Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT GURU MALAYSIA KAMPUS PERLIS KEMAHIRAN BELAJAR KB 1311D1 TOKOH BAHASA ARAB SYEIKH IDRIS AL MARBAWI NAMA:NUR

ASILAH BINTI MOHD ZULFEKRI NO. MATRIKS:0610/1749 NO. KP:910319-02-5158 NAMA: NAJWA BINTI OTHMAN NO. MATRIKS:0610/1748 NO. KP: 920625-02-5024 NAMA: NURUL FADHILAH BINTI JUMIDEY NO. MATRIKS:0610/1753 NO. KP:920926-12-5766

PENDIDIKAN

KUMPULAN: PPISMP BAHASA ARAB NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: NOR HAIZAN BINTI ABDUL HAMID

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Nama penulis : Najwa Binti Othman Tarikh : 05 Ogos 2010

Tandatangan : Nama penulis : Nurul Fadhilah Binti Jumidey Tarikh : 05 Ogos 2010

SENARAI KANDUNGAN BORANG MAKLUM BALAS TUGASAN PENGAKUAN SOALAN KERJA KURSUS PENDEK JADUAL PENENTUAN TUGASAN 1.0 SINOPSIS 2.0 RIWAYAT HIDUP 2.1 Sifat peribadi 2.2 Latar belakang pendidikan 2.3 Sumbangan dan Karya 2.4 Kewafatan 3.0 PENCERITAAN PROSES KEMAHIRAN BELAJAR 4.0 REFLEKSI 4.1 Menganalisa 4.2 Mentafsir 4.3 Menilai 4.4 Mensintesis 5.0 BIBLIOGRAFI 6.0 BORANG KOLABORASI 7.0 LAMPIRAN

1.0 SINOPSIS
Syeikh Muhammad Idris Al- Marbawi adalah seorang tokoh yang pertama di rantau Asia Tenggara dalam bidang Bahasa Arab. Beliau merupakan tokoh yang pertama yang mengarang kamus Bahasa Arab Bahasa Melayu. Kamus tersebut dinamakan sebagai Kamus Al-Marbawi. Dengan sumbangan beliau yang besar ini, para pelajar Melayu khususnya dan para pelajar Kepulauan Melayu amnya, dapat belajar Bahasa Arab dengan mudah dan dapat menguasainya dengan cepat. Bukan itu sahaja,beliau juga turut menterjemah beberapa kitab-kitab Bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu.Beliau juga mendalami ilmu-ilmu pengajian islam dan turut menulis karya yang berkaitan dengan bidang tersebut.Oleh yang demikian,kami ingin menyingkap sejarah hidup beliau terutamanya sumbangan-sumbangannya dalam bidang persuratan melayu-Arab agar kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi sejarah tokoh ini dalam bidang pengkhususan arab di rantau Asia Tenggara ini.

SYEIKH MUHAMMAD IDRIS AL-MARBAWI


2.0 RIWAYAT HIDUP Nama sebenar beliau ialah Muhammad Idris Bin Abdul Rauf. Beliau digelar Al-Marbawi kerana perkataan tersebut diambil daripada nama kampung beliau sendiri iaitu Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Syeikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulama besar yang tidak asing lagi bukan saja di
Rajah 1: Sheikh Muhammad Idris alMarbawi

Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Pada ketika itu beliau berumur 20 tahun. Sekembalinya ke Tanah Melayu, beliau menyambungkan pengajiannya di pondokpondok untuk mempelajari ilmu agama Islam. Melihat kepada kemampuan akademik dan minat beliau kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke Timur Tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali ke Makkah. Walaubagaimanapun, cadangan ayahandanya itu tidak menjadi prioriti al-Marbawi ketika itu kerana beliau ingin berumahtangga dan bekerja sebagai guru. Beliau meneruskan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis pilihannya dan pada waktu yang sama mematuhi kehendak ayahandanya supaya mendalami ilmu Islam di Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.

