Anda di halaman 1dari 33

1.

0 Pendahuluan
Dalam bab ini, penulis akan mengemukakan definisi-definisi tayammum
menurut perspektif hukum serta konsep-konsep yang berkaitan dengan
tayammum dari semua aspek. Dalam bab ini juga, huraian yang terperinci
dinyatakan dalam setiap fakta berdasarkan kepada pandangan dari semua
Ulama' mazhab berserta dengan qaul yang paling rajih agar setiap
kenyataan dapat dikemukakan dengan lebih jelas. Walaupun begitu, terdapat
juga sesetengah fakta yang hanya ditumpukan kepada mazhab yang utama
iaitu mazhab Syafi'ie dan Jumhur Ulama'.
2.0 Definisi Tayammum
Tayammum dari segi bahasa ialah

( sengaja). (Dr. Wahbah al-

Zuhaili. 1984: 560) Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: (AlBaqarah: 267) Maksudnya:
Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu
dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat.
Dengan pengertian ini juga, penyair berkata: Maksudnya:
Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang
mempunyai akal fikiran. Dan barangsiapa tidak mendapati air
bertayammumlah dengan tanah.
Manakala dari segi istilah Syara, tayammum bermaksud 'menyengaja'
atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan
dengan

niat

yang

mengharuskan

solat.

(Al-Syeikh

Hassan

Ayub.

1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan


tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tangan
hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang berfungsi sebagai
pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka
1

yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air. (M. Abd. Mujieb,
Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am. 1997: 382-383).

Tayammum

dari

segi

istilah

Syara'

juga

telah

diberikan

pelbagai

pentakrifan oleh para Fuqaha' dengan istilah yang seakan-akan hampir


maksudnya. Imam Hanafi mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan
kedua-dua tangan dengan tanah yang bersih. Berkata Imam Malik pula
tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi
dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat. Manakala Imam
Syafi'e pula mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan
tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudu' atau mandi
janabah atau seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu. Mengikut
pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah menyapu muka dan dua tangan
dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu. (Dr. Wahbah al-Zuhaili.
1984 : 560-561).
Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah
ke muka dan dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan
syarat-syarat yang tertentu. Tayammum merupakan spesifik umat Islam
yang disyari'atkan pada peperangan Bani Mustaliq tahun keenam hijrah.
Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya, lalu Rasulullah S.A.W mengutus
orang mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak ada,
maka turunlah ayat tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin
Tanjung. 1999: 79) Ini berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari, (b) 332: 200)
Maksudnya:
Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma', lalu kalung itu
hilang. Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya),
akhirnya kalung tadi dapat ditemukan. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada
2

air di sana. Mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kepada


Rasulullah S.A.W. Maka Allah menurunkan ayat-ayat tayammum". Usaid bin
Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala
kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal
engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan
bagimu dan bagimu kaum muslimin.

3.0 Dalil pensyariatan tayammum


Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'.
Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 43) Maksudnya:
Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat
buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak
mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci):
Sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi
Maha Pengampun.
Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
(Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313) Maksudnya:
Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat
bersuci. Maka di mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat,
di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci.
Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: (Riwayat al-Bukhari, (b) 348: 161-162)
Maksudnya:
3

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan


diri, tidak bersembahyang bersama dengan satu kaum. Melihat itu,
Rasulullah S.A.W bertanya: 'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu
bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?' Orang itu menjawab:
'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. Mendengar perkara itu,
Rasulullah

S.A.W.

bersabda:

'Gunakanlah

tanah

(bertayammum);

sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau.


Manakala

dalil

Ijma'

pula

mengharuskan

tayammum

berdasarkan

kesepakatan seluruh umat Islam (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 562).

4.0 Rukun-Rukun Tayammum


1. Niat:
Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. Sabda Rasulullah S.A.W
melalui hadis yang sahih: (Riwayat al-Bukhari, (b) 1: 1) Maksudnya:
Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan
niat.
Tayammum termasuk dalam kategori amal ibadat sebagaimana solat dan
wudu'

juga,

iaitu

wajib

dikerjakan

dengan

berniat.

Berniat

untuk

bertayammum merupakan rukun mengikut kesepakatan Ulama' yang empat,


manakala menurut golongan Hanafiyyah dan sebahagian Hanabilah, ianya
merupakan syarat. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 582) Beza antara syarat
dan rukun ialah syarat itu mendahului perbuatan dengan jarak waktu yang
sedikit, sedangkan rukun tidak sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan
4

tetapi ia termasuk perbuatan itu sendiri. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994:


134) Ini bermakna, seseorang yang hendak tayammum itu wajib berniat
untuk membolehkan solat, dan tidak memadai berniat melenyapkan hadas,
kerana hadas seseorang tersebut tidak terangkat kerana tayammum.
Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W. kepada 'Amru bin al-'Ash yang sedang
berjunub, kerana 'Amru bin al-'Ash bertayammum dan solat bersama-sama
sahabatnya, lalu Nabi S.A.W. bertanya: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238 )
Maksudnya:
Wahai 'Amru, Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau,
padahal engkau sedang berjunub?
Dan hadis sebagaimana yang di kemukakan dari pendapat Malikiyyah dan
Syafi'iyyah: (Riwayat Abu Daud, (b) 314: 206-207)Maksudnya:
Wahai Abu Zarr, sesungguhnya tanah yang baik adalah suci selama tidak
ada air, sekalipun dengan sepuluh tahun. Apabila engkau mendapati air
maka sentuhkanlah air itu ke kulit engkau. Sesungguhnya hal itu lebih baik
bagi engkau.

Kesimpulan yang dapat diambil dari hadis Nabi S.A.W tersebut memberi
fahaman yang jelas bahawa tayammum itu hanya untuk membolehkan solat,
bukan untuk melenyapkan hadas. Oleh itu dalam masalah ini, jika seseorang
tersebut tayammum berniat untuk membolehkan solat maka termasuk di
bawah niatnya itu empat ahwal (kelakuan):
i.

Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat keduaduanya sekali. Maka boleh ke atas seseorang mengerjakan keduadua solat tersebut (solat fardhu dan solat sunat). Dan boleh juga
bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan sesudahnya di
dalam waktu dan di luarnya.
5

ii.

