Anda di halaman 1dari 19

1

Tajuk Muka surat



Pendahuluan 3
Pengertian Tayammum dari segi bahasa dan istilah 3
Dalil pensyariatan tayammum 4
Rukun-Rukun Tayammum 6
1. Niat 6
2. Menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan 8
3. Tertib 9
Syarat-syarat Tayammum 9
1. Masuk waktu solat 9
2. Tiada air 10
3. Tanah yang suci 11
4. Mengetahui arah kiblat yang sebenar sebelum bertayamum 13
5. Menghilangkan najis 13
Perkara-perkara yang mengharuskan tayamum
1. Terhalang menggunakan air 14
2. Keuzuran menggunakan air 14
Perkara perkara makruh dalam tayamum mengikut pendapat empat mazhab 15
Perkara perkara yang membatalkan tayamum
1. Semua perkara yang menyebabkan wudhu terbatal 16
2. Kewujudan air 16
3. Habis waktu solat 16
4. Murtad (riddah) 16
5. Tempoh yang panjang antara tayammum dan solat 17
Kesimpulan 17
Cara melakukan tayamum (rukun dan sunat) 19
Rujukan 22

2


Pendahuluan

Dalam tajuk ini, definisi-definisi tayammum menurut perspektif hukum serta
konsep-konsep yang berkaitan dengan tayammum dari semua aspek akan diperjelaskan.
Dalam tajuk ini juga, huraian yang terperinci dinyatakan dalam setiap fakta berpandukan
kepada pandangan dari semua Ulama' mazhab berserta dengan qaul yang paling rajih
supaya setiap kenyataan dapat dikemukakan dengan lebih jelas. Namun begitu, terdapat
juga sesetengah fakta yang hanya ditumpukan kepada mazhab yang utama iaitu mazhab
Syafi'ie dan Jumhur Ulama'.

Pengertian Tayammum dari segi bahasa dan istilah.

Tayammum dari segi bahasa ialah (sengaja)
1
. Pengertian ini diambil dari
firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267)

E_GC^4C 4g~-.- W-EONL4`-47
W-Og^ }g` ge4:j1C 4`
+=O .Og`4 E4;_4Ou= 7
=}g)` ^O- W
Maksudnya:
" Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau
kamu jadikan pemberian zakat. "
Dengan pengertian ini juga, penyair berkata:

Maksudnya:
" Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran.
Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah."

1
Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984: 560.
3
Manakala dari segi istilah Syara', tayammum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki
pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat.
2

Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau
tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang
bertujuan sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka
yang mempunyai halangan atau tidak dapat menggunakan air.
3


Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh
para Fuqaha' dengan istilah yang hampir sama maksudnya. Imam Hanafi mentakrifkan
tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan tanah yang bersih. Berkata
Imam Malik pula tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi
dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat.
Imam Syafi'e pula mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan
tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudhuk atau mandi janabah atau
seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu. Menurut pendapat Abu Hanifah pula
tayammum ialah menyapu muka dan dua tangan dengan tanah yang bersih di atas jalan
yang tertentu.
4

Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan
dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu.

Dalil pensyariatan tayammum

Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'.

1. Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 43)
4 lN4N_ ) O@O)4N O):Ec _/4EO
W-OUO4^> _ p)4 7+47 -/E@OO u
_O>4N OEEc u 47.E_ /4 74g)`
=}g)` Oj*.4^- u N7+OE

2
Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002: 61
3
M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am. 1997: 382-383
4
Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 560-561
4
47.=Og)4- U W-_` w7.4`
W-OO4O4 -4Og= 4lj1C
W-O=O^` 7g-ON_+O) 7CguC4
Ep) -.- 4p~E -CO4N -OOEN ^j@

Maksudnya:
" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau
kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka
bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu.
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."

2. Berpandukan hadis Abu 'Umamah al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda
5
:
Maksudnya:
"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci. Maka di
mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat, di situ pulalah terdapat alat
untuk bersuci."

3. Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata
6
:
Maksudnya:
" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri, tidak
bersembahyang bersama dengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W bertanya:
'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum
itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. Mendengar
perkara itu, Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum);
sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau."

4. Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani
Mustaliq tahun keenam hijrah. Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya, lalu Rasulullah

5
Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313)
6
Riwayat al-Bukhari, (b) 348: 161-162
5
S.A.W mengutus orang mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan pada masa itu
air tidak ada, maka turunlah ayat tayammum.
7


Maksudnya:
" Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma', lalu kalung itu hilang.
Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya), akhirnya kalung
tadi dapat ditemukan. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. Mereka solat (tanpa
wudhuk) dan memberitahukan kepada Rasulullah S.A.W. Maka Allah menurunkan ayat-
ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan
pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau
tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan bagimu dan bagimu
kaum muslimin."

Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruh umat
Islam.
8


Rukun-Rukun Tayammum

1. Niat

Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. Sabda Rasulullah S.A.W melalui hadis
yang sahih: (Riwayat al-Bukhari, (b) 1: 1)
Maksudnya:
" Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat".

Lafaz niat Tayammum.


7
Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 79) Ini berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari, (b)
332: 200)

8
Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 562
6
Maksudnya; Sahaja aku bertayamumbagi mengharuskan solat kerana AllahTaala.

Tayammum tergolong dalam kategori amal ibadat sepertimana solat dan wudhuk
juga, iaitu wajib dikerjakan dengan berniat. Berniat untuk bertayammum merupakan rukun
menurut kesepakatan Ulama' yang empat, manakala menurut golongan Hanafiyyah dan
sebahagian Hanabilah, ianya merupakan syarat.
9
Beza antara syarat dan rukun ialah syarat
itu mendahului perbuatan dengan jarak waktu yang sedikit, sedangkan rukun tidak sah
dilakukan sebelum sesuatu perbuatan tetapi ia termasuk perbuatan itu sendiri.
10
Ini
bermakna, seseorang yang hendak tayammum itu wajib berniat untuk membolehkan solat,
dan tidak memadai berniat melenyapkan hadas, kerana hadas seseorang tersebut tidak
terangkat kerana tayammum.
Ini berpandukan hadis Nabi S.A.W. kepada 'Amru bin al-'Ash yang sedang
berjunub, kerana 'Amru bin al-'Ash bertayammum dan solat bersama-sama sahabatnya, lalu
Nabi S.A.W. bertanya:
11


Maksudnya:
" Wahai 'Amru, Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau, padahal
engkau sedang berjunub?"
Dan hadis sebagaimana yang di kemukakan dari pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah:
12


Maksudnya:
"Wahai Abu Zarr, sesungguhnya tanah yang baik adalah suci selama tidak ada air,
sekalipun dengan sepuluh tahun. Apabila engkau mendapati air maka sentuhkanlah air itu
ke kulit engkau. Sesungguhnya hal itu lebih baik bagi engkau".

Kesimpulan yang dapat difahami dari hadis Nabi S.A.W tersebut memberi penerangan
yang jelas bahawa tayammum itu hanya untuk membolehkan solat, bukan untuk
menghapuskan hadas. Oleh itu dalam masalah ini, jika seseorang tersebut tayammum

9
Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 582
10
Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134
11
Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238
12
Riwayat Abu Daud, (b) 314: 206-207
7
berniat untuk membolehkan solat maka termasuk di bawah niatnya itu empat ahwal
(kelakuan):

i. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. Maka
boleh ke atas seseorang melakukan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu dan solat sunat).
Dan boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan selepasnya dalam waktu
dan di luarnya.

ii. Berniat untuk membolehkan solat fardhu, samada solat lima waktu atau solat nazar.
Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu tersebut, kerana mereka berniat dengan
niat fardhu. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka menunaikan solat
sunat sebelum solat fardhu atau sesudahnya, kerana hal-hal yang sunat mengikut perkara
yang fardhu.

iii. Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat, tidak berniat untuk membolehkan solat
fardhu. Dalam masalah ini, pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut digunakan
untuk solat fardhu, kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu. Contohnya,
jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf, atau orang junub berniat untuk i'tikaf,
maka hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh mengerjakan fardhu menurut
mazhab yang kuat.
13


iv. Berniat untuk membolehkan solat sahaja, tanpa menentukan solat sunat atau
sembahyang fardhu. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk
membolehkan solat sunat. Maka dalam masalah ini, tidak boleh digunakan tayammum itu
untuk solat fardhu, tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja.
14


2. Menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan:


13
Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 123
14
Abu Muhammad. t.th: 187)
8
Para pakar fiqh sepakat menentukan menyapu muka dan tangan sebagai rukun tayammum,
sebagaimana firman Allah: (Al-Maidah: 6)

W-OO4O4 -4Og= 4:j1C
W-O=O^` :g-ON_+O)
7CguC4 +Ou4g)` _
Maksudnya:
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu dan tanganmu
dengan tanah itu".
Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas, iaitu
seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka
dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku sebagaimana orang yang berwudhuk
wajib meratakan muka dan tangan mereka dengan air hingga sampai ke siku.
15


3. Tertib (berurutan):

Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah dan
Hanabilah. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan. Namun, golongan
Hanabilah mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Sedangkan pada hadas besar tidak
diperlukan tertib. Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas kecil dilakukan
berdasarkan taharah dengan air (wudhuk). Bilamana pada wudhuk ditertibkan, maka
demikian juga halnya pada tayammum. Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah
menertibkan rukun, dalam hal ini muka dan kedua tangan, hukumnya sunat.
16


Syarat-syarat sah tayamum

1. Masuk waktu solat:


15
Abu Muhammad. t.th: 188)

16
Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87
9
Syarat sah tayammum hendaklah sesudah masuk waktu solat dengan yakinnya samada
solat fardhu atau sunat. Tayammum tidak sah bagi orang yang syak masuk waktu solat.
17

Ini berpandukan firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6)

Maksudnya:
" Jika kamu hendak berdiri untuk solat, basuhlah mukamu"
Dalam ayat ini, berdiri untuk solat itu pastinya setelah masuk waktu solat. Wudhuk
dikecualikan dari masalah ini kerana wujud dalil yang lain. Sedangkan tayammum masih
tetap kerana memandang zahirnya ayat.
18
Dan Nabi telah bersabda:
19

Maksudnya:
" Dijadikan bumi untukku tempat solat dan suci (tanahnya untuk tayammum). Maka
sesiapa daripada umatku yang mendapat solat (berada pada waktu solat) maka hendaklah ia
solat."
Hadis Baginda Rasul S.A.W. tersebut adalah dalil wajib tayammum dan solat itu ialah
apabila tidak ada air setelah masuk waktu solat.
20
Selain daripada alasan tersebut,
tayammum juga merupakan bersuci yang dharurat. Sebelum masuk waktu solat tidak
terdapat dharurat.
21
Adapun menurut Ulama' mazhab Hanafi adalah terkecuali daripada
hal ini yang menyatakan sah bertayammum sebelum masuk waktu solat.
22
Ulama' Jumhur
juga menyatakan tidak sah tayammum melainkan setelah masuk waktu solat fardhu
mahupun solat sunat yang tertentu atau berwaktu seperti sunat-sunat rawatib.
23


2) Tiada air

Antara syarat diharuskan bertayammum ialah mencari air setelah masuk waktu
solat. Allah S.W.T. berfirman: (An-Nisa': 43) Maksudnya:

17
Hj. Osman b. Jantan. 1983: 58
18
Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 115
19
Riwayat al-Bukhari (b), 335: 58)
20
Abu Muhammad. t.th: 191
21
Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 116
22
Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134
23
Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 565
10

" Maka tidak kamu mendapat air (untuk berwudhuk dan mandi junub) maka hendaklah
kamu bertayammum."
Ayat berkenaan menyuruh kita bertayammum ketika tidak ada air untuk berwudhuk
dan mandi junub, kerana air itu tidak akan ada kecuali dengan dicari.
24
Oleh itu wajib bagi
orang yang hendak tayammum tersebut mencari air terlebih dahulu, samada dengan
usahanya sendiri atau bantuan orang lain, atau bertanya-tanya dari teman-temannya.
Mencari air ini hendaklah dengan memerhati dan mencari air dari bekal perjalanan, pergi
melihat-lihat di sekelilingnya dan walaupun dengan cara membelinya apabila air itu lebih
dari keperluannya dan dengan harga pasaran. Jika diyakini bahawa air tidak ada atau
tempatnya jauh, maka tidak wajib mencarinya.
25