SIFAT PERIBADI
Syeikh Idris Al Marbawi merupakan tokoh ilmuan yang warak dan amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Keperibadian mulia di samping ketajaman fikiran walaupun telah berusia 90-an, merupakan aset beliau yang amat berharga.Beliau juga rajin menghafal Al-quran.Pada usia 10 tahun,beliau telah berjaya menghafal 16 juzuk Al-Quran. Penghayatan beliau terhadap ilmu, sifat rendah diri, di samping sifat dahagakan ilmu yang dimiliki, tidak dapat dinafikan lagi. Bahkan, semasa diminta berucap setelah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah yang pertama, beliau dengan terus terang menyatakan bahawa beliau tidak layak berucap di situ kerana merasakan dirinya masih kekurangan ilmu. Dalam satu kejadian lain pula, beliau telah dilihat mengambil wudhu dengan menggunakan air yang sangat minimum yang tidak habis segayung air Selain itu,beliau juga seorang yang pemurah. Atas dasar ingin melihat lebih ramai muda mudi memperolehi pendidikan yang sempurna, beliau telah menggunakan wang ganjaran Tokoh Maal Hijrah untuk membolehkan anaknya menubuhkan sebuah Kolej Pengajian Islam yang dinamakan Kolej Idris Al-Marbawi Al-Islami di Ipoh, Perak.

2.2 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


AL MARBAWI DI MAKKAH

Sejak dari kecil, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia 10 tahun, beliau telah menghafaz sebanyak 16 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.

AL MARBAWI DI TANAH MELAYU


Sekembalinya ke Tanah Melayu,iaitu pada 1323 Hijrah Allahyarham beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak( kini dikenali Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi). Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya ilmu di telah di alam mendorong beliau yang itu. menuntut terpenting pondok-pondok Melayu ketika

Rajah 2: Sekolah pondok di Tanah Melayu Ketika itu.

merupakan institusi pendidikan Islam yang Antaranya, Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Rajah 3: Syeikh al-Marbawi semasa berada di Malaysia.

Seterusnya, atas kehendak ayahnya,beliau menyambung pengajiannya di unversiti Al-Azhar,Mesir demi mendalami ilmu-ilmu pengajian Islam. Beliau berangkat ke Universiti Al-Azhar pada tahun 1924 ketika berumur 31 tahun. AL MARBAWI DI MESIR

Rajah 4: Peta negeri Perak.

Semasa berada di Universiti Al-Azhar, Mesir, Sheikh Idris Al Marbawi memperoleh ijazah tertinggi(Aliah) dari universiti tersebut. Sebenarnya al-Marbawi merupakan anak Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir. Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, alMarbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama di kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau nekad untuk menyudahkan kamus tersebut. Keazaman, dan kesabaran al-Marbawi terbalas juga apabila kamus tersebut berjaya dterbitkan pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak puluhan kali kerana sambutan yang amat menggalakkan di kalangan pelajar Asia Tenggara. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada beliau untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya Islam yang lain.
Rajah 5: Universiti Al-Azhar.

2.3 SUMBANGAN DAN MARBAWI

Rajah 6 : Kamus al-Marbawi

KARYA AL

Kejayaan beliau dalam menghasilkan sebuah kamus arab-melayu telah menjadi langkah pertama. kepada dirinya untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya-karya islam yang lain. Sebenarnya beliau tidak membataskan diri dan kesarjanaannya hanya dalarn bidang bahasa semata-mata

bahkan, beliau turut mendalami pelbagai ilmu Islam. Beliau juga menghasilkan puluhan karya dalam bidang tersebut. Ada antara karya beliau diterbitkan dan terdapat juga yang masih dalam bentuk manuskrip. Karya-karya beliau yang dihasilkan melebihi 20 buah karya.yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.Hal ini membuktikan ketajaman pemikiran, kedalaman ufuk ijtihad, dan kewibawaan beliau dalam pengajian ilmu-ilmu Islam.walaubagaimanapun kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab-Melayu berbanding kepakaran ilmu lain. Kitab yang paling tersohor yang telah

