, menerusi kajian ini,
pengkaji akan membincangkan secara terperinci tentang sejarah serta asal-
usul kewujudan etnik Dusun ini di Sabah. Pengkaji akan membincangkan
subtopik-subtopik berkaitan dengan sejarah etnik ini.

2.2 Kisah Nunuk Ragang

15 Yunus Sauman Sabin, Masyarakat Bajau dan Dusun Di Sabah Sebelum Tahun 1990, Jurnal
Malaysia dari Segi Sejarah, Malaysia: Persatuan Sejarah Malaysia, 2000, hlm. 49.

16 Minah Sintian, Kearifan Lokal Masyarakat Dusun dalam Pertanian membantu Pelestarian Alam,
e- Prosiding Persidangan Antarabngsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. No.3, 2018, hlm,
143-161.

16
Dalam subtopik ini, pengkaji akan menjelaskan tentang sejarah sebuah
kawasan yang bernama Nunuk ragang. Kawasan ini merupakan lokasi yang
menjadi titik permulaan ataupun sejarah etnik ini di Sabah. Nunuk Ragang
merupakan satu mitos yang berkait rapat dengan masyarakat Dusun.17 Melalui
beberapa kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji budaya, mereka telah
berjaya membongkar asal usul masyarakat Dusun.

Foto 2.1: Gambar Pohon Ara yang terdapat di Nunuk Ragang

Sumber: Low Kok On (2006)

Dalam konteks ini, masyarakat Dusun mempercayai bahawa nenek


moyang mereka berasal dari satu tempat yang bernama Nunuk Ragang. Nunuk
Ragang ini membawa maksud Pohon Ara berwarna merah. Kawasan tersebut
terletak di satu kawasan hulu Labuk. Kawasan itu pada masa kini dikenali
sebagai sebuah kawasan yang berada di Daerah Ranau. Seterusnya, kawasan
yang berdekatan dengan Nunuk Ragang, terdapat dua buah sungai iaitu Sungai

17 Low Kok On, Reading Symbols and Mythical Landscape of The Tambunan Dusun Origin Myths
of North Borneo, Latihan Ilmiah, Universiti Malaysia Sabah, 2006, hlm. 29-50.

17
Liwagu dan Sungai Gelibang. Sungai-sungai ini mengalir ke arah timur Ranau
dan juga Tambunan. Sungai-sungai ini memainkan peranan penting sebagai
laluan utama perpindahan beramai-ramai masyarakat Dusun ke seluruh
pelosok tempat di negeri Sabah. Menurut sumber cerita lisan yang diperolehi
daripada masyarakat Dusun, pokok atau pohon Ara tersebut adalah sebesar
enam depa lingkungan tangan. Selain itu, daun-daun yang merimbun pula
dikatakan dapat melindungi di bawahnya sebanyak tujuh buah pondok kecil
masyarakat Dusun pada masa dahulu yang bersaiz 240 kaki persegi.18

2.3 Asal-usul Nama Dusun


Sewaktu pemerintahan kesultananan Brunei, masyarakat Dusun digelar
sebagai “dusun” yang merujuk kepada masyarakat yang bertani di kawasan
pedalaman. Dalam konteks ini, semasa Kesultanan Brunei menguasai kawasan
pantai barat di bahagian Sabah, mereka telah menggelar masyarakat Dusun
sebagai etnik petani pedalaman, terutamanya yang menanam padi sawah.
Penggunaan istilah tersebut kemudiannya berkembang dan berlanjutan
sehingga ke hari ini apabila orang British semasa zaman pemerintahan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara menggelar Dusun untuk penduduk peribumi yang
tinggal di kawasan tanah tinggi yang mengusahakan pertanian.19

Selain istilah Dusun, istilah Tangara juga digunakan bagi merujuk suku
yang tinggal di kawasan pesisir pantai seperti Penampang dan Papar. Menurut
Dayu Sansalu (2008), subetnik Dusun yang tinggal di daerah Ranau dan
Tambunan juga menggelar penduduk Penampang sebagai Tanggara atau
Tangara kerana tinggal berdekatan dengan laut atau kawasan tanah paya yang
ditumbuhi kayu bakau.20 Memandangkan kedua-dua suku itu berasal dari
keluarga bahasa, budaya dan asal usul yang sama maka demi perpaduan,

18 Low Kok On, Reading Symbols and Mythical Landscape of The Tambunan Dusun Origin
Myths of North Borneo, Latihan Ilmiah, Universiti Malaysia Sabah, 2006, hlm. 29-50.

19 Jacqueline Pugh Kitingan, The Cultural Development in Sabah 1963-1988, Sabah: Insitute for
Development Studies, 1989, hlm. 378.

20 Dayu Bin Sansalu, Dusun Di Sabah: Pendidikan dan proses Pemodenan 1881-1967, kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008, hlm. 332.

18
kedua-dua suku itu telah digabungkan menjadi Dusun. Penggabungan tersebut
telah menjadi titik persefahaman, tolak ansur dan saling menghormati untuk
menjadikan Dusun sebagai satu bangsa yang utuh.21

2.4 Kewujudan Masyarakat Dusun di Tambunan, Sabah


Terdapat teori lain yang menyatakan tentang asal-usul kaum Dusun. Dalam
konteks ini teori yang pertama adalah berkaitan dengan aspek etnologi. Aspek
etnologi ini menyatakan bahawa suku kaum Dusun merupakan suku yang
berketurunan Mongoloid. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
mempunyai persamaan dari segi warna kulit. Seterusnya, teori yang kedua
menyatakan bahawa kaum Dusun ini berasal daripada keturunan Indo-
Malayan. Teori yang ketiga menyatakan bahawa suku kaum ini berasal
daripada kacukan kaum Cina. Pada masa dahulu, kebanyakan pulau di Asia
termasuk Pulau Borneo bersambung dengan tanah besar Asia dan tidak
dipisahkan oleh lautan. Namun begitu, keadaan tersebut telah berubah selepas
berlakunya evolusi awal manusia di Asia Tenggara. Dalam hal ini, negeri Sabah
yang terletak di hujung atau utara Pulau Borneo ini merupakan menjadi tempat
terakhir yang menerima penghijrahan manusia pada masa itu. Hal ini dikatakan
demikian kerana keadaan fizikal tanah besar yang bersambung dengan Pulau
Borneo membolehkan berlakunya penghijrahan manusia ke Pulau Borneo.22

Selain itu, Thomas Rhys William pula mengatakan bahawa manusia moden
pertama sampai di Asia Tenggara dan dipercayai pernah datang ke Borneo
ialah kumpulan Negrito.23 Dalam konteks ini, mereka dipercayai telah keluar
dari China Selatan lalu berhijrah ke Asia Tenggara dan pulau-pulau
berhampiran termasuklah Borneo. Kepelbagaian pendapat serta kajian
daripada pengkaji-pengkaji terdahulu ini tidak dapat dijadikan bukti bahawa
etnik Dusun serta etnik-etnik lain merupakan antara etnik terawal yang

21 Ibid, hlm. 388.

22 Thomas Rhys Williams, The Dusun: A North Borneo Society, New York, and London: Holt,
Rinehart, and Winston, 1965, hlm. 56.

23 Ibid., hlm. 56.

19
mendiami Sabah. Namun begitu, menurut Hose, McDougall dan Thomas Rhys
Wiliiam, orang-orang Negrito ini pernah sampai dan menetap di Sabah kira-kira
40 000 tahun yang lalu. Dalam hal ini, mereka berpendapat bahawa daratan di
rantau ini yang bersambung pada zaman dahulu telah memungkinkan
penghijrahan orang Negrito ke Sabah kerana wujud Negrito di Pulau Palawan
yang berhampiran dengan negeri Sabah.

Kumpulan orang Melayu Proto ataupun dikenali sebagai Indonesia atau


“Indo-Malayan” dipercayai merupakan kumpulan manusia terakhir yang
mengalami penghijrahan di rantau ini pada zaman prasejarah dahulu.
Kumpulan ini berhijrah dari tanah besar ke Kepulauan Asia termasuklah Pulau
Borneo dan seterusnya ke Sabah. Dalam konteks ini, terdapat banyak
persamaan yang dapat dikenalpasti tidak kira samada dari segi ras, fizikal,
budaya mahupun bahasa dengan penduduk di kepulauan Borneo tersebut.
Lantaran itu, kumpulan Melayu Proto itu dipercayai orang asli negeri Sabah dan
merupakan nenek moyang masyarakat pribumi rumpun Dusun termasuk juga
orang Murut dan Bajau. Dari sinilah bermula kedatangan kelompok kaum ini ke
negeri Sabah dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian etnik di Sabah kerana
dari kelompok ini wujud subetnik yang lain seperti Lotud, Dupas, Tatana,
Tambanuo, Kadazan, Bajau Sama, Bajau Laut dan banyak lagi subetnik lain.
Teori yang terakhir menyatakan bahawa suku kaum Dusun ini berasal daripada
keturunan Gua Madai.24 Teori ini bertentangan dengan teori kedatangan
masyarakat ini daripada Tanah Besar ataupun China. Perkara ini dinyatakan
jelas oleh penulis buku Among the Primitive People in Borneo iaitu Ivor H.N
Evans.

Selain itu, terdapat juga teori daripada para tokoh sejarawan Barat dan
sejarawan tanah air berkenaan dengan sejarah kedatangan Masyarakat Dusun.
Dalam konteks ini, para sejarawan dan ahli antropologi mengakui akan
kewujudan orang Dusun di Sabah lebih kurang 4000 hingga 5000 tahun yang
dahulu. Mereka turut menyatakan bahawa kewujudan etnik ini
berkemungkinan lebih awal daripada tahun tersebut berdasarkan bukti-bukti

24 Ivor Hugh Norman Evans, Among Primitive People in Borneo, London: Seeley, 1922, hlm. 49.

20
arkeologi dan fizikal antropologi.25 Rekod sejarah lampau juga menunjukkan
orang Dusun mempunyai pertembungan budaya dengan masyarakat luar
seperti orang India, Cina dan Eropah dalam suatu jangka masa yang agak
panjang terutama mereka yang tinggal di kawasan barat dan utara Borneo.26

Dalam konteks ini, Bisht dan Bankoti mendakwa bahawa pada zaman
empayar Han Barat, para peniaga serta pendakwah China yang merantau dari
India pernah berhubungan dengan penduduk pantai barat dan utara Borneo
untuk mendapatkan barangan tempatan. Mereka turut menjelaskan bahawa
peniaga dari China dan India tersebut telah singgah beberapa kali di pantai
Borneo sehingga tahun 1430 masihi dan menubuhkan beberapa penempatan
perniagaan. Catatan daripada seorang peniaga China bernama Wang Sen-
Peng, mengatakan bahawa muara sungai Kinabatangan pernah menjadi pusat
perniagaan yang dibuka oleh peniaga Cina pada sekitar tahun 1375 masihi.27
Pertembungan masyarakat tempatan dengan masyarakat asing membuktikan
masyarakat Dusun mempunyai bentuk kearifan lokal berasimilasi dengan orang
luar tanpa meniadakan warisan tradisi turun-temurun.

Akhir sekali, teori kedatangan ataupun kewujudan etnik ini turut


dijelaskan oleh Topin Benedict. Dalam konteks ini, karya Topin Benedict (1981),
iaitu Some Aspects of the Kadazan Dusun Culture: Kadazan Cultural Association
2nd Delegates Conference menjelaskan bahawa teori berkenaan asal usul
keturunan Dusun selama ini telah dibentuk oleh para saintis sosial. Pengkaji
antropologi manusia melaporkan bahawa bukti pertama kehadiran manusia di
Borneo berkait rapat dengan tengkorak manusia berusia kira-kira 35, 000 tahun
dahulu yang dijumpai di Gua Niah, Sarawak. Manusia awal di Gua Niah dikenali

25 Binsht N.S & Bankoti, Encyclopedia of The South-east Asian Ethnography, Delhi: Global Vision
Publishing House, 2004, hlm. 24.

26 Ibid.

27 Ibid., hlm. 29.

21
sebagai Niahian man dan ia mirip kepada orang Dayak yang berada di Sarawak
pada masa kini.28

Berdasarkan penemuan arkeologi tersebut, terdapat pengkaji


antropologi manusia mengandaikan bahawa terdapat kemungkinan di mana
Gua Madai yang terletak di Sabah telah dijadikan tempat perlindungan untuk
pemburu awal di rantau ini. Namun begitu, sehingga kini para pengkaji belum
menemui bukti yang cukup kukuh tentang asal-usul manusia awal yang tinggal
di Gua Madai. Selain itu, Topin Benedict turut menjelaskan tentang
penghijrahan Indo-Malayan ke Borneo. Mereka dikatakan dapat menyesuaikan
diri dengan keadaan cuaca serta bentuk muka bumi di Borneo yang bergunung-
ganang. Beliau juga mengandaikan bahawa kemungkinan besar nenek moyang
etnik Dusun terdiri daripada kumpulan penghijrah Indo-Malayan.29

Seterusnya, asal-usul masyarakat Dusun di Tambunan dapat


diketahui melalui kisah yang diceritakan oleh masyarakat Dusun di Tambunan.
Selain itu, terdapat juga kajian lampau yang telah dijalankan oleh William dan
telah dikaji semula oleh Low Kok On iaitu Reading Symbols and Mythical
Landscape of The Tambunan Dusun Origin Myths of North Borneo.30 Melalui
penulisan Low Kok On, kewujudan masyarakat Dusun di Tambunan dapat
dikaitkan dengan kisah Nunuk ragang yang dipercayai oleh masyarakat
tempatan. Kepercayaan masyarakat ini terhadap mitos Nunuk Ragang sebagai
asal-usul nenek moyang mereka disahkan lagi oleh informan yang ditemu bual
oleh pengkaji iaitu Encik Linus Osinti dan Puan Norika Tajin, petani di Kampung
Solibog, Tambunan.31

28 Topin Benedict, Some Aspect of KadazanDusun Culture, Kota Kinabalu: KadazanDusun


Cultural Association, 1981, hlm. 14.