Mengenai had jauh yang tidak mewajibkan mencari air itu terdapat perbezaan pendapat di
kalangan imam mazhab. Ukuran jauh menurut golongan Hanafiyyah adalah bila mencapai
satu mil, sekitar 1848 meter atau 4000 hasta atau lebih. Menurut golongan Malikiyyah
mencapai dua mil.
Golongan Syafi'iyyah memperinci kebolehan tayammum yang disebabkan ketiadaan air
seperti berikut:

i. Jika seseorang telah yakin bahawa air tidak ada di sekitarnya dia boleh bertayammum
tanpa dituntut untuk mencarinya.

ii. Jika meragukan atau mempunyai persangkaan berat terhadap adanya air, maka dia mesti
memeriksa rumahnya dan rumah temannya terlebih dahulu secara berulang-ulang yang
jarak minima 400 hasta atau 184.8 meter. Sebab tayammum itu bersuci yang dharurat,
sedangkan dharurat tidak mungkin terjadi bila kemungkinan untuk bersuci dengan air
masih ada.
26
Kalau memang ternyata tidak ditemukan adanya ada air barulah dia boleh
bertayammum.

iii. Sebaliknya jika seseorang meyakini ada air, maka dia mesti mencarinya sampai

24
Abu Muhammad. t.th: 191
25
Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59
26
Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 112
11
menempuh jarak 6000 langkah. Mencari air tidak dituntut jika diyakini pada jalan yang
ditempuh itu tidak ada keamanan atau ada halangan.
27


3) Tanah yang suci:

Tidak sah tayammum seseorang kecuali dengan menggunakan debu (tanah) yang suci,
murni, belum pernah digunakan,
28
dan tidak terkena najis. Ini berpandukan firman Allah
S.W.T: (Al-Maidah: 6)

Maksudnya:
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih)."
Bagi golongan Malikiyyah adanya tanah yang suci merupakan rukun, sedangkan bagi
Ulama' yang lainnya merupakan syarat.
29
Para ahli bahasa sepakat bahawa 'sha'id' dalam
ayat tersebut ialah permukaan bumi, baik yang berupa tanah berdebu atau bukan,
30

berdasarkan hadis Abu 'Umamah bahawasanya bersabda Rasulullah S.A.W:
31


Maksudnya:
"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci."
Oleh itu pengertian sha'id atau tanah di sini menurut Malikiyyah yang
bersependapat juga oleh Hanafiyyah adalah bahagian bumi yang naik atau yang muncul ke
permukaan yang disebut juga tanah atau debu. Termasuk ke dalamnya tanah, pasir, batu
kerikil dan kapur (untuk mengapur rumah) yang belum dibakar dengan api. Semua yang
termasuk pengertian ini boleh digunakan untuk bertayammum menurut Malikiyyah dan
Hanafiyyah. Di samping itu, boleh juga bertayammum dengan barang-barang galian,
selain emas, perak dan permata atau mutiara, selagi belum dipindahkan dari tempatnya.
Begitu juga dengan salji yang membeku, baik yang berada di laut mahupun di bumi.

27
Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 571-572)
28
Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118-119
29
Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87
30
Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 141
31
Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313
12
Menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah, tayammum mesti di lakukan
dengan tanah yang suci dan berdebu yang dapat menempel di tangan.
32
Hal ini berdasarkan
hadis dari Huzaifah, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
33


Maksudnya:
" Seluruh bumi itu dijadikan masjid bagi kami, dan 'tanahnya' dijadikan tanah yang boleh
mensucikan jika kami tidak menemukan air."
Di sini Rasulullah S.A.W. mengalihkan pembicaraan dari bumi lalu menyebutkan tanah
yang mengkhususkan sifat suci yang mensucikan terhadap tanah.
34


Kemudian, disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk bertayammum itu hendaklah
memenuhi ciri-ciri berikut:

i. Harus bagi tanah itu tidak keluar dari keadaan semulajadinya kepada keadaan lain yang
dapat mencegah dari dikatakannya sebagai "tanah". Seandainya tanah itu dibakar sampai
menjadi abu, atau menjadi tembikar yang telah ditumbuk halus, maka tidak boleh
digunakan untuk tayammum.
ii. Bertayammum dengan menggunakan pasir sekiranya pasir itu kasar yang apabila
dilemparkan tidak mengeluarkan debu, maka tidak boleh digunakan untuk bertayammum.
Jika pasir itu halus maka boleh menggunakannya untuk bertayammum. Justeru, sekiranya
tanah yang dicampur dengan pasir yang halus, tidak sah tayammumnya. Sebaliknya, jika
seseorang memukulkan tangannya ke kain, kantung atau permaidani, lalu melekat di
tangannya debu, maka dia boleh bertayammum dengan debu tersebut.
35

iii. Tanah yang digunakan untuk bertayammum itu harus suci berasaskan firman Allah
S.W.T dan sabda Rasulullah S.A.W mengenai tanah yang suci. Ini adalah kerana air yang
bernajis tidak boleh digunakan untuk bersuci, maka demikian juga tanah yang
menggantikan air wudhuk atau janabah tidak boleh digunakan untuk bertayammum.