dihasilkan oleh al-Marbawi ialah Kamus Arab-Melayu dan kitab Bahrul Mazi. Kedua-dua kitab ini digunakan sehingga ke hari ini. Antara keistimewaan kamus Arab-melayu ialah kamus ini merupakan kamus dwibahasa Bahasa Arab Bahasa Melayu. Ia disusun
Rajah 7 : Kitab Bahrul Mazi

dalam 2 jilid, iaitu jilid yang pertama bermula daripada huruf alif sehingga za'. Manakala jilid yang kedua bermula daripada huruf `ain sehingga ya'. Kamus ini mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan 700 gambar. Ianya dicetak oleh Matba`ah Mustafa Mesir. Kamus ini peringkat sama ada al-Babiy al-Halbi Wa Awladihi di menjadi rujukan pelajar di Malaysia bagi setiap peringkat rendah, menengah mahu pun universiti.

Selain kamus Arab-Melayu, Al-Marbawi telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang tersebut ialah Bahrul Mazi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada Sunan Al-Tirmizi. Selain itu kitab terjemahan sahih al-Bukhari, kupasan kitab Bulugh Al-Maram, dan karya berjudul Idaman Guru merupakan tulisan yang
KARYA AL Bulugh Al- Maram MARBAWI DALAM BIDANG AL HADITH; 1) KITAB BAHRUL MAZI 2) KITAB BULUGH AL MARAM 3) KITAB TERJEMAHAN SAHIH ALBUKHARI
Rajah 9: Karya AlMarbawi dalam bidang hadis. Rajah 8: Kitab

mengupas mengenai hadith-hadith sahih

al-Bukhari dan

Muslim.Kitab Bahrul Mazi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pengajian Hadith di Malaysia. Bahrul Mazi ialah kitab hadith bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya ini memuatkan ulasan dan huraian hadith dalam bentuk Fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat. Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan AlMarbawi mengikut acuan dan warna masyarakat Malaysia. Karya ini memberi nafas baru kepada pemahaman hadith-fiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang perhubungan intim kedua-duanya.

Al-Marbawi juga turut menterjemahkan kitab Bulugh al-Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith ternama iaitu Ibn Hajar al-Asqalany ke dalam bahasa Melayu. Dua karya dalam bidang hadith berbahasa Melayu ini ialah antara karya yang penting, sulung, dan terbesar pernah dihasilkan oleh seorang ulama Nusantara.

Dalam bidang Tafsir al-Quran pula, beliau telah menulis beberapa buah buku.antaranya;

Tafsir Surah Yasin Tafsir al-Quran al-Marbawi Tafsir al-Quran Nur al-Yakin

Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah Karya berjudul Quran Bergantung Makna.
Rajah 10: Tafsir Surah Yassin.

Selain dua bidang tersebut Al-Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah;

kitab Asas Islam, Kitab Nizam al-Hayah Kitab Pati Hukum-hukum Ibadah Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, Ensiklopedia Kamus Segala Ilmu Punca Agama Perbendaharaan Ilmu dan banyak lagi. Terdapat banyak lagi tulisan beliau dalam bentuk manuskrip yang belum

sampai kepada kita. Sepanjang hampir 60 tahun berada di Timur Tengah, beliau banyak menjelajah dan menyaksikan pelbagai bentuk kebangkitan Islam selain daripada menjalankan kerja berdakwah. Ini telah banyak memberi kesedaran dan pengalaman berguna kepada beliau. Atas dasar ingin melihat lebih ramai muda mudi memperolehi pendidikan yang sempurna, beliau telah menggunakan wang ganjaran Tokoh Maal Hijrah untuk membolehkan anaknya menubuhkan sebuah Kolej Pengajian Islam yang dinamakan Kolej Idris Al-Marbawi Al-Islami di Ipoh, Perak. Tenaga pengajarnya terdiri daripada anaknya, Mariam dan cucu-cucunya serta beberapa orang tenaga pengajar luar. Keperibadian, kewibawaan, dan kesarjanaan Al-Marbawi ini telah menjadikan beliau salah seorang tokoh Islam yang ulung di Rantau ini. Walaupun sebahagian besar usia dan masanya dihabiskan di luar negara tetapi jasa beliau kepada anak bangsa tidak ternilai besarnya.

