Anda di halaman 1dari 15

BAB 3 : Motivasi Dan Sukan

Motivasi
Pengenalan
Motivasi merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan latin iaitu movere atau dalam
bahasa Inggerisnya dipanggil sebagai to move. Terdapat pelbagai pandangan tokoh psikologi
yang mendefinisikan motivasi mengikut persepsi dan kajian yang telah mereka jalankan.
Sebagai contoh, menurut Alderman (1974), motivasi ialah kecenderungan tingkah laku
seseorang kearah dan pilihan yang dikawal oleh hubungan akibat dan kecenderungan tingkah
laku yang berterusan sehingga matlamat tercapai.
Singer (1980) pula mendefinisikan motivasi sebagai aktiviti yang menggalakkan
seseorang untuk mencapai matlamat dan seterusnya berusaha terus menerus melalui
galakan secara dalaman dan luaran yang telah dilalui. Weinberg dan Gould (1999) di dalam
bukunya pula menyatakan motivasi tercetus daripada faktor dalaman yang mengghairahkan,
mengarah dan mengintegrasikan perlakuan seseorang. Atkinson (1971) turut memberi definisi
motivasi sebagai sesuatu kekuatan dalaman yang menggerakkan dan membawa situasi tingkah
laku yang ingin dicapai.
Cox (1994) pula menyatakan motivasi adalah sumber atau alat yang menggalakkan
seseorang untuk mencapai matlamat dan seterusnya berusaha mencapai matlamat tersebut
hingga berjaya. Berdasarkan pandangan pandangan tokoh yang telah dinyatakan seperti di
atas, motivasi ini boleh dirumuskan sebagai suatu kuasa dalaman dan luaran yang mendorong
perubahan tingkah laku individu untuk mencapai apa yang diingini dalam diri seorang murid
atau atlet tersebut. Motivasi secara umumnya adalah sesuatu yang abstrak tetapi ia boleh
diukur untuk menilai sama ada motivasi yang terhasil tersebut memberi kesan yang positif
ataupun negatif kepada murid atau atlet.
Hal ini dapat dibuktikan menurut tokoh berikut iaitu Weiss dan Chaumaton (1992) yang
menyatakan motivasi boleh diukur dengan tiga (3) aspek iaitu pilihan, usaha dan pengekalan
tingkah laku. Murid atau atlet yang mempunyai motivasi dalam diri akan membuat pilihan
terhadap isu, masalah atau peluang yang sedang mereka hadapi dan sekiranya murid tersebut
mempunyai motivasi yang tinggi maka murid tersebut akan melibatkan diri tetapi sebaliknya
akan berlaku sekiranya murid tersebut mempunyai motivasi yang rendah maka dia akan
menarik diri daripada terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan perkara yang
wujud disebabkan beberapa faktor serta kekangan yang wujud di pemikirannya hasil daripada
pengetahuan ataupun pengalaman lepas yang pernah mereka lalui.
1