29 Ibid.

30 Low Kok On, Reading Symbols and Mythical Landscape of The Tambunan Dusun Origin Myths
of North Borneo, Latihan Ilmiah, Universiti Malaysia Sabah, 2006, hlm. 29-50.

31 Temu bual, Encik Linus Osinti, Petani Kampung Solibog, 55 Tahun, Tambunan, 19 Mei 2021.

22
Asal usul masyarakat ini juga turut dikaitkan dengan semangat yang
dikenali sebagai Kinoingan.32 Kinoingan dikatakan sebagai pencipta alam
sekitar. Masyarakat tersebut percaya bahawa pencipta mereka mencipta
manusia melalui tanah. Lazimnya, mereka percaya bahawa kewujudan mereka
berasal daripada bahan-bahan yang terdapat pada bumi iaitu tanah, habuk dan
tanah liat.33 Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat ini yang percaya
bahawa kewujudan bangsa mereka adalah melalui semangat dan dicampurkan
dengan elemen-elemen bumi.34 Hal ini berkait dengan kepercayaan mereka
terhadap kitab Bible yang dibawaoleh mubaligh Kristian daripada Barat. Oleh
yang demikian, dapat dilihat mengapa masyarakat ini mudah untuk menerima
masuk agama luar sejak awal kedatangan penjajah asing ke Sabah.

Secara keseluruhannya, terdapat banyak teori yang digunakan


berkenaan dengan kewujudan serta sejarah kedatangan etnik Dusun ini di
Sabah. Walaupun pengkaji menjumpai pelbagai teori berkenaan topik ini,
namun teori yang paling dominan adalah teori yang mengatakan bahawa asal-
usul etnik ini berkait rapat dengan penduduk negara jiran. Selain itu,
kewujudan masyarakat ini di Sabah terutamanya di Tambunan turut
mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah Nunuk Ragang dan teori
penciptaan yang dipercayai sejak turun temurun.

2.5 Bahasa dan Dialek Masyarakat Dusun di Tambunan, Sabah


Masyarakat Dusun dikatakan mempunyai tidak kurang daripada sepuluh
pecahan bahasa dan dua puluh tujuh dialek. Masyarakat ini merupakan suku
yang terbesar di Sabah dan mempunyai bahasa serta dialek yang berbeza
termasuklah bahasa Rungus, Dusun Kimaragang, Dusun Lotud, Tombonuwar,
Dumpas, Paitan, Idahan, Sinokok, Dusun Ranau, Mangkahak, Kuijau, Tatana,

32 Low Kok On, Reading Symbols and Mythical Landscape of The Tambunan Dusun Origin
Myths of North Borneo, Latihan Ilmiah, Universiti Malaysia Sabah, 2006, hlm. 32.

33 Low Kok On, Reading Symbols and Mythical Landscape of The Tambunan Dusun Origin
Myths of North Borneo, Latihan Ilmiah, Universiti Malaysia Sabah, 2006, hlm. 32.

34 Ibid., hlm. 33.

23
Tinagas manakala dialek yang terbesar dan popular ialah Rungus, Kimaragang,
Lotud, Bundu, Liwan, Tanggara dan Tatana.35

Dalam konteks ini, Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA)


menganggap bahawa etnik Kadazan atau Dusun sebagai satu rumpun yang
menuturkan tiga keluarga bahasa utama iaitu bahasa keluarga Dusunik,
Paitanik dan Murutik. Penutur keluarga bahasa Dusunik terdiri daripada suku
kaum Bisaya, Bonggi, Bundu, Dusun, Dumpas, Garo, Gonsomon, Kadazan,
Kimaragang, Liwan, Lintaga, Lotud, Luba, Manantaga, Mangkaak, Minokok,
Nulu, Panansawa, Rumanu, Rungus, Sindapak, Sokid, Sonsogon, Sarayo,
Tagahas, Tagalong, Tanggara, Tatana, Tindakon, Tidong atau Tindal, Tinagas,
Tobilong, Tolonting dan Tuhawon. Seterusnya, kumpulan penutur keluarga
bahasa Paitanik turut dikategorikan sebagai penutur bahasa Dusun. Mereka
terdiri daripada suku kaum Abai Sungai, Bagahak, Kawananan, Kolobuon,
Lingkabau, Lobou, Makiang, Melapi, Paitan, Pingas, Sungai, Sukang, Sondayo,
Tombonuo dan Talantang.36

Akhir sekali adalah penutur keluarga bahasa Murutik. Mereka terdiri


daripada suku kaum Alumbis, Baukan, Gana, Kalabakan, Kwijau, Kolod,
Lundayeh, Lun Bawang, Ngabai ataupun Nabay, Okolor, Paluan, Selungai,
Serudung, Sembangkung, Sumambu, Tagol atau Tagal dan Timugon.37
Kesemua suku kaum dan sub-etnik ini menuturkan dialek yang berbeza-beza
namun masih wujud persamaan dalam peruturan mereka. Dalam konteks ini,
nama dialek yang digunakan adalah mengikut nama identiti kumpulan masing-
masing.

Dalam konteks ini, bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Dusun


bergantung kepada subetnik serta kawasan yang didiami oleh mereka. Sebagai
contoh, penutur keluarga bahasa Dusun kebanyakannya menetap di kawasaan

35 Noor Aina Dani, Pemindahan Bahasa dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar

Pelajar Dusun, Latihan Ilmiah, Universiti Pertanian Malaysia, 1961, hlm. 23.

36 Dayu Bin Sansalu, Dusun Di Sabah: Pendidikan dan proses Pemodenan 1881-1967, kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008, hlm. 332.

37 Ibid, hlm. 333.

24
utara, pantai barat, pantai timur serta pedalaman Sabah seperti di daerah Pitas,
Kota Marudu, Kudat, Kota Belud, Tuaran, Tampaluri, Telipok, Menggatal,
Putatan, Kinarut, Papar, Kimanis, Kuala Penyu dan daerah Beluran. Suku kaum
Rungus misalnya tinggal di Kudat, suku kaum Dumpas di sepanjang Sungai
Labuk, Sungai Sugut dan Sungai Paitan, suku kaum Lotud di Tuaran dan suku
kaum Tatana di Kuala Penyu. Suku kaum Dusun lain seperti Tobilung, Garo,
dan Kimaragang tinggal di Kota Marudu. Di samping itu, terdapat juga
kumpulan sub-etnik lain seperti Gonsomon di Kudat serta Sonsogon dan
Tingaras di Pitas. Rumpun-rumpun ini menggunakan dialek masing-masing
daripada bahasa keluarga Dusun dan nama dialek mereka adalah mengikut
nama sub-etniknya.38

Seterusnya, subetnik Rungus, Dumpas, Lotud, Tatana, Tanggara,


Tobilung dan Kimaragang merupakan etnik yang berada di bawah keluarga
bahasa Dusunik. Namun begitu, bahasa dialek yang digunakan adalah
berdasarkan nama subetnik mereka sendiri. Kumpulan etnik ini juga turut
mendiami kawasan-kawasan yang tertentu di sekitar negeri Sabah. Hal ini
dinyatakan dalam laporan kajian yang telah dilaksanakanoleh saudara Dayu
Sansalu pada tahun 2008.39 Secara umumnya, penutur bahasa Dusun adalah
terdiri daripada tiga keluarga bahasa utama Dusun iaitu Dusunik, Murutik dan
Paitanik. Kebanyakan penutur dialek keluarga bahasa Dusunik tinggal di
kawasan pantai barat Sabah.

Mereka dibahagikan kepada dua kelompok, iaitu kelompok yang tinggal


di kawasan dataran tanah tinggi seperti di pedalaman Kudat, Kota Marudu,
Ranau, Tambunan, Tempasuk Kota Belud, Tenom, Pensiangan, Nabawan, dan
Keningau. Kelompok kedua ialah mereka yang tinggal di kawasan dataran
tanah rendah seperti di Tuaran, Tamparuli, Telipok, Menggatal, Inanam,
Penampang, Putatan, Kinarut, Papar, Kimanis, dan Kuala Penyu. Penutur
keluarga bahasa Paitanik khususnya Tombonuo tinggal di kawasan pantai timur

38 Dayu Bin Sansalu, Persamaan dan Perbezaan Sebutan dan Makna dalam Pelbagai Dialek
Bahasa Kadazandusun, Procedia: Social and Behavioral Sciences, Vol. 134, Kota
Kinabalu: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 2014, hlm. 446-453.

39 Ibid.

25
Sabah seperti di Sungai Paitan, Sandakan, Beluran, Labuk, Sugut,
Kinabatangan, Pitas, dan Beaufort.40

Mereka juga turut dikenali sebagai Orang Sungai. Kumpulan ini


dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok yang tinggal di hilir sungai
dan di hulu sungai. Mereka yang tinggal di hilir sungai kebanyakannya
beragama Islam. Mereka yang tinggal di hulu sungai kebanyakannya pagan
tetapi kini ramai yang sudah menganut agama Kristian dan ada juga yang
Islam. Mereka yang tinggal di hulu sungai kadang-kadang menganggap diri
mereka sebagai orang Sungai dan kadang-kadang pula sebagai Tombonuo.
Semasa zaman Donald Stephens dan UPKO, ada antara mereka yang
memperkenalkan diri sebagai Kadazan Sungai atau Kadazan Tombonuo atau
Kadazan sahaja.41 Bagi penutur keluarga bahasa Murutik, kebanyakannya
tinggal di pedalaman Sabah seperti di Pensiangan, Tenom, Nabawan, dan
Keningau.

Jika dilihat dari sudut sejarah pula, terdapat banyak persamaan bahasa
dalam subkeluarga penutur bahasa Dusun ini. Persamaan tersebut
menunjukkan bahasa Dusun pada asalnya adalah berasal dari bahasa
serumpun daripada rumpun dan tempat asal yang sama. Bahasa Dusun juga
mempunyai banyak persamaan dengan bahasa-bahasa lain di rantau ini.
Sebagai contoh, bahasa Dusun mempunyai persamaan dengan bahasa Tagalog
di Filipina.42 Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-dua bahasa tersebut
termasuk dalam rumpun bahasa Austronesia. Bahasa Austronesia dituturkan
oleh penduduk dari Madagascar timur hingga ke bahagian barat di kepulauan
Easter, termasuk penduduk di Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan, Vietnam,
Kemboja, Myanmar dan Malaysia, khususnya penduduk Borneo Utara.43

40 Dayu Bin Sansalu, Persamaan dan Perbezaan Sebutan dan Makna dalam Pelbagai Dialek
Bahasa Kadazandusun, Procedia: Social and Behavioral Sciences, Vol. 134, Kota
Kinabalu: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 2014, hlm. 446-453.

41 Ibid., hlm. 452.

42 Asmah Haji Omar, The Malay peoples of Malaysia and their languages, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1983, hlm. 21.

43 Ibid.

26
2.6 Sosioekonomi Masyarakat Dusun di Tambunan, Sabah

Foto 2.2.: Suasana Kampung Solibog, Tambunan


Sumber: Encik Lester Linus, Kampung Solibog, Tambunan.

Masyarakat Dusun sangat sinonim dengan kegiatan pertanian sebelum era


penjajahan di Sabah. Dalam konteks ini, etnik Dusun merupakan masyarakat
petani yang menjalankan kegiatan penanaman padi bukit dan sawah, ubi,
sayur-sayuran, pokok buah-buahan, tembakau, lada hitam serta kapas, di
mana kegiatan ini dijalankan oleh semua golongan tidak kira golongan wanita
ataupun lelaki. Hal ini telah dijelaskan oleh Rutter O. dalam buku beliau iaitu
The Pagans of North Borneo.44 Masyarakat ini terkenal dengan legenda
Hominodun. Hal ini membawa kepada teori yang dipercayai oleh Rutter
berkenaan dengan keterlibatan masyarakat majoriti Sabah ini terhadap
kegiatan harian mereka iaitu pertanian.

Selain itu, masyarakat ini juga terkenal sebagai masyarakat petani dan
semasa Brunei menguasai Sabah, mereka seringkali dirujuk sebagai pengeluar
beras utama. Hal ini amat bersesuaian dengan kawasan petempatan mereka
iaitu di kawasan lembah sungai yang rata dan di kawasan pergunungan. Oleh

44 Owen Rutter, The Pagan of North Borneo, Oxford: University of Oxford, 1929, hlm. 267.

27
yang demikian, petempatan masyarakat ini sering dinyatakan dalam catatan-
catatan Barat yang terdahulu.45

Masyarakat Dusun ini juga dapat dikatakan sebagai satu etnik yang
mempunyai karifan dalam bidang pertanian. Hal ini diakui oleh Minah Binti
Sintian di dalam penulisan beliau berkenaan dengan kearifan masyarakat lokal
Dusun ini dalam bidak pertanian. Di dalam kajian beliau iaitu Kepercayaan dan
Amalan Masyarakat Dusun dalam Pemeliharaan Alam Sekitar yang diterbitkan
pada tahun 2013 tersebut ada menyentuh soal kearifan masyarakat Dusun
dalam penanaman padi. Beliau menyatakan bahawa Sebilangan kecil petani
yang tergolong dalam masyarakat Dusun terutamanya generasi tua yang
tinggal di kawasan pedalaman masih berpegang teguh terhadap kepercayaan
tradisional. Hal ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa kegiatan
sosioekonomi utama masyarakat Dusun ini adalah bidang pertanian.46

Selain itu, Hanafi Hussin turut mengakui pendapat tersebut melalui kajian
yang telah dilakukan beliau iaitu berkenaan dengan ritual padi komuniti
kadazan di dataran penampang. Di dalam penulisan beliau, beliau telah
menyatakan bahawa sebelum kedatangan kuasa penjajahan ke Sabah,
penanaman padi merupakan kegiatan utama masyarakat ini. Kegiatan
penanaman yang dijalankan oleh masyarakat ini adalah bersifat tradisional.
Seterusnya, para petani dikatakan perlu melakukan pelbagai amalan dan ritual
bagi mernbolehkan padi tumbuh dengan subur dan mendatangkan hasil yang
lumayan. Hal ini dikatakan demikian kerana ia adalah untuk menjamin
kesejahteraan hidup keluarga petani. Hal ini bukan sahaja membuktikan
bahawa kegiatan utama masyarakat ini namun ia juga turut membuktikan
bahawa terdapat adat-adat pertanian tertentu yang dijalankan oleh masyarakat
ini dalam kegiatan pertanian mereka.47

45 Ibid.

46 Minah Sintian et al., Kearifan Lokal Masyarakat Kadazandusun dalam Pertanian membantu
Pelestarian Alam, e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan.
No.3, 2018, hlm. 143-161.