2.4 ANUGERAH YANG DITERIMA


Syeikh Idris Al Marbawi banyak menyumbang dalam bidang keagamaan dan persuratan, Oleh yang demikian, atas usaha Prof. Dato Dr Haron Din, pihak senat universiti telah bersetuju agar Allahyarham dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 5 Julai 1980. Pada enam tahun berikutnya,iaitu pada 1 Muharram 1408 Hijrah bersamaan 28 Ogos 1987, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan yang pertama. Selain itu, pada tanggal 19 April 1988, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Perak (AMP) oleh Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah sempena hari keputeraan baginda. HEMBUSAN NAFAS TERAKHIR Sepanjang hayatnya, Al-Marbawi membuktikan betapa perlunya seseorang anak bangsa memberikan sumbangannya kepada bangsa, agama, dan negaranya. Beliau telah mengabdikan dirinya sebagai seorang penulis Ilmu Islam yang tidak pernah mengenal erti kerehatan. Tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah telah meninggalkan kesedihan kepada rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan sumbangan Al-Marbawi apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, Perak.

RENTETAN PEROLEHAN DAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

Taklimat daripada pensyarah

6. Tugasan disiapkan

2. Bincang tentang pemilihan tokoh

RENTETAN PEROLEHAN DAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

5. Mengumpul, menyusun dan menaip maklumat ke 4. Mencari dalam komputer. maklumat melalui pelbagai sumber

3.Mengagihkan tugasan kepada ahli kumpulan

3.0 PENCERITAAN PROSES KEMAHIRAN BELAJAR


Pada mulanya kami bertiga berbincang mengenai pemilihan seorang tokoh yang banyak menyumbang dalam bidang bahasa arab. Setelah itu, kami telah menyenaraikan tokoh-tokoh yang banyak menyumbang dalam bidang tersebut. Pemilihan tokoh di buat berdasarkan sumbangan-sumbangan mereka dalam bidang bahasa arab terutamanya di Asia Tenggara. yang akan kami kaji. Sebagai langkah pertama, kami memulakan pencarian maklumat mengenai Syeikh Al-marbawi di pusat sumber. Sumber-sumber yang kami peroleh kebanyakannya ialah sumber bahan bercetak seperti buku, surat khabar, majalah, sumber berasaskan komputer dan sumber berasaskan manusia. Kami juga menggunakan katalog atas talian ataupun online public access catalog(OPAC) yang disediakan oleh pihak pengurusan pusat sumber untuk mencari bahan rujukan yang berkaitan dengan Syeikh Al-marbawi di pusat sumber. Antara buku rujukan yang kami temui ialah berbentuk buku rujukan ensiklopedia umum yang membincangkan tentang tokoh-tokoh Asia Tenggara.
Gambar 1: menggunakan sIstem OPAC

Akhirnya, kami bertiga bersepakat

untuk mengambil Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi bin Abd Rauf sebagai tokoh

Selain itu,kami juga dapat mencari kamus Al-Marbawi karangan Syeikh Muhammad Idris bin Abd Rauf Al-marbawi keluaran edisi pertama dan terkini yang merupakan sumber rujukan khusus bagi kami.

Seterusnya,kami menggunakan kaedah kedua iaitu dengan melayari internet. Melalui cara ini,kami memperoleh lebih banyak maklumat tentang syeikh Al-marbawi setelah melayari beberapa laman sesawang. Ketika proses pencarian maklumat ini, kami telah menggunakan pelbagai enjin carian seperti yahoo,google dan Mozilla firefox untuk melayari internet.
Gambar 2: melayari internet

Selain itu, kami juga membuat rujukan untuk mendapatkan kesahihan maklumat dengan menemubual

pensyarah yang berkaitan.