Berniat untuk membolehkan solat fardhu, samada solat lima waktu


atau solat nazar. Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu
tersebut, kerana mereka berniat dengan niat fardhu. Dalam
masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka menunaikan
solat sunat sebelum solat fardhu atau sesudahnya, kerana hal-hal
yang sunat mengikut perkara yang fardhu.

iii.

Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat, tidak berniat untuk


membolehkan solat fardhu. Dalam masalah ini, pendapat yang kuat
tidak boleh tayammum tersebut digunakan untuk solat fardhu,
kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu.
Contohnya, jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf,
atau orang junub berniat untuk i'tikaf, maka hukumnya sama
dengan niat sunat dan tidak boleh mengerjakan fardhu menurut
mazhab yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b.
Muhammad. 1414H/1993: 123).

iv.

Berniat untuk membolehkan solat sahaja, tanpa menentukan solat


sunat atau sembahyang fardhu. Mereka yang berniat seperti itu
sebagai orang yang berniat untuk membolehkan solat sunat. Maka
dalam masalah ini, tidak boleh digunakan tayammum itu untuk
solat fardhu, tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat
sunat sahaja.(Abu Muhammad. t.th: 187)

2. Menyapu ke muka dan dua tangan:


Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai
rukun tayammum, berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6) Maksudnya:
6

Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu


dan tanganmu dengan tanah itu.
Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang
jelas, iaitu seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan keduadua tangan mereka dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku
sebagaimana orang yang berwudu' wajib meratakan muka dan tangan
mereka dengan air hingga sampai ke siku. (Abu Muhammad. t.th: 188)
3. Tertib (berurutan):
Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah
dan Hanabilah. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan.
Namun,

golongan

Hanabilah

mengkhaskan

tertib

pada

hadas

kecil.

Sedangkan pada hadas besar tidak diperlukan tertib. Kewajipan tertib pada
tayammum untuk hadas kecil dilakukan berdasarkan taharah dengan air
(wudu'). Bilamana pada wudu' ditertibkan, maka demikian juga halnya pada
tayammum. Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah menertibkan rukun, dalam
hal ini muka dan kedua tangan, hukumnya sunat. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr.
Zainuddin Tanjung. 1999: 87)
5.0 Syarat-syarat Tayammum
1) Keuzuran menggunakan air:
Di antara syarat-syarat tayammum yang pertama ialah uzur menggunakan
air disebabkan sakit atau musafir. (Abu Muhammad. t.th: 191) Allah S.W.T
berfirman: (Al-Maidah: 6) Maksudnya:
Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat
buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak
mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci).

Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah


disebabkan salah satu dari hal-hal yang berikut:
i.

Takut kehilangan nyawa.

ii.

Takut cedera pada anggota yang sakit.

iii.

Takut terkena penyakit.

iv.

Takut kehilangan manfaat anggota seperti menjadi lemah, cacat


atau parut yang buruk pada anggota yang biasa nampak.

2) Masuk waktu solat:


Syarat sah tayammum hendaklah sesudah masuk waktu solat dengan
yakinnya samada solat fardhu atau sunat. Tayammum tidak sah bagi orang
yang syak masuk waktu solat. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 58) Ini
berdasarkan firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6) Maksudnya:
Jika kamu hendak berdiri untuk solat, basuhlah mukamu.
Dalam ayat ini, berdiri untuk solat itu tentunya setelah masuk waktu solat.
Wudu dikecualikan dari masalah ini kerana terdapat dalil yang lain.
Sedangkan tayammum masih tetap kerana memandang zahirnya ayat. (AlHusaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 115) Dan
Nabi telah bersabda: (Riwayat al-Bukhari (b), 335: 58) Maksudnya:
Dijadikan

bumi

untukku

tempat

solat

dan

suci

(tanahnya

untuk

tayammum). Maka sesiapa daripada umatku yang mendapat solat (berada


pada waktu solat) maka hendaklah ia solat.
Hadis Baginda Rasul S.A.W. tersebut merupakan dalil wajib tayammum dan
solat itu ialah apabila tidak ada air setelah masuk waktu solat. (Abu
Muhammad. t.th: 191) Selain daripada alasan tersebut, tayammum juga
merupakan bersuci yang dharurat. Sebelum masuk waktu solat tidak
8

terdapat dharurat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.


1414H/1993: 116) Adapun menurut Ulama' mazhab Hanafi adalah terkecuali
daripada hal ini yang menyatakan sah bertayammum sebelum masuk waktu
solat. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ulama' Jumhur juga menyatakan
tidak sah tayammum kecuali setelah masuk waktu solat fardhu mahupun
solat sunat yang tertentu atau berwaktu seperti sunat-sunat rawatib. (Dr.
Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 565)
3) Mencari air:
Antara syarat diharuskan bertayammum ialah mencari air setelah masuk
waktu solat. Allah S.W.T. berfirman: (An-Nisa': 43) Maksudnya:
Maka tidak kamu mendapat air (untuk berwudu' dan mandi junub) maka
hendaklah kamu bertayammum.
Ayat tersebut menyuruh kita bertayammum ketika tidak ada air untuk
berwudu' dan mandi junub, kerana air itu tidak akan ada kecuali dengan
dicari. (Abu Muhammad. t.th: 191) Oleh itu wajib bagi orang yang hendak
tayammum tersebut mencari air terlebih dahulu, samada dengan usahanya
sendiri atau bantuan orang lain, atau bertanya-tanya dari teman-temannya.
Mencari air ini hendaklah dengan memerhati dan mencari air dari bekal
perjalanan, pergi melihat-lihat di sekelilingnya dan walaupun dengan cara
membelinya apabila air itu lebih dari keperluannya dan dengan harga
pasaran. Jika diyakini bahawa air tidak ada atau tempatnya jauh, maka tidak
wajib mencarinya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59)
Mengenai batas jauh yang tidak mewajibkan mencari air itu terdapat
perbezaan pendapat di kalangan imam mazhab. Ukuran jauh menurut
golongan Hanafiyyah adalah bila mencapai satu mil, sekitar 1848 meter atau
4000 hasta atau lebih. Menurut golongan Malikiyyah mencapai dua mil.

Golongan Syafi'iyyah memperinci kebolehan tayammum yang disebabkan


ketiadaan air seperti berikut:
i.

Jika seseorang telah yakin bahawa air tidak ada di sekitarnya dia
boleh bertayammum tanpa dituntut untuk mencarinya.

ii.