47 Hanafi Bin Hussin, Ritual Padi Komuniti Kadazan Dataran Penampang, Sabah, Journal of
Southeast Asian Studies, Vol. 10, 2005, hlm. 171-203.

28
Menurut temu bual yang telah dilakukan terhadap beberapa penduduk
di Kampung Solibog, Tambunan, kegiatan penanaman padi dan pertanian
komersial lain seperti tanaman getah, halia dan jagung telah lama dijalankan
oleh penduduk di Tambunan. Kegiatan tersebut merupakan cara penduduk
kampung untuk mendapatkan hasil bagi menmpung keperluan hidup mereka.
Informan yang ditemu bual oleh pengkaji mengesahkan sendiri bahawa
majoriti penduduk kampung di Solibog, Tambunan masih menjalankan
kegiatan pertanian terutamanya penanaman padi sebagai kegiatan utama
mereka dan beberapa adat pertanian masih diamalkan sehingga kini.48

2.7 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, masyarakat Dusun ini mempunyai sejarah yang
panjang serta mempunyai kepelbagaian bahasa yang perlu diketengahkan.
Selain itu, masyarakat ini juga merupakan rumpun terbesar yang mempunyai
kepelbagaian sub-etnik, keluarga bahasa serta dialek di dalamnya. Asal-usul
serta sejarah nama Dusun ini juga turut mempunyai sejarahnya yang tersendiri
dan ia terbukti melalui penulisan-penulisan yang dihasilkan oleh sejarawan dan
tokoh pada masa lalu. Akhir sekali, kegiatan sosioekonomi masyarakat ini juga
sangat menarik kerana mereka merupakan antara etnik terbesar yang
menyumbang kepada sumber makanan di Sabah suatu ketika dahulu. Oleh
yang demikian, perbahasan serta persoalan berkaitan dengan sejarah dan asal-
usul masyarakat Dusun di Sabah ini telah dibincangkan dan dihuraikan secara
jelas di dalam bab kedua oleh penulis.

48 Temu bual, Encik Linus osinti, Petani Kampung Solibog, 55 Tahun, 19 Mei 2021.

29
BAB 3
ADAT-ADAT DAN AMALAN RITUAL PERTANIAN
MASYARAKAT DUSUN DI TAMBUNAN, SABAH

3.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang adat-adat ataupun amalan ritual
berkaitan dengan pertanian yang diamalkan oleh masyarakat Dusun di Sabah.
Dalam konteks ini, aktiviti pertanian merupakan aktiviti utama yang dijalankan
oleh masyarakat Dusun pada masa dahulu. Kepercayaan yang diamalkan ini
membawa kepada beberapa amalan dalam aktiviti pertanian. Menurut Ritual
merupakan satu perkara yang berkait rapat dengan keyakinan dan
kepercayaan spiritual dalam satu perkara yang bertujuan untuk melaksanakan
sesuatu.49 Adat pula membawa maksud satu tradisi, kebiasaan ataupun ajaran
yang ditinggalkan oleh nenek moyang suatu kaum dan diamalkan mengikut
ajaran yang telah ditetapkan.50

Adat pertanian dalam kalangan masyarakat Dusun sering dikaitkan


dengan upacara ritual kerana perkara ini turut dianggap sebagai sebuah
lambang atau satu cara untuk berhubung dengan makhluk alam lain. Dalam
konteks ini, W.R Smith berpendapat bahawa ritual merujuk kepada satu idea
dan hubungan yang bukan sahaja berlaku di antara seorang individu dengan
individu yang lain, namun ia juga merupakan satu hubungan di antara satu

49
Pengertian upacara ritual yang pertama adalah sebuah kegiatan yang dilakukan oleh
sekelompok orang ataupun komuniti yang berkait rapat terhadap keyakinan dan
kepercayaan spiritual dengan suatu tujuan tertentu. Seterusnya, maksud ritual dalam
kamus dewan bahasa edisi keempat ialah tatacara dalam upacara keagamaan ataupun
adat yang telah lama diamalkan secara turun-temurun. Jika dilihat dari sudut
pengertian ataupun definisi yang lain, ritual dapat dikaitkan dengan ritualisme,
perlakuan dan juga laku. Pengertian-pengertian ini dapat dilihat atapun
ditemui melalui kamus dewan bahasa dan pustaka. Kamus Dewan Edisi keempat, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.

50 Maulana Malik Ibrahim, Kajian Pustaka, Ensiklopedia Isalam, Jilid. 1, Jakarta: Universitas Islam
Negeri, 1999, hlm. 21.

30
zaman dengan zaman yang lain.51 Terdapat juga idea yang tidak dimasukkan
ke dalam mitos dan tradisi lisan yang lain iaitu idea-idea yang tidak terucap
atau diluahkan melalui ritual. Pendapat yang lain bagi makna ritual ini merujuk
ritual sebagai satu cara berhubungan dan ia dikategorikan secara terperinci
dalam adat.

Secara umumnya, sejumlah besar masyarakat peribumi teutamanya di


Sabah mewarisi kearifan lokal ataupun kebolehan dalam pelbagai bidang.
Dalam konteks ini, etnik Dusun mempunyai kebolehan dalam mengurus
kegiatan pertanian.52 Hal ini merupakan antara perkara yang bernilai bagi etnik
mereka kerana kearifan tersebut membantu dalam mengekalkan kemapanan
alam sekitar. Minat serta kearifan masyarakat peribumi ini dalam menguruskan
kegiatan pertanian mereka mendapat perhatian daripada pergerakan yang
membela hak kumpulan peribumi. Hal ini telah disebut di dalam artikel Neilson
Ilan Mersat dan Spencer Empading Sanggin (2012), di mana Convention on
Biodiversity di Rio telah mengiktiraf hak penduduk peribumi dalam
mempertahankan kearifan lokal dan kebolehkan masyarakat ini dalam
pemuliharaan diversiti biologi serta pengurusan sumber untuk dikongsi secara
adil bersama masyarakat mereka.53

Dalam konteks ini, adat merupakan aturan cara hidup yang meliputi
segala bentuk ritual, adat istiadat dan hukuman. Adat memainkan peranan
penting bagi membentuk masyarakat yang teratur dan berdisiplin. Setiap
individu dalam masyarakat akan merasakan bahawa mereka merupakan
sebahagian daripada masyarakat, apabila berada dalam satu lingkungan adat
yang telah menjadi kebiasaan hidup mereka. Sehubungan dengan itu,
keseluruhan struktur adat akan melahirkan suatu identiti bagi satu-satu bangsa
atau suku kaum. Dalam sosiobudaya masyarakat Dusun di Tambunan, adat

51 Smith W. R, Lectures on the Religion of the Semites, London: Adamant Media Corporation,
2005, hlm. 113.

52 Minah Sintian et al., Kearifan Lokal Masyarakat Dusun dalam Pertanian Membantu Pelestarian
Alam, e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan . No.3,
2018, Hlm, 143 161.

53 Ibid.

31
memainkan peranan yang penting dalam membentuk nilai murni kehidupan
mereka. Menurut kepercayaan masyarakat ini juga setiap tindakan yang
menyalahi adat sama ada dilakukan secara individu mahupun secara
berkelompok oleh ahli masyarakat akan memberi kesan kepada alam ghaib
serta menganggu kehidupan di alam semesta. Penggunaan prinsip “biar mati
anak jangan mati adat‟ dalam kalangan masyarakat Dusun cukup
menggambarkan bahawa adat merupakan pegangan hidup ke arah
kesejahteraan dan pengekalan budaya masyarakat ini.

Kebolehan masyarakat Dusun dalam mengendalikan kegiatan pertanian


didorong oleh beberapa faktor. Antaranya ialah keperluan untuk menampung
kehidupan seharian mereka dengan mendapatkan hasil pertanian yang
lumayan serta amalan-amalan serta kepercayan mereka terhadap beberapa
ritual. Hal tersebut menjadi tulang belakang komuniti ini dalam aktiviti
pertanian yang dijalankan sejak abad yang lalu. Oleh yang demikian, bab ketiga
ini akan membincangkan dengan lebih jelas terperinci berkenaan dengan
amalan-amalan ritual, adat serta kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat
ini dalam kegiatan pertanian mereka.54

Terdapat beberapa adat yang dilaksanakan dalam kegiatan pertanian


oleh masyarakat Dusun di Tambunan yang bertujuan untuk memastikan
kelancarann proses penanaman padi yang dijalankan. Antara adat tersebut
ialah adat permulaan menanam, adat permulaan menuai, adat pembersihan
kawasan pertanian serta adat penjagaan tanah pertanian.

3.2 Adat Permulaan Menanam

54 Minah Sintian et al., Kearifan Lokal Masyarakat Dusun dalam Pertanian Membantu Pelestarian
Alam, e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan . No.3,
2018, Hlm, 143-161.

32
Foto 3.1: Sawah Padi

Sumber: Encik Lester Linus, Kampung Solibog, Tambunan.

Adat pertanian merupakan satu komponen yang penting dalam sesebuah


kaum. Dalam konteks ini, adat menanam padi merupakan amalan yang sudah
sebati dalam diri komuniti Dusun Lotud di Tambunan. Adat yang diamalkan
oleh masyarakat Dusun Lotud merangkumi adat sebelum penuaian padi,
semasa penanaman dan juga selepas penuaian padi. Menurut Linus Osinti yang
berumur 55 tahun, adat yang dilakukan sebelum penuaian padi adalah adat
Monimpuun Mananom. Adat ini merupakan adat pertanian di mana petani
ataupun tuan tanah perlu mengambil sebanyak tujuh rumpun padi terlebih
dahulu. Kemudian, proses penanaman hanya dapat dijalankan selepas tiga hari
pengambilan rumpun padi. Petani harus melakukan proses penanaman
sehingga habis.

Kepentingan adat ini sering dikaitkan dengan kegiatan menghormati


semangat padi sebelum melakukan penanaman. Dalam sistem kepercayaan
tradisi masyarakat Dusun Lotud di Kampung Solibog ini, mereka mempercayai
bahawa jika berlaku kematian ataupun kesusahan, petani tidak boleh turun ke
sawah padi untuk menjalankan kerja-kerja penanaman padi. Hal ini dipercayai
mampu membawa malapetaka kepada penduduk kampung kerana tidak

33
menghormati pemergian roh penduduk kampung.55 Selain itu, mereka juga
percaya bahawa tumbuhan padi mempunyai semangat di dalamnya dan ia
dikenali sebagai bambaazon. Menurut kepercayaan masyarakat Dusun,
upacara ritual memuja semangat padi haruslah dijalankan bagi mendapatkan
hasil padi yang lumayan. Hal ini memberikan penjelasan mengapa masyarakat
ini sangat patuh dalam melaksanakan amalan ritual memuja semangat padi. Ia
turut dibuktikan melalui pengakuan kerajaan British dalam pengisytiharan
Pesta Menuai pada sekitar tahun 1960 sebagai cuti umum kepada semua rakyat
di Sabah.56

Semangat ini dikatakan boleh berpindah ke tempat lain jika tidak dijaga
dengan baik oleh pemuja. Semangat ini boleh datang atau balik semula ke
tempat asal jika dipanggil atau dipujuk. Sekiranya tanaman padi mendatangkan
hasil yang lumayan, maka semangat padi ada bersama-sama dengan pokok
padi. Sebaliknya, jika tanaman padi tidak mendatangkan hasil yang lumayan,
maka semangat padi telah berpindah ke tempat lain. Tambahan pula, amalan
adat memuja semangat padi dipercayai dapat mengekalkan semangat padi
agar sentiasa bersama-sama dengan pokok padi dan seterusnya dapat
meningkatkan hasil padi.57

Selain itu, adat Monimpuun Mananom amat penting dan bermakna bagi
masyarakat Dusun di Tambunan kerana ia berkait rapat dengan Pesta Menuai
iaitu perayaan utama bagi masyarakat Dusun di Sabah. Kepentingan Pesta
Menuai juga turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan British melalui
pengisytiharannya sebagai cuti umum mulai tahun 1960. Pengamalan adat ini
juga penting dalam kalangan masyarakat Dusun kerana ia merupakan salah
satu cara menzahirkan rasa syukur dan hormat kepada semangat padi.

55 Temu bual, Encik Linus Osinti, Umur 55 Tahun, di Kampung Solibog, Tambunan, Petani, 19
Mei 2021.

56 Norisah Binti Pirin, Perkembangan Adat Memuja Semangat Padi Masyarakat Dusun di
Membakut Sabah, Latihan Ilmiah, Universiti Sains Malaysia: Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, 2017, hlm. 1.