32
Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87-88
33
Riwayat Muslim, (b) 121: 210-211
34
Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 120
35
Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 88
13
iv. Disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk tayammum harus tanah yang murni iaitu
tanah yang tidak dicampur dengan tepung atau lain sebagainya walaupun sedikit tanpa ada
khilaf di kalangan Fuqaha'.
v. Tanah yang digunakan untuk tayammum itu tidak boleh yang musta'mal (yang telah
digunakan) sebagaimana air yang musta'mal. Yang dimaksudkan dengan musta'mal pada
tanah ialah yang menempel pada anggota badan atau yang sudah menyentuh badan.
36


4. Mengetahui arah kiblat yang sebenar sebelum bertayamum.

Sebelum bertayamum hendaklah dipastikan arah kiblat dengan yakin untuk menunaikan
solat
37


5. Menghilangkan najis

Menghilangkan najis yang terdapat pada badannya dengan beristinjak sebelum bertayamum
38


Perkara-perkara yang mengharuskan tayamum

1. Terhalang menggunakan air:
Syarat pertama tayammum iaitu terhalang menggunakan air, misalnya seseorang yang
mendapat air, dan ia tidak dapat menggunakan air itu kerana sakit atau takut berpisah
dengan rakannya yang bersama dalam perjalanan yang akan membahayakan dirinya,
39
atau
ia memerlukan air itu kerana dahaganya, manusia atau haiwan yang muhtaram (yang
dihormati nyawanya), samada keperluan itu pada ketika itu ataupun pada masa akan
datang. Terdapatnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah
disebabkan juga khuatir akan keselamatan dirinya dari bahaya seperti gangguan binatang
buas atau musuh, dan seterusnya takutkan harta bendanya dicuri orang atau perompak.
40



36
Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 120-121
37
Dato Ismail Kamus 2009; 72
38
Sulaiman Endut 1995; 73
39
Abu Muhammad. t.th: 191-192
40
Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59
14
2) Keuzuran menggunakan air:
Syarat-syarat tayammum yang kedua ialah uzur menggunakan air kerana sakit atau
musafir.
41
Allah S.W.T berfirman: (Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau
kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka
bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci)."

Terdapatnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan
salah satu dari hal-hal yang berikut:
i. Takut kehilangan nyawa.
ii. Takut cedera pada anggota yang sakit.
iii. Takut terkena penyakit.
iv. Takut kehilangan manfaat anggota seperti menjadi lemah, cacat atau parut yang buruk
pada anggota yang biasa nampak.

Perkara perkara makruh dalam tayamum mengikut pendapat empat mazhab
42


Imam shafiee
1. Menggunakan debu terlalu banyak
3. Menyapu debu berulang kali
4. Memperbaharui tayamum selepas selesai solat
5. Berjabat tangan selepas bertayamum.

Imam Hanbali
1.Menyapu berulang kali
2. Memasukkan debu ke dalam mulut dan hidung
3. Menyapu lebih daripada du kali
4. Meniup debu sedangkan debu sudah nipis

Imam Hanapi

41
Abu Muhammad. t.th: 191
42
Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 448
15
1. Meninggalkan perkara sunat tayamum
2. Mengulangi menyapu debu

Imam Maliki
1. Menyapu lebih daripada sekali
2. Banyak bercakap selain zikir
3. Menyapu debu melebihi siku

Perkara perkara yang membatalkan tayamum

1- Semua perkara yang menyebabkan wudhu terbatal kerana tayammum ialah
pengganti wudhu.
Abu Bakar Ibn al-Mundzir r.h. berkata:
Ahli al-Ilmi berijmak bahawa perkara berkaitan hadas yang membatalkan kesucian orang
yang berwudhu menggunakan air juga membatalkan kesucian orang yang berwudhu
menggunakan debu tanah.
43


Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h. berkata:
Tayammum sama hukumnya dengan wudhu. Tidak terbatal tayammum melainkan
sesuatu yang membatalkan wudhu selama dia tidak mampu menggunakan air.
44


2. Kewujudan air

Menurut Abu Dzar r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Sesungguhnya debu tanah yang baik menyucikan seorang muslim jika tidak menemui air
walaupun selama sepuluh tahun. Apabila dia telah menemui air, dia hendaklah mengenakan
air pada kulitnya, iaitu dengan berwudhu kerana perkara itu lebih baik baginya.
45


An-Nawawi r.h. berkata:

43
Al-Ausot, jil. 2, m/s. 59
44
Al-Fatawa, jil. 21, m/s. 362 dan al-Syarh al-Mumti, jil. 1, m/s. 341)
45
Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasai, Ahmad, Ibn Hibban, dan al-Baihaqi. Al-Haitami r.h.
berkata: Perawi hadis ini semuanya rijal yang sahih. Al-Albani r.h. mengklasifikasikan hadis ini sebagai sahih
dalam Sahih Sunan Abu Daud
16
Apabila orang yang berjunub, wanita yang telah habis haidnya, juga wanita yang telah
habis darah nifasnya lalu bertayammum kemudian dia mampu menggunakan air, ketika itu
dia hendaklah mandi (menggunakan air).
46


3. Habis waktu solat

Hanabilah telah memberi tambahan dalam perkara yang membatalkan tayammum iaitu
habis waktu solat, kerana tayammum dilakukan untuk solat.
47
Maka terbatal tayammum itu
secara mutlak samada disebabkan hadas besar, atau terdapat najis dibadannya melainkan
solat jumaat yang tidak membatalkan tayammum apabila habis waktu.
48

4. Murtad (riddah)

Orang yang murtad atau keluar dari agama Islam membatalkan tayammumnya
menurut golongan Syafi'iyyah. Ini adalah kerana tayammum itu untuk membolehkan solat,
dan keharusan solat dengan tayammum itu tidak ada lagi disebabkan riddah. Masalah ini
berlainan dengan masalah wudu' dan mandi junub, kerana wudu' dan mandi junub itu
melenyapkan hadas, bukan untuk membolehkan solat sahaja. Perlu ditegaskan juga bahawa
semua amal ibadat yang dikerjakan oleh orang yang murtad itu telah tersia-sia belaka, dan
tidak diterima Allah S.W.T. demikian pula hilang pahalanya, sedangkan tayammum itu
termasuk di bawah amal ibadat.
49
Akan tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan yang lain
tidak membatalkan tayammum disebabkan murtad seperti halnya pada persoalan wudu'.
50


5. Tempoh yang panjang antara tayammum dan solat

Tayammum terbatal dengan adanya tempoh yang panjang di antara tayammum dan solat
menurut golongan Malikiyyah kecuali yang lainya. Ini adalah kerana menurut mereka
muawalat (berturut-turut) di antara tayammum dan solat adalah rukun tayammum.
51


46
Al-Majmu, jil. 2. m/s. 208 dan as-Syarh al-Mumti, jil. 1, m/s. 341-343)
47
Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91
48
Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165-166
49
Abu Muhammad. t.th: 198
50
Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91
51
Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 606
17

Al-Tiibi r.h. berkata:
Wajib berwudhu ketika air ada dan tidak boleh bertayammum.
52


Al-Sonani r.h. berkata:
Maksud ungkapan apabila menemui air menunjukkan bahawa jika telah mendapati air,
wajib mengenakan air ke kulitnya.
53