Jika meragukan atau mempunyai persangkaan berat terhadap


adanya air, maka dia mesti memeriksa rumahnya dan rumah
temannya terlebih dahulu secara berulang-ulang yang jarak minima
400 hasta atau 184.8 meter. Sebab tayammum itu bersuci yang
dharurat,

sedangkan

dharurat

tidak

mungkin

terjadi

bila

kemungkinan untuk bersuci dengan air masih ada. (Al-Husaini,


Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 112) Kalau
memang ternyata tidak ditemukan adanya ada air barulah dia boleh
bertayammum.
iii.

Sebaliknya jika seseorang meyakini ada air, maka dia mesti


mencarinya sampai menempuh jarak 6000 langkah. Mencari air
tidak dituntut jika diyakini pada jalan yang ditempuh itu tidak ada
keamanan atau ada halangan. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 571572).

4) Terhalang menggunakan air:


Syarat yang keempat tayammum iaitu terhalang menggunakan air, seperti
seseorang yang mendapat air, dan ia tidak boleh menggunakan air itu
kerana sakit atau takut berpisah dengan rakannya yang bersama dalam
perjalanan yang akan membahayakan dirinya, (Abu Muhammad. t.th: 191192) atau ia memerlukan air itu kerana dahaganya, manusia atau haiwan
yang muhtaram (yang dihormati nyawanya), samada keperluan itu pada
ketika itu ataupun pada masa akan datang. Wujudnya penghalang yang
membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan juga khawatir
akan keselamatan dirinya dari bahaya seperti gangguan binatang buas atau
10

musuh, dan seterusnya takutkan harta bendanya dicuri orang atau


perompak. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59).
5) Tanah yang suci:
Tidak sah tayammum seseorang kecuali dengan menggunakan debu (tanah)
yang suci, murni, belum pernah digunakan, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin
Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118-119) dan tidak terkena najis. Ini
berpandukan firman Allah S.W.T: (Al-Maidah:6) Maksudnya:
Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih).
Menurut golongan Malikiyyah adanya tanah yang suci merupakan rukun,
sedangkan bagi Ulama' yang lainnya merupakan syarat. (Dr. A. Rahman
Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87) Para ahli bahasa sepakat bahawa
'sha'id' dalam ayat tersebut ialah permukaan bumi, baik yang berupa tanah
berdebu atau bukan, (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 141) berdasarkan
hadis Abu 'Umamah bahawasanya bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat
Ahmad,

(b)

22133:

313)

Maksudnya:
Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat
bersuci.
Maka pengertian sha'id atau tanah di sini menurut Malikiyyah yang
bersependapat juga oleh Hanafiyyah adalah bahagian bumi yang naik atau
yang muncul ke permukaan yang disebut juga tanah atau debu. Termasuk ke
dalamnya tanah, pasir, batu kerikil dan kapur (untuk mengapur rumah) yang
belum dibakar dengan api. Semua yang termasuk pengertian ini boleh
digunakan untuk bertayammum menurut Malikiyyah dan Hanafiyyah. Selain
itu, boleh juga bertayammum dengan barang-barang galian, selain emas,
perak dan permata atau mutiara, selama belum dipindahkan dari tempatnya.

11

Begitu juga dengan salji yang membeku, baik yang berada di laut mahupun
di bumi.
Menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah, tayammum mesti di lakukan
dengan tanah yang suci dan berdebu yang dapat menempel di tangan. (Dr.
A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87-88) Hal ini berdasarkan
hadis dari Huzaifah, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat Muslim, (b) 121:
210-211): Maksudnya:
Seluruh bumi itu dijadikan masjid bagi kami, dan 'tanahnya' dijadikan tanah
yang boleh mensucikan jika kami tidak menemukan air.
Di

sini

Rasulullah

S.A.W.

mengalihkan

pembicaraan

dari

bumi

lalu

menyebutkan tanah yang mengkhususkan sifat suci yang mensucikan


terhadap tanah. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.
1414H/1993: 120)
Kemudian, disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk bertayammum itu
hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut:
i.

Harus bagi tanah itu tidak keluar dari keadaan semulajadinya


kepada keadaan lain yang dapat mencegah dari dikatakannya
sebagai "tanah". Seandainya tanah itu dibakar sampai menjadi abu,
atau menjadi tembikar yang telah ditumbuk halus, maka tidak boleh
digunakan untuk tayammum.

ii.

Bertayammum dengan menggunakan pasir sekiranya pasir itu kasar


yang apabila dilemparkan tidak mengeluarkan debu, maka tidak
boleh digunakan untuk bertayammum. Jika pasir itu halus maka
boleh menggunakannya untuk bertayammum. Justeru, sekiranya
tanah

yang

dicampur

dengan

pasir

yang

halus,

tidak

sah

tayammumnya. Akan tetapi jika seseorang memukulkan tangannya


ke kain, kantung atau permaidani, lalu melekat di tangannya debu,
12

maka dia boleh bertayammum dengan debu tersebut. (Dr. A.


Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 88).
iii.

Tanah

yang

digunakan

untuk

bertayammum

itu

harus

suci

berdasarkan firman Allah S.W.T dan sabda Rasulullah S.A.W


mengenai tanah yang suci. Ini adalah kerana air yang bernajis tidak
boleh digunakan untuk bersuci, maka demikian juga tanah yang
menggantikan air wudu' atau janabah tidak boleh digunakan untuk
bertayammum.
iv.

Disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk tayammum harus


tanah yang murni iaitu tanah yang tidak dicampur dengan tepung
atau lain sebagainya walaupun sedikit tanpa ada khilaf di kalangan
Fuqaha.

v.