57 Ibid.

34
Tambahan pula, melalui pengamalan adat ini, mereka dapat menunjukkan
penghormatan terhadap semangat padi yang memelihara, menjaga serta
meningkatkan hasil tuaian padi.58

Padi bukan sahaja merupakan sumber makanan utama mahupun


sebagai mata pencarian tetapi ia juga merupakan tanaman yang dianggap
paling suci kerana turut menjadi makanan para semangat. Kesignifikan upacara
memuja semangat padi kepada masyarakat Dusun turut diakui oleh Puan
Ansiun Pagangan yang merupakan bekas bomoh dan pernah menjalankan
ritual adat memuja semangat padi di Membakut.59 Bekas bomoh tersebut
menyatakan bahawa sekiranya upacara memuja semangat padi tidak
dijalankan maka, padi yang ditanam akan rosak diserang serangga dan tidak
akan mengeluarkan hasil yang baik.

Terdapat perbezaan adat memuja semangat padi dalam kalangan


masyarakat Dusun di Tambunan dengan adat memuja semangat padi
masyarakat Dusun di daerah lain sekitar Sabah seperti di Membakut dan juga
Keningau. Perbezaan ini dapat ditunjukkan melalui aspek peringkat ritual. Bagi
masyarakat Dusun di Kuruyou di Bingkor, proses-proses penanaman padi dapat
dibahagikan mengikut kategori seperti berikut. Proses yang pertama adalah
proses Rumilik ataupun pembersihan kawasan. Proses yang kedua ialah proses
Mangabor ataupun Mangasok iaitu proses menyemai biji benih. Seterusnya
ialah proses mananom parai, Gumamas, Manaso, Monontob, Mongogik,
Mangasas dan Mangarangkat parai.60

Bagi masyarakat Dusun di daerah Papar, Penampang, Putatan, Kota


Belud, Tambunan dan Ranau, terdapat tiga peringkat ritual memuja semangat
padi iaitu peringkat awal penanaman padi, peringkat semasa menuai padi dan

58 Temubual, Encik Linus Bin Osinti, 55 Tahun, Kampung Solibog,Tambunan, Petani, 19 Mei
2021.

59 Temu bual. Puan Ansiun Pagangan, 62 Tahun, Membakut, Bobolian,18 April 2015.

60 Norisah Binti Pirin, Perkembangan Adat Memuja Semangat Padi Masyarakat Dusun di
Membakut Sabah, Latihan Ilmiah, Universiti Sains Malaysia: Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, 2017, hlm. 3.

35
peringkat selepas menuai padi. Proses penanaman padi di kawasan ini hampir
sama dengan proses penanaman padi di Tambunan di mana ia juga
mempunyai tiga peringkat. Bagi mendapat hasil tuaian yang baik, sepanjang
musim penghasilan padi dari proses menyemai benih, menanam, menuai dan
meraikan hasil tuaian padi hendaklah dilakukan upacara memuja semangat
padi dengan penuh adat dan tertib. Perbezaan ini menjadikan adat memuja
semangat padi di Membakut sangat unik untuk dikaji kerana mereka tidak
menjalankan peringkat ritual proses awal penanaman padi.61

Adat memuja semangat padi ini mempunyai beberapa proses ataupun


upacara ritual yang perlu dilaksanakan iaitu sebelum dan selepas penuaian
padi. Dalam konteks ini, meskipun penanaman padi kini dilakukan mengikut
kaedah pertanian moden, amalan lama yang dikaitkan dengan penanaman dan
penuaian tanaman ruji itu masih dipraktikkan segelintir masyarakat Dusun di
Sabah. Hal ini berkaitan kepercayaan mengenai kewujudan semangat padi atau
dipanggil Bambarayon yang dikatakan perlu dijaga dan dilayan dengan baik
sebagai jaminan untuk menikmati hasil tuaian memuaskan dalam setiap musim
penanaman. Kepercayaan itu adalah asas kepada sambutan Tadau Kaamatan
atau Pesta Menuai yang diraikan oleh masyarakat Dusun dan Murut (KDM) di
Sabah

Menurut Low Kok On, sejarah berkenaan dengan semangat padi ini
berbeza mengikut subkumpulan etnik Dusun. Dalam konteks ini, Bambarayon
ataupun disebut sebagai Bambarazon oleh masyarakat Rungus di Kudat,
merupakan sekumpulan semangat yang mempunyai pelbagai nama dan
tugasnya yang tersendiri. Terdapat pendapat ataupun cerita yang berbeza
berkenaan dengan Bambarazon. Di satu sudut, masyarakat ini percaya bahawa
semangat padi ataupun Bambarazon tinggal di kawasan bawah laut.
Masyarakat ini percaya bahawa semangat padi Bambarazon merupakan
semangat yang membawa padi kepada mereka pada masa lalu. Oleh yang
demikian, mereka menjalankan upacara ritual untuk memberikan penghargaan
kepada Bambarazon yang telah memberikan serta menjaga padi dan hasil

61 Ibid.

36
tuaian mereka. Bagi masyarakat ini, jika ritual pemujaan tidak dilaksanakan,
maka padi yang dituai akan menghasilkan tuaian yang sedikit.62

Seterusnya, Low Kok On (2012) juga turut menyatakan bahawa


semangat padi ini sebagai Bambarayon. Menurut kepercayaan masyarakat
Dusun di Tambunan ini, terdapat tujuh jenis semangat padi dan Bambarayon
merupakan nama umum yang digelarkan oleh masyarakat terhadap ketujuh-
tujuh semangat padi tersebut.63 Antara nama semangat padi tersebut ialah
Ohinopot iaitu semangat yang membantu menjaga hasil tuaian di dalam
simpanan, Sambilod yang melihat bilangan tuaian padi yang rosak serta
semangat yang melihat jika bilangan padi atau beras tidak bertambah.
Seterusnya ialah semangat padi Gontolobon iaitu semangat yang memberikan
beras secara berkelompok di atas batu. Selain itu, semangat padi yang
seterusnya ialah Momiaud. Iaitu pemberi bekalan air. Semangat padi ini
dipercayai memberikan mereka sumber padi ataupun hasil tuaian yang
lumayan. Momiaud ini dipercayai mempunyai tugas yang sama dengan
semangat padi Moniudan. Semangat padi yang seterusnya ialah Sompidot
ataupun Penjaga hasil tuaian di mana semangat padi ini memberikan Opidot
iaitu hasil tuaian yang sihat dan subur. Semangat padi terakhir yang dipercayai
oleh masyarakat Dusun ialah Kabang, di mana semangat padi ini memberikan
hasil tuaian yang sihat untuk dimasak.64

62 Low Kok On, Belief in Bambarayon (Paddy Spirits) Among the Dusun of North Borneo, Borneo
Research Journal, Vol.6, 2012, Hlm. 75-101.

63 Ibid, Hlm 80.

64 Ibid., Hlm 81.

37
Foto 3.2: Ritual Memanggil Semangat Padi
Sumber: Berita harian ,2019.

3.3 Adat Permulaan Menuai

Foto 3.3: Bacaan Rinait oleh Bobolian


Sumber: Berita harian, 2019.

Adat Monimpuun Mongomot merupakan proses kedua penanaman padi selepas


adat Monimpuun Mananom. Dalam konteks ini, adat permulaan menuai
dijalankan selepas adat penanaman. Adat ini memerlukan para petani untuk
mengambil tujuh juntai rawo ataupun padi untuk diletakkan di ruang yang

38
menempatkan padi tersebut ataupun digelar sebagai langkau oleh penduduk
di Tambunan.65 Menurut Lester Linus yang berumur 22 tahun, adat Monimpuun
Mongomot atapun adat permulaan menuai ini akan diketuai oleh seorang
tukang yang mahir ataupun ketua keluarga yang mengetuai penanaman padi
tersebut. Menurut beliau, perlaksanaan adat ni memerlukan Bobolian jika ia
dilaksanakan pada zaman dahulu. Namun begitu, zaman moden pada masa
kini tidak lagi memberikan tekanan kepada mereka untuk mencari seorang
Bobolian bagi mengetuai acara ritual pertanian.66

Seterusnya, adat Monimpuun Mongomot memerlukan mentera ataupun


bacaan rinait bagi menjayakan ritual.67 Dalam konteks ini, fasa menuai benih
padi memerlukan petani untuk menggunakan semangat padi bagi memberikan
kesuburan kepada tanaman padi yang bakal dituai. Bacaan rinait ini akan
dibaca oleh Bobolian atau tuan tanah yang mengusahakan tanaman padi
tersebut di tangah-tengah sawah. Selain pembacaan rinait khas, Bobolian
ataupun tuan tanah akan menghidangkan air kepada semangat padi agar
semangat padi kekal di kawasan tanaman padi mereka dan memberikan
kesuburan semasa musim menuai. Selain itu, tuan tanah akan memotong tujuh
batang rawo ataupun padi untuk digantung di sulap sebagai simbolik
bermulanya musim menuai padi.68

Adat ini juga mempunyai pantang larang di mana para petani tidak
boleh mengambil bibit ataupun hasil tuaian jika terdapat kematian di kampung
mereka. Larangan ini adalah sebagai peringatan kepada petani agar
menghormati kematian serta kesusahan yang dihadapi oleh keluarga lain.

65 Temu bual, Lester Linus, 22 tahun, Kampung Solibog, Tambunan, 19 Mei 2021.

66 Ibid.

67 Rinait merupakan mentera yang dibaca oleh Ketua Adat ataupun Bobolian bagi memanggil
semangat dari alam ghaib. Bacaan Rinait memerlukan seorang individu yang
mempunyai pengetahuan serta hubungan dengan semangat dari alam lain. Norisah
Binti Pirin, Latihan Ilmiah, Universiti Sains Malaysia: Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, 2017.

68 Temu bual, Encik Linus Osinti, 55 tahun, Kampung Solibog, Tambunan, 19 Mei 2021.

39
Selain itu, hasil tuaian juga tidak boleh terkena air hujan. Larangan ini adalah
sebagai langkah berjaga-jaga agar hasil tuaian tidak rosak setelah mengalami
pelbagai proses tuaian yang memerlukan pertolongan semangat padi. Akhir
sekali, hasil tuaian yang diperoleh oleh tuan tanah ataupun para petani, iaitu
hasil tuaian selepas pembersihan benih (gilingan), perlu diberikan kepada ahli
keluarga sahaja dan tidak boleh diberikan sebagai sisa kepada binatang.
Perkara ini dianggap sebagai tidak menghormati semangat padi yang
membantu untuk mendapatkan hasil tuaian padi yang lumayan. Tambahan
pula, ia mengajar para petani untuk mendahulukan ahli keluarga berbanding
orang luar.69

3.4 Adat Pembersihan Kawasan Pertanian

Foto 3.4: Adat Mamahui Pogun


Sumber: Jacquelin Pugh Kitingan, 2009.

Kegiatan pertanian lain juga turut dilakukan oleh penduduk Dusun di


Tambunan. Selain penanaman padi, mereka juga turut menjalankan
penanaman halia dan getah. Dalam konteks ini, penduduk di kawasan ini

69 Temu bual, Encik Aldrin Peter, 28 tahun, Kampung Solibog, Tambunan, 16 Mei 2021.

40
mengamalkan adat pembersihan kawasan pertanian. Adat pertanian ini juga
turut dikenali sebaga adat Mamahui Pogun dalam kalangan masyarakat Dusun
di Tambunan. Jacquiline Pugh Kitingan turut mendefinisikan adat ini sebagai
cleansing the universe.70 Amalan ini dilakukan oleh subetnik Dusun iaitu etnik
Dusun Lotud yang tinggal di daerah Tambunan dan Tamparuli. Menurut cerita
lisan Dusun Lotud, pada suatu masa dahulu masyarakat mereka telah
mengalami kemarau panjang yang berlangsung selama bertahun-tahun
sehingga menyebabkan air kering, tumbuh-tumbuhan dan haiwan mati dan
ramai manusia juga telah terkorban. Pada Ketika itu, kebakaran juga telah
berlaku di pelbagai Kawasan sehinggakan cuaca menjadi panas.71

Walau bagaimanapun, kemarau panjang tersebut dapat diatasi melalui


pertolongan tuhan masyarakat Dusun Lotud iaitu Umunsumundu yang
mengarahkan supaya upacara mamahui pogun dijalankan. Upacara ini
dijalankan oleh tantagas ataupun pawang melalui bacaan rinait selama tujuh
hari tujuh malam. Upacara ini dijalankan sama ada di Pantai Dalit Tuaran
ataupun di kuala sungai Tuaran. Semasa upacara mamahui pogun dilakukan,
penduduk kampung harus membawa sekam padi dan beras untuk
dipersembahkan kepada penunggu agar tidak meneruskan kemarahan mereka.
Upacara mamahui pogun ini diadakan dalam tiga fasa. Fasa pertama ialah
manawah do turugan di mana manawah membawa maksud meneutralkan atau
menyeimbangkan sementara turugan merujuk kepada rumah ritual. Fasa yang
kedua ialah monumbui sidangon iaitu merujuk kepada upacara doa khas dan
melakukan upacara pengorbanan di suatu tempat terbuka. Fasa yang ketiga
ialah monumbui mahanton atau mamahui sisiron di mana mahanton
bermaksud muara sungai ke laut terbuka manakala sisiron pula ialah pantai.72

70 J. Pugh Kitingan & J. John Baptist, Music for Cleansing the Universe-Drumming and Gong
Ensemble Music in The Mamahui Pogun Ceremonies of the Lotud Dusun of Tuaran,
Sabah, Malaysia, Borneo Research Bulletin, No. 40, 2009, hlm. 249-276.

71 Minah Sintian, Kearifan Lokal Masyarakat Dusun dalam Pertanian membantu Pelestarian Alam,
e- Prosiding Persidangan Antarabngsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. No.3, 2018, Hlm,
143-161.

