Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2014


HBQE3203
ILMU TAFSIR

TUTOR

EN. ROSSAIN BIN MAJID

NAMA

MOHD ZAKI BIN OMAR

NO. MATRIKULASI

810414035487001

NO. KAD PENGENALAN

810414035487

NO. TELEFON

0199777196

EMAIL

arrasyid0199777196@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SANDAKAN

LEARNING

CENTRE

Isi kandungan

Bil

Kandungan

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Pengenalan

Pengertian Tafsir mengikut Ulama Islam

Huraian tentang biodata dan sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih

Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dalam penulisan dan
penyusunan kitab Tafsirnya

penutup

rujukan

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Halama
n

Assalamualaikum waramatulahitaala wabarakatuh dan salam sejatera.

Pertama-tama bersyukur kehadrat Allah kerana dengan limpah inayahNya


dan IzinNya dapatlah saya menghabiskan kerja tugasan yang diberikan. Di
sini saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
terima kasih kepada tuan tutor alfadhil Ustaz Rossain bin Majid yang banyak
membimbing. Walaupun tugasan ini tidak sebaik yang diharapkan. Semoga
Allah sahaja yang membalas segala jasa dan kebaikan yang diberikan.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi puan jadi kenangan.

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Saya akhiri dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih yang


tidak terhingga.
Sekian terima kasih

PENGENALAN
Kitab Suci Al-Quran merupakan panduan hidup yang menghubungkan manusia dengan Allah
s.w.t., Pencipta seluruh Alam dan yang menghubungkan manusia dengan masyarakatnya. Oleh
yang demikian, umat Islam seluruhnya selain daripada dituntut membaca Al-Quran yang
diturunkan Allah dalam bahasa Arab, adalah juga dituntut untuk mengetahui segala makna dan
tafsirannya dalam bahasa sendiri, supaya ajarannya dipatuhi dan diamalkan dengan sempurna.

Tafsir Pimpinan al-Rahman adalah sebuah kitab terjemahan al-Quran sekaligus merupakan kitab
tafsir al-Quran yang telah dihasilkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Kitab tafsir ini diguna pakai
secara meluas di kalangan masyarakat Islam di Malaysia malahan ianya diiktiraf oleh kerajaan
Malaysia sebagai sebuah kitab tafsir yang sewajarnya dirujuk oleh masyarakat Islam di
Malaysia.

Berdasarkan kenyataan ini, penulisan ini cuba menghuraikan perkara-perkara berikut:

1. Pengertian Tafsir mengikut Ulama Islam.


2. Huraian tentang biodata dan sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih.
3. Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dalam penulisan dan
penyusunan kitab Tafsirnya.

1. Pengertian Tafsir mengikut Ulama Islam


Makna Tafsir dari Sudut Bahasa
Dari

sudut

bahasa,

perkataan

tafsir

adalah

mengikut wazan

tafil.

Perkataan ini berasal daripada kata akar al-fasr yang bererti menjelaskan (altabyin), menerangkan (al-idah), menyingkap (al-kasyf) dan menampakkan
(izhar).

Dari

sini,

bolehlah

dikatakan

bahawa tafsir itu

bermaksud

menerangkan serta menjelaskan sesuatu. Oleh yang demikian, mentafsirkan


ayat-ayat al-Quran adalah dengan menerang atau menjelaskan apa-apa
yang terkandung padanya daripada makna-makna, rahsia dan hukum
hakamnya. (sila rujuk Pengantar Usul Tafsir, 2001: 5). Firman Allah:

Maksudnya: Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata


yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu
kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala
yang mereka katakan itu). (al-Furqan: 33)
Rajah 1.1 di bawah memberikan gambaran keseluruhan makna tafsir dari
segi bahasa.

Rajah 1.1: Tafsir dari segi bahasa


Makna Tafsir dari Sudut Istilah
Manakala dari sudut istilahnya pula, terdapat pelbagai definisi yang telah
dikemukakan oleh para ulama berhubungan dengan maksud tafsir. Para
ulama telah mengemukakan pelbagai definisi mengenai tafsir yang saling
melengkapi di antara satu definisi dengan definisi yang lainnya.
i.

Imam az-Zarkasyi telah mendefinisikan tafsir sebagai berikut:

Maksudnya: Ilmu

untuk

memahami

Kitabullah

yang

diturunkan

kepada NabiNya Muhammad Sallallhu alaihi wa sallam, menjelaskan


maknanya, serta mengeluarkan hukum hakam dan hikmahnyahikmahnya.
ii.