Tanah yang digunakan untuk tayammum itu tidak boleh yang


musta'mal

(yang

telah

digunakan)

sebagaimana

air

yang

musta'mal. Yang dimaksudkan dengan musta'mal pada tanah ialah


yang menempel pada anggota badan atau yang sudah menyentuh
badan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.
1414H/1993: 120-121).
6.0 Sebab-sebab Yang Mengharuskan Tayammum
Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang menyebabkan
seseorang boleh bertayammum sebagai berikut:
1) Ketiadaan air:
Para Fuqaha' menetapkan ketiadaan air sebagai salah satu penyebab
diharuskan bertayammum. Hal ini ditetapkan berdasarkan firman Allah: (AnNisa': 43): Maksudnya:

13

lalu tidak kamu peroleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang
baik (suci).
Ketiadaan air hendaklah dikira setelah dilakukan pencarian dan menyakini
tiadanya air yang membolehkannya untuk bertayammum. Selain itu,
termasuk juga ke dalam pengertian ini ada air dalam jumlah yang sedikit
yang tidak cukup untuk wudu' atau mandi, dan ada air tetapi harganya
melebihi harga pasaran sehingga sulit membelinya. Termasuk juga, adanya
air tetapi berada di tempat yang cukup jauh dan untuk mencarinya
mengalami kesulitan.
Menurut Imam Syafi'ie air yang sedikit yang tidak memadai untuk berwudu'
atau mandi wajib dipergunakan untuk berwudu' atau mandi, kemudian
diiringi dengan tayammum pada bahagian anggota wudu' atau badan yang
belum terkena air. Abu Hurairah r.a berkata, bersabda Rasulullah S.A.W:
(Riwayat Muslim (b) 6113: 1035-1036 ) Maksudnya:
Tayammum tidak boleh dilakukan bila ada air yang dapat dibeli dengan
harga pasaran. Maka wajib membelinya sekiranya harta itu tidak diperlukan
untuk menjelaskan hutang atau menanggung belanja musafir sekalipun
memberi nafkah kepada binatang yang dihormati dan sebagainya. (Dr.
Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 572) Begitu juga halnya bila ada orang yang
berbaik hati untuk memberi air. Di samping itu bila seseorang dalam
perjalanan lupa bahawa dia membawa air, lantas dia bertayammum,
kemudian dia ingat setelah lewat waktu solat, maka menurut pendapat
sebahagian golongan Syafi'iyyah, Abu Yusuf dan Malikiyyah solatnya
diqadha', kerana dia telah memperoleh air. Menurut Abu Hanifah dan
Muhammad bin Hasan dia tidak wajib mengqadha', kerana orang tersebut
dianggap tidak memperoleh air. Tetapi kalau dia sedang dalam keadaan
solat, lalu mengingat bahawa air ada, maka Ulama' sepakat untuk
membatalkan solat dan mengulanginya dengan wudu'. (Dr. A. Rahman
Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-81)
14

Menurut golongan Syafi'iyah orang muqim (yang tidak sedang dalam


perjalanan) yang bertayammum kerana ketiadaan air wajib mengqadha'
solatnya bila air sudah ada, kerana tayammum bukan merupakan rukhsah
bagi yang bermuqim. Begitu juga orang yang melakukan perjalanan maksiat,
kerana mereka tidak termasuk orang mendapat rukhsah. Yang mendapat
rukhsah tayammum adalah orang yang melakukan perjalanan mubah, sunat
atau wajib. Bagi Ulama'' lain dan pendapat yang lebih kuat dari golongan
Hanabilah solatnya tidak mesti diulang. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr.
Zainuddin Tanjung. 1999: 81)
2) Keuzuran untuk menggunakan air:
Termasuk ke dalam pengertian ini orang yang dipenjara dalam rumah
tahanan yang terletak di pinggir sungai, dan dia tidak memperoleh izin
keluar mendapatkan air untuk wudu'. Demikian halnya orang yang diikat
dipinggir kali dan orang yang tidak berani keluar rumah mengambil air
kerana menurut biasa ada bahaya yang mengancam jiwanya.
Demikian juga orang yang khawatir diganggu oleh binatang buas atau oleh
musuh di tempat yang terdapatnya air, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu
Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 117-118) ataupun khuatir ditinggalkan
oleh teman-temannya dalam suatu perjalanan. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir.
1994: 137) Terhadap orang yang berada dalam keadaan tersebut dibolehkan
tayammum, meskipun air ada di sekitarnya.
3) Dalam keadaan sakit atau luka:
Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan tayammum untuk
mengangkatkan hadas. Kekhawatiran itu ada tiga kemungkinan, iaitu:
i.

Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu,


khawatir akan kehilangan nyawanya atau anggota tubuhnya atau
kehilangan

manfaat

dari

bahagian
15

anggota

tubuhnya.

Boleh

disamakan dengan hal tersebut, iaitu manakala ia mempunyai


penyakit

yang

tidak

mengkhawatirkan

tetapi

dia

takut

menggunakan air yang boleh membahayakan penyakitnya. Orang


seperti ini juga diperbolehkan bertayammum menurut mazhab yang
kuat. Ibnu 'Abbas r.a. berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat
al-Daruqutni, (b) 666 : 413) Maksudnya:
Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau
beroleh luka-luka bisul, lalu berjunub, maka ia takut mati jika
mandi, hendaklah ia bertayammum.
ii.

Khawatir sakitnya akan bertambah, meskipun tidak mempengaruhi


masa sembuhnya. Atau khawatir lambat sembuhnya, meskipun
sakitnya tidak bertambah. Atau khawatir sakitnya semakin parah,
iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan badannya
kurus. Atau khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk, seperti
kulit badan menjadi hitam, seperti anggota bahagian wajah dan
lain-lain.
Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para
Ulama'. Qaul yang rajih, membolehkan tayammum. Yang dibuat
alasan untuk cacat yang buruk, iaitu dapat membuat kelainan pada
bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup.

iii.

Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit, seperti ada bekas


bintik-bintik atau ada sedikit warna hitam, atau khawatir mendapat
cacat yang buruk pada selain anggota yang kelihatan (ketika
bekerja); atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri tidak
takut akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang
hari jika menggunakan air, walaupun ketika itu ia merasa kesakitan,
seperti ada lukanya atau kedinginan atau kepanasan. Tidak boleh
bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti ini tanpa ada khilaf.
16

(Al-Husaini,

Imam

Taqiyuddin

Abu

Bakar

b.

Muhammad.

