Anda di halaman 1dari 25

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2014

HBIS3203
FIQH II

NAMA

MOHD ZAKI BIN OMAR

NO. MATRIKULASI

810414035487001

NO. KAD PENGENALAN

810414035487

NO. TELEFON

0199777196

EMAIL

arrasyid0199777196@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SANDAKAN

LEARNING

CENTRE

Isi kandungan

Bil

Kandungan

Halaman

Pengenalan
- Definisi Haji
- Dalil Dalil Berkaitan Haji
- Sejarah Haji

3-5

Jenis- jenis Haji


- Haji Fardu
- Haji Badal
- Haji Sunat
- Haji Nazar
- Haji Qada

6-7

Cara Melaksanaan Haji


- Haji Ifrad
- Haji Tamattu
- Haji Qiran

7-8

Pelaksanaan Haji Ifrad, Haji Tamattu Dan


Haji Qiran

9 - 20

Perjalanan Jemaah Haji Malaysia Dalam


Menunaikan Ibadat Haji.
- Miqat Jemaah Haji Malaysia
- Perjalanan Ibadat Haji

21 - 23

Penutup

24

Rujukan

25

PENGENALAN
Menunaikan ibadah haji adalah bentuk ibadah ritual tahunan bagi kaum muslimin yang
berkemampuan. Menunaikan haji merupakan rukun yang ke lima dalam asas Rukun Islam.
Namun begitu Allah Taala tidak mewajibkan atau mengfardu-ainkan ibadah ini ke atas

hambanya sekiranya mereka tidak mampu. Berkemampuan di sini adalah di segi fizikal dan
juga di segi material. Ibadat haji dilaksanakan dalam bulan Zulhijjah.

Definasi Haji.
Di segi bahasa Haji bererti niat ( Al-Qasdu ), menuju kepada Allah yang Maha Agung.
Manakala menurut istilah syara bererti menziarahi tempat- tempat tertentu pada masa-masa
tertentu dengan melakukan pekerjaan atau ibadat yang tertentu. Tempat-tempat tertentu yang
dimaksudkan dalam definasi di atas adalah selain Kaabah dan Masa ( tempat sai ), juga
Padang Arafah ( tempat wukuf ), Mudzalifah ( tempat mabit ) dan Mina ( tempat melontar
jumrah ). Manakala yang dimaksudkan dengan waktu tertentu adalah bulan- bulan haji iaitu
dimulai dari Syawal sampai sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Amalan ibadah tertentu
ialah tawaf, sai , wukuf, mazbit di Mudzalifah , melontar jumroh dan mabit di Mina.

Kelebihan Haji adalah sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a
bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : -

( sesiapa yang mengerjakan Haji dan dia tidak mencampuri isterinya serta tidak melakukan
maksiat, dia akan kembali sebagaimana hari dia di lahirkan oleh ibunya )

Dalil- Dalil Berkaitan Haji.

1.

Surah Al Imran ayat 97


3

( mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang
) yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah

2. Surah Al Baqarah ayat 197


) ( Haji adalah beberapa bulan yang di maklumi

3. Surah Al Baqarah ayat 196


) ( Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah

4. Dalil dari hadis:


:
:






) (
Rasulullah S.A.W bersabda :
Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah mewajibkan Haji ke atas kamu, oleh sebab itu
kerjakanlah Haji itu.
Seseorang lelaki bertanya :
4

Adakah tiap tahun wahai Rasulullah? Rasulullah diam tidak menjawab, sehingga dia
mengulangi pertanyaannya sebanyak tiga kali. Lalu Rasulullah menjawab Jika aku
katakan YA maka akan menjadi kewajipan atas kamu ( setiap tahun ) sedang kamu tidak
mampu melakukannya.

5. Hadis Riwayat Ad Daraqutni dengan sanad sahih.

:

:

)
(
Dari Suraqah bin Malik R.A , dia bertanya : Wahai Rasulullah, apakah umrah kita ini untuk
tahun ini saja atau untuk selama-lamanya? Rasulullah menjawab : Untuk selamalamanya .umrah telah masuk dalam amalan- amalan haji sehingga hari kiama.

Sejarah Haji
Dari segi sejarah, ibadah Haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad
S.A.W sebagai memperbaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadah Haji
mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke 6 Hijrah. Pada tahun tersebut Rasulullah
S.A.W bersama- sama lebih kurang

1500 orang telah berangkat ke

Mekah untuk

menunaikan ibadah Haji. Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka
datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah.
Rasulullah dan rombongan tidak dapat mengerjakan Haji kerana telah dihalang oleh kaum
Quraisy sehinggalah wujud perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian itu
membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya, Rasulullah telah
mengerjakan umrah bersama- sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke 9 Hijrah barulah
ibadat haji dapat dikerjakan dimana Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Abu Bakar As
Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan Haji.

