Anda di halaman 1dari 4

STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM

Tempat kerja merupakan persekitaran yang sesuai bagi pelaksanaan program yang
bertujuan menambahbaik tingkah laku berkaitan kesihatan seperti pemakanan, aktiviti fizikal
dan penggunaan tembakau, kerana orang dewasa menghabiskan masa yang panjang berkerja
setiap hari. Bagaimanapun, jenis intervensi berlandaskan tempat kerja ini selalunya lemah
daripada segi implementasi, menyebabkan potensi impak yang terhad ke atas kesihatan
pekerja. Mengenalpasti strategi‐strategi yang berkesan dalam menambahbaik pelaksanaan
intervensi berlandaskan tempat kerja yang berpotensi untuk meningkatkan impaknya ke atas
pencegahan penyakit kronik. Polisi, amalan atau program oleh perkhidmatan penjagaan
kanak‐kanak yang menggalakkan pemakanan sihat kanak‐kanak, aktiviti fizikal dan/atau
pencegahan obesiti. Kami ingin menentukan kos atau keberkesanan kos menyediakan
sokongan pelaksanaan, sama ada strategi sokongan yang dikaitkan dengan sebarang kesan
buruk, dan sama ada terdapat impak ke atas nutrisi kanak‐kanak, aktiviti fizikal atau status
berat badan. Kami juga melihat kebolehterimaan strategi pelaksanaan, penerimagunaan,
penetrasi, mampan dan kesesuaian.

Beberapa intervensi berasaskan perkhidmatan penjagaan kanak‐kanak telah didapati


berkesan memperbaiki diet kanak‐kanak, meningkatkan aktiviti fizikal kaaanaka‐kanak dan
mencegah pertambahan berat badan berlebihan. Walaupun wujud bukti dan garis panduan
amalan terbaik untuk perkhidmatan penjagaan kanak‐kanak untuk  melaksanakan polisi,
amalan atau program, banyak perkhidmatan penjagaan kanak‐kanak gagal berbuat demikian.
Tanpa pelaksanaan yang betul, kanak‐kanak tidak akan mendapat manfaat daripada polisi,
amalan atau program kesihatan kanak‐kanak.

Strategi berikut akan diterima pakai untuk mencapai objektif dasar:-

i. Memasukkan objektif, cadangan dan komponen tentang pemakanan ke dalam dasar dan
program pembangunan kebangsaan.

ii. Memastikan semua lapisan masyarakat mendapat bekalan makanan yang mencukupi,
berzat, selamat dan berkualiti terutamanya golongan yang serba kekurangan.
iii. Memastikan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dan pengetahuan, tentang
pemakanan dan juga sumber dan peluang bagi membolehkan mereka membuat keputusan
yang tepat tentang pemilihan makanan yang sihat.

iv. Mencegah dan mengawal pemakanan yang berkurangan dan berlebihan serta penyakit
kronik tidak berjangkit yang berkaitan pemakanan.

v Menambah baik penjagaan kesihatan bagi mereka yang memerlukan bantuan dari segi
pemakanan.

vi. Menggalakkan amalan pemberian makanan yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak.

vii. Menggalakkan cara pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang aktif bagi semua lapisan
masyarakat.

viii. Menyokong usaha melindungi pengguna dengan memperbaik kualiti dan keselamatan
makanan.

ix. Memastikan bidang pemakanan dan dietetik diamalkan oleh professional yang terlatih.

x. Memantapkan keupayaan institusi dalam menjalankan aktiviti pemakanan.

xi. Menilai dan memantau secara berterusan situasi pemakanan di negara ini.

xii. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dalam bidang makanan
dan pemakanan.

Strategi pelaksanaan Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia adalah di bawah bidang


kuasa Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh
Menteri Kesihatan. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan akan
bertindak sebagai penyelaras dan penasihat teknikal kepada Majlis Keselamatan Makanan
dan Pemakanan Kebangsaan. Dasar ini akan dilaksanakan melalui perancangan yang
berkesan dan berdaya maju menurut semakan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan.
KESIMPULAN

Perkara yang meningkatkan risiko seseorang adalah dengan cara hidup yang tidak sihat.
Kebanyakan orang menjadi gemuk kerana mereka hanya makan terlalu banyak dan bergerak
terlalu sedikit. Itu sangat penting kepada orang-orang yang menonton terlalu banyak TV.
Tetapi ada juga beberapa faktor lain yang kelihatannya meningkatkan risiko obesiti yang
banyak orang tidak tahu. Pengubah sikap dan menjalankan cara hidup sihat dengan mengawal
pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal. Pengawalan pemakanan boleh di bantu dengan
kaunseling oleh pegawai dietetik. Manakala penambahan aktiviti fizikal memerlukan tunjuk
ajar dari pegawai pendidikan kesihatan. Amalan pemakanan yang sederhana dan sesuai
dengan menambahkan kadar serat dan mengurangkan lemak serta karbohidrat boleh
membantu mengurangkan berat badan. Mengamalkan aktiviti fizikal sederhana (moderate)
60-90 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan BMI bagi mereka yang obes. Oleh
kerana kadar obesiti yang tinggi dan penyebab kepada penyakit-penyakit kronik, saringan
obesiti hendaklah di jalankan di premis kesihatan terutamanya di premis kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia.
RUJUKAN

Dr. Sri Wahyu bt. Taher. (2020, August 28). Kegemukan (Obesiti). MyHealth Kementerian Kesihatan

Malaysia. http://www.myhealth.gov.my/kegemukan-obesiti/

Dr. Zainal Ariffin Omar. (2022, November 16). KEGEMUKAN ATAU OBESITI. Majlis Keselamatan

Negara. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/11/16/rimba-ilmu-kegemukan-atau-obesiti/

Anda mungkin juga menyukai