Anda di halaman 1dari 4

1.

PENDAHULUAN

Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas dalam menentukan


perkara halal yang boleh dilakukan oleh seseorang mukalaf sama ada
dalam urusan berkaitan ekonomi, politik, makanan, minuman dan lainlain. Perkara halal ialah sesuatu yang dihalalkan oleh Allah dalam kitabnya
begitu juga dengan perkara haram sesuatu yang diharamkan oleh Allah
dalam kitabnya Rasulullah s.a.w bersabda :


Maksudnya : Perkara halal jelas, perkara haram jelas. Maka timbul
persoalan apakah hukumnya jika perkara halal bercampur dengan perkara
haram. Inilah yang akan dibincangkan dalam kaedah ini.

2.

LAFAZ KAEDAH

Apabila berkumpul Perkara Halal dan Haram Maka Perkara Haram Akan
Lebih Menguasai

3.

MAKSUD : IJTAMA

Ijtama dalam kaedah di atas membawa beberapa maksud ;


1.

Bagi sesuatu yang mungkin boleh dibezakan atau diasingkan seperti

manusia, binatang hidup.


2.

Bagi sesuatu yang mustahil boleh dibezakan atau diasingkan seperti

cecair yang berkumpul bermaksud bercampur.

4.

MAKSUD UMUM KAEDAH

Apabila berkumpul atau bercampur sesuatu yang harus dengan sesuatu


yang haram yang menyebabkan timbulnya kesamaran serta sukar untuk
membezakan yang mana satu halal dan yang mana haram maka perkara
yang bercampur tersebut dikira haram kerana perkara yang halal tidak
dapat diperoleh kecuali dengan menggunakan perkara haram terlebih
dahulu. Sekiranya boleh dibezakan antara yang halal dengan yang haram
maka

kaedah

ini

tidak

boleh

digunakan.

Para

ulama

ketika

membincangkan kaedah ini turut membincangkan kaitan dengan perkara


berikut;

a) Persoalan pertembungan dua dalil yang membawa hukum yang


berlawanan iaitu dalil yang membawa maksud harus atau halal satu
lagi dalil yang membawa maksud haram. Dalam situasi ini para
ulama usul mendahulukan hukum haram berbanding harus. Sebagai
contoh dalam masalah bergaul dengan isteri dalam keadaan haid
terdapat dua hadis pertama; dan hadis

Hadis pertama membawa maksud tidak boleh berseronok dengan isteri


dalam haid di antara pusat dan lutut manakala hadis kedua membolehkan
untuk suami berseronok antara pusat dan lutut kecuali bersetubuh sahaja
dilarang. Maka dalam situasi ini hadis yang mengharamkan didahulukan
untuk beringat.

5.

APLIKASI KAEDAH

Saya akan bawakan beberapa contoh bagi kaedah ini dari beberapa bab
yang berasingan

1.

Pasar raya yang menjual daging yang disembelih dengan yang tidak

disembelih serta mengumpulkannya di satu tempat yang tidak boleh


dibezakan haram kesemuanya.

2.

Coklat yang bercampur bahan halal dengan bahan haram,

hukumnya haram dimakan.

3.

Jam lelaki yang bercampur dengan emas haram dipakai, sekiranya

disalut emas harus jika sedikit.

4.

Seorang lelaki yang mempunyai 3 orang Isteri, beliau telah

menceraikan salah seorang dari mereka tetapi tidak ingat siapakah yang
diceraikan, kesemua mereka tidak halal disetubuhi sehingga diyakini
siapakah yang telah diceraikan.

5.

Seekor kambing disetubuhi oleh anjing kemudian melahirkan anak

( kanjing) anak tersebut haram dimakan atau kambing disetubuhi babi


melahirkan anak (kabi) haram dimakan begitu juga dengan kuda
disetubuhi oleh kaldai melahirkan baghal haram dimakan.

6.

Anjing peliharaan dan anjing liar telah sama sama memburu,

haram dimakan hasil buruan.

7.

Makanan yang dimasukkan dengan beberapa titik arak haram

dimakan.

8.

Air yang sedikit bercampur dengan najis walaupun tidak mengubah

sifat air tetap haram digunakan untuk bersuci atau minum.

RUJUKAN

Al-Suyuty. Jalal al-Din Abdul Rahman. (1983) al-Asbah Wa al-Nazair.


Beirut : Dar al-Kutub

al-Ilmiyyah.

Ibn Nujaim. Zain al-Abdin Bin Ibrahim. (1993) Al-Asbah Wa al-Nazair. Beirut
: Dar al-

Kutub al-Ilmiyyah.

Muhammad al-Zuhayly.(2009)al-Qawaid al-fiqhiyyah wa Tatbiqatuha Fi alMazahib al- Arbah. Beirut : Dar al-Fikr.
Usman Syubair.(2006) Al-Qawaid al-Kuliyyah Wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah Fi
al-Shariah al-

Islamiyyah. Jordan : Dar al-Nafais.

Anda mungkin juga menyukai