72 Ibid., hlm. 5.

41
Tiga fasa upacara mamahui pogun ini akan dipisahkan dalam tempoh
masa antara satu hingga tiga minggu, mengikut keputusan tantagas dan Majlis
Penatua Lotud.73 Upacara manawah do turugan biasanya bermula di kawasan
darat iaitu biasanya diadakan di Kampung Bantayan. Monumbui sidangon pula
akan bermula di hulu sungai Tamparuli, manakala monumbui mahantan akan
diadakan di kawasan laut terbuka iaitu di Pantai Dalit, Tuaran. Ketiga-tiga fasa
ini melambangkan pembersihan. Segala kejahatan yang menyebabkan
semangat atau penunggu tersinggung akan dihanyutkan ke laut terbuka.74

Upacara adat pertanian mamahui pogun dijalankan untuk


membersihkan kawasan pertanian dan mengembalikan keseimbangan alam
sekitar yang terganggu akibat daripada kegiatan manusia yang semakin
membahayakan alam sekitar. Upacara mamahui pogun yang dijalankan di
antara 15 Jun hingga 7 Julai dikatakan amat bersesuaian dengan keadaan
selepas menjalankan aktiviti pertanian. Namun begitu, sejak kebelakangan ini,
pengamalan adat pertanian ini dipengaruhi oleh keadaan tantagas yang
semakin tua, uzur dan meninggal dunia. Selain itu, ramai etnik Dusun Lotud
animisme yang telah menukar agama kepada Kristian dan Islam, peningkatan
kes jenayah dan peperangan serta musim hujan yang tidak menentu. Oleh
yang demikin, alam semesta perlu dijaga dengan sebaik-baiknya oleh manusia
melalui amalan-amalan serta kegiatan yang baik. Manusia dinasihatkan agar
tidak melakukan perbuatan-perbuatan jahat yang akan
menjejaskankeseimbangan alam sekitar. Segala pantang larang perlu dipatuhi
oleh masyarakat Dusun agar tidak menimbulkan sebarang masalah.75

Namun begitu, berdasarkan sumber yang ditulis oleh Johary Indan pada
Disember 2017, amalan mamahui pogun ini semakin dilupakan oleh

73 Minah Sintian, Kepercayaan Masyarakat Kadazandusun dalam Pemeliharaan Alam Sekita r,


Latihan Ilmiah, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2017, hlm. 1-14.

74 Minah Sintian, Kearifan Lokal Masyarakat Dusun dalam Pertanian membantu Pelestarian Alam,
e-Prosiding Persidangan Antarabngsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. No.3, 2018, Hlm,
143-161.

75 Ibid., hlm 6.

42
masyarakat Dusun Lotud. Di dalam sumber tersebut, beliau menyatakan
bahawa amalan ini kian dilupakan oleh generasi muda pada masa kini. Oleh
yang demikian, kajian berkaitan dengan amalan mamahui pogun ini amat
penting untuk dilakukan bagi membantu generasi muda komuniti ini tahu
tentang amalan yang telah diwarisi secara turun-temurun ini.

3.5 Adat Pembakaran Tanah Kawasan Pertanian


Pertanian merupakan kegiatan utama masyarakat Dusun sejak turun-temurun.
Masyarakat ini mengamalkan kepercayaan animisme sewaktu membuka tanah
untuk pertanian sehinggalah sewaktu mereka melakukan pembakaran untuk
kawasan pertanian tersebut. Dalam konteks ini, amalan mongulat dan monutud
do tumo telah dijalankan sejak dahulu lagi oleh masyarakat ini. Amalan
Mongulat membawa maksud membuka semua dahan, rumput-rumput, daun-
daun dan apa sahaja benda yang boleh menyebabkan api merebak di kawasan
yang akan dibakar untuk penanaman padi. Monutud pula membawa maksud
membakar segala hasil pokok, rumput dan sebagainya yang telah ditebang,
ditebas serta dipotong. Tumo pula merujuk kepada ladang yang diusahakan
untuk penanaman padi. Sebelum membakar pokok-pokok yang telah ditebang,
kawasan tersebut perlu dibersihkan daripada sampah-sampah. Lebar kawasan
yang dibersihkan haruslah lebih kurang tiga kaki atau satu meter dan
hendaklah dilakukan di sekeliling kawasan yang hendak dibakar.76

Tujuan mongulat ini dijalankan adalah untuk menghalang dan


mengelakkan api daripada merebak ke kawasan hutan ataupun membakar
ladang orang lain. Individu yang menjalankan pembakaran tersebut haruslan
bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Hal ini dikatakan demikian
kerana sekiranya api merebak ke kawasan hutan, mereka perlu melakukan
sesuatu agar api tidak merebak dengan cepat. Pendek kata, para petani yang
melakukan amalan mongulat ini perlu mempunyai pelan lain jika berlaku

76 Minah Sintian, Kearifan Lokal Masyarakat Dusun dalam Pertanian membantu Pelestarian Alam,
e- Prosiding Persidangan Antarabngsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. No.3, 2018, Hlm.
143-161.

43
perkara yang tidak diingini. Seterusnya, masyarakat Dusun juga menggunakan
teknik membakar ladang yang boleh mengelakkan api daripada merebak ke
tempat lain.77 Ladang tidak boleh dibakar bermula dari duohon iaitu bawah
kerana mempunyai keberangkalian api cepat merebak. Kaedah pembakaran
kawasan yang dijalankan oleh masyarakat Dusun adalah melalui cara
sunsurionon iaitu mengundur dan berpandukan arah tiupan angin.78 Selain itu
juga, aktiviti membakar tidak boleh dijalankan secara sekaligus. Pada
kebiasannya, bahagian tepi ladang dan bahagian atas dikatakan mempunyai
potensi ditiup angin kuat dan akan terbakar terlebih dahulu.

Secara keseluruhannya, proses pembakaran ladang tidak akan


dilakukan pada musim kemarau yang panjang kerana ia akan mendatangkan
masalah kepada para petani. Tambahan pula, padi tidak akan tumbuh dengan
subur jika dilakukan semasa musim kemarau. Namun begitu, sekiranya proses
ini dijalankan pada hari yang panas, para petani akan menyediakan air untuk
menjirus api yang besar bagi mengelakkan api semakin merebak ke tempat
lain.79

3.6 Amalan menjaga tanah pertanian


Amalan menjaga tanah pertanian atau mangalit do tumo merupakan satu lagi
kaedah unik masyarakat Dusun dalam memelihara alam sekitar daripada
dicemari oleh bahan kimia. Dalam konteks ini, penggunaan racun rumput
banyak digunakan bagi mengelakkan rumput tumbuh di kawasan penanaman
padi. Namun begitu, penggunaan racun rumput ini akan menjejaskan kualiti
tanah dan juga tanaman padi itu sendiri.80 Amalan mangalit do tumo dijalankan
bagi mengelakkan hal seperti ini berlaku. Amalan mangalit do tumo membawa
maksud petani menutup ladang dengan menggunakan daun lalang, daun

77 Ibid., hlm. 156.

78 Temu bual, Puan Norika Tajin, 57 tahun, Kampung Solibog, 19 Mei 2021.

79 Minah Sintian, Kepercayaan Masyarakat Kadazandusun dalam Pemeliharaan Alam Sekita r,


Latihan Ilmiah, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2017, hlm. 1-14.

80 Temubual, Encik Linus Bin Osinti, 55 tahun, Kampung Solibog, 19 Mei 2021.

44
pisang atau apa sahaja daun lebar yang boleh digunakan untuk menutup
ladang daripada ditumbuhi rumput. Amalan mangalit do tumo ini dipercayai
harus di lakukan di kawasan di mana rumput cepat membiak dan sukar untuk
dimusnahkan seperti rumput lalang, telinting atau pennisetum purpureum
schamach.81 Aktiviti mangalit akan dilakukan selepas sahaja aktiviti mongurak
iaitu selepas sahaja habis amalan mangulat dan monutud do tumo.

Apabila masa menugal atau penanaman benih padi semakin hampir


iaitu lebih kurang seminggu, maka segala daun yang digunakan dalam aktiviti
mangalit tersebut akan dibakar dan dibuang. Kaedah ini bukan sahaja dapat
mengurangkan rumput tumbuh, malahan ia mampu membantu untuk
menyuburkan tanah. Seterusnya, penggunaan racun rumput seperti jenama
Paraquat dan Spark yang mengandungi bahan toksik N,N’-dimethyl-4,4’-
bipyridinium chloride bukan sahaja dapat mengeringkan serta mematikan sel
tumbuh-tumbuhan dengan cepat, namun ia juga sangat berbahaya kepada
haiwan dan manusia.82 Baja kimia yang biasanya digunakan untuk
menyuburkan tanah juga tidak diperlukan kerana kaedah mangalit ini dapat
membantu membekalkan baja asli untuk pertumbuhan padi.83 Sehingga kini,
kaedah ini masih lagi aktif digunakan oleh segelintir masyarakat Dusun
terutama yang masih berpegang kuat dalam kepercayaan tradisional.

3.7 Adat Selepas Musim Menuai

81 Minah Sintian, Kearifan Lokal Masyarakat Dusun dalam Pertanian membantu Pelestarian Alam,
e- Prosiding Persidangan Antarabngsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. No.3, 2018, Hlm,
143-161.

82 Ibid., hlm. 154.

83 Minah Sintian, Kepercayaan Masyarakat Kadazandusun dalam Pemeliharaan Alam Sekita r,


Latihan Ilmiah, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2017, hlm. 1-14.

45
Foto 3.5: Adat Selepas Musim Menuai
Sumber: Berita Harian, 2019

Adat selepas musim menuai ataupun adat Moginakan dijalankan selepas sahaja
tamat musim menuai. Adat ini masih diamalkan oleh masyarakat majoriti Dusun
di Tambunan. Dalam konteks ini, adat selepas menuai ataupun adat Moginakan
merupakan acara makan-makan yang diadakan oleh masyarakat Dusun. Adat
ini dijalankan bagi meraikan hasil tuaian yang dihasilkan oleh para petani.
Selain itu, juga bertujuan untuk mengingati kesenangan yang dinikmati oleh
manusia selepas pengorbanan yang dilakukan oleh Kinorohingan dan
isterinya.84 Adat ini akan dihadiri oleh ahli keluarga dan jiran-jiran terdekat.
Makanan yang dihidangkan adalah makanan tradisi masyarakat Dusun.

Bagi masyarakat Dusun di Tambunan, makanan tradisi mereka


termasuklah linopot iaitu nasi yang dibungkus menggunakan daun dan dikukus
sehingga wangi. Seterusnya, ia dihidangkan bersama-sama dengan ikan
basung yang digoreng secara garing, tuhau iaitu sejenis tumbuhan hutan yang
mempunyai bau-bauan unik. Selain itu, makanan yang dihidangkan semasa
adat Moginakan ini adalah sayur pucuk midi yang dimasak bersama-sama lauk.
Hinava juga merupakan antara makanan tradisi yang sangat digemari dan
wajib dihidang sekiranya ada jamuan atau majlis Bersama-sama keluarga.
Hinava merupakan isi ikan yang digaul rata Bersama bawang merah, cili,

84 Temu bual, Encik Aldrin Peter, 28 Tahun, Penduduk Kampung Solibog,16 Mei 2021.

46
tomato dan jus buah limau nipis. Makanan tradisi lain yang dihidang Ketika
adat Moginakan ini ialah Pinasakan, Bosou, Bambangan dan juga ambuyat.85

Selain makanan tradisi, masyarakat Dusun di Tambunan ini juga turut


mengadakan acara moginum iaitu sejenis minuman tradisi yang ditanak sendiri
oleh masyarakat tersebut. Acara moginum ini pada asalnya hanya dibenarkan
untuk orang dewasa sahaja. Namun begitu, perkembangan adat yang berlaku
menyebabkan kesemua golongan individu masyarakat ini dapat menikmati
minuman tradisi kecuali kanak-kanak di bawah umur. Walaupun sesetangah
individu menganggap acara ini tidak begitu bermoral, namun ia mampu
memberikan kesenangan terhadap masyarakat ini terutamanya selepas musim
menuai yang sememangnya memenatkan.86

Foto 3.6: Hinava


Sumber: Syamsidar Saipuddin, 2015

85 Temu bual, Encik Aldrin Peter, 28 tahun, Penduduk Kampung Solibog, 16 Mei 2021.

86 Ibid.

47
Foto 3.7: Pinasakan
Sumber: Syamsidar Saipuddin, 2015.

3.8 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan tentang adat-adat pertanian
dan upacara ritual yang dilakukan oleh masyarakat Dusun di Tambunan, Sabah
dalam mengekalkan serta melancarkan kegiatan pertanian mereka. Adat-adat
seperti adat memuja semangat padi, adat mamahui pagon, adat Mongulat dan
Monutud do Tumo serta adat mangalit do tumo merupakan antara adat yang
menjadi kebiasaan masyarakat ini dalam mengusahakan tanaman-tanaman
mereka. Kemahiran masyarakat ini dalam menghasilkan sumber makanan
melalui kegiatan pertanian terutamanya padi telah menjadi satu lambang
masyarakat ini sebagai masyarakat yang arif dalam kegiatan pertanian lokal
dan hal ini terbukti apabila pesta Kaamatan dijadikan sebagai satu peristiwa
penting di Sabah.