Setelah murid atau atlet tersebut membuat pilihan dan berusaha kearah yang ingin
dicapai, seterusnya mereka akan melalui proses yang terakhir iaitu pengekalan tingkah laku.
Pengekalan tingkah laku merupakan keberkesanan yang ditunjukkan melalui motivasi dalaman
dan luaran yang mereka perolehi. Untuk mengekalkan tingkah laku ini, mereka perlu
mempunyai kekuatan dan pegangan yang kukuh dan kebiasaannya tingkah laku itu akan
dikekalkan disebabkan oleh insentif yang diberikan kepada murid dan atlet yang berbentuk
bahan maujud seperti ganjaran hadiah dan wang tunai. Sesungguhnya seseorang individu
yang bermotivasi akan melahirkan produktiviti yang berkualiti kerana hasilnya adalah berbentuk
kualitatif (kualiti) yang memberi kesan yang sangat mendalam terhadap institusi yang
diwakilinya.
Sebagai contoh, seorang atlet bola sepak yang bermotivasi untuk memperbaiki
pencapaian mereka akan turun padang dua jam lebih awal untuk melakukan latihan kemahiran
atau mental mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa atlet tersebut tidak memerlukan orang
lain sebagai ransangan untuk mengajak mereka berlatih kerana motivasi dalaman dalam diri
tersebut adalah tinggi.
Jenis Jenis Motivasi
2.1 Motivasi Instrinsik
Motivasi merupakan sesuatu yang perlu diberikan kepada murid murid ataupun atlet atlet
yang terlibat didalam sukan yang bertujuan untuk memenuhi keperluan fizikal dan biologikal
mereka. Motivasi instrinsik adalah berasaskan andaian ahli psikologi dan humanistik bahawa
sesuatu tingkah laku adalah hasil daripada dorongan dalaman.
Menurut Singer (1988), beliau menyatakan bahawa motivasi itu wujud dalam diri
seseorang murid atau atlet dimana mereka dibenarkan memilih apa sahaja yang diminati tanpa
pemberian sebagai hadiah ataupun peneguhan. Ini bermakna, motivasi instrinsik ini merupakan
keinginan dalaman dalam diri mereka yang sedar akan potensi diri serta mempunyai matlamat
untuk mencapai kejayaan bagi mendapatkan kepuasan dan keseronokkan dalam melakukan
sesuatu aktiviti.
Motivasi instrinsik
Motivasi yang datang dari dalaman diri seseorang individu dan tidak dipengaruhi oleh sebarang
ganjaran atau faktor luaran yang lain. Terbentuk hasil daripada keyakinan diri yang tinggi
bahawa seseorang individu mampu melakukan sesuatu tugasan tanpa mengharapkan
2

dorongan, ganjaran atau sokongan dari persekitarannya. Minat yang mendalam untuk
menceburkan diri dalam bidang sukan adalah sejenis motivasi instrinsik yang mendorong
seseorang untuk sentiasa bergiat aktif dalam sukan. Motivasi instrinsik ataupun lebih dikenali
sebagai motivasi dalaman ini sering dikaitkan dengan keseronokkan dan kepuasan hasil
daripada penglibatannya dalam aktiviti. Menurut Cox (2007), di dalam model McClelland dan
Atkinson, motivasi terbentuk berdasarkan motif untuk mencapai kejayaan dan takut akan
kegagalan.
Untuk mencapai kejayaan ini ianya lahir dari motivasi instrinsik atlet tu sendiri, manakala
takut akan kegagalan adalah komponen kebimbangan kognitif yang wujud pada saat saat
sebelum dan semasa bermulanya pertandingan. Jika atlet itu yakin pada dirinya, maka dia akan
memilih untuk melibatkan diri dan berjuang didalam acara sukan yang diceburinya.
Motivasi instrinsik yang terlahir ialah kepercayaan kendiri yang wujud hasil daripada keyakinan
yang mendorong rasa ingin mencuba dan mencabar kemampuan diri sendiri.
2.2 Motivasi Ekstrinsik
Mengikut pandangan Thorndike dan Skinner, motivasi ekstrinsik ini merupakan sesuatu
memberikan hasilnya melalui dorongan daripada luaran. Ianya diwujudkan daripada ransangan
luaran dengan tujuan untuk menggerakkan murid ataupun individu tersebut melakukan sesuatu
yang membawa faedah kepada dirinya. Ganjaran atau faktor luaran yang mendorong
seseorang individu untuk bertingkah laku dalam sukan sama ada dalam bentuk fizikal ataupun
verbal.
Ganjaran berbentuk fizikal adalah seperti hadiah dan wang ringgit, manakala ganjaran
berbentuk verbal adalah seperti kata kata pujian dan semangat. Implikasi daripada ganjaran
yang berbentuk ekstrinsik ini akan mencetuskan tahap motivasi yang bersifat sementara. Jika
wujud ganjaran ekstrinsik, maka barulah individu akan melakukan tugasan bagi mendapatkan
ganjaran luaran tersebut. Contoh mudah yang boleh dikongsikan bersama disini ialah motivasi
ekstrinsik yang berbentuk makanan dan minuman kepada murid yang sangat lapar adalah
bersesuaian berbanding dengan individu murid yang telah kenyang. Ini bermakna motivasi
ekstrinsik memberi kesan yang sekejap dan hasil yang baik akan diperolehi sekiranya diulang
dan diperlakukan banyak kali sebagai peneguhan. Motivasi ekstrinsik ini lebih bersifat
sementara dan ianya memberi kesan langsung pada waktu tersebut terhadap perubahan yang
berlaku.