JENIS JENIS HAJI


5

Terdapat 5 jenis haji seperti mana di dalam buku panduan Haji Dan Umrah terbitan Tabung
Haji iaitu :

1) Haji Fardu
Haji Fardu juga dikenali sebagai Haji Islam atau Haji Wajib. Ia adalah haji yang wajib
ditunaikan oleh setiap muslim yang memenuhi syarat- syarat wajib haji sekali seumur hidup.
Bagi mereka yang tidak sempat menunaikan Haji Fardu semasa hayatnya sedangkan dia
sudah berkemampuan, atau kerana terlalu tua atau uzur atau sakit yang tidak ada harapan
sembuh, boleh melaksanakan Haji Badal.

2) Haji Badal
Haji Badal juga dikenali sebagai haji niyabah atau upah haji. Ia adalah haji yang ditunaikan
oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat- syarat yang tertentu.
Syarat Haji Badal.
Orang yang hendak menunaikan haji bagi pihak orang lain perlu:
1. Telah menunaikan haji bagi pihak dirinya sendiri dengan sempurna.
2. Hanya tunaikan haji untuk seorang sahaja pada satu musim haji.
3. Ia hendaklah berihram sama ada:
i.

Di miqat orang yang hendak dihajikannya atau.

ii.

Di miqat yang sama jauh dengan miqat orang yang hendak dihajikannya atau..

iii.

Di miqat yang telah ditentukan kepadanya. Namun jika tidak ditentukan miqat
baginya, bolehlah ia berihram dari mana-mana miqat.

iv.

Orang yang hendak menunaikan haji ini mestilah seseorang yang telah baligh.

3) Haji Sunat
Haji sunat juga di kenali sebagai Haji Tatawwa. Ia adalah ibadat haji yang ditunaikan oleh
mana-mana muslim yang telah menunaikan Haji Fardu.

4) Haji Nazar
Haji Nazar ialah haji yang wajib ditunaikan oleh seseorang muslim yang telah bernazar untuk
menunaikan haji kerana Allah SWT.

5) Haji Qada
Haji Qada ialah haji yang ditunaikan oleh seseorang sebagai meng-qada hajinya yang fasad
pada tahun yang terdahulu.

CARA MELAKSANAKAN IBADAT HAJI


Terdapat tiga (3) cara pelaksanaan haji iaitu Haji Ifrad, Haji Tamattu dan Haji Qiran.
1. Haji Ifrad
Haji Ifrad adalah mengerjakan haji sahaja dan selepas itu baru mengerjakan umrah. Ini
bermakna ibadah umrah dilakukan selepas selesai mengerjakan ibadah haji. Seseorang yang
memilih Haji Ifrad akan berihramuntuk mengerjakan haji sahaja. Dia tidak akan mengerjakan
umrah sehingga selesai daripada mengerjakan hajinya. Cara ini dianggap lebih afdal
mengikut mazhab imam As-Syafie kerana masyaqqah yang dihadapi ketika berada dalam
ihram masanya begitu panjang.
2. Haji Tamattu
Haji Tamattu adalah mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji sebelum
menunaikan haji. Bermakna seseorang itu mengerjakan umrah pada bulan haji sebelum
wukuf di Arafah. Haji cara ini dikenakan dam. Tamattu di sudut bahasa bermaksud
mengambil faedah manakala mengikut istilah syarak pula terdapat dua pendapat :
i-

Mengikut ulama Hanafi adalah menghimpunkan di antara umrah dan pekerjaanya


atau sebahagian besar daripada pekerjaan tersebut dengan ihram haji dan
pekerjaanya dalam bulan haji tanpa ilmam yang sahih dengan ahlinya.

ii-

Mengikut mazhab imam Syafie, Tamattu ialah dengan berihram mengerjakan


umrah dalam bulan haji. Setelah selesai mengerjakan ibadah dan bertahallul,
jemaah berihram pula untuk mengerjakan ibadah haji yang berikutnya di Mekah.

3. Haji Qiran
Haji Qiran ialah mengerjakan haji dan umrah sekaligus. Haji cara ini juga dikenakan dam.
Dari sudut bahasa, Qiran bermaksud mengumpul dua perkara manakala disegi istilah syarak
pula bermaksud menggabungkan antara ihram haji dan ihram umrah dalam satu perjalanan.
Seseorang itu perlu berniat untuk umrah dan haji sekali gus di miqat samaada hakiki iaitu
dengan niat merangkumi kedua ibadah tersebut, ataupun secara hukmi seperti pendapat ulama
Hanafi dengan cara berihram umrah sahaja dahulu kemudian sebelum dia melakukan
tawafnya separuh atau lebih ,dia berniat pula untuk melakukan haji. Bagi ulama Hanafi
dengan melakukan demikian penggabungan itu telah terlaksana kerana sebahagian besar
daripada amalan berkenaan telah ada.