Gambar 3: Ustaz Zulkarnain Bin Mohammad

Berikut merupakan temubual antara ahli kumpuan dan Ustaz Zulkarnain Bin Mohammad. Asilah: Assalamualaikum Ustaz. Boleh kami menemubual Ustaz sebentar? Ustaz: Insya-Allah, boleh. Najwa: Apa minta pandangan Ustaz mengenai Syeikh Muhammad Idris Al Marbawi sebagai tokoh dalam bidang Bahasa Arab dan adakah segala maklumat yang kami perolehi bertepatan dengan fakta mengenai beliau? Kami menunjukkan segala maklumat yang kami perolehi daripada internet kepada Ustaz untuk membolehkan Ustaz menilai kesahihan maklumat yang kami dapat. Ustaz: Saya rasa semua maklumat yang kamu dapat sudah tepat, cuma saya nak betulkan ejaan kitab Bahrul madhi yang kamu dapat ni silap, yang betulnya ialah kitab Bahrul Mazi. Fadhilah: Ada apa lagi yang perlu ditambah atau diperbaiki lagi Ustaz?

Ustaz: Satu lagi, kamu perlu menyenaraikan sumbangan-sumbangan tokoh supaya nampak lebih jelas. Saya rasa itu saja, yang lain dah betul. Kami: Baiklah itu saja Ustaz, syukran jazilan.

Gambar 4: Sesi temubual

Selain itu, kami juga untuk membuat synopsis.

menemubal senior untuk

bertanyakan tentang cara untuk penyampaian proses pencarian maklumat dan cara

Berikut merupakan temubual antara ahli kumpulan dengan senior. Asilah: Assalamualaikum, boleh kami menemubual kakak? Senior: Waalaikumsalam, boleh, silakan. Najwa: Bagaimanakah cara untuk kita membuat synopsis untuk sesuatu kerja kursus?
Gambar 5: Temubual bersama senior

Senior: Sinopsis ni sebenarnya kita perlu menceritakan tentang keseluruhan kerja Kursus kita dengan ringkas. Fadhilah: Bagaimana pula cara penyampaian proses pencarian maklumat? Senior: Cara penyampaiannya ialah dalam bentuk esei, kena buat huraian dan letaklah gambar proses kita mencari maklumat sebagai bukti. Kami: Kami rasa ini saja yang kami ingin tahu. Terima kasih ya kakak.

REFLEKSI (NAJWA BINTI OTHMAN)


Tokoh Ilmuan yang lengkap dengan keperibadian mulia, iaitu Syeikh Idris Al Marbawi wajar dicontohi. Sifatnya yang warak, mementingkan hubungan kekeluargaan, serta rajin menghafal Al Quran tidak dapat dinafikan lagi. Penghayatan beliau terhadap ilmu, sifat rendah diri, di samping sifat dahagakan ilmu serta pemurah amat terserlah di dalam dirinya. Keperibadian yang dimiliki oleh beliau seharusnya dicontohi kerana ianya amat sesuai dipraktikkan dalam semua keadaan.Ia juga selari dengan keperibadian seorang guru. Setelah menghayati sifat-sifat beliau, saya berazam untuk mencontohi sifat yang telah ditunjukkan oleh beliau. Selain itu, saya juga akan berusaha menerapkan nilai-nilai tersebut ke dalam jiwa rakan-rakan serta menekankan nilai-nilai tersebut kepada murid-murid. Saya juga merasakan seperti diberi nafas baru untuk meneruskan perjuangan. Seterusnya, Keperibadian yang mulia ini telah mendorong beliau memberi sumbangan yang amat penting di Tanah Melayu, terutamanya penghasilan kamus Al Marbawi. Oleh yang demikian, beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia Pingat Ahli Mahkota Perak (AMP) oleh Sultan Perak, serta tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 1408 Hijrah. Beliau sememangnya layak menerima anugerah tersebut. Anugerah yang diterima sememangnya perkara, terutamanya dalam bidang perguruan. Kesimpulannya, Sheikh Idris Al Marbawi merupakan tokoh terbaik yang patut dicontohi. Tanpa beliau, pengajaran Bahasa Arab di Malaysia mungkin tidak menyeronokkan. Keadaan ini memberi semangat kepada saya agar berusaha gigih dalam semua