Sementara itu, Imam


sebagai:

Jalaluddin

as-Suyuti mendefinisikan tafsir

Maksudnya: Ilmu yang membahas maksud Allah Taala sesuai dengan


kadar kemampuan manusia yang mencakup segala sesuatu yang
berkaitan dengan pemahaman dan penjelasan makna.
iii.

Definisi tafsir lainnya telah dikemukakan oleh Syeikh Muhammad


Abdul Azim az-Zarqany:

Maksudnya: Ilmu yang membahas perihal al-Quran Al-Karim dari segi


penunjukan dalilnya sesuai dengan maksud Allah Taala berdasarkan kadar
kemampuan manusia.
Sehubungan

dengan

bahawa tafsir itu

itu,

sebagai

bermaksud

kesimpulannya,

menjelaskan

makna

boleh

ayat-ayat

dikatakan
al-Quran,

kedudukannya, kisah dan sebabnuzul, susunan ayat makki dan madani,


muhkam dan mutashabih, nasikh mansukh, khusus dan umum, halal, haram
dan

sebagainya

dengan

menggunakan

ungkapan

yang

menunjukkan

kepadanya secara jelas dan terang mengikut kadar kemampuan manusia.

2. Huraian tentang biodata dan sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih.


SHEIKH ABDULLAH BASMEIH
LATARBELAKANG

Nama penuh beliau ialah Sheikh Abdullah Basmeih bin Sheikh Muhammad
Basmeih. Beliau berketurunan Arab di kedua-dua belah pihak ibu dan ayah
beliau. Ayah beliau bernama Syeikh Muhammad Basmeih bin Salleh Basmeih
yang berasal dari Hadramawt di Yaman, manakala ibu beliau bernama
Aisyah binti Abdullah bin Hammad yang berasal dari wilayah Bishah Arab
Saudi. Basmeih adalah gelaran bagi keturunan beliau.
Syeikh Abdullah Basmeih telah dilahirkan pada 29 Disember 1913. Dalam
catatan lain beliau dikatakan dilahirkan pada tahun 1915 kerana umur beliau
sewaktu berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1927 ialah 12 tahun. Beliau
dilahirkan di kawasan bernama Maabdah yang terletak berhampiran dengan
Mekah. Beliau dibesarkan di bumi Mekah al-Mukarramah sehinggalah
berhijrah ke Tanah Melayu selepas itu kerana mengikut bapa beliau.
Syeikh Abdullah Basmeih telah menjadi yatim semasa berumur kurang dari
dua tahun sewaktu ibu beliau Aisyah meninggal dunia. Selepas itu beliau
dijaga dan dibesarkan oleh ibu saudara beliau Khadijah Hammad. Khadijah
Hammad dipangil beliau sebagai ammati wa khalati iaitu yang bermaksud
ibu saudara sebelah bapaku dan ibu saudara sebelah ibuku kerana beliau
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kedua-dua belah pihak iaitu di
pihak ayah dan ibu Sheikh Abdullah Basmeih.
Sheikh Abdullah Basmeih hanya mempunyai dua orang adik beradik lelaki
sebapa iaitu Sheikh Said dan Sheikh Salim. Kedua-duanya adalah hasil
daripada perkongsian hidup Sheikh Muhammad Basmeih dengan wanita
Melayu yang bernama Yang Chik binti Haji Kesah yang berasal dari Kampung
Sungai Kertah Pengkalan Balak Melaka.
PENDIDIKAN
Sheikh Abdullah Basmeih adalah seorang tokoh ilmuwan terulung namun
sejarah pendidikannya tidaklah sepertimana kebanyakan ulama lain.

Pendidikan awal Sheikh bermula semasa beliau kecil lagi iaitu semasa
berada di Mekah al-Mukarramah. Semasa di sana beliau telah sempat belajar
di Suq al-Layl. Beliau telah dihantar oleh ayah beliau untuk belajar agama di
masjid Mekah semasa berumur 7 tahun. Pembelajaran beliau ini hanyalah
sekejap sahaja kerana semasa beliau berumur 12 tahun ayah beliau telah
membawa beliau bersama berhijrah ke Malaysia di Pengkalan Balak Melaka.
Bermula dari perpindahan itu, beliau telah dididik mengikut suasana
masyarakat tempatan pada masa itu.
Beliau telah dimasukkan ke sekolah Melayu Pengkalan Balak Melaka dan
telah belajar sehingga lulus darjah 5. Hasil daripada persekolahan dan
persekitaran telah membolehkan beliau untuk menguasai bahasa Melayu
dengan baik.
Selepas daripada itu beliau tidak dapat meneruskan pengajian beliau ke
peringkat lebih tinggi disebabkan masalah kewangan. Walaubagaimanapun
beliau tetap gigih menimba ilmu dengan berusaha membaca sendiri
antaranya Majalah Guru, hasil-hasil karangan pendita Zaaba dan sebagainya.
Beliau sendiri turut menyebut bahawa guru beliau adalah buku-buku dan
kemahuan, hanya Allah sahaja yang mengetahui kegigihan beliau dalam
menuntut ilmu.