Hubungan Antara Motivasi Instrinsik dan Ekstrinsik


Setelah meneliti konsep dan definisi kedua dua motivasi ini, marilah kita sama-sama melihat
perhubungkaitan yang wujud sama ada secara tersirat mahupun tersurat terhadap kedua dua
motivasi ini kepada murid dan atlet yang dilatih. Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh
Gould dan Petlichkoff (1988), motif utama remaja memilih untuk menyertai sukan adalah untuk
memperbaiki kemahiran, keseronokan bersama rakan rakan, pengalaman, cabaran serta
membina kecergasan diri.
Berdasarkan kajian ini jelas menunjukkan bahawa faktor faktor yang telah diwujudkan
tadi mempunyai unsur kedua dua motivasi yang saling berkaitan antara satu sama lain bagi
melahirkan

individu

remaja

yang

berminat

untuk

melibatkan

diri

di

dalam

sukan.

Menurut Robert (1993), motivasi merujuk kepada fakor faktor personaliti, sosial dan kognitif
yang memainkan peranan ketika seseorang atlet membuat persembahan dan ingin mencapai
sesuatu matlamat. Ciri cirri personaliti yang membezakan antara atlet yang bermotivasi tinggi
dengan

atlet

yang

bermotivasi

rendah

ialah

tahap

keperluan

pencapaian

(need

achievement),orientasi matlamat, keyakinan diri, kompetensi, optimis dan tanggapan positif


yang dimiliki oleh atlet tersebut.
Walau bagaimanapun, ciri ciri personal sahaja tidak mencukupi untuk membuat
andaian tentang motivasi seseorang melainkan ianya disokong oleh faktor persekitaran seperti
tingkah laku jurulatih, rekod kejayaan serta kekalahan yang pernah dicapai, reaksi penonton
serta banyak lagi yang mendorong kecenderungan atlet untuk mencapai sesuatu didalam
permainan ataupun pertandingan. Oleh itu, motivasi ini wujud dari kombinasi ciri ciri personal
(instrinsik) dan faktor persekitaran (ekstrinsik) yang berperanan sebarang pendorong kearah
tingkah laku atlet.
Tidak dinafikan bahawa motivasi ekstrinsik boleh mendatangkan kesan tambahan
terhadap motivasi instrinsik jika nilai ekstrinsik tersebut tidak terlalu ekstrem ataupun individu
yang melihatnya hanyalah sebagai mencapai matlamat yang kurang penting ataupun tidak
utama. Bayangkan jika atlet negara kita sering disogok dengan ganjaran yang bersifat lumayan
dan mewah, adakah mereka dapat mempertahankan motivasi dalaman iaitu instrinsik dalam diri
mereka dan apakah kesan yang akan terjadi sekiranya ganjaran yang diberikan selama ini
terpaksa dihentikan atau dikurangkan sedikit demi sedikit kepada mereka ?. Renung
renungkan.
Keseimbangan didalam memotivasikan diri murid dan atlet ini perlu jelas dan diberikan
perhatian yang serius. Konsep setiap individu itu adalah berbeza menjadikan peratusan
4