Jumhur ulama pula berpendapat sebaliknya iaitu berihram untuk ibadah haji dahulu kemudian
menggabungkan umrah dengannya. Mengikut jumhur, jka hendak digabungkan haj kepada
umrah maka hendaklah dilakukan sebelum seseorang itu memulakan tawaf umrahnya.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang syumul, sesuai untuk semua peringkat usia dan apa
juga situasi yang berlaku. Semasa melakukan ibadat haji ini kelapangan seseorang itu dengan
seorang yang lain adalah tidak sama. Ada yang mempunyai kesempatan untuk mengerjakan
umrah selepas menunaikan haji, dengan itu mereka tidak terburu mengerjakan umrah
sebelum mengerjakan haji. Bagi mereka ini haji Ifrad lebih baik. Kepada mereka yang tidak
sempat mengerjakan umrah selepas mengerjakan haji dan masanya untuk mengerjakan umrah
hanya boleh dilakukan sebelum mengerjakan haji maka mereka kenalah memilih Haji
Tamattu.

Bagi mereka dalam kes terkepung, terhalang atau terkandas mengerjakan umrah contohnya
didatangi darah haid atau ditimpa kemalangan sebelum hari wukuf, sedangkan ianya tidak
mempunyai kesempatan mengerjakan umrah selepas mengerjakan haji maka pilihan kepada
mereka hanyalah haji Qiran.

PELAKSANAAN HAJI IFRAD, HAJI TAMATTU DAN HAJI QIRAN


a) Haji Ifrad .
Haji Ifrad ialah melaksanakan haji dan umrah secara terpisah, dimana masing- masing
dikerjakan dalam waktu yang berbeza tetapi tetap dalam satu musim haji. Ibadah haji
dilakukan terlebih dahulu selanjutnya melakukan ibadah umrah dalam musim haji juga.
Sebelum memasuki Mekah, jemaah haji harus sudah memakai pakaian ihram serta niat
melaksanakan ibadah haji sekaligus ibadah umrah. Para jemaah harus tetap berpakaian ihram
sampai selesai melaksanakan kedua-dua ibadah tersebut iaitu sejak tiba di Mekah sampai
lepas hari Arafah 9 Zulhijjah. Selama berpakaian ihram jemaah harus mematuhi segala
larangan. Jemaah yang memilih haji Ifrad di sunatkan melakukan tawaf Qudum apabila tiba
di Mekah. Haji Ifrad memang paling berat tetapi tinggi kualitinya dan tidak dikenakan dam
atau denda.

MIQAT HAJI IFRAD


Miqat di tanah air.
Para jemaah yang memilih miqat di tanah air hendakalah mellakukan persiapan ihram untuk
haji seperti berikut iaitu :
1. Memotong kuku
2. Memotong rambut secukupnya.
3. Mandi sunat ihram.
4. Memakai wangi- wangian
5. Memakai pakaian ihram.

Miqat di Saudi .
9

Para jemaah haji yang datang ke tanah suci lebih awal kebiasaanya akan berangkat ke
Madinah terlebih dahulu. Apabila hampir Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah barulah mereka
menuju ke Mekah. Jadi miqat dilakukan di salah satu tempat di tanah suci.

Di tempat miqat ini jemaah haji melakukan perkara- perkara berikut :


1. Solat sunat ihram 2 rakaat
2. Berniat haji : Labbaika Allahumma Hajjan.
3. Membanyakkan membaca talbiah di perjalanan ke Mekah.
Apabila sampai di Mekah para jemaah akan terus ke tempat penginapan untuk berehat
seketika dan selama di Mekah jemaah akan melakukan kegiatan berikut :
1. Melakukan Tawaf Qudum ( tawaf sunat waktu baru tiba di Mekah )
2. Setelah tawaf boleh terus melakukan Sai tetapi tidak boleh tahallul kerana jemaah
haji Ifrad akan tahallul nanti selepas selesai tawaf dan sai haji dilaksanakan.

Pelaksanaan Umrah Ifrad


Setelah melaksanakan Ibadah Haji jemaah perlu bersiap lagi untuk melaksanakan Ibadah
Umrah. Persiapan ihram dilakukan di penginapan di Mekah dan miqatnya di Tanim atau
Jiranah. Perincian ibadah umrah untuk Haji Ifrad seperi berikut :
1- Melakukan persiapan ihram
i- Mandi sunat ihram
ii- Memotong kuku
iii- Memotong rambut secukupnya
iv- Memakai wangi- wangian

2- Memakai pakaian ihram, berangkat ke batasan miqat di Tanim atau Jiranah. Jemaah
akan melakukan perkara berikut :
i- Solat sunat ihram 2 rakaat
ii- Melafazkan niat umrah
iii- Berangkat ke Mekah dan membanyakkan talbiah semasa dalam perjalanan ke Mekah.
10

3- Di Mekah jemaah akan melakukan perkara berikut :


i- Tawaf umrah
ii- Melaksanakan Saie
iii- Tahallul
Dengan selesainya pelaksanaan ibadah umrah ini maka selesailah seluruh rangkaian
pelaksannaan Haji Ifrad.
Waktu Pelaksanaan Haji Ifrad
Tarikh
8 Zulhijjah

Perbuatan
i.
Berangkat dari Mekah ke Mina, mabit di Mina

9 Zulhijjah

sebelum ke Arafah
Berangkat dari Mina ke Arafah setelah terbit matahari

i.

atau selepas solat subuh.


ii.