wujud kerana ketiadaan kepakaran. Sesungguhnya, Keperibadian beliau memberi kesan yang amat mendalam dalam diri saya. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI (NUR ASILAH BINTI MOHD ZULFEKRI) Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi merupakan seseorang yang mempunyai latar belakang agama yang kuat. Beliau mendapat pendedahan agama seawall usia kanak-kanak lagi. Hal ini mungkin kerana beliau dilahirkan dan dibesarkan di Makkah. Di sini kita dapat melihat bahawa, beliau sudah boleh menghafaz 10 juzuk al-Quran seawall usia 10 tahun. Perkara ini dapat memupuk minat beliau sedikit sebanyak dalam bidang agama Islam. Bak kata pujangga Melayu, melentur buluh biarlah daripada . Selepas itu, semangat untuk mendalami ilmu agama Islam Di sini saya dapat melihat seakin menebal dan bercambah dalam diri beliau. kecil.

bahawa apa-apa yang diterapkan dalam diri seseorang haruslah bermula daripada Jadi peranan guru-guru di sekolah rendah amat penting dan harus memainkan peranan sebaik mungkin, guru-guru bukan sahaja mengajar bahkan mendidik anak bangsa menjadi insane yang berguna. Oleh itu, saya sebagai bakal guru mestilah mempersiapkan diri untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dalam mendidik anak bangsa. Setelah pulang ke Tanah Melayu, beliau menuntut ilmu agama di pondokpondok pengajian di sekitar Malaysia. Dengan memperoleh penapaian yang cemerlang dalam ilmu agama dan kemampuan yang wujud dalam diri beliau, bapanya memberikkan dorogan supaya beliau melanjutkan dalam bidang agama Islam di Timur Tengah. Dengan minat dan keazaman yang ada pada diri beliau, Sheikh al-Marbawi menuruti cadangan bapanya untuk menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Hari demi hari, cabaran dan dugaan dating silih berganti. Sebagai angkatan anak Melayu yang pertama yang menyambung pelajaran di tanah arab itu, beliau

terpaksa menghadapi kesukaran dalam berkomunikasi denagn rakyat tempatan di sana dan untuk mempelajari bahasa Arab. Dengan ini, beliau mendapat cetusan idea bersama-sama dengan beberapa orang rakannya yang lain untuk mengarang kamus dwibahasa Arab-Melayu untuk kegunaan pelajar-pelajar Melayu di Timur Tengah. Tidak dapat dinafikan lagi, kamus karangan beliau iaitu Kamus al-Marbawi memang banyak memberikan kemudahan kepada para pelajar, seterusnya memperkembangkan ilmu bahasa Arabdi Tanah Melayu ini. Dengan adanya Kamus al-Marbawi ini, lebih ramai anak-anak Melayu yang dapat mendalami ilmu bahasa Arab merangkap bahasa al-Quran yang seharusnya dipelajari oleh umat Islam supaya dapat memahami maksud kalamullah itu sendiri. Semangat Syeikh al-Marbawi dalam menghadapi segala cabaran dalam menuntut ilmu harus dicontohi oleh semua orang terutamanya guru dalam mendidik dan mengajar anak-anak bangsa di sekolah yang sememangnya susah. Tanggungjawab yang dipegang oleh guru amatlah berat. Jika kita sebagai guru gagal mendidik, perkara ini akan memberi kesan yang buruk terhadap masa depan anak bangsa dan sekaligus menggelapkan masa depan negara kerana merekalah modal insan yang akan memacu negara pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai