Anda di halaman 1dari 4

Syeikh Muhammad Khatib Langien penyebar Tarekat Syathariyah

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

DALAM perkembangan sejarah Islam di Asia Tenggara telah diketahui umum bahawa pada
zaman silam pernah berkembang suatu tarekat yang dinamakan Tarekat Syathariyah.

Ulama yang bertanggungjawab selaku penyebar tarekat itu pada peringkat awal di
dunia Melayu ialah Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.

Pada peringkat kedua penyebaran tarekat itu dibawa oleh seorang ulama besar
bernama Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Adapun Syeikh Muhammad bin Khatib
Langien yang berasal dari Aceh yang diperkenalkan dalam artikel ini adalah
termasuk peringkat murid kepada ulama yang berasal dari Patani. Ini kerana gurunya
bernama Syeikh Muhammad Ali adalah sahabat Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani,
iaitu sama-sama murid kepada Syeikh Muhammad As�ad, yang membaiah Tarekat
Syathariyah kepada kedua-dua ulama yang berasal dari Patani dan Aceh itu.

Syeikh Muhammad bin Khatib Langien pertama kali dikesan, diperkenalkan oleh Syeikh
Ismail bin Abdul Mutalib al-Asyi melalui kumpulan karangan ulama Aceh di dalam
kitab berjudul Jam�u Jawami�il Mushannafat. Sebuah karya Syeikh Muhammad bin
Khatib Langien termaktub dalam kumpulan karangan itu, iaitu yang berjudul Dawaul
Qulub.

Syeikh Ismail bin Abdul Mutalib al-Asyi menulis, �kitab yang ketujuh Dawaul Qulub
daripada ilmu tasauf karangan penghulu kami yang sangat alim, lagi terhimpun
kepadanya ilmu zahir dan ilmu batin iaitu Syeikh Muhammad anak penghulu kami
Syeikh Khatib�.

Pada 1990, saya diberi tugas oleh Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara
Malaysia (PMM-PNM) untuk mengenali atau mengesan beberapa naskhah, maka ditemui
beberapa karangan Syeikh Muhammad bin Khatib Langien itu, telah diberi nombor
kelas d MS 1044.

Adapun tiga karya beliau terdapat dalam nombor yang tersebut. Dengan diketemukan
karya-karya itu, maka dapatlah melengkapkan biografi Syeikh Muhammad bin Khatib
Langien itu, yang sama pentingnya dengan ulama-ulama Aceh yang lain.

Pendidikan

Data tarikh lahir dan pendidikan secara lengkap dan terperinci masih belum
diketahui dengan tepat dan pasti. Tahun kehidupannya dapat dibandingkan antara
karyanya dengan karya- karya ulama Aceh yang lainnya.

Dawaul Qulub karyanya diselesaikan dalam tahun 1237H/1821M. Ada lagi sebuah karya
yang dikarang oleh ulama Aceh, Syeikh Abdullah, diberi judul Syifaul Qulub.

Judul dalam bahasa Arab berbeza, tetapi jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
mempunyai tujuan atau pengertian yang sama, iaitu Ubat Sekelian Hati.

Syifaul Qulub karya Syeikh Abdullah Aceh itu diselesaikan tahun 1225H/ 1810M.
Memperhatikan tahun selesai dikarang kedua-dua kitab itu, maka dapat diambil
kesimpulan bahawa Syeikh Muhammad bin Khatib Langien hidup sezaman dengan Syeikh
Abdullah itu. Sezaman pula dengan Syeikh Muhammad bin Syeikh Abdullah Ba�id
pengarang kitab Hukum Jarah yang diselesaikan tahun 1236H/ 1820M.

Guru Syeikh Muhammad bin Khatib Langien bernama Syeikh Muhammad Ali, yang
merupakan penerimaan Tarekat Syathariyah, hanya dapat dikesan dari karyanya
Mi�rajus Salikin, Syeikh Muhammad Ali itu adalah murid Syeikh Muhammad As�ad.
Syeikh Muhammad As�ad menerima dari Syeikh Muhammad Sa�id. Syeikh Muhammad Sa�id
menerima dari Ibrahim (al-Madani).

Syeikh Ibrahim menerima daripada Syeikh Muhammad Tahir. Syeikh Muhammad Tahir
menerima daripada Maula Syeikh Ibrahim al-Kurani. Maula Syeikh Ibrahim al-Kurani
menerima daripada Syeikh Ahmad al-Qusyasyi. Mulai Syeikh Ibrahim al-Kurani dan
Syeikh Ahmad al-Qusyasyi bererti bertemu asal salasilah dengan Syeikh Abdur Rauf
bin Ali al-Fansuri.