motivasi dalam diri murid dan atlet adalah berbeza beza mengikut tahap keupayaan mereka
dan pengalaman yang pernah dilalui. Hubungkait diantara kedua ini memberikan individu
tersebut seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya. Dalam konteks
sukan, atlet dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman yang mendorongnya untuk menyertai
sesuatu acara sukan. Terdapat segolongan atlet yang didorong oleh faktor ganjaran dan hadiah
yang ditawarkan, manakala yang lainnya disebabkan oleh faktor keinginan diri untuk sentiasa
sihat dan aktif serta ingin mencapai kepuasan diri.
Cara Meningkatkan Motivasi Instrinsik
Usaha bagi meningkatkan motivasi instrinsik merupakan satu usaha yang sangat baik kerana
hasilnya adalah berbentuk kualitatif yang semulajadi berbeza kerana ianya memenuhi keinginan
psikologi. Deci & Ryan (1985) mengatakan bahawa motif ini muncul secara spontan daripada
kecenderungan, keinginan psikologi semula jadi yang menggerakkan tingkah laku tanpa
ganjaran daripada luar.
Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, motivasi instrinsik lahir dari dorongan
dalaman diri masing masing dan ianya sangat berkait rapat dengan persepsi kebolehan diri.
Jika dilihat, seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsikannya adalah daripada
penilaian tentang kebolehannya yang diperhatikan oleh orang lain. Kebolehan yang
dipersepsikan ini merupakan kebolehannya yang sebenar. Formulanya mudah, semakin tinggi
pencapaian seseorang atlet atau murid, semakin besar kemungkinan atlet itu menilai dirinya
sebagai seorang yang berkebolehan atau tidak. Ianya berkaitan dengan apa yang dirasai oleh
murid atau atlet tersebut terhadap dirinya. Oleh itu, untuk meningkatkan motivasi instrinsik
dalam diri murid dan atlet, jurulatih atau guru yang bertanggungjawab harus bijak meyakinkan
diri murid dan atlet tersebut dalam melakukan sesuatu perkara dan keputusan. Penggunan kata
kata yang positif berkaitan dirinya seperti anda memang bagus ataupun saya yakin anda
boleh lakukannya, buktikan pada yang lain bahawa anda mampu dan memang layak
merupakan yang boleh dijadikan sebagai kata kata peransang semangat mereka untuk
mencapai sesuatu matlamat yang diingini. Untuk persepsi kebolehan ini, murid atau atlet perlu
berfikiran positif dan tidak melihat kelemahan itu sebagai sesuatu yang boleh menghalang apa
yang diingini.
Cara yang kedua yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi instrinsik dalam
kalangan murid dan atlet ini ialah dengan mewujudkan perasaan yang baik dan harmoni dalam
pembelajaran. Perasaan merangkumi banyak aspek seperti sikap, nilai, minat dan pilihan yang
5

