Anda di halaman 1dari 1

Kebiasaan mengambil makanan segera seperti burger, pizza dan mi segera

sudah menjadi suatu trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Tetapi sedarkah kita
bahawa negara kita Malaysia terkenal dengan keunikan pelbagai makanan
tradisional yang sangat membuka selera? Namun, mengapa lebih ramai yang
gemar menghabiskan wang ringgit untuk makanan yang hanya untuk nikmat
sesaat tetapi menanggung sengsara berpanjangan? Hal inilah fenomena yang
amat menggusarkan.

Media massa dan radio juga telah memainkan peranan dengan cukup baik
.Namun inilah gaya hidup rakyat negara kita sehingga kita masih dibelenggu dan
mengamalkan budaya hidup negara yang pernah menjajah kita. Sikap sambil lewa
yang hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri menjadi kerisauan kepada
pemimpin negara kita yang ingin melihat rakyatnya hidup dalam keadaan yang
sihat dan mengamalkan pemakanan seimbang serta tidak memudaratkan.

Lebih-lebih lagi, jika kita nilai dari sudut ekonomi, restoran-restoran segera
ini mengancam ekonomi para pengusaha restoran tempatan. Tidakkah ekonomi
negara akan merudum dan rakyat negara kita tanpa disedari sedang
meningkatkan ekonomi negara luar? Oleh itu,kita haruslah tahu akan kesan-kesan
pengambilan makanan segera secara berlebihan.

Anda mungkin juga menyukai