Selanjutnya hingga ke atas adalah sama antara salasilah Syeikh Muhammad bin Khatib
Langien dengan salasilah Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Antara salasilah
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani pula dimulai titik temu kesamaan mulai Syeikh
Muhammad As�ad, selanjutnya hingga ke atas juga sama.

Oleh sebab Syeikh Muhammad bin Khatib Langien adalah murid Syeikh Muhammad Ali,
maka mula menjejaki salasilah atau sanad ilmu pengetahuannya selain tarekat dan
tasauf tidaklah begitu sukar.

Guru kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Abdus Samad al-Falimbani
dan termasuk Syeikh Muhammad Ali al-Asyi adalah seorang ulama besar yang berasal
dari Aceh. Beliau ialah Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi.

Dengan demikian, pengetahuan Syeikh Muhammad bin Khatib Langien pada sektor akidah
Ahli Sunah wal Jamaah dan Mazhab Syafie pada sektor fiqh adalah tidak
dipertikaikan walaupun kedua-dua ilmu itu belum ditemui karya beliau.

Karya dan pemikiran

Sebelum meninjau jalan pemikiran Syeikh Muhammad bin Khatib Langien, terlebih
dahulu di bawah ini disenaraikan karya beliau yang telah ditemui, iaitu:

1. Dawaul Qulub, diselesaikan pada tahun Jim, hari Sabtu, bulan Rabiulakhir tahun
1237H/1821M.

2. Asrarud Din li Ahlil Yaqin, tanpa kenyataan tarikh selesai.

Data kedua-dua karya Syeikh Muhammad bin Khatib Langien yang tersebut di atas,
dapat diambil keterangannya sebagai yang berikut:

Dawaul Qulub

Kitab Dawaul Qulub diterjemahkan judulnya kepada bahasa Melayu oleh pengarangnya
sendiri, iaitu Ubat Segala Hati Daripada Segala Aib. Kata pengarangnya, �dengan
tolong Tuhan yang memerintah Ia akan alam syahadah dan alam segala yang ghaib, dan
aku aturkan akan dia atas satu mukadimah, dan tiga bab dan satu khatimah�.

Dari segi kandungannya secara keseluruhan banyak persamaannya dengan Hidayatus


Salikin karya Syeikh Abdus Samad Palembang. Hanya saja diakui oleh Syeikh Muhammad
bin Khatib Langien bahawa karyanya itu tidak dimuat karya ibadah. Seperti beliau
tulis, �Dan tiada ku sebutkan segala ibadah yang lain di dalam kitab ini, seperti
doa dan sembahyang tahajud, dan lain daripadanya, kerana yang demikian itu
kelakuan orang abid bukan kelakuan murid.

Dan faraq (garis pemisah) antara abid dan murid itu seperti faraq antara Masyriq
(Timur) dan Maghrib (Barat). Maka betapa persamaan martabat kedua-duanya, kerana
murid itu berkehendak ia akan Allah Taala, dan abid itu berkehendak ia akan hak
Taala. Iaitu nikmat dunia atau nikmat akhirat�.
Dalam Dawaul Qulub, dengan jelas Syeikh Muhammad bin Khatib Langien sangat
mengutamakan zikrullah. Kata beliau, �Dan setengah daripada adab murid itu, jangan
membanyakkan ibadah selain zikir. Melainkan segala yang telah difardukan hak
Taala, dan sunat rawatib jua tiada lain. Zikrullah saiful murid, kata syeikh,
pedang segala murid. Zikrullah min �alamatil Aulia�, yang zikir itu setengah
daripada alamat Aulia�. Maka barang siapa melazimkan ia akan zikir, tak dapat
tiada ia akan jadi Aulia�.

Pandangan Syeikh Muhammad bin Khatib Langien mengenai tasauf beliau tulis, �Dan
ilmu tasauf itu jalan kepada hakikat. Maka sebab itulah orang yang beramal seperti
yang di dalam ilmu tasauf itu, nescaya hasillah padanya ilmu hakikat, dan jika
tiada belajar ilmu hakikat sekali-kali, sekalipun. Tetapi jika belajar ilmu
hakikat dengan tiada kau amalkan seperti yang di dalam ilmu tasauf, itupun tiada
dapat kau ketahuikan akan dia.

