Anda di halaman 1dari 9

Set Induksi

Objektif:
1. MEMBERI MAKSUD SESI SET INDUKSI.
2.

MENJELASKAN TUJUAN MENJALANKAN SESI SET INDUKSI.

3.

MENERANGKAN LANGKAH-LANGKAN DALAM MENJALANKAN


SESI SET INDUKSI.

4.

MENJALANKAN SATU SESI SET INDUKSI SELAMA 3 MINIT


DALAM PENGAJARAN MIKRO.

Apa itu set induksi dan


tujuannya?
Set induksi adalah proses terawal dalam
sesuatu pengajaran yang dirancang
dengan sengaja untuk tujuan-tujuan
tertentu.

Tujuan:
Menarik perhatian pelajar.
Menimbulkan minat, rasa ingin tahu.
Menerangkan kepentingan terhadap
perkara yang akan diajar kepada
pelajar.
Menyediakan set mental, emosi, dan
fizikal pelajar untuk belajar.

Strategi

1. Beri soalan mencabar berkaitan perkara baru


yang akan diajar, yang berkemungkinan tidak boleh
dijawab oleh pelajar.
Ini akan menimbulkan
perasaan ingin tahu atau perasaan bahawa ilmu
yang ada masih tidak lengkap.
Justeru ia
menimbulkan minat untuk mengikuti pengajaran
baru.
2. Persembah satu kes untuk dianalisis secara
bersama. Kaitkan kes ini dengan perkara baru yang
akan diajar.
3. Nyatakan kepentingan tajuk dan tunjukkan kaitan
atau
pengunaannya
dalam
konteks
sebenar/seharian.

4. Analogi untuk menunjukkan persamaan perkara yang


akan dipelajari dengan sesuatu situasi yang sedia diketahui
oleh pelajar.
5. Persembahan kerangka isi pelajaran yang menunjukkan
kaitan isi pelajaran dengan pengetahuan sedia, semasa dan
yang akan dipelajari.
Kerangka boleh dipersembahkan
menggunakan gambarajah, contohnya peta minda, carta
organisasi ataupun carta alir.
6. Beri fakta sejarah berkaitan isi pelajaran yang dipelajari.
Ini boleh menimbulkan penghargaan terhadap perkembangan
ilmu dan juga tokoh.

Langkah-langkah menjalankan
set induksi
Berikan situasi yang anda rancangkan.
2. Pernyataan perkara itu perlu ada kaitan
dengan isi pelajaran pada hari
tersebut.
3. NYATAKAN objektif pelajaran anda.
1.

Perhatian penting:

a. Guru dapat menfokus perhatian pelajar kepada


apa yang akan dipelajari.
b. Guru memulakan pengajaran secara menarik
dan sesuai.
c. Guru dapat membina kerangka rujukan atau
objektif pelajaran.
d. Guru berupaya memberi makna kepada
konsep atau prinsip baru.
e. Guru berupaya membangkitkan minat pelajar.

e Guru berupaya meningkat


penglibatan pelajar.
f. Guru berjaya menimbulkan motivasi
pelajar.
g. Guru menggunakan pelbagai cara
untuk memotivasikan pelajar.
h. Set induksi ringkas dan padat.

Amali
AKTIVITI:
PENGAJARAN MIKRO 1
SEDIAKAN SATU SESI SET INDUKSI UNTUK TAJUK
YANG TELAH DITETAPKAN BUAT ANDA.
JANGKAMASA UNTUK SESI INI ADALAH ANTARA 3-4
MINIT. KREATIVITI ANDA PENTING, DAN
PENGAGIHAN MARKAH ADALAH SEPERTI DALAM
BORANG PENILAIAN.

Anda mungkin juga menyukai