Berdoa, berzikir, bertasbih sambil menunggu waktu


wukuf ( pada siang hari )

iii.

Solat jamak qasar zuhur dan asar ( dilaksanakan pada


waktu zuhur)

iv.

Selesai solat laksanakan wukuf dengan berdoa,


berzikir,

bertalbiah,

beristighfar

terus

menerus

sehingga waktu maghrib.


v.

Setelah matahari terbenam segera berangkat ke


Muzdalifah. Solat jamak Maghrib dan Isyak di
Muzdalifah.

vi.

Malam mabit di Muzdalifah, paling kurang sampai


lewat tengah malam sambil mengumpulkan anak batu
untuk melontar Jumrah Aqabah besok pagi.

10 Zulhijjah

i.

Melontar Jumrah Aqabah

ii.

Tahallul awal

iii.

Menuju ke Mekah untuk melakukan tawaf, Saied an


di sunatkan tahallul Qubra.

iv.

Mesti berada kembali di Mina sebelum Maghrib.

v.

Mabit di Mina paling tidak sampai lewat tengh malam


11

11 Zulhijjah

i.

Melontar di tiga jamrah iaitu Jumrah Ula, Wusta dan


Aqabah sebanyak 7 kali

ii.

Mabit di Mina , paling tidak sejak sebelum Maghrib


samapai lewat tengah malam.

12 Zulhijjah

i.

Melontar Jumrah Ula, Wusta dan Aqabah masingmasing 7 kali.

ii.

Bagi yang Nafar Awal, kembali ke Mekah sebelum


Maghrib, lanjutkan dengan tawaf Ifadah dan Saie
serta Tahallul Qubra bagi yang belum.

iii.
13 Zulhijjah

Bagi yang Nafar Tsani , mabit di Mina.


Pagi bagi yang Nafar Tsani

i.

Melontar Jumrh Ul, Wusta dan Aqabah sebanyak 7


kali.
Siang malam

i.

Tawaf Ifadah, Saied an Tahallul Qubra bagi yang


belum. Bagi yang sudah melakukan Saie sesudah
Tawaf Qudum (ketika baru sampa di Mekah ) tidak
perlu lagi Saie terus shaja melakukan Tahallul

ii.

Ibadah haji selesai.

b) Haji Tamattu
Tamattu bererti bersenang-senang melaksanakan ibadah umrah terlebih dahulu dan setelah itu
barulah melaksanakan ibadah haji. Jemaah haji yang telah selesai melaksanakan ibadah
umrah boleh bertahallul dan menanggalkan ihramnya sementara menunggu tarikh 8 Zulhijjah
untuk memakai ihram semula untuk melaksanakan ibadah haji. Olehkerana kemudahan itulah
jemaah haji dikenakan dam atau denda iaitu menyembelih seekor kambing, sekiranya tidak
mampu berpuasalah selama 10 hari iaitu 3 hari di Tanah Suci 7 hari lagi setelah kembali ke
tanah air.

12

Jemaah haji yanglebih awal berada di Madinah persiapan ihramnya dilakukan di Madinah
iaitu di Bir Ali sekitar kira- kira 12 kilometer dari Bandar Madinah. Manakala bagi jemaah
yang sampai lambat dan terus ke Mekah, miqatnya boleh dilakukan di dalam pesawat semasa
pesawat melintas sempadan miqat. Persiapan ihram sebaiknya dilakukan di tanah air sebelum
berangkat ke tanah suci.

Pelaksanaan Ibadah Umrah Tamattu


MIQAT Haji Tamattu
Miqat di tanah air.
Para jemaah yang memilih miqat di tanah air hendakalah mellakukan persiapan ihram untuk
haji seperti berikut iaitu :
Persiapan ihram :
1.
2.
3.
4.
5.

Memotong kuku
Memotong rambut secukupnya
Mandi sunat ihram
Memakai wangi- wangian
Memakai pakaian ihram

Miqat di Saudi
( Bir Ali, Rabiqh , Zatu Irqin , Qarnul Manazil dan Yamyalam )
Di tempat miqat ini para jemaah haji akan melakukan :
1. Solat sunat ihram 2 rakaat.
2. Berniat haji LABBAIKA ALLAHUMMA UMRATAN.
3. Membaca talbiah sebanyak- banyaknya dalam perjalanan ke Mekah.
Apabila sampai di Mekah, jemaah boleh terus ke tempat penginapan
untuk berehat dan melakukan aktiviti seperti berikut :
1. Umrah ( tawaf, saie ).
2. Atau tawaf saja 7 kali keliling.
Apabila rangkaian ibadah tersebut sudah dilaksanakan maka selesailah
ibadat umrah. Para jemaah boleh mengganti pakaian ihram kepada

13

pakaian biasa sambil menunggu 8 Zulhijjah untuk menunaikan ibadah haji


pula.

