Anda di halaman 1dari 2

Punca-punca obesiti

Pada era yang serba maju ini, remaja terlalu leka dengan masalah obesiti yang kini berada pada
tahap yang serius di negara kita. Obesiti boleh diklasifikasikan sebagai pengumpulan lemak
berlebihan di dalam badan seseorang. Obesiti dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi
apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu atau
mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang
serius. Apakah punca-punca masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia?

Antara punca masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia ialah faktor genetik
atau keturunan. Hal ini demikian kerana gaya pemakanan keluarga yang tidak sihat serta tidak
berkhasiat. Ibu bapa juga terlau memanjakan anak-anak mereka bagai menatang minyak yang
penuh sehingga mengikut telunjuk mereka. Contoh makanan yang tidak berkhasiat ialah burger,
piza dan mi segera. Hal ini telah menyebabkan remaja pada zaman ini mempunyai masalah
obesiti serta telah meningkatkan lagi peratus rakyat malaysiayang mengalami masalah obesiti.
Oleh itu, ibu bapa perlulah mengawasi pemakanan anak-anak supaya tidak mengalami masalah
obesiti.

Selain itu, kurang bersenam juga merupakan salah satu punca masalah obesiti.
Fenomena ini terjadi kerana mereka leka dengan hiburan daripada kaca televisyen dan
corong-corong radio, lebih selesa tidur malah sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan
atau beriadah. Remaja yang malas juga tidak suka bersukan mahupun bersosial dengan
masyarakat luar. Remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang langsung tidak mendatangkan
faedah. Sebagai contoh, remaja kini lebih gemar bersosial melalui media sosial sahaja. Pendek
kata, jelaslah bahawa remaja yang kurang gemar bersukan dan beriadah telah menyumbang
kepada masalah obesiti yang melanda Malaysia pada alaf baharu ini.

Seterusnya, punca lain yang menyumbang kepada masalah obesti ialah remaja juga
tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang. Pada zaman perindustrian ini, terdapat
banyak syarikat makanan segera yang bekalori tinggi serta berlemak tinggi. Ibu bapa yang
bekerja senang dan gembira tentang perkembangan perindustrian makanan segera kerana
mereka tidak sempat menyediakan makanan untuk anak-anak lantaran berkejar-kejar ke
tempat kerja. Maka dengan ini ibu bapa hanya memberikan bekalan makanan segera kepada
anak-anak. Dengan ini, ibu bapa lebih mementingkan diri lebih daripada anak-anak malahan
juga remaja tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang juga termasuk dalam salah
satu punca masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di samping itu, punca masalah obesiti yang terakhir ialah sikap remaja itu sendiri. Hal
ini demikian kerana sikap remaja yang tiada pendirian serta senang terpengaruh menyebabkan
mereka suka mengambil makanan ringan. Remaja masa kini terlalu mengikut hawa nafsu
mereka sendiri. Apabila syarikat makanan segera mencipta produk baru, mereka akan
mengiklankan produk syarikat mereka kepada orang awam. Sebagai contoh cara mereka
terpengaruh adalah daripada iklan-iklan makanan segera yang indah khabar dari rupa. Oleh
yang demikian, sikap remaja masa kini juga merupakan salah satu punca masalah obesiti dalam
kalangan rakyat Malaysia.

Konklusinya, jelaslah bahawa punca-punca di atas akan menyebabkan rakyat Malaysia


mengalami masalah obesiti.Masalah ini perlu kita bending bersama agar tidak menjadi duri
dalam daging,gunting dalam lipatan dan seterusnya menjayakan hasrat Malaysia sihat dan
maju.

Anda mungkin juga menyukai