Kesimpulan

Tayammum adalah merupakan salah satu nikmat yang paling besar yang dianugerahkan
hanya kepada umat Muhammad s.a.w.:
Aku diberi lima kelebihan yang tidak pernah diberikan kepada seorang pun
sebelumku. Aku diberikan pertolongan di mana musuh berasa gentar (takut) sebulan
sebelum peperangan, seluruh muka bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan alat untuk
bersuci. Oleh itu, mana-mana umatku yang menepati waktu solat telah masuk, dia bolehlah
terus solat di situ... (Hadis Riwayat Bukahri Dan Muslim)
Tayammum merupakan bentuk pengabdian diri kepada Allah dengan kaedah-
kaedahnya yang tertentu berdasarkan dalil-dalilnya.Antara hikmah bertayammum ialah
sebagai suatu rahmat Allah kepada hambaNya. Di antara kelebihan Allah S.W.T ke atas
umat Islam ialah mengangkatnya daripada kesempitan dan kesusahan dalam segenap aspek,
dan meringankan daripadanya pula. Keringanan dan mengangkat kesempitan di dalam
tanggungjawab Syari'e amat jelas bagi setiap muslim. Maka tidaklah suatu tanggungjawab
itu merupakan bebanan, atau suatu perintah daripada urusan syariat pula menyusahkan
manusia untuk melaksanakannya, melainkan terdapatnya rahmat dan keringanan daripada
Allah S.W.T yang mengangkat bebanan itu seluruhnya.


52
Syarh al-Tiibi, jil. 2, m/s. 129)
53
Rujuk subul as-Salam, jil. 1, m/s. 199)

18
RUJUKAN

Abu Muhammad. t.th. Panduan Lengkap Tentang Bersuci. t.tp: Jasmin Enterprise.
Ahmad Muhammad Syakir. 1419H/1999. Sunan al-Tirmizi. Jil. 1: Darul Hadis.
Al-'Asqalani, Al-Imam al-Hafiz Abi al-Fadhli Ahmad bin Ali bin Hajar. 1416H/1996.
Fathul Bari Bisyarhi Sahih al-Bukhari. Jil. 2: Dar Abi Hayan.
Al-Daruqutni, al-Imam al-Hafiz Ali bin Umar. 1417H/1996. Sunan al-Daruqutni. Jil. 1.
Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah.
Al-Daruqutni, al-Imam al-Hafiz Ali bin Umar. 1422H/2001. Sunan al-Daruqutni. Jil. 1.
Beirut: Darul Ma'rifah.
Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999. Fiqh Ibadah. Kuala
Lumpur: Penerbit Edaran Kalam.
Dr. Sameer Taha al-Majzub. 1413H/1993. Musnad al-Imam Ahmad Bin Hanbal: Al-
Maktab al-Islamiy.
Hj. Osman b. Jantan. 1983. Pedoman Ilmu Fiqh. Singapura: Pustaka Nasional Pte.
Ltd.
Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993. Kifayatul
Akhyar. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Al-Imam Abi 'Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari al-Ja'fi. 1419H/1999.
Sahih al-Bukhari: Darul Salam.
Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990. Kitab al-Fiqhu 'Ala al-Mazahib al-Arba'ah.
Jil. 1: Darul Fikr.
M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am (pnys). 1997. Kamus Istilah
Fiqh, Selangor: Advance Publication.
Muhammad Ali al-Said. 1969. Sunan Abi Daud. Jil. 1: t.pt.Al-Quran
Al-Qurtubi, Imam al-Faqih Abi al-Abbas Ahmad bin Umar. 1414H/1993. Talkhis
Sahih al-Imam Muslim. Jil. 1: Darul Salam.
Al-Qusyairi al-Nisaburiy, Al-Imam Abi al-Hussain Muslim Ibn al-Hajjaj bin Muslim.
1419H/1998. Sahih Muslim: Darul Salam.
Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994. Salat Empat Mazhab. t.tp: Litera AntarNusa dan
Pustaka Islamiyah.
19
Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980. Hukum-Hukum Feqah Islam. Kelantan:
Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Al-Syeikh, Dr. Abd. Fattah Hussin. 1411H/1991. Fiqhul Ibadat, t.tp: Ma'ahad al-
Dirasat al-Islamiyyah.
Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002. Fiqhul Ibadat: Darul Salam.
Al-Syeikh, Soleh bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Ibrahim. 1420H/1999. Sunan
Ibnu Majah: Darul Salam.
Sulaiman Endut 1995, Asas Asas Fardhu ain, Kuala Lumpur; Pustaka Abdul Majid.
Wahbah Al Zuhaili 1989, Al Fiqh Al Islami wa Adillatuh, Damsyik; Dar AlFikr.
Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abdul Hamid, 2009, Indahnya Hidup Bersyariat,
Kuala Lumpur; Telaga Biru.

http://kias.edu.my/tayamum.htm

Anda mungkin juga menyukai