48
BAB 4

PERUBAHAN ADAT PERTANIAN DALAM KALANGAN


MASYARAKAT DUSUN DI TAMBUNAN

4.1 Pengenalan
Pengamalan adat pertanian makin berkurang dalam kalangan masyarakat
Dusun. Amalan yang telah diwarisi secara turun-temurun oleh nenek moyang
mereka ini pada mulanya dilakukan dengan penuh tertib dan disiplin demi
menjaga kesejahteraan kehidupan mereka namun lama-kelaman amalan serta
ritual yang sudah lama diamalkan ini semakin berubah atas faktor-faktor
tertentu. Menurut Max Weber di dalam buku Maine Suadik, beliau menyatakan
dalam teori beliau tentang masyarakat moden, iaitu bagaimana gaya hidup
seseorang manusia moden mampu memberi impak kepada sikap individualistik
dan turut memberi kesan kepada amalan tradisi dalam masyarakat mereka.
Menurut beliau juga, mereka akan berubah menjadi lebih rasional dalam
kehidupan selepas menjalani gaya hidup yang lebih moden.87

Di dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan tentang perubahan adat-


adat pertanian yang berlaku dalam kegiatan pertanian masyarakat Dusun di
Tambunan. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa masyarakat Dusun
di Tambunan masih lagi mempunyai pengetahuan lokal dalam pertanian yang
telah diwariskan oleh generasi dahulu sebelum, semasa dan selepas mereka
membuka tanah untuk tujuan pertanian. Kebanyakan daripada mereka tetap
mempercayai dan mengamalkan pengetahuan tersebut dalam pertanian dan
dalam kehidupan seharian mereka. Namun begitu, adat-adat pertanian ini
mengalami perubahan kerana kegiatan pertanian masyarakat ini semakin maju
dan moden.

87 Maine Suadik & Yusten Karulus, Teknologi, Perubahan Amalan Pertanian dan Isu Rasionaliti
Masyarakat Petani di Sabah, Jurnal Sosiohumanika, Vol. 3 (1), Universiti Malaysia Sabah:
Sekolah Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2010, hlm. 41-51.

49
Oleh yang demikian, menerusi bab ini, pengkaji akan akan menganalis
perubahan-perubahan yang berlaku serta faktor perubahan amalan ritual
pertanian dalam kalangan masyarakat Dusun di Tambunan.

4.2 Perubahan Amalan Pertanian Masyarakat Dusun di Tambunan


Pertanian merupakan satu kegiatan yang sangat dominan dalam kalangan
masyarakat Dusun di daerah Tambunan terutamanya masyarakat Dusun di
Kampung Solibog. Dalam konteks ini, pelbagai evolusi pertanian telah berlaku
terutamanya dalam aspek penanaman padi. Jika dibandingkan dengan cara
pertanian yang dilakukan masyarakat Dusun di kampung ini pada suatu ketika
dahulu, kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan alatan serta tenaga
binatang untuk menghasilkan sebuah kawasan pertanian. Selain itu, alatan-
alatan yang digunakan juga masih perlu menggunakan tenaga manusia.
Masyarakat Dusun di kampung tersebut menbajak sawah menggunakan
tenaga binatang seperti kerbau sebelum memulakan proses penanaman padi.
Tanaman lain seperti halia, sayuran turut memerlukan orang kampung untuk
menyediakan batas secara bergotong-royong.88

Antara perubahan yang berlaku dalam kegiatan pertanian masyarakat


Dusun di Kampung Solibog ini ialah penggunaan jentera-jentera pertanian.
Penggunaan tenaga haiwan digantikan dengan mesin-mesin tanaman yang
secara tidak langsung telah menyumbang kepada evolusi pertanian mereka.
Penggunaan traktor atau jentera pembajak sawah telah membantu penduduk
kampung untuk melakukan proses pembajakan dengan lebih laju. Hal ini bukan
sahaja dapat menjimatkan masa para petani, malahan ia juga dapat
menjimatkan tenaga manusia. Selain itu, masyarakat ini turut menghasilkan
sumber tanaman yang lain seperti halia, sayur-sayuran serta getah.
Penanaman yang memerlukan batas sebagai kawasan utama pada awalnya
dilakukan secara tradisional iaitu hanya dijalankan secara kecil-kecilan. Namun
begitu peredaran zaman telah memberikan satu evolusi baharu kepada
penduduk ini untuk menghasilkan tanaman ini dengan skala yang lebih besar.

88 Temu bual, Puan Norika Tajin, Petani Kampung Solibog, Tambunan, 57 Tahun, 19 Mei 2021.

50
Masyarakat ini melakukan tanaman ini secara bergilir. Ia adalah untuk
menjimatkan masa dengan menggunakan batas yang sama dengn tanaman
yang berlainan. Secara tidak langsung, penghasilan tanaman seperti halia dan
sayur-sayuran hijau dapat ditingkatkan dalam masa yang pendek.

Foto 4.1: Jentera Pembajak Sawah


Sumber: Hasil lawatan ke tapak kajian, Kampung Solibog, Tambunan pada 16
Mei 2021.

4.3 Faktor-faktor Perubahan Amalan Pertanian Masyarakat Dusun


Amalan-amalan ritual yang sering diamalkan oleh masyarakat Dusun suatu
ketika dahulu semakin mengalami perubahan yang ketara. Dalam konteks ini,
pengkaji telah menjalankan kaedah kepustakaan dalam mengumpulkan data-
data berkenaan dengan perubahan amalan ritual masyarakat Dusun di
Tambunan. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perubahan
adat-adat pertanian dalam kalangan masyarakat Dusun di Tambunan. Hal ini
telah dinyatakan oleh Maine Suadik dan Yusten Karulus (2010) di dalam kajian
mereka di Kampung Piasau, Kota Belud. Antara faktor tersebut ialah perubahan

51
teknologi, pengaruh pasaran, pendidikan, kebudayaan serta politik.89 Di satu
sudut yang lain, terdapat faktor lain yang turut menyumbang kepada
perubahan tersebut iaitu faktor agama dan kekurangan pakar ritual yang
mahir.90 Hasil analisis ini turut diperolehi daripada informan yang telah ditemu
bual oleh pengkaji.

4.3.1 Perkembangan Teknologi


Perkembangan teknologi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
perlaksanaan adat serta amalan pertanian masyarakat Dusun Lotud di
Tambunan. Dalam konteks ini, perubahan teknologi yang mengikut peredaran
zaman telah memberi perubahan dalam perlaksanaan adat atau lebih tepat, ia
sedikit sebanyak telah menghakis adat tempatan masyarakat ini. Jika dilihat
melalui suatu sudut pandang yang positif, perubahan ini membantu
masyarakat Dusun untuk meringankan beban para petani dalam proses
pertanian. Namun begitu, dari satu sudut yang lain, perkara ini telah memberi
perubahan kepada adat-adat pertanian yang diamalkan.

Menurut informen yang di temu bual oleh pengkaji, adat-adat pertanian


pada zaman dahulu mempunyai banyak proses dan harus diketuai oleh individu
yang mempunyai kemahiran tinggi dalam upacara adat tersebut. Namun
begitu, adat yang dijalankan dalam kalangan masyarakat Dusun di Kampung
Solibog terutamanya, tidak lagi mewajibkan tukang mahir seperti Bobolian
untuk mengendalikan adat tersebut. Kewujudan mesin tuaian padi, mesin
penggilingan benih telah menyebabkan petani tidak lagi mementingkan adat-
adat lama. Hanya beberapa adat yang masih diguna pakai oleh penduduk di
kawasan tersebut iaitu adat-adat yang awal penanaman, adat awal penuaian
serta adat selepas musim menuai. Selain itu, kegiatan pertanian ini juga tidak

89 Maine Suadik & Yusten karulus, Teknologi, Perubahan Amalan Pertanian dan Isu Rasionaliti
Masyarakat Petani di Sabah, Jurnal Sosiohumanika, Vol. 3, No.1, Universiti Malaysia
Sabah: Sekolah Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2010, hlm. 41-51.

90 Constant Vianney Cyril Chin, Faktor Perubahan Amalan Adat Tradisi Dalam Proses Penanaman
Padi Sawah Tradisional Masyarakat Dusun Kuruyou di Kampung Liau darat, Bingkor,
Sabah, Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), Vol. 6, No.1,
Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Sains Sosial dan kemanusiaan, 2020, hlm.87-100.

52
lagi dilakukan secara gotong-royong seperti masyarakat yang terdahulu ekoran
daripada perkembangan teknologi. Masyarakat lebih banyak menggunakan
mesin bagi membantu mereka dalam proses penanaman serta menghasilkan
lebih banyak hasil tuaian.

Foto 4.2: Penggunaan Jentera Pembajak Sawah


Sumber: Hasil lawatan ke tapak kajian di Kampung Solibog, Tambunan pada
16 Mei 2021.

53
Foto 4.3: Proses Membajak Sawah Padi
Sumber: Hasil lawatan ke tapak kajian lapangan, Kampung Solibog

Kedua-dua gambar di atas menunjukkan jentera yang digunakan bagi


membajak sawah padi di Kampung Solibog, Tambunan. Jentera ini digunakan
oleh penduduk di kampung ini bagi menggantikan tenaga binatang. Informen
yang ditemu bual oleh pengkaji iaitu Encik Linus Bin Osinti menyatakan bahawa
penggunaan jentera ini jelas memudahkan kerja-kerja membajak sawah padi
berbanding dengan penggunaan tenaga binatang. Walaupun mereka masih
menjalankan aktiviti penanaman padi ini secara bergotong-royong, namun
penggunaan mesin-mesin hasil perkembangan teknologi ini memudahkan kerja
mereka.91

Seterusnya, kewujudan kaedah penanaman baharu turut memberi


kesan kepada adat-adat pertanian masyarakat Dusun. Menurut Informan
kajian, teknologi moden dan kaedah penanaman baru telah diperkenalkan oleh
Lembaga Padi dan PELADANG kepada masyarakat mereka.92 Kewujudan benih

91 Temubual, Encik Linus Osinti, Petani Kampung Solibog, 55 Tahun, 19 Mei 2021.

92 Constant Vianney Cyril Chin, Faktor Perubahan Amalan Adat Tradisi Dalam Proses Penanaman
Padi Sawah Tradisional Masyarakat Dusun Kuruyou di Kampung Liau darat,
54
padi baru seperti TR8, TR9, TR 219 dan padi wangi, penggunaan baja dan
racun kawalan perosak yang telah diperkenalkan oleh PELADANG telah
menyebabkan para petani percaya bahawa mereka tidak lagi perlu untuk
melakukan ritual padi yang kompleks untuk menguatkan semangat padi seperti
yang biasanya dilakukan dalam proses penanaman padi sawah tradisional
masyarakat mereka.93

Tambahan pula, generasi pada masa kini merasakan bahawa


pengamalan adat yang kompleks dalam proses penanaman padi sawah tidak
lagi relevan dalam konteks kehidupan baharu mereka. Walau bagaimanapun,
masih terdapat petani yang menggunakan kaedah tradisional di kawasan
sawah padi mereka. Hal ini kerana dengan menggunakan kaedah penanaman
padi sawah moden sebanyak dua kali setahun, mereka terpaksa
memaksimumkan penggunaan tanah sebanyak dua kali dalam setahun dan
menggunakan racun serangga perosak yang berbahaya. Situasi ini boleh
memudaratkan tanih kerana benih padi baru yang kini digunakan oleh
masyarakat mereka bukan jenis benih padi yang tahan kepada serangan
serangga perosak seperti jenis benih padi yang lama ataupun benih padi asli.

4.3.2 Pengaruh Agama


Pengaruh agama tidak dapat dinafikan sebagai salah satu faktor yang
menyumbang kepada perubahan adat dalam kalangan masyarakat Dusun di
Tambunan. Kewujudan agama Kristian yang juga merupakan agama majoriti
di kampung Solibog, Tambunan telah mendorong masyarakat ini untuk
meninggalkan adat pertanian yang melibatkan mereka untuk memuja
semangat padi. Kepercayaan mereka terhadap semangat padi semakin
berkurangan akibat daripada tuntutan agama yang mahu penganutnya untuk

Bingkor,Sabah, Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), Vol. 6, No.1,


Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Sains Sosial dan kemanusiaan, 2020, hlm.87-100.

93 Ibid., hlm. 89.

55
mempercayai Tuhan Yesus.94 Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat
Dusun Lotud dan Dusun Liwan yang terdahulu masih mempercayai semangat
yang ada pada padi dan tumbuhan lain. Kebanyakan masyarakat ini juga pada
awalnya berpegang kepada kepercayaan animisme dan juga pagan. Mereka
percaya bahawa setiap benda hidup mempunyai semangat dan harus dihormati
agar tidak mendatangkan malapetaka kepada mereka. Hal tersebut telah
menyebabkan mereka untuk mengamalkan adat yang telah diwarisi sejak
turun-temurun khususnya adat pertanian.95

Walau bagaimanapun, perkembangan agama di kawasan tersebut


secara tidak langsung telah menyebabkan amalan adat-adat kampung semakin
berkurangan. Sebagai contoh, adat-adat awal penanaman padi semakin
terhakis dan semakin kurang berbanding dengan sepuluh tahun yang lalu. Hal
ini telah diakui sendiri oleh salah satu penduduk di sekitar daerah Tambunan
iaitu Encik Linus Osinti. Beliau menyatakan bahawa adat-adat yang diamalkan
pada masa ini tidak lagi sama dengan adat terdahulu di mana penduduk di
sekitar Kampung Solibog tersebut mengamalkan adat mengikut urutan
walaupun sehingga padi habis dituai. Selepas percampuran dan perkembangan
agama di Tambunan, sebilangan penduduk di daerah Tambunan tidak lagi
mengamalkan adat pertanian.