PEKERJAAN
Sheikh Abdullah Basmeih adalah seorang yang gigih. Sejak kematian ayah
beliau, beliau telah bertanggungjawab untuk berusaha mencari rezeki bagi
meringankan beban ibu tiri beliau walaupun pada masa itu beliau masih

bersekolah. Beliau pernah menjual nasi lemak, menoreh getah, bersawah,


menjual buah dan ikan.
Selain daripada itu, Sheikh juga pernah bekerja sebagai buruh di Triang
Pahang, sebagai pembantu tukang masak di kantin Sekolah Inggeris Bandar
Hilir Melaka, sebagai buruh di kilang getah Belanda di Pasir Panjang, peniaga
kain dan pembuat dan penjual rojak.
Semasa beliau berniaga rojak beliau telah berjinak-jinak dengan dunia
penulisan. Artikel beliau pernah tersiar dalam akhbar Warta Malaya.
Kebolehan beliau ini disedari oleh pengarang akhbar Utusan Melayu Haji
Mohammad Dahlan Masood (Hamdan). Beliau telah memberi kepercayaan
kepada

Sheikh untuk

menterjemah rencana-rencana

agama

daripada

Majalah al-Musawwar untuk dimuatkan ke dalam Utusan Melayu.


Selepas itu beliau terus serius berkecimpung di dalam dunia penulisan dan
penterjemahan. Beliau pernah bekerja dengan Syarikat Qalam Press dan
Syarikat Utusan Melayu. Beliau juga pernah bekerja sebagai penulis dan
penterjemah bebas.

KARYA

Sepanjang penglibatan Sheikh di dalam bidang penulisan, beliau telah


banyak menghasilkan karya-karya yang amat berharga. Antaranya ialah :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.
xiii.
xiv.

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.


Pengertian Ayat-ayat al-Quran ( naskhah jawi dan naskhah rumi )
Mukadimah Mastika Hadis
Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( iman- tauhid )
Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( sembahyang )
Khutbah Haji Wada- Khutbah Rasulullah s.a.w
Panduan Mengurus Jenazah
Kedudukan Masjid Dalam Islam
Sejarah Hidup Siti Aisyah (1950)
Sejarah Hidup Abu Bakar al-Siddik (1951)
Sejarah Hidup Nabi Muhammad ( 1952-1953)
Panduan Kanak-kanak Sembahyang
Muqaddam al-Quran
Hikayat Salahuddin al-Ayyubi

KEMATIAN
Sheikh telah kembali ke rahmatullah pada 14 Julai 1996 di rumah beliau
yang terletak di Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat. Pada ketika itu
beliau berumur 84 tahun. Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu
kehilangan yang amat besar kepada negara kita lebih-lebih lagi apabila
mengenangkan sumbangan beliau sebagai penterjemah al-Quran.

3. Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dalam penulisan dan
penyusunan kitab Tafsirnya.
METODOLOGI PENULISAN DAN PENYUSUNAN KITAB

Pada bahagian metodologi ini penulis merujuk kepada kitab Tafsir Pimpinan
Ar-Rahman cetakan ke 13. Penulis membahagikan kitab ini kepada tiga
bahagian iaitu bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup.
Bahagian Pendahuluan mempunyai helaian-helaian tentang kata-kata aluan
Perdana Menteri Malaysia, kata-kata aluan Yang Berhormat Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Dato Dr. Abdul Hamid Othman, kata-kata aluan
Ketua Pengarah JAKIM Brigedier Jeneral Dato Abdul Hamid bin Zainal Abidin,
kata-kata aluan Dato Haji Muhammad Noor, kata penutup penyemak dan
penterjemah

Haji

Muhammad

Noor

dan

Sheikh

Abdullah

Basmeih,

keterangan tentang Ejaan Kata-kata Istilah Ugama dalam naskhah rumi oleh
Sheikhdan senarai kitab-kitab rujukan.
Bahagian isi pula adalah bahagian surah-surah al-Quran yang diterjemah
dan ditafsirkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Setiap surah didahului oleh
mukaddimah. Bahagian Mukaddimah ini memberi keterangan tentang nama
surah, tempat diturunkan surah, bilangan ayat dan juga intisari ayat.
Bahagian ini merangkumi 30 juzu al-Quran bersamaan 114 surah.
Bahagian penutup pula mengandungi halaman tentang isi kandungan kitab
beserta mukasurat setiap isi. Kitab ini diakhiri dengan keterangan tentang
Pengenalan Mashaf al-Quran al-Karim beserta tanda-tanda yang digunakan
di

dalam

mashaf

dan

makna

tanda-tanda

tersebut.

