Anda di halaman 1dari 4

QJP3023 PSIKOLOGI SUKAN DAN AKTIVITI FIZIKAL

KUIZ

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR: MUHAMMAD ARIFF BIN IBRAHIM


NO MATRIK: D20192091926
NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR. NELFIANTY BINTI
MOHD RASYID
SOALAN
1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Berdasarkan contoh yang sesuai jelaskan bagaimana anda sebagai guru Pendidikan
Jasmani dapat memberi motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik kepada murid agar
mereka meminati mata pelajaran Pendidikan Jasmani

Berdasarkan pengetahuan saya, motivasi intrinsik adalah motivasi yang melibatkan diri kita
sendiri dalam tingkah laku kerana ia memberi ganjaran secara peribadi dimana pada asasnya,
melakukan aktiviti untuk kepentingannya sendiri daripada keinginan untuk ganjaran luar. Antara
contoh tindakan yang merupakan hasil motivasi intrinsik yang dapat saya simpulkan adalah
mengambil bahagian dalam sukan kerana seseorang itu mendapati aktiviti itu menyeronokkan,
menyelesaikan teka-teki perkataan kerana mendapati cabaran menyeronokkan dan menarik.
Dalam setiap kejadian ini, tingkah laku seseorang itu termotivasi oleh keinginan dalaman untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti demi kepentingannya sendiri.

Seterusnya, motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang berlaku apabila seseorang atlet
ataupun pelajar bermotivasi untuk melakukan tingkah laku atau terlibat dalam aktiviti untuk
mendapatkan ganjaran atau mengelakkan diri dari sebarang hukuman. Contoh tingkah laku yang
dapat saya nyatakan disebabkan oleh motivasi ekstrinsik adalah seseorang pelajar ataupun atlet
menghadiri kelas mahupun latihan ingin mendapatkan gred yang terbaik, melibatkan diri secara
aktif dimana mengambil bahagian dalam sukan untuk memenangi anugerah. Jadinya, Dalam
setiap contoh ini, tingkah laku seseorang pelajar mahupun atlet itu didorong oleh keinginan untuk
mendapatkan ganjaran atau mengelakkan diri dari mendapatkan hasil yang negatif. Pelajar
mahupun atlet yang terlibat dalam tingkah laku bukan kerana mereka menikmati atau kerana
mereka merasa memuaskan, tetapi untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan atau mengelakkan
sesuatu yang tidak menyenangkan berlaku terhadap diri mereka.

Sekiranya saya sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani dan bagaimana cara saya ingin
memberi motivasi intrinsik dan ekstrinsik kepada murid agar mereka meminati mata pelajaran
Pendidikan Jasmani adalah dengan membantu diri pelajar memahami ciri-ciri pertumbuhan dan
perkembangan diri mereka itu sendiri dan bagaimana ciri-ciri ini dihubungkaitkan dorongan
motivasi dalam situasi pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, pelajar dapat merancang
pembelajaran Pendidikan Jasmani yang sesuai dengan tahap perkembangannya. Selain itu juga,
saya akan membantu pelajar memahami dan mengarahkan motif tingkah laku mereka melalui
pemahaman pendekatan dan teori pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi semasa di dalam
kelas. Sebagai contoh, pelajar akan terangsang dan berkemungkinan mengulangi sesuatu tingkah
laku yang diingini jika tingkah laku tersebut menerima sesuatu ganjaran dan pengiktirafan. Yang
paling ingin saya menitikberatkan di dalam kelas adalah mengenal pasti punca kegagalan dalam
ujian setiap pelajar, meningkatkan prestasi pencapaian dan memprogramkan pembangunan
motivasi intrisik dan ekstrinsik kepada pelajar. Dengan itu, data dan maklumat yang diperoleh
akan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka dalam menghadapi pembelajaran
sekaligus dapat memotivasikan diri mereka dalam meningkatkan kualiti pencapaian.

2. Bezakan apakah yang dimaksudkan dengan orientasi matlamat hasil (outcome) dan
orientasi matlamat tugasan (task). Yang manakah lebih perlu diberi tumpuan untuk
aktiviti Sukan, Pendidikan Jasmani dan Senaman?

Apa yang saya pelajari, orientasi matlamat hasil adalah sejauh mana seseorang atau
sesebuah organisasi memfokuskan kepada tugas dan hasil akhir dari tugasan tersebut. Orientasi
matlamat yang kuat dapat menyokong fokus pada tugas-tugas yang dibuat dan bukannya tugas itu
sendiri dan bagaimana tujuan itu akan mempengaruhi seseorang atau sesebuah organisasi. Oleh
itu, seseorang yang mempunyai orientasi matlamat yang kuat akan dapat menilai dengan tepat
kesan mencapai matlamat serta kemampuan untuk memenuhi tujuan tersebut dengan sumber dan
kemahiran yang mereka ada.

Bagi orientasi matlamat tugasan pula adalah kebolehan seseorang pelajar ataupun atlet
menguasai sesuatu kemahiran dan kejayaan dicapai adalah melalui usaha mereka sendiri. Pelajar
ataupun atlet berorientasi tugasan akan mendapat kejayaan yang dicapainya adalah atas usaha
mereka sendiri tanpa membandingkan sengan individu lain. Oleh itu,, kejayaan seseorang pelajar
ataupun atlet adalah hasil usaha mereka dan dipamerkan dalam kelas ataupun dalam pertandingan
sukan. Dalam masa yang sama, orientasi tugasan akan membawa perubahan tingkah laku dan
pencapaian positif dalam kalangan pelajar dan atlet. Akhir sekali, pelajar dan atlet yang
berorientasikan tugasan akan menikmati keseronokan yang lebih tinggi, mempunyai motivasi
intrinsic yang tinggi dan juga akan lebih berjaya berbanding dengan pelajar ataupun atlet lain.

Berdasarkan persoalan, yang manakah lebih perlu diberi tumpuan untuk aktiviti Sukan,
Pendidikan Jasmani dan Senaman. Bagi saya orientasi matlamat tugasan adalah lebih perlu ini
kerana individu yang berorientasikan tugasan (task) akan terus berusaha dengan gigih untuk
menguasai sesuatu kemahiran yang dipelajarinya. Mereka akan terus berlatih untuk meningkatkan
kemahiran di samping mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru, jurulatih ataupun
ketua yang mengetuai semasa senaman. Dalam sukan, jika seseorang atlet tewas, beliau tidak akan
kecewa dan akan tetap berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Atlet tersebut akan
terus berlatih untuk meningkatkan kemahiran dan juga mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar
daripada jurulatih. Dalam Pendidikan Jasmani pula, murid akan lebih teruja dan seronok semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berbanding dengan pelajar lain. Bagi aktiviti
senaman, individu yang menyertai senaman ini akan lebih aktif dan ceria berbanding dengan
individu yang mempunyai berorientasikan ego. Oleh kerana tumpuan mereka keatas peningkatan
peribadi, atlet ataupun individu yang berorientasikan tugasan kurang agresif namun mempunyai
semangat kesukanan yang tinggi. Akhir sekali, jelaslah bahawa atlet, pelajar mahupun individu
yang menyertai senaman mempunyai sifat bekerjasama dengan orang lain, bersedia untuk
memperbaiki diri dan mempunyai etika kerja yang kuat sehingga berjaya mencapai prestasi dalam
jangka masa yang panjang.

Anda mungkin juga menyukai