Pelaksanaan Ibadah Haji Tamattu


Pada tanggal 8 Zulhijjah ibadah haji di mulai dengan memakai pakaian
ihram. Persiapan ihram boleh dilakukan di tempat penginapan di Mekah,
manakala solat sunat dan niat ihram boleh dilakukan di tempat
penginapan atau di Masjidil Haram.
Niatnya: LABBAKA ALLAHUMMA HAJJAN .
Waktu Pelaksanaan Haji Tamattu
Tarikh

Perbuatan
Ibadah Haji dimulai dengan memakai pakaian dan niat
8

Zulhijjah

Ihram pada tanggal 8 Zulhijah. Persiapan Ihram


dilakukan di tempat penginapan Mekah, sedangkan solat
sunat dan niat Ihramnya boleh dilakukan di rumah atau
Masjidil Haram.
Niatnya : Labbaika Allahumma Hajjan.
-

8 Zulhijjah (pagi),
Dari Mekah berangkat ke Mina atau terus

sahaja ke Arafah.
-

8 Zulhijjah (Siang-malam),

Mabit

atau

berangkat

ke

menginap

di

Arafah,

Mina

sebelum

sebagaimana

yang

dilakukan Rasullulah SAW.

Zulhijjah

9 Zulhijah (pagi),

Berangkat ke Arafah setelah matahari terbit atau


14

setelah solat Subuh.


-

9 Zulhijah (siang-petang),

1. Berdoa, zikir, tasbih sambil menunggu waktu


wukuf (pada tengah hari).
2. Solat Zuhur dan Asar di jamak qasar (Zuhur 2
rakaat, Asar 2 rakaat) dilaksanakan pada
waktu Zuhur
3. Setelah

solat

laksanakan

wukuf

dengan

berdoa, zikir, talbiyah, istiqfar terus menerus


setengah hari sampai waktu Maghrib.
-

9 Zulhijah (petang-malam),

Setelah matahari terbenam segera berangkat ke


Muzdalifah. Solat Maghrib dilaksanakan di Muzdalifah
di jamak dengan solat Isyak seperti yang dilakukan
Rasulullah.
-

9 Zulhijah (malam),

1. Shalat Maghrib dan Isyak dijamak takhir.


2. Mabit (berhenti sejenak) di Muzdalifah, paling
kurang sampai lewat tengah malam. sambil
mengumpulkan anak batu untuk melontar
Jumrah Aqabah.
3. Mengumpulkan 7 butir batu krikil untuk
melontar Jumrah Aqabah besok pagi.
Setelah solat Subuh tanggal 10 Zulhijah
-

9 Zuhijah (malam),

1.
2.

Solat Maghrib dan Isyak dijamak takhir.


Mabit (berhenti sejenak) di Muzdalifah, paling
kurang sampai lewat tengah malam. sambil
mengumpulkan batu krikil untuk melontar

Jumrah Aqabah.
3. Mengumpulkan 7 butir batu krikil untuk
15

melontar Jumrah Aqabah besok pagi.


4. Setelah solat Subuh tanggal 10 Zulhijah
10 Zulhijjah

10 Zulhijjah,

1. Melontar Jumrah Aqabah 7 kali.


2. Tahallul awal.
3. Lanjutkan ke Mekah untuk melakukan tawaf
ifadah, Sai dan disunatkan tahallul Qubra.
4. Harus sudah berada kembali di Mina sebelum
Maghrib.
5. Mabit di Mina, paling tidak sampai lewat
tengah malam.
11 Zulhijjah

11 Zulhijjah,

1. Melontar Jumrah Ula, Wusta dan Aqabah


masing masing 7 kali.
2. Mabit di Mina, paling tidak sejak sebelum
Maghrib sampai lewat tengah malam.
12 Zulhijjah

12 Zulhijah,

1. Melontar Jumrah Ula, Wusta dan Aqabah


waktu subuh masing masing 7 kali.
2. Bagi yang Nafar awal, kembali ke Mekah
sebelum maghrib ,lanjutkan dengan tawaf
ifadah dan Sai serta Tahallul Qubra bagi yang
belum.
3. Bagi yang Nafar Tsani, mabit di Mina.

13 Zulhijjah

13 Zulhijjah (pagi),

Bagi yang Nafar Tsani :


16

1. Melontar Jumrah Ula, Wusta dan Aqabah


masing-masing 7 kali.
2. Kembali ke Mekah
-

13 Zulhijjah (siang-malam),

i- Tawaf ifadah, Sai dan Tahallul Qubra bagi


yang belum.
ii- Bagi yang sudah melakukan Sai sesudah
tawaf Qudum (ketika baru tiba di Mekah)
tidak perlu Sai langsung saja melakukan
Tahallul.
iii- Ibadah Haji Selesai.

c) Haji Qiran
Haji Qiran ialah melaksanakan ibadah haji dan umrah secara serentak, dengan demikian
proses tawaf, saie dan tahallul untuk haji dan umrah dilakukan satu kali atau sekaligus. Oleh
kerana kemudahan itulah jemaah yang memilih haji jenis ini dikenakan dam atau denda iaitu
menyembelih seekor kambing atau bila tidak mampu bolehlah berpuasa 10 hari . Bagi yang
melaksanakan Haji Qiran di sunatkan melakukan tawaf Qudum ketika baru tiba di Mekah.
Miqat bagi jemaah yang berada di Madinah ialah BIR ALI ( Zulhulaifah ). Bagi jemaah yang
sudah berada di Mekah, miqatnya boleh dilakukan di Tanim atau Jiranah, dan bagi yang
datang ke Mekah pada hari yang hampir ke tanggal 9 Zulhijjah, miqatnya dapat dilakukan di
atas pesawat ketika pesawat melintas daerah miqat.