Faktor perkembangan agama ini dianggap sebagai faktor dalaman yang


mempengaruhi adat-adat pertanian sahaja. Di satu sudut pandangan yang lain,
faktor agama ini sebenarnya turut menjadi tunjang ataupun kesetiaan
penduduk ini dalam mengamalkan adat pertanian. Sebagai contoh,
perkembangan agama Kristian di Tambunan menyebabkan penduduk di
Kampung Solibog menggunakan beberapa alatan ataupun kaedah yang
diajarkan dalam agama Kristian ke dalam sistem pertanian mereka.
Penggunaan air berkat dan juga buku panduan doa bagi menyempurnakan
adat pertanian menjadi salah satu bukti perubahan dalam adat pertanian.96

94 Temu bual, Encik Linus Osinti, Petani kampung Solibog, 55 tahun, 19 Mei 2021.

95 Ibid.

96 Temu bual, Encik Linus Osinti, Petani kampung Solibog, 55 tahun, 19 Mei 2021.

56
4.3.3 Faktor Pendidikan
Faktor pendidikan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada
perubahan adat yang berlaku kepada penduduk Dusun Lotud dan Liwan di
daerah Tambunan. Dalam konteks ini, kesedaran terhadap bidang pendidikan
menjadikan penduduk daerah Tambunan semakin peka akan kepentingan ilmu
dalam kalangan generasi muda terutamanya anak-anak mereka. Semasa
zaman pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu dahulu, keadaan hidup
masyarakat Dusun di Sabah adalah dalam bentuk tradisional ataupun dikenali
sebagai pendidikan tidak formal. Pendidikan tidak formal ini hanya mampu
diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan amalan yang diamalkan oleh
masyarakat tersebut. Perkara ini termasuklah dengan kepercayaan terhadap
kuasa ghaib dan juga Bobolian.97

Selain itu, keadaan hidup masyarakat Dusun juga tidak banyak berubah
pada zaman awal pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Namun
begitu, perkembangan pendidikan yang telah diperkenalkan oleh para
mubaligh Kristian pada tahun 1881 telah memberi impak terhadap
perkembangan pendidikan masyarakat Dusun di Tambunan. Hal ini dikatakan
demikian kerana penduduk Dusun di Tambunan berpeluang untuk menghadiri
program pendidikan Moden yang didirikan oleh gereja Katolik. Seterusnya,
pelajar yang berjaya menamatkan pelajarannya akan diberikan pekerjaan di
pejabat-pejabat SBBU dengan tawaran gaji yang lumayan. Justeru, generasi
inilah yang membantu mengubah gaya hidup tradisional masyarakat ini kepada
gaya hidup yang lebih moden. Perubahan ini sekaligus membawa impak yang
positif kepada masyarakat tersebut.98

Seterusnya, bilangan generasi muda masyarakat Dusun di


Tambunan yang mempunyai pendidikan formal semakin meningkat ekoran
daripada pembangunan sekolah vernakular, sekolah sukarela rakyat dan
sekolah menengah di kawasan penempatan masyarakat Dusun. Impaknya,

97 Dayu Bin Sansalu, Pendidikan dan Proses Pemodenan Masyarakat Peribumi Rumpun Dusun
Bukan Islam di Sabah 1881-1967, Doctoral Thesis, Universiti Malaysia Sabah: Fakulti
Sains dan Sumber Alam, 2002, hlm, 23-47.

98 Ibid., hlm. 25.

57
lebih ramai masyarakat Dusun Tambunan yang semakin menunjukkan
minat terhadap bidang pendidikan dan kurang berminat dalam bidang
pertanian lokal. Walaupun secara amnya sejarah perubahan dan
pemodenan masyarakat Dusun ini lebih tertumpu di kawasan bandar
seperti Penampang dan Papar, namun sedikit sebanyak ia turut
mempengaruhi masyarakat Dusun di Tambunan untuk menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, generasi muda
di kawasan Tambunan semakin ramai yang meninggalkan kampung
halaman mereka untuk meneruskan pengajian ke menara gading.
Informan yang ditemu bual oleh pengkaji sendiri telah menyatakan
bahawa beberapa orang anak mudanya kini tidak lagi mempunyai minat
terhadap bidang pertanian. Malah adat-adat pertanian yang ditinggalkan
oleh nenek moyang mereka juga kian terhakis dalam diri anak-anak muda
beliau.99

4.3.4 Kekurangan Pakar yang Mahir


Adat pertanian masyarakat Dusun memerlukan seorang tukang ataupun pakar
yang mahir untuk mengendalikan ritual yang perlu dijalankan. Dalam aspek ini,
Bobolian merupakan komponen terpenting bagi menjalankan adat ataupun
ritual pertanian. Namun begitu, perubahan yang berlaku ekoran daripada
peredaran zaman telah menyebabkan tugas Bobolian semakin berkurangan.
Selain itu, pakar-pakar mahir yang dahulunya banyak dikuasai oleh golongan-
golongan tua ataupun berumur menjadi salah satu faktor adat pertanian
menghadapi perubahan. Hal ini dikatakan demikian kerana generasi muda
masyarakat tersebut kebanyakannya kurang mengambil tahu soal adat,
mentera ataupun rinait yang digunakan dalam ritual dan adat pertanian
mereka.100

99Temu bual, Encik Linus Osinti, Petani kampung Solibog, 55 tahun,19 Mei 2021.

100 Temubual, Encik Linus Osinti, Petani di Kampung Solibog,Tambunan, 55 Tahun, 19 Mei
2021.

58
Di samping itu, Bobolian merupakan golongan yang mempunyai tahap
pengetahuan tinggi dalam soal adat. Bobolianlah yang akan mengetuai adat
yang dilangsungkan samada adat pertanian, adat perkahwinan mahupun adat
kematian. Dalam konteks ini, untuk menjadi seorang Bobolian, seseorang
individu haruslah mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap animisme dan
juga perkara ghaib. Ketua Ritual ataupun Bobolian haruslah berjantina
perempuan dan menguasai rinait-rinait khusus bagi membolehkan adat yang
dijalankan berjaya memanggil semangat ghaib. Namun begitu, pada zaman
yang serba moden ini, tugas sebagai seorang ketua ritual ataupun Bobolian
semakin sukar untuk dipikul memandangkan kepercayaan terhadap animisme
dan kuasa ghaib semakin berkurangan ekoran daripada perubahan zaman dan
perkembangan agama. Oleh yang demikian, faktor ini menjadi salah satu
penyebab utama berlakunya perubahan terhadap adat pertanian masyarakat
Dusun.

4.3.5 Pelan Pembangunan Sabah


Padi merupakan kegiatan utama masyarakat Dusun di Tambunan. Selain padi,
tanaman-tanaman lain turut menjadi sumber utama penduduk ini bagi
meneruskan kehidupan seharian. Menjelang tahun 2006, Sabah dijangkakan
sebagai sebuah negeri yang akan mengalami pembangunan pertanian di
bawah RMK9. Pembangunan tersebut dikenali sebagai SDC ataupun Sabah
Development Coridor. Secara umumnya, semua koridor pembangunan yang
dirancang rapi oleh kerajaan adalah bertujuan untuk merangsang
pertumbuhan serta menjana pembangunan ekonomi negara agar mencapai
gelaran negara maju menjelang tahun 2020. Dalam konteks ini, usaha untuk
mewujudkan pelan pembangunan ekonomi koridor merupakan satu pelan yang
dilaksanakan untuk mencapai pembangunan berdaya saing. Dalam masa yang

59
sama, pelan pembangunan ini juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan
taraf hidup penduduk di wilayah koridor pembangunan.101

Pelan perancangan koridor pembangunan ini telah menyediakan


perancangan yang tersusun dan strategik. Ia juga turut menyediakan
kemudahan infrastruktur seperti kaedah penggunaan tanah yang betul, iaitu
bersesuaian dengan jenis pertanian yang diusahakan oleh petani. Pelan ini
secara tidak langsung telah memberikan perlindungan kepada biodiversiti yang
semakin terancam oleh kegiatan-kegiatan pada masa kini. Konsep koridor
pembangunan yang diperkenalkan oleh kerajaan ini telah banyak digunakan
tidak kira sama ada di negara maju ataupun negara yang sedang membangun
seperti Malaysia. Seterusnya, banyak definisi yang digunakan untuk merujuk
koridor yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Definisi-definisi tersebut terdiri
daripada definisi daripada bidang sains, sains politik dan juga sains sosial.

Negeri Sabah mempunyai keluasan 74,876 km persegi dengan muka


bumi yang berbukit bukau. Keluasan ini telah meletakkan negeri Sabah sebagai
sebuah negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak serta
mempunyai bilangan penduduk yang ketiga ramai iaitu 3,063,600 orang
selepas Selangor dan Johor.102 Walau bagaimanapun, jumlah penduduk Sabah
bagi tahun 2008 yang dinyatakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia adalah
seramai 3,131,000 orang. Namun begitu, pertumbuhan ekonomi negeri Sabah
masih berada di takat yang lama berbanding dengan pertumbuhan ekonomi
negeri-negeri lain terutama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Pada awal
tahun 1970-an, negeri Sabah pernah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang
tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia dan pernah
menduduki tangga yang teratas dari segi pungutan hasil. Namun begitu,
kedudukan pencapaian ekonomi negeri ini telah berubah dengan ketara.
Bermula pada pertengahan tahun 1980an, pertumbuhan ekonomi negeri Sabah

101 Kasim Anuar & Mori Kogid, Koridor pembangunan Sabah: Harapan dan Cabaran Sabah,
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke III, Jilid 1, Universiti
Malaysia Sabah, 2008, hlm. 576-589.

102 Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Sosio-ekonomi Sabah, Malaysia: Kementerian


Pembangunan, 2007, hlm. 14.

60
telah mengalami penurunan. Pada hari ini, negeri Sabah masih mencatatkan
kadar kemiskinan yang tertinggi di Malaysia.103

Hal ini telah membawa kepada rancangan untuk meningkatkan


kemajuan pertanian di Sabah. Kerajaan telah menyasarkan Sabah sebagai
sebuah pengeluar hasil pertanian menjelang tahun 2008 berdasarkan pelan
pembangunan di bawah RMK9. Melalui pelan ini, para petani diberi penekanan
dari segi penghasilan sumber pertanian, perkembangan teknologi pertanian,
dana dan kaedah-kaedah pertanian yang betul bagi merangsang pertumbuhan
awal ekonomi ini dalam aspek pertanian.104 Secara tidak langsung, pelan
kerajaan bagi membantu petani-petani di Sabah untuk merangsang hasil
pertanian mereka telah memberi pengaruh terhadap adat pertanian yang kian
dijalankan. Hal ini dikatakan demikian kerana adat-adat pertanian yang selalu
dijalankan adalah bertujuan untuk memanggil semangat padi bagi menjaga
kesuburan benih padi, meningkatkan hasil padi serta menjaga kesuburan
kawasan sawah mereka.

Rancangan pembangunan di bawah RMK9 telah memberikan kaedah


baharu kepada para petani untuk melakukan penanaman padi dan tanaman
lain. Kaedah yang menggunakan tanaman padi secara bergilir, proses penilaian
baka, proses pengeluaran biji benih serta pengisytiharan benih baharu ini
membantu para petani untuk lebih berfikiran terbuka serta meningkatkan
kualiti hasil pertanian mereka. Walaupun pelan pembangunan ini tidak begitu
menumpukan para petani di kawasan pedalaman, namun ia tetap memberikan
sedikit perubahan terhadap adat pertanian penduduk yang berada di kawasan
pedalaman terutamanya penduduk di daerah Tambunan. Informan yang
ditemu ramah oleh pengkaji menyatakan sendiri bahawa adat pertanian yang
dijalankan kini hanya bertujuan untuk menghormati warisan budaya nenek
moyang mereka. Walaupun kemunculan teknologi dan kaedah pertanian
baharu banyak membantu mereka dalam meningktakan keluaran hasil

103 Kasim Anuar & Mori Kogid, Koridor pembangunan Sabah: Harapan dan Cabaran Sabah,
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke III, Jilid 1, Universiti Malaysia
Sabah, 2008, hlm, 576-589.

104 Ibid., hlm 578.

61
pertanian, namun bagi mereka adat dan amalan ritual tidak sepatutnya
ditinggalkan semata-mata untuk tujuan pemasaran.105

4.4 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang telah dinyatakan oleh pengkaji ini
menyumbang kepada perubahan yang berlaku terhadap adat pertanian
masyarakat Dusun di daerah Tambunan khususnya Kampung Solibog. Namun
begitu, faktor-faktor yang dinyatakan ini tidak menghakis sepenuhnya adat-
adat pertanian yang ada pada masyarakat Dusun di Kampung Solibog,
Tambunan. Adat pertanian ini masih dilakukan sehingga kini namun tidak
sekerap masyarakat terdahulu.

105 Temubual, Encik Linus Osinti, Petani di Kampung Solibog,Tambunan, 55 Tahun, 19 Mei
2021.

62
BAB 5

KESIMPULAN

5.1 Rumusan

Secara keseluruhannya, masyarakat Dusun dapat dikatakan sebagai sebuah


rumpun yang mempunyai sejarah silam yang panjang sama ada dari segi
sejarah kewujudannya, bahasa ataupun loghat mahupun sejarah adat resam
yang menjadi budaya dalam hidup masyarakat tersebut. Adat pertanian
merupakan perkara asas yang dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat
Dusun. Buktinya, setiap perkara yang dilakukan oleh masyarakat ini berkaitan
dengan kegiatan pertanian dimulakan dengan pelaksanaan adat. Adat lain
seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyatuan dua sub-etnik serta
berburu juga turut didahulukan dengan adat. Permulaan hidup serta
penghujung kehidupan rumpun ini dipenuhi dengan adat-adat yang menjadi
kepercayaan serta amalan dalam keturunan mereka.

Bab pertama merupakan gambaran awal tentang keseluruhan kajian


yang dilakukan oleh pengkaji sebelum memulakan kajian berkenaan. Bab
pertama ini mengandungi pengenalan, objektif kajian, permasalahan kajian,
kepentingan kajian, sorotan literatur, skop kajian, metodologi kajian,
pembahagian bab serta penutup. Kesemua elemen ini akan digunakan oleh
pengkaji bagi memudahkan penyelidikan pengkaji serta membantu dalam
pengumpulan maklumat. Di dalam bab kedua, pengkaji menjelaskan tentang
asal-usul masyarakat Dusun di Tambunan yang mempunyai sejarah kewujudan
yang panjang, di lengkapi dengan legenda serta mitos-mitos lama yang
menjadikan sejarah rumpun ini begitu unik. Masyarakat Dusun merupakan
masyarakat majoriti di negeri Sabah. Situasi ini memberikan satu tarikan buat
masyarakat ini untuk penulis mengkaji hal-hal berkaitan asal-usul masyarakat
mereka. Walaupun terdapat banyak mitos dan cerita yang bercampur-aduk
berkenaan dengan asal-usul masyarakat ini di Sabah, pengkaji berjaya
mengenalpasti asal-usul kewujudan rumpun ini berdasarkan kepada
63
pandangan dan teori para sejarawan. Penghijrahan yang berlaku suatu ketika
dahulu telah berjaya membawa rumpun ini untuk menetap tinggal di Sabah
dan menjadi salah satu etnik yang paling besar mendiami negeri ini.