�Dan tiada yang terlebih mulia dan yang terlebih dimaksud segala manusia,
melainkan ilmu hakikat jua. Kerana, hakikat itu jalan kepada makrifat. Dan
makrifat itulah jalan kepada mengenal Hak Taala.

�Dan tiada dimaksud lain daripada Hak Taala.

�Sebab itulah kasih aku, bahawa kebanyakan ilmu tarekat dalam kitab ini, dengan
sempurna nyatanya, supaya jadilah kitab ini jalan bagimu kepada kau ketahui ilmu
hakikat dan ilmu makrifat, jika kau amalkan seperti yang tersebut dalam kitab ini
dengan sungguh-sungguh hatimu. Sabda Nabi s.a.w, �Barang siapa menuntut ia akan
sesuatu dengan sungguh-sungguh hatinya nescaya mendapat ia akan sesuatu, sama ada
ia segera atau lambat, dan jika hampir matimu pun diberikan akan ia�.

Dalam Dawaul Qulub juga menyentuh persoalan pendidikan timbal balik perhubungan
antara guru dengan murid. Perkara ini dikemukakan pada mukadimah kitab itu,
kemudian dipertegaskan lagi pada bahagian khatimah (akhir) kitab. Sebagai penutup
Syeikh Muhammad bin Khatib Langien menasihati murid-muridnya, �Maka tilik olehmu
hai murid, akan keluasan rahmat Tuhanmu. Dan beroleh pengajaranlah engkau dengan
barang yang telah ku sebutkan akan dia dalam kitab ini, nescaya segeralah kau
dapat berjinak-jinak dengan Tuhanmu. Dan perbuatlah olehmu dengan sungguh hatimu,
nescaya kau dapat segala yang kau maksud daripada Tuhanmu. Hai murid! Adalah kitab
ini terlebih baik daripada ubat daripada segala penyakit hawa nafsu, dan mujarab
yang telah dicuba akan dia beberapa orang yang tersebut dalam kitab ini.

�Maka barang siapa yang ada bermata hati nescaya adalah segala pengajaran dalam
kitab ini terlebih sangat bersikah (ertinya: percaya di dalam hatinya), menurut
Syeikh Ismail al-Asyi, pada bahagian tepinya, pada hatinya. Dan barang siapa telah
tertutup Hak Taala akan hatinya, nescaya tiada memberi bekas dengan mendengar
segala pengajaran ini, dan jika diajar terlebih banyak daripada segala yang
tersebut dalam kitab ini sekalipun�.

Kitab Dawaul Qulub berhasil diterbitkan atas usaha dan tashhih Syeikh Ismail bin
Abdul Mutalib al-Asyi termaktub dalam Jam�u Jawami�il Mushannafat. Banyak kosa
kata menurut bahasa Aceh di dalam kitab itu diperjelas Syeikh Ismail Aceh itu yang
beliau letakkan di bahagian tepinya. Adapun Dawaul Qulub yang masih berupa
manuskrip sampai data ini diambil belum diketahui di mana tersimpan.

Asrarud Din Li Ahlil Yaqin

Manuskrip judul ini tersimpan di PMM-PNM dengan nombor MS1044. Kitab ini dicetak
berkali-kali bersama-sama kitab Miftahul Jannah karya Syeikh Muhammad Taiyib bin
Mas�ud al-Banjari. Di antaranya cetakan Matba�ah al-Miriyah Makkah, 1321H/1903M.
Pada cetakan tersebut, tidak pernah menyebut nama pengarangnya.

Kandungan kitab Asrarud Din karya Syeikh Muhammad bin Khatib Langien itu agak
berbeza dengan kitab-kitab tasauf dalam bahasa Melayu selainnya. Sehingga sekarang
belum ditemui kitab tasawuf yang membahas seperti yang tersebut dalam Asrarud Din
itu.

Yang dibahas di dalamnya, dimulai dengan syahadat. Menurut beliau tentang syahadat
ada tiga jenis iaitu : syahadat syariat, syahadat tarekat dan syahadat hakikat.
Apa saja yang dibicarakan berkisar kepada tiga itu, iaitu syariat, tarekat dan
hakikat. Sembahyang juga demikian, sembahyang syariat, sembahyang tarekat dan
sembahyang hakikat. Pendek kata semua rukun Islam yang lima dibahas pada sektor
yang tiga itu.

Anda mungkin juga menyukai