1414H/1993: 113-114)
Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari
doktor yang pakar sekalipun bukan muslim, demikian menurut pendapat
golongan Malikiyyah dan Syafi'iyyah. Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan
Hanabilah doktornya di syaratkan seorang muslim. (Dr. A. Rahman Ringota,
Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82).
4) Memerlukan air:
Seseorang yang memiliki air dalam jumlah yang mencukupi sekadar untuk
wudu' atau mandi, tetapi dia sangat memerlukannya untuk keperluan lain
yang akan menyelamatkan jiwanya dari kemudaratan, maka ketika itu ia
dibolehkan bertayammum, meskipun dia memiliki air. Keperluan tersebut
adalah keperluan yang tinggi, bilamana tidak ada air dapat menimbulkan
kebinasaan atau kesulitan, seperti kehausan yang diderita baik oleh manusia
mahupun oleh binatang ternak dan keperluan lainnya. Termasuk juga ke
dalamnya keperluan untuk minuman anjing pemburu atau penjaga kebun.
Lain halnya untuk keperluan orang kafir harbi dan anjing yang tidak
dibolehkan Syara' memeliharanya. Menurut Hanabilah (keperluan ini tidak
menghalangi untuk memakai air).
Sebagai contoh dalam keadaan ini seandainya terdapat seorang lelaki
meninggal dunia. Orang tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya
banyak yang kehausan. Maka teman-temannya itu boleh minum air itu dan
mentayammumkan mayat itu sebagai ganti memandikannya. Dan temanteman yang ikut minum itu wajib membayar harga air yang diminumnya dan
hasilnya dimasukkan pada harta warisan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu
Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118).
Bentuk-bentuk keperluan lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah adalah seperti
keperluan untuk memasak, untuk dimasak, dan untuk menghilangkan najis
17

yang tidak dimaafkan yang melekat di badan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr.
Zainuddin Tanjung. 1999: 82) Jika najis terdapat di pakaian, hendaklah air itu
digunakan untuk berwudu' dan solat dalam keadaan tidak menutup aurat
jika tidak ada penutup (yang suci) lain, dan solat tersebut tidak perlu
diulangi.
5) Khawatir kehilangan harta jika mencari air:
Menurut Malikiyah orang yang sanggup memakai air dan yakin bahawa air
akan diperoleh jika dicari, tetapi timbul kekhawatiran akan kehilangan harta
jika pencarian dilakukan, dibolehkan tayammum. Tidak dibezakan apakah
orang tersebut dalam perjalanan atau bermuqim, tidak dibezakan juga
kekhawatiran terhadap harta sendiri atau milik orang lain yang berada di
tangannya. Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran terhadap musuh,
pencuri atau kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa
mencari air. Kekhawatiran itu boleh terjadi atas diri sendiri, harta, keamanan
atau kekhawatiran terhadap orang berhutang yang hartanya sedang dalam
keadaan yang berkuasa.
6) Keadaan sangat dingin:
Dari 'Amru bin 'Ash r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238)
Maksudnya:
Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang dingin
ketika peperangan Zatus Salasil, jika aku mandi maka aku khawatir binasa
(mati), sebab itu aku bertayammum, kemudian mengerjakan solat subuh
bersama sahabat-sahabatku (sebagai imam). Setelah para sahabatku
menuturkan hal yang menimpaku itu kepada nabi S.A.W, maka beliau
bersabda: ' Wahai 'Amr, apakah kamu mengerjakan solat bersama para
sahabatmu dalam keadaan junub?' Maka aku sampaikan kepada beliau,
alasanku yang membuat aku tidak mandi, dan aku menjawab: Saya ketahui
Allah berfirman: " Dan janganlah kamu bunuh diri, sesungguhnya Allah Maha
18

Menyayangimu ". Maka Rasulullah S.A.W. tertawa tidak bersabda sesuatu


pun.
Berdasarkan hadis ini terdapat iqrar atau persetujuan dari Nabi, dan iqrar
adalah hujjah (suatu dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui sesuatu yang
salah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139) Maka, jika seseorang khawatir
akan berbahaya menggunakan air kerana terlalu dingin dan air tersebut
tidak dapat di panaskan, dibolehkan tayammum. Golongan Hanafiyyah
mensyaratkan boleh tayammum jika khawatir membawa kematian atau
lenyapnya sebahagian anggota badan. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh
orang yang junub dan tidak dapat memanaskan air. Sedangkan bagi orang
yang berhadas kecil menurut Hanafiyah tidak boleh bertayammum dengan
alasan sangat dingin.
Sebagaimana golongan Hanafiyyah, golongan Malikiyyah juga mengaitkan
kebolehan tayammum ini dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa
kematian. Sedangkan dari golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan
bertayammum dengan alasan dingin jika sulit memanaskan air atau panasan
air tidak memberikan manfaat (pengaruh). Orang yang bertayammum
kerana dingin ini menurut Syafi'iyyah mesti mengqadha' solatnya sama
halnya dengan tayammum kerana sakit. Ini berbeza dengan golongan
Malikiyyah dan Hanafiyyah yang mengatakan solat tidak mesti diqadha'.
7) Tiada alat untuk mengambil air:
Tayammum dibolehkan bagi orang yang sanggup memakai air tetapi tidak
boleh mendapatkannya. Misalnya ada air pada suatu tempat yang hanya
didapatkan dengan alat-alat tertentu, sementara alat itu tidak ada padanya,
seperti ketiadaan timba pengambil air dari sumur yang dalam, jika terus
diusahakan waktu akan habis. Orang yang solat dengan bertayammum
dalam keadaan begini tidak wajib mengqadha' solatnya menurut mazhab
yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.
1414H/1993: 113).
19

Menurut pandangan golongan Hanabilah, bila seseorang tidak memiliki alat,


dia diharuskan menanyanya dari orang lain supaya air boleh didapatkan.
Kerana suatu yang menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib.
Dalam hal ini mencari alat adalah wajib.
8) Khawatir Kehabisan Waktu Solat:
Kalangan Syafi'iyyah tidak membolehkan bertayammum kerana takut akan
habis waktu solat jika dia mengambil air untuk berwudu', kerana tayammum
ini dilakukan bersamaan dengan adanya air. Lain halnya bagi orang yang
musafir, dia tidak mesti mencari air terlebih dahulu jika khawatir akan habis
waktu solat dan dalam keadaan itu dia dibolehkan tayammum.
Golongan Hanabilah juga tidak membolehkan bertayammum dengan alasan
takut habis waktu solat, baik untuk solat jenazah, solat 'id mahupun untuk
solat lima waktu. Seperti golongan Syafi'iyyah, mereka juga mengecualikan
orang yang sedang musafir yang mengetahui adanya air di tempat yang
dekat, akan tetapi jika pemergiannya mencari air itu akan menghabiskan
waktu solat dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan dengan
tayammum tersebut tidak diulang.
Berbeza