ditunjukkan oleh individu pada seusatu benda, perkara ataupun orang disekelilingnya. Sebagai
contoh, ketika latihan bola sepak dipadang, seseorang atlet yang mempunyai minat yang
mendalam terhadap bola sepak ini dan menyukai cara ataupun pendekatan yang digunakan
oleh jurulatih untuk membimbing mereka akan membuahkan hasil iaitu atlet tersebut akan
mempunyai perasaan yang positif terhadap apa yang dipelajarinya.
Atlet ini akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk menjadi yang terbaik daripada
sebelum ini. Apabila mendapat perhatian dan pujian serta kata kata semangat daripada rakan
sepasukan dan jurulatih maka atlet akan lebih rasa yakin bahawa dirinya betul betul
berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Secara tidak langsung, apabila motivasi minat ini
telah ditingkatkan maka prestasi juga dapat ditingkatkan sama. Perlu diingatkan bahawa untuk
memastikan motivasi instrinsik ini terus dalam keadaan terjaga dan dikawal maka perlu akan
keseimbangan didalam tugasan dan arahan yang diberikan. Jurulatih tidak boleh terlalu memuji
sehingga atlet menjadi bosan dan tidak bersemangat lagi. Perkara penting yang perlu dijaga
oleh jurulatih mahupun guru ialah persepsi atlet atau murid yang dibimbing supaya tidak
terjejas.
Faktor yang turut mendorong meningkatkan konsep kendiri murid dan atlet berkenaan
dengan kebolehannya adalah kejayaan dalam sesuatu tugasan. Biasanya murid murid
memerlukan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan yang sukar. Guru serta jurulatih
akan berperanan dengan memberi arahan dan prosedur yang betul kepada murid dan atlet bagi
menyelesaikan tugasannya. Jarang dapat kita lihat guru memberi peluang kepada murid atau
atlet untuk memikirkan cara tersendiri bagi memperoleh kejayaan dalam tugasannya. Sebaik
baiknya dedahkan kepada atlet dan murid untuk membuat keputusan sendiri dan ini sekaligus
mendorong murid untuk berfikir dan meningkatkan daya usaha instrinsik untuk mencapai yang
diinginkan.
Jurulatih juga boleh mengadakan simulasi latihan yang bertujuan untuk membiasakan
atlet dengan situasi sebenar pertandingan. Dengan adanya simulasi ini, tahap kebimbangan
dan ketakutan pemain dapat dikurangkan dan menjadikan mereka lebih bersedia dengan
cabaran yang mendatang. Salah satu petikan yang dapat saya kongsikan hasil penulisan
Weinberg dan Gould (1999) iaitu keyakinan mempunyai hubungkait dengan emosi yang positif,
memperbaiki konsentrasi, mengurangkan gangguan mental, ketegangan otot dan meningkatkan
daya usaha bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Penetapan matlamat diri juga perlu dilakukan bagi meningkatkan motivasi instrinsik ini.
Matlamat yang disasarkan tersebut hendaklah seiring dengan usaha kea rah untuk
mencapainya. Oleh tu, matlamat jangka masa pendek dan panjang perlu dibina dan dirancang
dengan sebaiknya. Secara fitrahnya, jika seseorang individu dapat mencapai apa yang
dihajatkan maka mereka akan gembira dan unsur positif ini membawa kepada perubahan
tingkah laku yang baik. Penetapan matlamat juga haruslah khusus ataupun spesifik supaya
dapat diukur sebagai contoh pemain bola jaring, mereka perlu menyasarkan berapa bilangan
jaringan gol yang perlu dicapai bagi melihat keberkesanan motivasi yang ditanamkan dalam diri
individu tersebut.
Sukan
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan
inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di
hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau
laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi
Takrifan sukan
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan
televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan
pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

Latihan kemahiran berguna secara rekreasi

Sukan

Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar


kecemerlangan
Rajah 1 Takrifan Sukan

Lima Panduan untuk Membina Motivasi


1. Bina Paradigma dan Prinsip Hidup yang Mantap
Benteng semangat juang ialah moto diri atau falsafah hidup seseorang. Moto atau falsafah
hidup adalah pegangan, prinsip atau pendirian yang dijadikan sebagai asas panduan mencapai
kejayaan.
2.Kenalpasti dan Tetapkan Matlamat & Halatuju Hidup
Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas

seolah-seolah meniti

kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana sampainya. Agar anda lebih
yakin pada diri anda binalah matlamat dan hajatuju kehidupan anda secara bertulis.
3. Bina Pelan Tindakan Kejayaan Diri
Setelah anda sudah membina matlamat-matlamat yang jelas dan mantap serta moto-moto
hidup yang hebat, anda hendaklah membuat pula pelan tindakan kejayaan diri secara bertulis.