Pelaksanaan Haji Qiran


Miqat di tanah air.
Bagi yang memilih miqat di tanah air hendaknya melakukan persiapan ihram untuk haji
seperti berikut :
Persiapan ihram :
1.
2.

Memotong kuku
Memotong rambut secukupnya
17

3.
4.
5.

Mandi sunat ihram


Memakai wangi- wangian
Memakai pakaian ihram

Miqat di Saudi
Jemaah haji yang datang ke tanah suci lebih awal biasanya akan berangkat terlebih dahulu ke
Madinah. Apabila hamper 9 Zulhijjah barulah menuju ke Mekah. Miqat dilaksanakan di salah
satu tempat tanah suci. Di tempat miqat ini jemaah haji melakukan perkara- perkara berikut:
Di tempat miqat ini para jemaah haji akan melakukan :
1.
2.
3.

Solat sunat ihram 2 rakaat


Berniat haji : LABBAIKA ALLAHUMMA HAJJAN
Memperbanyakkan membaca talbiah semasa dalam perjalanan menuju ke Mekah.

Apabila sampai di Mekah, jemaah haji akan terus ke tempat penginapan untuk berehat
seketika, selama di Mekah jemaah melakukan kegiatan seperti berikut :
1.
2.

Melakukan tawaf Qudum.


Boleh terus melakukan Saie setelah tawaf Qudum , atau boleh juga sesudah tawaf

Ifadah.
3. Bertahallul apabila selesai seluruh kegiatan ibadah haji.
Sesudah tawaf Qudum dan Saie jemaah menunggu waktu pelaksanaan haji yang bermula
tanggal 8 Zulhijjah. Dalam waktu menunggu pelaksanaan haji itu jemaah Haji Qiran harus
tetap mengenakan pakaian ihram dan mematuhi semua larangan yang berkenaan dengan
ihram.
Waktu Pelaksanaan Haji Qiran
Tarikh
8 Zulhijjah

Perlakuan
1.

Tanggal 8 Zulhijah (pagi), Dari mekah berangkat ke Mina


atau langsung ke Arafah.

2.

Tanggal 8 Zulhijah (Siang-malam), Mabit atau menginap


di Mina sebelum berangkat ke Arafah, sebagaimana yang
18

dilakukan Rasullulah Shallallahu Alaihi waSallam.

9 Zulhijjah

3.

Tanggal 9 Zulhijah (pagi), Berangkat ke Arafah setelah


matahari terbit atau setelah solat Subuh.

4.

Tanggal 9 Zulhijah (siang-petang),


i- Berdoa, zikir, tasbih sambil menunggu waktu wukuf (pada
tengah hari).
ii- Solat Zuhur dan Asar di jamak qasar (Zuhur 2 rakaat, Asar 2
rakaat) dilaksanakan pada waktu Zuhur
iii- Setelah shalat laksanakan wukuf dengan berdoa, zikir,
talbiyah, istiqfar terus menerus setengah hari sampai waktu
Maghrib.
5. Tanggal

Zulhijah

(petang-malam),

Setelah

matahari

terbenam segera berangkat ke Muzdalifah. Solat

Maghrib

dilaksanakan di Muzdalifah di jamak dengan shalat Isya


seperti yang dilakukan Rasulullah.
6. Tanggal 9 Dzulhijah (malam),
i- Solat Maghrib dan Isya dijamak takhir.
ii- Mabit (berhenti sejenak) di Muzdalifah, paling kurang
sampai lewat tengah malam. sambil mengumpulkan anak
batu untuk melontar Jumrah Aqabah.
iii- Mengumpulkan 7 butir batu krikil untuk melontar Jumrah
Aqabah besok pagi.
iv- Setelah solat subuh tanggal 10 Zulhijah

10 Zulhijjah

7. Tanggal 10 Zulhijah,
i- Melontar Jumrah Aqabah 7 kali.
ii- Tahallul awal.
iii- Lanjutkan ke Mekah untuk melakukan tawaf ifadah, Sai
19

dan disunatkan tahallul Qubra.


iv- Harus sudah berada kembali di Mina sebelum Maghrib.
v- Mabit di Mina, paling tidak sampai lewat tengah malam.

11 Zulhijjah

8. Tanggal 11 Zulhijah,
i- Melontar Jumrah Ula, Wusta dan Aqabah masing masing
7 kali.
ii- Mabit di Mina, paling tidak dari sebelum Maghrib sampai
lewat tengah malam.