METODOLOGI PENTAFSIRAN
Secara keseluruhannya sepanjang pemerhatian penulis, Sheikh Abdullah
Basmeih tidak menentukan format khusus untuk menterjemah dan mentafsir
al-Quran.

Beliau

merujuk

kepada

kitab-kitab

muktabar

kemudian

menterjemah ayat-ayat al-Quran dengan gaya terjemahan beliau sendiri


tanpa terikut dengan mana-mana penterjemah.

Beliau menterjemah dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk


difahami bukannya menterjemah mengikut huruf (harfiah). Mana-mana ayat
yang memerlukan huraian dibuat huraiannya di tempat nota kaki. Huraianhuraian ini merupakan intipati kepada bacaan beliau terhadap kitab-kitab
rujukan yang digunakan. Kata-kata dari ulama seperti almarhum Dato Haji
Muhammad Noor turut dimasukkan pada tempat-tempat tertentu. Perlu
difahami di sini bahawa beliau tidak mentafsir ataupun membuat huraian
pada semua ayat al-Quran, hanya ayat-ayat tertentu sahaja yang diberi
huraian dan penjelasan. Selebihnya hanyalah terjemahan ayat. Oleh kerana
itu kitab tafsir ini sebenarnya adalah lebih merupakan terjemahan kepada
ayat-ayat al-Quran.
Sebagai kesimpulannya penulis telah membahagikan metodologi pentafsiran
beliau kepada bahagian-bahagian berikut :
i. Tafsir al-Quran dengan al-Quran
Pada ayat-ayat tertentu beliau memberikan penjelasan dengan menyebut
nombor ayat dan nama Surah yang menyokong dan menjelaskan ayat alQuran yang dihurai. Contohnya pada ayat 37 surah al-Baqarah. Pada
bahagian nota kaki ayat ini beliau menyatakan sebagaimana berikut :

kalimah-kalimah pengakuan taubat yang telah diilhamkan oleh Allah Taala


kepada Nabi Adam (dan isterinya Hawa) itu ialah yang tersebut di dalam
ayat 23 surah al-Araf iaitu:

ii. Tafsir al-Quran dengan hadis


Pada sesetengah ayat Sheikh turut menghurai ayat tersebut dengan hadis
Nabi s.a.w. Walaubagaimanapun Sheikh tidak menyatakan matan hadis
tersebut. Begitu juga tidak dinyatakan perawi hadis tersebut. Kekadang
beliau menyebut dari sumber mana hadis tersebut diambil contohnya pada
ayat 6 surah al-Fatihah. Kekadang beliau hanya menyebut tentang mafhum
hadis sahaja sepertimana dalam ayat 54 dan 55 surah Ali Imran.

iii. Sebab Penurunan Ayat


Syeikh turut menyatakan tentang sebab penurunan ayat (sabab al-Nuzul) di
dalam kitab tafsirnya ini, tetapi tidak semua ayat yang mempunyai sabab alNuzul dinyatakan beliau. Antara ayat yang diterangkan sebab penurunannya
ialah ayat 1 surah al-Nahl. Selain itu ada juga keterangan yang bersifat
sebab penurunan ayat tetapi tidak dinyatakan oleh beliau sebagai sebab
penurunan ayat tersebut walaupun disebut pada kitab-kitab tafsir lain.
Contohnya

pada

ayat

surah

al-Munafiqun.

iv. Huruf muqattaah


Syeikh tidak menghurai huruf-huruf muqattaah bahkan beliau menyatakan
bahawa Allah jualah yang mengetahui erti dan maksud huruf-huruf yang

terletak pada permulaan setengah-setengah surah al-Quran seperti . .


(Alif Lam Mim) ini.
v. Munasabah ayat
Dalam kitab tafsir ini juga sheikh turut menyatakan tentang hubungan dan
kaitan (munasabah) antara ayat dengan ayat. Contohnya pada ayat 3 surah
al-Nahl.