4.Sentiasa Tingkatkan Ilmu Pengetahuan, Pengalaman serta Pendedahan


Dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, bukan sahaja anda akan dapat mengikuti
atau mengetahui perkara-perkara baru atau isu-isu semasa malah anda akan dapat pula

menggunakan pengetahuan atau ilmu-ilmu baru itu untuk meningkatkan lagi keupayaan anda
menangani cabaran-cabaran semasa.
5. Tingkatkan Kemahiran Diri
Anda akan lebih yakin diri apabila anda mempunyai kemahiran yang tinggi atau secukupnya
dalam melakukan sesuatu kerja.
6. Amalkan Keteraturan dan Kesiapsiagaan
Biasanya kita akan merasa risau atau rasa tertekan apabila khidmat kita diperlukan secara tibatiba dalam keadaan kita tidak atau kurang bersedia.
7. Jaga Kualiti Kesihatan, Kecergasan & Ketrampilan Diri
Kesihatan diri kita amat berkait rapat dengan keyakinan diri. Jika kesihatan diri kita baik, badan
kita juga sudah tentunya lebih cergas. Jika kurang sihat atau sakit-sakit, badan kita akan lemah,
fikiran jadi kusut dan kurang bermaya. Keadaan begini boleh menjejaskan keyakinan diri kita.
Teori Motivasi Pencapaian
Kecederungan seseorang atlet sama ada mendekati atau mengelakkan diri dari situasi yang
kompetitif atau berasaskan pencapaian. Manusia akan melakukan apa saja untuk mencapai
matlamat. Atlet dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman yang mendorongnya untuk
menyertai sesuatu acara sukan. Ciri-ciri atlet yang berjaya memiliki semangat keperluan
pencapaian yang tinggi. Interpretasi berbeza atlet terhadap kegagalan dan kejayaan.
Kegagalan dianggap berlaku jika hasil persembahan dipengaruhi oleh kualiti personaliti yang
lemah (tiada / kurang berbakat).
Bagi atlet yang mempunyai tahap keperluan pencapaian yang tinggi, akan berasa
seronok apabila berjaya,kurang menunjukkan simptom kebangkitan fisiologi (peningkatan kadar
denyutan jantung, pernafasan/perperluhan), lebih rasa bertanggungjawap terhadap hasil
persembahan, berkeyakinan untuk mengetahui keputusan sebaik saja tamat perlawanan.
* Model McClelland dan Atkinson
* Teori Self Efficacy oleh Bandura
* Teori Motivasi Kecekapan Harter

* Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey


* Teori Persepsi Kebolehan Nicholls
Faktor yang mendorong atlet untuk mengharapkan kejayaan :
-

Motivasi untuk mencapai kejayaan

Persepsi terhadap kemungkinan berjaya

Nilai insentif positif terhadap kejayaan

Faktor yang mendorong untuk berasa bimbang terhadap kegagalan :


-

Motivasi untuk mengelak daripada gagal

Persepsi terhadap kemungkinan akan gagal

Nilai insentif yang negatif terhadap kegagalan

Teori Self Efficacy oleh Bandura


Keyakinan berkemampuan serta kebolehan melakukan sesuatu tugasan dengan jayanya
mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sebagai kayu ukur sama ada menyertai atau
menjauhkan diri dari situasi yang berasaskan pencapaian. Semakin tinggi tahap self-efficacy,
semakin tinggi pencapaian individu dan semakin menurun kebangkitan emosinya. Self-efficacy
merupakan asas kepada kecekapan atau prestasi yang mantap.
Self-Efficacy boleh ditingkatkan melalui beberapa cara :

Perlakuan/prestasi yang berjaya


Pengalaman lalu
Kata-kata semangat/perangsan
kebangkitan emosi

Individu/kumpulan yang mempunyai self-efficacy yang tinggi lazimnya akan berusaha


bersungguh-sungguh,kekal lama dalam melaksanakan tugasan tersebut serta mencapai tahap
pencapaian yang tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang rendah tahap self-efficacy.

10

Teori Motivasi Kecekapan Harter


Menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan kepada aspek kecekapan diri atlet. Atlet yang
berasa bahawa mereka mempunyai kecekapan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu
tugasan lazimnya akan menghampiri situasi tersebut.
Manakala mereka yang tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan akan menjauhi
atau mengelakkan diri dari situasi tersebut. Setiap individu mempunyai keinginan serta motivasi
untuk menonjol kecekapan dalam perkara yang melibatkan pencapaian. Bagi memenuhi
keinginan tersebut, individu tersebut akan berusaha untuk menguasai serta memahirkan diri
dengan kemahiran tersebut.
Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey
Menjelaskan fenomena motivasi pencapaian dan keyakinan diri dalam bidang sukan dengan
merujuk sukan secara spesifik. Definisi keyakinan sukan,keyakinan yang dimiliki seseorang
tentang kemampuannya untuk berjaya dalam sukan. Atlet yang berjaya dalam sesuatu bidang
sukan akan membawa bersama keyakinannya untuk terus berjaya dalam sukan yang baru.
Teori Persepsi Kebolehan Nicholls
Gabungan dan lanjutan Teori Self-Efficacy Bandura dan Teori Motivasi Kecekapan Harter.
Motivasi pencapaian berdasarkan fasa pembangunan manusia (bagaimana kanak-kanak
membentuk persepsi tentang kebolehan diri mereka) Persepsi tentang kebolehan berbeza dari
satu tahap pembangunan ke tahap pembangunan yang berikutnya :
i.

Tahap umur antara 2 hingga 6 tahun

Kanak-kanak melihat serta menilai kebolehan diri mereka berdasarkan prestasi atau
pengalaman

lepas.

Sekiranya

kanak-kanak

dapat

melihat

peningkatan

yang

telah

dilakukannya,mereka akan membuat kesimpulan bahawa kebolehan mereka semakin


meningkat dan mereka berkemampuan untuk melakukan tugasan tersebut. Kanak-kanak akan
menunjukkan usaha yang tinggi untuk

menguasai kemahiran dalam tugasan tersebut

diklasifikasikan sebagai berorientasikan tugasan.


ii.

Tahap usia 6 tahun ke atas

Melihat kebolehan diri dengan membandingkan pencapaian mereka dengan rakan-rakan yang
lain. Sekiranya mereka dapat mengatasi rakan dalam apa jua
11

tugasan bermakna mereka

jauh lebih baik serta berkebolehan dari rakan lain diklasifikasikan sebagai berorientasikan
ego. Kemampuan melakukan sesuatu tugasan tidak lagi boleh dinilai berdasarkan prestasi atau
pengalaman lalu malahan ia mesti mengatasi kebolehan orang lain.
Atlet yang berorientasikan tugasan (1) mementingkan proses menguasai kemahiran
atau tugasan yang dilakukan (2) cenderung kepada strategi dan usaha untuk meningkatkan
kemahiran diri. Atlet yang berorientasikan ego (1) lebih mementingkan keputusan (2) kejayaan
diukur berdasarkan kemampuan mengatasi orang lain. Atlet yang berorientasikan ego akan
menggunakan cara serta tindakan yang menyalahi peraturan untuk mencapai kejayaan.
Sekiranya berhadapan kegagalan atau kesukaran, besar