12 Zulhijjah

9. Tanggal 12 Zulhijah,
i- Melontar Jumrah Ula, Wusta dan Aqabah waktu subuh
masing masing 7 kali.
ii- Bagi yang Nafar awal, kembali ke Mekah sebelum maqrib
,lanjutkan dengan tawaf ifadah dan Sai serta Tahallul Qubra
bagi yang belum.
iii- Bagi yang Nafar Tsani, mabit di Mina.

13 Zulhijjah

10.

Tanggal 13 Zulhijah (pagi), Bagi yang Nafar Tsani :

i- Melontar Jumrah Ula, Wusta dan Aqabah masing-masing 7


kali
11.

Tanggal 13 Dzulhijah (siang-malam),

i- Tawaf ifadah, Sai dan Tahallul Qubra bagi yang belum.


Bagi yang sudah melakukan Sai sesudah tawaf Qudum
(ketika baru tiba di Mekah) tidak perlu Sai langsung saja
melakukan Tahallul.
20

ii- Ibadah Haji dan umrah selesai

PERJALANAN JEMAAH HAJI MALAYSIA


HAJI

DALAM MENUNAIKAN IBADAT

Para jemaah haji boleh memilih mana-mana jenis haji yang sesuai baginya. Jemaah haji dari
Malaysia memilih jenis haji yang akan di lakukannya dengan berpandukan keadaan berikut :
1.

Jadual penerbangan jemaah sama ada penerbangan awal atau akhir .

2.

Berapa lama tinggal di Mekah sebelum tibanya hari Arafah.

3.

Berapa lama jemaah haji berada dalam ihram.

4.

Dam yang dikenakan atau tidak.

5.

Jemaah yang bersama.

Perjalanan jemaah haji Malaysia merupakan perjalanan yang panjang. Kebiasaannya tempoh
pergi dan balik adalah dari 40 hingga 45 hari mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh
Lembaga Tabung Haji.
Miqat Jemaah Haji Dari Malaysia.
Pada masa kini hanya 2 (dua ) miqat sahaja yang dilalui oleh jemaah haji dari negara kita
iaitu:
1- Qarnal - Manazil ( al-Sayl) : bagi mereka yang dijadualkan terus masuk ke Mekah
dari Malaysia.
2- Zulhulaifah ( Abyar Ali/ Bir Ali ) : bagi mereka yang dijadualkan menziarahi Madinah
terlebih dahulu. Selepas itu barulah mereka masuk ke Mekah.
Jemaah haji Malaysia yang berniat haji di Mekah ialah mereka yang melakukan haji Tamattu.
Mereka memasuki Mekah dengan niat umrah di miqat yang telah ditetapkan dan
melaksanakan kerja-kerja umrah tersebut. Sebelum bertolak ke Arafah untuk memulakan
kerja- kerja haji, mereka hendaklah berniat haji dipenginapan masing- masing.
Perjalanan Ibadat Haji
21

8 Zulhijjah
Pada 8 zulhijjah bermulalah perjalanan lima hari terpenting dalam mengerjakan ibadah haji
yang menjadi rukun islam kelima. Para jemaah haji Malaysia yang menjadi tetamu Allah ini
akan bergerak ke Masyaer iaitu tempat mengerjakan haji di Arafah, Mudzalifah dan Mina.
Mereka yang telah berada di Mekah sejak awal akan melaksanakan rukun haji dengan
meninggalkan Kota Mekah menuju ke Padang Arafah yang berkeluasan 10.4 kilometer , 22
kilometer dari Masjidil Haram.
Pada pagi 8 Zulhijjah , semua umat Islam tanpa mengira jantina memakai pakaian ihram,
kemudian berniat haji ,dan tidak putus-putus mengucapkan talbiah;


Jemaah haji kemudiah berangkat menuju ke Mina, sehingga malamnya semua jemaah haji
seharusnya sudah berada dan bermalam di Mina. Ramai jemaah haji menggunakan Kereta
Api Mashair untuk ke Arafah dan kawasan sekelilingnya yang kosong dan bakal dipenuhi
jemaah haji dari seluruh dunia untuk menghadiri kemuncak ibadat haji.
8

Zulhijjah

Pada sebelah pagi 9 Zulhijjah semua jemaah haji pergi ke Arafah bagi mengerjakan ibadah
Wukuf iaitu berdiam diri dan berdoa atau menunaikan solat memohon rahmat daripada Allah
S.W.T.
Wukuf pada 9 Zulhijjah adalah rukun yang terpenting atau kemuncak ibadah haji dan wajib
dilaksanakan oleh setiap jemaah haji termasuk mereka yang sakit, walaupun hanya dengan
singgah seketika.
Selepas waktu Maghrib, jemaah haji akan memulakan pergerakan untuk bermalam di
Muzdalifah iaitu berjarak sekitar 8 kilometer jaraknya dari Padang Arafah. Para jemaah akan
berada di Muzdalifah sehingga tengah malam dan mengutip batu untuk melontar di Mina
pada esok hari.
9

