Anda di halaman 1dari 2

3.

0 LAPORAN PELAKSANAAN BENGKEL INVENTORI MINAT KERJAYA


Bengkel Kembara Kerjaya ini dikendali selama lima hari dan dijalankan pada waktu
persekolahan. Hari pertama dan kedua bengkel melibatkan aspek perancangan kerjaya. Hari
ketiga dan keempat pula memberikan fokus kepada aspek motivasi belajar. Manakala hari
kelima pula menekankan aspek kemahiran belajar. Bengkel Kembara Kerjaya ini memuatkan
pelbagai aktiviti yang telah disusun secara sistematik. Bahan-bahan untuk pengendalian aktiviti
seperti tayangan slaid dan langkah-langkah pelaksanaan telah disediakan di dalam Modul
RIASEK. Kaunselor sekolah cuma perlu mematuhi aturan pengendalian seperti yang
disediakan di dalam modul. Hal ini bagi memastikan Bengkel Kembara Kerjaya dapat dikendali
dengan sebaiknya dan memudahkan kerja pemudah cara/ fasilitator bengkel (kaunselor
sekolah). Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan mengambil kira faktor kecekapan pengendalian
dan kesediaan pelajar. Bagi memastikan keberkesanan faktor-faktor ini bilangan pelajar bagi
setiap bengkel disarankan tidak melebihi 40 orang bagi seorang pemudah cara/fasilitator (Amla
& Syed Mohamad, 2008).
Secara ringkasnya, pada hari pertama, aktiviti kembara kerjaya dimulakan dengan sesi taklimat
kepada peserta mengenai apa-apa yang akan berlaku dalam Bengkel Kembara Kerjaya secara
keseluruhan. Aktiviti diteruskan dengan sesi ceramah mengenai keperluan merancang kerjaya.
Setelah peserta mendapat input mengenai kepentingan merancang kerjaya, maka mereka
akan didedahkan dengan alat ujian minat kerjaya Self-Directed Search (SDS) versi Bahasa
Melayu (terjemahan Amla Salleh, 1984) untuk menentukan pola personaliti dan pola
persekitaran kerja. Menurut Sidek (2002), SDS ialah alat ujian yang sesuai bagi mengenal pasti
minat kerjaya atau jenis personaliti para pelajar atau remaja. Selepas itu para peserta akan
belajar kaedah untuk memadankan personaliti mereka dengan kerjaya yang sepadan
berpandukan ujian minat tadi. Bagi tujuan aktiviti ini beberapa set Kamus Kerjaya yang
mengandungi enam jilid (Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional)
digunakan. Kamus Kerjaya ini mengandungi sekitar 1000 judul pekerjaan yang dilengkapi
dengan deskripsi tugas, keterangan gaji, syarat- syarat latihan, tempat latihan dan sumber
pinjaman kewangan. Bermula pada aktiviti ini, para peserta dibimbing untuk melakukan
penerokaan kerjaya secara aktif. Helaian kerja Kembara Kerjaya juga diedarkan bagi
membantu para peserta meneroka kerjaya pilihan mereka dengan lebih mudah dan sistematik.
Sepanjang aktiviti-aktiviti ini berlangsung, kaunselor akan membimbing para peserta meneroka
alam kerjaya. Contoh pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam Bengkel Kembara Kerjaya adalah
seperti yang terdapat dalam jadual 1 dan 2.

Anda mungkin juga menyukai