Peristiwa legenda Nunuk ragang merupakan asas kepada sejarah asal


usul masyarakat ini di Sabah. Berdasarkan sumber lisan, masyarakat ini
percaya bahawa kewujudan mereka bermula daripada kawasan yang bernama
Nunuk Ragang, iaitu kawasan yang berada di Ranau, Sabah. Hal ini menjadi
tanda tanya kepada semua sama ada ia merupakan mitos ataupun satu fakta
sejarah. Kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji memberikan fahaman
bahawa Nunuk Ragang hanyalah mitos yang diceritakan oleh masyarakat
setempat begi menghormati kepercayaan nenek moyang mereka. Namun
begitu, ia tetap menjadi salah satu kisah pensejarahan yang unik dan asas
dalam sejarah asal usul masyarakat Dusun di Sabah.

Pengkaji turut mengupas berkenaan dengan “The Origin of Dusun


Lotud in Tambunan” ataupun asal-usul Dusun di Tambunan. Masyarakat ini
dikatakan berasal daripada Nunuk Ragang. Pengkaji merumuskan bahawa
perkataan Dusun berasal daripada gelaran yang diberikan oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (SBBU) kepada peribumi yang tinggal di kawasan
tanah tinggi dan menjalankan kegiatan pertanian. Nama Dusun sering dikaitkan
dengan nama umum yang kini banyak digunakan hasil daripada percampuran
pecahan etnik ini serta perbahasan yang berlaku suatu ketika dahulu iaitu
kadazandusun. Dalam konteks ini, Dusun merupakan perkataan awal yang
menggambarkan siapa sebenarnya identiti masyarakat ini. Namun begitu,
perbahasan berkenaan dengan gelaran Kadazan yang berlaku di antara
Mubaligh Kristian menjelang tahun 1967 telah menjadikan gelaran
Kadazandusun sebagai sesuatu yang umum di Sabah.

Pengkaji juga turut menerangkan tentang kegiatan sosio-ekonomi


masyarakat Dusun di Tambunan. Terdapat juga gelaran-gelaran yang diberikan
kepada masyarakat ini adalah hasil daripada kawasan yang didiami oleh
masyarakat ini berdasarkan kegiatan utama mereka. Antaranya ialah peribumi
tanah tinggi dan juga Tanggara. Seterusnya, kegiatan pertanian merupakan
kegiatan ekonomi utama masyarakat Dusun di daerah Tambunan. Hal ini telah
dibuktikan melalui temu bual bersama informen-informen daripada Tambunan.

64
Masyarakat di kawasan tersebut majoriti mengamalkan kegiatan pertanian
untuk menyara kehidupan terutamanya kegiatan penanaman padi. Sebagai
bukti kenyataan ini, masyarakat Dusun digelar sebagai masyarakat petani
semasa Brunei memerintah Sabah pada akhir abad ke-17.

Bab ketiga menjelaskan tentang adat-adat pertanian yang telah


diamalkan oleh masyarakat Dusun di Tambunan. Beberapa adat pertanian
seperti adat permulaan menanam, adat permulaan menuai, adat pembersihan
kawasan pertanian serta adat pembakaran kawasan pertaniantelah dijalankan
dan diamalkan oleh masyarakat Dusun di Tambunan. Walau bagaimanapun,
situasi tersebut telah berubah kerana hanya beberapa adat adat sahaja yang
masih diguna pakai dalam kegiatan pertanian iaitu adat permulaan menanam,
adat permulaan menuai dan adat pembersihan kawasan pertanian.
Kebanyakan adat lain tidak lagi digunakan ekoran daripada beberapa faktor
iaitu faktor perkembangan teknologi dan pengaruh agama.

Bab keempat menganalisis tentang perubahan yang berlaku dalam adat


pertanian masyarakat Dusun di Tambunan, Sabah. Pengkaji merumuskan
bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi adat pertanian
masyarakat Dusun di daerah Tambunan ini. Antara faktor tersebut adalah
perkembangan teknologi yang semakin moden, pengaruh agama yang mula
berkembang sejak kedatangan Mubaligh Kristian ke Sabah, faktor pendidikan,
kekurangan paSelain itu, pengkaji turut menyatakan evolusi pertania yang
berlaku dalam kalangan masyarakat Dusun di Kampung Solibog.

Tuntasnya, kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ini merungkai


tentang asal usul masyarakat Dusun di Sabah, adat pertanian mereka serta
perubahan yang berlaku dalam masa beberapa tahun ini, khususnya
masyarakat Dusun di daerah Tambunan. Kajian ini akan menjadi warisan
sejarah tentang adat pertanian masyarakat Dusun di Tambunan dan dapat
membantu kajian pada masa akan datang. Kajian-kajian lanjut tentang sejarah
masyarakat ini perlu diperbanyakkan lagi agar dapat memberi manfaat kepada
generasi akan datang dalam bidang sejarah.

65
RUJUKAN
BUKU

Asmah Haji Omar. 1983. The Malay peoples of Malaysia and their languages.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Binsht N.S & Bankoti. 2004. Encyclopedia of The Southeast Asian Ethnography.
Delhi: Global Vision Publishing House.
Dayu Sansalu. 2008. Dusun di Sabah Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881
-1967. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gidah M.E. 2001. Archetypes in the Cosmogonic Myths of the Australian


Aboriginal People and the Dusuns of Sabah. Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah.

Ivor Hugh Norman Evans. 1922. Among Primitive People in Borneo. London:
Seeley.

Jacqueline Pugh Kitingan. 2010. The Cultural and Religious Diversity in Sabah
with Surrounding Areas. Sabah: Institute for Development Studies.

Low Kok On. 2003. Membaca Masa Silam Masyarakat Dusun Berasaskan Mitos
dan Legenda. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Minah Binti Sintian. 2013. Kepercayaan dan Amalan Masyarakat Dusun dalam
Pemeliharaan Alam Sekitar. Sabah: Kota Kinabalu.

Owen Rutter. 1929. The Pagan of North Borneo. Oxford: University of Oxford.

Smith W.R. 2005. Lectures on the Religion of the Semites. London: Adamant
Media Corporation.

Thomas Rhys Williams. 1965. The Dusun: A North Borneo Society. New York
and London: Holt, Rinehart & Winston.

Topin Benedict. 1981. Some Aspect of KadazanDusun Culture. Kota Kinabalu:


Kadazandusun Cultural Association.

JURNAL
Constant Vianney C.C. 2020. Faktor Perubahan Amalan Adat Tradisi Dalam
Proses Penanaman Padi Sawah Tradisional Masyarakat Dusun Kuruyou
di Kampung Liau Darat, Bingkor Sabah, Journal of Borneo Social
Transformation Studies (JOBSTS), Vol. 6, No.1. Universiti Malaysia
Sabah: Sekolah Sains Sosial dan Kemnusiaan. Hlm, 87-100.

66
Dayu Bin Sansalu. 2002. Pendidikan dan Proses Pemodenan Masyarakat
Peribumi Rumpun Dusun Bukan Islam di Sabah 1881-1967, Doctoral
Thesis. Universiti Malaysia Sabah: Fakulti Sains dan Sumber Alam.
Hlm, 23-47.

Dayu Sansalu. 2014. Persamaan dan Perbezaan Sebutan dan Makna dalam
Pelbagai Dialek Bahasa Dusun. Procedia: Social and Behavioral
Sciences, Vol. 134. Kota Kinabalu: Pusat Penataran Ilmu dan
Bahasa. Hlm. 446-453.

J. Pugh Kitingan & J. John Baptist. 2009. Music for Cleansing the Universe
Drumming and Gong Ensemble Music in The Mamahui Pogun
Ceremonies of the Lotud Dusun of Tuaran, Sabah. Borneo Research
Bulletin, No. 40. Hlm. 249-276.

Kasim Anuar & Mori Kogid. 2008. Koridor Pembangunan Sabah: Harapan dan
Cabaran Sabah, Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia
ke III, Jilid 1. Universiti Malaysia Sabah. Hlm, 576-589.

Low Kok On. 2012. Belief on Bambarayon (Paddy Spirit) Among the Dusun of
North Borneo. Borneo Research Journal, Vol. 6. Hlm. 75-101.

Maine Suadik & Yusten Karulus. 2010. Teknologi, Perubahan Amalan Pertanian
dan Isu Rasionaliti Masyarakat Petani di Sabah, Jurnal Sosiohumanika,
Vol. 3 (1). Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Sains Sosial dan
Kemanusiaan. Hlm, 41-51.

Maulana Malik Ibrahim. 1999. Kajian Pustaka, Ensiklopedia Islam, Jilid. 1,


Jakarta: Universitas Islam Negeri.

Minah Sintian et al., 2018. Kearifan Lokal Masyarakat Dusun dalam Pertanian
membantu Pelestarian Alam, e-Prosiding Persidangan Antarabangsa
Sains Sosial dan Kemanusiaan. No.3. Hlm, 143-161.

Norisah Binti Pirin. 2017. Perkembangan Adat Memuja Semangat Padi


Masyarakat Dusun di Membakut Sabah. Universiti Sains Malaysia:
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Hanafi Hussin. 2005. Ritual Padi Komuniti Kadazan di Dataran Penampang.


Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 10, hlm. 171-203.

Noor Aina Binti Ahmad Dani. 1961. Pemindahan Bahasa dalam Prosses
Pembelajaran Bahasa Pelajar-pelajar Dusun. Latihan Ilmiah. Serdang:
Universiti Pertanian Malaysia.

Norhuda Salleh & Yacob harun. 2015. Fungsi Ritual dalam Adat Pertunangan
Masyarakat Melayu, Journal of Education and Social Science, Vol. 1,
Hlm. 228-235.

67
Norisah Binti Pirin. 2017. Perkembangan Adat Memuja Semangat Padi
Masyarakat Kadazandusun di Membakut Sabah. Latihan Ilmiah.
Universiti Sains Malaysia: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Yunus Sauman Sabin. 2000. Masyarakat Bajau dan Dusun di Sabah Sebelum
Tahun 1990, Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Malaysia: Persatuan
Sejarah Malaysia.

LAPORAN KERAJAAN

Buku Tahunan Perangkaan Sabah. 2015. Jabatan Perangkaan Negeri Sabah.


Dipetik daripada
http://www.malaysiaeconomy.net/download/18072016_1.pdf.

Laporan Sosio-Ekonomi Sabah. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2007. Malaysia:


Kementerian Pembangunan Sabah.

Temu Bual
Temu bual. Encik Aldrin Peter. 28 Tahun. Kampung Solibog, Tambunan. 16
Mei 2021.

Temu bual. Puan Ansiun Pagangan. 62 Tahun. Membakut. Bbolian. 18 April


2015.

Temu bual. Puan Easther Peter. 41 Tahun. Kampung Solibog, Tambunan. 16


Mei 2021.

Temu bual, Encik Lester Linus. 22 Tahun. Kampung Solibog, Tambunan. 19 Mei
2021.

Temubual. Encik Linus Bin Osinti. Umur 55 Tahun. Kampung Solibog,


Tambunan. 19 Mei 2021.

Temu bual. Puan Norika Tajin. Umur 57 Tahun. Kampung Solibog, Tambunan.
19 Mei 2021.

68
LAMPIRAN A

Foto 2.1: Gambar Pohon Ara di Nunuk Ragang

Sumber: Low Kok On, 2016

Foto 2.2: Suasana di Kampung Solibog

Sumber: Diambil semasa menjalankan kajian lapangan pada 16 Mei 2021.

69
Foto 3.1: Sawah Padi di Tambunan

Sumber: Encik Lester Linus, 2021, Tambunan.

Foto 3.2: Ritual memanggil Semangat Padi

Sumber: Berita Harian, 2019.

70
Foto 3.3: Bacaan Rinait oleh Bobolian.

Sumber: Berita Harian, 2019.

Foto 3.4: Adat Mamahui Pogun

Sumber: Berita Harian, 2019.

71
Foto 3.5: Adat Selepas Musim Menuai

Sumber: Berita Harian, 2019.

Foto 3.6: Hinava (Kerabu Ikan)

Sumber: Berita Harian, 2019.

72
Foto 3.7: Pinasakan (Sejenis Hidangan Tradisi)

Sumber: Syamsidar Saipuddin, 2015.

Foto 4.1: Jentera Pembajak Sawah

Sumber: Hasil lawatan ke tapak kajian, Kampung Solibog, Tambunan pada 16 Mei
2021.

73
Foto 4.2: Penggunaan Jentera Pembajak Sawah

Sumber: Hasil lawatan ke tapak kajian di Kampung Solibog, Tambunan, 16 Mei


2021.

Foto 4.3: Proses Membajak Sawah Padi


Sumber: Hasil lawatan ke tapak kajian lapangan, Kampung Solibog, Tambunan, 16
Mei 2021.

74
Foto 4.4: Encik Aldrin Peter, 28 tahun, Informen yang ditemu bual

Foto 4.5: Encik Lester Linus, 29 Tahun, Informen yang ditemu bual

75
Foto 4.6: Puan Norikah Tajin, 57 Tahun, Informen yang ditemu bual

76

Anda mungkin juga menyukai