pula

dengan

golongan

di

atas,

golongan

Hanafiyyah

tidak

membolehkan bertayammum tanpa harus mencari air lebih dahulu, kerana


takut habis waktu solat kecuali dalam beberapa hal. Pertama, kerana takut
habis waktu solat jenazah atau solat 'id kerana berjemaah adalah syarat sah
kedua solat tersebut. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139) Kedua, kerana
khawatir akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan khusuf) dan berbagai
solat sunat yang mengikut solat fardhu. Tidak sah tayammum apabila takut
habis waktu solat Juma'at, solat wajib lima waktu dan solat witir.
Fuqaha' dari golongan Malikiyyah membolehkan tayammum kerana khawatir
habis waktu solat fardhu bila sulit mencari air, kerana memelihara
pelaksanaan solat pada waktunya lebih utama dari mencari kesempurnaan
20

taharah dengan air. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 8084)
7.0 Perkara-perkara Yang Makruh Ketika Tayammum
1) Mendahulukan anggota kiri
Menyapu debu pada tangan kiri mendahului dari tangan kanan. Kita
disunatkan mendahulukan anggota sebelah kanan terlebih dahulu.
2) Bercakap ketika bertayammum
Seperti berwudhuk juga. Bercakap ketika bertayammum makruh, tetapi
tetap sah.
3) Tidak menipiskan debu
Sunat menipiskan debu pada tapak tangan. Jika tidak dinipiskan jadi makruh
pula.
8.0 Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayammum
1) Perkara yang membatalkan wudu':
Tayammum terbatal oleh segala apa yang membatalkan wudu' dan mandi
kerana tayammum adalah gantian kepada keduanya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili.
1984 : 604) Jika bertayammum seseorang yang sudah dianggap sah kerana
memenuhi

syarat-syaratnya,

lalu

dia

berhadas,

maka

batallah

tayammumnya. Ini adalah kerana tayammum itu bersuci yang dapat


menyenangkannya melakukan solat, jadi tayammum itu terbatal dengan
sebab berhadas sebagaimana yang berlaku pada wudu'. Batalnya ini tidak
dibezakan antara tayammum dengan sebab ketiadaan air atau tayammum
ketika ada air seperti tayammum bagi orang yang sakit. (Imam Taqiyudddin
Abu Bakar b. Muhammad al-Husaini.1993: 128)
21

Sungguhpun begitu, jika seseorang itu bertayammum kerana berhadas besar


kemudian terbatal tayammumnya tidak akan mengembalikannya kepada
hadas besar, akan tetapi dia hanya dianggap orang yang berhadas kecil.
Maka harus baginya membaca al-Quran, masuk ke masjid dan diam di
dalamnya. (Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165) Akan tetapi wajib
baginya mandi apabila sudah ada air atau bila telah hilang sebab uzur yang
membolehkannya

tayammum.

Dalam

pada

itu,

golongan

Malikiyyah

mengatakan, jika orang yang bertayammum dari janabah itu berhadas kecil,
maka batallah tayammumnya dari hadas kecil dan hadas besar sekaligus.
Disebabkan itu, haramlah bagi orang itu melakukan segala apa yang haram
dilakukan oleh orang yang junub sehingga ia mengulangi tayammumnya
lagi. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 148)
2) Hilangnya kesulitan yang mengharuskan tayammum:
Di antara yang membatalkan tayammum ialah hilangnya kesulitan atau
keuzuran yang menjadi penyebab boleh bertayammum seperti beredarnya
musuh atau binatang buas, hilangnya kesakitan dan kesejukan, adanya alat
yang boleh menyampaikan pada air dan terlepas dari tahanan atau penjara
yang tidak terdapat air padanya. Ini kerana apa yang mengharuskan
tayammum kerana uzur akan membatalkan tayammum itu kerana hilangnya
keuzuran. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604).

3) Melihat air dan sanggup memakai air:


Sekiranya seseorang bertayammum kerana tidak ada air, kemudian mereka
melihat air seumpama turun hujan sebelum mereka solat maka batallah
tayammum tersebut. (Abu Muhammad. t.th: 196) Ini berdasarkan hadis Abu
Zarr r.a: (Riwayat Abu Daud, (b) 313: 205-206) Maksudnya:

22

Tanah yang baik itu alat bersuci bagi orang Islam, sekalipun tidak engkau
perolehi air sepuluh tahun lamanya. Maka jika engkau telah mendapat air,
hendaklah engkau sentuhkan air itu ke kulit engkau, kerana yang demikian
itu lebih baik bagi engkau.
Dalam hal ini telah berkata Nafi': (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980: 561)
" Ibnu 'Umar telah bertayammum di tempat yang jauhnya dari Madinah kirakira satu atau dua batu sahaja dan bersolat Asar. Kemudian tibalah beliau ke
Madinah sedangkan hari masih terang, beliau tidak mengulangi lagi solat
Asarnya itu."
Melihat air atau sanggup memakai air yang memadai walaupun satu kali
menurut golongan Hanafiyyah manakala menurut golongan Malikiyyah dan
Hanabilah asal melihat atau menemukan air walaupun tidak memadai untuk
wudu' atau mandi sudah membatalkan tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga,
Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) Maka, apabila seseorang itu melihat atau
mendapatkan air sesudah bertayammum tetapi masih belum solat wajiblah
atasnya berwudu' untuk bersolat menurut pendapat para Fuqaha'. (AlSiddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980: 560) Jika seseorang bertayammum
kerana sakit atau seumpamanya, bukan kerana ketiadaan air lalu melihat air
tidaklah batal tayammumnya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 63)
4) Habis waktu solat:
Hanabilah telah memberi tambahan dalam perkara yang membatalkan
tayammum iaitu habis waktu solat, kerana tayammum dilakukan untuk solat.
(Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) Maka terbatal
tayammum itu secara mutlak samada disebabkan hadas besar, atau
terdapat najis dibadannya melainkan solat jumaat yang tidak membatalkan
tayammum apabila habis waktu. (Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990:
165-166)
5) Murtad (riddah):
23

Orang

yang

murtad

atau

keluar

dari

agama

Islam

membatalkan

tayammumnya menurut golongan Syafi'iyyah. Ini adalah kerana tayammum


itu untuk membolehkan solat, dan keharusan solat dengan tayammum itu
tidak ada lagi disebabkan riddah. Masalah ini berlainan dengan masalah
wudu' dan mandi junub, kerana wudu' dan mandi junub itu melenyapkan
hadas, bukan untuk membolehkan solat sahaja. Perlu ditegaskan juga
bahawa semua amal ibadat yang dikerjakan oleh orang yang murtad itu
telah tersia-sia belaka, dan tidak diterima Allah S.W.T. demikian pula hilang
pahalanya, sedangkan tayammum itu termasuk di bawah amal ibadat. (Abu
Muhammad. t.th: 198) Akan tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan yang lain
tidak membatalkan tayammum disebabkan murtad seperti halnya pada
persoalan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91)
6) Tempoh yang panjang antara tayammum dan solat:
Tayammum terbatal dengan adanya tempoh yang panjang di antara
tayammum dan solat menurut golongan Malikiyyah kecuali yang lainya. Ini
adalah

kerana

menurut

mereka

muawalat

(berturut-turut)

di

antara

tayammum dan solat adalah rukun tayammum. (Dr. Wahbah al-Zuhaili.