Walaubagaimanapun

beliau

tidak

memberi

huraian

tentang

munasabah antara surah dengan surah.

vi. Ayat-ayat hukum


Sheikh juga telah memberi penekanan pentafsiran kepada ayat-ayat hukum,
tetapi tidak semua ayat hukum dijelaskan oleh beliau. Antara contoh yang
dapat dilihat adalah pada penjelasan tentang hukum mewarisi wanita pada
zaman jahiliyah yang telah diterangkan oleh Allah Taala dalam firmanNya
pada surah al-Nisa ayat 19. Begitu juga pada hukum haram membunuh
seseorang manusia yang dinyatakan pada surah al-Isra ayat 33.
vii. Kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu
Sheikh juga banyak memberikan perhatian terhadap ayat-ayat berkenaan
kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu. Antara contoh yang dapat dilihat ialah
pada kisah Nabi Ibrahim a.s. Kisah tersebut dihuraikan oleh beliau pada nota
kaki ayat-ayat berkenaan. Contohnya pada ayat 71 surah Hud.
viii. Penjelasan istilah-istilah
Antara ciri-ciri pentafsiran Sheikh yang lain ialah beliau turut menghuraikan
istilah-istilah tertentu yang dirasakan oleh beliau penting untuk dihuraikan.
Contohnya istilah Allah, al-Rahman, al-Rahim pada surah al-Fatihah.

Daripada penjelasan di atas dapat difahami bahawa Sheikh telah memberi


tumpuan kepada aspek-aspek tersebut di dalam kitab tafsir beliau ini.
Namun jika ianya dibandingkan dengan kitab-kitab tafsir muktabar yang lain
masih ada beberapa aspek yang tidak disentuh oleh beliau iaitu penerangan
tentang masalah nahu, masalah qiraat dan sebagainya.

KEISTIMEWAAN
Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman ini mempunyai keistimewaannya yang
tersendiri. Antaranya kerana ia adalah satu-satunya kitab tafsir lengkap 30
juzuk yang diterbitkan dalam bahasa Malaysia yang mudah difahami. Selain
itu penulis kitab ini iaitu Sheikh Abdullah Basmeih telah menggunakan kitabkitab yang muktabar sebagai rujukan kepada pentafsiran kitab ini. Kitab ini
juga istimewa kerana selain daripada ditafsir oleh seorang ilmuwan yang
dipercayai ia juga disemak oleh Dato Haji Muhammad Noor mufti negeri
Kelantan yang memang tidak diragui keilmuwan dan kealimannya. Kitab ini
juga mendapat perhatian kerajaan Malaysia dengan diadakan Lujnah Tashih
yang khusus bagi kitab ini. Kitab ini menjadi lebih penting kerana diterbitkan
dalam dua versi tulisan iaitu tulisan jawi dan rumi sekaligus membolehkan
golongan tua dan muda menggunakannya mengikut keselesaan masingmasing.

PENUTUP

Tafsir Pimpinan al-Rahman adalah sebuah kitab terjemahan al-Quran


sekaligus merupakan kitab tafsir al-Quran yang telah dihasilkan oleh Sheikh
Abdullah Basmeih. Kitab tafsir ini digunapakai secara meluas di kalangan
masyarakat Islam di Malaysia malahan ianya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
sebagai sebuah kitab tafsir yang sewajarnya dirujuk oleh masyarakat Islam
di sini.

Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman ini tidak dapat dinafikan sebagai satu kitab
tafsir yang amat penting kepada masyarakat Islam di Malaysia. Sumbangan
Sheikh Abdullah Basmeih terhadap umat Islam di Malaysia khususnya
melalui penghasilan kitab tafsir ini adalah amat wajar dihargai oleh semua
masyarakat. Generasi muda masa kini wajar sekali mencontohi beliau.

RUJUKAN
1. MOHD

SUKRI

OTHMAN,

(2009).

HBQE3203

ILMU

TAFSIR,

OPEN

UNIVERSITY MALAYSIA.
2. Sheikh Abdullah Basmeih, ( 1998 ), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada
Pengertian Al-Quran (30) Juz. Kuala Lumpur : Darul Fikir
WEB
1. isertasi.blogspot.com/2007/06/tafsir-pimpinan-al-rahman-olehsyeikh.html
2. http://studentsrepo.um.edu.my/3383/6/BAB_3-1.pdf
3. http://elib.uum.edu.my/kip/Record/um499173
4. http://www.masjidtuankumizan.gov.my/v1/images/stories/kertaskeje2.p
df
5. http://www.islam.gov.my/sites/default/files/epenerbitan/mastika_hadis_muqaddimah__jilid_1_edisi_rumi.pdf

Anda mungkin juga menyukai