Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN

Masalah berat badan yang berlebihan dan obesiti dalam kalangan


masyarakat semakin meningkat pada era ini. Menurut data Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), permasalahan obesiti yang mengubah struktur bentuk badan
seseorang itu didapati menjadi kebimbangan global sejak tahun 1975 lagi dan
sehingga kini ia masih menjadi isu besar. Kementerian Kesihatan (KKM)
memaklumkan kadar obesiti negara ini adalah tertinggi di Asia Tenggara iaitu
sebanyak 15.6 peratus. Kerunsingan ini berasas kerana obes adalah gerbang
kepada peningkatan risiko pelbagai penyakit kronik yang bukan sahaja memberi
masalah besar kepada golongan itu bahkan sesebuah negara berikutan menampung
kewangan sangat besar bagi penyediaan rawatan buat rakyatnya.

Berat badan akan bertambah apabila seseorang itu makan banyak lebih
daripada apa yang boleh dibakar oleh badanya. Kalori yang lebih itu akan disimpan
sebagai lemak. Pengambilan kalori yang berlebihan adalah punca masalah obesiti.
Prihatin akan kurangnya kesedaran tentang menjaga kesihatan tubuh badan serta
pemakanan dalam kalangan masyarakat, sekumpulan pelajar dari Kursus Program
Kesihatan Sekolah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengambil inisiatif
bagi menganjurkan program MyBff ( My Body Fit and Fabulous). Program MyBff ( My
Body Fit and Fabulous) ini merupakan satu bentuk usaha bagi para mahasiswa
untuk menyumbang kepada masyarakat dalam generasi yang lebih sihat. Program
ini dapat membina keyakinan diri, memberikan maklumat berkenaan pemakanan
yang seimmbang serta meberkan panduan teknik latihan kecergasan fizikal kepada
masyarakat yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan.

Menangani masalah obesiti adalah perkara yang rumit. Obesiti adalah


perkara yang diketahui dan diakui hampir semua orang. Namun, ramai yang berasa
lebih selesa untuk menafikan atau mengabaikan perkara itu. Banyak tindakan yang
pernah dilakukan untuk menangani obesiti daripada segi pemakanan. Ini termasuk
pengenalan cukai gula pada 2019 dan membangunkan Dasar Pemakanan
Kebangsaan 2.0 pada 2021. Namun, terdapat kerumitan daripada segi penjagaan
kesihatan dan pengurusan oleh individu yang mengalami obesiti. Program MyBff
( My Body Fit and Fabulous) ini dapat membantu masyarakat setempat dalam
menangani masalah berat badan. Oleh itu, masyarakat perlu mengamalkan gaya
hidup yang sihat terutamanya melibatkan amalan pemakanan bagi mengurangkan
masalah berat badan dan ianya dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya.
2.0 PEMASALAHAN

Dewasa kini, penyakit obesiti semakin berleluasa di negara kita dalam


masyarakat. Kebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia mengamalkan cara
hidup yang tidak sihat berpunca. Tekanan dan cara pengurusan adalah punca utama
kepada permasalahan obesiti ini di kalangan rakyat Malaysia. Tekanan yang
dihadapi oleh masyarakat bandar terutamanya dari segi kekangan masa dan waktu
rehat yang cukup menyebabkan rakyat Malaysia memilih untuk mengurangkan
tekanan dengan cara berhibur dan juga mengamalkan pemakanan yang tidak sihat.
Kesibukkan para pekerja terutama di kawasan bandar menyebabkan ada
sebahagian pekerja yang tidak makan di siang hari kerana sibuk dengan kerja dan
mengisi perut yang kosong dengan makan malam yang lewat, kurang dari dua jam
sebelum waktu tidur. Justeru, mereka tidak menjaga jadual pemakanan dengan baik,
malah menggantikannya pula dengan merokok.

Selain itu, terdapat juga di kalangan masyarakat yang suka melepak di


warung atau restoran pada lewat malam. Hal ini, bukan sahaja menyebabkan
seseorang itu tidak menjaga pemakanan dengan baik, malah menyebabkan
seseorang itu tidak mempunyai tidur yang cukup yang juga menjadi faktor
penyumbang kepada masalah obesiti ini. Di samping itu, masyarakat Malaysia kini
lebih gemar untuk makan di restoran makanan segera kerana lebih mudah dan
menjimatkan masa dengan wujudnya khidmat penghantaran makanan. Tambahan
lagi, rakyat Malaysia juga dipandang sebagai masyarakat yang tidak menggemari
sayur-sayuran dan buah-buahan, malah masakan Malaysia juga banyak yang
berminyak dan bersantan.

Keadaan fizikal yang letih dan lesu menyebabkan masyarakat lebih memilih
gaya hidup yang tidak aktif seperti berhibur untuk mengurangkan tekanan. Antara
hiburan yang menjadi pilihan masyarakat kini adalah seperti menonton filem di
panggung atau di rumah, menghabiskan masa dengan permainan video di
televisyen, komputer mahu pun pada aplikasi telefon pintar. Selain itu, masyakat
Malaysia juga amat mudah terpengaruh dengan produk-produk yang belum tentu
keberkesanannya. Sebagai contoh, banyak iklan-iklan produk yang menjanjikan
suatu hasil yang besar dengan usaha yang kecil, seperti memakan pil-pil atau jamu-
jamu yang dapat menguruskan badan dalam masa yang singkat tanpa perlu
bersenam.

Anda mungkin juga menyukai