1984 : 606).

24

9.0 Kaifiat Tayammum


1. Kaifiat tayammum dalam keadaan biasa
Kaifiat tayammum haruslah dilakukan mengikut fardhu yang telah digariskan
oleh para Fuqaha'. Dengan ini haruslah diketahui cara-cara dan kaedah yang
betul sebelum seseorang itu melakukan amalan tayammum di samping
mengenalpasti kebolehan untuknya bertayammum itu memenuhi segala
syarat atau sebaliknya. Harus diketahui juga bahawa cara bertayammum
untuk hadas besar adalah sama caranya dengan tayammum untuk hadas
kecil manakala kadar yang dapat dikerjakan dengan sekali tayammum itu
ialah satu perkara wajib (fardhu) dan beberapa perkara sunat. Berikut ini
adalah kaifiat-kaifiat untuk bertayammum:
i.

Membaca Basmalah sambil meniatkan untuk mengharuskan solat,


tawaf, menyentuh al-Quran atau sebagainya yang dimaksudnya
dengan

tayammum.

ii. Kemudian menepuk dua tapak tangan ke debu dengan jari


terbuka. Setelah ditiup atau dilaga-lagakan kedua-dua tangan untuk
menipiskan debu-debu yang melekat padanya, lalu disapukan ke
muka

sekali

saja.

Niat

mestilah

dilakukan

pada

permulaan

memindahkan tanah ke tapak tangan dan hendaklah berkekalan


hingga

menyapu

pendapat

sebahagian

Syafi'iyyah.

daripada
Lafaz

muka

sebagaimana

niat

iaitu:

Maksudnya:
" Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardhu solat
kerana Allah Taala".
ii.

Cara menyapu muka adalah dengan menyapu bahagian atas muka


lalu meluncurkan ke bawah manakala kawasan muka ialah dari gigi
25

rambut ke bawah dagu dan dari telinga kanan ke telinga kiri


sebagaimana dalam wudu'. Bezanya ialah, jika dalam wudu' wajib
menyampaikan air ke celah-celah janggut atau misai yang tebal,
maka dalam tayammum hal itu tidak diwajibkan menurut mazhab
yang kuat kerana sukar. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b.
Muhammad. 1414H/1993: 124) Kemudian tapak tangan itu ditepuktepukkan terlebih dahulu untuk membuang debu musta'mal (yang
telah digunakan) yang masih melekat ditangan.
iii.

Selepas itu ditekap sekali lagi pada debu tadi untuk kali kedua lalu
ditipiskan

dengan meniup

atau

meneguh

kedua-dua

tangan.

Kemudian tapak tangan kanan menyapu tangan kiri hingga ke siku,


sementara tapak tangan kiri menyapu tangan kanan hingga ke siku.
(Hj. Osman b. Jantan. 1983: 62) Cara menyapu tangan adalah
dengan menyapu tangan kanan dengan meletakkan jari tangan kiri
selain ibu jari ke bawah jari tangan kanan. Kemudian dilurutkan jarijari

tangan

digenggam

kiri

hingga

sedikit

dan

ke

pergelangan

dilurutkannya

tangan

pula

kanan

hingga

ke

dan
siku.

Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan


lurutkan

ke

hadapan

sehingga

ke

pergelangan

tangan

dan

kedudukan ibujari dalam keadaan terangkat. Seterusnya melurut


ibu jari kiri di belakang ibu jari kanan dan begitulah sebaliknya
dengan

menyapu

tangan

kiri.

Seandainya

ditengah-tengah

mengusap anggota tayammum dia terangkat tangannya kemudian


dikembalikan semula, hukumnya boleh menurut qaul yang rajih dan
tidak perlu mengambil tanah lagi. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu
Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 126)
iv.

Tertib,

iaitu

mendahulukan

menyapu

muka,

kemudian

baru

menyapu kedua tangan hingga dua siku. (Hj. Osman b. Jantan.


1983:

59-60)

Manakala

menurut

26

golongan

Hanafiyyah

dan

Malikiyyah bahawa tertib itu hukumnya sekadar sunat, bukan rukun.


(Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 144).
Gambar Cara Tayammum.

i
i.

ii

Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu
muka.

ii.

Berniat: Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu


sembahyang kerana Allah Taala. Masa niat: Ketika mula
memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian muka.

iii.

Menyapu muka.

iv.

Selesai menyapu muka

v.

Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu


tangan .(Sebelum menepuk kedua tapak tangan kali kedua,
hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu dari
debu tanah yang telah digunakan).

vi.

Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan


empat perut jari tangan kiri dari hujung jari (selain ibu jari) hingga
naik ke siku.
27

vii.

Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.

viii.

Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat


perut jari tangan kanan (selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke
siku.

ix.

Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.

iii

iv

vii

viii

vi

ix

Catatan:

28

1. Untuk menyapu tangan, wajib ditanggalkan cincin, jam tangan dan


gelang sekiranya debu tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu,
maka sunat sahaja menanggalkannya.
2. Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan
ke anggota tayammum.
10.0 Hikmat Bertayammum
1. Tayammum suatu rahmat Allah kepada hambaNya
Di antara kelebihan Allah S.W.T ke atas umat Islam ialah mengangkatnya
daripada

kesempitan

dan

kesusahan

dalam

segenap

aspek,

dan

meringankan daripadanya pula. Keringanan dan mengangkat kesempitan di


dalam tanggungjawab Syari'e amat jelas bagi setiap muslim. Maka tidaklah
suatu tanggungjawab itu merupakan bebanan, atau suatu perintah daripada
urusan

syariat

pula

menyusahkan

manusia

untuk

melaksanakannya,

melainkan terdapatnya rahmat dan keringanan daripada Allah S.W.T yang


mengangkat

bebanan

itu

seluruhnya.