kemungkinan atlet ini tidak akan

melibatkan diri serta

serta

menunjukkan

perlakuan

motivasi

yang

kurang

memberangsangkan.
Penggunaan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding Dalam Latihan
Sebagai guru atau jurulatih yang bertanggungjawab merancang dan menjalankan aktiviti sukan
maka guru dan jurulatih perlu mewujudkan keadaan-keadaan berikut, memastikan tugasan
yang dilaksanakan dipelbagaikan agar atlet tidak jemu malahan ingin terus belajar.
Libatkan atlet dalam perancangan sesuatu aktiviti atau penilaian sesuatu program
latihan supaya mereka dapat memantau peningkatan diri. Ganjaran kerana menyertai aktiviti
mestilah khusus kepada individu tersebut dan bukannya kepada persaingan. Atlet disatukan
dalam kumpulan agar mereka dapat berkerja sama dalam meningkatkan kemahiran sendiri.
Penilaian perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah yang pelbagai serta menjurus kepada
peningkatan usaha dan pencapaian kendiri.
Winterbottom (1953) dan Rosen dan D Andrade (1959) mencadangkan beberapa
langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam konteks motivasi pencapaian dan kegigihan
bertanding ini. Antaranya ibu bapa perlu:
Menanam serta menggalakkan sifat berdikari kepada anak-anaknya.
Bersifat terbuka dan sentiasa menerima (khususnya ibu) anaknya.
Memberikan sokongan yang sepatutnya apabila anak-anak berhadapan dengan
kegagalan atau sesuatu yang di luar jangkaan.
Menerima hakikat bahawa untuk Berjaya anak-anak perlukan masa untuk menguasai
sesuatu kemahiran.
Berikan tumpuan kepada usaha yang membuahkan kejayaan dan jangan mengungkit
kegagalan.
12

Sentiasa melihat usaha, mendengar masalahserta cuba memahami perasaan anakanak.


Kesimpulannya,sekiranya penggunaan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding
diambil secara bersepadu maka kita dapat membantu dalam meningkatkan lagi keyakinan serta
motivasi atlet serta memberi pengalaman sukan dan aktiviti yang lebih bermakna.

13

Rujukan
Alderman, R.B., 1974. Psychology behaviour in sport. Philadephia, PA: Saunders.
Atkinson, J.W., 1971, Introduction to motivation. New York: Van Nostrand.
Cox, R.S., 1994. Sport psychology: Concept and application. Edisi Ketiga Boston:McGraw
Hill.
Deci, E.L. & Ryan, M.L., 1985. Instrinsic motivation and self determination in human
behaviour. New York: Plenum Press.
Gould, D. & Petlichkoff, L., 1988. Participation motivation and attribution in young
athletes. In F, Smoll, R, Magill, & M. Ash (Eds.) Edisi Ketiga Children in sport,
hlmn 161-178, Champaign, IL: Human Kinetics.
Mohd Sofian Omar Fauzi, 2002, Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Psikologi
Sukan: Konsep Dalam Latihan Dan Pengajaran Sukan. Utusan Publication Dan Distributor
Sdn. Bhd.
Cheras. Kuala Lumpur.
Mohd Sofian Omar Fauzi, 2002. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Psikologi
sukan: Daya Tahan Mental Dan Emosi Di Kalangan Atlet. Utusan Publication Dan
Distributor Sdn. Bhd.
Cheras. Kuala Lumpur.
Singer, R.N., 1980, Motor learning and human performance. Edisi Ketiga. New York: Mcmillan.
Weinberg, R.S. & Gould, D., 1999. Foundation of sport and exercise psychology.
Edisi Kedua. Champaign, IL: Human Kinetics.
Weiss, M.R. & Chaumaton, N., 1992. Motivational orientations in sport. In T.S. Horn
(Eds.) Advance in Sport psychology, hlmn. 61 99. Champaign, IL: Human
Kinetics.

14

RUJUKAN MEDIA ELEKTRONIK


Murid dan Alam Belajar. Bab 6 : Motivasi dan Pembelajaran.
cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-6-motivasi.html?=1
Diakses pada : 20 April 2013 0900 a.m
Pelangi Petang. Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi instrinsik.
pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/faktor-faktor-yang-mempengaruhi.html?m=1
Diakses pada : 20 April 2013 0930 a.m
Pendidikan Jasmani Kesihatan, Sains Sukan. Motivasi dan keyakinan diri.
Pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2012/03/motivasi-dan-keyakinandiri.html?m=1
Diakses pada : 21 Aprl 2013 2215 p.m

15

Anda mungkin juga menyukai