Zulhijjah

22

Pada sebelah pagi 10 Zulhijjah jemaah haji akan segera beredar meninggalkan Muzdalifah
menuju ke Mina untuk melaksanakan ibadat melontar, iaitu melontar 7 biji batu ke AlJamrah Aqabah sebagai simbolik mengusir syaitan. Setelah bercukur atau menggunting
rambut ( bertahallul ), jemaah sudah boleh Tawaf Haji di Mekah , atau bermalam di Mina dan
melaksanakan sambungan melontar jamrah.
Jemaah haji akan berada di Mina selama 3 hari atau secepat- cepatnya 2 hari untuk melontar
jamrah yang di tentukan. Jemaah haji dari Malaysia akan mula melontar Jamratul Qubra
selepas solat Isyak bermula jam 11.00 malam pada 10 Zulhijjah. Bagi yang tinggal di Mina
Muhassir, mereka akan melontar selepas tengah malam dan balik ke khemah di Mina
Muhassir bagi bermalam di Muzdalifah.
Pada tarikh ini juga, umat Islam akan menyambut Hari raya Aidil Adha. Mereka yang
berkemampuan akan melakukan ibadah korban untuk diagih- agihkan kepada mereka yang
kurang berkemampuan, tidak terkecuali mereka yang berada di tanah suci juga melakukan
ibadah korban.
10 dan 12 Zulhijjah
Pada Hari Tasyrik, 11 dan 12 Zulhijjah pula para jemaah akan menyambung lontaran ketigatiga jamrah iaitu Jamratul Sughra, Jumratul Wusta dan Jumratul Qubra selepas solat Isyak
bermula pada 9 .00 malam.
13 Zulhijjah
Pada 13 Zulhijjah, jemaah haji yang melakukan Nafar Thani akan melontar selepas solat
Subuh antara 6.00 pagi hingga 8.30 pagi. Setelah selesai melontar para jemaah haji akan
meninggalkan Mina menuju ke Mekah untuk menyempurnakan ibadat haji dengan
mengerjakan Tawaf dan Saie.
Bagi jemaah haji Malaysia yang mengerjakan Haji Tamattu , mereka akan kembali ke Mekah
untuk melakukan Tawaf Rukun dengan mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram sebanyk 7
kali.
Ini akan diikuti dengan bersaie antara Bukit Safa dan Marwah sebelum bertahallul ( bercukur
dan menggunting rambut ) bagi membolehkan mereka bertahallul awal.
23

Penamat
Sebelum pulang ke tanah air , jemaah haji akan meklaksanakan Tawaf Wida ( Tawaf
perpisahan atau tawaf selamat tinggal ).

Penutup
Menjadi tetamu Allah dan menunaikan ibadat haji adalah impian semua orang Islam yang
beriman dengan rukun Islam yang kelima. Tidak ada nikmat sesuatu perkara itu jika tidak ada
ujian dan kesusahan. Begitu juga dengan tetamu Allah ini mereka tentunya diuji dengan
kesulitan dan sedikit kesusahan semasa berada di sana kerana di sana berhimpun seluruh
umat Islam yang bilangannya berjuta-juta orang, dari berbagai negara, berbagai bangsa dan
latar budaya. Kita biasa mendengar bagaimana jemaah haji terpaksa menunggu berjam- jam
di kaunter imegresen, perjalanan bas yang terlalu lama kerana kesesakan lalu lintas dan
macam-macam lagi. Berbanyak-banyakkan sabar wahai tetamu Allah agar dapat
melaksanakan ibadat ini dengan sempurna. Bukan senang kita nak dapat peluang ke tanah
suci kita kena mendaftar dengan tabung haji dan menunggu bertahun- tahun, perlu mampu
dari segi kewangan dan fizikal dan meninggalkan keluarga di tanah air. Kita ke sana bukan
untuk berseronok atau bercuti tetapi untuk melakukan ibadat mudah-mudahan mendapat haji
yang mabrur.
Banyak kelebihan yang akan kita dapat apabila menunaikan ibadah haji antaranya:
1. Mendapat ganjaran haji mabrur.
2. Jihad yang paling utama
3. Bersih seperti bayi yang baru lahir.
4. Menjadi tetamu agung kepada Allah.
5. Didoakan keampunan oleh Rasulullah S.A.W.

Penulisan ini banyak mencari maklumat daripada buku- buku berkaitan panduan haji dan
umrah. Tugasan ini telah memberi kefahaman yang jelas bagaimana melakukan ibadah haji,
24

terbayang-bayang di ruang mata Kaabah yang di rindui. Ya Allah, tidak sabar rasanya nak
mengunjungi Baitullah dan menjadi tetamuMu
Insya Allah semoga diperkenankan oleh-Nya amin.

Rujukan
Laman Web

1.

http://www.jurnalhaji.com/rukun-haji/haji-qiran-tamattu-dan-ifrad

2.

http://www.sabah.edu.my/cwm010/haji.htm

3.

http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/bimbingan

Buku
1.

Ibadah Haji, Umrah Dan Ziarah, Lembaga Tabung Haji : 2003

2.

Panduan Ibadah Haji, Umrah Dan Ziarah, Lembaga Tabung Haji : 2007

25

Anda mungkin juga menyukai