Hal ini dapat dilihat sebagaimana solat adalah dikecualikan kepada


perempuan yang didatangi haid dan nifas, puasa dikecualikan kepada orang
sakit yang berpanjangan, ibadat haji tidak diwajibkan kepada yang tidak
berkemampuan, peperangan dikecualikan kepada orang sakit, lemah, buta
dan sebagainya.
Perkara ini dapat juga didapati dengan keringanan suatu tanggungjawab
mengikut

kadar

kemampuan

dan

kudrat

seseorang

tanpa

adanya

masyaqqah (kesusahan) seperti orang yang lemah untuk bersolat sambil


berdiri dibenarkan solat dalam keadaan duduk, harus mengqasar dan
menjamakkan solat bagi musafir dan diharuskan juga berbuka puasa di
bulan ramadhan dan diqadha' puasa itu selepasnya. Sebagaimana firman
Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 185) Maksudnya:

Allah

menghendaki

kemudahan

kesukaran.
29

bagimu

dan

tiada

menghendaki

Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 28) Maksudnya:


Allah menghendaki supaya meringankan bagimu (peraturan agama),
kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah.
Dengan demikian, ibadat tayammum yang sampai perintahnya untuk
memukul ke atas tanah untuk disapu ke muka dan dua tangan adalah
sebagai ganti wudu' dan mandi janabah apabila didapati bersih. (Al-Syeikh
Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Ia merupakan suatu rukhsah (kemudahan
yang diberi oleh Syara') bagi orang yang tidak boleh menggunakan air
kerana sakit atau dalam musafir, atau kerana tidak ada air, atau sukar untuk
mendapat air.
Hadis Baginda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Jabir r.a:
(Riwayat Abu Daud, (b) 336: 239) Maksudnya:
Kami telah keluar mengembara maka salah seorang daripada kami terkena
batu, lalu luka kepalanya, kemudian ia bermimpi jimak maka ia bertanya
kepada para sahabatnya: Adakah kamu dapati jalan yang memberi
kemudahan kepadaku untuk bertayammum? Mereka menjawab: Kami tidak
dapati jalan untuk memberi kemudahan kepada engkau, sedang engkau
masih boleh menggunakan air. Kemudian dia mandi yang menyebabkan dia
mati. Kemudian ketika kami sampai kepada Nabi S.A.W. diceritakan peristiwa
itu kepada Baginda, lalu Nabi S.A.W. bersabda: Mereka bunuh dia, Allah akan
membunuh mereka. Mengapa mereka tidak bertanya ketika mereka tidak
tahu. Sesungguhnya ubat keraguan (kebodohan) itu ialah bertanya.
Sebenarnya sudah memadai (sudah cukup) ia bertayammum sahaja dan
membalut lukanya. Kemudian disapunya dengan air di atas pembalut
lukanya tadi dan membasuh semua badannya yang lain.

30

Nas-nas tersebut merupakan dalil bahawa tayammum itu suatu rukhsah


(kemudahan) yang dikurniakan Allah bagi orang yang mengalami kesukaran
untuk melaksanakan urusan agama. Kemudahan ini ialah kerana Allah S.W.T
tidak memberatkan dan membebankan hamba-Nya dalam melaksanakan
urusan tersebut di luar kemampuan mereka.(Abu Muhammad. t.th: 182-185)
Firman Allah S.W.T lagi: (Al-Hajj: 78) Maksudnya:
Dan Dia (Allah) menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan
susah payah dalam perkara agama.
Hikmat bertayammum ini termasuk dalam bahagian hikmat ta'abbudi, iaitu
perbuatan yang tidak diterangkan tuhan hikmatnya, hanya yang dapat
diketahui orang semata-mata syaratnya sahaja, iaitu agar solat jangan
sampai ditinggalkan dengan sebab ketiadaan air, padahal ketiadaan air itu
hanya buat sementara waktu sahaja. Maka dengan mudah sekali orang
mencari alasan untuk meninggalkan solat. Padahal menurut hukumnya, solat
tidak boleh samasekali ditinggalkan dalam keadaan macam mana sekalipun.
Di sini juga, terdapat dua hikmat yang terbesar amalan bertayammum:
i.

Menghinakan diri yang condong kepada kejahatan dengan meletakkan


tanah ke muka anggota yang paling mulia.

ii.

Menyatakan kemuliaan, syariat Nabi Muhammad S.A.W. yang mana


tayammum itu tidak dilakukan di masa umat-umat yang terdahulu. (Hj.
Osman b. Jantan. 1983: 65).

11.0 Kesimpulan
Melalui penjelasan yang telah dinyatakan di dalam bab ini, dapatlah kita
fahami bahawa amalan tayammum merupakan antara ibadat yang penting
sepertimana juga ibadat-ibadat lain yang menjadi kefardhuan kepada umat
Islam. Ini adalah kerana Allah S.W.T telah menggariskan mengenai syariat
bertayammum di dalam al- Quran dan Hadis dengan sejelas-jelasnya yang
31

mana ia sebagai suatu kemudahan bagi umatNya dalam melaksanakan


perintahNya. Ini seterusnya membuktikan kasih sayang yang ditunjukkan
oleh Allah S.W.T kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

RUJUKAN
1.

Abu Muhammad. t.th. Panduan Lengkap Tentang Bersuci. t.tp: Jasmin


Enterprise.

2.

Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999. Fiqh Ibadah. Kuala
Lumpur:
Penerbit Edaran Kalam.

3.

Hj. Osman b. Jantan. 1983. Pedoman Ilmu Fiqh. Singapura: Pustaka


Nasional

Pte.

Ltd.
4.

M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am (pnys). 1997. Kamus


Istilah

Fiqh,

Selangor: Advance Publication.

32

5.

Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994. Salat Empat Mazhab. t.tp: Litera


AntarNusa

dan

Pustaka Islamiyah.
6.

Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980. Hukum-Hukum Feqah Islam.


Kelantan:
Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

7.

Prof Madya Dr Mohd Yusof Ahmad. 2013. HBIS 3103 FIQH. Open
University Malaysia.

33

Anda mungkin juga menyukai